Followers

Thursday, November 12, 2015

Good bye ASTRO Welcome UNIFI

Bismillahirrahmannirrahim

Kisahnya HC planning untuk ambil unifi pada awal October baru ini. Ialah sekali sekali kita perlu bertukar angin katanya. Makanya nanti ASTRO dan juga STREAYMIX by TM pun akan di terminate kan.

Unifi ini, kalau apply online masa itu memang dapat free sebulan, tidak perlu bayar bill. Syok kan. Tapinya jangan suka sangat, sebab untuk daftar online unifi amatlah birokrasi. Kalau ada masa boleh google kisah untuk daftar unifi online, ada banyak orang sharing. Rasa nya mazidul pun ada shara story ini. Aku malas nak citerlah, sebab sama sahaja kisahnya dengan orang lain.
Yang aku dapat simpulkan ialah orang TM ni, macam semuanya tidak ber connection ber link together. Bayangkan aku sudah settle apply isi form bagai melalui phone. Kemudian cuma tunggu technician datang rumah pasang unifi. Tetiba ada lagi orang lain TM call lagi untuk apply isi form lagi. Pelikkan!!

Permohonon aku sebenarnya untuk upgrading servis as dalam permohonan online dari streaymix ke unifi. Tapinya bila semua sudah settle, rupanya internet streaymix aku masih on, makanya pergilah HC ke TM untuk isi borang tamat kontrak. Alahai kan.

Akhirny unifi sudah selamat di pasang di rumah aku pada 26 October lepas. Then baru HC call astro untuk terminate kontrak astro aku pula tamat pada 7 November 2015. Lapping tengok tv lah di rumah dalam dekat 2 minggu tu. Aku masih tegar dengan astro selama tu, ialahkan bukan apa, cuma masih melayan 3 rancangan full movie astro.

Astro ini pun bukan lamanya bertapak di rumah aku. Masa itu aku berpantangkan Hafiy pada Mac 2013. Itupun aku macam kurang setuju dengan plan HC.
Sebelum itu kami dirumah memang bukan kisah pun pasal siaran tv. Dalam 2 tahun lebih sahaja astro bersama kami. Package astro kami cuma yang basic sahaja, cuma dalam tahun ini juga rasanya HC tambah siaran full movie.

Streaymix pula memang sudah lama guna, since duduk Pandan Indah lagi. Lebih 7 tahun mungkin.

Mengapa ambil Unifi?
HC yang nak. Aku ini ikut sahajalah. Point utama ialah internetnya laju.
Kami ini adalah antara customer terakhir dapat package VIP5 dengan bayaran bulanan dalam RM149. Package ini ialah yang paling murah dari 3 packages yang ada masa tu. Sekarang ini VIP ini sudah tiada lagi rasanya.
Kiranya sudah berakhir pada October 2015 baru ini. Ada package baru yang di perkenalkan dengan promosi RM179 dari RM199 sebelumnya. Semestinya banyak lagi kelebihan pada package baru ini kan.

Sebelum ini bayaran bulanan internet ialah RM70 dan astro pun dalam RM70, kami ambil yang basic plus movie FOX, CINAMEX & HBO. So total bayaran bulanan sekarang ini lebih kurang sama sahaja. Tiada perubahan.

Sekarang ini unifi dan kami masih proses berkenalan. Kartun ada dalam 4 ke 5 siaran rasanya. Kecian anak-anak, masih dalam proses hendak keluar dari kepompong upin ipin, robocop poly dan yang seangkatan dengannya. Kartun di unifi memang tidak sama dengan kartun di astro. Tapi the best part ialah anak-anak melayan semua kartun kesukaan diaorang di youtube dengan menonton di tv. Unifi kan laju internetnya. Makanya seharian ber upin ipin. Puas hati.

Di unifi ada semua siaran tv biasa-biasa dari tv1 ke tv9. Yang banyak aku perasanlah, ialah siaran cina dan tamil...aduhai.

Best part lagi ialah banyak drama omputih yang best-best gitu. Ada drama zaman muda-muda dulu. Sukanya hati menonton kan. Siri Charmed adik beradik 3 orang ahli sihir , Friends kawan baik 6 orang tu, CSI Miami the 1st csi ever, ada lagi yang aku belum sempat explored lagi.



Yang paling meletop best ialah laju ketika men download. Until hari ini punyalah banyak movie sudah di tonton di rumah. Seronok sebab dapat menonton di tv.
Cuti baru ini melayan movie baru melayu, antaranya ialah Polis Evo, Badi, Penanggal, ada lagi aku sudah tidak ingat. Untuk anak-anak pula segala movie cartoon HC donlod kan untuk diaorang.

Seronoknya lagi, rilex sahaja dapat tengok Gegar Vaganza download di TV.
Lagi dan lagi ialah internet hp aku since 24/10 hari until hari ini masih berbaki 2.1GB dari 3GB, so camna tu? Asal di rumah sahaja memang guna internet rumah sahaja lah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails