Followers

Thursday, August 27, 2009

Yang simple-simple sahaja.

Salam ramadhan ke enam hari ini.
Alhamdulilah aku sihat dan masih dapat meneruskan ibadah puasa pada hari ini.
Walaupun muntah itu masih tidak mahu berpisah dengan aku di bulan ramadhan yang mulia ini.

Hari-hari aku cuma dapat berbuka dengan portion yang kecil sahaja. Perut tidak dapat menerima suapan yang banyak. Itu pun punyalah payah untuk mencari selera untuk makan waktu berbuka. Cukup sekadar segelas air panas dan nasi sesenduk bersama potongan kecil ayam goreng atau daging dicicah bersama cili sos. Itu juga menu aku kalau bersahur. Sebab itu aku cuba makan 2 ke 3 ketul kurma untuk pengalas perut.
Walaupun tekak ini mesti hendak minum air sejuk jugakan. Aku minum sikit-sikit sahaja buat penghilang dahaga.

Semalam aku sempat buat popia simple gitu untuk berbuka. Simple sahaja resepinya, dari adik ipar aku. Masa di tawau hari itu, memang antara minum malam kitaorang ialah popia ini. Makan ramai-ramai ketika panas..sedap.
So aku followlah resepi ini. Guna mix vegetable campur dengan daging atau ayam cincang. Panaskan sedikit minyak, serbuk kari daging adabi atau mana2 serbuk kari yang disukai dan masukkan daging atau ayam cincang. Kemudian masukkan mix vegetable. Kacau dan campurkan sedikit air. Biar sehingga semua adunan rata dan lembut.
Kalau tidak silap 30 biji lebih popia semalam sempat aku gulung, sehingga habis semua adunan isi yang ada. Aku guna kulit popia yang biasa sahaja.
Mudahkan!!!!...

Saturday, August 22, 2009

Luv u so much ramadhan.

Alhamdulilah setakat jam 3 pm ini aku masih mampu meneruskan ibadah puasa. La nie kandungan aku sudah masuk 17 minggu@ 4 bulan lebih. Semoga Allah permudahkan aku untuk terus berpuasa hari ini...amin.

En Hendra dan Haziq la nie ada kat tesco ampang. Diaorang tengah membeli belah barangan dapur. Aku pulak..x yah lah ikut pun sebab masih dengan seluar tidur malam tadi lagi ini. Lagi pun aku memang malas hendak ikut. Alhamdulilah surau@masjid di rumah aku sudah mula agihkan bubur lambuk seawal 12 lebih noon tadi. Dapat juga En Hendra ambil seplastik kecil untuk lunch Haziq.

Syok hikmah berpuasa ini, aku boleh bangun lambat tanpa muntah muntahan. Perut rasa tenang sahaja pagi tadi. Sememangnya semenjak pregnant ini aku langsung tidak boleh tidur siang juga bangun pagi lewat. Jadinya nanti aku akan muntah juga perut akan buat hal sepanjang hari. Sudahlah aku ini kuat tidur orang nya sebelum ini.

Dramanya masa makan sahur tadi.
Aku pergi toilet dan buang air besar gitu pagi2 tadi lepas aku susah payah hendak habiskan nasi sesenduk dua gitu dan lauk daging masak halia + kacang tanah goreng <---En Hendra yang rajin masak pagi2 ini. Lepas itu ada masa lagi aku minta En Hendra bancuhkan nesvita segelas. Tidak habis gelas itu aku cuba untuk masuk tidur.....naik atas katil.......zassss...........................muntah semua makanan aku. Sedih sungguh.......... Aku pergi dapur semula cari kurma dan makan dalam 3 biji. Aku berharap kurma itu nanti jadi pengalas perut aku untuk berpuasa. Sebelum tidur aku makan juga pil kalsium untuk baby dan aku. Alhamdulilah...aku masih mampu berdiri setakat ini dan perut aku sungguh sungguh berkeadaan baik...terima kasih ALLAH. I luvvvvvvvvvvvvv u ramadhan...

Friday, August 21, 2009

Keindahan itu tersembunyi.

Pelik sungguh pagi tadi masa aku tengah driving pergi kerja. Kalau tidak silap, dekat 3 buah kereta terbalik (berdasarkan pandangan aku kerana bonet depan kemek dan cermin depan retak or pecah) di sepanjang perjalanan aku dari Pandan Indah ke IKRAM kajang. Kenapa boleh jadi gitu ek?. Hujan ke malam tadi?...ermmm..tiada kepastian pulak.
Masalahnyer bukan aper aku story menda kereta nie. Sudahlah aku kelambatan untuk pergi kerja, lepas tu journey kejap stand still kejap laju. Apa lagi mak buyong seperti aku ini, sudah nampak macam bintang-bintang klu kereta tengah stuck tidak bergerak-gerak gitu.

Ada rahsia rasanyer perlu aku cerita ceriti di sini. Tidak lah rahsia besar-besaran, kecil-kecilan gitu. Saja je...nak kongsi-kongsi dengan other pregancy mother and becoming mother di luar sana. Semenjak aku prengnant ini, aku memang tidak pernah menggunakan lagi apa-apa cleanser sebagai pencuci muka. Maksudnyer aku hanya mencuci muka mengguna kan air sahaja!!. Tapi jangan sangka muka aku kini dipenuhi jerawat sebab tiada pencuci yang menghapuskan kekotoran akibat bekerja seharian di pejabat. Kalau aku sempatlah, pepagi lepas mandi memang aku 'bersihkan' muka guna toner loreal revita lift anti wrinkle firm yang botol putih dan penutup warna merah tu. Aku sudah lama juga guna product loreal ini. Letak setitik dua titik pada kapas muka dan sapu kan sebagai pembersih muka. Memang kotor jugalah kapas itu lepas aku guna untuk bersihkan muka. Hanya itu sahaja yang aku gunakan hari-hari kalau hendak pergi kerja.
Alhamdulilah muka aku since pregnant ini mmg tidak langsung mendatangkan masalah. Walau aku biarkan tidak bercleanser berhari-hari. Itu hikmahnya orang mengandung, kekadang mereka dikurnian kulit yang memang cantik kemerah-merahan gitu. Lagi pun, aku sungguh tiada masa hendak mencari pencuci muka brand lain dari yang aku guna before ini. Ini kerana pencuci muka sekarang memang aku tidak boleh gunakan. Hasilnya nanti muka aku akan jadi kering dan ngelupas. As a result sebab itu aku ambil keputusan tidak perlu mencuci muka buat mana ini...heheheh. Jimat masa aku dalam bilik air. Tapi pada mereka yang jenis muka bermasalah, jangan diikutkan ragam aku ini. Tidak pasal-pasal nanti muka lelama jadi berjerawat batu pulak.

Antara perkara yang aku lagi ialah berat badan aku semestinya akan turun bila aku pregnant. Itu memang heaven sungguh bagi aku. Sebab aku ini memang payah sungguh hendak kurus semenjak dua menjak. Bayangkanlah masa aku study di Univ. dulu masa umur aku belasan tahun berat aku leh cecah ke 45 kg kalau time berpuasa. Tapi sekarang ini, sebelum aku pregnant lah, berat aku ialah nearly 66 kg. Berat sungguh kan!!!!!!!!!!!...
Disebalik keseronokkan berat badan aku turun, aku kena terimalah dugaan alahan yang sungguh sungguh hanya ALLAH sahaja yang memahaminya betapa peritnya the my 1st trisemester pregnancy. Muntah dengan tiada ending nya setiap hari since aku tahu aku ini berbadan dua. Sampai satu masa aku sudah tidak mampu untuk berdiri sendiri, bengkok badan ini kalau hendak berjalan ke bilik air. Muntah memang dalam baldi sahaja di tepi katil. Pahit dalam mulut sememangnya sudah menjadi rasa biasa seharian aku. Allahuakbar...
Last sekali sebab aku sudah tidak mampu menahan diri menahan perut yang sentiasa sakit sebab tiada apa lagi yang tinggal untuk di muntahkan. Aku ikut nasihat kakak aku untuk warded di hospital. Masa itu kandungan aku cecah 3 bulan rasanyer. Bayangkan since 7 weeks pregnancy until 12 weeks pregnancy aku boleh tahan dengan diri aku yang sudah cengkung rasanya sudah mahu melayang-layang rasanya kalau berjalan. Aku masih mampu terima dugaan Allah.
Masa warded itu, aku takut gak. Apalah keadaan kandungan aku nanti. Sihatkah dia?. Memula timbang berat..ahah...jangan terkejut okies. Berat aku ialah 59kg!. Almost 7kg hilang dalam masa sebulan lebih. 2 hari satu malam warded, berbelas botol air masuk dalam badan aku untuk bersihkan warna urine aku supaya kembali jernih. Doc cakap kencing kotor juga antara penyebab aku asyik muntah sahaja..ooooo gitu ek. So bila everything clear..aku pun discaj the next day. Alhamdulilah..
Menda ni mmg jadi pengajaran pada aku, next time klu aku kena alahan pregnancy yg teruk, aku mesti direct ke hospital utk dimasukkan air. Sebab itu antara the best solution untuk pastikan alahan itu dapat dikurangkan.

One more thing, hati aku mmg berdebar-debar masa pergi untuk scan perut utk 1st time. Aku risau, dengan keadaan aku masa itu, bagaimanakah tahap kesihatan kandungan aku?. Maha besar Allah, masa Doc tunjukkan live scanning di screen...memang aku nangis masa itu. Nangis aku tengok betapa aktif nya baby dalam perot aku....sungguh aktif!!!!!!!!. Dia tengah menggerakkan tangan kaki semuanya dengan berenang riang dalam perot mama dia yang memang tengah high melepet-lepet gitu. Memang sungguh aku tidak percaya, tapi itulah hakikatnya.
Alhamdulilah.


Moral of the story -
1- kulit muka cantik kemerah-merahan (nampak manis jea)
2 - berat badan turun (syiok)


Choww...lain kali kongsi-kongsi lagi.
Selamat Menyambut Ramadhan pada semua sesama Islam. Harapan semoga ramadhan kali ini penuh makna dan dapat di lalui dengan penuh sempurna...amin.

Thursday, August 20, 2009

Spagetti

Alhamdulilah my spagetti for lunch today. Semalam petang request to my sister untuk masakkan untuk aku. Teringin gitu untuk makan benda ini. So tengahari tadi adik hantar ke office aku bekalan dari kakak.

My beloved Haziq yang pipi nya sudah tembam gitu since balik dari duduk di kg dekat hendak sebulan hari itu masa aku pun cuti akibat alahan pregnancy.

Wednesday, August 19, 2009

Perut ku tidak stabil..

Hari-hari kaki aku kejang duduk di office ini. Sejuk sangat aircond. Walaupun aku ini tengah pregnant, tapi memang jenis aku tidak tahan sejuk. Ialah selalunya orang mengandung ini kan berbadan panas. Entah lah terpulang pada badan masing-masing.

Semalam aku drive balik kerumah dalam keadaan yang masih pening ditambah dengan macam hendak terkeluar sahaja isi perut ini. Mulut aku berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan aku untuk sampai kerumah dalam keadaan selamat.
Sampai rumah aku cuba hendak makan dinner..erm boleh masuk beberapa suap sahaja. Itu pun sikit sangat. Lauk telur dadar dan juga sayur campur. Lepas maghrib, aku terus masuk baring atas katil until isyak rasanya. Sebab perut masih kosong lagi dan sakit, aku cuba sambung makan aku yang tidak habis tadi. Lepas beberapa suap aku pergi masuk bilik semula...tetiba terkeluar semula semua yang aku makan tadi. Memang En Hendra sudah siapkan baldi kecik untuk kemudahan kalau aku hendak muntah.
Alhamdulilah lepas keluar semua asid dalam perut, aku rehat sebentar dan terus cuba habiskan nasi aku tadi. 3 kali aku ulang makan untuk habiskan makanan aku malam itu.
Allahuakbar..

Pagi ini syukur pada ALLAH aku diberi kekuatan untuk pergi kerja dan juga mengajar dari jam 9am - 11am. Walaupun memang diikut kan hati, aku hendak berehat sahaja.

Terima kasih untuk ole-ole malam tadi. Semuanya sedappppp...Terima kasih pada emak, Ita, Wi, Ema dan Im yang memasak juga yang membawanya.
Aku juga yang terbaring seorang diri atas katil malam tadi sebab ketidak laratan untuk membawa diri mengambil dan menghantar.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat dik Harry..amin..

Month of May until middle month of June 2009.

Month of May until middle month of June 2009.

25 march - Wednesday - NAX 94xx masuk bengkel di Puchong.
26 march - Thursday - drive kereta NBM 345x until kereta NAX 94xx siap.
28 march - Saturday - NAX 94xx tukar masuk bengkel di Dengkil until today.
08 april 2009 - NAX 94xx selamat siap dan dibawa pulang dari bengkel di Banting.
13 april 2009 - NAX 94xx ke bengkel kembali.
04 may 2009 - NAX 94xx back to me...miss u so much my car

17 to 18 april 2009 - Singapore

06 april to 08 may 2009
- Geotecnical Laboratory
11 mei to 12 june 2009 - Pavement Laboratory

25 may to 27 may 2009 - Singapore

Tuesday, August 18, 2009

Lord of the rings.

Risky sungguh pagi tadi aku driving dengan perut yang kosong dan juga lepas makan ubat tahan muntah. Di ketahui ubat tahan muntah memang boleh buat mengantuk. Ialah mula dari pagi ahad sudah masuk 3 pagi aku muntah...morning sickness yang seringkali membawa ke 24 hours sickness kalau aku kena lah. Dan aku memang malas nak makan ubat apa-apa pun. Tapi semestinya hari-hari kena telan pil kalsium. Itu memang penting. Masalahnya aku perlu ke tempat kerja juga pagi ini. Sebab semalam aku sudah ambil MC. Ampun sungguh semalam, dari pagi sampai kehendak tidur aku melepet sahaja. Kepala pun asyik nampak macam bintang-bintang sahaja. Kecian aku dan baby semalam tidur dengan perut kosong.
Alhamdulilah hari ini aku 'free' di office.

Hari sabtu lepas En Hendra and Haziq selamat menggunting rambut. Ialah kan..rambut Haziq sudah teramat panjang. Alhamdulilah masa gunting itu Haziq ok sahaja. Kata En Hendra, nasib baik ada anak cina dalam tua sedikit dari Haziq layan dia main masa gunting rambut itu. Lagi kata En Hendra, habis-habis potong rambut muka Haziq dah dekat sama dengan muka anak cina itu...hehehe.

Seronok bangat cuti sabtu ahad baru-baru ini, sebab kerja aku ialah melayan movie LORD OF THE RINGS. Siap leleh air mata lagi bila part sedih tu. Memanglah dulu sudah tengok movie ini di wayang. Tapi rasanya ingin tengok sekali lagi dengan uncut version. Amat seronok dan tidak keterlaratan melayan movie itu. Dulu-dulu aku minat sungguh pada LEGOLAS. Tapi kali ini aku suka pada ARAGORN...ehheheehe. Suka tengok cara dia berlakon sahaja.

Thursday, August 13, 2009

Pantai Desaru.

Picture with cousin Dillah and hubby Iskandar, lepas makan time di JB malam sabtu lepas. Thank a lot to my uncle sebab belanja makan sempena my 33rd birthday(...iyea kea...boleh aje lah). Tapi aku cuma makan sotong goreng tepung and minum air nescafe panas. Sememangnya im tired that night. Walau aku cuba untuk merasa makanan lain, tapi aku tidak mampu. Padahal malam itu makanan sungguh sedap..siap penuh satu meja itu. Ada sate, nasi goreng paprik, nasi ayam penyet, burung puyuh goreng, bubur nasi, pari bakar dan ulam ulaman.

Haziq lepas check in di Desaru pada petangggggg sabtu lepas, kemudian kami ramai- ramai terus keluar semula untuk pergi lunch@tea time. Pergi sekereta MPV sahaja with my uncle, auntie, cousin Hamin juga kami sefamily.

Habis makan-makan dan pergi pasar petang di Bandar Penawar kami semua terus balik ke penginapan. Uncle and auntie aku memang terus lepak sahaja di bilik. Aku pun mula-mula baring sahaja atas katil. Haziq, En Hendra dan cousin sudah pergi ke laut. Diaorang tu larat sahaja lagi. Haziq aku itu memang kaki mandi, tidak kiralah di mana-mana mesti hendak terjun sahaja.
Aku rasa aku hendak buat correction gitu. Memang semasa aku mengandungkan Haziq, aku memang liat sikit kalau masa hendak mandi. Bukan aku ini malas mandi, tapi aku tidak boleh hendak masuk bilik air mesti rasa hendak muntah sahaja. Bilik air bukannya kotor pun. Satu lagi kalau mandi lama-lama atau banyak kali, perut aku jadi tidak sedap macam berangin-angin gitu. Kalau silap-silap memang aku muntah punya. Sudahlah aku ini kaki muntah, hendak tahan-tahan pun termuntah juga...letih lah kan. Sebab itu aku payahhhhh sikit hendak mandi. So ada orang kata kalau time pregnant 'malas' mandi nanti anak pun sama malas mandi bila sudah lahir. Iye lah tuuuu!!!!!.

Syioknya dua orang ini bersantai riang lepas mandi manda di pantai. Kalau ikutkan hati memang aku pun hendak mandi sama. Tapi disebabkan kandungan aku baru 3 bulan lebih masa itu, sebaiknya kata uncle aku jangan dulu. So aku cuma lepak tepi pantai main-main pasir.

Picture pagi Ahad. Haziq sudah mandi dan sibuk ajak En Hendra pergi mandi laut.

Terima kasih to my uncle and auntie sebab buat my birthday pada tahun ini sungguh seronok. Belanja makan sana sini, dinner western di hotel tempat penginapan juga siap ajak kami sefamily ikut bercuti di Desaru. Pagi ahad itu, my uncle bagi kami yang guna kupon breakfast. Sebenarnya aku memang tidak larat hendak jalan jauh-jauh ini. Asalnya ke JB sebab ada hal penting, last-last pergi Desaru lagi dari JB. Demi keluarga tercinta..semua ku laratkan juga.

H1N1 ancaman kepada ibu hamil - utusan malaysia online

KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.

Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.

"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.

Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.


Wednesday, August 12, 2009

Malas nya woit...

Wehh...ampun malas sungguh hari ini. Lepas habis kelas jam 11am tadi, aku habiskan nasi putih + telo mata bekalan makan pagi dari rumah. Iyalah, malam tadi aku tidur awal. Im still so tired. Dinner malam tadi pun, layan sesenduk dua nasi putih dan ikan siakap sambal. Walaupun aku suka lauk itu, tapi dunnolah....keletihan mengatasi segalanya. Rasa macam hendak menangis jea. Lepas dapat baring atas katil terus sahaja tiada pergerakkan berlaku...nyenyak gitu jea berselimut.

Pagi tadi punyalah jamming jalan raya disebabkan hujan lebat awal pagi tadi. Dekat rumah aku hujan start turun dari before subuh lagi. Fikir-fikir memang aku hendak patah balik kerumah sahaja apabila melihat jalan MRR2 depan rumah aku. Kereta macam tidak bergerak sahaja. Lastly aku tawakal sahajalah, harap-harap jamming until depan MOBIL sahaja. Alhamdulilah...lepas sahaja MOBIL, terus jalan clear and aku sudah siap-siap sms student yang kelas jam 8.30am ditunda ke 9am.

Ish, kepala aku ini fikir macam hendak balik rumah sahaja sekarang ini. Bukan apa, badan memang rasa tidak sedap sahaja. Hendak berehat hendak tidur. Tapi aku cuba tahan-tahan jea lah...tahan sampai ke 5.30pm. Tanggungjawab tuuu..

Story lain -
Minggu lepas, masa aku masuk office alhamdulilah aku tidak ada membawa virus batuk atau demam atau selsema. Cuma aku masih mabuk-mabuk pregnancy saja. Tapi lepas aku ikut officemate pergi minum petang di kantin depan yang memang penuh dengan segala students dari luar negara makan disitu. Terus aku dapat batuk, sakit tekak dan selsema sekali. Sampai masa aku pergi JB hari itu, risau aku sebab dalam hidung aku jadi luka. Memula ingatkan hidung aku keluar darah sebab asyik berair sahaja. Check lagi rupanya hidung aku luka sahaja. Risau aku wehhh.
Tapi kan, alhamdulilah masuk hari ahad petang kalau tidak silap aku. Semua benda aku sudah sihat.
Hikmahnya jangan lupa ikut nasihat untuk tidak berada di tempat yang ramai orang di saat wabak H1N1 ini.
Sekarang ini memang aku tidak mungkin lagi untuk ke kantin depan walaupun macam teringat-ingat sahaja nasi goreng ayam yang pedas itu.

Tuesday, August 11, 2009

Ke Johor kita.

Hari ini dalam working timetable aku cuma ada strength and fluid laboratory untuk 2 jam. Maknanya aku memang tiada kerja hari ini. hehehehehhik hik. Sebabnya kan, makmal itu akan di kendalikan oleh technical executive makmal yang baik hati itu. Memang sudah berzaman aku minta tolong dengan dia. Lagilah dalam keadaan 'mak buyung' sekarang ini, lagilah aku minta tolonggggggg dengan dia. Terima kasih prennn.

Alhamdulilah aku larat pergi kerja hari ini. Apa tidak nya, baru malam tadi balik dari JB. Bersuka ria dan bersenang hati. Sampai rumah di KL dalam jam 8pm. Jam 10.30pm aku sudah masuk beradu. Aku sendiri pun tidak pasti jam berapa Haziq and En Hendra masuk tidor. Im so so tired.
Sebenarnya malam jumaat lepas aku pergi ke JB, sebab ada urgent thing yang perlu diselesaikan. Lepas ambil Haziq di kuala pilah, kami sekeluarga terus bertolak ke JB. Memula memang aku risau sangat, sebab aku ini bukannya larat sangat lagi. Masih 'lepet' lagi. Sampaikan dinner aku malam itu cuma separuh burger portion kanak-kanak KFC. Im so tired. Hendak makan pun tidak ada selera. Kami sampai di Gelang Patah dalam jam 11.30pm, terus tukar baju dan tidur.
Dalam jam 5am begitu, aku perasaan adik aku tengah bancuh air di dapur. Bancuh dalam gelap begitu sebab dia tidak mahu mengganggu aku sekeluarga yang tidur diruang tamu rumah. Sebenarnya ada bilik kosong di tingkat atas, tapi aku malas hendak panjat tangga.
Di sebabkan perut macam kosong gitu, aku join sekali minum panas pagi-pagi itu. Aku layan milo O. Sesambil minum, kita orang berbual-bual. Wendu aku pada adik aku sorang ini. Ialah jarak umur kami cuma setahun sahaja. Dalam lepas subuh, semua sambung tidur semula.

Hendak pergi minum petang kejap. Temankan member sebelah. Chow dulu.

Thursday, August 6, 2009

new pictures.


Ada urgent matter aku perlu buat minggu ini. So letak picture baru sahajalah. Taken pada 1st august 2009 - saturday, location - car park Mid Valley.

Aku nampak 'kurus' kan?????ehhehehe..ialah dalam 7kg ke 8kg berat badan aku turun sebab alahan hari itu. Minggu depan kandungan akan masuk ke EMPAT bulan @ 16 weeks.

Op..esok is my birthday ke 33 tahun.

Tuesday, August 4, 2009

Drive sendiri semula.

Morning.

Alhamdulilah semalam hari isnin aku drive sendiri pergi balik office. Pada hal sepanjang aku cuti sakit hari itu memang tidak pernahhhhhh sekali pun aku jadi driver ini. Walaupun aku masih belum sihat sangat dengan kepala masih pening-pening sahaja. Tapi rasa kecian pada En Hendra sebab terkejar sana sini kalau hantar aku pergi balik kerja. Lepas dinner di rumah malam tadi aku terus flat until 11pm. Punyalah tidak berdaya badan ini.

Allah memang MAHA adil. Balik aku ke tempat kerja memang aku risau juga. Macam mana lah timetable kelas aku. Padat ke?. Dengan berdebar-debar, ialah kan aku risau dengan keadaan aku sekarang. Aku mungkin tidak mampu untuk handle ramai student juga waktu mengajar yang panjang. Aku masih mudah letih dan mudah mabuk, kemungkinan akhirnya aku boleh muntah pula. Itu memang aku risau. Kalau boleh aku tidak mahu muntah di office.
Syok sungguh bila 1st time tengok timetable aku. Pehhhh best sungguh!!!!. Aku cuma perlu mengajar satu subject sahaja dengan waktu 6 hours per week. The rest tugas aku ialah handle dan mengajar laboratory. Lagi pun kebetulan kali ini ramai staf baru. Itu yang kerja yang banyak dapat di bahagi seringan-ringannya. Syukur...rezeki orang berbadan dua...
Wokey...hendak sambung kerja..

Saturday, August 1, 2009

Lunch ikan siakap masak sambal...yummmy..

Pagi tadi aku breakfast teh o panas segelas sesambil layan internet. Layan FB..hehehe. Bukan apa, ramai kawan-kawan aku yang suka online kat FB. Punyalah syok layan FB, perut minta di isi lagi. Aku bancuh milo O panas segelas.

Lepas air sudah habis...baru lah hendak pergi bersiram. Memang since berbadan dua ini, aku mesti minum air panas dulu sebelum mandi. Bukan apa, supaya keadaan dalam perut stabil dulu. Kalau tidak nanti, silap-silap boleh muntah pulak dalam bilik air.
Kemudian sambung lagi layan internet sambil makan kacang cap tangan. Habis kacang, fikir lagi, apa hendak kunyah-kunyah ini. Hehehehe, aku makan COKLAT. Alahai coklat murah-murah sahaja.

En Hendra yang aku cintai akan masakkan ikan siakap masak sambal untuk lunch today. Tuuuu ikan tengah dalam kuali lagi, sedang digoreng. Memang aku suka makan lauk ini masa pregnant kan Haziq dulu. Sodap....
Buat masa ini aku lebih suka makan ikan sahaja. Kalau daging dan ayam...erm...memang macam tidak selera gitu hendak makan. Hari itu masa di kg sempat juga kakak aku masakkan aku ketam masak sambal. heehhehe..best.
Setakat ini alhamdulillah, apa yang aku teringin hendak makan semua sudah dapat. Aku tidaklah mengidam pun, cuma kalau ada benda yang aku hendak itu ok lah. Tapi kalau tidak ada, aku masih boleh sabar dan menunggu. Im fine sahaja.
Yang aku hendak makan sangat dan alhamdulilah aku sudah dapat pun ialah ---->
- pulut kuning dan sambal ikan bilis dari kenduri dikg aku.
- air kelapa
- ubi kayu rebus
- ketam masak sambal
- asam-asam harga 20 sen dari zaman kecik-kecik dulu

Sebut pasal Haziq...whuaaaa. Bukan apa, buah hati pengarang jantung aku ini sekarang masih berada di kg. Parent aku memang tidak bagi bawa Haziq balik KL until aku betul-betul sihat. Ialah parent aku tahu aku tidak mampu uruskan Haziq dengan keadaan aku sekarang.
Punyalah sedu sedan aku menangis masa malam aku sampai KL hari itu. Aku asyik teringatkan Haziq. Memang En Hendra minta Haziq diambil semula hari ini, tapi bagi aku biarlah Haziq duduk dengan emak abah until next week. Walaupun hati jiwa segala-galanya dalam diri aku meronta-ronta merindui Haziq 24 jam.
Sebelah bantal aku memang ada sehelai baju Haziq buat pelepas rindu dihati aku masa hendak tidur.
Lagipun Haziq bukan milik aku dan En Hendra sahaja. Haziq juga milik atuk dan uwan dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails