Followers
Friday, November 6, 2009
Jennifer's Body da movie and Lion King I & II.
Wednesday, November 4, 2009
28 Week 3D - Smiling Face - baby center!
New template?
Kebelakangan ini aku memang ada niat hendak menukar template blog aku. Semacam bosan dengan yang ada sekarang. Ialah ibarat rumah kan..sesekali sesekala mesti ada perubahan untuk memberi motivasi lebih ceria untuk menulis. membaca dan mencuci mata. Masalahnya terlalu banyak free template hinggakan aku rambang untuk memilih. Aduhaiii...payah kan. Semestinya untuk mencari sesuatu yang baru mesti memerlukan waktu yang panjang. Masa aku mengadap komputer pula hanya di office sahaja. Kalau dirumah itu, semacam ada kemalasan sungguh hendak menyentuh notebook atau komputer meja. Lagi pun si kenit Haziq suka 'mengacau' aku kalau aku mengadap notebook. Kalau En Hendra duduk depan notebook, tidaklah pula dia mengganggu. Pelik kan...So as a result aku sebolehnya tidak mahu online di rumah. Lagipun tiada keperluan pun aku hendak online di rumah sebab aku sebolehnya tidak akan membawa kerja balik kerumah dan aku juga bukan 'kaki internet'. Baik aku online dengan si kenit Haziq..lagi ada faedahnya....juga ada pahalanya. Tapi kalau both of my love itu tidur..aku pun online lah...online bodoh...hak hak.
Aku ini orangnya sangatlah simple dan mudah. So sememangnya aku mahu template yang kosong-kosong dengan color yang redup...mungkin dengan background gambar yang ringkas.
To my blogger friends...sesiapa ada cara mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk aku memilih dan menukar template baru?...kalau ada lah....help me please.
Aku ini orangnya sangatlah simple dan mudah. So sememangnya aku mahu template yang kosong-kosong dengan color yang redup...mungkin dengan background gambar yang ringkas.
To my blogger friends...sesiapa ada cara mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk aku memilih dan menukar template baru?...kalau ada lah....help me please.
Tuesday, November 3, 2009
YOUREKA 1
Aku tidak tahu menahu pasal perkara ini. Semuanya dari En Hendra. Dia amat rajin itu dan ini mengenai free gift.
So dengan kaki aku yang asalnya kekejangan pagi sabtu itu...setelah di sapu dengan ubat bagai hendak atau tidak boleh lah juga aku ikutkan En Hendra tersayang itu ke Mid Valley. Lepas lunch lauk kari ikan and sayur sawi putih by me...kami bergerak ke MV.
Memula sekali kami ke Garden untuk redeem free gift by adidas with salinan email YOUREKA. So kebanyakan orang yang memang tidak ramai pun berada di kedai Adidas tersebut memang akan di minta buat cabutan 2 keping rantai bersama 2 keping tiket seperti dalam gambar diatas yang diletakkan dalam kotak. Dan free gift nya ialah botol air Adidas juga stokin Adidas.
What ever lah. Aku terima sahaja.hehehe..
Selepas itu kami terus pergi makan Domino Pizza. Sebabnya untuk sambut birthday En Hendra juga kerana kami ada free voucher dari Domino. Ok lah kan.
Monday, November 2, 2009
Sambal tempe kegemaranku.

Sambal tempe...erm. Ini bukan gambar sebenar. Aku google sahaja di internet. Sebenarnya yang aku makan tengahari tadi ialah campuran gorengan tempe, ubi kentang, tahu dan pedal. Sesungguh nya aku paling suka makan lauk ini di satu kedai bergerak (lori kecil) berdekatan rumah aku. Penjualnya semestinyalah orang Indon.
Pemberitahuan..aku MC hari ini. Sebabnya biasa-biasa sahaja. Kaki kiri aku sudah 3 hari kejang, di bahagian betis. Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya aku hendak berjalan. Paling sakit ialah di waktu pagi selepas bangun tidur. Memang macam hendak menangis dibuatnya. Doc cakap itu perkara biasa bagi ibu mengandung. Yup..i know that!!. Doc bagi aku pil kalsium, krim dan juga ubat tahan sakit. Kemungkinan aku tidak akan makan ubat tahan sakit.
Sememangnya aku regularly makan pil kalsium. Juga everyday dengan minuman soya. Sometime aku minum juga susu marigold. Tidur malam aku sentiasa di temani stokin di kaki. Dan hari ini aku tambah lagi dengan minuman susu anmum.
Tapi perkara hendak jadikan. Aku terima.
Walaupun aku sakit perit di betis, aku tetap gigih masakkan En Hendra breakfast and lunch sepanjang hari sabtu dan ahad. Entahlah..rasa macam tidak kena pula kalau tidak masak sendiri kalau hari cuti. Aku suka melihat En Hendra makan masakan aku. Sedap atau tidak terpulanglah.
Yang penting AIR TANGAN ISTERI.
Oop..berbalik mengenai cerita tempe tadi. Aku semangnya peminat tempe. Kerap kali lauk simple masa lunch di office ialah tempe goreng dengan kuah kicap juga satu lauk sayur. Bagi aku itu memang heaven sudah. Dan aku pasti mereka yang rapat dengan aku sudah faham benar dengan tempe aku itu.hehehe.
Bila aku mula makan tempe?
Harap maklum..aku lama study di Johor. Apa ada di sana kalau bukan tempe dan tempe.
Aku ingat lagi pertama kali aku makan tempe. Untuk minum petang pula itu. Dalam group aku ada seorang dari Kota Tinggi...yang lain dari KL, Selangor dan N9. Dialah yang mengajar kami semua makan 2 keping tempe, lepas itu curah kan dengan kuah sambal kicap. Aduhaiii...sedap rupanya. Semenjak itu...segala apa yang ada tempe memang aku suka. Sampai sekarang tempe tetap menjadi idaman. Yeahhh..
Subscribe to:
Posts (Atom)