Followers

Friday, January 11, 2013

Sup Tulang `King` with resepi.

Sup tulang by Hubby

Assalamualaikum. Salam Jumaat to all.
Jangan sentap bila story sup ini berkait dengan Hubby.
Biasalah kan my Hubby memang `King` kalau di dapur.
Kisah sup tulang ini memang sudah bertapak di rumah aku sudah masuk dekat 2 minggu kot.
Sudah masuk 3 kali rasanya Hubby beli tulang di Pasar Borong.
Harga sekilo ialah RM 8.50.
Makanya sudah 3 kg gitu lah kami duk melantak tulang + daging sikit.
Sebelum itu Hubby masak 2 kali juga untuk portion 1kg tu.
Tapi malam tadi terus campak semua 1kg tulang dalam periuk.
Kiranya picture diatas ialah portion untuk tulang 1kg.
Peh dan peh lagi.
Kami tidaklah ada pressure cooker bagai kan.
Masak manual biasa sahaja.
Resepinya aku dunnolah.
Tapi aku tahu Hubby blender semua tumisan.
Plus campakkan bersama sup bunjut Adabi.
Ada tomato di joinkan sekali.
Habis masak, jangan lupa taburkan bawang goreng dan daun sup.
Jangan di lupa sambal kicap kaw sekali.
Me tidak lah fav. untuk menghirup kuah sup.
Cukup sekadar makan nasi banjir with kuah.
Then layan daging cicah sambal kicap.
Whuaaa memang tidak boleh bercakap, sebab sambal kicap PODES amek.
Haziq memang kurang makan daging. Takat hirup sup memang kesukaan dia.
Haifa pun sama, mula-mula makan nasi kosong begitu. Selang-selang dengan hirup sup.
Masalahnya budak tecik ini hendak hirup sup sendiri.
Dan dan nanti kelecah lantai di buatnya. Tumpah sana sini.
Yang selera sentiasa ialah Qeqeem.
Semua ok sahaja buat sicomel tembam yang pandai menari gelek ini.

Resepi Sup Tulang 'King'.
1 kg tulang. (yang ada dagingnya juga)
1 Sup bunjut tulang.

8 biji bawang merah di kisar.
4 biji bawang putih di kisar.
2 inci halia di kisar.

6 biji cengkih.
1 batang kayu manis @ 3 inci.
2 biji buah pelaga.
2 kuntum bunga lawang.

2 biji saiz besar ubi kentang.
Tomato sebiji.
Minyak masak 3 sudu besar.
Garam secukup rasa.
Air.

Hiasan.
Daun ketumbar.
Bawang goreng.

Cara memasak.
Panaskan minyak.
Tumis biji cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Kemudian masukkan dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air secukupnya, sup bunjut dan ubi kentang
Kemudian masukan tulang.
Rebus hingga tulang berdaging menjadi lembut@empuk.
Air boleh di tambah hingga tulang lembut.
Pastikan periuk sentiasa di tutup supaya tulang berdaging cepat lembut.
Setelah tulang berdaging empuk, masukkan tomato dan perasakan dengan garam.
Padamkan api. Taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
Sedia di makan.

Penangannya ialah, duration pasang air cond memang panjang sikit kalau tidur malam.
Panas weh, makan daging nie.
Anyway, aku memang puji sup yang Hubby masak.
Save duit kan dari makan luar.
Alhamdulilah.

1 comment:

Ms Haslina said...

tqvm for de 'poem' mr saifudin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails