Followers

Thursday, November 25, 2010

cuti 'honeymoon' sudah berakhir


Baru sebentar cuma aku rasa students 'dicutikan'. Tetiba minggu ini mereka sudah kembali semula. Aduhai. Penuh dengan diaorang sahaja sana sini.
;((
Dengan itu maka cuti 'honeymoon' sudah berakhir. Semua kembali seperti biasa. Kelas dan mengajar. Sediakan nota, buat soalan quiz bagai. Lagi ini kena buat soalan exam lagi awal dari sebelumnya. Aduhai sekali lagi.
Melihat timetable, kelas aku pack dari pagi Isnin hingga ke petang Khamis. Itupun aku sudah menolak satu subject lab. Aku tidak sanggup lagi berpeluh-peluh bersama student membancuh concrete di lab yang panas itu. Cukuplah, rasanya dekat 5 tahun aku jadi cikgu lab ini.

Satu perkara lagi semester ini aku akan mengajar student partime. Pertama kali aku mengajar diaorang ini. Semestinya student adalah dari mereka yang sedang bekerja gitu. Waima kelas aku harap maklum ialah pada hari Sabtu atau Ahad.
Makanya lagi aku lepas ini akan bekerja 6 hari seminggu.
Goshhh.
Alasannya,subject untuk student partime ini sama dengan subject aku mengajar untuk student fulltime. Sebab itu aku dapat offer untuk mengajar.
Akhir kata, selamat mengajar buat member-member di office aku.
Semoga Allah sentiasa kurniakan kesabaran dan kesihatan dalam kami menjalankan tanggungjawab kami ini...amin amin amin.

Tuesday, November 23, 2010

Klinik Gigi Arasu


Semalam aku cuti. Temankan hubby pergi klinik gigi. Memang tiada buat appointment pun. Masa pergi klinik pertama. Ada ramai gak orang. Tanya di kaunter, beritahu ada 2 orang Doc on duty, tapi orang ramailah pula. Malas hendak menunggu. So kami pergi ke klinik yang lain pula. Alhamdulilah tiada orang. Waima terus buat registration.

Sebenarnya masa hari Ahad sebelumnya, kami sudah buat survey. Kalau tidak silap ada 5 buah klinik gigi di Pandan Indah ini. Dan cuma satu sahaja yang buka until 4pm on Sunday iaitu klinik yang aku pergi ini Klinik Arasu.

Sebab tiada orang, maka hubby terus masuk jumpa Doc. Tetap sebelum itu perlu tunggu Doc datang dalam kurang 20 minit tidak silap aku.
Dan sepanjang aku berada di klinik, memang tiada orang pun. Bagus..hikhik.
Hubby cabut sebatang gigi geraham. Dan tampal 2 gigi geraham juga. Sekarang ini kalau tampal gigi guna simen putih.
Dulu-dulu akunya gigi di tampal dengan simen hitam. Cuma ada gigi depan aku dulu itu ditampal dengan simen puith.

Waima bila tiba masa membayar. Jangan terkejut, total out bil ialah RM 310.
RM 110 untuk cabut gigi dan ubat.
RM 200 untuk tampal 2 gigi guna simen putih

 The bill

Mahalkan, tapi yang penting hubby sudah tidak menanggung sakit gigi lagi. Kalau tidak jenuh pipinya di tampal dengan koyok sebab menahan sakit gigi.
Alhamdulilah Allah bagi rezeki lebih pada kami.

p/s hatta aku baca news semalam. di malaysia ini jenis hutang kad kredit tertinggi ialah bil hospital swasta. ialahkan, semua orang hendak masuk hospital swasta, selesa, tapi bayar bil guna kad kredit. bila part hendak bayar di kad kredit sudah tidak mampu.
lainlah kalau company tempat bekerja atau insuran yang tanggung pembayaran bil hospital.

kesimpulannya, kalau tidak mampu, pergilah hospital kerajaan.
lagipun hospital kerajaan sekarang sudah tidak macam dulu lagi.
aku ini dua kali bersalin di hospital kerajaan.
aku recommended lah, terutama hospital kuala pilah.
;))

Thursday, November 18, 2010

Kosong jak.


Hari ini aku kerja. Bukan pasalnya cuti aku tiada, tapi sebab aku hendak kerja. Cuti aku masih berbaki lebih dari 10 hari termasuk lagi dengan cuti gantian juga.
Pagi tadi malas hendak pergi kerja awal. Aku confirm office mesti kosong kalau datang punch jam 8.15am. So aku keluar lewat sikit dan punch jam 9.00am. Terkejut juga sebab di bandar tasik selatan pun tetap jamming juga musim cuti-cuti ini...ermm. Kalau tidak jam 8.45am sudah boleh sampai office gitu.
Di office cuma ada beberapa orang sahaja. Oklah, dari tiada orang..kan. Yang tidak seronoknya, kantin cuma buka 2 kedai sahaja. Satu kedai roti canai dan sedap-sedap aku sampai, kedai satu lagi buka. Ok lah, aku dan kawan  makan nasi goreng dan scrambles egg. Kedai itu memang jual makanan ala-ala western gitu.
Terpaksa makan dengan cili sos..hikhik.
Okieslah, hendak sambung siapkan kerja.
Selamat bekerja pada yang bekerja hari ini.
;))

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Tuesday, November 16, 2010

Jalan elok-elok ye sayang.


Alhamdulilah, umur 9 bulan 2 minggu anak dara aku ini sudah pandai berjalan-jalan. Bukan takat 6 langkah, tapi sudah berlangkah-langkah. Oleh sebab itu memang sudah tidak boleh duduk diam. Berjalan sahaja kerjanya. Lagi, asyik turun naik katil sahaja. Mentang-mentang sudah pandai. Semua perkara hendak di explore nya.
Baguslah gitu anak mama ini. Active sama macam abang Haziqnya.
Seronoknya lagi, abang Haziq sentiasa memberi semangat pada adiknya untuk berjalan dengan lebih lagi.

Quote
The only source of knowledge is experience.
Albert Einstein

Mana bannernya?

Kenapa tiada kain rentang atau banner di TOL utama PLUS SG BESI dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semasa aku lalu disitu pagi tadi.
Sungguh tidak prihatin dengan sensitiviti rakyat yang beragama ISLAM.
Orang PLUS Expressways Berhad (PLUS) sila jawab?

Saturday, November 13, 2010

MITI - GROOM BIG!!

The infomation about MITI.

Tengahari semalam, lepas meeting dari jam 9.30am ke 1pm dan akan bersambung petangnya juga pada jam 3pm. Aku and the geng pergi ke Putrajaya. Cadangnya hendak ke expo barangan buatan Malaysia. Walaupun hakikatnya tidak confirm expo ini sudah bermula atau tidak.
Sampai disana, rupanya sudah bermula pada hari itu.
Maka kami berpecah dua-dua semasa masuk ke dalam tempat berkhemas besar dan beraircond. Seronok membeli belah kalau tempatnya sejuk..kan.
Location tempat ini ialah berdekatan Masjid Besi Putrajaya.
Expo ini berakhir esok.
Marilah beramai-ramai kesana. Sokonglah membeli barangan buatan Malaysia. Ada makanan frozen, makanan dan minuman tradisional yang  di komesialkan. Memang ada macam-macam.

Aku beli frozen pau. Satu bungkus ada 9 biji dengan harga rm 4.50. 
Tapi beli 3 dapat harga rm11.

Tart nenas harga rm 15.

Cake coklat comel, rm 3.50

Keropok ikan, rm3

Isi borang survey dan dapat beg ini, free

Pagi ini breakfast kuih pau.
;))

Friday, November 12, 2010

Baby GAP untuk Haziq dan Haifa.

Baju baby GAP.  
Memang tengah hendak beli baju ini sahaja untuk Haifa dan Haziq. 
;-)) 

Saja aku belikan sama patern baju baby GAP. 
12 - 18 months untuk Haifa dan 4 years untuk Haziq.

  
Haziq punya. Waima Haifa punya sama patern, tapi color pink.

 Baju ini pun ada dua helai, 
satu untuk Haziq dan satu lagi untuk Haifa.

Thursday, November 11, 2010

Present for hubby

Alhamdulilah, ada rezeki lebih ALLAH bagi pada aku. Aku bagi hadiah ini buat hubby sempena birthday hubby baru-baru ini. Memang hubby hendak bayar. Tapi apa salahnya aku buat hubby happy. Selama hari ini sudah cukup hubby gembirakan hidup aku.
Terima kasih ya bang.

Memang tempat kerja aku ini ada buat scheme potongan gaji untuk beli telefon XIMAX ini. Alhamdulilah.

Brand - QUTE 3G keluaran XIMAX
Harga -  RM 680

Wednesday, November 10, 2010

Makan-makan masa birthday hubby hari itu.

Punyalah baru sempat upload pictures makan masa birthday hubby baru-baru ini. Jangan marah yea, hubby yang masak mee dan ikan siakap itu.
;))
Kami sahaja sefamily sambut dirumah makan-makan dan potong kek.

Tapi tidaklah habis semuanya di makan. Sambung makan keesokkan harinya. Kek pula makan masa berhari-hari baru habis. Sebab itu memang beli kek paling kecik.
Malam itu cuma makan mee sikit, kek sikit dan pecal sikit.
Ikan pula terus simpan dalam peti ais.
Tidak larat ooo makan banyak-banyak.

Birthday father yang masak ni, mee goreng mamak 

Lagi dari hubby juga, ikan siakap masak masam manis 

Pecal ever. Aku cuma goreng tempe dan tahu ;))

Sate, bukan sate samuri tau. Aku beli di Sg Ramal jea. Sate ini harga 70 sen sebatang. Sate sedap sebab ala sate kg, tapi kuahnya kureng rasanya.

 Pecal with sate..lovely

Tuesday, November 9, 2010

SCR5 - color black

Malam Jumaat lepas kami ke Jusco Maluri. Seperti perancangan yang asyik tertangguh dari hari Sabtu sebelumnya, hasrat di hati adalah untuk membeli stroller untuk Haifa. Ialah sebelum ini Haifa sentiasa dekat dengan hubby sebab di sling sahaja kalau keluar. Maka sudah tiba waktunya Haifa ada stroller pula. Pening juga kepala hendak pilih stroller. Ialahkan, banyak perkara hendak di fikirkan. Saiz stroller semestinya, harga juga perlu dikira-kira sama.
Keluasan bonet kereta pun perlu sesuai dengan saiz stroller. 
Sekarang ini memang ada dua strollerlah termasuk Haziq punya sekali.
Setelah di fikir-fikir, maka kami setuju belikan Haifa stroller Sweet Cerry ini. Siap boleh tidur sekali dengan selesa. Umur sehingga 4 tahun. Haziq siap boleh berdiri ditempat letak kaki di belakang, sambil kami menolak stroller. Ok gak.
Lagi, seat stroller ini boleh diangkat dan di pusingkan ke arah belakang. So kalau Haifa tengah tidur, bolehlah dialihkan kearah aku yang sedang menolak stroller. 
Haifa dengan kereta baru.
Abang Haziq berdiri di belakang.

Haifa sudah tidur..nyenyak gitu.

Mesti ada sahaja mainan yang hendak di suruh beli 
kalau shopping barang dapur di Tesco.

Monday, November 8, 2010

Kalau cuti, adakah kerjanya makan sahaja? ;))

Semalam itu aku masak dua lauk sahaja, Breakfast skip sahaja. Sebab sudah lewat ;)).
Hubby request lauk udang. Maka aku pun masa lauk udang banyak sekali hingga boleh makan until dinner. Sayur pula memang fav kami sekarang ini ialah kailan juga mesti campur dengan ikan bilis goreng atau tempe. Sedap.
Aku masak sayur campur.

Udang masak sempoi

Sayur campur + tempe goreng

Sebelumnya, pada hari Sabtunya pula. Aku sefamily ke office aku. Ada kerja yang perlu di selesaikan. Tidak lama di sana, kami ke The Mines. Tujuannya ialah survey hp baru. Kalau ada rezeki lebih, insyallah hendak beli hp next week. Habis tengok hp, tiba masa untuk makan.
Hubby pilih Kenny Rogers.
Seperti biasa, Haziq bukan hendak makan pun. So kami tidak order apa-apa untuk Haziq. Tapi dia makan juga ayam...sikit sahaja.
Sebenarnya aku memang kurang minat hendak makan disitu. Sekalaaaaaaa bolehlah kan. Entah bukan fav pun makan En Kenny ni.
Lebih bagus kalau makan KFC...kan..
;))

The muffins

Original untuk aku

Black pepper untuk hubby

Saturday, November 6, 2010

Kew Tiow kerang

Lepas selesai beli barang dapur di Tesco dan juga selesai membeli stroller Haifa di Jaya Jusco Taman Maluri, aku ajak hubby pergi makan-makan. Masa itu sudah lewat malam. Lepas jam 11pm kalau tidak silap aku. Aku suggest pergi makan di Kg Pandan sahaja. Bayangkan sudah 10 tahun aku duduk di Pandan Indah, inilah kali kedua aku makan di situ. Bukan apa, tempat itu macam ramai orang 'luar negara'. Kalau hendak makan sendiri-sendiri dulu masa bujang memanglah takut..kan
Kedai memang banyak, berderet-deret. Tempat itu kira macam kedai di RnR. Panjang gitu. Kami pilih secara random sahaja, kedai mana untuk duduk dan makan.
Kalau tidak silap kami pilih kedai no 15, sebab aku nampak ada menu kew teow kerang, ini my fav aku..ever gitu.
Walaupun mee nya basah, aku makan juga sebab mmg fav aku kan.
Tapi sebenarnya aku suka kew teow yang kering gitu.
Hubby makan nasi goreng kg. Minuman teh ais dan kopi o aku punya.
Order tidaklah lama sangat, biasa-biasa sahaja.
Aku puji makanan memang best, sedap rasa cukup.
Dan murah, total out semuanya ialah RM 9.70 sahaja
Alhamdulilah
p/s looking forward akan kesitu lagi. layanan pun best.

Nasi goreng kg, siap dengan sup dan sambal belacan

Closed up

Kew Tiow aku ada sotong, kerang and udang besar seketul 

Sudah cukup cili padi di mee, siap juga bagi lagi cili potong...waduh waduh
Portion besar, hubby yang tolong habiskan

Friday, November 5, 2010

Treler parking tengah jalan?

Location Bandar Tasik Selatan
Day & Date - Tuesday & 2 Nov 2010
Time - 6 pm 

Alhamdulilah aku tengok tiada orang yang cedera. Masa ini aku on the way hendak balik rumah dari office. Camana juga treler pendek ini boleh naik atas atas tu kan?

Alhamdulilah syukur pada ALLAH, akhirnya malam tadi kami sudah beli stroller untuk Haifa. Brand Sweet Cerry. 

Nanti masukkan picture yea. Hendak keluar hari ini. Mahu selesaikan kerja no 3 yang tertangguh yang aku tulis di post semalam. Kerja no1 dan bo 2 sudah selesai malam tadi.
Selamat bergembira bercuti hari ini pada semua.
;))

Thursday, November 4, 2010

NS60L - GP - ATLAS battery

Alhamdulilah, bila gaji sudah dapat, bateri kereta minta di tukar.
Iyalah, cuba dia buat perangai masa hujung bulan, siapalah hendak bagi duit..kan.

Makanya pagi tadi, aku kelambatan amat amat pergi ke office. Mana ada kedai bateri buka jam 7.30am, makanya perlu tunggu lama lagilah.
Hubby sayang jump startkan kereta then pergi beli bateri di kedai yang selalu repair kereta di situ.
There, harga bateri naik lagi ke?
Harganya RM 180


my Earnings


Lama tidak update earnings aku ini. Alhamdulilah, memang tidak di nafikan aku sungguh 'slow' beberapa bulan ini, namun iklan tetap ada. Walaupun tidak banyak namun 6 itu pun sudah cukup besar bagi aku.
;))

Namun begitu bila kerja sudah berkurangan di office, maka sungguh sesuai untuk aku update blog aku secara tetap.
Kalau cerita kerja di rumah, payahlah jugakan. Kerja luar office ini lagilah banyak, memang tiada dua date pun, kan.

Esok cuti, selamat bercuti pada semua dan maka bermulalah kerja lain ada masih tertangguh sahaja.
1. cadangan untuk membeli stroller Haifa
2. beli barang dapur. peti ais sudah kosong.
3. ambil stock barang. ini pun sudah kurang sangat dah.

;))

Wednesday, November 3, 2010

Happy Birthday to you my DEAR

Happy Birthday to my beloved Hubby.
(Picture masa bujang)

Baru-baru ini birthday hubby yang ke 33. Kami cuma beli kek dan masak-masak di rumah. Gambar makanan letak dalam next post nanti.
Order kek di Tesco Ampang. Ada kedai kek disitu. Pointnya mencari gambar Woody atau Buzz Light Year, cartoon kegemaran Haziq. Bolehkan, kek birthday dibeli untuk Haziq.
;))
Maka di Secret Recepi pula cuma ada cartoon Naruto sahaja kalau tidak silap aku. Pergi kedai cake lain dekat-dekat rumah pula cuma ada cartoon Disney. Terjumpa kedai ini, tengok-tengok ada cartoon itu, terus order. Kek Woody perisa black forest. Harga cuma RM 46 untuk 1 kg kalau tidak silap aku. Nama kedai itu ialah Lian Bee, kalau tidak silap aku lagilah.


Tengah tiup lilin. Haziq 'tuan punya kek'

Masa ini Haifa tengah tidur. Itu yang tiada picture dia...kalau tidak..erm

The cake. Dalamnya ada buah peach and anggur

Tuesday, November 2, 2010

Mula berjalan ke?


Semenjak masuk umur 9 bulan, my queen ini tengah gigih bertatih berjalan. Rajin sungguh practice Haifa ini. Sama macam abang dia masa mula-mula dapat berjalan dulu.
Lagipun memang Haifa sudah laju berjalan kalau memegang sana sini.
So memang kaki dia sudah kuatlah.
Sebelum ini sudah nampak Haifa cuba berdiri sendiri tanpa di pegang. Dan itulah tanda-tanda Haifa mahu mula bertatih dan berjalan sendiri.
Berbanding abang Haziq yang mula berjalan masa umur 9 bulan 2 minggu. Haifa lebih 2 minggu awal start berjalan.
Dapatlah 3 ke 4 langkah gitu. Sekala gitu, mahu masuk 5 langkah.
Ok sayang, mama doakan supaya dipermudahkan lagi untuk sayang cepat berjalan..amin amin amin.

Monday, November 1, 2010

Thank you Huggies

Waima dalam awal bulan 10 atau hujung bulan 9, aku and hubby gigih menggunting dan mengira points yang ada pada plastic pampers Huggies yang memang di pakai oleh Haifa dan Haziq. Aku dengan hubby memang suka buat menda-menda gini. Sudah banyak juga free gift dari Huggies yang kami redeem. Seronok tengok anak-anak main-main. Ialahkan, bukan tidak boleh beli, tapi memang tidak ada yang dijual pun free gifts dari Huggies ini.

Free gift yang boleh di redeem

Form yang boleh di download dari laman web Huggies, tapi kena jadi ahlilah dulu

Kalau tidak silap aku paling cepat dapat barang ini selepas surat di hantar ialah 4 minggu, tapi tahniah to Huggieslah. Tidak sampai 4 minggu kami sudah dapat barang-barang itu.

Barang sudah sampai

Ada 2 barang

Ini untuk Haifa

Ini pula untuk Haziq

 Car

 Elephant

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails