Followers

Showing posts with label my flowers. Show all posts
Showing posts with label my flowers. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Seorang mama yang belajar partime.

Assalamualaikum,

Alahai, hari Jumaat barulah mood timbul untuk menulis. Hehe.

Saya pernah ada situation begini with baby Hafiy masa buat assignment.
Saya mula jadi student partime masa baby Hafiy umur 6 bulan. Haqeem pula umur 2 tahun.

Kita mula dengan story Sabtu lepas, 17 May.
Hari Ahad, 18 May itu ialah hari seminar pertama untuk kelas master semester 3. Sepatutnya kalau ikut jadual kelas sebelah pagi 8.30 am - 11.30 am ialah kelas Safety dan lepas itu until 3 pm ialah kelas Contract.
Tapinya lewat petang Sabtu itu dapat SMS dari OUM yang kelas Safety cancel. Makanya 6 jam pada hari Ahad itu kami sekelas belajar Contact. Huhu.

Mula-mula feeling mungkin kelas akan bosan. Tapi rupanya lecture yang 1st time kami jumpa untuk semester baru ini adalah sangat best. Penuh dengan gelak ketawa kelas hari Ahad itu. Nama lecture saya itu ialah Ir Zaa'ba bin Khalid.
Yang best part lagi ialah, dua-dua lecture semester ini mempunyai background Civil Eng. Huhu, sama macam saya.
Kelakar part pula ialah, time hendak ada kelas, time itulah saya suka tidur lambat. Menonton drama di TV until 3 am. Memang tiada kerja tapinya cari kerja kan.
Lepas itu dalam kelas hari Ahadnya itu, mata memang part ala pulut kuning, kejap-kejap lagi sudah macam pulut panggang pun boleh.

Op lupa cerita.
Alhamdulilah result semester 2 sudah keluar pada Jumaat lepas. Syukur pada ALLAH, dengan rezeki keputusan yang lebih baik dari semester lepasnya.
Memang meleleh airmata bila tengok result, macam tidak percaya. Namun kuasa ALLAH melebihi segala-galanya. Tidak terjangkau dengan fikiran kita ini sebagai hambanya.

Harap maklum, saya memang tidak mampu study struggle sungguh-sungguh bagai. Hakikatnya saya bukan sahaja seorang pelajar. Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu di pikul. Terutama pada anak-anak tercinta.

Tahniah pada mama-mama yang dapat grade hebat untuk exam. Tapi hendak tanya, bagaimana anak-anak kecil anda ketika yang anda sedang struggle untuk ulangkaji.
Saya mungkin bukan macam orang lain yang sanggup tinggalkan anak-anak yang masih kecil-kecil pada emak, pada maid atau pun pada ahli keluarga yang lain demi untuk ulangkaji pelajaran di luar rumah. Demi untuk 4 flat. Oh itu bukan saya, minta maaflah. Lain orang lain caranya.

Cara saya study ialah saya masih di rumah. Saya happy sambil study sambil dengan masih dekat bersama family. Lagipun untuk master level, passing grade ialah B. Tiada pun tulis compulsory mesti dapat 4 flat. Hikhik.
Pada pandangan mata kasarnya bila study sendiri, duduk di Mc Donald berjam-jam dengan anggapan bila study di rumah yang anak-anak akan kacau, aduhai bukalah minda sikit. Bukannya sekecik comel umur 1 tahun atau 2 tahun itu akan berjaga sepanjang hari. Kenyang perutnya, bagi susu, penat main lompat-lompat...done. Mesti tidur lepas itu. Masa itu kita boleh continue study. Lagi pun otak manusia ini bukanlah boleh di isi terus menerus. Kita bukan robot. Mungkin 1 jam tidak pun 45 minit, mesti mahu rehat untuk makan, mungkin tengok tv. Then boleh sambung semula.

Sudah 2 semester kalau saya study untuk exam until lewat pagi (2 am), mesti Haqeem yang temankan saya plus HC sama.
Ini picture Haqeem masa exam week awal April lepas.

So nasihat ikhlas dari saya pada mereka (untuk mummy sahaja)  yang ada anak-anak yang masih kecil macam saya. Cubalah jangan jauhkan terus diri dengan mereka bila time exam week. Kalau hendak menjadi hebat sangat pun, jadilah juga mama yang hebat. Lagipun hendak ke mana sebenarnya dengan result 4.00 cgpa itu. Siapa kata tidak boleh jadi scorer student, boleh, silakan. Itu memang bagus. Tapi please please please jangan anggap anak-anak itu sebagai penghalang masa kita sedang study.

Jangan salah anggap ek. Saya bukanlah mama mithali. Saya pun mama yang jerit-jeritkan anak. Babab di kaki kalau nakal sangat. Kadang-kadang mencubit juga.
Tapinya kalau anak baru seorang dua sudah rajin duk tinggal-tinggalkan. Fikir-fikir kan lah.

Nasihat ini saya tujukan pada saya juga. Sebagai manusia kita memang selalu lupa. Marilah kita sama-sama ingat mengingati.
Tapi di sebalik semuanya, tanpa suami tercinta saya tidak mampu melakukan semua ini.
Saya tidak hebat. 
HC lagi lebih dari itu.

Thursday, June 17, 2010

Flowers all around

Ini pula untuk Layla

Ini untuk Muaz

Yang ini aku bagi pada officemate

Patern itu-itu sahaja picture aku di office...hikhik.

Lama sungguh 'cuti' gubah-gubah bunga ini. Baru-baru ini macam rindu pula untuk berbungaan ini. Aku buat untuk bagi hadiah pada 2 pengantin baru di office aku. Ialahkan..kononnya bolehlah buat seri rumah dia orang...kan.
Satu lagi itu, aku bagi pada seorang kakak di office aku. Sahaja buat lebih. Rasa macam hendak habiskan stok bunga yang ada di rumah sekarang ini. 

Congrats to my cousin Daniel and his wife for their newly born daughter name Nur Adriana Daania. Welcome to the club (parent). 

Wednesday, December 3, 2008

2 tahun da..alhamdulilah

Alhamdulilah semalam genap 2 tahun kami bersama as husband and wife. Syukur ke hadrat ilahi dengan nikmat yg telah diberi pada kami disamping buah hati Haziq. Semoga ALLAH panjang jodoh kami hingga ke syurga dan di kurniakan anak yg ramai juga semoga dipermudahkan dan dilindungi hubungan kami suami isteri amin ya rabbil alamin.
Semalam petang mak En Hendra juga mak mentua aku ada call utk wish pada En Hendra juga pada aku. Rasa sebak dan gembira aku dengar dari telefon wishing dari jauh tu. Terima kasih Mak.
Malam td kami keluar berempat. Saja aku invite adik bongsu aku join ktorang, lgpun lama da x makan2 dgn adik kesayangan aku nie. Syok sungguh pi makan kat tempat lain dan makan kek pulak kat tempat lain. Lepas makan kek, En Hendra tanya lagi, klu ada saper2 yg masih lapar..jom kt pi makan dan lepak tempat lain pulak.heheheh. Tapi semua orang da x larat da. perot da kenyang gitu. Anyway...im so happy malam td.

Bunga gubahan aku semalam. Sila tgk detail lagi di 2nd blog aku.

Saturday, November 29, 2008

Minlon dan Die another day.

Semalam waktu lunch, aku pergi MINLON di seri kembangan. Tempat tu mmg tak jauh dri office aku. Memang sebenarnyer dari hari selasa hari tu aku nak pi situ. Ialah kan aku da cakap hari tu, aku nak pergi sekali lagi ke situ sebab nak beli daun-daunan. Disamping survey2 gubahan bunga kat situ. Tapi naper baru hari jumaat aku pergi..ermm..sebab nyer aku ni duk menemankan opismate aku sorang ni. Tiap kali nak lunch jea mesti dia ajak aku pergi sana lah...pergi sinilah. Oklah...sebab dia x de peneman, aku pun temankan lah. Sampaikan hari jumaat tu pun dia nak ajak aku pi tempat yg dia nak pergi...aduhh..aku da macam tak selesa da. Dan aku tahu tempat yg aku nak pergi selalunyer bkn tempat pilihan diaorang, so camna lah nak kuar reramai. Lagipun klu x ada aper2 kepentingan mmg aku x suka makan di luar. Aku da jemu makan di kajang @ bangi @ mana2 diluar office. Ialah tgk lah pulak, da baper lamaaaaaaaaaa aku keja kat office aku nie. Da lebih 5 tahun. So dekat semua tempat makan aku da pergi, da explored. Hhehheh. Cuma sesekali klu aku free sungguh, aku akan kuarlah dengan officemate lain, terutama yg berlainan department dgn aku dan juga merupakan kawan2 yg aku rapat. Ialah, supaya siratulrahim tu tak terputus jauh. Dapat juga makan kat tempat yg aku dan kawan2 aku tu sesama suka juga bertukar2 cerita. Once a while aku keluar gak lunch dengan Azizah (civil engineer) @ Azian (english lecturer) @ Wan (business lecturer) @ Rafiza (IT lecturer) @ Kak Ros and Yati (electric lecturers).
Lagi pun tak syok lah orang lain kena ikut kepala kt utk pergi makan dan tempat sana sini. Sebab tu klu kuar ngan member2 aku tu..aku akan tanya diaorang nak makan kat mana dan aku akan mengikut. Bkn aku yg suh diaorang ikut aku.

Puas hati sungguh dapat pi MINLON tu semalam. Syokkkk dapat tgk bunga sana sini. Lawa2 gitu. Sempat gak aku beli senduk sup kat bawah tu, cantikkan. Lagi aku beli daunan, pasu dan bunga. Lepas habis round minlon, sempat aku pi MACY pulak, disebelahnyer.

Malam td, lepas En Hendra dan aku tidokan Haziq dalam dekat nak jam 10pm gitu. Aku pi nonton tv sorang2 sebab En Hendra sambung tido sekali. Lepas tu aku kuarkan barang2 aku beli di minlon tu dan cutting semua bunga2 aku tu. Memang aku cecadang nak menggubah...tp baru jea aku nak start si kecik aku tu da terbangun lah pulak. Kejap jea dia tidor. So aku x leh wat aper2 lah. Nenanti Haziq ngikut sekali aku menggubah..habis bunga den. Masa tu da dekat jam 12 malam da. So kena simpanlah barang2 aku tu.

Aku ni merupakan memang peminat movie James Bond. Memang da lama aku minta En Hendra donlodkan movie JB yg dulu2 nyer. Ialah bkn semua citer JB ni aku da tgk. Tapi baru2 ni je lah dia ada donlodkan beberapa movie JB utk aku. Tq sayang. So malam tgk lah citer ni DIE ANOTHER DAY (2002). Memang aku da tgk citer ni, tp sebab peminat...kan..haruslah tgk lagi. Tp kan since Daniel Craig, hero baru JB ni da ada, aku rasa Pierce Brosnan ni tak kena langsung jadi JB ni. Asik2 pompuan pompuan pompuan jea. Adegan lawan2 pun kureng...x best. Kesimpulan nyer citer malam td tu lemah jea. Yg syoknyer dengar Madonna nyanyi sountrack citer tu..best lagu tu. Aahh tidak sabar utk melihat citer JB yg dulu dulu lagi.
Tapi movie Quantum of solace tu mmg aku lom kesempatan tgk lagi. Ialah manalah ada masa nak pi tgk wayang. Mmg baru 2x je tak silap aku since Haziq da ada nie, aku ngan En Hendra pi tgk wayang. Itu pun sekali masa ktorang 1st anniversary, ms tu ktorang balik kg dan kebetulan dirumah kg, kakak dan adik pun balik sekali, so ramai gak lah yg boleh tgkkan Haziq. Tapi rupanyer lama gak Haziq meragam sebelum tido malam tu. Cian kakak dan emak aku duk pujuk Haziq. Kali kedua pulak pi tgk movie 10'000 B.C. Itu pun sekadar pg cinema pastu habis movie terus balik. Sebb adik aku yg jagakan Haziq sekejap. Masa tu petang, Haziq tgh tido, tu yg aku kuar kejap dgn En Hendra. Jarak rumah ngan cinema tu pun dalam 10 mint jea.
Lepas dari tu, da tak de da. Semuanyer tgk kat umah jea. Tapi aku dan En Hendra x kisah pun, lagipun klu nak tgk..donlod jea. Lagi syok..dapat tgk citer aper saje sekali dgn Haziq.

Friday, November 21, 2008

Awards dan gubahan bunga baruuu.


Ahah..memula kasi letak awards by my sista nie. Tq kak ina. Pada kak ina moga ALLAH murah kan rezeki akak di mana2 tempat di KL dan di Selangor.. amin ya rabbil alamin.

Malam td lepas tgk citer seram di TV2, nightmare at presint 7, aku start menggubah bunga tuuu picture di bawah tuuu. En Hendra gigih main game FIFA di komputer dan aku pulak bersila2 di bawah sambil mencuba menggubah gubahan yg baru. Klu nak tgk gubahan tu dengan lebih lagi, sila ke 2nd blog aku tu yea...tq.

Sekarang ni, Haziq mmg mcm da pandai posing klu aku nak ambil gambar. Tgk lah tu picture dibawah tu, siap silang2 kaki lagi. Masa tu tengah tunggu nak take away sate di kedai hj samuri di senawang.

Lunch hour ni sepatut nyer aku pergi rumah Sally kat bangi <--one of my best friend masa study dulu. Tapi, dia call td bg tahu dia demam, so cancel lah pi umah dia. Harap dia cepat sembuh. Dari hari selasa hari tu rasanyer aku da confirm pasal nk pi umah dia. Siap dia cakap td, emak dia da masakkan lunch untuk aku tengahari td. Aduhhh sedih jea kan, bila tak dapat jumpa member yg daaaaa lama x jumpa juga terharu dengan layanan emak dia (wlupun emak dia orang bekerja). X pe, next time, insyallah yea. Pastu oleh kerana ada sorang opis mate ajak lunch kat umah baru dia di kajang. So kami pompuan2 yg ada di opis ni pergi bersama2 untk makan2 gitu. Tq Puan Herda (yg tgh bz dgn PhD dia).

Thursday, November 20, 2008

pasu, sambal telorrr dan donnie brasco.

Nun picture pasu yg beli hari selasa hari tu. Tapi bunga2 nyer lon sempat beli dan gubah. Ada gak beli bunga utk pasu hijau tu. Klu pasan lah, ada stick kat tengah2 bunga tu...heheh..sebenar nye mmg nak buat gubahan yg bulat tu..ntah lom tahu lagi aper nama nyer klu gubahan gitu. Tapi sebenarnyer..payah gak nak buatnyer...baper kali aku cuba-cubaan. Akhir da dekat jam 2am...En Hendra suh aku tido da..da lewat tu. Gubahan aku lom menjadi lagi...whuaaa. Lagi satu, aku rasa aku perlu beli pasu color merah hati sebab pasu hijau tu tak sesuai ngan color bunga-bungaan aku tu. Insyallah.

Hheeehh. Nampak sedap atau tidak sambal telo aku tu. Kalau kita nak masak..masa da suntuk...perut da lapar..ayam daging pulak masih keras dalam peti ais. Ahaha...cubalah masak paling simple gitu. Cuma tumis bawangan, cili boh, sedikit garam, air, kicap manis dan masin. Pastu tunggu sambal tu da cantik gitu..masukkan telo satu persatu. Jangan lupa ek..telo tu pecahkan dulu dalam pinggan. Sungguh aku da lama x makan lauk nie. Dulu2 an emak selalu masak lauk nie..sedapppp. So this is my 1st time masak sendiri. Alhamdulilah jadiiiikkk. Haziq bukan main suka makan lauk nie..tapi En Hendra x suka. Nak wat camnakan. But nevermind, lain kali klu aku masak lauk nie..masak sikit jea. Sebab cuma aku dan Haziq jea yg makan.

Erm..malam isnin hari tu aku tgk movie dvd DONNIE BRASCO tu. Punyalah panjang citer tu..dalam 2 jam gitu. Tp awal2 aku da cakap kat En Hendra, citer ni mmg bnyak bercakap jea. Ialah takut dia boring lah pulak. Tapi ok lah...ktorang berdua tgk sampai habis citer tu.
Bg aku lah..cian sungguh kat FBI agent tu, habis jea tugas undercover dia tu, semua mafia pada tahun 1978 tu ditangkap. Dia cuma dapat pingat dan duit 500 dollar dari jabatan polis. Lepas tu dia sekeluarga kena hidup sebagai witness protection sepanjang hidup dia. Sadiskan..juga selama dia jadi undercover agent tu..hidup dia berkeluarga sungguh porak peranda sebab dia amat jarang dapat bersama keluarga dia. Masa dia lebih kepada hidup bersama mafia.
Citer ni ditayang pada tahun 1997..dan penghujung cerita ni di tulis bahawa..until that year mafia mmg bg habuan 500 ribu dollar pada saper2 yg dapat bagi diorang kepala FBI agent tu...pehhh. Sampai camtu sekali kan...

Sunday, November 16, 2008

Alhamdulilah lepas dah rindu aku kat parent aku - edit Haziq's storys.

Alhamdulilah da selamat balik KL, kami sekeluarga dari kuala pilah. Memang x de rancang pun nk balik kg malam jumaat tu, tp fikir2 da 5 minggu aku tak balik kg jumpa parent tersayang. Sampai minggu lepas dekat nak tiap2 malam aku mimpi emak dan abah. Hehehe..wlupun En Hendra main usik2 cemburu kat aku pasal keluarga aku dekat je klu aku nak lepaskan rindu. Ah aku mmg gitu, x boleh pisah lama2 ngan parent aku. Dulu pun masa study kat JB pun mmg aku selalu balik kg. Aku mmg anak manja, da x boleh buat aper2 da. heheheheh
Aku mmg tak pernah menghalang sekiranyer En Hendra juga bt sama mcm yg aku buat pada keluarga dia. Buat aper lah aku nak halang2 En Hendra klu dia nak balik jumpa family dia, bila2 pun dia boleh balik. Dari sah nyer aku jadi isteri dia until now, aku tetap tidak pernah menghalang En Hendra buat sama seperti aku. Semoga ALLAH murahkan rezeki kami untuk selalu dapat balik sana..amin ya rabil alamin.

Haziq mmg paling seronok juga dapat balik kg. Apa tak nyer, duk main bola kat laman rumah kg. Main bola lagi dalam rumah. Abah ngan emak aku duk melayan jea sikenit nie main bola. Apa lagi syok sungguh lah dia.
Pagi sabtu tu En Hendra pergi seremban jumpa kawan dia. Abah aku pun pergi seremban gak, tp ada hal lain. So tinggal aku, emak dan Haziq kat umah pagi tu. Adik aku pula mungkin balik kg petang sabtu tu. Macam biasa pagi2 sabtu mesti emak nak pergi pasar utk beli barang keperluan dapur utk seminggu dua. Hanya bila anak2 balik kg jea, emak dapat pi pasar. Bukan abah x boleh hantar emak pergi pasar, tp abah tu asik2 sibuk jea. Klu free pun da petang2, mana ada nyer pasar nak buka sampai petang. So ini 1st time bawa Haziq pergi pasar juga pasar tani. Dah lah stroller aku tak bawa balik kg. Risau gak aku nie, camna nak bawa bakul, camna nak bawa Haziq. Alhamdulilah semua nyer dipermudahkan Allah. Haziq punya lah seronok berjalan2 kat pasar tani. Pastu masa di pasar, mmg kena dukunglah sebab lantai pasar kan basah. Masa on the way balik umah dari pekan tu, Haziq da tertidor dalam kereta. Cian dia, penat sungguh sebab jalan2 kaki sendiri dgn aku pimpin. Penat kaki kecik dia melangkah. Tido dia dalam 2 jam gitu petang tu.
Masa nak balik KL petang ahad td, boleh Haziq tak nak masuk dalam kereta. Dia duk peluk kuat2 emak aku. Siap geleng2 kepala lagi kat aku ngan En Hendra yg da ada dalam kereta. Punya lah syok dia duk kg. Boleh lari sana sini, dia bebas, ialah kawasan besar kan. Cian dia bila da masuk dalam kereta, duduk lah tepi tingkap lambai2 tangan kat emak abah aku sampai hilang dari pandangan mata dia.

Ahah..malam minggu tu kerja aku ialah adjust semula bunga-bungan yg ada dirumah kg. Saja since aku tgh nak menggubah jea nie, aku pun gubah semula 2 pasu bunga yg ada kt rumah kg. Yang syok nyer, ada byk lah juga bunga2 dari kenduri aku dulu yg masih elok disimpan dalam kotak dibilik aku di kg. Aku lah dulu yg simpan bunga2 tu. Klu perasaan lah, aku siap letak pearl kat tangkai bakul gubahan aku tu. Saje nak bg cantik sikit. Pearl tu adalah dari kenduri aku juga, dr kelambu katil pengantin aku. Banyak lagi pictures bunga aku tu kat 2nd blog aku. Sila2 lea tgk klu sudi...

Picture bawah tu adalah antara baju melayu yg aku jahit masa aku belajar menjahit baju melayu lepas grad diploma dulu. Ialah da tak de keja kan, so aku pergi belajar menjahit. Memula dlam sebulan rasanyer aku belajar menjahit baju kurung, baju kebaya dan skirt panjang gitu. Lepas tu dalam sebulan juga kot aku pi belajar jahit baju dan seluar melayu. Sebab aku nie malas cari kerja masa tu, lepas jea aku habis belajar menjahit baju melayu, tuan punya kedai tu offer aku kerja ngan dia sebb masa tu dia x de pembantu. Dua kali aku belajar menjahit tu, dua2 aku belajar di kedai jahit jea. X sampai sebulan aku kerja ngan pakcik tu, sebbnyer aku bosan weh tiap2 hari duk tgk kain satu color jea. Kan baju orang lelaki ni kan secolor jea. So suka2 aku jea berenti, cian pakcik tu. heheheheh. Rasanyer ada dalam 5 helai kot baju melayu nie aku pernah jahit utk abah dan adik lelaki aku. Tapi klu nak jahit seluar baju melayu, ya ammmmpun..byk sgt instructionnyer..penin kepala aku. So aku kurang sikit klu suh jahit seluar..tp klu suh jahit baju melayu...insyallah boleh jea. Tapi sesungguhnyer aku da tinggalkan dunia jahitan nie da lama bangat da. Insyallah ada rezeki lebih, aku nak beli mesin jahit, nak start menjahit semula. Dpat buat utk family pun da cukup rasanyer. Ya ALLAH murahkan rezeki hambamu ini..amin ya rabbil alamin.

Dan merah2 bawah sekali tu adalah bunga telor pelamin aku dan juga kakak aku. Yg syoknyer bunga2 tu aku bt sendiri. Rasanyer total up dalam 100 lebih utk pelamin aku pada tahun 2006 dan 100 lebih pada pelamin kakak aku pada tahun 2000. Bukan aper...klu nak beli rasanyer tak berbaloi. Dah lah mahal..pastu rupanyer aku tak berkenan lansung. Lebih baik aku bt sendiri..sungguh puas hati. Pastu, klu nak dibandingkan harga sebatang bunga telor tu lebih murah dari yg da siap di kedai. Aku nyer bunga pelamin adalah bunga stokin, design aku sendiri tu. Manakala kakak aku punya adalah bunga rose dari kain satin, sama gak design aku sendiri. Aku mmg ambil masa 6 bulan sebelum majlis kenduri utk buat bunga telor tu sikit sendiri.

Wednesday, November 12, 2008

penjual bunga da aku nie..

Alhamdulilah my 1st customer berpuas hati dengan gubahan bunga yg aku buat. Dan kerana dia yg 1st, aku bg jual harga kawan2 jea. Wlupun sebenarnyer aku tgk kat kedai punya harga semua nyer mesti dekat rm150 gitu.
Da namanyer budak engineering sebelum aku mulakan gubahan tu, aku buat plan dulu. Pastu mmg aku ambil masa sungguh nak siapkan gubahan nie. Ialah kan..aku beli semua bunga yg kawan aku nak nie dan aku sendiri kena gubahkan. Malam td dalam jam 9 lebih aku pelan2 cuba gubah bunga tu. Masa tu En Henda da promise kat aku utk tido kan Haziq. So aku sorang2 jea lah kat bilik komputer menggubah bunga. Tp belum habis kerja aku pun, diaorang da bangun semula. Punya lah Haziq menggeram2 nak pegang bunga2 tu. Pastu last touch up ialah letak kan ranting2. Pastu semua nyer da siap. Alhamdulilah.
Lepas tu aku buat lagi satu gubahan sebab da beli pastu tu siang nyer td. Bunga kat gubahan tu semua nye adalah dari gubahan bunga2 dari masa majlis kawin aku juga kakak aku dulu. HHeeee..recycle gitu... Tapi aku mmg suka gubahan tu, nanti nak beli lagi lah pasu tu. Nak gubah dan letak di rumah kakak aku juga rumah emak abah di kg.

Semalam aku MC sebab kaki belah kanan terseliuh. Kirenyer mmg sakitlah klu nak berjalan, masa bgn pagi tu nk pergi kerja. Lepas Dr bagi MC pagi tu, sempat aku pi beli pasu kecik tu utk letak kat dinding umah - di bilik tidor. Lepas aku makan ubat yg Dr bg, alhamdulilah ada kurang da sikit sakit kat kaki tu, kirenyer da boleh jalan lah.
Ntah, aku tak pasan camna kaki aku leh terseliuh. Yang pasti malam isnin tu masa tgh tgk movie dvd Hancock (tgk kali kedua da, 1st time tgk di cinema), aku rasa mcm sakit jea kaki tu. Ada gak En Hendra tlg sapukan minyak kat situ malam tu.
Siang isnin tu mmg aku penat gak dekat 2 jam, masa lunch hour tu aku round di kedai bunga di warta utk beli barang2 gubahan member aku tu. Pastu malam nyer pulak, ikut En Hendra pi LOW YATT, beli motherboard komputer di rumah yg telah rosak. So kena pusing2 lah kat situ. Akhirnyer aku pun tak tahu dari mana datang nyer kaki aku terseliuh tu. Sebenarnyer hari ni pun masih kaki masih ada sakit2 lagi, buat bosanlah duk umah jea.

Thursday, November 6, 2008

tomato red, yellow shape and flowers..

Monday, November 3, 2008

flowers..

Ari ni mmg cadang nak beli pasu bunga. Semalam cari2 pasu semua nyer x berkenan. Takat ni tempat yg aku suka beli ialah kat satu kedai bunga di warta. Bunga2 kat situ memang cantik dan kualiti nyer ok lah juga. Pasu pun cantik dengan harga yg berpatutan. Tp memandangkan aku tak pergi kerja ari nie, plan gubah bunga da terbantut. Bunga2 kat dalam gambar tu ada yg aku beli dan ada yg dari majlis kawin aku dulu. Ialah semua gubahan bunga msa kenduri aku dulu adalah dari makcik aku, so da habis kenduri aku ameklah bunga2 tu. Dan bunga2 tu semua aku gubah semula.
Bunga purple tu paling byk kali aku cuba nak gubah. Da mcm nak give up dibuatnyer, aku lom berapa pandai ngan gubahan bunga guna pasu tinggi nie. Lasr sekali gitulah yg aku dapt..dan aku puas hati lah juga.
Eeeeeeeeee tak sabar nyer nak beli pasu baru.

Thursday, October 30, 2008

mug RED 2 LOVES..

jari2 comel Haziq

aLhAmdulilah..Allah panjang kan umur En Hendra ke 31 tahun hari nie 30 oct 2008.
Selamat hari jadi sayangku, semoga ALLAH berikan kesihatan yg sihat dan murah kan lagi rezeki abang sentiasa amin ya rabil alamin.
Aku idaklah beli SPECIAL aper2 pun utk dia..cuma gubahan bunga bersama MUG merah ada 2 tanda CINTA aku pada suami tersayang
...sebab aku da penin nak fikir pasal hadiah di waktu yg sesingkat nie.
Pagi td aku pergi kerja dengan da siap2 bawa player pemotong tangkai bunga. Plan gelap aku ialah gubah bunga di office bila semua orang da balik. Bukan aper...malu weh..nak gubah2 bunga depan diaorang tu...aku ni bukan pro pun..amatur jea. Memandangkan baru petang semalam aku betul2 free dgn kerja di office aku cuba cari MUG yg ada tulis happy birthday. Ntah aku rasa aku x suka gubah bunga dalam bakul atau pasu biasa. Aku lebih suka guna bekas yg ada bentuk seperti MUG. Tapi rupanyer...payah betul cari MUG camtu. Yg ada satu jea aku jumpa...tp ya ampun...tak lawanyer. Peliknyer kedai2 cenderamata pun x jual MUG yg aku cari. KUCIWA betul aku hari rabu tu.
Lunch hour hari khamis...mmg aku tak sabar2 nak kuar dari opis. Aku nak pastikan projek gelap aku nie berjaya. Pusing punya pusing dalam warta bangi tu..last2 aku jumpa MUG merah yg boleh di katakan aku berkenan buat pengganti MUG happy birthday yg x de satu pun aku nampak.
Jam 5.45pm aku mulakan projek gelap aku nie di office. Yg kelakarnyer aku susun semua bunga yg aku ada utk compare sepadan dgn MUG merah tu di bawah meja. Punyalah tak nak orang nampak. Sesambil tu aku da start cutting tangkai bunga..tetiba aku dengar tapak kaki sorang officemate aku nie..mcm menuju kearah meja aku...kekelam kabut aku bangun dari bawah meja...buat2 susun menda atas meja. Ingatkan dia nak pi pantry..boleh pulak dia berenti kat tempat aku tanya naper tak balik lagi. Aku masa tu da cemas da...risao oooo...dia nie lain sikit..klu dia nampak bunga2 tu..aku conpem dia tanya itu ini. Aku pulak bukan aper...malas nak kecoh2. Tapi alhamdulilah dia tak nampak projek gelap aku..tp lah klu dia melangkah setapak lagi ke dalam tempat aku........ CONPEM..dia nampak nyer batang2 bunga bersusunan...heheheheheh.
Masa tu da dekat jam 6.10pm..semua orang da balik kecuali boss2 aku. So aku da free da nak gubah secara terbuka. Tp mmg menggigil tangan aku masa nak cucuk bunga..bkn aper, aku x leh balik lewat nanti En Hendra bising...lagipun dia da YM aku petang tu yg malam nanti nak pi makan sate. Surenyer aku x leh sampai lewat kat umah. Sebab tu dalam masa kurang 20 minit...jadi atau tidak mesti kena jadi jugak...aku gigil2 tangan...perlu cepat..perlu pantas...fikir susunan bunga dalam MUG tu.
Akhirnyer...alhamdulilah...aku rasa ok lah tu gubahan amatur cam aku nie khas utk suami CINTA aku. Pastu aku cuma letak bunga tu dalam kotak. Kotak bekas A4 PAPER..punya lah besar kotak tu. Aku senyum puas sepanjang driving balik kerumah.
Bila sampai rumah aku letak kotak tu atas meja. Lepas selesai Haziq makan...aku minta En Hendra buka kotak tu...dia leh senyum malu2 lea pulak. HHehhh En Hendra ingat aku lupa hari jadi dia..sebab aku senyap jea sepanjang hari..tak de citer aper pun. Tapi sebenarnyer aku ada PROJEK GELAP.
Lepas makan sate kat AWAN BESAR, ktorang lepak jap kat umah kakak aku di puchong. Bukan aper nak jumpa kan Haziq ngan cousin dia. Bagi diaorang hilangkan wendu2. Juga aku pi anta HUGGIES 3 beg utk anak buah aku tu. Huggies tu murah aku beli kat bangi..kakak aku minta belikan utk anak dia sekali...so aku beli 6 beg huggies masa tu. 3 beg tu Haziq nyer lah.
Sampai umah aku kemaskan meja komputer En Hendra dan letak kan MUG merah....so lovely.

contoh bunga2 sebelum di potong setangkai.

sila lihat perbezaan kedua2 gambar diatas..semua tu kerja Haziq.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails