Followers

Friday, October 30, 2009

my ESQ (Emotional & Spiritual Intelligence)


Alhamdulilah..syukur pada ALLAH sebab aku di beri kemampuan oleh NYA untuk menghadiri kursus ESQ selama 3 hari dengan kesihatan yang baik. Walaupun malam-malam En Hendra setia (rela paksa) tolong urut belakang aku. Sakit-sakit badan jugalah ibu mengandung ini sebab biasalah kan, kursus ESQ ini lebih daripada duduk di lantai beralas carpet dari duduk di atas kerusi. 3 hari kursus bermula dengan seawal 7.30am mendaftar dan balik pada jam 6.45pm. Ditambah lagi dengan air cond yang sejuk. So biasalah kan...mesti ada ketidak selesaan duduk terlalu lama. Memang mereka beri kelonggaran pada aku untuk duduk diatas kerusi..tapi aku rasa tidak feel sungguh kalau duduk dengar ceramah sorang-sorang. Mestilah hendak duduk berkepit dengan member sendiri...kan.

Semestinya perut aku sudah-sudah terang lagi bersuluh kedepan...kan. So diaorang mesti risau...takut aku tidak selesa bersila terlalu lama. Tapikan walaupun memang aku ini orang nya lah..sememang nya yang paling MANJA dalam adik beradik aku. Walau pun aku ini merupakan anak yang tengah-tengah. Aku ada abang..aku ada kakak...tetapi aku ada adik juga..aku bukan anak bongsu okey. MANJA aku hanya apabila bersama keluarga dan saudara mara rapat aku semestinya di sebelah emak aku. Dan juga pada suami dan anak.
Tapi walaupun orang nampak aku ini seperti lembik dan tidak larat...sebenarnya aku masih mampu buat apa sahaja seperti mereka buat.

Bergerak cergas ketika lagu di mainkan. Senaman ringan yang sentiasa mereka buat semasa seminar berjalan. Aku tidak suka di beri keistimewaan kerana aku sedang berbadan dua. Tapi memang ramai kakak-kakak yang lain melarang aku terlalu cergas..ialah kan....mereka lebih mengetahui. Aku ikut sahaja. Terima kasih atas keprihatinan mereka.
Syukur alhamdulilah.

Syabas pada ESQ licensed trainers iaitu En/Pak Muhammad Rasyid, En/Pak Firdaus Djamaris dan 1st trainers dari Malaysia iaitu En.Muqarabin.

ESQ 165 Alumni Angkatan ke 2 IKRAM.


Lirik lagu ini adalah diilhami dari Ayat-ayat Suci QS 91 (Asy-Syams ): 1 - 10.

I just loveeeee this song..
Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah
By : Snada



Thursday, October 29, 2009

UP movie.


A young Carl Fredrickson meets a young adventure spirited girl named Ellie. They both dream of going to a Lost Land in South America. 70 years later, Ellie has died. Carl remembers the promise he made to her. Then, when he inadvertently hits a construction worker, he is forced to go to a retirement home. But before they can take him, he and his house fly away. However he has a stowaway aboard. An 8 year old boy named Russell, whose trying to get an assisting the elderly badge. Together, they embark in an adventure, where they encounter talking dogs, an evil villain and a rare bird named Kevin.

Hari cuti lepas kami sekeluarga menonton kartun ini...semestinya di rumah sahaja. Malas sungguh hendak keluar kemana-mana pun. Pada mulanya aku ingat cerita ini mungkin membosankan. Ialah kan..tengoklah gambar diatas itu...orang tua..budak...belon..rumah kena terbang..ermmm. Tapi setelah menonton aku rasa cerita ini ada mesej gitu.

Carl pada mula nya tidak mempedulikan keadaan sekeliling rumahnya atau siapa-siapa pun. Selepas kematian isterinya dia lebih berfikir untuk menunaikan hasrat isterinya untuk ke South Amerika.

Pada ketika pegawai rumah orang tua datang untuk mengambil dia...Carl telah bersedia untuk menerbangkan rumah nya. Beribu-ribu belon telah siap diikat dan rumahnya selamat diterbangkan. Pengembaraan Carl bermula..dan kebetulan seorang budak lelaki berada di anjung rumahnya semasa rumah diterbangkan.

Di akhir pengembaraan nya Carl telah menjadi seorang yang cukup penyayang kepada seorang budak lelaki, seekor anjing juga pada seekor burung hutan.

Bagi aku lah kan...story ini memang sesuai jadi koleksi Haziq yang memang hari-hari agenda utama nya ialah menonton dvd kartun.

Sudah-sudah aku ini memang hafal dah jalan cerita kartun-kartun dalam koleksi Haziq.

Toy Story 1 & 2
Monsters Ins.
Ice Age 1,2 & 3
Cars

Chicken Little
Animation cartoons

Itu sahaja yang aku ingat...ada banyak lagi.

Wednesday, October 28, 2009

Am i cute? ahakss..

Di perhentian R&R yang banyak nya lalat...cancel hendak makan disini. Cuma ambil gambar sahaja...hehehehe.

Am i cute in this picture? :-" ....hahahahaha. Aku rasa aku comel gitu.

---------------------------------------------------------------------------------------

Today story -

Aku tengah lunch break kursus ESQ. So balik office lah sekejap. Aduhai..semalam itu dibenarkan balik pada jam 6.45pm. Aku sampai rumah dalam jam 7.30pm, kalau tidak silap aku lah.
Disebabkan lama rasanya tidak driving waktu malam..aku rasa malam semalam itu...silau mata aku tengok lampu-lampu kereta waktu driving malam tadi.

Ialahkan since sudah bersuami ini...semua nya suami yang take over kan. Sudah jadi budak MANJA gitu. Padahal masa bujang dulu semuaaaaaaaaaaa nya aku buat sendiri.

Tuesday, October 27, 2009

kursus ESQ.

Cuba teka apakah nama makanan ini?. Tidak lah aku hendak sediakan hadiah pun. Tapi harganya dalam RM13 gitu...mahalkan. Memang licin lah semua orang makan masa itu. Aku pula memang pertama kali makan menda nie.

Hari ini aku menghadiri kursus ESQ yang di buat di office aku. Ia memakan masa selama 3 hari. Punyalah awal kena mendaftar pagi-pagi lagi..jam 7.30am dan masa habis kursus ialah 6.30pm...pehhh...tidak tahu lah bagaimana keadaan nya nanti.

So choww dulu..

Monday, October 26, 2009

My roti canai with resepi.

Roti canai and sambal ikan bilis by me.
7 bebola roti canai yang telah selesai dan lepas itu boleh mula mencanai.

Ayam masak sambal pedas by me too. 
I like it..En Hendra menambah-nambah masa makan lauk ini.

Hari sabtu sungguh sibuk. Aku buat roti canai sendiri. Ialahkan semuanya malas hendak keluar rumah kalau cuti-cuti ini. So hendak atau tidak aku cuba lah buat sendiri roti canai ini. Resepi by my late nenek. Dan yang ajar aku ialah emak...aku lah.

Tapi tidak lah menjadi sesedap yang emak buat...but still boleh di makan. Tidak mengapa...next time aku akan buat lebih baik lagi. 3 keping aku buat roti telur...hik hik...sodapp..

Resepinya amat mudah sekali -
Tepung gandum
Air panas
Minyak masak - sedikit
Gula - sedikit
Garam - sedikit

Tuangkan tepung, garam dan campurkan perlahan-lahan air panas.
Kacau menggunakan senduk.
Setelah semua adunan rata dan tidak melekat.
Masukkan minyak masak mengikut kesesuaian.
Bulatkan adunan menjadi berbola dan biar sebentar supaya adunan mengembang.
Selepas itu mula mencanai dan boleh di goreng.
Sila canai nipis kerana sekiranya masih tebal...nanti roti canai tidak lembut ketika di makan.

Wednesday, October 21, 2009

Aku tidak perlu bernama SERI untuk sentiasa BERSERI-SERI..

Hehehe...lawak je tajuk aku itu kan. Semestinya semua orang akan mempunyai muka yang sweet dan berseri-seri bila menjadi PENGANTIN juga ketika MENGANDUNG juga lagi setelah baru habis BERPANTANG selepas mengandung. So cuci-cuci lah mata jom tengok kebenaran ayat aku ini.

Baru habis berpantang. Pergi buat pasport Haziq di Subang. Ialah kan sekecik ini umur berapa bulan sahaja sudah masuk S'pore.

Masa mengandungkan Haziq, pergi berjalan-jalan di Johor.

Pengantin tengah bersanding di atas pelamin.

Tengah tunggu pengantin lelaki datang.

Baru seminggu dua gitu menjadi pengantin baru.

Pregnant kali ini. Picture last week.

Tuesday, October 20, 2009

nasi berlemak...


Hehehe..macam tiada kerja pula kan aku ini. Pagi-pagi google gambar nasi lemak sambal sotong.

Bukan apa, start hari jumaat + ahad + isnin + hari ini...tiap-tiap pagi aku breakfast makan nasi lemak. Jangan terkejut pula yea. Sebenarnya since aku mula pregnant lepas memang aku tidak boleh langsung makan nasi lemak. Ntah lah tidak boleh masuk pun bau nasi lemak langsung. So sudah lebih kurang 6 bulan lebih gitu kot aku puasa nasi lemak...lama kan. Cuma baru-baru ini, hari jumaat lepas itu lah....aku cuba-cuba makan nasi lemak. Itu pun aku beli cuma di tempat yang aku selalu beli masa on the way pergi kerja. Aku sudah bosan dengan menu breakfast aku sebenarnya. Tapi lah kan..lepas raya hari itu lah aku betul-betul makan breakfast dengan layannya. Sebelum itu pagi-pagi aku penuh dengan pening-peninga sahaja..so camna hendak makan..kan.
Memang kegemaran aku ialah lauk sambal kerang. Tapi sekarang ini aku tukar-tukar lauk lah, kekadang ambil lauk telur mata, kekadang ambil lauk sotong.

Malam tadi lepas maghrib dan dinner lauk sayur sawi putih juga kerang bakar (tq to En Hendra sebab gigih sekali membakar kerang dirumah) cicah dengan sambal kicap.

Memula ke klinik sebab batuk En Hendra masih belum baik-baik lagi. Lepas itu cadang pula hendak ke klinik lain...aku hendak buat scan. Ermmm...tengok-tengok punyalah ramai orang dalam klinik itu. So tiada kuasa aku hendak menunggu-nunggu. Kami terus ke tesco lagi untuk membeli sedikit barang dapur. Bosan wwehh...asyik-asyik ke tesco..tapi hendak buat macamana kan..hari itu masa beli barang terdapat juga barang-barang yang kehabisan stok masa itu. Hendak atau tidak..perlu juga ke situ lagi..ermmm...

Wokeylah...aku perlu siapkan kerja office dulu....selamat bekerja....



Monday, October 19, 2009

im missing you so much..

Letih nya pagi ini sebab aku perlu berjalan sana sini. Puncanya...aku ini adalah coordinator untuk presentation the whole day today. So kenalah aktif kan.
Semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini..amin.

Kandungan aku masuk 26 minggu@6 bulan lelebih hari ini. Next week sudah masuk 7 bulan..oooo my god...besar sudah anak mama dalam perut ini.
Sebenarnya aku sedikit terkilan..erm mungkin banyak terkilan lah. Sebabnya aku tidak punya banyak masa untuk my baby dalam kandungan aku ini. Ialah kan...aku memang cukup sibuk lately ini. Ditambah dengan aku mudah letih sekarang ini. Bayangkan lah, aku cuma pernah sekali sahaja pergi scan my baby tersayang ini...masa umur kandungan 3 bulan. Masa itu memang menitis air mata aku..sebak melihat baby aku sendiri. Dan selepas itu agak lama juga aku selalu teringat-ingat bagaimana aku melihat my baby di monitor. Juga aku seakan sudah mula merindui dia. Rindu dengan perasaan yang sungguh tidak sabar menanti kelahirannya nanti.

Kemudian akibat kesibukan kerja, dengan haziq dengan En Hendra..semua itu membuat aku asyik menangguhkan masa untuk membuat scan kali kedua. Tapi alhamdulilah tendangan demi tendangan amat kerap aku rasai setiap masa. My baby kali ini sama seperti masa Haziq dalam kandungan aku dulu...dia pun aktif.

Tadi lepas melihat video di FB pasal baby...aku menangis. Aku merasa sesal sangat...mesti my baby aku sedih kan. Mama dia bagai tidak merindui dia.
Sebenarnya deep in my heart you always in my mind and still missing and cannot wait to see him/her in my arm.

Insyallah dalam minggu ini aku mesti juga pergi buat scan!!!!!...

Adakah semua orang yang pernah / sedang mengandung anak kedua sama seperti aku?

Friday, October 16, 2009

Best kan esok cuti..

Alhamdulilah sudah masuk hari jumaat...sungguh syok berkali-kali sebab esok cuti dan cuti. Penatkan bekerja. Tapi walau macamana penat pun aku tetap ingin bekerja ingin mencari nafkah sendiri. Sudah-sudah juga apa guna ilmu yang di tuntut bersusah payah sampai migrain kepala aku ini sekiranya tidak di gunakan kejalan yang betul. Tidak akan lah aku nak peram saja ilmu-ilmu itu. Dan aku cukup gembira kerana aku masih mampu berkongsi ilmu indah di kepala aku ini.

Sekarang ini meja masih di gelumangi dengan kertas-kertas jawapan dan seangkatan dengan nya yang juga sedang dahagakan pen merah aku....hik hik. Biasalah tangan aku cuma ada 2. Mana boleh buat semua penandaan serentak. Semestinyer sekejap-kejap aku mesti berenti mengadap komputer kea, basahkan tekak kea or kena bangun dari kerusi untuk ke toilet atau ke mesin fotostat atau ke mesin printer. Pehhh tegang betis aku berjalan pusing sana sini dalam office ini.

Esok belum sampai lagi tapi planning for tomorrow sudah penuh. Aduhai....
Insyallah esok kami akan datang ke office pada waktu petang, ada kerja sikit yang perlu En Hendra bantu aku di situ. Selepas itu kemungkinan kami akan ke jemputan rumah terbuka officemate di Kajang.
Sebelum ke office kami perlu ke kedai tempat kami membeli barang tempohari sebab ada masalah dengan barangan tersebut. Jenuh duk call hp salesman di Sen Heng itu, tapi manjang tidak berjawab sahaja. Mesti lah kami marah sebab barangan tersebut asyik-asyik bermasalah. So hendak atau tidak hendak kami perlu ke sana esok!..

Selamat bercuti sabtu ahad everybody...muahhhh..

Segera mohon keampunan Allah - (bicara agama) utasan malaysia online

DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Siri 56)

MUHAMMAD Quraish Shihab berkata : Setelah ayat yang lalu digambarkan sekelumit tentang syurga, ayat ini menggambarkan sifat-sifat mereka yang layak menghuninya.

Ia berkaitan erat dengan peristiwa perang Uhud dan malapetaka terjadi kerana keinginan memperoleh harta rampasan perang yang belum sampai waktunya untuk diambil, maka nasihat pertama adalah berinfak dengan menyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa adalah mereka yang kebiasaannya berterusan menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT tidak mengira waktu senang atau susah.

Ayat ke-133

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa..

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: "Allah menyeru orang yang beriman supaya segera melakukan kebaikan dan ketaatan".

ii. Al-Maraghi berkata: "Syurga disediakan untuk mereka yang bertakwa. Ayat ini menyatakan bahawa syurga itu sekarang sudah ada di luar alam kita ini. Ini disebabkan syurga ini dinyatakan lebih besar dari alam.

"Oleh itu, syurga tidak dapat dicakupi oleh alam. Kemudian Allah SWT menerangkan ciri-ciri orang yang bertakwa dengan beberapa sifat. Keseluruhannya adalah sifat-sifat yang terpuji dan menjadi kebanggaan".

iii. Abu Muslim berkata: "Perkataan luas dalam ayat ini bermaksud bukanlah luas seperti benda yang dapat dijual beli dengan harga tertentu seperti langit dan bumi, tetapi luas di sini untuk menyatakan ketinggian martabat dan keunggulan nilainya. Tidak boleh dinilaikan pengertian luas dengan kebendaan walaupun betapa besarnya".

iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Maksud lebar syurga di sini adalah luasnya yang membawa maksud kepada perumpamaan. Ia tidak harus difahami dalam erti harfiahnya.

"Dalam hati manusia tidak ada sesuatu yang dapat menggambarkan keluasan melebihi luas langit dan bumi. Untuk menggambarkan luasnya syurga Allah SWT memilih kata-kata 'selebar langit dan bumi'".

v. Hamka berkata: "Segera memohon keampunan Allah SWT tidak kira orang kaya atau miskin. Berlumba-lumba mengajar ganjaran syurga yang telah dijanjikan oleh-Nya.

"Sesungguhnya amalan mulia seperti tolong-menolong sesama manusia, bersedekah, berwakaf dan bernazar mengandungi makna yang lebih besar iaitu keselamatan pergaulan hidup di dunia berdasarkan kepada takwa jambatan ke akhirat".

Ayat ke-134

Firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik

Iktibar dan fiqh ayat

i. Al-Maraghi berkata: "Mereka adalah orang yang menafkahkan harta mereka pada waktu senang mahupun pada waktu susah. Mereka menafkahkan harta sesuai dengan tuntutan keadaan dan tidak pernah menolak untuk mengeluarkan infak pada bila-bila masa".

ii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT amat menyukai orang yang mengutamakan kepentingan orang lain yang berada dalam kesulitan dan memberikan sebahagian nikmat Allah SWT kepada mereka sebagai tanda syukur kepada Allah SWT".

iii. Hamka berkata: "Ayat ini memperincikan lebih jelas keazaman setiap hamba-Nya yang bersedekah dan menderma untuk mengejar syurga yang sangat luas untuk diperkatakan.

"Orang miskin dan kaya tidak terkecuali dalam matlamat yang serupa mencari keredaan Allah SWT".

Ayat ke-135

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka , dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Iktibar dan fiqh ayat

i. Al-Maraghi berkata: "Susunan ayat ini merupakan lanjutan daripada susunan ayat yang sebelumnya.

"Tujuan ayat ini adalah untuk menyenangkan hati orang yang bertaubat dalam usaha membersihkan hati mereka, memberi khabar gembira bahawa adanya rahmat Allah Yang Maha Luas, keampunan-Nya yang dekat, serta menghargai usaha mereka.

"Mereka mengetahui bahawa hanya dengan sifat rahmat dan kurniaan-Nya orang yang berdosa itu tidak lagi mempunyai perasaan takut dan kerana rahmat-Nya juga orang yang bertaubat dari dosanya menjadi seperti orang yang tidak berdosa.

"Seseorang yang ingin mencari perlindungan daripada-Nya, menjauhi sebarang perbuatan dosa sedaya upaya yang mungkin, maka Allah SWT akan mengampuninya dan menghapuskan segala dosanya, meskipun dosanya begitu besar.

"Ini kerana pengampunan-Nya adalah lebih besar dan rahmat-Nya lebih luas. Ayat ini mengandungi dorongan kepada hamba-Nya agar segera bertaubat dan memberi pesanan agar jangan mudah berputus asa dan patah hati".

ii. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Kalau diamati sifat-sifat para penghuni syurga atau orang-orang bertakwa di atas ditemukan maksiat dan kederhakaan yang dilakukan sebegitu pantas dia menyedarinya dan tidak tercabut ketakwaannya.

"Hal ini membuktikan betapa benarnya ajaran dari al-Quran.

"Allah SWT tidak menutup pintu taubat dan mengharuskan semua hamba-Nya sebersih kain putih sehalus sutera.

"Dia menerima hamba yang melakukan dosa dan perkara-perkara yang dimurkainya dengan syarat menyedari setiap perbuatan tersebut adalah satu kesalahan yang besar".

iii. Hamka berkata: "Demikianlah Allah SWT menggariskan kehidupan orang yang beriman yang mesti mereka tempuhi dengan iman, amal, takwa dan usaha.

"Membentuk sahsiah diri dengan penuh kasih sayang limpah kurnia dari Yang Maha Esa. Selalu berusaha memperbaiki kehidupan dan mengabdikan diri hanya kepada ilahi".

Ayat ke-136

Firman Allah SWT yang bermaksud: Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Al-Alusi berkata: "Dimulakan dengan kalimah mereka sebagai isyarat berdasarkan sifat mereka yang baik dan terpuji, di samping menunjukkan kemuliaan mereka".

ii. Al-Qurtubi berkata: "Allah SWT menyusun kemuliaan-Nya dan kelebihan-Nya dengan keampunan bagi siapa yang ikhlas dalam taubatnya serta tidak kekal dalam melakukan dosa".

iii. Al-Maraghi berkata: "Orang yang bertakwa ialah mereka yang telah disebutkan ciri-cirinya di atas. Mereka ini aman daripada seksa, mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Tuhan mereka dengan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

"Kesimpulannya, balasan terbaik yang disebut itu terdiri daripada pengampunan, dan syurga merupakan satu kurniaan kepada orang yang mengerjakan beberapa amalan tersebut sama ada amalan bersifat material.

"Contohnya, mendermakan harta atau bersifat moral seperti tidak mendatangkan kerugian kepada orang lain. Balasan ini pula berbeza-beza menurut besar kecil perbuatan yang dilakukan".

iv. Hamka berkata: "Balasan Tuhan itulah yang sentiasa diharapkan oleh setiap orang yang beriman. Sebab iman pasti menimbulkan amal dan ia sentiasa diperbaharui dengan perkara-perkara yang mulia".

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa memohon keampunan Allah dengan berinfak, menahan kemarahan serta sentiasa memaafkan orang lain. Amin.

Setem.

In 1847, Lord Arthur Barring asks a watchmaker to invent a postal stamp. However, an Indian governor laughs because there are some mistakes on the stamp. Lord Arthur Barring got angry and decided to throw away the stamp. 160 years later, Barring’s grandchild, Charles Barring IV, produces the stamp at a press conference, now worth millions of ringgit. Scheming Joe (Afdlin Shauki) and Sid (Rashidi Ishak) want to steal the stamp. However, they are not alone.

Dan aku menonton cerita ini dengan memakan masa 2 hari untuk habiskan the whole movie. Ish ish bukan jalan ceritanya panjang, tapi biasalahkan sekarang ini aku mesti tidur awal..seawal 9 pm atau sebelum jam 10 pm. So manalah dapat hendak habiskan movie itu sampai habis..kan. Walaupun En Hendra and Haziq belum tidur tetapi mereka tetap ikut-ikut aku masuk tidur awal.
Sehati sejiwa sungguh...

Balik ke jalan cerita setem, bagi aku gandingan Rashidi dengan Afdlin kiranya serasilah. Dan juga semua pelakon-pelakon dalam movie itu. Tapi kalau Kabir Bhatia story semestinya menggunakan muka-muka yang sama sahaja. Itu itu sahaja orangnya. Aku rasa sudah tiba En Pengarah itu cuba menukarkan pula ke muka-muka baru..bagi peluang pelakon-pelakon lain pula mencuba nasib bekerja di bawah dia. Bosan juga bila melihat balik-balik muka Que Haidar...balik-balik muka Vanidah Imran dan ada lagi lah muka-muka itu sahaja.
Ermmm...rasanya muka baru bagi filem kali ini ialah Isma Yussof yang berlakon sebagai pendatang haram dari Indonesia.
Lagi juga aku suka benar dengan lakonan Indi Nadarajah sebagai Mani iaitu bekas banduan yang baru keluar dari penjara tetapi sudah merancang mencuri Setem untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah. Dia bergandingan dengan Sathia.

Memang gelak kuat aku masa menonton cerita ini. Banyak aksi lawak sana sini dalam filem ini.
Cuma rasanya ada beberapa adegan yang macam bodoh gitu. Macam tidak kena langsung...seperti adegan Afdlin di tembak. Punyalah banyak kali tembakan di lepas kan. Tapi satu pun tidak kena pada dia. Padahal masa itu dia di kurung dalam bonet kereta dan ditembak di dalam jarak dekat sekali...ish ish..kureng sungguh kan...

Tapi apa-apa hal pun rasanya tidak salah meluangkan masa menonton filem tempatan ini. Di samping menyokong industri, bagi aku filem ini memang boleh membuat orang ketawa...macam aku ketawa...hik hik.

Thursday, October 15, 2009

Bukan Superman..

Lirik Lagu The Lucky Laki – Bukan Superman

Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Back to Reff:

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

walk in symposium BOULEVARD HOTEL.


Hari isnin lepas aku dan officemate menghadiri
1st-REGIONAL SYMPOSIUM on Sustainable Construction Materials and Building Systems (SUCOMBS) 2009 di BOULEVARD HOTEL mid valley. Kiranya walk in sahaja pergi sini. Tiada pembayaran dibuat...free.

Rata-rata yang hadir ialah yang mempunyai background architecture, building surveyer, building technologies...everything yang ada kena mengena dengan building and inside building.
Aku sahaja kot yang background civil engineering...hik hik. Tapi tidak salah rasanya untuk menambah ilmu kan. Bidang aku pun termasuk mengenai building but more to design lah.
Tidak perlulah bercerita panjang mengenai isi presentation yang aku dengar itu. Jom sahaja kita melayan pictures makanan masa lunch di tingkat 9 hotel.

Memula aku makan yang ini dulu. Semuanya sedap.

Ini pun sedap. Udang + kentang lecek + seafood ball.

Yang kedua ambil yang lebih berat. Daging itu aku tidak makan..so pergi letak di pinggan officemate aku. hik hik. Nasi pun tidak di sentuh. Kiranya nampak sahaja penuh pinggan itu tapi aku ajak paksa member di sebelah tolong makan sekali.

Sambil itu sempat lagi tengok di luar..ada swimming pool di tingkat 9 tu.

Ini aku rasa sikit sahaja. Harap cawan je comel...isi failed.

Aku sampai di rumah member aku dalam jam 6 lebih gitu. So sesambil tunggu En Hendra datang ambil sempat lah aku mengambil sekeping gambar aku yang masih mampu tersenyum...hik hik..walaupun sebenarnya aku tengah letih.
Satu perkara yang funny lah aku rasa. Memang pagi itu aku rasa perut aku macam kurang nampak lah. Sebab aku pun pakai baju kurung pahang..so macam menyorokkan perut aku sahaja. Rata-rata participants macam tidak perasaan aku ini pregnant.
Tapi masa tengah makan lunch dan lepas makan lunch memang ketara sudah kedepan perut aku itu. So macam kejap ada kejap tidak ada gitu.
Hinggakan masa di surau itu, ada seorang participant tanya aku -

" berisi ke tu?"
" a'ah"

" berapa bulan?"
" 6 bulan lebih dah."

" hah...tak perasaan pun sebenarnya..sebab kecik sahaja perut..kalau saya lah masa itu memang sudah kedepan dah perut itu."

" tapi ini bukan anak pertama..ini tengah pregnant anak kedua."


Wednesday, October 14, 2009

Asal hujan mesti jem...mesti accident...

Pagi tadi memang aku keluar rumah lewat. Sebab apa lewat..sebab aku suka-suka lewat kan diri pagi tadi. Sebenarnya aku letih dan letih aku itu belum habis lagi sebab last monday aku pergi satu hari symposium dan pada hari selasa pula sibuk menjaga exam pagi dan petang. So semestinya penat sedia ada akan bertambah-tambah...kan..

Aku keluar rumah dalam jam 8.10am kalau aku tidak silap. Hujan masih turun lagi..so kena gunakan payung untuk berjalan ke kereta.

Aku fikir-fikir juga masa itu, aku hendak guna jalan mana pagi ini. Sebab di radio sudah sah-sah beritahu tidak jauh dari rumah aku ada accident 6 buah kereta. Semesti nya jamming jalan di MRR2 pagi ini. Lepas itu ada lagi accident di tempat yang aku akan lalui juga nanti. So camna nie?. Sudah-sudah aku terpaksa menunggu dekat 40 minit hanya untuk lepaskan traffic light yang berjarak kurang 500 meter sahaja depan area rumah aku. Punyalah banyak kereta stand still macam itu sahaja di MRR2.

Aku melepasi lampu isyarat dalam jam 8.45am. Aku nekad untuk ikut jalan lain ke office. Kalau aku layan juga jalan biasa yang aku ikut, confirm aku sampai office jam 10am or more.

So aku ikut jalan ke Shamelin terus ke Salak Selatan dan lepas melalui balai polis Salak Selatan aku terus masuk highway menuju ke Seri Kembangan, Kajang dan seangkatan dengannya. Highway ini aku pernah ikut dulu-dulu..tapi yang arah ke KL lah. Yang arah ke Kajang ini adalah pertama kalinya aku ikut. Bayangkan lah dengan cemas takut sesatnya..dengan sudah lambat ke office nya. Kalut sungguh.
Alhamdulilah jalan clear...tapi kecian tengok road arah masuk KL...kereta punyalah padat dan tidak bergerak-gerak.
Aku pula masa itu memang tengah risau juga ini.

"Betul ke jalan yang aku ikut ini?"

Ialah kan..aku takut aku termasuk simpang arah ke KL. Nahas juga aku kalau salah jalan. Masa di sebelum sampai Salak Selatan pun aku cemas juga. Ish betul ke jalan ini. Ialah kan, aku baru sahaja ikut jalan itu hari isnin lepas. Itu pun naik kereta officemate aku. Tahulah kan kalau naik kereta orang. Tidaklah memandang sana sini untuk melihat jalan.

Bila nampak sahaja tol BESRAYA dari highway yang aku ikut itu...cepat sahaja mulut aku ucap ALHAMDULILAH..terima kasih Allah kerana permudahkan urusan dan perjalanan aku pagi itu. Aku tiba di situ dalam jam 9.10am.

Dan akhirnya aku sampai office dalam jam 9.20am. Sungguh tidak dapat aku bayangkan kalau aku ikut juga jalan MRR2. Semestinya aku belum sampai lagi masa itu.

Tidur dan movie merupakan agenda utama..

Mee hoon goreng cooked by me for breakfast on saturday morning.

Instant curry puff for breakfast on sunday morning.

Tea time 'keropok' on sunday.

Erm sabtu dan ahad baru-baru ini memang fully duduk di rumah sahaja. Alhamdulilah aku mampu dan larat masakkan breakfast and lunch for my En Hendra. Aku suka melihat dia makan bertambah-tambah dengan masakan aku yang tidak seberapa itu. Tengahari itu di sebabkan aku mahukan masakan yang simple dan mudah sahaja so aku cuma masak daging masak lada hitam, sosej ayam dan ubi kentang masak sambal dan goreng sayur sawi putih.

Memang tidak boleh buat apa-apa langsung aku ini bila habis sahaja breakfast aku terus pergi baring di katil. Dunno lah, im feel so tired...hendak berbaring dan terlelap dalam sejam gitu. Itu baru prepared dan masak sendiri mee hoon goreng...aku sudah begitu penat. Bangun-bangun itu terus pula prepared for lunch...and terus makan lepas habis masak semua itu. Lelepak sekejap, aku terlelap lagi. Aduhaiiii...

Petang itu aku dan Haziq menonton movie trailer 9 iaitu sebuah computer animated film. Dan aku suka cerita-cerita komputer animasi begitu.
Sinopsis movie -

“When 9 (Wood) first comes to life, he finds himself in a post-apocalyptic world. All humans are gone, and it is only by chance that he discovers a small community of others like him taking refuge from fearsome machines that roam the earth intent on their extinction. Despite being the neophyte of the group, 9 convinces the others that hiding will do them no good. They must take the offensive if they are to survive, and they must discover why the machines want to destroy them in the first place. As they’ll soon come to learn, the very future of civilization may depend on them.”


Petang ahad pula aku with Haziq semestinya lah menonton teaser 3D animated trailer title Coraline. Movie ini pun memang best. Jalan cerita yang suspen dan menyeronokkan membuat kan aku tidak bergerak langsung ketika menonton. Masa tengok movie inilah aku break sekejap untuk menggoreng keropok. Best kan sesambil menonton sesambil menguyah sekali.

Friday, October 9, 2009

Faiza Basmathi.


Walaupun hari itu dan hari itu lagi sudah pergi membeli barang dapur, tapi malam tadi kena pergi lagi hanya untuk membeli beras. Sungguh tidak perasaan beras sudah habis. Sampai sana bukannya setakat membeli beras tetapi membeli barang-barang untuk masak tomyam sekali. Syokkk..lately ini kami amat melayan tomyam di rumah. Masak sendiri sungguh puashati dan kenyang. Hirup hirup panas-panas dengan udang yang masih manis sekali.... Cukup segala rasanya.

Sudah lah aku ini penat malam tadi. Tapi kalau hendak keluar, semestinya kena keluar satu family juga walaupun hendak beli beras...hehehehe.
Boleh lah pula beras yang biasa kami makan habis stok di situ. Aduhhh...malas nya aku lagi...semestinya perlu lah juga ke tempat lain malam itu juga untuk mencari beras. Fikir-fikir so kami pergi ke JJ Maluri semata-mata untuk beli beras. Sebab tempat lain memang tiada stok beras ini. Alhamdulilah betul-betul tinggal 2 sahaja beras itu di JJ. Kalau tidak ada juga...entahlah...Aku sungguh tidak berminat keluar rumah malam-malam kalau habis kerja.

Picture aku hari ini. Purple gitu..

Thursday, October 8, 2009

Free Gifts.


Free gifts gitu.
Kan hari petang sabtu lepas berpeluh-peluh juga kami sefamily pergi survey satu barang ini untuk di beli pada hari ahadnya. Setelah penat driving sana sini di area Pandan indah, Pandan jaya, Maluri dan seangkatan dengan nya lah. Maka pagi ahad tersebut kami setuju hendak membeli barang itu di kedai di Pandan Jaya.... atas alasan aku ialah untuk menolong orang melayu gitu, rezeki yang aku dapat di kongsi dengan orang lain pula..salesman nya budak melayu. Kalau hendak di ikutkan di kedai lain pun ada barang itu...sama sahaja. Dan barang itu selamat di hantar ke rumah pada tengahari isnin lepas.

Semestinya yang syok juga kalau beli barang kan ialah free gifts gitu. Best apa ada hadiah-hadiah percuma ini...kan. Tapi tidaklah sibuk tengok free gifts dulu masa hendak pilih barang itu. Mesti hendak pilih barang yang baik dan elok...lepas itu barulah salesman itu cakap ada free gifts..ok lah..alhamdulilah orang hendak bagi kan.

Hehehe..aku sudah bagi hint pada En Hendra, memandang kan set sudu, garfu dan pisau itu amat lah cantik sekali. Maka tidak lama lagi boleh lah kita masak dan makan western di rumah. Sudah lama tidak masak sendiri western ini macam dulu-dulu itu.

Wednesday, October 7, 2009

Semenjak aku menonton movie 1957: Hati Malaya, aku ingin tahu juga kisah hidup Tunku.

Jejak awal Tunku di London.
Berita Harian Online -
Rabu, 07 Oktober 2009

Ikuti tulisan Mansor Puteh mengenai usahanya mencari jejak awal Tunku ketika berusia 16 tahun di London.

TUNKU bersama sahabatnya ketika bergelar pelajar.

Tidak banyak diketahui mengenai sejarah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika kecilnya, termasuk kesukaannya bercampur dengan budak-budak kampung. Malah, tidak ramai juga tahu Tunku pernah menyewa bilik di sebuah gereja dan paderi turut menjadi gurunya.

PERDANA Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang juga Bapa Kemerdekaan ada nama jolokan atau samaran diberikan ahli keluarganya iaitu 'Budak Hitam' disebabkan kulitnya hitam, tidak seperti adik-beradiknya yang lain.
Ia juga disebabkan dia lebih gemar bercampur dengan budak-budak kampung sehinggakan Tunku juga dikenal sebagai Budak Kampung.
Memang perkara ini tidak penting kalau kita lihat dan mengkaji mengenai kehidupan Tunku, sebab sudah pasti sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang banyak berjasa kepada negara, kisah seperti ini boleh dianggap enteng, atau tidak penting.

Tetapi, tidakkah kita sedar bahawa kenakalan dan keterasingan daripada keluarga dan bergaul dengan ‘kanak-kanak kampung’ itu, sehinggakan dia serasi dengan mereka dan dapat berasakan kehendak dan kekurangan mereka itu yang boleh dianggap sebagai pendorong untuknya mencapai kemerdekaan untuk negara pada masa depan?

Mungkin ditakdirkan dia gemar bergaul dengan kaum marhain dan tidak bangsawan seperti dia sendiri. Tidak terkejut juga kalau isteri pertamanya ialah seorang gadis Cina yang langsung tidak fasih bercakap dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan dia adalah anak kepada seorang tuan punya kedai basikal di Alor Setar.

Dia ialah ibu kepada kedua anak Tunku iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang yang saya sekeluarga sering dan gemar memanggil dengan nama jolokan atau singkatan iaitu Tunku Chik dan Tunku Ang.

Boleh dikatakan juga tidak ramai pakar sejarah di negara yang membuat kajian mengenai cara hidup Tunku di England, ketika dia ke sana dalam usia yang kecil, hanya 16 tahun saja dan dihantar merantau hidup sebatang kara belajar dengan guru peribadi di sebuah pekan kecil di sana yang dinamakan Little Stukeley, sebelum dia berjaya ke Universiti Cambridge yang kini dianggap sebagai universiti terulung seluruh dunia.

Tidak hairan kalau pakar sejarah lebih menumpukan perhatian mengenai apa yang beliau buat untuk mencapai kemerdekaan dan kisah seperti ini sering dijadikan bahan buku, rencana dan tidak lama dulu dalam bentuk filem.

Ia ialah kisah biasa mengenai kejayaan luar biasanya. Berbanding dengan ini, saya mahu menceritakan bagaimana saya terserempak di Little Stukeley dan Cambridge mencari jejak tapak awal Tunku, sebagai remaja bawah lebih 16 tahun yang berani mengharungi lautan luas dengan kapal selama tiga hingga empat minggu, yang dihempas ombak tinggi yang boleh membuat lelaki lebih dewasa daripadanya muntah.

Gambar kiri, Tunku ketika zaman persekolahan. Gambar kanan, Mansor (tengah) bersama Shahreza dan pemilik The Old Rectory, Carmilla Payne di depan bangunan yang pernah menjadi bilik sewa Tunku.

Tunku mengharungi kehidupan yang tidak biasa. Kehidupannya di Tanah Melayu juga tidak biasa. Dia dihantar ke Bangkok untuk belajar bersama rakan-rakan lain keturunan Siam dan beberapa orang daripada mereka turut ke Cambridge dan kemudian bertemu di sana.

Tunku menyewa sebuah bilik di bangunan yang dipanggil The Old Rectory di Little Stukeley. Saya dapati pekan ini begitu kecil. Sekarang ini ada mempunyai 23 keluarga. Bayangkan pada 1919 dulu ketika Tunku tiba di sana, sudah pasti jumlah keluarga di situ lebih kecil.

Bangunan ini sebenarnya sebahagian daripada sebuah gereja yang penting di daerah ini. Paderinya mengajar Tunku dan beberapa pelajar lain secara peribadi.

Sudah pasti Tunku pada masa itu tidak tahu bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dan gurunya mengajar sehingga mendapat kejayaan akademik yang baik dan boleh bertutur dan menulis dalam bahasa ini dengan cekap sehinggakan sudah pasti loghat Inggerisnya terbawa-bawa hingga dia balik ke Tanah Melayu.
Orang Melayu tentu khuatir kalau ada orang lain mahu menghantar anak kecil mereka ke England untuk belajar dengan paderi dan tinggal di bangunan yang dimiliki gereja tanpa kawalan. Mereka khuatir anak mereka akan terpesong akidahnya. Ini tidak berlaku kepada Tunku.

Malah ia menguatkan semangat serta agamanya, sehinggakan pada lewat usia, dialah orang yang menubuhkan Perkim dan dengan sendiri mengetuai upacara pengislaman untuk bukan Islam. Kejayaan ini tidak pernah diulang oleh perdana menteri kemudian daripadanya.

Lawatan saya ke England baru-baru ini berjaya menyingkap sedikit-sebanyak rahsia peribadi Tunku. Tahukah kenapa Tunku amat berminat dengan sukan berkuda? Dia tidak bertaruh, sebab dia ada wang yang cukup sebagai pelajar di England yang hidup luar kampus dengan begitu mewah sekali.

Jawapannya ialah tidak jauh dari Little Stukeley ada sebuah padang lumba kuda. Saya terkejut dan rasa tidak hairan apabila saya melihat papan tanda padang lumba kuda itu ketika keluar dari Little Stukeley, dan terus menyuruh anak saudara saya, Shahreza yang memandu kereta sepanjang kami mengembara di England dengan ditemani seorang rakan dari Malaysia, Ajar Mohammed yang sudah lama menetap di negara ini untuk pergi ke padang itu.

Tidak ada seekor kuda yang ada di situ sebab hari itu bukan hari perlumbaan.

Kenapa Tunku berminat dengan permainan bola sepak sehingga berjaya menyertai pasukan bola sepak di Universiti Cambridge? Soalan ini akan dijawab di bawah.

Sebelum itu biar saya menceritakan bagaimana saya berjaya mencari bangunan The Old Rectory di Little Stukeley. Saya rasa cemas dan khuatir bangunan ini sudah runtuh dan hilang di muka bumi. Maklumlah ia dibina pada 1826. Ia bukan sebuah bangunan yang baru.

Malah, gereja yang tersergam dekatnya sudah tiada. The Old Rectory juga mengalami nasib sama, sebab tiga tahun dulu (2006), keadaannya amat mengecewakan dan ia hampir runtuh. Pihak berkuasa di sini mahu memusnahkan bangunan itu sebelum ia membawa kematian kepada orang awam.

Nasib baik, seorang lelaki Inggeris dan isterinya, Carmilla Payne sanggup membeli bangunan usang ini dan merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka memulihkannya. Sekarang ini bangunan itu berdiri megah dalam keadaan yang hampir sama.

Kami berdua memandu dengan perlahan untuk mencari tempat ini pada musim panas yang agak dingin iaitu suhunya tidak panas sekitar 15 hingga 18 darjah Celsius yang agak dingin.

Kami buat kesilapan dan tersilap arah sehingga melepasinya. Dengan bantuan orang awam, kami berpatah balik dan cari bangunan itu di sebelah kanan.

Kami masuk ke sebuah lorong sempit dan terserempak dengan seorang wanita Inggeris yang agak dewasa menunjukkan bangunan itu yang terletak tidak jauh dari kami.

Dia juga berkata, memang betul paderi di The Old Rectory itu menyewa bilik kepada pelajar asing yang datang untuk belajar secara peribadi dengannya.

Ini berlaku sehingga 1940an. Tetapi dia pasti tidak kenal penyewanya, khususnya Tunku yang ke sana sebelum wanita itu dilahirkan.

Kami memandu dan pergi ke arah bangunan itu dan tidak berapa lama kemudian kelihatan ia tersergam seperti gambar lama yang saya bawa untuk dijadikan panduan.

Kami terus keluar dari kereta sewa dan pergi ke rumah itu. Pintunya di mana? Kanan? Tidak. Ada anak tangga di sebelah kiri, dan Ajar serta Shah terus pergi ke sana sambil saya membuat rakaman. - Bersambung

Mee hoon sup and G.I.JOE the movie.

Mee Hoon sup dinner kami malam tadi. En Hendra berbesar hati masakkan. Thank you so much my sayang..


Malam tadi habiskan tengok movie G.I.JOE. Ermm..tengok pun berdasar kan sebab memang minat kartun ini masa zaman kanak-kanak dulu. Tapi sebab sudah lama rasanya tidak tengaok kartun ini, membuatkan aku sudah terlupa langsung jalan cerita dan watak-watak dalam kartun itu. So malam tadi menonton macam tengok cerita baru saja. Layan sahajalah. Sebab banyak sangat watak dalam movie itu, aku rasa jalan cerita jadi tidak tersusun. Entah siapa tembak siapa...entah mana baik mana jahat..entah siapa yang mati..aku pun tidak ambil pusing dah..hehehehe. Sekadar mengisi masa lapang kami sekeluarga sahaja malam tadi itu.



Sebelum menonton movie, kami layan dulu drama Aku Budak Minang jam 8.30pm - 9.00pm di TV2.
Seronok sungguh layan drama cakap n9 ini. Lagipun zaman dulu-dulu itu pun aku memang mengikuti siri kartun ini dalam majalan GILA-GILA. Kena pula lagu dalam drama itu lagu kesukaan aku juga...syokkkk. En Hendra pun sama juga melayan drama n9 ini. Suka benar dia dengar longat n9 ini.

Ayam den Lapeh

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai… ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Basimpang jalan ka Biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai… ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai… ayam den lapeh

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh

(Dipopulerkan oleh Gumarang/Oslan Husein

Tuesday, October 6, 2009

Bila hari sabtu dan ahad.....

Laksa.....sodappp..

En Hendra sudah masuk pinggan ke 2 makan laksa ini.

Hari Sabtu lepas, selepas kami berpenat dan berpeluh gitu lepas ke kedai sana sini mensurvey barang yang hendak di beli pada hari Ahad esoknya, kami ke rumah officemate kak SN di cheras. Memang aku sudah berjanji dengan kak SN untuk datang berhari raya ke rumah nya. Sesampai di sana sudah jam 5 petang. Nampaknya kak SN aku ni sibuk-sibuk gitu di dapur. Tidak aku tahu apa menu pun yang sedang di masak oleh tuan rumah. Sesambil itu kami makan kuih raya yang penuh juga di atas meja ruang tamu rumah. Jenuh gak makan itu ini...macam-macam gitu.

Then
tuan rumah sudah memanggil untuk ke meja makan...jemput makan... Oh tidak ku sangka rupanya hidangan merupakan antara list makanan yang aku hendak makan time pregnant ini...ALHAMDULILAH....home made laksa. Walaupun perut aku sudah penuh, tapi gagahkan juga makan untuk pinggan ke 2. Lepas itu terus duduk bawah jea, hendak luruskan kaki...perut sudah fulllll gitu. Sudah tidak larat untuk duduk atas sofa..hik hik..

En Hendra pula pada mulanya memang tidak makan pun dan tidak pernah langsung makan laksa ini. Aku risau gak, dia makan ke tidak makanan ini?. Disebabkan masa itu sudah jam 6 petang, perut pun sudah kembali lapar, maka En Hendra makan juga laksa itu...siap dengan perahan limau sekali. Ok lah, dia kata...lagi pun laksa home made...confirm sedap nya. Thank you so much kak SN for the lovely laksa.


Hari ahad lepas pula, pagi-pagi aku sudah menggoreng JEMPUT TEPUNG je. Tidaklah pagi-pagi subuh pun..dalam jam 10 pagi gitu lah. Dekat 4 kali goreng begitu. Memang keteringinan makan jemput aku pagi tu...hik hik. Aku telah mencampur cili boh + carot di hiris halus + garam + sedikit kiub ayam gitu. Sebab itu jemput aku bercolor merah. Aku risau lah kan sebab En Hendra tidak berapa suka makan jemput kalau aku masak. Padahal aku ini memang di besarkan dengan sarapan jemput ikan bilis...so until today aku mesti kekadang minta emak gorengkan jemput kalau balik kampung untuk sarapan. Alhamdulilah En Hendra join makan sekali jemput cicah dengan cili sos dengan minuman teh o panas. Haziq pula bukannya makan pun jemput itu...kesukaan dia ialah COS (panggilan Haziq untuk sos). So kerjanya cicah jemput dengan sos lepas tu sosnya sahaja di makannya...jemput nya last last aku juga yang makan kan.

Tengahari pula, aku masak simple jea. Bukan apa, keteringinan hendak makan sambal sardin begitu membuak-buak gitu. Aku pun ambil keputusan untuk masak apa yang aku ingin kan itu.
So masak nasi, pastu goreng telur dadar dan masak sambal sardin. Saja buat pedas-pedas sebab aku tumbuk cili padi sekali tetapi tidak pedas lah juga..ermmm..
Malam itu pula, siap aku cicah lebihan jemput aku tu dengan sambal sardin itu....pehhh sodap nya....matching sungguh...

Sebenarnya petang itu, kami selamat membeli barang yang di survey semalam petang ....ALHAMDULILAH. Lepas itu kami terus ke office aku, dekat 1 jam juga kami berada di situ. Macam biasa, En Hendra mesti ajak pergi makan sate kajang kalau lepas pergi office aku ini. Lepas itu terus balik rumah.
Sampai rumah aku boleh termuntah pula..agaknya penuh sangat perut aku masa makan sate dengan nasi impit juga kuah kacang tadinya. Kecian makanan aku itu.

Jemput-jemput merah ku..cicah dengan sos.

Lauk sambal sardin + ubi kentang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails