Followers

Showing posts with label rumah kedua. Show all posts
Showing posts with label rumah kedua. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Semak CCRIS report


Assalamualaikum semua.
Selamat hari Rabu.

As usual kalau semester sudah bermula, makanya cikgu pun kembali sibuk.
Picture saya di atas ialah masa pergi bank negara pada bulan lepas rasanya. Saya pergi ambil salinan CCRIS untuk saya.

Ada banyak kios ini di bank negara dan prosesnya semudah ABC. Cuma masukkan kad pengenalan pada kios ccris, letak ibu jari kanan, terus mesin print salinan ccris kita. Kalau tidak faham cara baca document itu, ada kaunter di sediakan untuk memdapatkan penerangan lanjut dari pihak bank.

Ini antara document yang banker hendak tengok masa dalam process saya untuk membeli rumah kedua sebab gaji saya sudah constraint. Masa ini saya ada 3 loans. Banker perlu tengok summary history pembayaran loan saya pada bank setiap bulan.
Sebab RUMAHKU SYURGAKU, buat masa sekarang ini alhamdulilah loan saya cuma tinggal 1 sahaja. Iaitu rumah yang saya duduk sekarang.
InsyaALLAH loan akan menjadi dua, kalau memang rezeki saya untuk membeli rumah kedua, Semoga ALLAH permudahkan urusan kami sekeluarga, ameen ameen ameen.

Contoh dari mr google untuk bacaan CCRIS. 0 Ialah bagus, maknanya bayar loan setiap bulan sebelum tarikh due. 1,2 & 3 untuk tangguhan bayaran lebih dari bulan.

Friday, November 7, 2014

Full Settlement Alhamdulilah.



Assalamualaikum kawan-kawan semua. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. InshaALLAH.

Alhamdulilah. Pada hari Rabu dan Khamis semalam, loan saya di dua Bank sudah tamat. Saya buat full settlement. Terima kasih pada abah.
Duit adalah dari abah. Abah ialah seorang businessman @ contractor. Bukan saya seorang yang dapat duit dari abah. Kaklang pun dapat juga. Alhamdulilah, kaklang sudah sain SnP untuk rumah barunya. Mesti seronok dapat rumah yang lebih besar kan.
To be fair, infact semua adik beradik saya yang 6 orang pun memang abah sudah bagi macam-macam sudah. Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga. Terima kasih ALLAH.

Kerana gaji saya sudah constraint, Sebab itu saya perlu settlekan dua loans dari 3 loans yang saya ada sekarang. Sekarang loan saya cuma tinggal loan rumah yang saya duduk sekarang.
InshaALLAH kalau sudah rezeki saya dan keluarga, kami bercadang untuk membeli apartment kedua. Apartment yang besar sedikit dari yang kami duduk sekarang.

Langkah sekarang ialah tunggu cek settle dan saya terus hantar email pada dua-dua bank untuk dapat kan release letter. Kalau hendak tunggu document settlement dari bank memang akan makan masa paling cepat ialah 3 minggu. Saya perlu selesaikan cepat release letter sebab memang sudah bayar booking fee pada agent untuk apartment yang hendak di beli. Dengan release letter than baru saya boleh proceed untuk apply loan rumah.
Semoga ALLAH permudahkan urusan kami sekeluarga, ameen.
Mohon doa dari kawan-kawan juga yea. Terima kasih.

 1st time tulis cek sendiri di bank. 
Memang menggelabah sungguh. 
Siap silap isi. Bukan apa, tulisan di atas cek tidak boleh ditulis macam bertindih.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails