Followers

Monday, April 14, 2014

Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Selamat bekerja kembali.
Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga balik ke kg. Lepas habis urusan HC diKL. Kami gerak ke kg dalam lepas Asar.
Lagi pun paginya Haziq ada swimming lesson. Tengahari pula Haziq pergi tuition.
Kami balik ke kg dengan anak kaklang sekali. Makanya anak saya sudah bertambah menjadi 5 orang masa itu.

Tujuan balik ke kg ialah melawat emak dan abah. Sebab lain ialah, memberitahu abah dan berbincang sikit mengenai kami sekeluarga yang akan berpindah rumah pada hujung bulan April ini. Nampaknya rezeki kami duduk menyewa di situ tidak lama, setakat 3 tahun lebih sahaja.
Rumah ini telah di jual oleh tuan rumah.

In sha Allah masuk bulan May nanti kami semua sudah menjadi penghuni Apartment Vista Impiana di Bukit Serdang.
Apartment ini kami beli pada pertengahan tahun 2011. Makanya sudah dua kali penyewa yang sewa apartment ini.
Mula-mula penyewa beritahu HC yang mereka akan keluar dari rumah itu pada hujung May atau June. Tapi lepas HC beritahu yang kami hendak duduk rumah itu pada hujung May, tidak lama lepas itu mereka beritahu yang mereka confirm keluar pada hujung April.
Alhamdulilah, HC memang sangat teruja sebab dapat masuk rumah sendiri lebih awal.
Patutnya kami keluar dari rumah sewa pada hujung May.


Point mengapa kami tidak terus duduk rumah ini dulu, ialah kerana rumah ini memang kecil. Dulu macam teringin hendak duduk rumah besar sikit, sebab itu kami menyewa landed house.
Tapi lepas, beberapa tahun duduk rumah yang kami sewa sekarang ini. Rasanya macam susah hendak urus keadaan rumah dengan anak-anak yang masih kecil. Masa pindah rumah ini awal 2011, saya tengah dalam mabuk-mabuk lagi pregnant kan Haqeem. Haifa baru hendak masuk 1 tahun dan Haziq pula baru hendak masuk 4 tahun.

Sekarang ini, Haziq sudah darjah satu. Tidak perlu pindah sekolah sebab rumah baru ini tidak jauh dari sekolah Haziq. Haifa sudah 4 tahun, Haqeem masuk 3 tahun pada bulan August nanti. Dan baby Haify sudah 1 tahun.

Azalinya banyak pakaian kami semuanya ada di tingkat bawah. Hinggakan almari di dalam bilik di tingkat atas macam kosong sahaja.
Memang patut ada orang tidak suka duduk rumah dua tingkat gitu.
Akhirnya saya dan HC juga anak-anak pun tidak sudah macam tidak berminat duduk di situ.

Buat masa ini, rumah kecil mungkin sesuai buat kami sekeluarga.
Dengan keadaan rumah yang tidak besar, mungkin ada beberapa perabot kami kena lets go ataupun bawa balik ke kg.
Sebab itu saya dan HC balik ke kg, saya perlu minta permission abah untuk meletakkan barang-barang dan perabot di rumah kg.

Sangat terasa peritnya bila menyewa rumah. Ialah, itu bukan rumah kita sendiri. Hendak buat apa-apa pun rasa tidak seronok. Lainlah kalau rumah sendiri kan.
Saya memang tidak ada pengalaman menyewa rumah. Inilah pertama kalinya. Sebelum duduk di Puncak Jalil, rumah di Pandan Indah adalah rumah abah. Terasa bebas buat itu dan ini.

Hari Rabu dan Khamis ini saya akan bercuti sempena menduduki peperiksaan di OUM hari Khamisnya. Satu paper lagi ialah pada hari Ahad, 20 April.

Semoga urusan kami sekeluarga di permudahkan ALLAH, amin ya rabbal alamin.

Rumah buat saya sefamily di kg. 
Abah yang buatkan. Baru siap awal tahun 2014.
Di hujung sana, rumah tempat saya membesar.

Emak dan abah duduk di rumah hujung itu.


Friday, April 11, 2014

Minum air yang sama.




Assalamualaikum.

Seronok habis sebab sudah hari Jumaat. Agenda tersirat ialah, esok tidak perlu datang kerja. Best kan. Makanya bolehlah bergembira berlebih-lebihan bersama anak-anak dan suami.

Kisah hari ini biasa-biasa sahaja.
Story pasal saya. Kisah mug dan air kopi.
Selalunya kalau saya bancuh air panas di office, mesti saya guna mug besar. Air kegemaran ever ialah kopi O. Cap Hang Tuah, plastic color hijau.
Lupa pula sebab kenapa saya tidak pilih plastic color biru atau kuning.

Kata officemate saya, dia tidak pernah jumpa kawan-kawan yang boleh minum air panas yang sama di simpan dari pagi sampailah ke petang. Kecuali saya orangnya.
Huhu.
Memang sudah menjadi habit saya. Sebab air kopi tu panas. Saya minum sikit. Buat air panas, tapi tidak berani minum air ketika panas.
Then tutup cawan itu. Sambung kerja semula. Saya sambung minum lagi lepas itu.
Kelakar lagi, kalau saya balik kelas rupa memang tersabar-sabar. Nampak sahaja meja, terus capai cawan dan minum air kopi. Sebab air duduk dalam aircord, air kopi saya sudah jadi kopi sejuk ala ala dalam peti ais. Kadang-kadang, saya pergi tambah lagi air panas sikit supaya kopi tidak sejuk sangat. Sebab saya bukan fan minum air sejuk.
Memang kopi akan tawar sebab duk tambah air sahaja kan. Tapinya I'm ok. Tawar sudah sinonim dengan saya.
Sampai satu tahap anak-anak tidak suka saya bancuhkan air buat mereka. Sebab kalau saya buat, mesti semua komplain, sebab kurang manis.
Sekali itu, saya bancuh air oren satu jug. Habis semua complain, sebab rasa macam minum air putih sejuk sahaja. Harapkan color air sahaja oren. HC, ambil jug dan dia pergi tambah oren lagi.
Huhu.

Kalau pergi lunch tengahari panas terik dekat office ini pung, saya tetap order air suam. Kadang-kadang sampai satu masa saya tidak order air langsung, sebab saya jenis orang yang tidak boleh habiskan secawan / segelas air dalam masa pendek disamping dengan baru perut full dengan makanan.

Kisah habit saya ini yang simpan air pagi sampai ke petang. Sebenarnya arwah nenek saya pun begitu, peminum tegar air kopi. Arwah pun begitu, simpan air, then bila nak minum semula tambah air panas sikit.
Di mana kalau tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.



Thursday, April 10, 2014

My pokok kemboja

Pokok kemboja saya yang selamat di cantas.

Assalamualaikum.
Wah wah wah sudah hari Rabu rupanya. Saya memang lately ini selalu lost. Mentang-mentang kelas master sudah habis. Tapi exam sudah around the corner, namun masih 'hilang' kemana entah fikirnya.
Pada yang bekerja hari ini, selamat bekerja rajin-rajin yea.

Hari ini hendak story sikit mengenai bunga kemboja. Alahai sebatang sahaja pun dia.
Al kisahnya pokok bunga saya ini subur meninggi tumbuh batangnya. Tapi sayang berbunganya sekali pun tidak. Walaupun ada pernah nampak macam pucuk/tunas color merah. Berbungalah hati masa itu maklumlah saya beli pokok ini masa ia masih kecil lagi, ingatkan dapatlah tengok bunga kembang masa itu. Tapinya tidak apa-apa berlaku pung.

Makanya hati perempuan seperti saya ini haruslah mesti jeles namun tetap respect juga pada dua jiran sebelah rumah. Bunga diaorang semuanya subur mekar cantik molek.
Kata jiran saya itu, dia memang rajin letak baja pada bunga-bunga semua itu. Ooooo, ok. Dan baru-baru ini saya tanya pula, sebab hari itu emak yang tanya pasal baja itu.
Macamana bunga kemboja semuanya nampak cantik begitu.

Kata jiran saya lagi, batang pokok kemboja hendaklah di potong sekiranya sudah mengeluarkan tunas baru. Nanti in the end, pokok akan tumbuh mengembang bercabang-cabang.
Wah, seronoknya kan. Terus saya cantas batang pokok kemboja saya.
Harapan saya tinggi supaya pokok saya hidup subur cantik juga nanti.

Pokok bunga jiran saya. Cantik kan.

Friday, April 4, 2014

Catuan air bermula pertama kalinya.


Assalamualaikum.

Akhirnya rumah saya termasuk dalam list catuan air. Just wondering kritikal sangatkah paras air di empangan sekarang ini?.

Since email dari SPAN di war war kan, kaklanglah orang pertama yang terus menerus forward email itu pada saya. Yup, my sister ini di samping menjaga keluarga dia, family saya pun masuk dalam list yang perlu di beri perhatian dan peringatan.
Luv you always my only sister.

Makanya baru semalam HC cuci box tempat mainan dan box baju baby Haify menjadi 'korban' untuk takungan air. Itu pun adalah idea dari kaklang.
Ada 3 bekas semuanya. Saya pula isi air pada mana-mana botol mineral yang saiz besar yang sedia ada dalam stor. Akhirnya petang semalam berjaya juga saya pujuk HC beli bekas air. Hehe, alahai bekas hitam bertutup, kata Haziq " ini sama macam bekas tong sampah jea".
Memang pun. Ok lah harga cuma RM10. Bekas itu letak di bilik air atas.

Haifa tengah pujuk Hafiy supaya berdiri elok-elok sebab hendak ambil gambar.
Kasihan kakak, masih belum sihat sepenuhnya. 
Muntah sudah elok, cuma perut masih beringin lagi.
Kurus sungguh anak mama.

Rumah saya termasuk dalam Zon 4 - Peringkat 4.

Nampaknya rumah saya selisih satu hari dengan jadual catuan air di  rumah kakak di Bandar Kinrara. Op, lupa pula hendak beli pinggan dan gelas kertas. Idea datang masa makan di rumah kaklang, memang guna pinggan kertas, senang kan terus bunag sahaja.

Untuk pusingan pertama ini kalau mengikut jadual catuan, rumah saya akan tiada air bermula 9 pagi hari ini dan mendapat bekalan semula pada 4 petang pada hari Ahad.
Ya Allah semoga di permudahkan urusan kami ini, amin ya rabbal alamin.

Mohon doakan juga, semoga di permudahkan kenduri berdekatan rumah saya pada esok hari. Moga kenduri kawin jiran saya berjalan dengan baik walaupun dengan catuan air ini. amin ya rabbal alamin.


Wednesday, April 2, 2014

Anak-anak tidak sihat kembali.

Assalamualaikum.

Hari Isnin lepas, 1st day Haziq masuk sekolah semula lepas mid term break seminggu. Haziq pergi SRA belah pagi dan SK belah petang.
Dan Haziq kena cirit birit dan muntah-muntah lagi. Sebabnya ialah makan nasi lemak dan sambalnya sekali di kantin SRA. Dulu pun Haziq pernah kena macam itu juga. Puncanya masa itu Haziq makan mee hoon goreng di kantin SRA juga.
Kasihan tengok anak lemah sahaja. Lepas itu mengadu yang perut tidak sedap. Mestinya beranginkan.
Malam pertama tidur itu, memang pakaikan Haziq pampers saiz besar. Ialah takut Haziq tidak sempat ke toilet.
Dan masuk hari ini, barulah HC bawa Haziq pergi ke klinik. Doc bagi MC dua hari untuk Haziq.

Haqeem pula, pagi tadi lepas saya pergi kerja tidak lama lepas itu, HC whatapps gambar Haqeem. Patutlah macam lemah sahaja rupanya naik merah-merah satu badan Haqeem. Alhamdulilah tiada demam kata HC. Kasihan Haqeem, badan dia kurus betul. Akibat dari demam lepas, ini tambah lagi sakit yang lain.

Haifa pula masuk 3 hari juga kena muntah dan cirit-birit, tapi mild sahaja.

Memang petang tadi ini, HC bawa semua anak-anak pergi klinik. Kasihan anak-anak, semuanya tidak lalu makan. Hilang selera. Alhamdulilah baby Hafiy sihat cuma masih ada batuk dan selsema. Baby Hafiy juga kuat makan.

Minggu lepas, alhamdulilah semua orang sihat. Cuma baby Hafiy dan Haqeem ada demam malam. Tapi mild sahaja.
Selang seminggu diaorang semua kiranya sihat. Allah uji lagi kami minggu ini.

Ya ALLAH Ya tuhanku, ampunilah dosa-dosa hambamu ini. 
Sihatkan anak-anak hambamu ini seperti sediakala Ya ALLAH.
Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails