Monday, July 06, 2009
Im so happy!!!!!!!!!!!!!!
Alhamdulilah hari ini sudah masuk hari ke 3 aku boleh makan nasi dengan ok. Itu pun aku minta En. Hendra gorengkan nasi berlaukkan telur dadar.....ermmm sungguh sedap. Kalau diikutkan aku memang tidak ada selera hendak makan apa-apa pun. Tapi betapa 'derita' nya perut aku bila tidak makan. Asyik muntah dan muntah dan muntah...
Ditambah lagi dengan asid gastrik yang sentiasa menambah aku untuk memuntahkan segalanya. Allahuakbar...
Op lupa untuk beritahu...syukur pada Allah kerana telah memberi aku peluang untuk PREGNANT buat kali KEDUAnya. Sekarang kandungan aku sudah masuk 11 minggu.
Mula-mula aku tidak tahu pun aku ini mengandung, cukup masuk 7 weeks kandungan baru aku tahu ini sudah berisi lagi.
Ook lah aku tidak mampu bercerita panjang kerana kepala asyik pusing-pusing sahaja. Insyallah esok aku akan mula bekerja. Punyalah lama aku cuti, mula-mula MC dan cuti selama seminggu dari 15 June ke 21 June. Kemudian aku mohon cuti tanpa gaji selama 2 minggu dari 22 June hingga ke 5 July kerana aku sudah ibarat hidup atas kapal asyik mabuk, muntah dan terlalu penat. Di tambah dengan selera makan yang ntah....sudah hilang.
Sambung nanti-nanti.
Wednesday, June 03, 2009
Baru ada feel untuk menulis.
Assalamualaikum,
Lebih seminggu aku tidak berblogging. Biasalah kan sibuk dengan hal peribadi gitu. Hendak menaip pun jadi tidak ada feel. Malam ini aku terasa hendak update blog CINTA MERAH ini dan juga aku ingin abadikan apa yang aku lakukan pertama kali dalam hidup aku di blog aku ini.
Kami selamat pulang dari S'pore pada malam Khamis lepas. Tidaklah penat sangat, sebab bukan aku yang drive pun. Tapi memang semua dalam kereta mengeluh juga. Selalunya kami bergerak ke S'pore dari Kuala Pilah. So dapatlah berehat sedikit sebab perjalanan tidak jauh lah juga. Tapi kali ini kami dalam emergency, so hendak atau tidak terpaksa juga bergerak kesana dari Kuala Lumpur. Kami tidak biasa begitu sebenarnya.
Memang abah sekereta sampai dulu di Gelang Patah tengah malam isnin itu. Kami sampai lewat sejam selepas abah.
Seperti biasa emak masih tinggal berada di sana, mungkin sampai akhir minggu ini.
Aku start kerja pula pada hari Jumaat. Itu pun aku 'ponteng' tidak ke makmal jalan raya seharian itu. Aku cuma duduk di office. Menyelesaikan apa yang patut.
Aku kena gastrik lagi. Rasanya lama juga aku tidak kena sakit ini. Start dari Sabtu kalau tidak silap aku asyik sakit perut sahaja. Hari Selasa dan hari ini aku MC. Mana larat hendak berdiri lama-lama. Macam mencucuk-cucuk begitu dalam perut ini. Aduhh..memang sampai sekarang ini perut aku masih tidak 'sihat'. Sungguh tidak selesa. Aku pun terfikir-fikir kenapa aku boleh kena gastrik?. Apa yang aku sudah makan?. Dua hari berturut-turut aku sendiri yang goreng sayur kacang buncis, aku sendiri juga yang beli sayur itu. Bila sudah sakit baru teringat yang aku sememangnya tidak boleh makan buncis ini. Doc pun pernah pesan dengan aku pasal hal ini. Tapi itu lah...sebagai manusia aku mudah lupa. Sedap apa layan goreng buncis kan.
26 May 2009 - Selasa
Kami selamat sampai ke rumah makcik dalam jam 2 am, pagi selasa itu. Semua orang sudah tidur dirumah makcik. Arwah nenek diletakkan di ruang tamu rumah di kelilingi dengan cucu-cucu dan anak-anaknya. Abah sampai-sampai terus membaca yassin dengan suara yang putus-putus begitu. Aku tahu abah amat sedih atas kehilangan arwah nenek. Emak cakap abah memang menangis bila dapat call berita pemergiaan nenek petang semalam itu. Lepas itu kakak juga emak bersama sekali membaca yassin.
Pagi selasa itu ramai saudara mara datang membaca yassin buat arwah nenek. Alhamdulilah. Dalam jam 9.30 pagi, orang yang bertugas untuk memandikan arwah telah sampai. Memang sebelum arwah dimandikan, ramai ahli keluarga mencium pipi dan memeluk arwah buat kali terakhir. Aku pula masih belum mampu mencium arwah walaupun dari sampai pagi tadinya. Aku terlalu lalu sedih.
Walaupun ini pertama kali aku melakukannya. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan Allah. Aku bersama sepupu-sepupu perempuan yang lain juga bersama dua makcik yang bertugas untuk memandikan arwah. Bagi aku sebagai cucu, sudah tugas aku untuk bersama-sama membersihkan arwah.
Memang aku tidak ramai sepupu di sebelah emak kerana dulu di S'pore, setiap keluarga hanya dihadkan mempunyai 2 orang anak. Sekiranya ada yang mempunyai anak ketiga, keluarga itu akan didenda. Sebab itu anak pakcik makcik aku hanya mempunyai 2 orang anak selain dari emak aku juga adik bungsu emak aku. Cuma kebelakangan ini, barulah di galakkan untuk mempunyai anak yang ramai.
Selepas arwah selamat dimandikan antara jirusan air terakhir ialah air dengan bungaan juga air 'kapur barus'. Kemudian kening arwah di celakkan oleh makcik yang bertugas itu. Juga disembur minyak wangi di seluruh arwah yang telah siap di kapankan. Begitu cantik,bersih dan suci sekali cara Islam memandikan umatnya yang akan mengadap penciptanya.
Memang semasa arwah dimandikan, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Semasa arwah dibawa masuk ke van jenazah, hujan sudah berkurangan. Alhamdulilah sampai kami di pusara aman, hujan sudah berenti.
Lainnya diS'pore, selepas semuanya selesai, tanah perkuburan di tutup dengan tanah menggunakan jentolak yang telah sedia ada di situ.
Beruntung arwah kerana pusaranya terletak berdekatan dengan arwah makcik dan arwah paklong aku.
Semoga arwah nenek di letakkan didalam golongan yang dirahmati Allah, amin ya rabbal alamin.
Monday, May 25, 2009
Mohon sedekahkan AL-FATIHAH kepada nenek tersayang.
Assalamualaikum..
Baru 32 hari arwah makcik pergi meninggalkan kami keluarga arwah datuk Asyik, petang tadi Allah menguji kami lagi. Nenek ASWIYA BINTI SWEETIE tersayang telah pergi meninggalkan kami. Arwah nenek menghembuskan nafas terakhir di rumah makcik Sara aku di Chua Chu Kang. Aku tidak dapat bercerita panjang di telefon setelah kakak aku menelefon aku petang tadi. Mungkin pakcik aku pun tidak dapat memberitahu lebih kerana semua orang tengah bersedih.
Aku simpati pada emak kerana tidak berpeluang menatap arwah nenek. Dulu kalau tidak silap aku pada tahun 1979 semasa arwah datuk meninggalkan dunia pun emak tidak sempat berjumpa arwah datuk juga kerana semasa itu emak dalam perjalanan balik kesana setelah mendapat berita arwah datuk telah begitu tenat.
Arwah nenek lahir pada tahun 1921 dan sudah berumur 89 tahun. Arwah hanya sakit tua semenjak January 2008. Selepas sakit arwah hanya terbaring dan duduk sahaja di katil dirumah. Tapi alhamdulilah ingatan arwah tersangatlah kuat.
Arwah meninggalkan 4 orang anak perempuan termasuk emak aku, 3 orang anak lelaki, 29 orang cucu dan 15 orang cicit. Juga 2 orang adik perempuan.
Seperti biasa malam ini kami yang berada di KL akan terus balik kesana selepas habis kerja. Manakala abah emak juga abang ngah pula akan gerak dari Kuala Pilah.
Mungkin kami akan berada disana until hari rabu.
Sunday, May 24, 2009
kuala terengganu mewarnai hidup aku II - 6 April 2009
Kegembiraan dan keseronokkan di KT masih terasa-rasa bila aku tengok semula semua gambar-gambar semasa pergi kesana awal April lepas. Kalau hendak diikutkan memang banyak cerita hendak di storykan disini, tapi pelan-pelan kayuhlah sebab aku sememangnya sibuk dengan 'hal' kerja sepanjang April until awal June ini. So di kesempatan malam ini, sesambil tv tengah tengok aku tapi telinga tetap tengah dengar berita terkini di tv.
Semalam aku kerja 1/2 day sahaja. Ada Info Day. Tempatnya di Hall office aku. Ok juga sambutan semalam itu. Lepas free lunch di situ, aku punch out dan terus balik rumah.
Dalam jam 3pm lebih kami bertolak balik ke Kuala Pilah dan sampai sana dalam jam 5pm gitu. Selepas singgah dan ambil emak di rumah di kg, kami terus ke rumah abang ngah aku di Juasseh. Abah aku seperti biasa, bukan hendak ikut pun, so abah tinggal jaga rumah seorang. Biasalah kalau pergi rumah abang aku ini selalunya memang bukan sekejap, kurang-kurang 2 ke 3 jam gitu. Bukan apa, mesti kak ipar aku ajak dinner sekali di situ. Hahaha, rezeki jangan ditolak. Lagipun kalau kak ipar aku yang masak confirm pedas dan sedap punya. Menu malam itu ialah daun pucuk ubi masak lemak cili api, ikan siakap goreng bersambal, udang sambal dan yang paling sudah lama aku tidak makan ialah sambal gesek. Hehehehehe. Apa itu ek?
Sambal gesek basic things ialah ikan bilis digoreng atau ikan bilis mentah, cili api warna hijau beberapa biji juga bawang merah sedikit sahaja. Dan kalau tidak silap aku sedikit perahan limau kasturi @ limau nipis kalau ikan bilisnya mentah. Selepas itu semua bahan tersebut ditumbuk tetapi tidak sehingga kurang hancur. Makanan ini sesuai di makan dengan nasi putih sahaja atau dengan masak lemak cili api. Atau apa sahaja lah lauk pauk yang sesuai di makan bersama. Macam aku semalam itu, aku layan sambal gesek bersama ikan siakap dan nasi.
Sungguh gerek sekali.
6 April 2009 - Monday
Lepas selesai membeli kain tengahari itu kami balik ke Hotel untuk berehat-rehat juga makan. Ada sebuah kedai di tepi bangunan hotel tempat kami menginap benar-benar mencuri perhatian kami. Sebab kedai aka gerai ini aku tengok memang sentiasa ramai orang. So tengahari itu kami pergi selidiklah. Rupanya disitu ada menjual ayam goreng ala-ala ayam fast food begitu. Juga beberapa menu mee. Kami pun cubalah membeli beberapa ketul ayam untuk lunch dan bungkus makan di bilik hotel sahaja. Peh...memang sedap..bersaiz besar dan rangup sekali. Lepas berehat-rehat, sebab panas sungguh cuaca hari itu kami menuju ke Pantai Batu Buruk untuk minum petang. Masa sudah jam 4pm lebih.
Thursday, May 21, 2009
Terlepas sudah rindu yang menggunung.
Dapat sahaja SMS dari kak ina masa itu, aku terus tanya hubby hendak pergi atau tidak. Ialahkan, Haziq memang tidak boleh dibawa nya ke majlis itu. Semesti nya dia tengah aktive sekarang ini. Bila hubby setuju hendak pergi aku terus call kakak aku. Aku cadang hendak meninggalkan Haziq di rumah kakak malam minggu itu nanti. Alhamdulilah kakak setuju.
Kalau hendak di ikutlah, sepanjang aku berkahwin ini tidak pernah nya aku dan En Hendra dapat pergi kenduri kawin terutama yang di dalam dewan lah. Kalau takat kenduri siang hari itu memang boleh lah bawa sahaja Haziq bersama.
Petang sabtu itu seharian kami di bengkel kereta kerana menukar tayar dan beberapa barang lain. Alhamdulilah Haziq tidak nangis masa kami tinggalkan dia dirumah kakak petang itu. Lagipun ada cousin kesayangan dia untuk di ajak bermain bersama di situ.
Lepas hantar Haziq kami terus balik rumah dan bersiap untuk kekenduri. Habis kenduri malam itu pun kami terus ambil Haziq di rumah kakak.
So tidak nya aku dan En Hendra dapat ke mana-mana berdua selain dari kekenduri itu sahaja. Tapi ok lah, seronok juga sekala kami dapat berduaan kemajlis begitu. Masa di kenduri itupun aku asyik teringat kan Haziq sebab tengok anak buah kak ina juga anak kak ina alysha yang lebih kurang sebaya dengan Haziq.
Pusara Aman II.
Semasa aku masih berada di kawasan perkuburan, ada pakcik aku bercerita. Dia kata ada orang di Malaysia yang berkata bahawa kubur di situ dibuat secara bertingkat. Hah...aku tidak pernah pun mendengar cerita itu. Ntahlah...tapi kebetulan lepas aku balik dari S'pore pada 3 May itu, ada seorang technician di makmal tanah tempat aku berkursus bertanya dengan aku. Itu pun dia bertanya lepas aku bercerita yang aku baru balik dari melawat pusara arwah makcik. Dia bertanya cerita yang sama seperti yang pakcik aku story dengan aku. Ermmm...so aku ceritakanlah perkara yang sebenar. Mana ada bertingkat-tingkatnya. Cuba tengok gambar-gambar diatas. Semua pusara sama seperti di Malaysia.
Cuma yang berlainan ialah sekiranya pusara itu sudah lebih 30 tahun (kalau tidak silap akulah). Pusara-pusara tersebut di gali semula dan diletakkan ditempat yang lebih tersusun, seperti pusara arwah datuk, moyang lelaki dan moyang perempuan aku.
Alhamdulilah tengahari jumaat itu, kami melawat pusara arwah makcik aku dahulu dimana emak aku sempat sedekah bacaan Yassin. Kemudian dengan berjalan kaki kami kepusara arwah pak long aku yang meninggal dunia pada June 2008.
Lepas itu kami semua naik kereta dan menuju ke pusara arwah suami makcik Nur aku yang meninggal dunia pada August 2006. Naik kereta kembali dan kami kepusara arwak datuk aku yang meninggal dunia pada 1978 @ 1979. Aku dan kakak cuma duduk dalam kereta kerana cuaca sungguh panas tengahari itu. Kecian pula dekat budak-budak kecik 2 orang itu.
Mula-mula aku terkejut juga tengok bangunan yang terdapat berdekatan kawasan pusara itu. Rupanya itu ialah penempatan pekerja-pekerja asing yang bekerja di S'pore. Begitu sekali kan. Tapi sekurang-kurangnya kerajaan S'pore tetap memberi penempatan yang aku nampak selesalah juga, cuma location tempat sahaja yang agak jauh dari kawasan bandar.
Kawasan yang aku pergi itu memang kawasan perkuburan. Selang sebelah jalan sebelah sananya ialah kawasan perkuburan kristian juga india dan cina.
Memandangkan 1 May itu public holiday, punyalah sesak kawasan kubur dengan orang ramai melawat pusara keluarga masing-masing. Pakcik aku cakap memang kalau ada cuti umum macam hari itu..memang kawasan kubur sentiasa penuh dengan keluarga yang datang melawat.
Alhamdulilah.
Monday, May 18, 2009
Happy Teacher's Day - belated...
Hehehehe..layan gambar dibawah sample POROUS ASPHALT.
Saturday, May 16, 2009
Sebab Allah haramkan babi
Soalan
Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?
Jawapan
Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.
Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.
Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.
Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).
Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.
Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?
Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.
Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.
Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.
Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).
Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.
Cacing yang sangat berbahaya
“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).
Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.
Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.
Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).
Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.
Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.
Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.
