Followers

Wednesday, December 29, 2010

HAPPY NEW YEAR


Auguro a tutti voi un Felice Anno Nuovo

Thursday, December 23, 2010

not in the right mood lagi

Kerjanya baru 2 hari, tapi masih not in the right mood lagi. Ialahkan, masuk je office, kerja setimbun dua perlu di siapkan.......urgent gitu.
Mana dengan kelasnya lagi.
Bosan sungguh!!!

Harap maklum aku MC 2 hari dan aku minta cuti 2 hari lagi pada minggu lepas. Then Isnin dan Selasa baru ini pun aku ambil cuti lagi, sebab Haifa demam dan Haziq pun kurang sihat.

Sebenarnya ada TWO good news aku hendak kongsi bersama disini. Tapi belum ada mood untuk bercerita panjang.

Alhamdulilah, walaupun bosan, tetap aku selesai menghabiskan lecture seperti biasa.

Esok, mahu atau tidak mahu mesti kena siapkan dua kerja yang masih tertangguh itu. Semoga ada sinar rajin untuk diri aku nanti..amin.
;))

 Wendunya hendak makan mee hoon sup di kantin tengah..sungguh maveles!!

Friday, December 17, 2010

PNB Park KL


Hari ini insyallah pergi kesitu. Hotel ini terletak berdekatan KLCC gitu.
Petang ini family dari S'pore datang KL bercuti. Diaorang menginap di situ until 21 Dec. Lama gitu..kan. Cuti-cuti hujung tahun lah..kan.
Datang driving gitu naik MPV uncle aku itu.
Lama juga rasanya tidak jumpa dengan family auntie aku ini.
Tidak sabar rasanya nak tunggu malam ini.
;))
Lagi satu, aku tidak pernah pun masuk pun PNB ini. Katanya hotel mahal.
Entahlah, we see it tonight.

Thursday, December 16, 2010

HIJAB CONTEST dan giveaway by SOFFYA ESHOPE!



Lama sungguh tidak kena tag ini, so kali ini buatlah. Dari Sis Ina..tq kakak. Penganjur iaitu ms Soffya.
Tak pernah ada tudung jenis gitu pun.

perlu tag 3 orang lain-lain -
1. mamalieyna
2. elissmie
3. mahira oya

buat ye you all...
;))

p/s tertinggal pula info ini..hikhik

+buat entry pasal HIJAB CONTEST DAN GIVEAWAY by SOFFYA ESHOPE. - DONE
+letak banner kat atas sekali tu dan linkkan ke entry ini okeh? - DONE
+tagkan jugak tiga orang kawan kome dan mestilah dorang tahu telah ditag ;D - DONE

tarikh tutup : 31 disember 2010 (dah tak lama lagi, ye dak? so buat cepat-cepat)
pemenang akan dibuat ikut sistem cabutan bertuah (dah namanya giveaway kan?) dan entry yang menarik hati cik bulan nihhh :D. kira ada dua hadiah atau mungkin lebih berdasarkan sambutan. okeh?
pastekan link entry korang kat kotak komen kat bawah. dalam kotak komen je ye, kotak beracun ke, kotak spring ke, gua tak layan.

Out of office


Aku 24 jam ada di rumah sahaja. Hik hik. Kerja aku ialah masak dan kemas rumah sikit-sikit.
Asalnya aku MC hari Selasa dan Rabu. Lepas itu rasa macam perlu berehat lagi, maka aku pun sms boss. Beritahu yang aku minta cuti hari ini dan esok. Wah wah syiok kan duduk berehat di rumah sahaja.
Entahlah, gastrik aku la nie menjadi-jadi pula. Sudah sakit hendak datang, terima gitu dengan hati terbuka.

Hati ini pula bila sudah cuti lama-lama, rasa macam malas hendak bekerja lagi. hikhik. Syiok kan kalau boleh business sendiri. Semua rutin harian boleh di adjust sendiri. Hidup tidak terikat dengan orang lain.
Memang perlu aku fikir hal ini.
;))

oklah. selamat bekerja to you all.

Wednesday, December 15, 2010

cendawan enotikate

Memang aku sudah lama tengok di rumah kakak, kalau masak masak mesti ada bubuh cendawan ini. Hendak cuba di rumah asyik tertangguh sahaja.

Maka baru-baru ini aku sempat membelinya di Tesco. Terus niat hendak masak sup. Mula-mula hubby yang masak cendawan ini dengan cara menggoreng campur dengan sayur-sayur lain.
Ermm lepet jadi rupa cendawan ini sudah di goreng.
Esoknya aku pula masak sup tahu jepun + cendawan + kobis + batang saleri + fishball ayam.
Peh peh peh sodap sungguh. Rasa cendawan sungguh kenyal. Just luv it. Dua kali masak sudah habis satu ikat cendawan itu. Sungguh tidak sabar hendak membeli lagi.

Apa yang aku baca info dari internet, cendawan ini mempunyai tekstur garing dan aroma yang segar. Bahagian akar perlu dipotong sebelum digunakan dalam masakan dan cendawan segar tahan disimpan di peti ais hingga seminggu.
Di samping di buat sup, cendawan ini juga boleh di goreng garing.
Ada aku tengok di internet juga, cendawan ini sedap juga di goreng bersama udang atau sotong. Wah wah wah kena cuba...kan.

So sayur baru kami minggu ini ialah batang saleri dan cendawan enoki.
Sebelum ini memang sudah fav mesti ada sayur kailan.
Alhamdulilah, memang satu family kuat makan sayur.


p/s perut aku sudah beberapa hari macam tidak sedap. gastrik kot. esok baru mula bekerja. 3 hari duk rumah sahaja.

Tuesday, December 14, 2010

The Voyage of the Dawn Treader - ALAMANDA

Hari Jumaat lepas, aku tertengok wayang. Masa break tengahari. Selama-lama aku bekerja ini tidak pernah zaman aku buat kerja gitu.
Alasannya pendek sahaja. Niat aku temankan member yang juga seorang single mother yang aku anggap as a sister to me. Lately ini dia asyik stress terlampau dengan workload dia, so kena release lah kan. Sudah-sudah anak-anak dia boleh pergi tengok movie ini dengan ayah diaorang. Maka stress sikit lagi kakak aku ini.
Kalau simpan dalam hati..kot kot boleh jadi sakit jantung.
Maka aku join dia di ALAMANDA. 1st time menonton di situ.
Movie jam 12.30 until 2.30pm gitu.
Price RM 11.
Panggung hanya 1/2 full. Ialah time break hari bekerja, maka semua yang tengok memang muka orang bekerja sahaja.

Movienya, erm oklah..menarik untuk cerita genre fantasy. Lagi pun harap maklum, aku ini bukanlah minat sangat hendak tengok mana-mana latest movie gitu.
Ada siapa-siapa ingat, apakah weapon Edmund dalam cerita itu sebelum ini? Aku bukan ingat juga. hehehe.

Tidak seronoknya, bila habis movie. Exit dari panggung jauh dari pasaraya. So kena berjalan dan berjalan lagi. Tak user freindly gitu.

The poster - The Voyage of the Dawn Treader

Baru tahu juga waima narnia pun ada novel sendiri. Huhuhu. So searh di internet makan aku jumpa ini. Wah banyak lagilah siri-siri movie ini kan. Novel ini di tulis oleh Lewis between 1949 and 1954, dan gambar di ilusi oleh Pauline Baynes.

1. The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950)
2. Prince Caspian: The Return to Narnia (1951)
3. The Voyage of the Dawn Treader (1952)
4. The Silver Chair (1953)
5. The Horse and His Boy (1954)
6. The Magician's Nephew (1955)
7. The Last Battle (1956)

The books

p/s hubby kecik hati sebab aku pi tengok movie tanpa dia.
;(( 

Friday, December 10, 2010

movie Mantra

Bestnya hari Jumaat...kan. Esok cuti gitu. Untung siapa yang kerja until hari Jumaat. Boleh holiday 2 hari...kan.

Hari ini sahaja aku free gitu. Hari lain memang kelas dan kelas sahaja. Tapi yang tidak syok sebab petang nanti ada meeting. Bosan betul.

Malam tadi kelakar je kan, aku masak dinner jam 11.30 malam. Sebabnya dari jam 7.30pm aku sudah masuk tidur. I'm so tired.
Tapi sebelum itu semua orang sudah dinner awal di kedai mamak dekat rumah. Aku order roti naan and ayam tandoori. Itu pun makan kongsi-kongsi. Hubby makan mee mamak dan Haziq makan roti canai, tapi tidak habis juga. In the end hubby yang tolong habiskan semua makanan.

Aku masak paprik sotong malam tadi itu. Lepas itu layan movie Mantra. Entah tidak pernah tahu movie ini pun. So tengok sahajalah.
Then habis tengok movie, lipat kain. Boleh gitu..kan. Maka kami tidur pada jam 3am.

Thursday, December 9, 2010

DVD player brand Toshiba.

Hari Selasa lepas, kami pergilah membeli DVD player yang baru. Sebabnya semestinya yang sedia ada telah rosak secara tiba-tiba. Yang lama itu ialah brand Haier, maka yang baru ini ialah brand Toshiba.
Penat pusing di Jusco Maluri, Tesco Ampang dan Court. waima kami memilih Jusco Maluri. Bayar dan bawa pulang.
Rancangannya mencari dvd yang mempunyai port untuk pendrive. So terang dan jelas, apa yang kehendaki ada pada dvd itu.
Sampai dirumah. terus cubalah kan.

Yang sungguh tidak seronok bolehlah pula, kalau play guna cd lanun itu, boleh pula remote bahagian lajukan dan dan forward kan tidak boleh di gunakan. Pelik juga aku. Laginya lagi, kalau cd ada calar sikit pun tidak boleh loading. Apahal sungguh!.
Lagi satu, part port pendrive itu cuma indah khabar dari rupalah. Apa-apa hal hendak tengok movie straight dari pendrive tidaklah dapat...ok.
Sabar sahajalah....

Padahal dulu masa aku guna Haier, yang confirm harga lebih murah sikit dari Toshiba. Semuaaaaaa boleh sahaja.

Gambar di bawah hanya gambar hiasan sahaja. Tapi dalam rupa-rupa gitulah dvd yang aku beli.

Monday, December 6, 2010

perlu ada masa berdua-duan?


Pasangan suami isteri sekarang memang biasa sangat perlu ada masa berdua-duan sekali seminggu atau mungkin sekali sebulan atau sebagainya. Katanya untuk perkara ini perlu dalam menyemarakkan lagi hubungan suami isteri. Makanya anak-anak di tinggalkan pada ibu, maid, kakak atau family yang ada.
Tapi sebenarnya perlu ke berbuat begitu?. Aku sekadar bertanya. Tidak ada niat di hati hendak membuat mana-mana pihak berkecil hati. Kalau terasa dengan statement aku itu, waima aku minta maaf yea.
Namun bagi mereka yang betul-betul ada ruang untuk masa berdua itu...untung kan.

Bukan apa lagi, tadi memang ada orang bertanya dengan aku.
'Selalu ke pergi tengok wayang dengan hubby selama 4 tahun berkawin?'.

Aku jawab,
'4 kali sahaja, seingat akulah'.

Sekali masa 1st anniversary, itupun kelam kabut juga, sebab Haziq tidak mahu dengan sesiapa pun masa di kg itu.

Kedua, kelam kabut juga, pergi beli tiket then tengok wayang then terus balik. Masa itu Haziq tengah tidur. Adik tolong tengokkan. Yang kelakarnya rasa macam pergi tengok movie di TV je. MBO tu memang dekat dengan rumah gitu.

Ketiga, tiket free. Masa sarat pregnantkan Haifa. Bawa sekali Haziq masuk wayang. Alhamdulilah dia tidur sahaja sepanjang itu. Itu sahaja yang rasa tenang dan rilex tengok wayang.

Keempat, dapat tiket free rasanya kalau tidak silap. So pergi tengok movie di Pavillion. Erm..itupun kelam kabut juga. Alhamdulilah sempat makan KFC sebelum movie mula. Habis movie terus pergi rumah kakak, Haifa asyik menangis sahaja. Haziq ok sahaja.

Fikir-fikir sekarang, tidak kuasa lagi aku hendak pergi panggung lagi. Leceh.
Memang dari pemikiran akulah, tidak perlu hendak ada masa berdua-duan itu kalau memang sudah tiada masanya.
Buat masa sekarang aku and hubby rasa ok sahaja, walaupun tidak pernah dapatnya keluar sama macam masa bujang dulu. Tipulah kalau aku kata kami tidak stress.

Lagi pun kalau difikir-fikirkan semula, orang dulu-dulu anak lagi ramai dari orang sekarang. Berbelas-belas orang lagi. Confirm tidak ada masa berdua-duannya.
Tapi jodoh mereka kekal sampai keliang lahad...alhamdulilah.
;))

Saturday, December 4, 2010

Happy 4th years old to us

2nd December 2006 - 2nd December 2010
Alhamdulilah..thank you ALLAH 
with Muhammad Haziq 3 years 6 months old &
Haifa Cassandra 10 months old. 

Wednesday, December 1, 2010

10 months old

Lihat kasut pertamaku..comel tak?

Mama, Haifa dapat berdiri sendiri-sendiri.

Toy dalam kereta.

Alhamdulilah my queen sudah masuk 10 bulan baru-baru ini.Waima memang umur 9 bulan, Haifa sudah 'petah' berjalan. Bila masuk umur 10 bulan, bagai mahu berlari aku tengok anak dara aku ini. Memang juga sudah pandai kalau ditunjukkan bantal terus buat aksi tidur.
Sama seperti abang Haziq, Haifa pun ada bantal sendiri.Boleh marah pulak tu kalau bantal diaorang ini diambil.
;))
Since Haifa sudah pandai berjalan, itu yang aku minta hubby belikan kasut comel oren itu.

Baru-baru ini memang aku perasaan macam ada 2 gigi Haifa akan tumbuh di bahagian depan. Bagus sungguh Haifa tiada buat perangai merengek-rengek sebab gigi baru hendak tumbuh.

Walaupun belum ada gigi, Haifa pandai sahaja makan benda lembut sendiri.
Kalau makan nasi memang sama macam nasi yang kita orang besar makan, cuma perlu di tambah air putih buat macam sup gitu.

Basicly tumbesaran Haifa tidak jauh beza dengan Haziq, cuma lambat atau cepatnya sahaja.
Happy 10th birthday Haifa Cassandra.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails