Followers

Thursday, December 26, 2013

Update kerja saya dan jadual imunisasi anak umur 18 bulan kebawah.

Berkali-kali ambil gambar untuk dapatkan gambar yang sesuai. Dengan Haifa yang tersepit di hujung, baby Hafiy pula tidak boleh duduk diam.

Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan blogger. Harapan semoga sentiasa di lindungi Allah dan di beri kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalankan tugasan harian, amin.

Aduhai, lama sungguh saya holiday kan blog cinta saya ini. Lama itu, tidaklah kan. Tapi bagi blogger yang update blog hari-hari mesti terasa lama kalau lebih seminggu blog tidak ada story baru. Huhu, entahlah since habis exam hari itu. Rasa macam banyak sangat kerja lain yang perlu di selesaikan dengan kadar segera tanpa tangguhan. In the end blog updating menjadi yang paling last saya buat. Iaitu hari ini baru hendak menulis.

Normal condition, selalunya lepas final examination, kita mesti bergumbira. Kononnya untuk release kan tension study. Namun sebagai orang bekerja, rasanya feeling dulu-dulu itu tidak boleh di guna pakai lagi kan. So the next day nya, hari Khamis saya sudah mula bekerja semula.
Exam paper saya ialah mula jam 9 pagi untuk hari Selasa dan Rabunya. Dan ia memakan masa 3 jam. Serius sangat, bila study subject management ini, saya rasa masa 3 jam itu sungguhlah tidak mencukupi untuk menjawab dan memikirkan solution untuk case study pada soalan. Tapi boleh ke exam menjadi 4 jam?.

Feeling exam kali ini adalah sangat-sangat berbeza. Sebelum ini kalau exam mesti calculation dan design sahaja. Maknanya semua adalah fact berbentuk nombor, formula dan menggunakan buku standard. Memang otak kena kerja kuat untuk mengingat dan semestinya kena fahamlah konsep kan.Yup, saya dapat migraine masa belajar zaman Reinforced Concrete Design.
Namun di level sekarang ini, application dan commonsense adalah yang utama. Syukur alhamdulilah, terasa ringan burden saya kali ini. Sampai senyum-senyum ketika jawab exam, bukan apa, ketenangan adalah penting ketika menjawab soalan dan mencari idea. Kalau terus stress sahaja, confirm boleh blank!!!.

Dan hari berikut Khamisnya, Jumaatnya dan Sabtunya saya ada lecture (penat sangat). Hari Sabtu, samapi sudah tidak nampak matahari barulah kami sampai di rumah. Banyak urusan sungguh hari itu. Op lupa, hari Jumaat malamnya, kaklang bawa Haziq dan Haifa balik kg. Malam minggu itu diaorang sudah balik KL semula.
Hari Ahadnya pula, keluar untuk sebab ada urusan yang perlu diselesaikan di KL. Tapi keluar dalam lepas Zohor, sama juga sampai rumah lepas itu memang sudah malam. Tegar sahaja saya dan HC membawa Haifa, Qeqeem dan baby Hafiy bersama-sama. Haziq memang tidur rumah kaklang since balik dari kg.

Hari Isnin, saya bekerja seperti biasa. Alhamdulilah students tengah semester break selama seminggu. Dapatlah berehat, tapinya tetap ada kerja-kerja lain yang perlu di siapkan. Teaching File, Final Examination Question, Update Notes dan Test Question. Banyaknya kan, larat ke buat agaknya.

Hari Selasa saya ambil MC sebab kami sekeluarga berada di ICU Hospital Serdang until jam 2.30 pagi. In sha ALLAH story next post. Kepala Haziq kena jahit sebab luka ketika bermain dengan cousin di rumah kaklang pada malam Isnin itu. Alhamdulilah Haziq ok. Nanti story ya.

Picture yang lain pula. 
Berusaha mencari gambar yang cantik.

Picture lepas habis exam pada hari Rabunya di OUM Wangsa Maju.
Ceria gitu. 
Registration for next semester will start on 5th January 2014. 

Sahaja mecari jadual imunisasi ini. Sebabnya, macam lama pula gap Hafiy untuk lawatan ke klinik. Asyik terlupa sahaja hendak check appointment date dalam buku klinik Hafiy. Tapi zaman sekarang kan sudah canggih, klinik kesihatan akan update kan tarikh appointment terus ke handphone parent. So in sha ALLAH tidak akan lupalah. 
Ok, next lawatan klinik Hafiy ialah pada bulan March 2014 nanti lah masa umur setahun.

Thursday, December 5, 2013

Progress of my study.



Assalamualaikum.

Alahai since habis siapkan assignment hari itu, jari-jari ini rupanya masih belum puas guna tool di Words. Hendak juga lagi menekan buat chart, diagram bagai. 
Updated progress master saya. Sekarang ini memang waktu untuk ulangkaji sebenarnya. Tapi masih belum sentuh sangat notes yang ada. Rasa macam baru sahaja release burden dari  buat assignment hari itu. 
Memang banyak sebenarnya yang saya pelajari lepas siap assignment hari tu. Clear brief mengenai certain topic dalam subject yang saya belajar sekarang ini. Plus bila saya buat case study untuk subject Management, serius banyak story pasal Proton yang baru saya tahu.
Sesungguhnya menambah ilmu itu amatlah di tuntut dalam Islam. Besar sungguh impactnya atas pekerjaan yang kita buat.

Ini gambar classmates saya yang perempuan sahaja and with our Project Management lecturer, Mr John on our last class.
Classmates, kak Aishah, Jofina, Liza and Hafizah.

Untuk belajar kali ini, saya rasa sangat happy walaupun sebenar ia adalah penat. Saya sangat suka kelas saya ini, sebab classmates adalah very supportive. Semua orang support each other. Dalam kelas ini memang 1 Malaysia. Tapi yang perempuan semuanya melayu. Dan saya the only cikgu dalam kelas. Yang lain semua memang kerja di field masing-masing. Ini jugalah pertama kalinya saya ada course mates perempuan yang ramai dan rapat. 

Masa zaman study diploma dan juga degree di UTM, kelas saya di penuhi dengan lelaki dan lelaki lagi. Perempuan yang ada cuma kurang dari 7 orang gitu. Mereka pula buat geng masing-masing. And always myself tidaklah di fan kan oleh mereka pun. In the end, either saya kawan dengan lelaki or saya tiada kawan langsung. Maksud saya di sini, ialah kawan untuk study bersama. Memang kisah lampau itu adalah tidak menceriakan. Kawan yang saya baik masa study dulu ialah mereka yang sama kursus dengan saya tapi berlainan kelas. So setakat pergi bersuka ria di JB itu, bolehlah dengan diaorang. Tapi bila part hendak study, kenalah sendirian.

Ok. Kita tinggalkan zaman gelap dulu itu.
Mari kita melihat perancangan masa hadapan kepada yang lebih baik, in sha ALLAH.

Wasalam





Wednesday, December 4, 2013

Burger time.

Burger special with cheese

Assalamualaikum.

Pagi-pagi mari ceriakan diri dengan food berlemak. Sedap.
Fuh, since 'stress' during doing the assignment yang last minutes hari itu. Dan juga plus sakit kepala sebab tidak cukup tidur. All of that really changing my mood. Tidaklah semua, cuma part makan sahaja yang dapat impact nya. Selera saya terus swing hendak makan western, specifi nya ialah burger, narrow down lagi hendak yang goreng/masak sendiri dirumah plus yang di letakkan dengan cheese. Ya Allah yummy nya sangat.
Terima kasih pada HC yang prepared semua itu. Macam hendak tidur sahaja lepas makan burger ini di atas kesedapan dan kelemakkannya.

1st time masak dirumah memang guna roti burger. Masa itu kami sesama menonton movie berdua di malam minggu. Anak-anak pula memang sudah di paksa rela untuk tidur oleh HC.  Malam-malam kan, so macam lapar semula gitu. Burger masa itu tinggal sekeping sahaja. And HC gunakan roti gardenia sahaja. Dan saya suka pula makan begitu.
So 2nd round, menu burger lagi. Tapi dengan roti gardenia pula. Serius sangat sedap.

Double cheese burger

Tuesday, December 3, 2013

7 wonderful years for me and HC

Taken yesterday. 
Ceria bekerja di hari ulangtahun.

Alhamdulilah, 2 Dec 2013 semalam, genap 7 tahun HC and myself as a husband and wife. Saya panjatkan kesyukuran pada ALLAH atas jodoh kami ini dan semoga ia terus kekal mekar hingga ke syurga dengan izin dariNYA, amin. Di tambah juga dengan 4 orang comel-comelan yang paling saya sayang.

7 wonderful years.
Starting with Haziq on 2007, 3 years waiting for Haifa on 2010, a year after Haqeem was born and my last one baby Hafiy is on 13/03/13.

Bagi saya ia journey yang pendek dengan tanggungjawab yang sangat berat terutama dalam melahirkan dan semasa waktu pregnant kesayangan saya semua itu dulu.

Kini saya dan HC membesarkan anak-anak comel kami itu bersama-sama. Di tambah dengan perjalanan saya untuk menuntut ilmu dan tugas HC dalam menambahkan rezeki yang sedia ada kepada lebih lagi, in sha ALLAH.

picture Cinta saya masa zaman bujang @ bertunang. 
we always love u papa.

Tuesday, November 26, 2013

Teething and cuti rehat

Assalamualaikum.

Hari ini saya ambil EL. Sebab rasanya saya amat perlu untuk berehat. Tersangatlah penat. Semalam pun memang lemah sahaja di office. Muka sleepy sahaja the whole day. Mula-mula fikir lepas habis kelas jam 2 petang, memang hendak terus balik. Tapi, fikir-fikir, saya perlu gagahlan diri juga. Lihat semua officemate lain pun muka memang nampak penat.

Ialah, kami bukan robot pun yang boleh bekerja tanpa cuti kan. Sampai dari PD pun hari Ahadnya dekat jam 3 pm di rumah. Langsung tidak berehat pun, terus continue siapkan assignment master. Direct until 12 malam. Anak-anak pula sampai dari kg pada jam 9pm. Malam itu saya tidak dinner pun. Cukup sekadar minum vico secawan, then terus tidur. Sakit sangat badan rasanya.

Oleh itu saya ambil EL hari ini. Cadangan hendak buat kerja dari rumah. Namun cadangan tinggal cadangan sahaja. Lepas brunch nasi ayam Petron, terus mata macam layu sahaja. Dan saya terus tidur dan tidur lagi sampai ke petang. Bila bangun, barulah rasa sedap sikit. Kalau di fikirkan lagi memang tidak berehat-rehat langsung dari minggu lepasnya. Kan hari Sabtunya saya berkerja, hari Ahad pula ada kelas di master. Dan masuk hari Isninnya bekerja dan bekerja until hari Ahad baru-baru ini di PD.
Minggu ini pula sambung lagi bekerja macam biasa until hari Sabtu dan hari Ahad pula ada kelas master.
Ini adalah kehidupan yang saya pilih dengan restu dari HC sayang. Semoga ALLAH sentiasa bersama saya di perjalanan saya untuk menambah ilmu dan mencari rezeki untuk kami sekeluarga. amin amin amin.

Story mengenai baby Hafiy ialah semestinya gigi yang tidak tumbuh-tumbuh lagi. Langsung tidak ada tanda pun di gusinya. Alhamdulilah demam selama dekat 2 minggu lebih rasanya sudah tiada. Saya search di Baby center mengenai milestones baby umur 8 bulan.


Serius, walau anak sudah empat orang, saya memang tidak ingat pasal itu. Blog cinta merah adalah references saya. Kemudian barulah ingat semula. Kalau tengok info di BC, baby akan tumbuh gigi pada umur seawal 4 bulan hingga 7 bulan. Tapi Hafiy sudah masuk umur 8 bulan ++. Saya baca lagi, rupanya paling lewat baby akan tumbuh gigi ialah pada umur 1 tahun. Fuh, barulah saya rasa lega. Risau memang semestinya lah. Setiap anak itu adalah berbeza, kan.


Ini pula ada tanda-tanda the process of teething. Kalau hendak ikutkan anak-anak yang lain, memang minor symptoms. Sedar-sedar gigi sudah tumbuh. Deman pun tidak seperti baby Hafiy.

Drooling - memang sentiasa pun meleleh air liur, lebih dari keadaan biasa.
Gum swelling - erm, tiada tanda bengkak pun ada gusi.
Irrability of fussiness - yup ,ada. tapi bukan ke memang baby begitu kan.
Biting behavior - ada tapi tidak keterlaluan.
Refusing food - oh tidak, Hafiy sentiasa berselera, alhamdulilah.
Sleep problems - memang Hafiy akan bangun 2 ke 3 kali waktu tidur malam. tapinya ia adalah kerana lapar susu. so sebenarnya tiadalah masalah tidur pun.

Tidak mengapalah sayang mama, lambat tumbuh gigi, lambat gigi tanggal nanti.

Thursday, November 21, 2013

Workshop on SAR document at PD.


Assalamualaikum.
Musim hujan kan sekarang ini. Sejuk sahaja kalau tidur malam-malam. Saya semestinya memang pemakai stokin tegar. Kalau tidak pakai stokin, bila bangun pagi esoknya rasa macam hendak demam.

As planning, esok saya akan ke Corus Paradise Resort Port Dickson. Ada workshop by department selama 3 hari 2 malam.
Sedih sebab kena tinggalkan family. Tapi kaklang ada beritahu, in sha ALLAH kalau dia balik kg nanti mungkin dia akan bawa budak-budak sekali. So akan tinggal HC and baby Hafiy sahaja di rumah nanti.
Lagipun baby Hafiy masih ada demam lagi, On off demamnya . Malam tadi 1st time pergi Klinik Alam Medic sebab ubat Hafiy sudah habis. Doc bagi ubat air color orange dan ubat masuk montot kalau demam lebih dari 38 degree.

Berbalik to myself, saya masih dalam mood assignment belum siap. Ya ALLAH permudahkan urusan hambamu ini. amin.
So nanti di PD, workshop memang until 10.30 pm. Dan habis di situ, masuk bilik hotel sambung pula buat assignment.
Baju pun belum packing lagi. Planning malam ini adalah untuk siapkan assignment.
Moral of the story, jangan tunggu last minutes baru hendak buat tugasan. Whuaaaa.

Tuesday, November 19, 2013

Wordless Tuesday

Waktu pergi kerja pagi tadi jem panjang di traffic light simpang empat depan Giant.
Malam tadi pun masa balik jem di traffic light simpang empat flyover. 
Memang dua traffic itu sahaja perlu saya tempuhi masa pergi dan balik kerja.

Minggu ini adalah minggu assignment. Havoc sesungguhnya. 
Memang condition sekarang tengah kalut-kalut siapkan assignment master. Due date on 24 Nov 2013/Ahad. Hari Jumaat petang perlu ke PD untuk hadiri workshop hingga hari Ahad. 
Subject management sesungguhnya amatlah berat bagi saya yang cuma berbekalkan engineering background. Tapinya, saya ini rupanya adalah peminat management juga. 
Ya ALLAH, mohon permudahkan urusan hambamu ini. AMIN.


p/s boleh sahajakan wordless tuesday.

Saturday, November 16, 2013

Sup Daging dan Masak Lemak Ikan Pari


Assalamualaikum.
Selamat berhari minggu pada yang bercuti.

Seperti yang di persetujui oleh saya dan Head of Programme sebelum ini, saya mula berkerja di hari ini.
I'm will work from 1pm until 5pm.
Saya mengajar part timer untuk this semester. In sha Allah tiap-tiap minggu saya akan ada kelas pada hari Sabtu. Memang ketat bunyinya kan. Hari Sabtu dan Ahad ialah hari berehat untuk ramai orang.
Tapi saya memilih tidak, sebab saya perlu mencari rezeki yang lebih. Tanggungjawab saya besar.
Cahayamata seramai 4 orang, adalah amanah Allah pada saya dan HC. Kami perlu bekerja lebih. Rezeki Allah itu sentiasa kami cari, asalkan ia halal.


Sharing cooking's pictures with barakah from HC and mother kadang-kadang ada yang membuat kawan-kawan saya terliur rupanya. Alahai maafkan saya yea. Sekarang ini ada juga kawan di office asyik bertanya, bilalah dapat makan rendang orang Negeri Sembilan ini. Alahai lagi sekali. In sha Allah...

Lauk ikan pari campur terung kg dan pucuk pegaga adalah lauk yang emak bawakan dari kg hari itu. Ikan pari itu emak goreng dulu sebelum di masukkan dalam masakan. Maveles.
Sup daging with sambal kicap dinner dalam minggu ini hari itu. HC kalau masak sup memang superb. Thank you my dear.


Friday, November 15, 2013

progress Hafiy.

Picture awal bulan Nov 2013 masa di eTiQa Putrajaya.
Hidupkan insurance kereta Wira.

Assalamualaikum.
Selamat berhari Jumaat buat kawan-kawan blogger. Apa planning cuti-cuti hari minggu ini?.
In sha Allah malam ini saya akan attend Majlis Makan Malam Protasco Berhad, mother company of IUKL. Seronok, sebab tahun ini saya dapat hadir dua annual dinner. Satu dari IUKL dan satu lagi ialah yang ini.
Hari Sabtu pula saya ada kelas untuk student Diploma Part Time.
Kelas di OUM adalah pada hari Ahadnya.
Fuh penuh sungguh adegan minggu ini.

Lamanya tidak update progress baby Hafiy yang comel nie. Kalau tengok muka Hafiy memang iras muka kakak Haifa masa umur yang sama. Maklumlah adik beradik kan namanya.

Masa di kg baru-baru ini.

Alhamdulilah Hafiy sudah masuk umur 8 bulan pada 13/11/13 baru ini. Semalam itu jugalah pertama kali Hafiy demam. Pada ingatan saya memang Haify tidak pernah kena demam walaupun lepas cucuk di klinik. Masuk hari ini Hafiy demam lagi cuma on dan off sahaja. Alhamdulilah tidaklah panas sangat badannya. Tapi tetap HC bagi Hafiy ubat demam. Tidak pasti kenapa Haify mula demam. Rasa-rasa di gusinya tiada pun tanda hendak tumbuh gigi.
Walaupun begitu, alhamdulilah Hafiy memang tidak meragam pun.
Hafiy masih bangun malam. Biasalah hendak minum susu, lapar. Dalam 2 ke 3 kali Hafiy bangun. Tapi bergantung juga, ada masanya memang tidak bangun langsung. Nyenyak sampai ke pagi.


Progress comel ini ialah sudah laju merangkak. Sebelum ini bak kata orang masih mengengsot sahaja.
Part berdiri dan berpaut pun sudah pandai juga. Paling kesukaan Haify semestinya memanjat dan menyepah.

Tengok siapa nie.

Thursday, November 14, 2013

Gear kereta.

Assalamualaikum.

Pagi Isnin lepas saya lewat ke office. Dalam jam 10 paginya pula, saya ke Pos Laju. Yang berdekatan kawan kilang. Di kiri dan kanannya ialah pusat servis Proton dan Toyota.

Tempat kejadian.


Poslaju Bandar Baru Bangi

No. 24 &26, Jalan P10/16
Taman Industri Selaman
43650 Bandar Baru Bangi
03-892 55208 / 5226
03-892 55215


Masa driving pergi sana memang seronok dapat mendengar kongsian Ustaz di IKIM FM mengenai kaitan 10 Muharam dengan kisah Nabi-Nabi kita.
Oleh kerana teruja sangat, walaupun sudah matikan enjin kereta semasa parking di depan Pos Laju, radio still on lagi.
Cuaca sudahlah panas waktu itu. Kejap sahaja sambung dengar radio, terus tarik kunci kereta dan menuju ke Pos Laju.
Bila selesai urusan, saya masuk kereta dan cuba hidupkan enjin kereta. Tetiba macam sudah lock, cuma boleh hidupkan lampu di skrin sahaja. Tapi hendak enjin tidak boleh start. Cuba buat lagi, dan tidak boleh. Memang mula sudah sedih, terbayang macam-macam. Ya Allah kenapalah kereta ini. Moga tidak lah yang teruk-teruk berlaku.


Mula-mula call HC. Beritahu situation. Kemudian, cuba whatsapp dengan lecturer yang ajar automotive, Engku Amirul. In the end dia suruh, tanya-tanya pada technician Proton berdekatan.
Kebetulan ada dua orang technician Proton di bengkel belakang. Saya cuma bertanya pada mereka melalui pagar Pos Laju sahaja.
Kalau bateri problem, adalah tidak mungkin. Sebab bateri baru tukar around April 2013. Seorang technician di situ suruh saya cuba main kan gear dulu. Tolak pelan-pelan dari depan ke belakang. Tapi me insist minta technician itu pergi ke kereta saya.
Ok, rupanya saya tidak masukkan habis gear P. Sebab itu jadi macam lock, enjin tidak boleh di hidupkan. Technician itu tolak sikit sahaja gear ke P. Then terus hidup enjin. Memang tidak sempat ucap terima kasih sebab technician itu laju sahaja keluar dari kereta menuju ke bengkel semula. Allah sahaja yang dapat budi mereka.
Lepas itu terus call HC. Rupanya HC pun memang hendak call saya lepas search di internet, mungkin problem ialah gear tidak di letak pada P.
HC story, dulu dia pun pernah mengalami situation itu dengan kereta Wira saya di kg. Adik yang drive malam sebelumnya. Masa parking adik letak gear pada N. Berpeluh HC hendak start kereta paginya.
Sama macam saya yang memang berpeluh juga di tengahari itu.

Moral of the story, kalau teruja sangat mendengar radio pung, masa parking itu silalah buat betul-betul. Agar perkara yang tidak di ingini berlaku.


Friday, November 8, 2013

HC's girlfriend.


Assalamualaikum.

Malam ini, in shaa Allah kami akan balik ke kg. Main reason kami ialah untuk membawa pulang princess ke KL semula.

Semalam memang saya yang insist pada HC supaya bawa balik Haziq kerumah. Walaupun Haziq pesan, cuma ambil dia setelah 5 hari. Cukuplah kan dari Ahad lepas di rumah kaklang. Namun malam tadi itu, saya dan HC pujuk Haziq sekejap sahaja melalui hp. Lepas Haziq setuju, terus kami ke rumah kaklang. Seronok sangat bila anak sudah berada di depan mata.

And pagi tadi sempat telefon emak. Emak beritahu, Haifa sudah mula tanya-tanya mana mama dan baba dia. Lepas itu menangis juga lah kata emak. Terus masa saya telefon itu, emak tidak bagi saya cakap dengan Haifa, takut Haifa nangis sekali lagi.
Allah, sayu hati mama ini. Tunggu ye sayang, malam ini kami sampai di kg.

Monday, November 4, 2013

Haifa 'masih bercuti' di kg dan Haziq 'bercuti' di rumah kaklang.

Assalamualaikum.

Bila saya fikir panjang sejenak, kadangkala kita ini sebagai parent cuba untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Kita sentiasa mencari masa terluang untuk menggembirakan mereka. Tapinya selalu kita terlupa, planning kita itu mungkin sedikit tidak menepati kehendak anak-anak tersayang.
As a parent semestinya kita mencuba untuk menerima kehendak sikecil. Or adakah sebaliknya kita ini failed sebenarnya dalam perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik pada anak-anak.. Ditambah dengan kekangan tanggungjawab lain kita sebagai pekerja yang mencari rezeki yang lebih untuk mereka.

As happened to me and HC yesterday. 

 Haifa masa kami hendak balik ke KL
Muka happy sahaja

Story satu.
Semasa kami sibuk mengemas barang-barang untuk balik ke KL, tetiba girlfriend's HC beritahu yang dia hendak tinggal di kg. Mama ini mestinya terkejut. HC pula buat muka biasa sahaja. Masa itu kami tengah lunch di kg. Kalau Haziq tinggal dengan emak dan abah, tidak mengapa. Sebab Haziq sudah 6 tahun. Dia sudah boleh buat keputusan dengan baik, in sha Allah.

Qeqeem pula, masih kecil. Baru 2 tahun, belum faham sangat.
Tapi Haifa pula, umur 3 tahun plus. Seorang yang boleh di katakan sangat manja dengan HC. Sungguh saya tidak percaya dengan keputusan yang di buat.
Banyak kali saya ulang tanya pada Haifa. Betul ke, hendak tinggal di kg?.
Haifa jawab, betul.
Saya tanya lagi kenapa Haifa tidak mahu balik KL?.
Haifa jawab, tak best.
Op, tersentap mama ini dengar jawapan Haifa. Tapi I looked back.
Saya sedar mungkin Haifa mahu berehat. Mungkin Haifa bosan rasanya.
Ok, saya dan HC redha. Maka tinggallah the only anak dara saya itu di kg di Kuala Pilah.

Saya pasti parents yang mempunyai anak-anak yang ramai dan rapat-rapat seperti saya mesti faham tanggungjawab besar anak yang sulong dalam membantu di rumah.
Mungkin Haifa dan Haziq belum mahu menjadi begitu. Mereka belum puas untuk bermain riang

Muka sudah masam, sebab di minta ambil gambar untuk kali kedua.

Story dua.
Masa hendak sampai di rumah kaklang sebab menghantar Izad. Yup kami balik ke kg bertujuh orang. Memang riuh rendah kereta dengan anak-anak.
Haziq pula request untuk tinggal di rumah kaklang. Maklumlah sudah cuti sekolah kan.
And Haziq beritahu saya, dia hendak tinggal di situ sampai 5 hari.

Haziq sudah patah 2 gigi depan

Akhir tinggal saya, HC, Qeqeem dan baby Hafiy di rumah. Itulah, saya bercakap dengan HC.
Anak kita baru 4 orang, walaupun begitu mereka bukan milik kita sahaja.

Semoga ALLAH memberi Haziq dan Haifa keselamatan dan kegembiraan hendaknya. Amin.



Friday, November 1, 2013

Mengganti kad Maybank, brake pad and urusan di KWSP.

Assalamualaikum.
Ya Allah kenapalah hambamu ini ke laut sangat minggu ini. What hapeng to me?.
Ampunkanlah dosa-dosa hambamu ini ya Allah. Amin.
Sudahlah pergi PD masa cuti sebelum Raya Aidiladha hari itu langsung tidak dapat mandi, sebab ombak kuat sangat dengan angin pun kuat juga.
In the end anak-anak yang excited hendak mandi laut setakat dapat main pasir di pantai sahaja.

Serius sangat, I'm not in the mood to work this week.
Dalam kepala cuma ada feeling hendak shopping, rilex depan tv tengok movie dan hendak bercuti berehat sahaja. Hingga macam ada planning hendak ke Gelang Patah, rumah rehat Cik Mat sebab boleh mandi swimmingpool sambil boleh pergi jalan-jalan di JB. Tapi nanti penat pula sebab travel jauh kan. From KL to JB, singgah Kuala Pilah dulu ambil emak. So around 5 hours ++. In the end mungkin balik Kuala Pilah sahaja malam ini until hari Ahad. Di kg pun boleh shopping juga kan. Banyak sahaja kedai pakaian. Cuma tidaklah se grand macam di KL. Namun untuk jiwa sederhana seperti saya, itu sudah lebih mencukupi.
At list Bahau pun tidak jauh dari kg, kalau pekan Kuala Pilah itu tidak cukup kan.
Risau juga sebenarnya dengan sikap pro aktif ini. Tapi saya pujuk hati yang I need rest. Ini sahaja minggu berehat rasanya. Bila masuk sahaja next week, once semester October sudah bermula. Makanya  classes pun akan muncul setiap hari. Rezeki mama ini dapat kelas di tingkat 3 nun. Aduhai semoga di permudahkan untuk memanjat tangga di kala lecture jam 8 pagi.
Since students bercuti semester, saya pun sama-sama cuti tidak study. Boleh kan begitu. Assignment pun belum siap lagi. Aduhai.
Rasanya kita sebagai manusia memang begitu. Tidak semua orang boleh back in track kalau sudah merasai kemanisan berehat. Ironinya mungkin cuti itu tidak cukup lagi rasanya atau cuti tersebut kurang berkualiti kan.
In sha Allah, saya sudah planning. Next week, I will back to the right path again.

Mari evaluate kerja-kerja luar yang saya buat minggu ini which is to satisfy my moodness huhu.

Card lama

Hari Isninnya saya ke Maybank Bangi. Location belakang Pejabat Pos Bangi. Ada landmark Bank Islam, Stesen Minyak Shell dan Petronas di situ. Ataupun berdekatan medan ikan bakar gitu. Pointnya kesitu ialah untuk menukar card atm saya yang sudah rosak. Sebelum itu masih saya guna juga lagi. Tapi akhirnya card sudah tidak boleh di baca.
Sampai di sana around jam 11 pagi. Saya terus ke kaunter untuk mengambil nombor. Memang sudah baca yang system down di kertas yang di tampal di situ. Terus saya bertanya untuk kepastian, berapa lama waktunya. Kerani di kaunter berkata ia mungkin makan masa until 2 jam. Ok, saya terus balik office.

Maybank Islamic,
Seksyen 16,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
03 8926 1105


Hari Selasanya saya ke Maybank berdekatan Masjid Bangi. Dekat dengan stesen minyak petronas. Alhamdulilah sebab masa itu baru jam 10 lebih. Masa menunggu adalah tidak lama. Saya sempat berbual dengan pegawai di meja semasa saya berurusan. Namanya En Anuar. Kata dia, Maybank yang satu lagi itu, memang selalu sistem down/problem. Tapi di bahagian Maybank ini katanya jarang berlaku offline.
Hendak  di jadikan cerita, masa turn saya itu. Tetiba system tergendala. Alhamdulilah tidaklah lama sangat pun. Walaupun system adalah macam siput masa itu. Akhirnya kad atm saya siap.
Tapinya bayangkan, untuk penukaran card atau urusan card hanya ada satu sahaja pegawai bertugas. Saya tengok, satu lagi meja untuk urusan check dan satu lagi untuk urusan lain. Macamana hendak cater keperluan pelanggan yang ramai kalau begitu. Masa saya berurusan itu pun, ada seorang customer lain datang di situ untuk meminta kad pengenalannya sebab tidak tahan menunggu lama.

No. 7 & 9,
Jalan 9/9C (Seksyen 9),
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.

Card baru and caj RM12 untuk penukaran card baru

Hari Rabu pula saya ke KWSP. Untuk urusan pengeluaran pendidikan. Saya pergi KWSP di hentian bas Kajang. 
Alhamdulilah urusan sangat mudah kerana tidak ramai customer. Sebaiknya isi dahulu semua detail secara online. Kurang 30 minit, urusan telah selesai.

Credit picture to Panoramio

Kisah akhir minggu ini ialah HC telah membeli brake pad kereta secara online. Price adalah RM65 dengan penghantaran percuma di Kajang dan Bangi. Semalam itu dalam jam 11 pagi barang ini di hantar ke office saya di IUKL.
HC memang ahli kelab kereta yang saya pakai sekarang. Memang info mengenai brake pad ini adalah dari pengkongsian ahli kelab. Makanya semalam petang sempat HC survey untuk price pemasangan di semua kedai berdekatan rumah kami di PUJ 2. Price adalah dari RM 30 ke RM 20. Semestinya HC pergi ke kedai yang murah. Actually memang selalu juga HC berurusan di kedai itu. Kedai berdekatan Tat Nasi Ayam. 
HC memang buat alignment sekali. Kalau hendak buat chamber sekali ialah RM 25 per tyre.

Selamat bercuti panjang pada yang ambil cuti pada Monday nanti.

Brake pads warna merah

Thursday, October 31, 2013

Doa ketika hujan turun


Tuesday, October 29, 2013

Good Quates

Surround yourself with good quotes. 
It helps to keep you motivated and content with your life
Cheers

credit to FB MYPLUSMiles

Monday, October 28, 2013

How to relax.


Friday, October 25, 2013

Happy Birthday Abah.

Alhamdulilah hari ini 25 October 2013 bersamaan hari Jumaat merupakan hari jadi abah yang ke 74 tahun. Semoga ALLAH panjangkan lagi umur abah. Di kurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Di tambahkan iman dan taqwa. Di rahmati dengan kasih sayang dan sentiasa di lindungi ALLAH swt. Amin.

Raya Aidilfitri 2013
Dari kiri, adik, abah, abang (anak angah) dan Intan (anak angah).
Dari depan kiri, emak, Haifa, kakak ipar dan angah.

Thursday, October 24, 2013

Batuk waktu malam.



Assalamualaikum.


Hari minggu lepas, rupanya kaklang bawa anak-anak saya tidur di kg. They came back to KL on Sunday afternoon. Memang tidak jangka pun begitu. Ingatkan kaklang balik hari sahaja. Anyway Thanks a bunch to kaklang juga sebab bagi ruang pada me and HC untuk berehat walaupun sehari. Main reasons kaklang bawa balik diaorang sebab hendak feeling kan happy abah dan emak di kg dengan cucu-cucu comel.
Memang mama ini tetap feeling sunyi sebab semua tiada di rumah. Harapkan baby Hafiy, tidaklah seriuh abang kakaknya. Serius, rasa macam lost, tidak tahu hendak buat apa. Terus terlintas di fikiran, agaknya bagaimana keadaannya suami isteri yang telah berkawin lama, tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Bagaimanakan kehidupan diaorang dirumah di kala berehat santai.
Malam minggu itu saya dan HC back to back menonton movie di KIX Astro until jam 3 pagi rasanya.

Alhamdulilah, ALLAH menduga hambanya dengan sakit. Sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil.

Saya memang kurang sihat since last week lagi. Tidaklah teruk mana pun. Cuma penat sebab tidak cukup rehat rasanya.
Saya sebenarnya adalah tidak suka minum air sejuk dan air batu. Memang saya begitu since lepas jadi emak. Kalau teringin sangat saya minumlah juga. Tapi pada kawan-kawan yang selalu lunch dengan saya, diaorang mesti tahu, saya cuma order air suam untuk di minum. Walaupun dengan cuaca yang panas terik tengahari itu. Tapinya, entah kenapa since balik Raya Haji baru-baru ini saya kerap minum air sejuk. Plus dengan makan pedasnya. Dan result nya, saya dapat gatal di tekak. Mild sahaja tidaklah teruk sangat.
Allah bagi tekak saya sangatlah manja di usia begini.
Since hari Sabtunya kalau tidak silap saya mula kena batuk. Memang saya pernah kena batuk malam ini sebelum ini. Biasanya mesti tidur terganggu dan tidak nyenyak.
In the end saya akan dizzy waktu paginya. Plus badan terus rasa macam seram sejuk aka demam. Maklumlah tidur tidak cukup.
Maka hari ini tadi terus saya tidak pergi kerja walaupun ada workshop EAC Documentation di UNITEN hari Rabu dan Khamis by my school. Insyallah saya akan hadir untuk hari Khamisnya.
Lewat petang tadi baru sempat jumpa Doc. Saya sudah pergi klinik pada tengaharinya dan saya terlewat sebab Doc sudah keluar untuk rehat for two hours. So jam 3 lebih saya pergi klinik yang sama sekali lagi.
Doc India yang baik dan friendly walaupun baru 1st time saya pergi klinik itu. Hendak jadi cerita, machine Card Red Alert di Klinik Mediviron depan rumah saya ini asyik rosak sahaja. Sekali pergi, katanya line rosak. Kali kedua pergi mesin rosak. Makanya perlu bayar cash lah dulu.
Saya terus rasa malas hendak kesitu lagi kalau hendak ke klinik. Terpaksa cari klinik lainlah yang jauh sikit dari rumah.
Doc bagi saya MC, ubat batuk, ubat kumur-kumur sebab tekak saya merah, antibiotik, ubat demam (stand by katanya) dan ubat sakit tekak. And she advised me, please drink lots of plain water.


Saturday, October 19, 2013

Cuti Hari Raya Aidiladha.


Assalamualaikum.
Di rumah tinggal saya, HC dan baby Hafiy sahaja hari ini. Baby Hafiy pun sudah tidur semula.
Pagi tadi kaklang bawa Haifa dan Qeqeem balik kg. Since kaklang beraya di rumah mentua di Klang hari itu, so kaklang balik beraya di kg pula hari ini. Mungkin kaklang balik hari rasanya. Tidak sempat pula bertanya panjang tadi.
Haziq pula memang tinggal di kg sejak Khamis lepas. Memang begitu keadaannya, kalau masa kami hendak balik ke KL. Mesti abah saja-saja pujuk cucu-cucunya untuk tinggal di kg. Entah tiba-tiba Haziq pula yang offer diri untuk tinggal di kg. Maka barang-barang Haziq yang memang sudah di kemas di bonet kereta terpaksa di bawa keluar semua. HC tinggalkan hp dia buat Haziq main games. Saya pula tinggalkan buku kosong with pen and pencil. Ialah, takut Haziq boring.

Picture Hari Raya with 7 months old baby Hafiy.

Abah call saya lewat petang Jumaat 11 Oct lepas. Masa itu saya masih di office. I'm in he middle of 'war' with exam papers. Dengan otak memang tengah fokus ke satu aim, iaitu habiskan kerja menanda. Bila abah tanya, bila hendak balik, saya terus blank. Tiada jawapan disitu. Entahlah fikir-fikir memang macam tidak boleh siap semua kerja petang itu. Serius, kalau paper calculation memang mudah untuk di tanda bagi kami lecturer engineering. Tapinya kalau paper theory. Fuh and peh, confirm terhegeh sikit. Maklumlah perlu membaca, cari key word then baru boleh bagi markah.
Tidak semua background engineering cenderung ke lembah management.
Alhamdulilah, macam tidak percaya sungguh. Dalam 6.30 petang itu juga saya mampu siap semuanya. Plus dengan key in markah di EMS. Rasa macam hendak berjimba riang selepas itu. Ialah minggu itu memang minggu yang memenatkan kaki, tangan dan otak sama. The most dramatic week sungguh. I'm so busy with marking plus with my personal works (syukur dengan rezekimu ya ALLAH)
Syukur pada ALLAH, berkat buat kerja sikit-sikit, akhirnya saya dapat siapkan juga semuanya. Sebelum minggu exam tiba, saya telah key in semua carry marks students dalam EMS. Manakala, mana-mana paper yang sudah di tanda, saya key in juga total marks. Maknanya sikit-sikit, lama-lama siap semuanya.
Tidak perlu tunggu di akhir semester, baru hendak tanda quiz, exercise, lab. report, assignment. Kalau student ada 5 orang sahaja boleh lah begitu. Tapi kalau student ada lebih 30 orang atau 70 orang untuk satu-satu subject. Ahah, macamana.
Memang di IUKL, student paling ramai ialah di Faculty Engineering.

Akhirnya kami decided balik kg pada hari Ahadnya. Hari Sabtu sebelumya pula, kami cuma duduk dirumah. HC hendak kami berehat.
Hari raya kali ini, kami sempat ke Seremban. Beraya di rumah makcik sepupu emak. Cik Nah dan Cik Manah ialah sepupu emak dari S'pore. Diaorang ada datang rumah sehari sebelum hari raya untuk berjumpa emak. Maklumlah emak ialah kakak sepupu diaorang yang paling tua.
So kami kesana untuk melawat Nenek Pon. Nenek Pon ialah adik pada arwah datuk botak iaitu ayah pada Cik Nah dan Cik Manah.
Alhamdulilah, kami merasa makan daging kambing korban paginya yang telah dimasak. Selesai di situ, kami terus ke rumah angah di Juasseh, beraya.
Sampai sana sudah lepas maghrib. Di situ kami makan mee sup, fresh dari tulang daging korban. Burp, kenyang sungguh raya kali ini. Masa hendak balik ke rumah, kami serempak dengan majlis Datok Hassan Malek, namun tidak singgah pun. Sebab perut sudah ketat sangat.
Kami balik ke KL hari Rabu lepas. Saya pula hanya bekerja pada hari Khamis sahaja. Hari Jumaatnya semalam, saya ambil MC, badan rasa tidak sihat. Maklumlah kerja di office sudah siap, saya mahu cuti dan cuti lagi.

Kali kedua beraya berenam selepas raya puasa hari itu.
(ulang baju raya puasa)

Serius, memang payah hendak ambil gambar dengan anak kecik..kan.


Saturday, October 12, 2013

100 Sunnah Rasulullah s.a.w.

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

4- Berdoa ketika pada waktu malam

5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

7- Berwuduk Sebelum Mandi َ

8- Baca Doa Selepas Wuduk

9- Jimat Penggunaan Air

10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat َ

11- Menjawab Seruan Azan

12- Banyak Bersugi ُ

13- Ke Masjid Awal ُ

14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

17- Sembahyang Berhadang

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib ْ

22- Sembahyang Dhuha

23-QiyamullaiL

24- Sembahyang Witir

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

28- Sembahyang Istikharah

29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

30- Mandi Hari Jumaat

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

34- Sembahyang Jenazah

35- Ziarah Kubur-kubur ْ

36- Sahur

37- Segera Berbuka Puasa ٍ

38- Menghidupkan Ramadhan

39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

42- Puasa Hari Arafah

43- Puasa Hari Asyura

44- Pilih Seorang Ketua

45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat َ

47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir ِ

48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

50- Baca Bismillah Ketika Makan

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

52- Minum Dalam Keadaan Duduk

53- Berkumur Dengan Susu

54- Tidak Mencela Makan

55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

58- Banyak Membaca Al-Quran

59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus ُ

60- Zikir Kepada ALLAH Setiap Ketika ْ

61- Bertasbih

62- Mendoakan Orang Yang Bersin ْ

63- Doa Untuk Pesakit

64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok ُ

66- Berdoa Ketika Hujan Turun

67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah ُ

68- Baca Zikir Dalam Majlis

69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

70- Berdoa Ketika Angin Bertiup ْ

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah ْ

73- Menyebarkan Salam

74- Menuntut Ilmu

75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

77- Aqiqahkan Anak

78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

79- Melawat Pesakit َ

80- Senyum

81- Ziarah-Menziarahi Kerana ALLAH

82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

83- Tutup Mulut Apabila Menguap

84- Sangka Baik Terhadap Manusia

85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah ِ

86- Sunnah Fitrah ُ

87- Menjaga Anak Yatim

88- Menjauhi Marah ُ

89- Menangis Kerana Takut Terhadap ALLAH

90-Bersedaqah Jariah

91- Membina Masjid ْ

92-Toleransi Ketika Berjualbeli

93- Menghilangkan Gangguan Jalan ٌ

94- Sadaqah

95- Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah

96- Membunuh Cicak َ

97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

98- Memberi Nafkah Keluarga

99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

100- Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit.

credit to muntah pelangi

Saturday, October 5, 2013

Inspiring Quote

"No matter what you or anyone else does, there will be someone who says that there's something bad about it. Whenever somebody comes up with a good idea, there's somebody else who has never had a good idea in his life who stands up and says, 'Oh, you can't do that...'" – Interview with Inc., 1995

By Bestselling author Tom Clancy which died at age 66 on 1st October 2013.

credit to Entrepreneur


Wednesday, October 2, 2013

Thumb biting.


Assalamualaikum.
I noticed that lately I'm back to my very old habit.
Menggigit ibu jari. Bukannya gigit kuku pun.
Sudah lama tinggalkan perangai ini.
Ironinya saya akan bersikap begitu ketika zaman study dulu.
Masa kepala sampai naik migrain kerana belajar.
Itulah kan.
Siapa yang suruh kan.
Dalam banyak-banyak kursus, bidang. Tapi yang itu juga yang hendak di cuba.
Memang setiap kali masa exam atau masa study, kalau saya sudah mula gigit ibu jari tangan.
Itu tandanya saya tengah susah hati, tengah cari solution dan tengah cuba memahami.
Bezanya, saya bukan menggigit kuku, tapinya saya gigit ibu jari sahaja.
Dan saya kini kembali seperti dulu.
Terlalu banyak sangat berfikir.
Berfikir di luar kotak.
Ya Allah, mudahkan perjalanan ilmu hambamu ini. Amin.


Saturday, September 28, 2013

Minggu kerja yang memenatkan dan blogger kegemaran saya.

Assalamualaikum.

Story satu.
Memang lately ini everthing seem to look hectic and overload. Rsanya macam semua yang perlu di buat sudah tidak lagi boleh tercapai oleh tangan. Kaki pula rasanya kalau berjalan di office ibarat sudah tidak cukup lantai untuk di pijak.

This is the most tired week ever and it is because of the September semester is leaving us today. Alhamdulilah. Habis tanggungjawab satu semester, cuma perlu tunggu exam paper next week, tanda dan key in markah.
Pagi tadi saya menjadi examiner untuk student's project and also as their presentation. Subject ialah Final Project for student Diploma in Civil Engineering. Saya memang tidak ada supervise mana-mana student project semester ini sebabnya saya back to be the coordinator of Final Project. So rasanya baik cuba refresh semula masa saya jadi coordinator dulu-dulu. Di office ini, memang coordinator FP ini sentiasa bertukar-tukar orang. Semuanya tertakluk pada workload kerja pada setiap semester. Last time saya pegang subject ini ialah mungkin 2 ke 3 tahun lepas kot. Entah, sudah tidak keep in track.
Walaupun ada students yang approach saya untuk dijadikan supervisor diaorang. Saya terangkan pada mereka kenapa saya menolak.

Tadi pun ada drama pendek lepas presentation. Saya jadi examiner untuk Final Project dia. Student saya ini namanya Kvin. Yup student chinese lelaki. Kvin ini memang student pandai. Saya pernah mengajar dia beberapa subject. Boleh dia minta untuk bergambar dengan saya masa itu. Aduhai, malu lah pula. Lagipun saya ini tidaklah favourite sangat untuk bergambar.  Tapi Kvin insist juga. Sebab dia beritahu, ini last semester dia. Kiranya lepas examination ini nanti, dia sudah grad. Saya cakap, Kvin memang student pandai, lagipun memang is my duty untuk mengajar.
Tahu apa Kvin jawab untuk convince kan saya. Serius, rasa hendak menitik air mata saya mendengarnya.
Dia beritahu, memang saya lecturer dia sama macam lecturer lain. Tapi KNOWLEDGE yang saya curahkan pada dia selama ini yang dia amat hargai.
Touching kan. In the end saya setuju ambil gambar dengan dia.

Entahlah, susah hendak di gambarkan. Sebenarnya saya rasa semester ini saya sangat seronok mengajar. Until some of my friend ask me , how I manage to teach 18 hours all out with lectures, tutorial and laboratory in one week. But I didn't answer their question. Hehe.
The secret is, I really enjoy all my class. The students make me comfortable in the class. And what I like most is many of them are CLEVER/QUICK LEANER now on. When I gets this group of students, for me, my job is become more easier.
What I use to do, I jots down on the white board the definitions, formulas and exercises which is discuss step by step in the class. After that they will do one take home tutorial. In the next lecture, I will give them another exercise to do in the class. Awesome, most of them can solved the problem correctly. Alhamdulilah.

Semoga ALLAH kurniakan saya lagi students yang bagus-bagus pada semester akan datang. amin. And  for the return, I will do a proper planning to do my lecture. Which is include using a new textbook, in sha Allah.

Story dua.
I found this Facebook of Dr Airil Yasreen dari sharing blogger Hannah Johary di FB nya. Hannah adalah idola saya. Selepas pertama kali saya terbaca blog dia semasa berpantang melahirkan baby Hafiy March 2013 lepas. Serius bagi saya, tulisan Hannah adalah antara yang terbaek pernah saya baca. Penulisan Hannah penuh dengan pengisian.
I take her as my mentor in finding a good tune of writing.

Early this week, Hannah sharing post dari FB Dr Airil. Saya terus baca, sebab bagi saya kalau ianya dari Hannah, ia semestinya sesuatu yang berguna untuk di baca.
And after reading, I realise. I so glad to found seorang hamba Allah yang hebat. Phd graduate from Imperial Collage London. Mendapat title Dr dalam usia yang muda.
Saya terus baca Facebook Dr Airil dan saya baca juga blog Dr Airil Sametok.
Dan sekarang saya masih dalam perjalanan untuk khatam kan blog Dr Airil seperti mana saya hampir khatam kan blog Hannah Johary. Oh my English, saya memang begitu orangnya. Kalau saya sudah 'jatuh cinta' dengan satu-satu blog itu. Saya akan guna mana-mana peluang dan masa yang saya ada untuk baca/kenal siapakah hamba Allah yang superb itu.
Terlalu banyak perkara yang mereka sharing dalam penulisan.

Saya sharing post pertama dibawah dari FB Dr Airil yang ibarat dari bagi saya dari mata turun ke minda. Yang paling membuat saya dekat ialah, Dr Airil merupakan senior lecturer di Faculty of Civil Engineering di UTM JB. Which is my former university and also my field/faculty. In this stage of life, saya prefer untuk membaca lebih mengenai life as a student, a lecturer and a blogger.
Tips yang di tulis oleh Dr Airil sebagai seorang lecturer dan researcher bagi saya sangatlah sesuai untuk mereka yang baru mula belajar semula diperingkat master mahupun phd.

Nota Kaki.
Pictures adalah kurang jelas. Kalau berminat, boleh layari FB Airil Yasreen.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails