Followers

Wednesday, March 31, 2010

Leptospirosis (Virus dari binatang)

Pengenalan
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Nama-nama lain.
Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko termasuklah:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala
Gejala :
Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
Radang selaput mata.
Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
Ujian sel darah putih (WBC).
Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
Perdarahan yang teruk.
Respiratory distress.
Kegagalan fungsi hati.
Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair.

Gatsby Deodorant Street Fair.

Hoping to join this game.

So looking forward to win one the exciting things above....amin
Yes everything about NUFFNANG, i was so excited. This is because the events will confirm with a lots of activities, prizes and also unknown priceless things inside GATBY goody bags given. Of course i can't get all that things given on that day anywhere everywhere else.
For the Gatsby Deodorant Street Fair. Yup I want to be a part of the nuffnanger to be there. I want to feel how its like to be among the nuffnanger together in the exciting events. Also i want  to join the fun and exciting time while trying new game that i never ever trying before that is Throw-A-Ball to the funnier sumo wrestling with in airbags wrapped around my body. Hahahaha..it could be enjoying..i bet.

Other best part is the lucky draw prizes worth RM15,000. I really hope and pray that i have a luck on that day to have at list one of the fantastic gadgets or electronics, maybe a mobile phone or at list a  vouchers.
This will be my first time joining an event by Nuffnang. I'm looking forward recieving the official invitation email from Nuffnang and have fun on the April 17. Thank you to Gatsby Deodorant. Please freely yourself to find out more exciting things about Gatsby Deodorant Street Fair

Penyampai radio ERA sakit!!

On the way pergi kerja pagi tadi. Aku sempat mendengar ERA F.M. Sebenarnya aku ini tidak specific untuk mendengar mana-mana siaran radio. Suka-suka sahaja dengar mana-mana yang aku suka.
Mula-mula aku terkejut bila Aznil beritahu yang Din Beramboi sedang sakit di hospital. Hospital mana aku terlupa lah pula. Tapi rumah DB terletak di Rawang, mungkin dia berada di hospital Rawang. Perbualan telefon antara Aznil dan seorang staff ERA yang sentiasa berada di hospital untuk memberi update DB di hospital.
DB mula demam pada hari khamis lepas. Kemudian demam tersebut berjangkit juga pada isterinya. Tapi demam DB lebih teruk. Dalam hari Sabtu atau Ahad itu DB telah dimasukkan kehospital kerana jangkitan kuman pada darah atau kemungkinan terkena jangkitan demam dengki. Semalam keadaan nya agak kritikal kerana jangkitan kuman pada darah agak teruk. Setelah rawatan dijalankan, dalam pagi ini keadaan DB agak stabil, tapi masih belum dapat disahkan dia sakit apa.
Sebagai sesama Islam, tidak salah rasanya kita sesama doakan semoga dia sihat kembali dan dipermudahkan semuanya.

My Name Is Khan movie.

Pertama kali tengok iklan movie ini di Astro, aku terus macam 'jatuh cinta' gitu. Entahlah, gazet yang ditunjukkan nampak macam best. Mungkin cerita ini best...kot. Balik sahaja ke KL terus aku minta hubby download kan cerita ini. Lagi pula aku ingat cerita ini guna bahasa omputih..tapi rupanya guna bahasa hindustan juga.
Sinopsis movie -
Rizvan Khan (Shah Rukh Khan) suffering from what Dustin Hoffman experienced in Rainman – autism or more specifically Asperger Syndrome. He is intelligent enough to comprehend situations but too innocent to understand people. After the death of his mother in India, he shifts to US with his brother (Jimmy Sheirgill) and sister-in-law (Sonya Jehan).
Rizvan marries Mandira (Kajol), a divorcee with a kid. Post 9/11 attacks.As a Muslims are abused and attacked randomly in US. A tragedy alienates the couple as Rizvan sets on a journey that he believes would reunite him with Mandira.

Setelah anak tirinya meninggal dunia akibat dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya yang marah dengan orang beragama Islam, SK meneruskan niatnya untuk bertemu presiden USA. Hasratnya hanya untuk memberitahu pada presiden bahawa -
' my name is khan. i'm not a terrorist.' 
 Akhirnya memang dia dapat berjumpa dengan presiden


Yang aku bengang sungguh dan berkali-kali ialah walaupun terang-terang menunjukkan dia itu Islam dalam cerita itu dan sememangnya dia seorang Islam. 1st time juga aku tengok scene SK ini solat..oklah. Tapi boleh juga dia still tunjukkan budaya orang bollywood Ini yang mengamalkan kawin campur tanpa menukar agama. Didalam filem itu SK telah berkawin dengan Kajol yang beragama hindu.
Apa ke halnya juga diaorang ini?. Tak takut azab ALLAH ke?

Tetiba aku malas hendak nak ulas lagi pasal movie ini..macam bengang pula...chow

Tuesday, March 30, 2010

I'm feeling so empty.

Muka penat sesangat dekat 2 jam shopping barang dapur.
Semalam aku sampai rumah dalam jam 6 lebih. Memang awallah. Sebabnya aku keluar office tepat jam 5.30pm. Jalan pun clear dari office until Pandan Indah. Dirumah dua-dua anak tersayang sedang nyenyak tidur. Aku terus masuk dalam bilik pergi cium pipi Haifa. Rinduuuu sangat kat dia.
Since dari semalam semalam lagi, hubby memang suruh aku yang pergi ke Tesco. Mula-mula memang terasa hendak pergi sendiri..lepas itu rasa macam malas pula. Memandangkan aku tidak langsung keluar sendirian since balik KL, maka hubby suruh aku pergi juga.
Sejak dari semasa Haziq baby baby lagi memang kami buat keputusan untuk bergilir-gilir keluar sendirian kalau pergi shopping keperluan dirumah. Kecian rasanya hendak membawa baby ke tempat yang ramai orang terutama shopping complex. Begitu juga dengan baby Haifa, kami belum bersedia untuk membaca dia ke public area. Bagi kami biarlah dia besar sikit...barulah boleh bawa berjalan-jalan.
Oleh itu memang kalau hubby keluar semestinya dia bawa Haziq sekali. Tapi kalau aku yang keluar, tidak mungkin aku bawa Haziq. Sebabnya sekarang ini hero aku itu semakin aktif sesangat, memang tidak larat aku hendak menjaganya.
Rasa macam ada yang kurang sahaja masa aku ke Tesco malam tadi.Selama ini pergi bertiga-tigaan. Kali ini kena pergi seorang diri. I'm feeling so empty.
Dengan troli yang sudah berat berisikan barangan dapur. Tak larat lagi hendak menolaknya. Ialahkan sebelum ini ada orang lain yang tolakkan. Then kena buat keputusan sendiri pula bila memilih barang yang hendak dibeli walaupun list barangan telah ditulis lengkap. Tapi tetap calling calling dengan hubby untuk confirm kan barang.
Begitulah mungkin life kami until baby Haifa besar sikit.
Akhirnya dari lepas maghrib until 9.30pm barulah sampai rumah semula. Sesampai rumah terus ambil pinggan hendak makan. Laparrrrr sebab belum dinner lagi.
Jam 12 malam aku terus terlelap....im so tired.

Myself this moning. Aku tumb print pada jam 7.53am.

Monday, March 29, 2010

Kurus ke tu???

Masih melayan menanda report sana sini atas meja. Insyallah boleh siap hari ini..rasanya lah. Sedang asyik gitu, member office bagitahu yang hari ini ada farewell lunch untuk one of the boss Dato' Wira. Ermmm makan free 1st day kerja. Alhamdulilah.
Antara pertanyaan pertama di office ialah -

'apa khabar?'
'baby saper jaga?'
'wahh da kurus gitu?
'baby sihat?'

Aku jawab mana ada kurusnya..gitu-gitu sahaja.Entah aku rasa badan aku kali ini lebih 'tembam' lagi compare masa habis berpantang Haziq dulu. Iya lah kan..anak sudah 2...biasalah tembam...hikhikhik.

Biasalah yang part perut itu memang lambat sikit hendak turun. Memangnya pun.

Lunch free hari ini ialah Nasi Dagang dan Nasi Kerabu juga kuih muih. Aku ambil nasi kerabu. Tapi tidaklah aku makan masa itu juga. Sebab baru jam 10 lebih masa itu. Pagi sangat hendak makan nasi. So aku makan kuih sahaja. sebelum keluar isi minyak tengahari tadi barulah aku makan. Memang sudah lama aku tidak mengisi minyak kereta sendiri. Semuanya hubby yang buat. Memandangkan minyak tinggal kurang satu bar, aku terpaksa juga ke pump minyak berdekatan dengan office.Terasa kejanggalannya...tapi buat-buat maintain sahaja...hahaha..

Sambung kerja semula....

Mohon bersama sedekahkan fatihah pada seorang boss di office aku, Puan Umi Kasom binti Mahmud yang telah meninggal dunia semalam kerana sakit kancer. Semoga rohnya di letakkan di kalangan orang-orang beriman dan diredhai ALLAH..amin.

pertama kali semula...

Hari ini pertama kali semula aku masuk bekerja setelah 60 hari lebih bercuti. Semestinya sedih sebab terpaksa berpisah sementara dengan Haifa yang tembam dan comel. Alhamdulilah Haifa sudah genap 2 bulan semalam. Pipinya semakin tembam dan gebu membuatkan aku geram sahaja untuk mencium dan mencium.
Erm di office aku perlu siapkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan semasa cuti hari itu. Bukan salah aku Sudah 2 kali hubby pergi ke office semasa aku bercuti semata-mata untuk mengambil reports yang bertingkat-tingkat itu. Tetapi masalahnya ada juga yang lewat menghantar. Kesudahannya ramailah yang hari-hari telefon bersms dengan aku merayu supaya aku menerima report mereka selepas itu. Mula-mula memang aku geram sangat. Ialah aku berkorban bekerja untuk mereka di waktu aku sedang berpantang. Tapi mereka boleh suka-suka sahaja hantar report selepas due date yang aku tetapkan. Kemudian aku fikir-fikir juga, kecian pula pada mereka. Akhirnya aku terima semua report itu tetapi aku hanya akan start menanda apabila aku masuk kerja iaitu hari ini.
Students sekarang ini sedang bercuti semester. Aman sikit keadaan di sekeliling dalam dan luar office. Kalau tidak punyalah ramai sana sini....muka students sahaja yang aku nampak. Yang paling aku bengang ialah kalau hendak ke toilet, terpaksa pula melalui mereka yang sedang berkumpul di meja-meja yang telah disediakan dikiri kanan. Memang tidak dinafikan student lah yang membuat company tempat aku bekerja ini dipenuhi orang..ramai. Tapi kan bila mereka bercuti sunyilah pula...memang nampak sangat 'dilanda garuda' di semua kawasan...terutama di kantin.
Nampaknya baik aku mula membuat kerja di samping 'bermesra' kembali dengan member-member office. Petang ini juga aku perlu menghantar markah pada unit exam. Harap-harap semuanya siap seperti yang dirancang.
Mari kita mula berkerja.....

Sunday, March 28, 2010

Driving.

First time aku driving semula ialah pada hari selasa setelah 4 hari habis berpantang. Itu pun kerana aku hendak membeli kain ela untuk membuat seluar tidur. Kalau tidak kerana itu mungkin aku malas hendak memandu ke pekan Kuala Pilah. Terasa sungguh macam kalut gitu. Sebabnya sudah lama tidak memandu. Tidak silap aku semenjak kandungan masuk 9 bulan aku sudah 'berenti' driving. So dikira-kira mahu dekat 2 bulan lebih menjadi penumpang sahaja.

Dijadikan cerita tengahari itu aku memandu bersama Haziq masa itu. Aku terlupa atau buat-buat lupa untuk memakai tali pinggang walhal sebelum itu aku memang pemandu yang berhemah. Sampai di pekan, aku terus memandu ke arah kedai kain berdekatan station bus Kuala Pilah. Betul-betul masuk ke selekoh akhir blok, tetiba ada roadblock lah pulak. Tengahari buta ada roadblock...ish ish biar benar. Aku buat muka selamba sahaja, sebab sebelum sebelum ini aku tidak pernah kena saman...alhamdulilah. Tapi kali ini aku kena tahan juga. Sebabnya terang-terang aku tidak memakai tali pinggang. Hendak tarik tali itu pun tidak sempat sebab selekoh dan roadblock ngam ngam sahaja. Aku tengok ada beberapa orang tengah kena saman di meja yang di letak berhampiran jalan.

'Aduhaiiii kena saman kah aku?'

Sudahlah Haziq yang tidak mahu duduk dikerusi. Berdiri-diri. Polis macam biasalah sound aku atas kesalahan yang telah aku buat.

Aku pula dengan muka buat-buat berani tapi cemas dan takut juga. Aku cakap,
'Alahai Cik, saya ni baru habis pantang. Ni pun baru pertama kali driving hendak beli susu anak. Tak akanlah itupun Cik nak saman?'
Polis tu tetap hendak saman aku juga nampaknya. Dia tak nak terima alasan aku itu. Aku tambah lagi,
'Betul Cik saya baru habis pantang, ni pun pakai bengkung lagi. Tak akanlah saya nak tipu'

Yang aku paling tidak tahan, boleh polis itu cakap balik pada aku,
'Toruk tul kau ni ' ...refer semula pada cakap aku yang aku tengah pakai bengkung. Alhamdulilah lepas itu polis itu bagi aku jalan.
Aku terlepas dari kena saman.

Kira-kiranya dalam beberapa kali sahaja aku driving sekarang ini. Sampai KL ini belum ada sekali pun aku memandu. Semuanya masih jadi penumpang lagi. Aku berdoa semoga ALLAH permudahkan semuanya perjalanan pergi balik aku ketempat kerja pada hari isnin esok. Aduhaiiiii.

Takda Baca Punya Orang 2.

Jangan takut! Bukan saya nak suruh kita membaca buku Melayu sahaja. Cuma saya ni agak terkilan kerana kalau menurut hukum dasar ekonomi pun, pembekalan akan terpengaruh dengan permintaan. Lebih banyaklah bekalan yang disiapkan. Kalau kurang permintaan maka berlebihan bekalan akan mengundang musibah kepada mana-mana peniaga pun. Jadi macam mana kita nak bekalkan buku Melayu banyak-banyak?. Okaylah, bab ini mari kita menyerah kalah. Tapi kita pun boleh baca buku-buku Inggeris, kan? yang penting bukan bahasanya tapi kandungannya. Kita saya baru-baru memaksa diri bermesra dengan buku-buku, saya rasa seolah-olah seperti pengembara yang berjalan seorang diri di padang pasir tanpa tujuan. Buku pertama yang saya beli pada tahun 1998 berjudul Can Asians Think? karya Kishore Mahbubani. Buku yang kecil dan mempunyai 192 mukasurat ini, bukanlah setebal buku telefon tapi saya mengambil masa lebih kurang tiga setengah bulan untuk habiskan. Kenapa lama sangat? Agaknya soalan yang patut digunakan sebagai judul buku tersebut ialah can i think?

Pengalaman ini sama seperti ketika saya berusia empat tahun. Pada waktu itu saya cukup menyampah dengan masakan sayur tapi dipaksa makan. Dipaksa makan bukan oleh ibu saya tapi terpaksa makan sebab tiada pilihan lain. Keluarga saya bukanlah keluarga yang kaya-raya, maka itu saya mula belajar menghargai apa yang termampu. Lama-kelamaan, rasa sayur semakin sebati dengan citarasa lidah dan sekarang saya boleh jadi marah kalau hidangan tak disertakan sayur-sayuran. Jadi saya fikir teknik yang sama ini boleh membuahkan hasil yang serupa terhadap tabiat membaca.

Alhamdulilah, selepas memaksa diri untuk membaca selama setahun, akhirnya kini, bukan sahaja saya jadi ulat buku malah ulat buku itu jadi saya! Fikiran saya makin luas. Idea saya bertambah banyak. Mata hati saya semakin terang dengan kenikmatan ilmu pengetahuan. Patutlah ayat pertama yang turun berbunyi, "BACALAH!"
 
Setiap hujung bulan, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk membeli tiga buku, tidak kira apa judulnya atau topiknya.Yang penting saya nak berkubang dalam lautan buku yang saya susun didewan rumah saya.

Tujuan saya lakukan ini ialah kerana saya perlu faham untuk menikmati setiap detik kehidupan ini. Dan kalau saya tak tunjukkan contoh pada anakdan isteri, mereka juga tidak akan mengenali dan memahami tentang seronoknya budaya membaca. Teringat kata-kata teman saya, Allahyarham Ishak Ahmat, ketika kita menagdakan persembahan bersama di Joo Chiat Kompleks. Kata beliau pada penonton," Bacalah kamu sebelum kamu dibacakan".Terbahak-bahak saya apabila mendengar kata-kata itu. Sambil ketawa, saya balas balik, "Betul! Jangan sampai orang panggil kita, lu takda baca punya orang!".

Tamat.

Saturday, March 27, 2010

Maut Movie.


Malam tadi aku layan cerita ini. Cerita sudah lama dah. Sudah setahun lebih cerita ini di tayangkan..baru aku terhegeh-hegeh hendak menonton. Macam biasa aku menonton tanpa ingat pun jalan cerita nya macam mana. Tapi layan sahajalah kan. Sudah tiada apa-apa cerita menarik di tv. Aku tiada pilihan...hikhik.

Sinopsis cerita -
Part 1:
A university student named Su is on the way home when she notices one other person travelling alone on her bus, a strange girl all on her own. Later, the same girl calls on her at her home, introducing herself as Fadilah. Su lets her stay the night because she says she has been robbed. The next day, the mysterious girl vanishes and news of a missing person resembling her appears on television. Will Su get to the bottom of the ghostly presence?

Part 2:
A successful air stewardess named Farah lives recklessly with her Caucasian boyfriend Duke, indulging in all manner of sins. They soon marry but cracks in their relationship appear when Duke is caught with another woman at their wedding party itself. When Farah falls into a coma, visions of hell torment her on account of her wayward ways. However, can she repent in time to save her marriage and herself?

Part 3:
An angry young man named JJ has long lost his faith, sporting tattoos and makeup as part of his gothic black metal lifestyle. However, the mysterious appearance of a holy man shakes him up. One day, he crashes his car together with his motley crew of head-banging friends on the way home from an illegal concert, injuring himself seriously. Can he redeem himself before it is too late?

Tapi lah kan...aduhai cerita ini memang 'bebas' sungguh. Terkejut juga tengok cerita melayu mempunyai jalan cerita macam itu. Itu lah sebenarnya realiti kehidupan orang sekarang. Memang ada kebenarannya. Disamping itu bila di tunjukkan scenes bagaimana Farah 'di seksa' semasa dia koma 3 hari..sungguh membuat kita tersedar dari pada terus melanggar perintah ALLAH.  Untung Farah diberi peluang untuk kembali bertaubat.

Dalam scenes Jamil pula ditunjuk bahawa mayat nya tidak diterima bumi. Tanah kuburnya mendap walaupun setiap kali sudah di tambah tanah lagi. ALLAH MAHA BESAR. Jamil seorang pengikut black metal yang badannya bertatu. Dia mati kerana kemalangan bersama kawan-kawannya yang memandu ketika mabuk. Jamil pula tidak sempat bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR DAN DIREDHAI PADA KITA SEMUA HAMBANYA...AMIN.

Friday, March 26, 2010

Takda Baca Punya Orang.


KATA AKHIR
Suhaimi Yusuf  (Majalah MANJA Jun 2008)

Kali pertama sayadengar ungkapan ini saya tak faham langsung. Pada waktu itu saya pertama kali ketawa sebab ayat ini kelakar. Rupa-rupanya yang kelakar bukan ayatnya tapi kita. Kita yang kelakar. Mari kita selongkar apa yang kelakar sangat ni...
Dari dulu hingga kini, tabiat membaca seolah-olah hampir tidak wujud dalam keluarga orang Melayu. Orang Melayu yang suka membaca hanya membentuk peratusan kecil kalau di bandingkan dengan yang suka berkelah.
sambil mendengar lagu dan berita ringkasdi radio. Mungkin kita lebih suka dibacakan daripada membaca. Kata kawan saya, kalau nanti kita dikapankan, orang lain yang bacakan, kita tak payah baca aperr...hehe...ini cerita kelakar yang pertama.

Cerita kelakar yang kedua ialah sewaktu menaiki pesawat bersama para peminat ke New Zealand, saya sempat perhatikan kebiasaan-kebiasaan para penumpang yang terdiri daripada dari berbagai bangsa. Apabila berlepas dari landasan dan berada diudara, tanpa berlengah lagi kaum Mat Saleh masing-masing membuka dan membaca buku yang digenggam dari awal lagi. Ada yang baca novel, ada yang baca buku politik dan ada yang baca buku setebal buku telefon. Sementara kaum Pak Mat dan Pak Saleh masing mendungak ke arah bumbung kapalterbang dengan mata tertutup dan mulut menganga. Kita cepat-cepat bangun apabila tiba waktu pramugari menyediakan makanan. Yang menghairankan ialah kita boleh 'baca' pergerakkan pramugari bawa makanan walaupun dia tu masih jauh didepan. Kata pakcik yang duduk disebelah saya, orang kita tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih suka baca dalam hati...hehe...kelakarlah pakcik ini.

Kayu pengukur mudah. Mari kita kira jumlah buku-buku Melayu jika dibandingkan dengan yang lain diperpustakaan. Yok kita ukur saiz kedai buku Melayu dengan saiz kedai buku bangsa lain. Jom kita semak kepingan suratkhabar Melayu jika dibandingkan dengan akhbar lain. Malah, ayuh kita tengok berapa banyak majalah Melayu dibandingkan dengan majalah lain.

Sambung nanti lagi...

Rajin sungguh.



Haziq yang rajin bermain-main dengan Haifa. Ditunjukkan buku untuk adiknya. Konon-konon suruh adiknya bacalah. Lepas itu di mainkan kcing-kcing untuk adiknya dengar. Memang rajin sungguh abang seorang ini. Tapi kecian..adiknya bukan faham pun apa abang Haziq buat.


Mamanya hendak buat jemput-jemput, dia pun sibuk hendak tolong kacaukan tepung.

Brokoli goreng bersama udang dan Agar-agar Telur with resepi.

Goreng brokoli campur udang untuk makan tengahari tadi.


Resepi -
sangat mudahhhhhh sekali.
1/2 ppotong brokoli.
10 ekor udang (saiz sederhana besar)
2 ulas Bawang putih dan 3 ulas bawang merah.
Kicap tiram 
Garam 
Air

Agar-agar Telur

Resepi -
1 peket agar-agar (20 gram)
1 biji telur.
1.5 liter air
Sepotong gula melaka.
5 sudu besar gula. (ikut manis sendiri)
Daun pandan

Cara masak.
Rebus agar-agar dengan 1.5 liter air.
Masukkan daun pandan.
Telur di kacau dahulu sebelum dimasukkan.
Masukkan gula melaka dan gula setelah agar-agar masak.
Apabila semua sudah sebati tuangkan kedalam bekas dan letak didalam peti ais apabila sudah sejuk.

Thursday, March 25, 2010

Alice in Wonderland 2010.



Movie download pertama aku tonton apabila berada dirumah KL ialah ALICE IN WONDERLAND. Walaupun pada mulanya hubby mengajak menonton movie Christmas Carol. Memang melayan juga pada mulanya cerita itu, tapi disebabkan aku tidak langsung mengetahui jalan cerita Christmas Carol tersebut maka aku minta hubby tukar ke cerita Alice. Sebab aku rasa cerita Alice mungkin lebih menarik...nama pun wonderland.
Malangnya jalan cerita Alice bagi akulah biasa-biasa sahaja bagi aku lah. Ini membuatkan aku jadi cepat bosan melayan jalan cerita yang begitu-begitu . Watak yang ada memang menarik. Semuanya comel dan wonderland sekali. Hendak atau tidak aku layan juga cerita itu sampai habis berdua. Sedangkan Haziq telah selamat tidur dipertengahan cerita didepan tv.
Mungkin cerita ini tidak sesuai untuk orang dewasa....kot. Atau lebih sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Entahlah..

Hari aku bersalin anak ke dua - Old Story 3

Picture pertama Haifa Cassandra. Guna HP sahaja ambil picture ini.

Kembali mengimbau saat-saat akhir hari aku hendak bersalin.
Sedia maklum yang aku start bercuti awal dari tarikh aku dijangka bersalin. Asalnya lagi 2,3 atau 4 hari lagi aku hendak mula bercuti. Tapi hendak dijadikan cerita, pada hari isnin 18 January 2010 itu terdapat satu tanda yang menunjukkan aku mungkin akan bersalin pada minggu itu. Pagi itu terdapat blood spot di.... aku. Aduhai terkejut aku sungguh. Mengikut daripada pembacaan aku mengenai tanda-tanda awal hendak bersalin ialah terdapatnya tanda itu.

Informations - 
You pass your mucus plug or notice "bloody show."
You may pass your mucus plug — the small amount of thickened mucus that has sealed your cervical canal during the last nine months — if your cervix begins to dilate as you get close to labor.

The plug may come out in a lump or as increased vaginal discharge over the course of several days. The mucus may be tinged with brown, pink, or red blood, which is why it's referred to as "bloody show." Having sex or a vaginal exam can also disturb your mucus plug and cause you to see some blood-tinged discharge, even when labor isn't going to start in the next few days.


So aku ingatkan mungkin aku akan bersalin dalam masa terdekat. Punyalah hari itu aku takut-takut semasa berkerja di office. Sudahlah juga hari itu aku punyalah sibuk bahagikan tugas pada pengganti yang sedia sudi...terima kasih pada mereka berdua. Sambil-sambil itu hati aku berdebar-debar takut aku terbersalin di office..hahahaha. Penakut sungguh kan....macamlah baru pertama kali mengandung.
Dan the next day tetap aku mula bercuti.

Hendak dijadikan cerita lagi, setelah aku mula bercuti tiada tanda-tanda lain langsung yang menunjukkan aku akan bersalin. Perut tidak sakit. Posisi perut aku pula masih begitu...tiada turun-turunnya. Cuma masih besar dan aku sememangnya tidak larat untuk membawa perut aku lagi untuk berjalan-jalan. Kaki aku masih comel ..tiada bengkak. Kesimpulannya aku tidak mengalami sebarang tanda yang aku akan bersalin. Hari-hari kerja aku selepas itu ialah melihat keadaan perut aku dicermin...aduhai. S
Siap aku tanya pada hubby juga..adakah perut aku sudah turun?..

Apabila aku sudah balik kekg, begitu juga tanya aku pada emak setiap hari adakah perut aku sudah turun?. Dalam hati asyik bertanya-tanya, bilalah hendak bersalin ini. Aku sudah tidak larat lagi.

Menjelang 27 January 2010, aku mula cemas.
' Bersalinkah aku hari ini '
' Bagaimana agaknya keadaan dihospital kuala pilah?...ok ke? '

Sampai kemalam hari itu, aku masih dirumah dan aku masih seperti biasa. Tiada tanda-tanda mendatang. Aku mula cemas dan risau. Aku juga hubby sesama risau. Tapi emak mantain sahaja.
Alhamdulilah baby masih tendang menendang di dalam perut masa itu.

Jam 4am - 28 January 2010 - Khamis.
Aku bangun untuk pergi kebilik air. Ada rasa tidak sedap dalam perut dibahagian ari-ari. Yes yes yes alhamdulilah tanda nya sudah tiba aku rasa....contractions yang aku tunggu-tunggu.
' Ya ALLAH permudahkan semuanya...doa aku.'

Selepas kebilik air aku tidur semula..ngantuk gitu. Esoknya aku bangun seperti biasa. Ya..sakit itu masih ada. Insyallah aku bersalin hari ini gerak hati aku. Lepas mandi pagi itu aku beritahu pada emak dan hubby yang kemungkinan besar aku akan bersalin hari itu. Hubby mula tersenyum riang...hatinya lega. Aku tahu dia cukup risau melihat keadaan aku yang bersahaja sebelum hari itu. Hendak aku buat macamana.Emak pula lepas dengar perut aku mula sakit terus kelam kabut hendak masakkan makanan tengahari itu. Kalau boleh kata emak biar aku dapat makan dahulu sebelum aku ke hospital. Hubby pula tidak sudah-sudah bertanya keadaan aku.
' Hendak kehospital dah ke?.'
' Tahan lagi ke?.'
' Sakit sangat ke?.'
Aduhai....memang ada contractions kuat juga perlahan...bercampur-campur. Tapi yang pasti aku masih mampu menahannya. Ikut kata emak...makan dulu baru pergi hospital. So aku kena tunggu emak habis masaklah..hehehehe. Aku mesti perlukan tenaga untuk bersalin nanti.
Disamping itu muka aku memang nampak perit..aku sedang menanggung sakit kalau contractions datang berselang seli.

SAMBUNG NANTI LAGI..tunggu..

Wednesday, March 24, 2010

Nuffnang..aku sedih..

Sebelum aku balik kekg minggu lepas, aku sempat membalas email dari NUFFNANG. Ia mengenai jemputan disebabkan blog aku terpilih menyertai PROJEK 400 NUFFNANG. Sesungguhnya aku berharap kali ini aku benar-benar free untuk menyertai apa sahaja jemputan dari NUFFNANG. Aku benar-benar teruja.
Hatta semasa aku sarat mengandung hari itu, aku juga mendapat jemputan pertama dari NUFFNANG bertempat di SRI DAMANSARA. Tapi aku terpaksa menolak setelah pada mulanya aku bersetuju. Sebabnya jemputan hanya untuk seorang sahaja. Aduhai..bagaimana aku hendak pergi kalau hubby tidak dijemput bersama. Sudahlah masa itu aku tengah sarat mengandung. Hendak atau tidak aku lepas kan juga jemputan itu walaupun acara yang diadakan cukup menarik..whuuaauaa..

Dan setelah aku balik ke KL semula semalam. Aku check email yahoo untuk mengetahui perkembangan projek 400 nunffnang.
Whuaaaaaaaaaa...rupanya sekali lagi aku terlepas peluang untuk menghadiri Gatsby Deodorant Street Fair sebagai Nuffnanger...whuaaaaaaaaa

Email 20 Mac 2010
Hi Nuffnangers!

Are you fun, out-going AND looking to earn RM50 extra pocket-money?

Nuffnang is looking for you!

We are looking to reward active Glitterati Nuffnangers to blog and attend the super fun Gatsby Deodorant Street Fair happening on :

Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

So how do you earn the RM50? We are rewarding the best written blog entries by bloggers who can make it to the Gatsby Deodorant Street Fair.

Simple? Yes you bet!

All you have to do now is to
1) Clear and mark your calendar on the 17th April 2010!
2) Write a blog entry with the title "I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

Here are some pointers you MUST include in the blog entry:
1) Blog title must be "I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"
2) Include the date, time and location of the event (see details above).
3) There are going to be lucky draws and we have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs!
4) Among the exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!
5) Lastly, share this link with your readers : www.gatsby.com.my/streetfair

Once you are done, send an email to p400@nuffnang.com with :
1) Your Gatsby blog entry permalink
2) Full name
3) IC number

Remember to send us your permalink and not your blog URL. Example of both as below;
Blog URL - www.kennysia.com
Blog Permalink - www.kennysia.com/archives/2010/03/digital-kenny.php

You will find out if you are eligible by the 22nd of March 2010 (Monday). Only the best 400 blog entries from 400 bloggers will be invited to this event together with RM50.00 credited into each of their Nuffnang account (after the attendance to the event. )

Only selected bloggers will be contacted via email.

Please note that the attendance to the event is compulsory, otherwise the RM50.00 will not be credited into your Nuffnang account.

If you have any enquiries, feel free to write in to our helpdesk (http://www.nuffnang.com.my/help/).

What are you waiting for? Start writing now!

P.S. If you have received this email before, this is because the deadline for submission has been extended just for you!

Cheers,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

YELLOW...yellow

rumah color yellow..erm camna hendak tinggal dalam rumah ini waktu berpantang????ermmm..ishh ishh..aduhai


Aku dan anak-anak telah pulang ke kg pada 13 Mac/Sabtu lepas. Ialahkan selagi ada emak dan abah..selagi itu aku mesti pulang kekg...wajib tu. Dan kalau emak mentua aku di sini..aku juga akan melawat emak...tapi sayang mentua aku nun jauh di Sabah.
Lagipun cuti aku masih ada lagi masa itu. Cadangannya hendak duduk dikg until this saturday. Tapi cadangan tinggal cadangan. hehehe. Aku selamat pulang ke KL pada petang semalam/selasa.
Sebenarnya aku ingin memberi emak berehat. Semenjak aku ada dikg, kasihan tengok emak sibuk sungguh melayan kerenah anak-anak aku...termasuk aku sekalilah kan. Juga pada abah yang sabar melayan Haziq kalau dia mengacau masa abah sibuk menulis dimeja kerjanya. Insyallah emak dan abah hendak pergi melancong tidak lama lagi. Disebab kan itu juga aku ingin memberi emak abah masa untuk berkemas-kemas juga berehat. Kalau diikutkan, emak dan abah lebih suka aku dan anak-anak duduk dikg sehingga cuti aku habis 28 Mac ini. Tidak mengapalah..insyallah lain masa dan hari boleh berjumpa lagi.

Balik kg kali ini aku sempat berurut selama 3 hari.Ialahkan, berurut untuk lepas berpantang. Alhamdulilah sedap rasa nya badan lepas diurut. Tapi semasa belum lepas 3 hari berurut..aduhai lenguh sana sini badan. Punyalah susah hendak mencari tukang urut sekarang ini. Yang sedia ada kebanyakan nya sudah tua dan tidak larat lagi untuk mengurut orang. So satu yang ada inilah asyik dijemput sana sini. Murah rezeki makcik itu.
Ish ish..kenapa tiada pelapis dalam bidang ini..kan????

Sedang-sedang berurut itu sempat makcik itu bercerita dengan aku perihal Puan M yang baru-baru diurutnya. Baby Puan M ini kena demam kuning setelah 2, 3 hari dilahirkan. Alhamdulilah baby itu tidak ditahan dihospital, tapi harus pergi kehospital setiap hari dekat seminggu lebih gitu untuk rawatan Doc...keciankan. Makcik itu sempat juga memberi petua serba sedikit supaya demam kuning baby Puan M cepat sembuh.
Sambil bersahaja lepas itu makcik bertanya lagi tentang apakah makanan yang di makan oleh Puan M semasa berpantang itu.

Syok sahaja Puan M menjawab yang dia makan rendang...RENDANG!! yang
confirm ada kunyit. Aduhai bukan makcik itu terkejut..aku pun terkejut mendengar. Tidak sampai seminggu bersalin sudah makan santan lemak-lemak.
Kecian pada baby kan bila ada ibu yang hanya mementingkan tekak sendiri. Entahlah, tidak mungkin Puan M tidak tahu apa makanan yang sesuai didalam berpantang. Walhal dia sedang berpantang anak kedua.
Memang tiada penjelasan jelas tentang apabila makan kunyit boleh menyebabkan baby mengidap demam kuning semasa dalam berpantang..tapi petua orang tua-tua apa salahnya kita ikut untuk kebaikan. Jangan dekati yang kuning-kuning semasa seminggu dua dalam awal berpantang.

Memang kita ini manusia biasa yang tidak tahan dengan godaan..lagilah godaan makanan dalam masa berpantang pula itu. Aku sendiri pun sampai tidak selera makan dibuatnya sebab every meal perlu makan sup sayur yang tidak berminyak...aduhai. Bukan aku tidak suka makan sayur..aku memang peminat sayur...cuma bila makan tidak bercolor..semua jadi hambar...hahahahaha. Namanya pun berpantang..semuanya demi kebaikkan.



Monday, March 22, 2010

Telatah comel anak bujang ku......



telatah penuh aksi dan bergaya ala2 `batman`anak bujang en`hendra semenjak da jadik abg ...bukan main lg...ni la putera kami muhammad haziq...layan je....

Saturday, March 13, 2010

Comel Haifa dan Haziq

Thursday, March 11, 2010

Hot FM....sungguh - Old story 2

Alhamdulilah esok genap 44 hari aku berpantang. Maknanya Haifa Cassandra juga genap 44 hari umurnya.


Kali ini berpantang sungguh extra banyakkan bersabar. Sebabnya cuaca since bulan January until February sungguh HOT FENOMENA MASA kini. Alhamdulilah since masuk bulan March ini ada juga hujan turun petang-petang. Masa dikg hari itu. Ya ALLAH panasnya...berpeluh-peluh badan. Lagilah kalau lepas makan nasi dan kena minum air rebusan akar kayu yang panas. Aduhai mana dengan panas badan mana dengan berpeluh-peluh...dugaan sungguh. Sememanglah masa berpantang elok badan berpeluh...tapi aduhaiii.
Walau begitu aku hadapi sahaja semuanya dengan tenang..kekadang tidak tenang juga. Stokin tetap dipakai 24jam. Bengkung pun begitu juga.
Namanya berpantang kan..


old story 2
Back to before aku bersalin. Dalam hari ahad gitu itu aku telah berada dikg. Maknanya 4 hari sebelum bersalinlah. Itupun hari ahad itu,aku sampai kg sudah dekat malam.
Memandangkan cuaca panas sangat dan semestinya orang mengandung pun badan asyik panas sahaja, kerja aku ialah menghabis semua buah-buahan dalam peti sejuk. Kejap-kejap lagi minum air mangga...air sejuk pula itu. Pelik sungguh, sebenarnya aku ini bukanlah suka sangat minum air sejuk, tapi pregnant kali ini...aduhai. Lain sungguh...sebab anak perempuan agaknya.
Memang dalam peti sejuk sentiasa ada buah yang telah siap dipotong. Masa itu ada buah betik, buah rambutan, buah kiwi dan buah epal. Semua itu sebenarnya emak dan abah yang makan. Tapi makan sikit-sikit sahajalah. Bila aku ada sahaja di rumah itu, lagi masa pregnant, habis semuanya aku yang makan.

Mula hari isnin lepas itu, tekak aku hendak CENDOL pula. Hari-hari hendak cendol. Menggila makan cendol.

Mungkin ramai tidak tahu yang cendol di kuala pilah memang sedap. Kalau family belah emak aku datang dari S'pore mesti pekena cendol punya.
Kedai cendol KP ini terletak di bus stand kuala pilah. Alahai pekan pun bukannya besar sangat. Pusing-pusing sikit jumpalah nanti.

Info dari internet yang aku dapat ---
Apa yang menyebabkan ia sedap adalah kerana gula yang digunakan adalah gula kabung dan bukan gula merah sepertimana yang digunakan penjual cendol lain. Rasanya adalah lebih enak kerana ia tidaklah terlalu manis sepertimana menggunakan gula melaka. Gerai ini telah diusahakan daripada generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Harga Cendol KP biasa&kacang : RM 1.30, jagung : RM 1.30, pulut : RM 1.50, ice cream : RM 1.70, 4 in 1 : RM 2.30 dan family size : RM 6.00.

So selama beberapa hari before bersalin itu disamping makan buah, kerja aku ialah minum cendol...sedapppppnya.Hinggakan sebelum aku kehospital hari hendak bersalin itu, aku sempat lagi minum cendol yang sedai ada dalam peti sejuk. Tapi aku tidak dapat habiskan semuanya sebab contraction aku semakin kuat. Tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku boleh minum lagi nanti nanti. Tidak akan lari kedai cendol dikejar. Semestinya cendol di kuala pilah sahaja..sebab masa aku minum sekali cendol dekat rumah aku, ya ampun rasanya. Santan entah kemana..cair sahaja, cendol pun boleh dibilang.

Monday, March 8, 2010

Drama's Kings

Sementelaah tengah berpantang ini, sememangnya kena banyakkan berehat kata orang tua-tua. Aku pula kekadang sudah petang-petang itu macam sudah tidak tahu hendak buat apa. Tidak akan lah hendak tidur sahajakan. Tidak pasal-pasal muka jadi macam kuih PAU pula nanti. Si comel Haifa Cassandra masa itu sudah LENA DIULIT INTAN.

Hendak atau tidak hendak aku layan main-main drama di tv. Mula-mula layan gitu-gitu sahaja. Lama-lama..aduhai aku terkesima..aku kena layan betul-betul drama-drama ini. Macam best sahaja tengok PIERE ANDRE dalam SIONG, BEEGO dalam ALIFF FIRDAUS dan ADY PUTRA dalam NA-O-MEI melakonkan watak masing-masing.
Tapi kekadang termiss juga beberapa scene, sebabnya anak sudah 2 kan. Ada sahaja yang kena layan on the spot.


Aku bukan tahu juga cerita ini pasal apa pun masa itu. Memula aku tengok masa cerita zaman dulu-dulu. Lepas itu aku tidak tengok siri esok dan esoknya lagi. Bila aku tengok esok esok esoknya lagi cerita sudah masuk zaman sekarang. Menyampah sahaja tengok Gambit Saifullah as a Tajul yang bagi aku tidak kena langsung as a JUTAWAN HARTAWAN. Tapi as a Siong memang kena gitu. Suka sangat tengok Sheera Iskandar as a Ria Fajarina seorang photographer . Tudung yang dia pakai memang kena sungguh dan lakonan dia pun best.
Cerita ini memang belum habis lagi. So hari ini kena layan lagilah cerita ini. Hendak juga tengok apa macamana Siong itu 'dihapuskan'. Adakah Ria akan kembali ke rumah emaknya semula?


Memula memang aku tidak suka cerita ini. Sekarang ini pun tidaklah suka sangat juga. Bagi aku cerita ini SLOWWWWWWWWW sangat. Lambat...Tapi masa pertama kali aku layan betul-betul cerita ini, aku boleh menangis. Lawak sahaja..kan. Bukan apa masa itu aku baru-baru bersalin juga. Aku asyik teringat suami di KL..aku pula di kg. Aku nangis rindukan dia bila dengar lagu siti nurhaliza dalam drama itu...sedihhhhh..
Sebabkan tiada apa hendak buat aku tengoklah juga cerita ini. Aku suka tengok penampilan Jasmin Hamid. Tapi tidak suka dengan Maria Farida yang berpakaian terlalu seksi. Suka tengok rumah-rumah dalam drama ini.....semuanya lawa besar canggih...kaya sungguh owner sebenar rumah itu..kan. Yang aku tidak puas hati sampai sekarang ialah..Apanya kisah hitam Irma as a Dira yang membuat emak Beego as Aliff tidak suka pada nya?... Langsung tiada penjelasan sungguhh..


Drama dibawah ini memang tidak payah di perkenalkan lagi. Memanggggggg best...sungguh layan dan tidak menyakitkan kepala. Tapi aku tidak tengok dari mula-mula cerita ini. Aku tengok masa itu scene sudah di Pulau. Aku tidak tahu macamana kisah masa Jasmin Hamid jadi Na-O-Mei. Tidak kisahlah macam mana...kan. Yang penting hati terhibur melihat lakonan ADY PUTRA. A
Ada siapa-siapa ingat tidak masa scene Ady Putra menyanyi dan petik gitar sekali...sedapnya suara dia. Boleh jadi penyanyi dia ini.
Tapi masa last episod minggu lepas macam menunjukkan yang Ady Putra juga anak angkat?. Anak siapa pula dia ni?..

Friday, March 5, 2010

Lawatan terakhir ke klinik sebelum bersalin - old story

Jangan terkejut tengok gambar aku. Memang sebelum bersalin hari itu aku hendak letak my last picture kononnya lah. Rasanya hari itu khamis 21 JANUARY juga hari terakhir aku keluar pergi shopping barangan baby dan lepas itu pergi makan KFC. Tapi sungguh aku ini tidak sihat dan semestinya tidak larat juga untuk mengadap komputer langsung masa itu. Masa itu aku masih di KL lagi.


Pada hari sebelumnya, iaitu hari rabu aku pergi last check up diklinik. Alhamdulilah semuanya ok kata Doc. Berat aku masa itu ialah 67 kg. Ya ALLAH risau aku dibuatnya. Tidak akanlah berat aku cuma naik 8 kg sahaja selama pregnant ini walaupun telah masuk minggu 39. Ujian kepekatan darah @ HB menunjukkan darah aku turun lagi hingga ke 10.2. Memang semasa aku mengandungkan Haziq pun darah aku turun hingga ke 9. Risau lagi.....

Doc yang periksa aku bagi nasihat supaya aku makan bayam merah untuk naikkan semula HB darah. Dia kata bayam the only vegetable yang boleh bagi kesan yang cepat. Lagi katanya, sekurang-kurangnya pertumbuhan otak baby yang menjadi lebih lebih baik lagi. Aku ingat Doc kata lebih kurang macam ini lah bunyinya -,

" memang Puan dah makan macam-macam untuk pertumbuhan otak baby dan memang baby dah pandai..insyallah, tapi kalau Puan usaha makan bayam demi baby untuk minggu terakhir ini sekurang-kurangnya otak baby akan menjadi lebih lebih pandai"

Berbalik pada berat badan aku, last sekali sebelum aku bersalin..berat aku naik hingga ke 69 ke 70 kg gitu, 3 kg pertambahan dalam masa seminggu. As a last result, berat aku naik sebanyak 10 ke 11 kg sepanjang mengandung. Alhamdulilah.

the end


Isnin/1 Mac lepas kami ke klinik. Haifa Cassandra perlu cucuk untuk umur 1 bulan.
Aku memilih untuk pergi sebelah petang sahaja keklinik, sebab tidak ramai orang. Berat Haifa naik dari 3.11 ke 3.84 kg. Alhamdulilah.
Berat aku pula turun ke 62kg.
Haziq..ermm cuma 13kg lebih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails