Followers

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Jalan-jalan ke Johor 2.

Ahad - 23 Oct 2011.

Pagi-pagi aku dan hubby sudah bangun. Terus aku mandi sekali. Anak-anak semua masih tidur.
Aku cakap pada hubby, jom pergi beli sarapan.
Bukan apa, sarapan sedap di satu kedai Areena di Gelang Patah mesti cepat habis selalunya.
Makanya kena pergi awal lah.
Kami cuma bawa Haifa sahaja. Kejutkan dia dari tidur. Takut pula bila dia terjaga nanti menangis pula tengok parentnya tiada.
Minta emak tengokkan baby Haqeem.

Kami beli 3 bungkus lontong. Roti canai 8 keping. Sebungkus nasi goreng dan mee goreng.
Sampai di rumah semua masih tidor lagi. Terus breakfast dengan emak sekali.
Habis makan hubby kejutkan Haziq. Tunggu cuaca panas sikit diaorang pergi mandi di swimming pool.
Tapi kejap sahaja di sana sebab memang sejuk sungguh pagi  yang belum tengahari itu.

Haifa memang sudah kesejukkan masa ini.
Tapi aku suruh hubby tunggu dalam air kejap sebab hendak ambil gambar.

Sicomel Haifa.


Rancangan kami memang mahu round JB. Ialah kononnya aku ini sudah 2 tahun tidak kesana. Manalah tahu ada perubahan gitu.
Maklumlah study di JB dulu. So macam kg aku pula, hendak balik tiap tahun.
Hehehehe.
Tapi memang pun kalau balik kg di S'pore sempat berjalan di JB selalunya.

Rancangan tinggal mimpi sahaja.
Cik Sarah suruh lunch sama-sama.
Last last kami berlepas sahaja di rumah until lepas Zohor.
Kemudian barulah pergi Jusco Bukit Indah makan di Secret Recipe.
Habis diaorang bershopping di situ, ajak lagi minum petang di kedai mamak berdekatan.
Aku sudah tidak larat hendak makan. Full sungguh makan tadinya.
Minum air kopi o sahaja.
Dalam jam 6pm lebih  salam perpisahan.
Cik Mat dan Cik Sarah direct masuk S'pore.

Kami meneruskan cita-cita ke Air Hitam.
I'm driving.

Bolehnya beg emak dan Cik Sarah sama gitu.
Asalnya memang beli sesama pun.
Tapi tak sangka boleh guna di waktu yang sama.

Tengah pilih menu.
Dari kiri My mother, adik emak Cik Sarah and the husband Cik Mat.

Haziq with coklat ais cream.
Namanya satu scoop.
Tapi datangnya satu gelas. Price RM3

Haifa dengan vanilla flavor.

The foods.


Sampai destinasi yang di rancang hari sudah gelap. Dalam jam 7.30pm gitu.
Kedai pun ada yang telah tutup.
Round sekejap di deretan kedai baru. Then ke lokasi kedai-kedai lama.
Disitulah kami membeli maruku dan popia comel.
Emak pun sama.
Tabung comel pun beli disitu.
Untuk Haziq dapatlah juga mainan sebiji lori.
Kemudian hubby tambahkan lagi teddy SMURFS untuk Haifa dan Haziq.
Price RM25 satu.
Itu sahajalah yang dapat dibeli dalam masa yang singkat itu.
Walaupun sebenarnya macam belum puas lagi.
Hendak buat macamana, kedai banyak sudah tutup.
Dan di tambah kami penat juga.

Haziq pilih yang ini.
Haifa pula semestinya pilih gegirl gitu.

Continue aku driving lagi.Dan kami selamat sampai di Kuala Pilah dalam jam 12 malam gitu.
Dinner tengahmalam sekali.
Sampai kg settle itu ini terus tidur.
Penatnya sebab sudah lama-lama sangat aku tidak driving jauh begitu.
Makanya rancangan awal kami untuk bercuti.
Telah bertukar tajuk menjadi Balik Kg Emak.
;))
Asalkan emak happy, kami pun happy juga.
Thank you so much to my hubby kerana okies okies sahaja dengan rancangan yang telah bertukar itu.

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan ke Johor.

Baru pagi ini ada kesempatan untuk bercerita panjang bercuti 2 hari semalam di Johor.
;))

Story masa Sabtu (22 Oct 2011) - Hari pertama.
Pagi itu macam biasa aku dan hubby bangun awal. Walaupun hari cuti.

Dan pagi-pagi itu jugalah aku masak nasi. Cadangan hendak masak nasi goreng buat sarapan.
Tetiba hubby suruh aku masak lauk terus. Untuk lunch.
Makanya buat masak simple. Sup sayur campur+crabball. Juga telor mata bersambal.
Done.

Tetiba lagi dalam jam 11 lebih hubby macam setuju cadangan aku untuk berjalan jauh hari itu.
Planning mahu ke Air Hitam Johor. Alasan kuat ialah untuk shopping.
Alahai mahu membeli 'teddy bear', tabung simpan duit, kerepek dan lagi mana-mana yang berkenanlah.
Mula-mula rasa macam mahu balik hari sahaja.
Pergi sana dan balik terus ke KL lepas itu.
Bila aku cakap dengan hubby yang tempat itu berjarak 1 jam lebih sahaja lagi untuk ke Johor.
Terus hubby suruh bermalam sahaja di Johor sekali.
Hari Ahad balik KL semula.
1st step aku buat ialah call Cik Mat my uncle di Singapore.
Ialah hendak tumpang bermalam di rumahnya di Leisure Farm Gelang Patah.
Alhamdulilah Cik Mat free.
Jumpa malam nanti di sana.

Dan drama yang sama masa pergi Cameron Highland hari itu berulang kembali.
Aku mengemas dulu barang-barang Haziq, Haifa dan Haqeem.
Dan barang kami last sekali untuk di settlekan.
Hubby pula masa itulah bagitau yang minyak hitam kereta sudah perlu di tukar.
;((
Doa aku dalam hati semoga semua di permudahkan.
Alhamdullilah semua tiada masalah di bengkel kereta.

Sementara menunggu hubby di bengkel, aku lunch dulu di rumah bersama Haziq dan Haifa.
Bila hubby balik dia senang hati sebab semua di rumah sudah selesai.
Tinggal hendak masukkan dalam bonet kereta sahaja.
Akhirnya sekali kami bertolak dekat jam 2 petang dari KL.

Jalan clear sahaja hari itu. Ingatkan banyak kereta sebab orang hendak balik cuti Deepavali.

Sesampai di area Tol Senawang. Hubby tetiba buat cadangan lagi. Kalau hendak bawa emak sekali, call lah sekarang.
Aku senyum simpul.
Memang niat dihati hendak bawa emak.
Apa lagi, terus call emak dan emak terus setuju.
;))
Call abah lepas itu untuk minta kebenaran bawa emak. Settle.
Maka membelok kami ke arah Kuala Pilah.
Done di kg, terus ikut Jalan Tampin untuk masuk highway exit Tol Simpang Ampat.
Masa itu bergerak dari kg dalam jam 5pm.
Minum petang di RnR Pagoh kalau tidak silap.
Meneruskan perjalanan secara tidak laju.

Alhamdulilah sampai di Gelang Patah around 8 malam gitu.
Tunggu Cik Mat and Cik Sarah. Then terus pergi dinner.
Makanan amatlah sedap di kedai seafood itu. Namanya aku lupa, sebab sudah penat.
Habis di situ terus ke Leisure Farm.
Settle semua, bual-bual dan tidur.
Sejuk amat, tidur pakai kipas pun sudah nyaman.

Kegemaran Haziq main di pasir dan Haifa pula makan maruku.
Masa tengah menunggu emak bersiap.

Pintu masuk Leisure Farm Gelang Patah.

Tuan rumah yang sudah lama picturenya yang tidak di post. Bersama hubby yang ambil gambar tinggi sangat.

 Close up (,")

Friday, July 29, 2011

Cameron Highland 3

Harga tiket masuk ke Butterfly Farm

Ada rama-rama, labah-labah dan juga ular.

Makan di sini. Last station sebelum turun dari CH.

FM, Strawberry RM10, Coklat yang manis sungguh dan jagung 6 biji RM10.

Done!!!!

Thursday, July 28, 2011

Cameron Highland - Cactus Point





Cactus saiz besar.

Harga from RM2 untuk satu pasu kaktus. Aku beli pokok cactus yang comel itu berharga RM2 sebiji. Beli 5 free satu. Bekas besi itu harga RM10. Pokok bunga itu, dari tepi grill RM5 satu. Aku beli satu pokok daun dan satu lagi pokok bunga putih itu.

Wednesday, July 27, 2011

Cameron Highland 2

On the way pergi ke Cameron Valley. Ada landslide, tapi bukan baru. Perjalanan memang tidak jauh dari Tanah Rata.

The place.

Mak yong tengah order cheese cake. Haziq yang pilihkan.

Order blueberry and strawberry cheese cake. Air teh tarik dan teh o. Harga cheese cake ialah RM7.50 untuk satu slice. Memang sedap.

Hanya di tangga sahaja. Aku tidak ikut turun ke kawasan ladang teh.

The farm.

Orang ramai di bawah ini. Semua berposing ambil gambar. Permandangan memang cantik.

Selesai di situ, hendak gerak turun. Ada satu kumpulan besar motor baru sampai.

Beli ini sahaja. Harga RM8.90. Boleh beli online di www.bharattea.com.my

Monday, July 25, 2011

Cameron Highland

Melepaskan penat di RnR semasa otw.

Jumaat lepas, hubby buat cadangan dengan sokongan aku sekalilah.
Jom kita sekeluarga pergi bercuti.
Wow dengan kandungan yang sudah masuk 38 minggu.
Dan kalau di kira dengan tangan aku ini, insyallah dalam masa kurang 14 hari bila-bila masa aku akan bersalin.
Boleh fikir hendak berjalan jauh lagi.
Erm.
Hendak buat macamana, kan. Alhamdulilah aku rasa macam sihat jugalah.
Di tambah lagi masa inilah Allah bagi kami rezeki lebih.
Maka tidak salah rasanya kami perlu pergi bercuti.
Last berjalan jauh sikit ialah pada bulan April lepas iaitu ke PD dan Melaka
Ironiny aku tetap bercakap dengan hubby, kalau aku sihat hari Sabtunya..set kita boleh bercuti.

Mula-mula cadangan kuat hendak ke PD sahaja.
Namun mesti hari panas, aku sure tidak tahan.
Laginya aku mesti tidak boleh mandi manda.
Sekadar jadi penonton pantai.

So tukar tempat ke Genting sahaja.
Lagipun tempat sejuk..kan.
Hatta bagi aku tidak menariklah.

Lastnya pagi sudah tengahari Sabtu, kami sepakat ke Cameron Highland.
So ada calling calling opismate tanya kena guna exit mana dan tanya duration perjalanan.
Makanya lepas itu aku and hubby kemas baju ala kadar.
Susu, pampers and done.
Jam 12 lebih rasanya kami gerak dari rumah di Puchong.
Fuh last aku pergi CH ialah pada tahun 1988.
woooo
Teruja dan cemas.
Berdoa dalam hati semoga aku tidak bersalin di CH.
;))

Wednesday, March 16, 2011

on the road from PD to Melaka


Lepas seronok main pasir pagi Ahad itu, 6 March 2011 kami ke Melaka. Ialah, apa saja aktiviti yang hendak dibuat di PD bagi akulah, melainkan mandi manda sahaja.
Cadangnya hari Ahad itu kami hendak melawat ke mana-mana muzium di PD. Namun aku beritahu hubby, rasa macam malas hendak keluar dari kereta tengahari gitu. Panas betul masa itu.
Lagi syok kita berjalan dengan duduk dalam kereta sahaja.
Sebelum bergerak itu sempat kami lunch dulu berdekatan Petronas di PD. Kedai yang sebelah kedai bundle dan kedai buah.

Pertama kali-kalinya kami akan ke Melaka mengikut jalan lama. Ikut jalan dari PD then terus ke Lubuk China dan terus lagi. Memang aku tidak tahu pun jalannya macamana. But kami ikut signboard sahaja.
Tapi kelakarnya aku ini duk cakap dengan hubby.
Adakah kita akan termasuk jalan ke Merlimau nanti ni ye?. Sebab hari Ahad itu ialah hari mengundi. Sah-sah mesti jem teruk gitu. Risau juga. Sehingga sampai Melaka, aku tetap tidak boleh imagine di mana sebenarnya location Merlimau itu.
Perjalanan kami petang itu full dengan permandangan rumah orang Melaka sahaja di kiri dan kanan.
Ada satu tempat ini, aku perasaan punyalah banyak kereta berenti tepi jalan. Padahal kawasan itu ialah kawasan kelapa sawit.
Rupanya ada macam gerai Nasi Arab di situ. Penuh orang makan dalam kawasan itu.
Sedaplah agaknya itu.

Kelakarnya sebab aku dan hubby memang fail hendak ingatkan map Melaka aka geografi zaman sekolah dulu. Sudah-sudahnya kami melayan sahaja perjalanan hari itu. Harapan moga selamat juga sampai di Melaka akhirnya nanti.
Namun dekat 3 kali juga hubby berenti kereta untuk bertanya jalan dengan orang kedai.
Alhamdulilah, dekat 2 jam barulah kami sampai di Melaka. Aku ingat kami gerak dari PD dalam 12 lebih dan sampai di Melaka dekat jam 3pm.
Punyalah lama gitu kan. PD to Melaka.
Tapi itulah pengalaman pertama kami ikut jalan lama. Cukuplah sekali ikut jalan itu, sebab kalau hendak balik semula. Confirm aku tidak ingat jalannya. Entah berapa kali belok entah.
;))
Malam itu kami balik semula ke hotel di PD ikut highway sahaja. Senang.
Bagi aku cukup enjoy menikmati perjalan masa pergi petangnya. Ialahkan, berdua dengan hubby sahaja.
Haifa dengan Haziq memang tidur sepanjang perjalanan.

Wednesday, March 9, 2011

Seronok main pasir

Alhamdulilah kami sekeluarga selamat bercuti baru-baru ini. 3 hari 2 malam gitu.
Destinasi cintanya ialah PD dan juga ........ Nanti cerita pula destinasi kedua dimana. Hatta baru hari ini aku masuk kerja, makanya adalah beberapa kerja-kerjaan yang perlu di buat kan.
Semalam aku ambil MC. Penat sangat-sangat plus badan pun rasa tidak sedap gitu.
Tapi hari ini aku sudah sihat, alhamdulilah.
Cerita tetap cerita kisah seronok percutian kami, tapi pendek sahajalah.

Sila lihat anak-anak aku bermain pasir di pantai. Macam tidak pernah jumpa pasir sungguh gitu. Kalau Haziq siap tidak mahu mandi lama-lama pun. Kerjanya ialah hendak bergelumang dengan pasirrrr sahaja.
;))
Haifa pula, this is her 1st time. Memang masa 1st day, dia macam keliru sikit. Takut pun ada. Namun akhirnya Haifa seronok sungguh. Dia menikmati laut, pasir dan juga pasir dan juga pasir lagi.
Aku pula apa kurangnya. Aku memang cintakan laut dan pantai.
Ibarat ketagihan aku ini kalau masa pregnant. Perkara wajib ialah mandi laut. Semestinya, sekali pun cukup.
Muahhh to laut.
Bila kala hubby temankan anak-anak main pasir. Memang mithali sungguh hubby aku ini. Aku pandang-pandang memang kebanyakkannya mesti para ibu yang temankan anak-anak main pasir. Tapi aku sudah terbalik, aku tetap layan mandi laut sorang-sorang dengan pelampung biru aku. hikhik.

Haifa with baju mandi

Haziq kesukaan sungguh bila dapat tidur atas pasir

Wednesday, October 28, 2009

Am i cute? ahakss..

Di perhentian R&R yang banyak nya lalat...cancel hendak makan disini. Cuma ambil gambar sahaja...hehehehe.

Am i cute in this picture? :-" ....hahahahaha. Aku rasa aku comel gitu.

---------------------------------------------------------------------------------------

Today story -

Aku tengah lunch break kursus ESQ. So balik office lah sekejap. Aduhai..semalam itu dibenarkan balik pada jam 6.45pm. Aku sampai rumah dalam jam 7.30pm, kalau tidak silap aku lah.
Disebabkan lama rasanya tidak driving waktu malam..aku rasa malam semalam itu...silau mata aku tengok lampu-lampu kereta waktu driving malam tadi.

Ialahkan since sudah bersuami ini...semua nya suami yang take over kan. Sudah jadi budak MANJA gitu. Padahal masa bujang dulu semuaaaaaaaaaaa nya aku buat sendiri.

Thursday, August 13, 2009

Pantai Desaru.

Picture with cousin Dillah and hubby Iskandar, lepas makan time di JB malam sabtu lepas. Thank a lot to my uncle sebab belanja makan sempena my 33rd birthday(...iyea kea...boleh aje lah). Tapi aku cuma makan sotong goreng tepung and minum air nescafe panas. Sememangnya im tired that night. Walau aku cuba untuk merasa makanan lain, tapi aku tidak mampu. Padahal malam itu makanan sungguh sedap..siap penuh satu meja itu. Ada sate, nasi goreng paprik, nasi ayam penyet, burung puyuh goreng, bubur nasi, pari bakar dan ulam ulaman.

Haziq lepas check in di Desaru pada petangggggg sabtu lepas, kemudian kami ramai- ramai terus keluar semula untuk pergi lunch@tea time. Pergi sekereta MPV sahaja with my uncle, auntie, cousin Hamin juga kami sefamily.

Habis makan-makan dan pergi pasar petang di Bandar Penawar kami semua terus balik ke penginapan. Uncle and auntie aku memang terus lepak sahaja di bilik. Aku pun mula-mula baring sahaja atas katil. Haziq, En Hendra dan cousin sudah pergi ke laut. Diaorang tu larat sahaja lagi. Haziq aku itu memang kaki mandi, tidak kiralah di mana-mana mesti hendak terjun sahaja.
Aku rasa aku hendak buat correction gitu. Memang semasa aku mengandungkan Haziq, aku memang liat sikit kalau masa hendak mandi. Bukan aku ini malas mandi, tapi aku tidak boleh hendak masuk bilik air mesti rasa hendak muntah sahaja. Bilik air bukannya kotor pun. Satu lagi kalau mandi lama-lama atau banyak kali, perut aku jadi tidak sedap macam berangin-angin gitu. Kalau silap-silap memang aku muntah punya. Sudahlah aku ini kaki muntah, hendak tahan-tahan pun termuntah juga...letih lah kan. Sebab itu aku payahhhhh sikit hendak mandi. So ada orang kata kalau time pregnant 'malas' mandi nanti anak pun sama malas mandi bila sudah lahir. Iye lah tuuuu!!!!!.

Syioknya dua orang ini bersantai riang lepas mandi manda di pantai. Kalau ikutkan hati memang aku pun hendak mandi sama. Tapi disebabkan kandungan aku baru 3 bulan lebih masa itu, sebaiknya kata uncle aku jangan dulu. So aku cuma lepak tepi pantai main-main pasir.

Picture pagi Ahad. Haziq sudah mandi dan sibuk ajak En Hendra pergi mandi laut.

Terima kasih to my uncle and auntie sebab buat my birthday pada tahun ini sungguh seronok. Belanja makan sana sini, dinner western di hotel tempat penginapan juga siap ajak kami sefamily ikut bercuti di Desaru. Pagi ahad itu, my uncle bagi kami yang guna kupon breakfast. Sebenarnya aku memang tidak larat hendak jalan jauh-jauh ini. Asalnya ke JB sebab ada hal penting, last-last pergi Desaru lagi dari JB. Demi keluarga tercinta..semua ku laratkan juga.

Sunday, May 24, 2009

kuala terengganu mewarnai hidup aku II - 6 April 2009

23 and 24 May 2009 - Saturday & Sunday

Kegembiraan dan keseronokkan di KT masih terasa-rasa bila aku tengok semula semua gambar-gambar semasa pergi kesana awal April lepas. Kalau hendak diikutkan memang banyak cerita hendak di storykan disini, tapi pelan-pelan kayuhlah sebab aku sememangnya sibuk dengan 'hal' kerja sepanjang April until awal June ini. So di kesempatan malam ini, sesambil tv tengah tengok aku tapi telinga tetap tengah dengar berita terkini di tv.

Semalam aku kerja 1/2 day sahaja. Ada Info Day. Tempatnya di Hall office aku. Ok juga sambutan semalam itu. Lepas free lunch di situ, aku punch out dan terus balik rumah.
Dalam jam 3pm lebih kami bertolak balik ke Kuala Pilah dan sampai sana dalam jam 5pm gitu. Selepas singgah dan ambil emak di rumah di kg, kami terus ke rumah abang ngah aku di Juasseh. Abah aku seperti biasa, bukan hendak ikut pun, so abah tinggal jaga rumah seorang. Biasalah kalau pergi rumah abang aku ini selalunya memang bukan sekejap, kurang-kurang 2 ke 3 jam gitu. Bukan apa, mesti kak ipar aku ajak dinner sekali di situ. Hahaha, rezeki jangan ditolak. Lagipun kalau kak ipar aku yang masak confirm pedas dan sedap punya. Menu malam itu ialah daun pucuk ubi masak lemak cili api, ikan siakap goreng bersambal, udang sambal dan yang paling sudah lama aku tidak makan ialah sambal gesek. Hehehehehe. Apa itu ek?

Sambal gesek basic things ialah ikan bilis digoreng atau ikan bilis mentah, cili api warna hijau beberapa biji juga bawang merah sedikit sahaja. Dan kalau tidak silap aku sedikit perahan limau kasturi @ limau nipis kalau ikan bilisnya mentah. Selepas itu semua bahan tersebut ditumbuk tetapi tidak sehingga kurang hancur. Makanan ini sesuai di makan dengan nasi putih sahaja atau dengan masak lemak cili api. Atau apa sahaja lah lauk pauk yang sesuai di makan bersama. Macam aku semalam itu, aku layan sambal gesek bersama ikan siakap dan nasi.
Sungguh gerek sekali.


6 April 2009 - Monday

Lepas selesai membeli kain tengahari itu kami balik ke Hotel untuk berehat-rehat juga makan. Ada sebuah kedai di tepi bangunan hotel tempat kami menginap benar-benar mencuri perhatian kami. Sebab kedai aka gerai ini aku tengok memang sentiasa ramai orang. So tengahari itu kami pergi selidiklah. Rupanya disitu ada menjual ayam goreng ala-ala ayam fast food begitu. Juga beberapa menu mee. Kami pun cubalah membeli beberapa ketul ayam untuk lunch dan bungkus makan di bilik hotel sahaja. Peh...memang sedap..bersaiz besar dan rangup sekali. Lepas berehat-rehat, sebab panas sungguh cuaca hari itu kami menuju ke Pantai Batu Buruk untuk minum petang. Masa sudah jam 4pm lebih.

Pantai Batu Buruk view dari gerai makan.

Aku makan laksa (sedap+pedas+banyak) dan air kelapa.

My laksa...nyum nyum.

Menjejak kaki ke pantai selepas burp...

Indah sungguh pantai dan lautan ciptaan ALLAH.

Selesai di pantai...memang seronok dan terleka melayan gulungan ombak di situ. Haziq asalnya memang tidak mahu balik sebab seronok main pasir.

Friday, April 10, 2009

kuala terengganu warnai hidup aku.

Tengah mood bercuti lagi masa ini.Picture taken di bilik hotel di kuala terengganu hari itu.

Friday - 10 april 2009
Kepenatan tetap MENU UTAMA aku setiap hari minggu ini. Seriusly tak terikut aku dengan kepantasan mereka-mereka yang bekerja di makmal tanah. Ialah banyak samples yang perlu di buat testing. Lagipun semua samples tersebut merupa dari client dari luar. Semestinya semua result perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Tapi alhamdulilah..dalam banyak-banyak sample mesti beberapa sample aku sendiri dapat buat testing dengan bantuan mereka. Seronok juga bila setelah bertahun-tahun aku asyik mengajar sahaja, tetiba diberi peluang buat kerja field macam ini...memang aku hargai.

Mungkin semua orang tahu atau tidak tahu, kerja-kerja di makmal semestinya perlu berdiri dan bergerak kesana dan sini. So bayangkan lah beberapa hari ini, bagaimana keadaan kaki aku...penat ya ampun. Kalau masa timbang sampels sahajalah boleh berduduk-duduk...ermmm.
Syukur alhamdulilah aku susah payah belajar tinggi sikit...kalau tidak dengan tahap kelembikkan aku ini..agaknya macamana nak survive bila kerja macam mereka di makmal.
Semoga Allah perkuatkan dan persihatkan mereka-mereka yang berkerja dimakmal tanah tu..amin ya rabbal alamin.

Kuala Terengganu - 06 april 2009 / Monday

Alhamdulilah aku sudah set in mind tudung color apa hendak dibeli. Kalau tidak mahu jadi tidak tentu arah bila masuk kedai tudung sana sini.

Aku memang suka tudung yang simple sahaja tanpa batu lip lap sana sini. Puaslah penjual di sana tunjukkan aku tudung patern baru yang sememangnya confirm batu berkelip-kelip. Aku direct cakap kat penjual itu -

" Saya suka yang simple sahaja kak. Lagipun yang penting color tudung itu sesuai dengan warna kulit saya yang kurang terang ini. Tak kiralah tudung itu yang terbaru atau yang terlama..lalalalalala"


Yang warna biru berbatu-batu hujung sekali itu aku hendak juallah sebab tudung itu lembut sangat. Aku memang tak berapa pandai dengan kain yang lembut-lembut ini.
Ada siapa-siapa hendak beli ke?

Memang aku suka sungguh beli kain ela@pasang di kedai ini. Cantik, ada kain yang murah dan ada yang mahal tapi berbaloi membelinya. Malangnya kedai ini tak ada cawangan di Kuala Lumpur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails