Followers

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

My story bersalinkan Muhammad Hafiy - 2

Keadaan di Wad Transit. 
Ada 10 katil. Semuanya full.
Baby Hafiy baru lepas di mandikan.

Pada mommies fully di tanggung expenses bersalin oleh company sendiri atau suami yang mungkin terasa hati selepas membaca post ini mohon maaf di pohon.

Ramai mommies yang awal-awal sudah booking hendak bersalin di hospital swasta bila tahu diri telah pregnant. Tidak pun mesti mahu Doc yang memang sudah selesa untuk menyambut baby nanti. Mesti happy bila dapat memilih begitu. Semestinya semua parents mesti hendak yang terbaik
Tapinya hakikatnya tidak semua mommies dapat rasa nikmat ber aircond lepas bersalin di hospital. Ataupun nyaman berehat di bilik sendiri di hospital bersama suami setelah bersalin. Allah sudah qun fa ya qun semuanya yang terbaik untuk umat-umatnya. Walaupun pahit DIA tahu itu memang untuk kita.
Siapalah kita untuk menolak mahupun untuk berasa hati untuk tidak menerimanya. Setiap yang hadir itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Belajar meredhainya, insyallah pasti ada manis akhirnya.

Allah Swt menguji manusia dengan perantara pelbagai kesulitan dan kepelikan. Allah Swt berfirman,Dan sungguh Kami akan berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Qs. Al-Baqarah [2]:155)

Bagi saya yang azalinya memang company tidak menanggung sebarang expenses berkaitan pregnancy. Semua perlu perbelanjaan sendiri.Maka saya dengan rela hati dan tidak langsung berkecil hati dengan suami untuk bersalin di hospital kerajaan. Saya pernah bersalin di HUKM,Hospital Kuala Pilah dan Hospital Putrajaya.
Di mana-mana pun boleh. Saya redha dan tidak cerewet. Walaupun sebenarnya saya adalah seorang perempuan yang tersangatlah cerewat ;D. Part bersalin saya tolak tepi perangai saya itu.
Hikmahnya selama pregnant dan bersalinkan anak-anak, saya tidak pernah hadapi masalah. Semuanya di permudahkan oleh DIA. Alhamdulilah.
Sebab itu pada mulanya saya merancang hendak bersalin di kg. Hospital kerajaan jugalah. Namun hasrat itu tidak kesampaian. Dihujung minggu ke 39 dan selanjutnya saya rasa sudah tidak larat untuk ambil long journey. Maka, akhirnya saya memilih untuk bersalin di Hospital Serdang. Iaitu hospital yang paling dekat dengan rumah saya.

Hospital Serdang memang hospital 100% kerajaan. Semestinya wad Kelas 3 hanya mempunyai kipas sahaja. No aircond. Katil pun setakat ada tabir sahaja. Situation adalah sama macam di Hospital Kuala Pilah di kg saya. Setakat pelawat datang melihat orang sebelah katil, sure dengan kita sekali akan ada pelawat. No privacy. Itu memang kita perlu terima sebab keadaan wad memang begitu.
Masa bulan Mac lepas, masa saya bersalin memanglah tengah musim panas ya ALLAH. Sungguh tidak boleh saya bayangkan dari rumah lagi yang saya akan bermalam di hospital dalam keadaan cuaca panas dan hanya bertemankan kipas dan lagi dengan privasi yang terhad habis. Padahal di rumah punya selesa beraircond sahaja. Hati memang ada meronta untuk minta duduk di bilik. At list ada aircond kan. Alhamdulilah aku jenis tidak di manjakan sangat. So fikir-fikir, duit itu banyak lagi yang boleh di gunakan nanti. Buat apa saya mengada-ngada habiskan duit hanya untuk satu malam, hanya untuk memenuhi nafsu keselesaan saya. Saya perlu berkorban. Itu memang niat saya dalam hati.

Dijadikan story di hospital. Wad 3 pun memang full pada hari saya bersalin.  Masa di tolak dari labor room ke situ. Kepala sudah terbayang, tidur malam nanti dengan bertemankan kipas. Aduh panasnya. Akhir saya dijadikan patient di Wad Transit sahaja.
Namun kuasa TUHAN, tiada siapa yang tahu. Kebaikkan saya yang kecil manalah yang saya pernah buat agaknya hingga DIA beri balasan begini.
Wad itu di lengkapi aircond. No kipas. Syukur syukur dan syukur. Sejuk dan nyaman sungguh compare dengan Wad Kelas 3 sebenar di sebelah bilik itu yang hanya bertemankan kipas.
Masa saya pergi ambil kain gantian itu saya nampak Wad kelas 3 dengan kipas di siling.
Walaupun keadaan katil di wad transit ialah tanpa tabir. Lagi dengan tiada nurse menjaga. Nurse semestinya sibuk di Wad biasa. Nurse cuma datang ke Wad Transit pada waktu checking sahaja.

Malam itu saya langsung tidak dapat tidur. Memang biasa semua anak-anak jenis tidak mahu tidur malam kalau di hospital. Kecuali Qeqeem. Yang lain memang asyik berjaga dan mahu menyusu. Sebagai mama ini, saya redha. Kerja saya malam itu until ke pagi hening ialah menyusukan Haify dan mengunyah biskut. Lapar kan.
Tapi esoknya sampai sahaja di rumah, terus naik tidur atas katil. Memang sudah lalok rasanya sebab lebih 30 jam tidak tidur.
Walaupun saya tiada jahit, tapinya tetap penakut hendak bergerak. Sepanjang dari masuk wad saya memang duduk sahaja di katil sambil menyusu dan tukar lampin. Tengok orang lain rilex sahaja, gerak sana sini.

Dalam jam 4 pagi, Doc on duty datang ke wad. Dia minta semua dalam wad itu pergi ke wad sebelah/wad 5 untuk buat pemeriksaan kedua dan akhir di bahagian jahitan.
Di sebabkan ramai sangat patient. Katil penuh, terpaksalah pagi bening Doc datang check patient. So sorang-sorang mama pergi ke bilik sebelah. Jauh jugalah walking distance bagi orang yang baru bersalin ini. Walupun tiada jahitam tetap perlu di lakukan procedure cek jahitan. Stress plus ngilu ngeri di buatnya, rasa macam hendak lari sahaja balik rumah masa itu.
Alhamdulilah Doc perempuan ini baik orangnya. Namanya saya lupa hendak tengok pula. Bayangkan kita tengah jalan pelan-pelan untuk ambil kain ganti sebab kain yang di pakai sudah kena darah. Doc ini ok sahaja tolong ambilkan kain ganti itu bagi pada saya. So tidak perlu saya jalan jauh-jauh lagi. Terima kasih Doc. Maklumlah duduk wad transit, kain baju pink kalau sudah habis, lambat benar hendak di letak yang baru lagi.

Esoknya waktu lunch tengah di bagi, masa itulah kami semua di benarkan discharge dari hospital. Itupun selepas 3 orang Doc Pakar buat rondaan.
Seronok kan. Ada hikmahnya masuk hospital yang memang tumpuan ramai ini. Boleh keluar wad cepat. Inilah pertama kali saya discharge lepas bersalin waktu tengahari. Maveles.

Part nurse bertugas di wad, bagi saya ok lah. Layanan adalah seperti biasa, tiada keistimewaan pun. Terpulang pada diri masing-masing hendak menjalankan tugas mereka dengan cara bagaimana. Saya tidak berminat hendak komen banyak pasal itu. Tapinya waktu siangnya memang ramai nurse pelatih. So meriahlah keadaannya. Hendak minta tolong itu dan ini , diaorang baik sahaja.

Hafiy - Yang memuliakan

HC cuma datang seorang diri sahaja tengahari itu. Penat sungguh menahan mata masa itu. Anak-anak tinggal di rumah Kaklang dengan maid Kaklang. Masa balik itu sempat juga HC tapau lauk dari kantin di Hospital. Peh memang meriah lauk pauk di situ.
Alhamdulilah bill cuma RM 23 dengan bersalin normal, wad kelas 3, tidur satu malam. Ini juga bil paling murah yang saya pernah dapat untuk bersalin.
Lagipun mulut saya memang selalu berkata, yang penting di permudahkan bersalin dan baby selamat. Part wad berapa saya memang tidak kisah pung. Kata-kata itu ibarat doa kan.
Murah sesungguhnya rezeki my Muhammad Hafiy.

Bill.

Saturday, April 6, 2013

My story bersalinkan Muhammad Hafiy.

Discharge time on 14 March.

peringatan - sila jangan nangis sebab hendak baca habis post ini kerana panjang sungguh. saja hendak buat sekali jalan :D

12 March 2013 
Malam Selasa itu, masih hanya saya dan HC sahaja di rumah. Awal kami sudah naik ke bilik. On kan aircond. Saya lepak atas katil sambil luruskan kaki and gosok perut. Dalam itu, keinginan hendak minum air nescafe tarik makin menjadi-jadi pula. Sudah tidak boleh di tapi-tapi pung. Sudah berhari sebenarnya saya minta HC buatkan, tapi HC asyik sibuk sahaja. Maka permintaan saya ditangguhkan sahaja. I know HC usaha keras untuk penuhi permintaan mak yong ini. Saya amat hargai semua itu.

Memandangkan anak-anak masih belum sampai dari kg malam itu, maka HC kedapur untuk bancuhkan air untuk saya. Saya di bilik memang tidak sabar untuk meneguk air nyaman itu. Sudah terasa pahit-pahit nescafe. Erm sedapnya.
Dengar tapak kaki HC naik tangga. Wah macam meleleh sudah. Buka pintu, tengok tiada gelas di tangan HC. Weh kendur muka sekejap. Nescafe sudah keras dalam botol kata HC. Teus teringat, memang since pregnant tiada siapa yang minum nescafe. Dirumah saya seorang sahaja yang kadang-kadang minum nescafe. Saya prefer minum kopi O, cap Kapal Api atau cap Hang Tuah.
Monyok muka.
Teringatkan adik tiba-tiba. Mesti dia tengah lepak di mamak or di rumah kawan dia yang dekat dengan rumah saya.
Saya cepat sahaja SMS minta belikan nescafe tarik kurang manis. Siap tulis sekali yang saya teringin. Supaya  permintaan lebih kukuh. Adik jawab SMS, ok.
Senyum simpul, alhamdulilah.
HC, tambah lagi. Tidak akanlah air sahaja. Makan-makan tiada ke.
Erm, terus cepat-cepat sms lagi. Minta adik belikan burger special no anion please. Tapi adik tidak jawab sms. Kejap itu adik sudah sampai depan rumah. HC cuma bawa naik air nescafe sahaja. Burgernya tiada. Kata HC, hp adik habis bateri.
Monyok sikit lagi.
Sungguh heaven dapat minum air nescafe panas. Adik masih ada di bawah lagi, charge bateri hp. Ingatkan adik akan datang balik rumah belikan burger. Namun sampai adik datang balik untuk tidur di rumah. Burger saya hanya tinggal nama sahaja.
Mak yong frust sikit malam itu.

Contraction memang kategori kuat. Bersambungan dari tengaharinya. Doa dan harapan saya dalam hati supaya saya tidak bersalin waktu pagi hening iaitu antara jam 1 hingga 6 pagi. Risau sangat siapalah hendak jaga anak-anak nanti. Hendak harapkan adik, rasanya tidak boleh kot. Teringat katanya bahawa dia tidak boleh bercuti dalam masa terdekat ini.
Semua orang perlu bekerja dan saya perlu hormati perkara itu.
So hendak atau tidak I have to wait untuk morning.
Memang malam itu macam tidur-tidur ayam. Kejap bangun dari katil, pergi toilet. Semua serba tidak kena. Buang air. Kejap lagi lagi bangun, saya duduk tepi katil. Cuba identified kan tahap sakit saya. Memang sudah kerap. Namun dari pengalaman, saya tahu saya belum hendak bersalin. Cuma tandanya sudah ada. Saya tidak mampu tersenyum sangat, sebab sakit kali ini rasanya 'keras' sikit.

13 March 2013
Hari sudah pagi. Saya lega sebab saya masih mampu bertahan. Rasa ingin membuang air besar, terus kebilik air. Memang antara rutin pagi itu lah kan. Alhamdulilah saya memang tiada masalah sembelit dan seangkatan denganya dalam pregnant atau keadaan biasa.
Memang saya dengar pagi itu dalam jam 7 rasanya or kurang jam 7 pagi, adik sudah keluar dari rumah untuk pergi kerja. Terasa macam hendak panggil adik, tapi tidak larat hendak jerit dari tingkat atas. Cadang hendak minta adik tunggukan sekejap anak-anak. Mana tahu kaklang sudah gerak pergi kerja pagi itu.

Saya lepas itu pelan-pelan beritahu HC, I need to go to hospital.
HC mesti tanya kembali lepas itu dengan muka sedikit cemas.
Dah sakit sangat yea.
Saya jawab, A'ah.
Saya cuba nampak macam tenang depan HC, tapi perut saya, ari-ari semuanya sungguh perit.
In between that saya terus bersiap dan call kaklang. Alhamdulilah kaklang masih dirumah. Minta kaklang datang rumah ambilkan budak-budak. Nanti tinggalkan pada maid dia sahaja. Lepas itu HC sibuk siapkan anak-anak. Saya sempat bancuh milo O segelas. Sambil tunggu HC, saya duduk di sofa. Kalau tidak silap memang ada tanda darah masa saya tengah bersiap-siap tadinya. Keliru juga, sebab 1st time saya ada tanda darah. Akhirnya ada juga tanda bersalin saya macam orang lain gitu :D

Tidak lama lepas kaklang sampai with Ezad. Makanya sesi salam peluk cium semua anak-anak. Sayu rasanya dalam hati. Tapi tengok diaorang happy sahaja untuk tinggalkan saya. Memang suka sangat dapat pergi rumah kaklang. Apa lagi agenda kalau tidak bermain dan main lagi.
Settle semua kami pula bergerak ke Hospital Serdang. Seperti di jangka, jalan JEM. Ialah masa itu memang masa pagi yang orang tengah on the way pergi kerja. Saya redha sahaja. Sakit makin lama makin kuat. Saya tetap buat muka rilex. Tidak mahu HC bertambah cemas. Sebab HC tengok sahaja JEM, terus dia jadi lebih cemas. Kejap-kejap tanya saya ok atau tidak.
Masa itu saya memang aim sahaja pada polis traffic tu. Serius, kalau betul saya hendak beranak sangat. Memang saya suruh HC turun kereta pergi minta tolong pada polis traffic yang sedang duty. Biar dia eskot kitaorang redah jem. Tapi alhamdulilah, ALLAH masih bagi saya bertahan lagi. And natural saya, bersalin hanya selepas air ketuban di pecahkan oleh Doc. I know my capability. So tidaklah horror sangat masa itu keadaanya. :D

Alhamdulilah tidaklah sampai sejam kami sudah tiba di hospital dalam jam 9 lebih. Me masih begitu, cuma sampai tutup mata menahan sakit contraction. HC turunkan saya depan pintu Wad Bersalin. Then HC cari parking. Saya duduk sekejap dan terus daftar nama dengan isi borang. Orang pun tidak ramai sangat di situ. Belum HC datang, saya sudah di panggil masuk. Kena kencing dulu. Then baring untuk check heartbeat baby dengan CTG. And saya tengok macam penuh semua katil tempat buat VE atau cek bukaan. Punyalah lama juga menunggu, tiada pung Doc datang tengok saya. Yang saya dengar ialah heartbeat baby. Dan suara keras kejap lembut kejap Doc tengah check patients lain.
Masa itu HC call beritahu yang parking kereta semuanya penuh.
Saya beritahu, tiada mengapa cari pelan-pelan.
Erm. Tetiba nurse datang suruh saya pergi duduk dulu di sofa kuning. Pulak. Seksanya hendak berjalan masa itu, sebab macam tidak tahan sudah. Nurse memang perasan masa check CTG saya. Dia kata puan ini tengah sakit kuat nie.
Tapinya di suruh juga saya 'berlepak' dulu. Confuse dengan keadaan di situ. Perasaann memang tidak mahu duduk rasanya. Macam ada yang perlu di keluarkan di bawah itu. Pengalaman baru saya bersalin kali ini.
"Puan sila tahan dulu yea". Agaknya itulah maksud sebenar Sofa Kuning. Kisahnya kan.

Saya faham the situation pagi itu. Orang ramai hendak bersalin. Labor room pula penuh. And Doc mesti dulukan mana yang betul-betul hendak bersalin.
Makanya duduk saya di situ. Ada 2 orang lagi ibu pregnant duduk sama dengan saya. Masa duduk itulah sakit makin tidak dapat di tahan rasanya. Confuse dengan rasa hendak meneran buang air besar atau meneran untuk bersalin. Namun sakitnya aduhaiiiiiiiiii. Tahan nafas tarik nafas sambil baca apa yang ingat di mulut. Dan terasa sangat yang cecair mengalir keluar di bawah setiap kali contraction makin kuat. Duduk dalam 1 jam lebih, nama saya di panggil. Masa itu dekat jam 11 pagi rasanya.
Lega pun ada, takut pun ada. Macam-macam benda di fikir di kepala.
Alamak saya hendak pergi bersalin lagi.
Confirm kena jahit lagi.
Kena berpantang 44 hari.

Bangun itu memang baru perasaan darah rupanya yang keluar. Basah sikit skirt coklat. Rupa-rupanya saya 'kembar darah' pregnant kali ini. Patutlah sakitnya lain sangat.
Jalan pelan-pelan, pegang perut. Masa baring itu cakap pada Doc yang saya hendak buang air. Doc tidak bagi pung. Bila Doc angkat kain, saya mulalah seram sejuk. Penakut. Lepas itu pergi keraskan tut.
Sebenarnya kalau kita lembutkan dan tidak keraskan badan, insyallah proses semuanya tidak sakit mana pung.
Buat VE, bukaan sudah 5cm.
Sambil itu tangan di cucuk untuk ambil darah. Fikir semula, kenapa sebenarnya darah itu di ambil yea?.
Saya tidak ingat antara air ketuban di pecahkan oleh Doc dulu atau Doc masukkan tiub untuk keluarkan air kecing.
Azalinya saya, bila air ketuban pecah makanya bukaan akan menjadi dan menjadi lagi. Dan bersedialah Haslina, sakit contraction akan jadi seperti gelombang tsunami.

Natural Birth
Settle semua, bukaan up to 7cm. Alhamdulilah labor room clear. And I'm on the way di tolak ke situ. Sampai dalam bilik itu, nurse betul kan CTG saya. Serius masa itu memang saya sudah out. Sungguh tidak boleh tahan dengan sakit. Nurse suruh baring lurus pun saya tidak mahu. Keras kepala hendak mengiring juga. Sebab itu cara boleh redakan sikit kesakitan.
Boleh nurse itu suruh saya mengiring arah lain pula. Bengang kejap dengan nurse nie. Dia tengah pregnant. Then boleh dia suruh saya jangan mengada. Marah-marah suruh dengar arahan dia dengan mengatakan dia pun tengah mengandung. Aik terbalik pula. Saya di suruh beri perhatian pada dia.
Kejap suruh macam itu kejap suruh macam ini. Sudah-sudah saya malas hendak layan dia. Biarlah. Hati saya tetap berkata my baby is fine inside there.
In the end boleh nurse ini tinggalkan sahaja saya dengan CTG itu entah melekap atau tidak di perut saya. Kejam kan nurse ini. Padan saya tidak sempat tengok nama dia. Tidak sudah saya buat laporan di hospital dengan tindakan dia itu.

Masa itu memang saya sudah peluk habis besi tepi katil. Rasa secure sahaja buat begitu :D. Tidak pernah buat drama begitu masa sakit bersalin anak-anak yang sebelum ini. Kesiankan, anak masuk 4 barulah saya tahu how relief bila kita baring mengiring itu.
Tidak lama lepas itu masuk seorang Doc and seorang staff nurse. HC sudah berada disisi saya, setelah katanya dia sesat masuk labor room lain tadi. Sebabnya guard di luar tiada. Makanya HC pandai-pandailah mencari saya di labor room. Pulakkan.
Doc selak kain dan I'm free to deliver anytime. Sudah fully open. Memang saya tidak boleh menahan lagi. Rasa hendak meneran since dari duduk di sofa yellow lagi. Dua ke tiga kali teran saya selamat bersalin. Amazing, macam bersalinkan Haifa.

1st time saya bersalin cuma ada seorang orang  iaitu Doc sahaja yang menyambut baby with HC disebelah. Staff nurse itu cuma monitor Doc tu. Mana pergi nurse semua bagai. Pelikkan.
Alhamdulilah kurang 1 jam di labor room saya sudah bersalin. Tiada perlu lagi adegan peluk besi. Rasa macam bantal guling besi itu bestnya.
Syukur pada ALLAH sangat-sangat sebab bersalin kali ini saya tidak perlu di jahit. Walaupun baby sayang keluar dengan berat 3.56kg.
Pertama kali juga, saya melihat baby selepas selamat bersalin. Sebelum ini memang penakut kalau tengok. Siap Doc terus letak baby atas badan saya. Sayu rasanya sebab sekali lagi saya dapat bersalin dengan keadaan lepas due date.
Masa proses uri di keluarkan, saya pun tidak ingat kenapa Doc suruh saya gunakan gas itu.
1st time juga saya guna gas untuk kurangkan rasa sakit. Tapi gunanya selepas bersalin masa Doc hendak keluarkan uri. Saje hendak mencuba. Sebelum ini memang tidak pernah mencuba pung. Katanya gas itu boleh buat orang tertidur.
Nakal kan saya, sedut kuat-kuat. Hehe, terus lalok mahu tidur.
Op baru saya perasaan masa itu, rupanya saya tidak di masukkan air pun. Memang lain dari bersalin yang dulu. Teringat kata officemate, yang dia pun pernah bersalin tanpa di masukkan air di tangan. Katanya air itu gunanya untuk cepatkan@gesaan proses bersalin.

Lepas bersalin kan diaorang bagi minum air milo. Tapi kan saya tidak selera pula hendak minum bagai. Rasa bagai kenyang sentiasa walaupun tidak menjamah apa-apa since dari pagi. Kecuali minum air milo di rumah.

Apa rasanya bersalin tanpa di gunting?
Rasanya sangat-sangat sakit. Macam tidak pernah rasa sakit macam itu sebelum ini. Terus terdetik masa itu, aduh sakitnyaaaaaaa, macam mana hendak tahan sakit kena jahit lepas ini. Saya failed mungkin perlu ambil ubat tahan sakit kalau perlu di jahit.
Oh rupanya saya tiada koyakan, sebab itu sakitnya keterlaluan.
Walaupun tiada jahitan, tetap adegan seluk oleh Doc selepas itu. Pelik lagi, apa sahaja yang hendak di check kalau tiada jahitan berlaku kan.

Di Hospital Serdang jugalah 1st time saya bersalin dengan baju yang saya pakai dari rumah. Tidak di tukar langsung dengan baju pink. Dengan jam masih di tangan. Pelik lagi kan.
Saya di labor room until 4 pm menunggu dan menunggu. Barulah ada katil kosong.
HC pula jam 3 pm sudah balik sebab risaukan anak-anak di rumah kaklang.

p/s banyaknya 1st time and pelik kan. :D tapi itulah Hospital Serdang kan,.


Tuesday, March 12, 2013

Mild contraction sahaja.

Salam petang Selasa.
Petang-petang ini lepas hujan lebat tadi, lapar kan.
Lagilah aku ini memang hendak makan sahaja lately ini.

Makluman aku masih di rumah.
Belum bersalin lagi.
Erm.
Over Due sudah 3 hari.
Mak Yong redha.

Anak-anak tiada hari ini.
Kaklang bawa balik kg tengok abah.
Semalam abah buang air lutut di Colombia Hospital Seremban.
Tapi abah memang ada sudah di kg.
Makanya kaklang ambil cuti hari ini dan bawa balik anak aku 3 orang plus anak dia 2 orang.
Risau juga aku.
Untung kaklang bawa maid dia sekali.
Aku tahu emak abah rindu benar dengan cucunya terutama Qeqeem bam bam.

Story aku hari ini.
Dalam tengahari tadi memang macam sudah ada ngilu aka mild contraction.
Aku cuma pergi klinik panel.
Doc check perut.
Kepala baby memang sudah masuk laluannya.
Namun gitulah.
Perut tetap mengeras-mengeras macam biasa.

Kalau aku ini, tanda hendak bersalin ialah contraction yang kerap.
Itu sahaja tanda aku.
Aku ingat masa Haifa sahaja aku dapat contraction, Ya ALLAH sahaja yang tahu.
Sakit sangat sangat.

Doc bagi aku MC 3 hari until Khamis.
Kalau belum bersalin, Doc suh aku jumpa dia malam itu.
Dia hendak scan perut aku.

Lega rasanya dapat MC banyak hari.
Ialah takat hari ini sudah 4 hari aku ambil unpaid leave.


Saturday, March 9, 2013

Update sikit - masih belum lagi.

Aku masih di rumah.
Tiada tanda-tanda hendak bersalin.
;(
Redhalah ketentuan ALLAH.
Pergerakkan baby aktif, perot tetap mengeras gitu.
Aku pun sudah chat dengan baby dalam perot.

Suka sayanglah hendak keluar bila, take ur time sayang.

Pagi hendak masuk tengahari tadi sempat mak yong ini goreng mee hoon.
Teringin. Hendak yang goreng sendiri.
Gigih sahaja kan aku.
Kaklang offer kari ayam untuk lunch.
Tapi mungkin ambil untuk dinner sahaja nanti. Ermmm mesti sodap.

Kepala aku masih ketat pening.
Minta Hubby buatkan teh halia.
Alhamdulilah kurang sakitnya.

Okies mahu layan 'Hantu Kak Limah 2'
Jomm.

p/s Selera makan asyik membukit sahaja sekarang ini.
Lapar sahaja.


Friday, March 8, 2013

my Jumaat.

As-salam Jumaat to all.
Alhamdulilah Jumaat datang lagi.
Harapan aku cukup tinggi, semoga ini Jumaat terakhir aku memboyot.
Semoga Jumaat depan, baby comel sudah berada depan mata. amin amin amin.

Pagi tadi pergi klinik.
Mohon MC lah kan.
Suh Doc check tekanan darah sekali.
Ialah aku ini since Sabtu lepas.
Asal lepas minum milo O panas pagi-pagi, mesti lepas itu muntah.
Before itu, memang kepala asyik sakit bangun pagi.

Alhamdulilah Doc check, blood pressure okies.
Perut memang tidak perlu story, sudah turun.

Hari ini cuba cari bayam merah. Erm tiada juga.
So layan bayam biasa sahaja. Untuk maintain Hb.

Mood hari ini, makan meatball, beli fresh di pasar borong tadi.
Hubby lah yang belikan. Aku apa-apa hal duduk dalam kereta sahaja.

Malam tadi puas makan fries dan daging burger di goreng.
Sambil taip sambil minum milo blended. Hubby buatkan.
Ermmmm nyaman.

Mood perut, rilex sahaja. Mengeras.
Setakat masa ini memang tiada tanda contraction.

Thursday, March 7, 2013

Pictures di office.

Pictures masa minggu 38.
Tumpang ambil gambar di tempat Wani.



p/s Dalam jam 3 am rasanya pagi tadi.
Terasa ada ngilu ala-ala contraction di bawah perut.
Seram pun iye juga. Lama duduk di pinggir katil.
Cuba tidur semula.
Tapi perut memang macam berangin juga.
Macam ada gastrik. Erm.
Dan pagi tadi sarat juga masa mandi, macam sakit lagi.
Akhirnya until 11 am, perut kembali seperti biasa.
Semuanya berserah pada ALLAH.

Wednesday, March 6, 2013

Diminggu 40an.

As-salam.
Fuh payahnya update blog.
Macamlah anak ada 10 orang. Huhuhu
Padahal baru hendak masuk 4 orang.

Picture hari ini tadi.

Semoga ALLAH permudahkan kelahiran kali ini. 
AMIN AMIN AMIN.

Insyallah 090313 aku akan bersalin.
Semuanya berserah pada ALLAH.
Aku memang sudah mood standby sahaja.
Seram dan takut pun ada.
Ialah setiap kelahiran itu berbeza kan.
Tapinya sungguh tidak sabar menatap muka baby.
Mesti comel kan dan bam bam.

Malam ini baru terasa lega.
Sebab kerja office sudah selesai.
Kerja tetap No one.

Maklumlah paper aku start exam dari Isnin, Selasa dan hari ini last Rabu, today.
Settle sahaja mesti aku terus key in guna link EMS.
Rasa gumbira sebab tidak menyusahkan kawan-kawan di office untuk menanda paper aku.

Hari-hari memang sebelum tengahari Hubby hantar aku pergi ambil paper di office.
Tanda menanda belah petang hantar balik pergi office. Paper semua itu.
Itulah rutin 3 hari ini.
Ampun menahan perut sebab serius sungguh tidak selesa berada dalam kereta dengan keadaan kepala baby sudah di bawah. Aduhai sungguh.
Mana lagi Qeqeem yang duduk dengan aku.
Dugaan ibu mengandung dengan anak kecik.

Layan keropok coklat sambil tanda paper.
Qeqeem pun join sekali, layan keropok.

Thursday, February 28, 2013

Rezeki weeks 39 dan aku mula bercuti.

Alhamdulilah hari ini ada rezeki besar $$$.
Syukur pada ALLAH.
Rezeki baby.
Sama macam Qeqeem dulu masa dalam perut dulu.
Masa weeks 39 begini jugalah dulu-duluan rezeki dari ALLAH datang.
Oh minggu ke 39. Minggu rezeki.

Kisahnya aku.
Jam 3 pagi tadi, tetiba sakit pinggang. Aduh.
Aku terus terbangun, tengok-tengok Hubby baru masuk tidur.
Minta dia urutkan sekejap.
Ya ALLAH, memang sakit sangat-sangat.
Cemas tau. Siap ada contraction sekali, tapi peliknya belah kanan sahaja. Belum sampai ari-ari gitu.
Sebelum ini memang tidak pernah waktu pregnant and tidak pernah ever ada kena sakit pinggang.
Penat duduk dan menung tepi katil, aku tertidur semula.
Ngantuk weh.
Memangnya kalau boleh tidak mahu ganggu tidur Hubby kalau sakit takat minor macam itu.
Biar aku tahan.
Aku memang sedia tahu Hubby penat, tidak cukup tidur lagi urus kami anak beranak.

Sekarang ini mana dengan sakit gusinya on off.
Tidur memang on off juga malam-malam.
Bukan sakit perut tapi sakit gusi. Dugaan sungguh.
Satu gigi pecah sebulan yang lalu rasanya. 1st time juga kalsium aku out habis waktu pregnant.
Masa pergi klinik aku tawakal sahaja.
Tampal or cabut.
Doc cuma buat tampalan sementara masa aku pergi klinik Selasa lepas.
Alahai rasa macam tembakau simen tu.
Memang orang pregnant tidak boleh cabut gigi, okies. Aku faham.
Cara Doc bersihkan gigi aku itu pun lain macam sahaja. Dia korek dan korek lagi.
Then ada minor sahaja dia guna mesin.
Kiranya tidak mahu ada gegaran kot.

Lagi laginya dugaan health aku.
Batuk datang lagi.
Tapi tidaklah teruk sangat. Minor sangat sahaja.
Kxxxk pun ada juga sikit.
Selsema pun join sekali.
Allah sahaja yang tahu kalau batuk kejap-kejap itu kan.
Sakit kepala baby tertekan di bawah.
Since hari Sabtu lepas memang hari-hari pagi sure muntah kxxxk.
Whuaaaaaaaaa, sakit perut sakit dada.

Back story aku pagi tadi itu. Aku tertidur dan terbangun semulalah. Sakit kan. Kejap senget kanan kejap lagi tukar posisi.
Siap termimpi-mimpi yang aku bersalin di rumah. Sadis sungguh.
So paginya, tidak pagi sangat pun.
Bangun terus cakap pada Hubby minta kemaskan barang masuk dalam beg.
Rasanya macam hendak bersalin sahaja hari ini.
Lihatlah punya tidak sempat kemas baju bagai.
Baru pagi tadi susun baju aku and baby dalam beg untuk di bawa ke hospital.
Maklumlah anak semua masih kecil. Aku dan Hubby memang tidak cukup tangan.
Alhamdulilah semua barang yang di perlukan sudah dibeli, cuma belum di susun bagai.
Lagi pun banyak pakaian dari Qeqeem dan juga dari anak kaklang Ariq yang belum lagi umur setahun.
Syiok kitaorang adik beradik main passing baju.
Qeqeem lahir 2011, Ariq lahir 2012 and becoming baby lahir 2013.
;))

Lepas settle hal pagi tadi. Aku terus ke office dengan perut yang seram-seram aku rasa.
Aku perlu ambil kerja aku untuk di bawa balik.
Ialah kan patutnya aku start cuti 6 Mac depan. Dua date pada 9 Mac/ Sabtu.
Tapinya keadaan perut sungguh tidak mengizinkan. Kita hanya mampu merancang sahaja.
Aku direct pergi jumpa boss Ir Nasir.
Terus terang.
Alhamdulilah boss memahami.
Ialah cuti aku memang tengah prorate. So kena ambil unpaid leave ataupun MC.
Aku perlu boss tahu hal itu.

Selera makan sungguh out hari ini.
Lepas balik dari office sempat makan di JJ.
Aku cuma cuit rojak yang di beli di bulatan 'pahang' dekat office.
Lepas itu dengan sakit cuit-cuit minor, macam tidak boleh berjalan rasanya.
Aku gagahkan juga, pergi beli menda last sekali iaitu pampers baby dan tambahan lagi maternity pad.

Kemungkinan besar aku bersalin di Hospital Serdang sahaja.
Tiada harapan hendak balik hendak ke Hopital di Kuala Pilah dalam keadaan begini.
Aku tidak selesa langsung untuk long journey.
Semoga ALLAH permudahkan semuanya amin amin amin.

Tuesday, February 19, 2013

Update aku, memasak dan Haifa.

my beloved princess Haifa Cassandra

Alhamdulilah, aku baru masuk kerja hari ini.
Aku sihat-sihat sahaja. Baby dalam perut pun sama.
Op I'm already 38 weeks today.
Cecadang masa cuti raya cina hari itu, aku tidaklah mahu bercuti dan MC bagai.
Tapinya, serius, perut ini sudah macam tidak boleh di bawa.
Besar and 'heavy'.
Rasa-rasa macam kepala baby ada di bawah terus.
So aku prefer berada di rumah sahaja.
Makanya aku bercuti EL dan ambil MC.
Setelah rasa okies. Hari aku kerja.
Lagipun malas hendak keklinik dan juga cuti 3 hari sudah habis aku ambil.
Whua.

Hari ini tadi kelas terakhir telah tamat untuk semester ini.
Alhamdulilah.
So aku cuma perlu settlekan carry marks untuk 3 subjects (sebenarnya tengah mood MALAS sekarang ini)
And tunggu hingga 6 Mac, insyallah untuk tanda kertas Final Examination.
Lepas itu barulah aku mula bercuti.
Due date untuk bersalin ialah pada 9 Mac.


Walaupun cuti-cuti di rumah, tetap sibuk dengan anak-anak dan masak sambung masak lagi.
Alahai masak simple-simple sahaja.

Paling fav. ialah telor dadar + bawang holand hiris.
Aku ada hidden story pasal telor dadar ini.
Satu hari itu, aku anak beranak dan abah terlunch di rumah Ateh (abang abah).
So sudah terdatang waktu tengahari.
Makanya antara lauk terjun yang Mak Teh masak ialah telo dadar.
Entahlah, bagi aku lauk itu paling best aku pernah rasa.
Telo dadar kembang santek.
Tips yang aku tengok masa Mak Teh menggoreng ialah minyak tidak sikit sangat.
Kalau aku sebelum itu menggoreng mesti mesti sikit. Jaga kesihatan kononnya.
Maka minyak kena tidak sikit, kasi panas betul.
Then nyerrrrrrrrr. Curahkan telo
Tengok telor kembang cantik. Bawang pun masak serata.
Garam jangan lupa.
Hasilnya sungguh tidak mengecewakan.

Tempe goreng adalah fav. ke tiga-tiga anak aku.
Sayur campur untuk aku dan hubby.
Sayur kalau kegemaran aku ialah ialah di goreng.
Mesti hendak ada carrot, brokoli, kobis, kobis bunga dan kacang buncis.
Kalau buat sup, cukup sekadar sawi putih with fishball atau pun campur sikit dengan kobis.
Maveles.



Friday, February 8, 2013

musim hujan dan bangun malam@pagi.

Sejukkan cuaca pagi ini.
Alhamdulilah minggu ini hujan turun banyak kali.
Makanya bye bye awal pada en aircond.
Mak suka pakai kipas jea.
Paling tidak tinggal, tetap dengan stokin hitam panjang di kaki.
Entahlah sudah jadi habit aku, camna camna pung mesti hendak berstokin kalau tidur malam.
Sungguh tidak lengkap tanpanya.

Since masuk 9 months ini, aku memang susah untuk tidur malam.
Memang tidur nyenyak sedaplah dari mula.
Lepas itu dalam jam 3 pagi ke atas mulalah terbangun dan tidak selesa.
Bukan kerana hendak pergi toilet ke.
Tapi perut minta di isi.
Eee malasnya hendak turun bawah bancuh air.
Whuaaaa.
Tahan tahan, fuh memang tidak boleh sambung tidur.
Akhirnya kejut hubby.

Bang temankan I turun bawah, bancuh air milo. Lapar.

Hubby memang best. Mamai mamai bangun tidur, temankan isteri boyot tersayang.
Always luv u SAYANG. mUaH.

Turun bawah, gigil-gigil bancuh MILO kosong.
Minum hangat hangat, nyaman sungguh.
Pagi tadi sambil bancuh air, mata aku melirik ke periuk nasi.
Hehehe.
Ada balance nasi malam tadinya.
Lauk sup tulang + sayur campur.
Ish. tidak akanlah hendak makan nasi pula.
Huhu.
Last aku makan keropok ikan sahaja.
Krup krap. Then habiskan milo segelas.
Tidor mama tengah hilang arah sekarang ini.
Mungkinkah until bersalin begitulah keadaannya aku.
("-,)

mY breakfast.
penuh satu bekas
LAPAR

Akibatnya dari mamam berlebihan itu,  mata aku kalau lepas breakfast di office pagi-pagi mesti macam pulut.
Kenyang.
Minta ampun bayangkan bantal tilam.
Whua.

Wednesday, February 6, 2013

9 months.

Picture hari ini.
See de perut.

Hari Rabu sudah. Huhu aku baru mula kerja hari ini.
Sila lihat perut aku. Memang since masuk 36 weeks @ 9 months ni aku rasa perut aku sudah turun.
Fuh. Cemas kejap.
Boleh cik abang yang suka-suka di mulut berkata.

U tu tak lama lagi tu bersalinlah.
Hello cik abang, sila kenang kembali tidak termasuk Haziqlah.

Lagi story cik abang, bukan ke orang bersalin 9 bulan 10 hari.
Uik lagi.

Aku bersalinkan Haifa masa kandungan 40 minggu 1 hari.
Qeqeem comel pula masuk 42 minggu.
So kemungkinan besar mungkin cukup waktu jugalah untuk baby kali ini.
Hanya padamu aku berserah Ya Allah.

Lagi pun sebenarnya, aku amat berharap baby lahir lepas paper aku semua settle nanti.
Sebolehnya aku tidak mahu menyusahkan orang lain untuk menanda paper subjects aku.
Gaji kita dapat, kerja pun kena selesaikan jugalah kan.
Insyallah.

Penat sungguh sekarang ini. Hendak berdiri lama memang failed.
So bayangkan aku mengajar dalam kelas, main tunjuk-tunjuk di white board dari kerusi.
Selalunya masuk kelas aku akan jot down formula penting then aku terus duduk.
Bila mengajar aku refer terus pada notes dan start ngomel dalam keadaan mengah sebab bercakap non stop.
Bukan kejang kaki kalau berdiri lama, tapi sakit di bahagian tut.
Makluman anak-anak aku memang semua fav. place ialah di bawah since kandungan masuk 7 months.
Memang macam terasa kepala baby di bawah sekarang ini. Keras.

Bila aku upload pictures, baru aku perasaan yang aku pakai baju yang sama pada Jumaat lepas dan hari ini.
Huhuhu, skirt dan tudung sahaja lain color.
Aku suka dua baju time perot penuh ini.
Bloues ini dari scarlet dan bloues hijau dari modern mom.
Maklumlah baju lain aku rasa panas berpeluh kalau pakai.
Suka hatilah duk ulang baju itu itu sahaja.

Story pasal panas ini.
Huh memang sungguh tidak boleh di bawa berunding lagi.
Petang atau malam, mesti aku tidur beraircond non stop.
Balik-balik berpeluh.
Letih sungguh di buatnya.
Sudah macam orang kaya pula.
(amin amin amin kalau aku memang orang KAYA)
Tapi malam tadi aku tidur keseorangan atas katil.
Hubby di perlukan oleh anak-anak.
Maka baba mithali ini tidur di celah anak-anak.
Aku redha sahajalah kan.

Kisah aircond, telah di stopkan around 1am rasanya since 10pm di onkan.
Sebab aku juga yang suruh off aircond, pasangkan kipas.
Aku rasa sejuknya sudah masuk ke tulang sum sum gitu.

Katil itu aku punya malam tadi. Biasalah tidur mak yong tidak lena kan.
Berpusing kiri peluk bantal lain.
Pusing kanan peluk bantal lain.
Itu sahaja aktivitinya, sakit pinggang bila bangun pagi.
Orang sakit pinggang bawa perut.
Aku sakit pinggang sebab tidur lasak.
Alhamdulilah sampai ke pagi langsung tidak on aircond.
(Jimat kan)

Mungkin aku perlu tidur sorang dengan keadaan 'kebesaran' aku ini.
Baru 'aman'.
Itupun kalau hubby izinkan.

Picture Jumaat lepas.

Wednesday, January 23, 2013

Appointment di Hospital Serdang.


Assalamualaikum.
Kisah kejadian di Hospital Serdang ialah pada 7 January 2013 lepas.
Mulanya macam malas hendak update kisah nie.
Tapi fikir-fikir, apa salahnya berkongsi kan.

Aku di suruh oleh Doc klinik kesihatan untuk buat scan di Hospital.
Makluman aku ini memang seorang yang 'pemalas' amat kalau hendak buat check up pregnant.
Alhamdulilah ALLAH sentiasa bagi kesihatan yang baek pada mama anak insyallah hendak masuk 4 orang ini kalau waktu pregnant.
Syukur padamu ya ALLAH.

Berbalik pada kenapa aku perlu ke Spital. Konon alasannya Doc, umur aku sudah lebih 35 tahun. So konon-kononnya lagi mungkin baby boleh kena itu dan ini. Nauzubillah je kan Doc tu. Tidak suka sungguh aku dengan ramalan 'bodoh' dia itu.
Laginya ada ke air ketuban aku di katakan macam banyak.
Kalau banyak kenapa pula tanya aku.
Jawapannya mungkin aku kena kencing manis.
Eeeeeeeeeeeee, sesedap mulut sahaja berkata.
Sentap mak yong ni tau.

Makanya dengan perasaan malas berbaur sakit hati aku pun pergilah ke Spital Serdang untuk ambil tarikh appointment.
Ya ampun berpeluh-peluh mak yong berjalan dari main entrance ke Klinik O&G.
Jauhnya...kejam sungguh diaorang ini buat design macam itu.
Maklumlah mak yong masa itu sudah masuk 7 bulan lebih rasanya.
Sarat kaki betis ini menanggung berat badan untuk sampai ke situ.

Hari kejadian - 7 January - Monday
Appointment aku jam 8 ke 9 pagi gitu.
Hubby dan kesayangan aku semua yang menhantar aku ke main entrance Hospital.
Makanya dengan gembira terus pergi ambil no di O&G.
Seronok sebab aku tengok tidak ramai orang dan aku dapat no 1020.
Wah berbunga hati dan perasaan sebab tengok ada 5 orang sahaja sebelum aku dapat jumpa Doc.
Aku pernah buat detail scan ini masa pregnant kan Haziq dulu.
So insyallah tidaklah lama sangat kot prosesnya.

Dan dan masa nurse panggil untuk daftar dia tanya sudah daftar ke di kaunter 8.
Huh.
Mana lagi hendak kena pergi nie. Confuse mak cik.
Rupanya kena pergi daftar di main counter yang mewakili semua counter bagai didalam hospital.
So aku pun pergilah beratur, masa ada lebih 20 orang yang tengah sama beratur.
Maka berdirilah mak yong boyot ini sesama untuk ambil no.
Sungguh tidak kena langsung kan.
Bila dapat no. terus memang-memang aku terkejut.
Siap aku tanya dekat sorang kakak ini.
Betul ke no aku ini berjarak lagi 120 orang.
A'ah betul tu.
Ya Allah. Biar benar. Gila ke hapa sistem ini.
Apa kejadah juga di buatnya macam itu.
Sedangkan aku cuma hendak ke klinik O&G.
Kenapa perlu daftar kali kedua di counter untuk semua klinik di hospital
Memang tidak boleh fikir aku di buatnya. Serius.
Orang tidak payah cakaplah. Melaut ramainya. Penuh di setiap penjuru.

Seingat aku dulu masa di HUKM, memang tiap-tiap bulan ada appointment masa pregnantkan Haziq.
Tapi no cuma di ambil di O&G sahaja.

Sudahnya aku terus angkat kaki dan pergi breakfast sorang-sorang.
Menapak lagi ke area main entrance. Fenatnya.
Tup tap dalam satu jam juga aku kena tunggu. Semata untuk mendaftar.
Next time perlu bayar RM5 sekiranya ada second appointment beritahu pendaftar.
Boleh sahaja aku cakap dalam hati masa itu, saya tidak hingin pun untuk datang lagi ke sini. Huh.
sebab saya tidak suka perkhidmatannya.
Untuk 1st timer dengan referrence letter dari klinik kerajaan bayaran adalah percuma.

Then aku terus ke klinik O&G.
Maknanya masa itu sudah jam 10 lebih.
Terus cek urine dan berat.
Dan tidaknya terus berjumpa Doc pun.
Perkhidmatan terhenti sebab perlu dengan ceramah dalam 1 jam gitu.
Huhhhh melampau sungguh kan.
Itulah, inilah.
Sudahlah tempat duduk penuh dengan suami-suami yang tidak prihatin dengan orang lain yang memang sarat sangat.
Apa hal juga diaorang ini.
Tiada prihatin ke tengok orang yang lebih memerlukan terpaksa berdiri dan berdiri.
Memang keadaan ini membuat aku bengang sungguh.
Dihospital mahupun di klinik kerajaan.
Itulah keadaannya. Kalau klinik kerajaan di tambah lagi dengan ramai amat warga asing plus dengan suami diaorang juga.
Risaunya aku takut diaorang ada bawa virus-virus penyakit negara diaorang itu ke klinik. Nauzubillah sungguh.
Ironinya keadaan ibu yang sarat, bersaiz besar.
Sah-sah tidak boleh duduk di sebelah orang lelaki kalau kerusi itu kosong.
Kalau perempuan tidak mengapalah berhimpit sama.
Itupun tidak faham ke?

Makanya in between itu aku minta hubby dan anak-anak datang.
In the end dekat jam 1 kot kalau tidak silapnya aku habis di situ.
Syukur alhamdulilah everything is fine.
Air ketuban normal.
Bibir baby normal.
Tapi sesampai aku di meja Doc sebelum itu, Doc tengok buku pink aku.
Dia tanya, kenapa sebenarnya awak perlu jumpa saya.
Aku keliru.
Padahal aku ada surat reference dari Doc klinik kerajaan.
So bacalah sendiri, kenapa kedatangaan aku di persoalkan pulak.
Ntah, aku cakap Doc klinik suruh aku buat detail scan sebab umur aku lebih 35.
Weh.
Kata Doc, detail scan hanya untuk yang berumur 40 tahun keatas.
Weeeh lagi.
Ntah, aku tidak tahu.
Ke sebab agakkan air ketuban awak banyak.
Ntah lah.
Lepas scan, semua okies.
And aku tiada continue appointment. Aku sihat dan baby sihat alhamdulilah.

In the end, semuanya menyusahkan aku juga kan.
Yang Doc klinik kerajaan itu apa hal sebenarnya.
Tolonglah jangan menyusahkan orang.

Dulu pernah kisah masa pregnantkan Qeqeem.
Diaorang di klinik suruh buat second MGGT sebab result aku 7.2 out of 7.8.
Apa hal, punya 'azab' hendak puasa dari 10 malam untuk dekat hendak tengahari.
Ini sudah ok, hendak di suruh ulang lagi.
Mak tak sanggup wehhh dengan gastriknya lagi.
Tapinya Doc di Hospital Putrajaya bila tengok result MGGT aku masa itu, terus dia cakap okies.
Korang apahal hoiiiiit klinik kerajaan.
Pleaselah, bawa-bawalah berubah.

Monday, January 21, 2013

Minggu ini kandungan sudah masuk 34 weeks.


Cerita pasal pertambahan berat aku. Memang sadis lah kan.
Maklumlah mak yong ini memang selera sungguh kureng kalau time besar perut ini.

Tapinya kalau waktu biasa-biasa, waktu tidak pregnant. Akulah JUARA. huhu. Makan memang sikit-sikit, tapinya asyik makan sahajalah kerjanya.

Sepatutnya pertambahan berat aku ialah 0.5 kg untuk seminggu sekarang ini. Namun tengok dari laporan klinik aku.
4/12/12 - berat 69 kg
4/1/13 - berat 70.15 kg
18/1/13 - berat 71.45 kg
Namun walau apa pun, aku bersyukur baby adalah dalam keadaan sihat. Berat aku itu bukanlah masalahnya kan kan. Kalau tidak silap aku, aku starting pregnant kali ini dengan berat 62 kg.

Alhamdulilah juga Hb aku starting naik. Around sebulan yang lalu Hb sudah turun ke 10.5 gm. Yang terbaru sudah naik 11.2 gm. Syukur pada ALLAH. Hb sebaiknya untuk ibu mengandung tidak boleh kurang dari 9.5 gm.
Apa yang aku tahu ialah nanti oksigen akan berkemungkinan tidak sampai pada baby.
As a result aku dulu kalau time di labor room memang kena pakai oksigen. A'ah yang cucuk/letak di hidung itu. Oksigen itu adalah untuk baby, bukan untuk aku.
Seksa jugalah, manalah hendak meneran, mana hendak beroksigen bagai. Mana lagi kalau diaorang suruh sedut untuk kurang sakit itu. Fuh.
So harapan aku tinggi kali ini. Tidak perlu pakai oksigen lagi  Semua sudah normal, insyallah.

Satu perkara lagi. Member aku story, makan jambu batu pun adalah baik untuk naik kan Hb. Tapi aku ingat-ingat memang semenjal dua menjak ini aku rajin di sajikan oleh hubby dengan sup tulang. Maknanya memang aku asyik makan daging lah kan. Daging merah kan baik juga untuk naikkan Hb.
Sebenarnya aku tidaklah fan sangat makan daging. Aku fav. makan ikan. Anyway aku seronok sangat-sangatlah. Masuk kali ke 4 pregnant barulah dapat figure Hb yang santek.

Thursday, January 17, 2013

wordless thursday

Qeqeem comel ever. Pipi bam bam.
Mata bulat

Kusyuk kalau mamam mamee.

Gambar kasut lagi.
Beli di stall gitu.
Ada bulu-bulu, comel sahaja. Aku pakai gi kerja tau.
RM 25 sahaja.

Cendol Pulut.
Amatlah maveles.
Terhangat untuk Mak Yong kala ini.
RM 2 sahaja.

Thursday, January 10, 2013

Comel kaki ku dan kereta WIRA ku


Minta maaf ye, sebab tunjuk gambar kaki.
Entahlah aku rasa picture kaki aku ini COMEL. whua haha.
Ialah kaki mak yong kan sudah macam bengkak rasanya.
Mahu tidak, kalau badan + perot sudah berat.
Mesti kaki sudah fenat menanggung beban berlebihan sekarang ini. huhu.

Story kereta WIRA ku.
Alhamdulil my kereta Wira sudah kembali ke rumah malam tadi.
Dekat seminggu masuk bengkel.
Maklumlah sudah berapa umur kereta kesayangan aku itu.
Semestinya minta di ganti itu dan ini.
Kena redha.
Total out RM450 semuanya.
Tergagau juga untuk membayar.
Kereta rosak tiba-tiba, tapi duitnya mana ada terus ada tiba-tiba kan.
Masa itu hubby yang drive kereta.
Alhamdulilah anak-anak tiada yang ikut.
Maklumlah time panas petang masa itu.
Memang sudah mati mati masa di Giant lagi.
Dan dan sampai di traffic light, terus innalilah.
Aku call adik untuk bawa kawan mechanic dia.
Bila tengok-tengok, diaorang decide untuk tow ke bengkel kawan adik di Dengkil.
Biasalah bengkel itu, memang selalu kitaorang hantar kereta Wira kalau ada problem.
Alhamdulilah, insuran ETIQA cover juga untuk khidmat towing.
Makanya semuanya free lah untuk towing.

Tuesday, January 8, 2013

Kisah checking MGGT aku.

Ya ampun, kenapalah aku sekarang ini malasnya.
Macam tahap gaban rasanya. At list gaban pun boleh tranform semula. Aku ini tidaknya, asyik hendak jadi gaban sepanjang masa sahaja.
Mood asyik belayar ke laut, turun sauh dan berlabuh.
Kalau boleh tidak mahu langsung pulang-pulang lagi ke daratan. Ish payah sungguh.
Kalau boleh hari-hari mahu lepak, happy-happy dan tidur. Best kan.

Jom story pasal lawatan klinik aku pada Jumaat lepas.
Aku kan suka hati sahaja terjah klinik pagi Khamis itu dengan harapan hendak buat MGGT.
Sudah aku cuba call klinik, langsung tiada orang angkat. Malaslah hendak call lagi. Merajuk.
Dan dan nurse cakap, MGGT ialah hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Uik...
Makanya dengan muka sedih dan masih berpuasa dari jam 12 malamnya. Aku langkah kaki, kena balik.
Untung Hubby tunggu aku di pam minyak Petron tu. Kuat juga naluri suami aku ini. Menunggu isteri, ialah takut-takut appointment aku cancel.
Padahal memang aku suh hubby balik lepas drop aku masa itu.

Pagi Jumaat itu aku kelewatan.
A'ah, aku memang lewat sahaja since dua tiga since sekarang ini. Cop penuh di dahi aku.
Sudah macam apa sahaja pagi-pagi di rumah.
Maklumlah, mak yong kan. Tidur malam sudah tidak seenak dulu.
Asyik terbangun sahaja. So bilalah tidurnya hendak cukup dingin lagi kan.

Boleh aku sampai klinik dalam jam 9.15 pagi itu. Hubby yang hantar dan drop kan aku.
Then nurse semuanya sibuk, aku pun letaklah buku pink di tempat pendaftaran dan aku tekan no.
Aku terus duduk.
Masa no aku di panggil, sudah masuk jam 9.45 pagi.
Dan dan lepas nurse tahu yang aku belum ambil darah dan minum air gula. Terus aku di suruh masuk bilik 14.
Dan berharap aku masih boleh continue MGGT.
Nurse beritahu, paling lewat boleh ambil darah dalam keadaan berpuasa ialah pada jam 8.45am. Aku pulak sudah lewat sejam.
Alhamdulilah nurse baik hati. Terus ambil darah aku dan minum air gula. Paling penting aku tidak pening dan mabuk masa itu. Alhamdulilah. And my next taking darah ialah pada jam 11.45 pagi. Makanya sila continue berpuasa.
Itulah kan, sapa suruh datang klinik LEWAT.
Aku berdoa dan berdoa semoga aku mampu bertahan dan tidak muntah.
In between menunggu itu, aku continue checking perut, cek kencing dan cucuk kancing gigi.
Alhamdulilah dekat jam 11.30am, hubby sampai with 3 orang comelan aku.
Lega rasa di hati, sebab masa itu kepala aku memang sudah pusing-pusing sikit.
Fenat tonyok tiger balm di dahi. Risau aku di buatnya.

Done ambil darah itu, terus minta MC pada Doc. Alhamdulilah settle semuanya.
Hubby ajak lunch di Giant lepas itu. Aku cuma lalu makan kew tiow goreng. Itupun cuit-cuit sahaja.
Selera memang sudah out masa itu.
Alhamdulilah tiada muntahan berlaku.
Kalau muntah mesti lagi sakit perut dan kepala.
So tunggu nanti, apa result MGGT aku ini.

Setakat pregnant kali ke 3 lalu, alhamdulilah aku tiada kena kencing manis.
Harapan tinggi untuk kali ini juga.
Semoga ALLAH bagi kesihatan yang baek pada aku dan baby juga untuk pregnant kali ke 4 ini. amin amin amin.

p/s tangan aku sakit belah kiri. macam lenguh gitu. aduh...
padahal masa cucuk kancing gigi tu kena cucuk belah kanan.

Thursday, January 3, 2013

Cari bloues pregnant.

Assalamualaikum.
Sudah 2013. Alhamdulilah.

Kami cuma di rumah sahaja. Ialah keadaan begini, aku memang malas hendak berjalan. Sabtu dan Ahad baru ini sempat balik kg. Sebabnya abah tidak sihat.
Hari Sabtunya, sempat aku dan hubby, erm bawa sekali Haifa pergi Bahau. Kononnya mencari bloues untuk mak yong nie. Sedihnya rata-rata baju di kedai semuanya jenis bloues kain cotton yang price rm 70. Pui, memang kurang sesuai untuk aku lah baju tu. Dan aku pun kurang minat sebab itu bukan kategori baju pregnant sangat pun.
Lagilah aku ini jenis 'pemalas' hendak beli baju skirt mahupun tudung bagai. So kalau di suruh, liat sahaja gitu untuk memilih. Kalau memang sebab sudah tiada baju yang muat di perut dalam almari sekarang ini. Huhu, jangan harap aku hendak pergi membeli baju baru. Biar pun berkali hubby menyuruh untuk membeli.

Rupanya masa di Bahau, banyak betul kedai-kedai depan KFC tu yang menjual tudung bawal juga. Peh teruja kejap. Next time boleh pergi untuk beli tudung.
Makanya kami sambung ke kedai di Pilah. Syiok juga, akhirnya jumpa baju dua helai baju. Puas hati gitu.

Mak yong, sihat. Cumanya sakit di bahagian bawah perut. Hendak berdiri lama beberapa hari ini memang payah amat. Baru hari ini okies.
Berat aku sekarang ini cecah semula 70kg. Dekat 4 hari rasanya timbang, duk begitu sahaja. Makanya takat ini baru naik around 8kg sahaja.
Ialah minggu lepas memang buat perangai, tidak mahu makan nasi putih. So makanlah nasi goreng, mee ke. Roti canai, burger.
Sebab itu kawan-kawan di opis pun memang sudah tahu peel aku kalau pregnant. Makan memang memilih, lepas itu portionnya sikit sahaja. Hendak buat macamana kan. Selera aku memang out sungguh.

Minggu ini kandungan sudah masuk 31 weeks@7 bulan lebih.
Insyallah esok barulah aku pegi check untuk MGGT. Punyalah bertangguh-tangguh dari 24 Dec lepas. Insyallah lagi hari Isnin depan pula pergi Hospital Serdang untuk buat detail scan. Maklumlah umur sudah lebih 35 tahun.

Whua kerja di opis memang ada yang tengah tertangguh ini. Tidak mengapa, nanti pulun dan pulunlah.

Monday, December 24, 2012

Perut aku besar gitu.

Assalamualaikum.

Patutnya aku ke klinik pagi tadi nya.
Check MGGT.
Namun kisahnya, dari malam tadi aku sudah planning, aku cancellah appointment hari ini.
Suka hati aku je kan.
Actually ada kerja di office yang lebih penting yang aku perlu settle kan hari ini.
Makanya MGGT buat hari lainlah. huhu.

Minggu ini kandungan aku sudah masuk 30 weeks.
Kiranya dalam 7 bulan setengah gitu.
Alhamdulilah mak yong berada dalam keadaan sihat walafiat hari ini.

Penat memang penat aku membawa perut.
Sama macam kandungan lepas, anak-anak masa dalam perut memang kesukaan diaorang menekan di bawah perut.
Selalunya kalau bangun dari duduk, mestilah kenalah pelan-pelan.
Sakit amat gitu tekanannya.

Kalau orang tengok memang nampak perut aku besar weh.
La nie kalau di rumah memang pakai kain batik sahaja lah.
Seluar-seluar semua sudah mengetat.
Makanya tercari-carilah aku kain batik yang sudah jadi tukun di rumah selama ini.
Selalunya memang kain batik aku pakai time dalam pantang sahaja.
Nampaknya kali ini awal lagi aku sudah pakai uniform lepas bersalin. huhu.

Seminggu dua ini kaki belah kanan yang macam start sakit sikit.
Tapi masih boleh berjalan lagi.
Kata Doc, pil obimin yang aku makan itu antara kebaikannya ialah mengelakkan kaki kejang.
Wokey.
Since sudah makan pil obimin. Aku sudah stop makan pil fish oil omega 3.

Sekali ini sahaja aku buat penagt durian + kacang hijau.
The rest memang buat pengat durian sahaja.
Anak-anak suka makan pengat sahaja.


Friday, December 21, 2012

Bengkak bibir time pregnant.


Assalamualaikum.
Alhamdulilah sudah hari Jumaat lagi.
De best part ialah esok cuti kan.

Selasa depan pun cuti lagi kan.
Insyallah hari Isnin nanti aku ada ujian MGGT.
Mungkin minta MC sekali kot dengan Doc klinik.
Hahaha, cuti tahunan aku kali ini sudah 0 gitu.
Makanya apa-apa hal mesti minta MC sahajalah.

Hari ini aku macam buah Orange.
Sebab color color oren gitu penampilan aku.
Beg memang color oren lah.
Kasut sarung ada bunga-bunga oren.
Cam ceria sahajakan.

Storynya ialah, aku tidak pastilah orang lain kan.
Tapi aku ini kalau pregnant memang ada satu perkara atau elergik yang berlaku pada aku.
Nampaknya ke empat kali pregnancy memang begitulah.
Tidak kisah anak lelaki atau perempuan.

Aku mesti kena bengkak di bibir.
Macam ala-ala elergik makan seafood.
Tapi tidaknya aku begitu pun sebenarnya.
Memang gitu sahaja.
Sedar-sedar nanti bibir belah atas aku ada one spot macam gelembung.
Alhamdulilah tidaklah gatal.
Kali ini aku kena lewat sikit.
Tunggu-tunggu juga masa awal pregnancy hari itu.
Rupa-rupanya baru hendak kena masa kandungan cecah 29 weeks rupanya.
Dalam Selasa lepas kalau tidak silap aku, bangun pagi aku sudah nampak bengkaknya.
Then start semalam sudah nampak tanda hitam atau kering gitu.
Kurang-kurang dalam beberapa hari sahajalah.
Dan ia langsung tidak mengganggu hidup aku pun.

So korang ada tak kena macam aku time pregnant.
Mungkin ada perkara lain kea.
 

Wednesday, December 19, 2012

wordless (sikit jea) wednesday

with my bunga-bunga cinta

di Hotel Corona Inn

Qeqeem comel rilex@enjoy makan sweet.

Ambil gambar di pintu masuk hall kenduri

Bunga dan bunga cinta lagi.

princess...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails