Followers

Showing posts with label cake order. Show all posts
Showing posts with label cake order. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Kek Pelangi dan Kek Orange - order

Model cake.

Malam tadi gigih aku membakar kek.
Repeat order dari Sis Norli di Kajang.
Serius 1st time jumpa Sis ini.
Dulu dia order masa dia dalam pantang.
Silap aku yang terlepas pandang email order.
Last-last sudah bersalin kakak itu, baru aku perasan.
Makanya kehendak orang mengandung kan.

Tadi itu Sis Norli order 3 biji kek.
2 kek pelangi dan 1 kek orange untuk kenduri Aqiqah di rumahnya.
Alhamdulilah, Sis Norli cakap diaorang anak beranak suka makan kek butter aku itu.
Sejuk aku dengar komen positive itu.

Memang penat sikit aku hari ini.
Semalam tidur jam 2 pagi. Setelah semua kek siap.
Lepas itu bangun pagi, tidaklah pagi sangat.
Kena hantar kek ke rumah Sis Norli.
Haziq sahaja yang mandi, sebab dia sudah pandai mandi sendiri.
Haifa dan Qeqeem just tukarkan baju dan pampers.
Siapkan susu sorang satu sekali sebelum keluar rumah.
Then terus ke Serdang, settlekan bill.
Jam 11 pagi baru merasa breakfast+lunch.

Balik rumah terus terlelap aku.
Bangun gocoh-gocoh, siap pergi kerja.
Aku kerja dari jam 1pm - 5pm hari ini.
Penat, demi mencari rezeki.

                    
Sorry to say lah.
Aku sendiri jatuh cinta dengan kelembutan dan aroma kek pelangi ini.

Orange Butter Cake

Kek Butter Pelangi

Thursday, June 14, 2012

Kek Mentega Oren - order

Siap di bungkus comel.

Alhamdulilah sudah hari Khamis. Maveles.
Aduhai kelas sudah bermula minggu depan.
Walau sudah berzaman mengajar, tapi hati ada cemas sikit.
1st time nanti aku akan mengajar subject CM.
Ialahnya setakat CM itu memang budak civil macam aku boleh mengajar, insyallah.
Lagilah budak UTM JB, boleh sahaja. Bagi sahaja ajar apa-apa.
Lagilah lagi zaman aku adalah hasil air tangan UTM zaman 'universiti tendang menendang'.
Aku antara yang terpilih untuk kekal menghabiskan belajar. TQ ALLAH.
Apa-apa hal aku yang request subject CM itu tapi dengan SECRET MISSION.
Insyallah, moga ALLAH permudahkan urusan aku nanti. amin amin amin.

Back to story cake.
Itu hasilan kerja tangan aku atas order opismate.
Sudah 2 kali juga mak yong order dari aku.
TQ dear.

So kepada yang berminat sila-sila order.
Hendak rasa 'kek kg'.
Mari mari mari.
Iklan jap yea.

Order dari Ms Saliza.
RM5 sebiji.
Dalam ada content hirisan kacang walnut.

 

Yang ini plain sahaja.
Pure Orange Butter Cake.

Friday, June 1, 2012

apam polkadot, cake and update.

Alhamdulilah, finally sudah hari Jumaat. Fuh, penatnya aku minggu ini. Event IUICEC 2012 oleh department aku selama 5 hari telah berakhir semalam. Dugaan tuhan, cuaca panas sungguh beberapa hari ni kan. Penat ampun bila kena bekerja selain dari dalam office yang sejuk beraircond. Op tak mau bercerita panjang pasal IUICEC. Nanti kalu rajin, aku buat post pasal competition tu.

repeat Order dari Ms Anis.
100 biji.

Mari lihat order last week. Macam biasa, aku memang tidak berani hendak terima order banyak-banyak. Serius aku takut aku tidak mampu buat. Maklumlah kerja di office pun boleh tahan penatnya.
Komitmen dengan keluarga pun kena jaga. Nanti tidak pasal-pasal hubby sound aku sebab asyik dengan kerja sendiri.
Alhamdulilah setiap minggu adalah juga aku terima order.

                                                            Order dari Ms Saliza.
                                                            Cake Coklat Walnut.

Story pasal kek ini. Alhamdulilah pujian dari customer ialah kek ini rasa manis-manis buah. Yup, aku memang pantau sikit hal gula-gulaan ini. Aku sendiri tidak suka kalau kek terlalu manis. Ialah memang namanya hendak berniaga. Tapi tidak elokkan kalau makan manis-manis terlampau. So aku suka buat study sikit pasal resepi. Aku tengok berapa gram terbaek untuk sesuatu resepi berdasarkan komen dan hasil bakar orang lain. Dari situ baru aku berani guna untuk resepi aku. Dan semestinya hubby adalah pengomen tegar apa sahaja yang aku bakar.

                                        Yang ini part cake untuk makan-makan family.

Friday, April 13, 2012

Choc. Moist Cake and salam Jumaat.

Salam sudah petang Jumaat.
Alhamdulilah.
Hari ini mood baju kurung warna kuning berbunga maroon.

Sadis sahaja malam tadi. 1st time aku menangguhkan order customer.
Asalan memang hendak membuatnya. Tapi, bila sampai rumah mood  sudah tranform jadi lain. Mungkin aku fenat gitu. Ialah kerja sudah banyak juga di office. Tambahan lagi dengan bekerja dihari Sabtu.
Insyallah hari Ahad malam nanti aku kukus apam polkadot.

Cuci mata dengan pictures kek bersama edible image. 1st time aku dapat order begini. 1st time juga aku guna design hiasan begini. Guna taburan coklat rice.
Alhamdulilah customer berpuas hati dengan hasil kerja kerastangan aku ini.
Resepi kek ini tetap sama dengan kek sebelum ini. Boleh cek pada tag cake di belah kanan blog aku ini untuk dapatkan resepi.
Adunan resepi itu adalah untuk loyang 9 inci.

Ini untuk anak-anak kesayangan.

Ada sapuan buttercream.
Amaran, rasa amatlah kecoklatan. 
Kalau di makan fresh from peti ais...aduhai sedap sungguh.

Mari lihat Choc. Moist Cake yang selamat di bakar minggu minggu lalu.
Dua biji order dari orang yang sama MISS NIZA sempena birthday anak kesayangannya.
TQSM dear.

Permintaan mahu edible image Angry Bird.

Satu lagi kek edible image Dora.

Saturday, March 10, 2012

cuti di rumah, syiok kan.

Salam Sabtu.
Alhamdulilah.

Order hari Jumaat semalam.
Kek Buter Oren Bercoklat.

Semalam aku sudah cuti. Agenda ialah menghantar kereta untuk di servis. Okies. Makanya kereta di tinggalkan di situ. Hatta mungkin seminggu kot, jaminan yang diaorang bagi untuk siapkan semua-semuanya.
Lepas settle di situ, kami terus ke tadika Haziq. Ngam dekat jam 12pm jugalah. Ambil Haziq dan terus ke Giant.
Cadangan ialah membeli beras dan sedikit barang dapur.
Ish tidak cukup-cukup juga kan. Padahal malam sebelumnya kami sudah ke JJ lagi. Fuh.
Tengahari semestinya perut sudah lapar. Aku ajak hubby beli KFC sahaja. Hendak masak, erm rasa macam sudah lewat. Aku beli Nasi Ayam set RM 5.95 rasanya. Beli 4 sets. Alhamdulilah.
Selesai makan di rumah, badan sudah penat. Hehehe, angkat Qeqeem masuk bilik, sambil aku baca suratkhabar.
Dalam jam 3pm lebih barulah lelap anak kesayangan aku ini.

Sebenarnya pagi itu lepas Haziq pergi tadika. Aku sudah bertugas di dapur. Alhamdulilah, rezeki. Kaklang aku order Kek Butter Oren Bercoklat. Makanya pagi-pagi itu aku sudah memekak kan dapur dengan bunyi mixer. Timbang tepung, gula dan mentega. Cuci telo dan pecahkan siap-siap.
Kemudian griskan loyang 8 inci. Angkat oven dan panaskan dulu. Settle, adunan mula di letakkan dalam mixer.
Kek siap dalam jam 10am, angkat dan keluarkan dari loyang. Siap masukkan dalam bekas.
Terus kami keluar rumah dan menghantar kek sekali.

Dekat padang tadika.
Nampak tak Haifa di belakang tepi tu?.
Dia pun siap dengan beg, padahal hendak pergi ambil Haziq sahaja.

Dengan beg kesayangan, Abah aku yang belikan.
Mesti hendak BEN10 sahaja.
Brand SWAN, price RM39.90.

Story pasal Haziq dan Qeqeem.
Alhamdulilah Qeqeem sudah rancak merangkak kesana dan kesini. Laju dan gembira aku tengok dia dengan langkah terbarunya itu.
Kiranya umur Qeqeem kini ialah 6 bulan 3 minggu.
Yup rasany progress anak-anak aku macam sama sahaja rasanya. Paling suka kaco kakaknya, tarik rambut gulung-gulung itu.
Part 'makan' buku pun memang 'suka'. Mungkin gigi Qeqeem suda mula gatal. Satu lagi, suara...fuh sama macam kakak Haifa yang memang NYARING.
Barulah pagi semalam sempat aku menengok buku lawatan klinik Qeqeem.
Beratnya turun. Masa 5 bulan ialan 7.12kg, tapi masih 6 bulan ialah 7kg.
Makluman Qeqeem kena cirit birit hari itu dekat hendak seminggu. Itu sebab berat turun, juga bak kata orang bila budak mula merangkak memang berat badannya akan turun supaya ringan dan mudah untuk merangkak.
Setakat ini kami belum bagi Qeqeem makan apa-apa selain susu + nestum. Tiada kesempatan lagi.

Haziq selamat bercuti sekolah.
Start sekolah hari itu, Haziq mula tidak pakai pampers. Alhamdulilah. Progress lagi, mula bulan March ini terus Haziq tidak pakai pampers lagi. Mula-mula memang ajar tidak pakai di waktu siang. Pelan-pelan waktu malam pun tidak di pakaikan pampers. Lama-lama terus tidak pakai lagi.
Memang kiranya lambat jugakan Haziq begitu. Tapi tidak mengapalah.

p/s Gigil juga sikit, mahu siapkan order untuk hari Isnin ini APAM POLKADOT dalam 120 biji.
Ya ALLAH permudahkan perjalanan rezeki hambamu ini. amin amin amin.

Tuesday, March 6, 2012

tidak berSelera.

Salam Selasa.
Alhamdulilah.

Penat sikit.
Penat banyak.
Erm, tiada kepastian sebenarnya. Namun selera makan aku failed sekarang ini. Aku rasa itulah bukti penting menunjukkan aku tired. Pagi-pagi selalunya aku paksa diri aku sedikit heavy untuk breakfast. Lunch time pula, ikut mood. Sungguh payah, payah dan payah lagi. Selera aku sudah seperti waktu pregnant dulu yang akan memilih makanan setelah melihat pinggan orang lain atau bekas makanan mereka. Hatta dinner semestinya adalah paling susah sekali nampaknya. Aku crawling dengan MILO O PANAS sahaja. Sungguh nyaman sekali meneguknya.
Amaran dan peringatan. Aku tidak mengandung di kala ini.
Mungkin ironinya aku mengikut seperti emak kalau part tidak berselera makan ini. Sudah tidak boleh di ubah, aku kan anak emak.
Payah sangat ke menjadi aku?.

Kek order dari Sis Jun Aida.
Repeat order.
Iklan - Mengidam kek 'kg'. Mari order. RM 28 sahaja.

Alhamdulilah rezeki tidak putus. Berkat rezeki anak-anak aku.
Malam ini masuk malam ke3 aku berjimba jimba dengan mixer dan oven. Apam polka dot order dari officemate. Buat memujuk anak-anak katanya. Ialah tanggungjawab kena kerja luar. Anak-anak bakal di tinggalkan. Makanya apam aku insyallah sebagai pemujuk.
Kek Butter Pelangi sudah siap di beri dan di makan oleh customer semalam dan hari ini.
Ada 2 biji. Dua-dua dari officemate juga.
TQVM ur all.

Monday, February 27, 2012

Kek selamat di order - tambah story lagi.....

Salam Isnin.Alhamdulilah.
Gagah aku datang bekerja hari ini.
Amazing me.
Wah wah...

Erm mood semestinya ke laut kalau hari Isnin gitu kan. Apa celop...serius aku tidak suka drama ini.
Malas mahu story yang panjang manjang.
Jom melayan pictures my kek.
Sebenarnya aku mahu menyiapkan kerja penandaan pada hari ini.
Tanda kertas exam subject Fluid Mechanics.
Aku berdoa dan berharap aku mampu meningkatkan kadar kerajinan aku.
Alhamdulilah carry mark sudah siap di key in pada sistem minggu lalu.
Gigih aku settlekan test, assignment and quia bagai.
So harapnya habis-habis penandaan untuk markah final exam ini, zass aku key in terus markah.

Orange Butter Cake - order dari Esma juga.

Kek Butter Pelangi - order dari Norli (Kajang)

Story cake di sini bukan semua aku buat satu masa.
Tapinya order yang aku dapat pada minggu-minggu laluan.
Asyik kelupaan sahaja untuk upload gambarnya.
Mesti ada penanyaan di hati orang yang melihat gambar, kenapa color kek oren aku macam pucat sahaja kan. Macam tidak menarik nampaknya kan.
Sebenarnya aku memang tidak berapa suka untuk letak coloring pekat@tebal sangat gitu.
Memang colorful itu maveles. Tapinya dari segi kesihatan. Kena fikir gak perkara itu.
Biarlah orang kata dalam food industry presentation itu penting.
Bagi pendapat aku yang tidak seberapa ini, lebih sedap dimakan adalah lebih baik

P/S
Sebenarnya kawan aku yang duk dalam Cosway@Amway duk bising pada aku pasal food coloring ini.
Dia rajin story dengan aku pasal health ini.
Itu yang aku ambil kesedaran dari dia.
Lagipun benda baek, apa salahnya kita kongsi.

Orange Butter Cake with choc. inside - order dari Kaklang.

Butter Cake - order dari Esma.

Tuesday, February 21, 2012

Demam and story cake lagi.

Salam Selasa.
Alhamdulilah.
Me tidak bekerja lagi hari ini. Fuh sakit hendak datang kan, kena redha. Demam sikit dan semestinya kurang kelaratan.Haziq pula demam dari malam tadi. Alhamdulilah sudah ada kurangnya. Hatta tetap aku tidak memberi dia ke school. Azalinya dari sekolah lagi Haziq sudah demam masa aku ambil dia semalam.
Semenjak boleh tengaok tv di hp, makanya niat aku aku untuk upload pic dari situ ke sini sudah terbengkalai. Hp aku sudah jadi tv.

Moist Choc Cake.
Order kaklang untuk kawan dia. 

Iklan dan story kejap pasal my cake. Story bermula cuti dua minggu lalu. Officemate kaklang baru bersalin. Kiranya dalam pantanglah. Tapinya kek ini untuk makan anak-anak kakak itu. Yang aku rasa sudah besar-besar gitu. Alhamdulilah malam itu dalam hujan-hujan aku ajak juga hubby pergi Putra Height. Oklah juga kan, dari Puncak Jalil ini kami ikut lalu depan IOI Mall Puchong, then masuk tol hendak ke Shah Alam. Then memang ada signboard tempat itu di belah kiri sebelum Shell. Makanya masuk ke situ. Boleh tengok signboard lagi.
Hatta malam itu belum aku sampai rumah lagi masa itu. Kaklang sudah sms aku. Katanya anak-anak kak Myara suka my cake itu. Syukur pada ALLAH. Berkat rezeki aku walaupun belajar sendiri dengan bantuan buku, internet juga ilmu dari kaklang mengenai dunia kek.
Kek ini tetap aku gunakan resepi yang sama. Boleh cari resepi di tag cake di blog aku ini. Tengahnya aku belah dua dan sapukan dengan buttercream coklat. Ganachenya pula ialah campuran whipping cream+butter+coklat compound. Seriusly resepi ini aku campur-campur hasil dari pemerhatian dan kajian pendek aku. Maknanya resepi kek dan ganache dari orang lain. Then buttercream dari orang lain.
Semoga ALLAH sahaja dapat membalas jasa pada mereka-mereka ini yang cukup bermurah hati berkongsi resepi.
Insyallah will do a post about the resepi for the cake ini nanti. Bagi aku pun sama, ilmu walaupun aku menjual, tetap jatuh wajib di kongsi.

Bagi amatur macam aku, patern ini jadi kegemaran aku.
Bila buat piping buttercream guna nozzle.

Friday, February 10, 2012

Red Velvet Cake again.

Salam Pagi Jumaat.
Alhamdulilah.

Pagi ini mari melihat kek Baldu Merah order dari my sister masa cuti Sabtu lepas.
Ianya untuk birthday ke 5 tahun anak buah aku itu.

Makanya kek seperti biasa di bakar sehari sebelum kejadian.
Esoknya barulah cantik molek untuk di frostingkan dengan cream chees.
Kenapa tunggu sehari?.
Sebaiknya kek akan jadi lembap dan tidak kering setelah di biarkan sehari.
Bukan tidak boleh buat frosting right away setelah kek sejuk.
Tapi kek masih dalam keadaan kering dan mudah berderai masa itu apabila buat crumb cooating iaitu lapisan nipis sebelum lapisan tebal untuk keseluruhan kek.
Hehehe, sedikit ilmu yang aku ada. Aku kongsikan bersama-sama.
;))

Harap makluman.
Setakat ini, aku cuma pernah pergi kelas sekali sahaja. Itu pun kelas untuk membuat kek biasa sahaja. Tujuan aku ke kelas itu adalah untuk warming up skill yang aku sedikit dalam membakar kek.
Alhamdulilah dulu-duluan aku pernah membantu emak dalam membuat kek kalau hendak beraya.
So skill itu yang aku asahkan kembali.
Cukup rasanya bagi aku dengan kelas yang sekali itu.
De rest buttercream, ganache, nozel, piping, alatan bakery, bahan-bahan bakery dan cara menghias kek.
Yup semuanya aku belajar sendiri. Internet kan ada. Buku pun banyak.
Sikit-sikit aku belajar semua itu sendiri.
Lawaknya aku rasa masa bulan Dec 2011 dan January 2012 hari itu aku sudah macam hendak ambil exam sahaja.
Malam-malam kerjanya membaca dan membaca lagi. Everything pasal kek dan kek lagi.
Overkan.
Bagi diri aku ini, rasanya tidak berbaloi kalau ke kelas kek secara keterlaluan.
Belajar kek itu belajar kek ini dengan harga yuran sampai mencecah RM350. Fuh.
Cukuplah sekali dua ke kelas.
Bagi aku duit itu lebih baik beli buku-bukaan dan perkara lain yang boleh aku buat.
Itu pendapat akulah.
Kita jangan lupa, ilmu yang kita dapat itu haruslah kita gunakan.
So kalau sudah terlebih ilmu, macamana itu?

Back to my RV cake.
Resepi still sama macam sebelum ini.
Cuma kali ini aku guna loyang 8 inci.
Makanya kek menjadi sedikit comel.

Yang merah itu aku gunakan buttercream.

source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor (aku kurangkan ke 220 gram)
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
200 g mentega
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara
Sediakan buttermilk dahulu.
Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 250ml @ 8 oz susu segar (aku guna satu kotak susu fresh cream
250 ml) + 1 sudu makan cuka putih.
Biarkan dalam 10 minit sehingga susu menjadi pekat.
Cuka juga boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
Masukkan 1 1/2 sudu makan pewarna merah. Kacau sebati.

Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar).
Gris loyang 8 inci dengan mentega.
(Memang ada lebihan adunan kalau guna loyang ini, makanya aku bakar dua kali dengan lebihan itu.)
Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.

Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.

Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)
Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih dan licin, kek sudah masak sepenuhnya.
Tahniah.

Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).
Aku memang prefer biarkan kek dalam satu hari. Then baru aku buat frosting.

Cream cheese frosting
Putar creamcheese hingga lembut.
Masukkan butter dan putar lagi.
Perlahankan kelajuan masukkan esen dan gula asing.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 3 untuk kali ini)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.

De cake.
Loyang 8 inci. Price RM 55.

Wednesday, February 1, 2012

Red Velvet Cake de 5th

Salam Rabu.
Alhamdulilah.
Burp juga dengan sarapan sesenduk nasi goreng, telo mata, sedikit kuah kari, sedikit kacang kacangan rebus dan sebiji sosej comel.

Pagi tadinya 1st time aku menghantar Haziq pergi ketadika.
Selalunya hubby yang menghantar.
Makanya baru aku tahu yang anak bujang aku yang sekarang ini aku tengok bertambah hensem sudah rupanya seorang yang independent gitu.
Sebabnya setelah sampai di kawasan tadika. Haziq minta tangan aku untuk di cium.
Then aku hendak cium pipi-pipi dan dahinya, Haziq macam mengelak. Erm..aku rasa Haziq malu kot mama dia cium dia lebih-lebih. Takut kawan-kawan dia nampaklah agaknya.
Then Haziq terus suruh aku balik. Dia tidak bagi aku terus menghantar dia ke pintu bangunan tadika.
Walaupun aku tetap tunggu tengokkan dia. Separuh jalan, Haziq pusing lagi dan suruh aku balik.
Teringat aku tentang kaklang masa masuk sekolah umur 7 tahun. Samalah macam Haziq itu, dia suruh emak aku balik. Tidak perlu tunggukan dia di sekolah.
Berlainan dengan aku yang kerjanya tiada lain melainkan menangis sahaja kalau di suruh kesekolah dulu.
Seriusly aku sungguh terharu.
Memang Haziq seorang yang bersikap abang-abang.
Dia pandai pujuk Haifa kalau Haifa menangis.
Begitu juga kalau dengan Qeqeem, sambil betulkan kedudukan susu Qeqeem sambil sebelah tangan tepuk-tepukkan. Supaya Qeqeem lena tidur.
Brotherly sungguh.

de writing on de cake.

Back to the title.
Yup hari Sabtu lepas aku siapkan order kek birtday untuk anak kawan sekolah aku dulu.
Yatt order kek Red Velvet ini.
Makanya berat kek untuk loyang 9 inci bulat ialah dalam 3kg.
Setelah di letakkan frosting makanya berat menjadi 4kg.
Fuh.

source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor (aku kurangkan ke 250 gram)
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
400 g mentega
500 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
6 camca besar gula aising, diayak (aku guna 3 camca besar sahaja)

Cara-cara
Cara penyediaan buttermilk -  Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 240ml @ 8 oz susu segar + 1 sudu makan cuka putih. Biarkan dalam 10 - 15 minit sehingga susu menjadi pekat. Cuka boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
(Tapi aku tengok 15 minit campuran masih kurang pekat sangat. Next time aku kena ikut pesanan kaklang supaya tunggu until 30 minit)

Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar)
Gris loyang 9 inci @ 23 cm dengan mentega. (Kalau guna  loyang 8 inci perlu masa lebih lagi untuk membakar).
Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.
Buttermilk yang sudah disediakan, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.

Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.

Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)
Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Kadar segera juga masukkan adunan kedalam loyang.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih, kek sudah masak sepenuhnya.

Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
Bila kek sejuk sepenuhnya, wrap kek dengan plastic dan simpan dalam peti sejuk dalam satu jam.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).

Cream cheese frosting
Putar creamcheese hingga lembut.
Masukkan butter dan putar lagi.
Perlahankan kelajuan masukkan esen dan gula asing.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 2 sahaja)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.
Sedap sungguh.

RM 65 sahaja untuk kek begini.
Hendak order, sila-sila.


de proses.

Thursday, January 26, 2012

Salam hari Khamis.
Hehe, sudah 2 hari aku datang kelewatan ke office.
Padahal Haziq cuti, so sepatutnya lebih cepatlah kan sampai office.
Tapinya.
Yup, Haziq cuti. Nanti kena ganti hari Sabtu sebanyak 3 kali.

Punya seronok Haziq and Haifa main buaian zaman aku kecik-kecik dulu.

Alhamdulilah malam tadi sempat juga aku membakar Kek Butter Oren. Order dari officemate aku.
Order semalam, hari ini sudah dapat.
Ialah dalam melayan kaklang yang datang ke rumah dengan anak buah aku itu lepas maghrib.
Diaorang balik rumah dalam jam 10 malam.
Rumah kami tidak jauh, itu yang kakak aku ok sahaja melepak di rumah aku semalam.

Kek Butter Oren.
Nak rasa, mari mengorder.
Murah sahaja.
Iklan....

Story di kg.
Balik kg hari itu, sempat aku keluar berdua dengan hubby.
Semestinya janggalkan.
Ialah sungguh susah kami ini hendak meninggalkan anak-anak.
Tujuan keluar cuma hendak membeli dinner untuk malam itu.
Sahaja semua orang hendak makan goreng-goreng gitu.
Dalam jam 9pm gitu, alhamdulilah semua sudah tidur.
Makanya aku minta abah tengokkan diaorang kejap.
Adik-adik aku yang bujang 2 orang pun ada di rumah malam itu.
Emak pula masih belum habis di tikar solat.
So kami keluar dengan hati yang tenanglah juga. Anak-anak sudah tidur, kalau ada yang bangun semestinya di bawa juga.
Cerita di pekan Kuala Pilah pula, punyalah berpusing-pusing mencari kew tiow kerang untuk abah.
Penat singgah kedai sana sini. Rata-rata kerang habis.
Stress aku di buatnya.
Punyalah ramai orang malan itu di kedai makan.
Hehehe malam raha cina masa itu kan.
Makanya setelah penat berpusing, kami pun balik. Masa itu jam sudah dekat 10pm.
Makanya tiadalah kew tiow untuk abah.
Terkejut juga tengok rupa-rupanya anak-anak aku semuanya sudah bangun.
Alahai.
Haifa tengah di dukung oleh emak aku.
Haziq tengah dengan Eboy adik aku.
Haqeem pula dengan abah. Kecian aku tengok abah yang memang muka sudah mengantuk sebab tengokkan Qeqeem yang tengah melasak. Padahal abah aku ini memang jam 9pm mesti sudah tidur. Itu rutin abah. Sebab abah bangun selalunya dalam jam 5am. Namun demi cucu kan.
Emak bagitau, semuanya bangun serentak. Lepas itu cari aku dan hubby.
Qeqeem sahaja yang aku tengok rilex sahaja.
Aduhai lagi.

Saturday, December 24, 2011

order Kek Pelangi dari officemate.

Alhamdulilah lepas aku bawa sample kek pelangi dan kek oren di office pada Khamis minggu lepas.
Terus Faizah dan Kak Jun order kek pelangi.
Price RM28 sahaja plus dengan free gift apam polkadot untuk customer pertama sahaja gitu.
Alhamdulilah.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah order gitu.
Sila sila.

 Kek Pelangi order dari Puan Faizah.

Order dari Puan Jun.

De free gift.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails