Followers

Thursday, September 27, 2018

Jalan-jalan masa cuti sekolah


Masa ini ialah setelah berpenat penat pergi berjalan seharian di KL. Tengah tunggu order sate samuri di RnR awan besar. Kisah di sini, lama amat kena tunggu order sebab RnR sebelah satu lagi tengah tutup untuk maintenance. Musim cuti sekolah August tu, maka orang adalah ramai amat amat. 

Dan aku minta hubby orderkan Abc dan Lai Chi Kang untuk hilangkan dahaga petang tu. Disebabkan Abc nya adalah satu, hubby perlu suapkan anak anak. Kalau tidak, mahu terbalik mangkuk Abc tu. 
Budak budak ni suka makan Abc kosong sahaja. Tak mahu bubuh kacang segala.

Oh Tugu negara. 
Bawa anak 1st time datang sini.  
Feeling patrotik juga masa ni sebab lawatan ialah pada bulan kemerdekaan gitu.


Lepas beli tiket di Muzium Negara, terus makan ais dulu. Memang tengah panas berdenting masa ini, tengahari. Tiket ini harganya RM4 untuk orang dewasa sahaja. Kanak kanak adalah free. Aku beli tiket untuk masuk muzium utama, muzium orang asli dan muzium melayu rasanya namanya.

Untuk makluman di muzium negara ialah tiada ATM machine. So kalau ada planning hendak ke muzium silalah siapkan duit cash yang berpatutan, mungkin untuk beli cenderahati, untuk makan-makan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails