Followers

Thursday, March 31, 2011

Rilex dulu...

Aku memang free hari ini. Terus terang gitu.
Kan aku sudah citer aku sudah siap barang kerja yang perlu di siapkan. Maka kalau aku terus maju kedepan menyiapkan yang orang lain masih belum buat. Sudah-sudah aku 'hebat' pula nanti. So aku cuba sama-sama 'jalan kaki' supaya sama-sama lambat.
Hik hik, boleh gitu pula kan.
Tapi aku tahu aku ini, sudah-sudahnya aku buat juga. Kan baguih siapkan kerja awal. Kelak nanti aku juga yang senang.
;))

Namun petang-petang sepi ini aku sudah macam penat. Bukan apa, penat sebab tidak buat kerja. Duduk 'melepak' sahaja. Baby dalam perut pun asyik tendang-tendang sahaja dari tadi. Boring tahu mama dia duduk rilex sahaja. Mesti baby cakap ' mama ni tak kerja ke?'
Kalau di rumah syiok juga sebab boleh tidur baring atas katil ditemani aircond sejuk menderu.

Aku tidak tahulah orang lain. Bagi aku dan suami lately ini rasa memang panas sahaja kalau menjelang malam. Alhamdulilah rezeki dapat beli air-cond  masa pregnantkan Haifa dulu. Oleh itu tidur malam kami indah di selimuti udara nyaman.

Rilex macam Haifa

5 bulan 2 minggu

Alhamdulilah perut aku sudah masuk 22 minggu@5 bulan setengah.
;))
Gambar perut kedepan memang ada sudah taken, tapi asyik terlupa sahaja hendak upload dalam komputer. Ialahkan disamping layan anak-anak kalau dirumah, kena gak layan tv. Hikhik.
Layan suami, ermmm part citer dalam kelambu tidak perlu citer dengan orang, kan.

Selera makan aku, masih begitu lagi. Masih memilih kalau hendak makan. Mesti confuse, kan. Selalunya kalau orang pregnant ini semua benda hendak makan. Tapi memang dasar pemilih ditambahkan cerewet lagi. Makanya selalunya itu-itu sahajalah yang aku makan hari-hari.
Sebab itu juga orang tambah confuse tengok aku duk layan pakai baju kurung lagi sekarang ini. Alhamdulilah Allah kurniakan aku perut yang sedang-sedang gitu. Tidak terlalu besar syukur.
Part best lagi ialah, aku boleh pakai baju kurung aku yang memang masih nampak baru lagi tapi sudah lama buatlah.
Asalnya bila tidak pregant aku ini harap maklumanlah, memang berisi comel gitu.
Makanya masa pregnant adalah masa aku pakai semula baju yang memang masih baru lagi itu. Jimat jimat.

Lupa pula, berat aku sekarang ialah 64.5kg. Kalau tidak silap aku, berat time tidak pregnant ialah lebih dari berat itu.
Satu lagi perkara, orang cakap kalau gemuk susah hendak pregnant. Entahlah, setakat ini aku memang berat 66kg kekadang lagi 65kg gitu-gitulah. Tinggi aku pula cuma 153 sahaja.
Namun alhamdulilah, Allah permudahkan juga semuanya. So kepada yang set-set berisi macam aku ini dan yang telah berkahwin jangan risau sangat ye. Insyallah kalau badan memang sihat potensi untuk mengandung itu tetap ada.

Hatta katanya perut kecik tapi perut aku untuk umur kandungan sekarang adalah lebih besar berbanding masa mengandungkan Haziq dan Haifa.
Ntahlah malam tadi aku cakap dengan hubby yang macam sudah lupa macamana rupa Haifa masa baby baby. Ialah, boleh memang tidak ada picture Haifa masih baby yang di cuci. Ambil gambarnya punyalah banyak.
Ish ish, perangai sungguh kami ini.
;((

Pelik bin ajaib kan.

Pelik bin ajaib kan.
Macam-macam alasan orang boleh bagi gitu bila kerja tidak boleh siap dalam masa yang di tetapkan. Yang best lagi boleh buatkan alasan untuk orang lain sekali gitu. Hebat hebat memang hebat.

Kalau si A tidak siap kerja. Ooo boleh bagi alasan. Anak-anak dia kecik lagi. Suami dia kerja jauh. Kononnya alasan itu sudah cukup kukuh. Walaupun si A orang muda belia, baru masuk kerja tidak sampai setahun lebih pun.

Hatta di kaji semula.
Tidakkan si A itu duduk bersama emak dan ayahnya. So automatik still parent dia boleh bantu tengokkan anak-anak dia while dia siapkan kerja menimbun itu yang tidak dapat di siapkan di pejabat dan terpaksa di bawa balik kerumah.
Boleh kan gitu.
Kalau guna alasan lagi. Tidak mahu buat parent as 'kuli' kononnya. So kerja-kerja office tidak boleh di bawa balik kerumahlah.
Bagi aku kalau niat di hati kao memang hendak buat kerja secara mulia dan sebagai pekerja sejati. Tidak pernah salah minta parent bantu 2 - 3 jam gitu.
Walhal waktu tidur kao pun masih boleh di pendekkan sekiranya kao itu seriusly dengan tanggungjawab kao di office.

Kalau si B siap kerja awal. Tetap ada juga alasan yang sedia ada meluncur keluar dari mulut si C. Ooo dia itu bujang. Tidak ada komitmen apa-apa. Bila-bila masa di mana jua dia bebas menyiapkan kerjanya.

Chiit sungguh.
Apa hingat orang bujang tidak ada masa untuk bersosial ke?. Aku pun pernah bujang. Itulah kan, kalau part kerja lebih mesti hendak bagi pada orang bujang. Kenapa ek?
Bagi aku orang bujang yang sepatutnya di beri masa lebih lagi. Bagi mereka peluang untuk memcari teman hidup. Kenal orang sana sini.
Hatta lepas itu harap-harapnya dapatlah mereka peluang untuk merasa nikmat hidup orang berumahtangga amin.

Kalau aku pula. Alhamdulilah aku memang siapkan kerja aku awal. Tapi tidaklah awal bebenor. Cuma aku alertlah dengan due date gitukan.

Hendak tahu apa alasan untuk aku pula.
Oooohoi kao itukan ada suami  ringan tulang. So citer-citer di rumah suami kao boleh tolong.
Whatdehexx!!! sungguh.
Apa kena mengena laki aku dengan kerja aku???.
Pada halnya, tidak pernah zaman aku buat kerja office di rumah.
Aku cuba sikit-sikit waktu di office untuk siapkan kerja aku.
Untung akulah dapat rezeki suami baik macam itu. Yang kao dengki pehal!!!!!!!!!!!!.

Hatta tambah citer lagi. Yang anak-anak aku umur 3 tahun lebih dan 1 tahun itu, memang budi bahasalah ya. Senyap tidak berlagu langsunglah diaorang itu.
Kononnya kalau anak orang lain umur gitu, kiranya asyik hendak di layan 24 jam ke?.

Citer lagi, habis itu perut aku yang sudah boyot ke 5 bulan lebih lebih ini. Kiranya cool gitulah. Sihat alhamdulilah sungguhlah.
weh weh weh!!!!

Lagi hendak tambah alasan, kerja orang itu ini lebih berat dari aku. Maka dia orang memang perlu lebih masa.
Weh cuba timbang tara ke dalam sikit.
Fikir dari segi gaji kelulusan belajar tinggi rendah bagai.
Berpadananlah workload kerja kao lebih berat dari aku.

Mungkin kao terlupa...kan.
Apanya hingat gaji hendak lebih tapi kerja hendak sama. Weh lagi...rezeki itu bersamaan dengan salary yang kao dapat.
Baru adil dan baru terasa nikmatnya.

Sebab perkara slash macam ini dari aku driving balik kerja until aku hendak tidur. Ia berlegar-legar keras di kepala aku. Aku jadi senyap kejap, sampai menung di buatnya bila di fikir.


Memang aku rasa lega sikit lepas luah di sini. Sebabnya aku bengang. Sudah lama gitu.
Bagi akulah walau apa alasannya, kao di bayar gaji setimpal dengan kerja kao. 
Fikir-fikirlah dalam cara laksanakan kerja tanggungjawab kao itu.  
Lagipun HENDAK SERIBU DAYA TIDAK MAHU SERIBU DALIH. 

Wednesday, March 30, 2011

kuih Pelita


Tadi pagi aku pergi bank. Alhamdulilah orang tidak ramai. So urusan dapat di selesaikan cepat. Lepas itu aku terus ke restoran@kedai makan di sebelah bank itu. Cadangnya memang hendak membeli kuih sahaja. Ialah masih pagi lagi gitu.
Mula-mula ternampak nasi ayam, terus aku tapau untuk lunch. Harap makluman, aku memang payah sikit untuk mencari selera untuk makan kalau time pregnant ini. Makanya, bagi aku order bungkus nasi ayam untuk makan tengahari.
;))

Lepas itu aku terus ke bahagian kuih muih.
Aduhai sedapnya aku tengok ada jual kuih pelita ini. Aku pasan, hubby pun suka kuih ini. Hatta aku beli bungkus untuk makan di rumah nanti.
Ialahkan, payah juga hendak terserempak dengan kuih ini kan gitu.
Best gak lagi sebab ada kuih pulut panggang juga.
Suka suka dan suka.

Tuesday, March 29, 2011

tanda dan tanda lagi

contoh gambar sahaja kertas exam

Alahai hendak bergumbira berlebihan, harap maklum memang tidak boleh. Sebabnya sekarang ini tengah 'bergelut' menanda paper exam yang sedia ada di atas meja.
Insyallah hari boleh siapkan dan boleh key in markah sekali. Harapnyalah.
Alhamdulilah aku cuma ada dua subjects sahaja with 3 classes. Berbanding sebelum ini aku ada 4 subjects with 7 classes.
So sebab ibu mengandung ini mengalami alahan teruk January lepas. Makanya Dean berbesar hati mengurangkan workload mengajar aku.
;))
Student totalnya ada 90 orang sahaja gitu.
Selamat menanda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails