Followers

Showing posts with label OUM. Show all posts
Showing posts with label OUM. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Update sikit lepas exam pada 14 April lepas

Assalamualaikum dunia

Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya.
Allah, lamanya cutikan blog kan.
Post terakhir ialah masa hendak sitting untuk exam kan.

Kita flashback sikit-sikit.
Habis exam, hari Rabunya aku kerja seperti biasa.
Tapi sebenarnya sudah tidak larat juga.
Petang Selasa masa sitting untuk paper Change Management, sudah berdenyut-denyut kepala.
Memang tawakal dan berserah pada ALLAH sahaja masa itu.
Alhamdulilah, dipermudahkan menjawab dengan idea yang mencurah.

Sempat ambil gambar lepas habis exam 

Baucar buku yang masih belum di gunakan lagi.
Due ialah pada 30 June.

Thursday, April 9, 2015

Mood revision untuk Final Examination master

Moga ALLAH permudahkan untuk 4 rata lagi kali ini, ameen 

Allahuakbar
Waktu study untuk exam datang lagi
Hari ini aku masih kerja lagi
Esok until Selasa depan cuti
Paper aku ialah pada hari Ahad jam 9 pagi - Sustainable Construction
Dan paper satu lagi pada hari Selasa jam 2 pm - Change Management

Kali ini exam memang mencabar sebab both subjects adalah theory.
Maknanya banyak facts kena ingat dan faham
I knows it is a challenge to me 
Theory vs calculation
Tidak mengapa, aku memang sukakan cabaran
Kalau tidak 
Rare sangatlah background engineering yang mahu 
Sambung master management
Tapi aku
Aku yang mahu, aku suka
Cabarannya ialah RAJIN atau MALAS
Kan

Ini adalah perkara yang paling seronok, ia untuk kali terakhir
Allahuakbar

Ini pesan Dr Goh yang ajar Change Management pada kelas aku
Please Go Extra Mile

Tuesday, March 31, 2015

Kelas akhir Semester January 2015, assignment stress and tambah package Astro

Jam 8.15am di pagi Ahad yang bahagia
Tengah mendaki untuk pergi ke kelas 
Wow kelas terakhir untuk jam 8.30 pagi since September 2013

Alhamdulilah
Ya ALLAH happy sangat Ahad lepas
Kelas untuk semester January 2015 sudah berakhir
Suka berbaur sebak
Aku di beri kekuatan oleh NYA
Dengan bebanan kerja yang tiada habisnya
Ialah since office aku change management to full flash university.
Perubahan demi perubahan
Tapi tetap rasa bangga dalam diri
Aku bekerja sebagai seorang lecturer di University

Kisah belajar aku
Sebenarnya minggu lepas memang minggu getir
Bersengkang otak untuk siapkan assignment
Nyaris hari Ahadnya aku mahu tuang kelas
Serius, penat otak tidak sama dengan penat fizikal
Tekanannya lain
Lagi tinggi, kalau buat kerja last minutes kan
Tapinya fikir-fikir
Memang bukan saja suka-suka buat assignment lambat
Sebagai manusia biasa, semestinya hidup perlu kan rehat dan berhappy
Lepas buat kerja 'berat' di office
Mesti mahu rest
Mahu kurangkan tekanan dan penat
Dan classmates yang aku baik pun sama juga
Muka kami masa hari Ahad itu memang muka BLUR!

Tambah koleksi siaran Astro
Op baru ingat!
Masa cuti sekolah baru-baru ini
Dalam hari rabu rasanya, 18 March 2015
Aku hints HC untuk topup package Astro
Orang lain sibuk hendak terminate
Aku pula menambah lagi kan
Sebabnya memang mahu tengok movie
Lunyai button remote Astro aku asyik tekan dari 101 sampailah 70X
Cari siaran bagus
Tapinya semua bagi aku tidak best!
HC biasalah, tidak boleh dengan bini dia asyik asyik dan asyik meluahkan ketidakpuasan hati
Terus senya-senyap HC search di laman Web Astro - package Movie
Penat kot dengan aku asyik ulang suara, hari-hari
Makanya setelah berbincang dan semestinya setujulahkan
HC call Astro dan terus add on package movie - HBO, Cinemax dan FOX
Telefon malam itu, tidak perlu tunggu lama, dan dan sudah dapat tengok movies
Package ini boleh di terminate bila-bila masa sahaja kalau sudah tidah berkenan
Kata HC, ada 450 movies yang berbeza dalam satu bulan
Setakat ini, yes aku suka
Semua pun suka di rumah
Sebelum ini aku cuma ambil package basic sahaja dari Astro

Sambung kisah Assignment
Malam minggu itu aku selesai dan sudah flat dalam jam 2 pagi
Hari ahad esoknya mahu attend kelas
Rasa malas mahu pergi kelas sahaja esoknya
Tapi fikir-fikir esoknya itu ialah kelas terakhir
Laratkan diri untuk pergi
Balik kelas petang ini terus tumbang atas katil
Berat sungguh mata
Berat lagi bahu yang memikul kan
Masa terbangun jam 6 petang itu pun rasa sangatlah tidak suka
Terus basuh muka dan sambung buat assignment Change Management
Sambil-sambil itu minta foods pada HC
Lapar
HC gorengkan frozen food dan aku makan dari atas katil
Sudah macam apa sahajakan
Ialahkan, aku memang buat kerja atas katil dah
Kejap-kejap Hafiy naik atas katil
Lompat-lompat, alahai anak ooo anak

Akhirnya dalam jam 1.15 pagi, aku berjaya menyiapkan tugasan terakhir untuk Master in Project Management
Sangat sangat happy
Beban sudah burning
Pada hal markah pun tidak tahu macam mana kan
Convert to PDF dan terus email kepada lecturer
Dekat 6 jam aku di dunia lain hari itu
Allah, aku sangat bersyukur

Lepas itu barulah hendak mandi
Rasa macam berlengas badan
Sudah rilex, terus cari movie
Dari hari Rabu kot aku sudah lock tidak tengok TV
Story yang sudah tengok pun aku tengok lagi
Yang penting aku mahu suka hati

Aku makan nasi lauk telor yang HC gorengkan pada jam 2 pagi
Nikmatnyakan makan time lapar
HC pula makan maggi
Suami mithali sungguh Mr HC
Temankan aku buat assignment
And, lepas itu HC terus tidor
Aku pula sambung menonton until 4am
Semoga ALLAH memberikan markah yang baik-baik untuk assignment aku dan juga kawan-kawan, Ameen

Kereta pun masih kosong lagi pagi-pagi 

Muka seronok sebab kelas sudah habis 

Selfie kenangan dengan bangunan Muzium Bank Negara

Tuesday, March 3, 2015

Kisahnya di kelas OUM hari Ahad lepas

Muka aku and kak Aishah sungguh puas sebab berjaya harungi juga walau serius kefenatan hari Ahad. 
Alhamdulilah kami mampu habiskan berada dikelas dari 8.30am until 3pm.

Masa tengahari, muka tak boleh blah sudah hendak dengan lecturing masa itu. 
Jom welfie!! 

Lepas sahaja breakfast jam 10am hari itu, terus telan B Complex dan SR Vita C sebiji. 
Topup lagi dengan multivitamin Vita Lea Iron Formula dua biji.
Saya perlu POWER!!!
Saya sendiri nyaris tidak pergi kelas. Dua kali HC kejut pagi tu, bermalasan sungguh untuk bangun.

Kecian Jo kena duduk seorang hari itu sebab Liza demam. Mau nya tidak flat kan. 5 hari bekerja. Hari Sabtu kami ke OUM Shah Alam. Hari Ahad perlu ke OUM KL. Hari Isnin perlu pergi kerja.
Ya ALLAH sihatkanlah kesihatan hamba-hambamu ini Ya ALLAH, AMEEN.

Lecture belah pagi Dr Goh Tee Teck untuk subject Change Management.
Pink color, Mr Ram and duduk depan saya ialah Fiza.

Saya kepada Aku dan jokes in lecture

Mulanya hari ini saya akan tukar kata nama saya kepada aku kembali. Harap maklum. 
I feel aku is better than saya. Bukan aku tidak tetap pendirian. Tapi aku rasa mana yang aku rasa selesa.

Walau sudah masuk 14 tahun aku menjadi lecturer. Aku tetap rasa diri ini adalah seorang yang biasa-biasa sahaja. Walau dulu study diploma civil engineering sampai migrain nangis-nangis telefon emak di kg dari public phone tepi blok asrama.
Lepas graduated terus taubat tidak mahu sambung study lagi. Gila sungguh siapa yang sanggup sambung degree lagi lepas habis diploma.
Dan aku di beri rezeki oleh ALLAH untuk belajar lagi kerana ALLAH sahaja yang tahu mana terbaik untuk hambarnya kan.
Ambil degree civil engineering, ambil lagi kan. Tabah sungguh belajar engineering walaupun aku rasa aku ini bukan excellent meletop pun. Alhamdulilah grad degree juga aku akhirnya. Sudah-sudah study di UTM yang masa zaman aku ialah universiti tendang menendang nama sinonimnya. Ketaq kepala lutut tau.
Kadang-kadang aku ada feeling bangga dalam hatilah kan. Sebab aku ialah anak didik UTM dari diploma hingga degree. Sungguh mahal ilmu yang ada dalam diri aku.

Aku sekarang ini tetap pergi kelas mengajar macam biasa, habiskan sylibus. 
Tanya students ' understand or not?, any question? and please ask me question!. Oh sampai begitu sekali aku mahu students menanya soalan.Sebab diaorang ini memang payah sungguh hendak tanya soalan. Padahal ada sahaja yang kurang faham sebenarnya.

Semalam bual dengan classmates aku, dia nasihat pada aku kalau mengajar itu memang perlu ada selit jokes tau. Hah!.
Saya memang kaki lawak sebenarnya. Tapi macam mana mahu tukar cara mengajar yang sudah 14 tahun cam gitu ke tetiba dengan selitan jokes.

Ok saya akan cuba tukar nanti. Saya cuba demi murid-murid kesayangan.
Sambil fikir zaman belajar di UTM dulu ada tak lecturer yang kaki lawak. Ada ke hah?
And kalu mengajar kira-kira@engineering, macam mana ek jokes nya? Aduhai.

Macam iklan contact lences tak?

Saturday, February 28, 2015

Attend briefing master thesis di OUM Shah Alam

Alhamdulilah, hari ini brunch terus. Panaskan lauk pauk malam tadi dan tambah masak nasi je. Hari ini saya perlu ke OUM Shah Alam. Ada perjumpaan Coordinator dengan students yang register Thesis 1 jam 2.30pm. So semester January 2015 ini, saya ambil Thesis 1 bersama 2 subjects which is perlu sit for examination on middle of April.

Sebenarnya tidak pasti ada agenda hari ini. Tapi bila announcement di MyVLE, kita pergi sahajalah kan. Hari ini inshaAllah will go with classmate Cik Jofina. Bertolak jam 1.30 nanti. As usual saya perlu tunggu Jo di Petronas dekat rumah saya di Bukit Serdang.

Dan esok pula, seminar ke 3 untuk semester ini di OUM KL. Macama biasa kelas dengan subject pertama akan mula pada 8.30am until 11am. Then mula subject kedua pada jam 12 until 3 pm. In between itu memang akan ada break untuk breakfast dan lunch. Selalunya saya akan sampai dalam jam 8-8.15 pagi untuk breakfast dulu. Seronok makan sambil bual dengan classmates tersayang.


Sambal petai with udang


Sup sayur fishball, telo dadar, sambal petai udang 
dan sambal goreng emak bekalkan dari kg.

Kisah hari Rabu lepas. HC yang masak dinner. Alhamdulilah. Yummy sesangat. Masa balik kg hari tu, emak bagi petai. Biasanya jiran depan rumah yang bagi beberapa papan petai pada emak. Tapi lately ini emak sudah malas mahu makan petai. So kamilah yang bawa balik. Setakat ini sudah dua kali HC masakkan petai. Sekali yang itu with udang dan malam tadi pula with ikan bilis dan tempe. Hihi, rezeki kami, ikan bilis SFE yang bagi minggu lepas. Adik dia balik kg di Sandakan. Patutnya ikan bilis itu untuk dia, emaknya yang bawakan. Tapinya mungkin SFE tidak sempat masak kot. Dapatlah pada saya sebahagian dari ikan bilis Sabah.
Terima kasih geng.

Iklan - Kenapa saya suka Alfafa, memang sukar hendak di lepaskan!

Friday, January 9, 2015

Registration January 2015 OUM


Ya Allah, tidak tahulah kenapa minggu ini adalah minggu yang membosankan untuk bekerja. Kalau boleh hendak duduk di rumah bergolek-golek.
Hari Isnin dan Selasa baru ini saya ambil cuti. Lawaknya sebab, carry forward cuti dari tahun lepas ialah 2 hari. So isilah form, tapi belum submit pada boss. Namun bila buka system online, memang cuti sudah di updated kan. Lawaknya ialah, borang belum di hantar pada boss, tapi cutinya sudah di ambil dulu.

Bila cuti, semua orang mesti cakap, wow bercuti kemana?. Alahai, saya memang jenis bukan ambil cuti dan pergi bercuti bersuka ria. Selalunya mesti cuti terkejut, dan saya dan HC busy dengan business kami. Sibuk pergi ambil stok baru. Ambil picture stok baru. Kira stok sedia ada.
Tambah lagi saya sibuk settlekan order kawan-kawan untuk vitamin Shaklee. So kena pergi Pos Laju dan pos barang.
Dan begitulah life seorang peniaga.

Insyaallah Ahad ini ialah pendaftaran untuk semester January 2015. Wow sangat teruja sebab insha ALLAH tahun ini saya akan grad master. Macam tidak percaya, tapi memang kena percaya.
Semester ini juga ialah permulaan untuk thesis 1. Alahai sampai waktu ini, saya masih belum ada supervisor. Juga sebab saya masih belum ada title dan proposal pun belum ado lagi.
Feeling adalah seram.

Semoga di permudahkan urusan hamba mu ini Ya ALLAH, ameen.


Tuesday, December 16, 2014

Exam time


Hari Khamis dan Jumaat nanti, inshaAllah saya akan sitting for final examination di OUM KL. Ada dua paper as usual. Hari Rabu esok baru hendak mula cuti. Masuk office semula next monday.
Alhamdulilah markah assignment sudah keluar pada Rabu lepas. Sungguh terharu, sebab peningkatan pada markah sebelum-sebelum ini. Berkat usaha lebih saya kali ini. Juga tidak lupa doa dari emak abah. Juga terutama my HC tersayang atas keikhlasan menjaga anak-anak. Terima kasih keraza izinkan saya sambung belajar.
Semoga di permudahkan urusan untuk stuyd ini ya ALLAH, ameen.

Thursday, November 27, 2014

OUM, Shaklee dan anak-anak.

Assalamualaikum,

Kisah saya di post kali ini adalah bercampur-campur. Paling senang bercerita ialah dengan tepekkan dengan satu picture...kan.
Mood minggu ini ialah siapkan assignment. Hari Ahad ini perlu submit hard copy subject project cost analysis & appraisal. And subject IPM pula on pdf file pada 7 Dec. Ya ALLAH permudahkan hambamu ini dan kawan-kawan yang lain untuk menyiapkan tugasan kami dengan baik. Ameen.

Pictures di OUM KL. Walaupun boleh parking di jalan menaik bukit itu. Saya memang dari awal lagi prefer parking dekat guard house. Motif ialah untuk berjalan kaki lebih jauh untuk ke kelas. Walaupun sesampai di kelas, macam tercungap-cungap.huhu.

Alhamdulilah, rezeki ALLAH bagi. 
Stok untuk saya, anak-anak dan emak juga.
Hasil baru 2 bulan lebih menjadi ahli Shaklee.
Untung hingga 33% ketika membeli barang Shaklee sekiranya menjadi ahli.

Kan saya pernah story dulu. Kedai di bawah apartment yang saya duduk ada kedai Iran. Kami suka beli nasi arabnya yang variety sungguh. Dan juga lately ini siap ada manisan dan cookies Iran. Saya suka. Harga pun murah seh.

Haqeem, Haziq and Haifa happily ever after kalau mandi pool.
Malam-malam pun boleh mandi. 
HC cakap, kalau bubble di kolam itu di hidupkan. 
Air dalam kolam memang panas.
Op until sekarang, saya belum pernah terjun kolam lagi.
Apakah? 

My stocks. Beli berdikit-dikit. 
Saya memang jenis tidak fan untuk beli tudung baru, baju baru and kasut baru bagai. Saya tidak kisah pakai baju kurung yang sudah berusia 5 tahun. Tiada istilah up to date untuk saya dan juga HC. Apa yang penting ialah untuk anak-anak. Sebab itu saya masih seperti sebelumnya. Bila ada rezeki lebih saya jadi ahli Shaklee dan beli barang-barangnya, sebab supplement itu penting dalam kehidupan sekarang ini.

Rambut Haqeem, adik saya yang potongkan. 
Alhamdulilah, jimat duit kan.

Friday, November 14, 2014

Attend bengkel di OUM dan balik kg.

Picture rumah kg dari pokok limau masa petang Ahad. 
So so hot. 

Assalamualaikum.
Salam Jumaat pada semua.
Alhamdulilah syiok bila hari Jumaat kan.
Esok saya bolehlah berhappy bersama family. Tapi hari Ahad saya ada kelas Master dari jam 8.30 am until 6 pm. Ahad tu ada extra kelas, kalau tidak memang kelas biasa habis jam 3 pm.

Kisah Sabtu lepas, 8 Nov. Saya attend bengkel Research Methodogy di OUM Shah Alam dari jam 9am to 1pm. InshaAllah next semester, iaitu semester January 2015, saya akan mula ambil thesis 1@master project 1. So itu antara warming up untuk cari title thesis nanti. Alhamdulilah, bengkel conduct by our dean. Dan serius, ianya sangat menarik. Dan akhirnya saya sudah nampak jalan yang benar untuk menulis nanti.

Saya sampai rumah dalam jam 3pm petang itu. As planning, kami sekeluarga balik kg petang itu juga. Macam biasa anak sedara ikut sekali. So total ada 6 orang kanak-kanak semuanya. Untuk elak drama bergaduh menangis bagai. Saya pangku Hafiy dan Haqeem di tempat duduk depan. Alhamdulilah Hafiy tidur sepanjang perjalanan. Jalan clear cantik sebab kami ikut LEKAS. Dalam 1 jam lebih, kami sudah sampai di kg.
Balik semula ke KL lepas Maghrib hari Ahadnya.

Kisah singgah beli nasi goreng for dinner di RnR Seremban. Memang price nasi goreng yang sudah siap di goreng harganya RM3.50. Ialah nasi goreng biasa sahaja. Erm, bukan mahal ke harga tu?

 Limau yang abah tanam. 
Sangat subur dan lebat.

Pic bawah ialah rumah tempat saya membesar. 
Rumah siap dan kami duduk disitu masa tahun 1984

Limau ni ada 2 pokok. 
Satu buahnya manis dan satu lagi buahnya masam. 
Kata abah limau ni di pekan di kg di jual RM3.50 sekilo. Tapi tidaknya abah menjual pung.

Friday, September 5, 2014

Salam Jumaat.


Assalamualaikum,

Salam Jumaat pada semua kawan-kawan tersayang.
Hari ini saya seperti biasa bergelumang dengan kertas.

Kisah semalam, 2 jam meleleh-leleh peluh masa bermakmal dengan students. Semalam prepare Marshall Cake. Namanya pun cake kan, so memang adalah adegan masak-masak.
Tapi bukan guna oven pung, kami menggoreng. Untuk panaskan aggregate and the gengnya, kemudian curahkan bitumen dan goreng lagi until sample mix cantik.
Dan cake itu kami kena buat lebih dari satu. Fuh.
Makanya malam tadi sepatutnya baca notes Traffics, sudah-sudah makcik ini menonton tv sahaja. I'm so tired.

Hari ini saya perlu prepare notes untuk hari Isnin. Ada 3 subjects waiting for me. Hari ini kena kerja kuat siapkan semua itu. Fahamkan, supaya mudah untuk sampaikan pada students.

Sudahlah esok saya bekerja, infact semua lecturers kena kerja sebenarnya. Esok ialah Convocation ke 12 IUKL. Tahniah.
Alhamdulilah, saya cuma perlu hadir pada sesi pagi sahaja.

Hari Ahad pula, saya ada registration untuk semester 4 di OUM. So nanti bayar fees dan dapat sekali buku teks untuk dua subjects.

Ya ALLAH, hambamu bermohon untuk mendapat gred yang baik pada semester 3 lepas, ameen ameen ameen.

Wasalam

Thursday, August 14, 2014

Wish me luck on my final examination


Assalamualaikum.

Ya Allah permudahkan kami (september 2013 intake) untuk mengulangkaji pelajaran dan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti.
Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik pada kami.
Ameen.

To all friends please Wish me luck for my becoming final examination on 16 & 17 August 2014 - Saturday & Sunday.
Terima Kasih atas doa ikhlas dari semua.

Feeling extremely anxious right now. Ya Allah, aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas. amen amen amen.
Sebabnye belum habis study. And because both are theory subjects which means there will be many thing to understand and remember as well.

YA RAHMAN YA RAHIM

Wasalam

Thursday, July 17, 2014

Assignment sudah submit, lega sangat.


Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan semua?. Semoga happy dengan urusan harian dan selamat berpuasa.

Alhamdulilah, assignment saya sudah selamat di upload / email pada lecturers. Yang part hardcopy pula, Contract hantar sendiri pada office lecturer di Wangsa Maju dan Safety pula di pos ke Unimap. 

Alhamdulilah syukur pada ALLAH. Terima kasih tidak terhingga pada HC dan anak-anak juga. Walaupun anak-anak comel tetap sama-sama 'bantu' mama siapkan assignment. Mama redha.

Azalinya saya memang tidak mampu untuk berfikir semua perkara dalam satu masa. Saya mengajar dua subjects baru semester ini. Benda baru maksudnya perlu ada masa lebih untuk study semula. Di tambah lagi dengan diriku yang memang jenis lembik, aduhai. Sudah-sudah minggu-minggu lalu, dua-dua betis sakit sangat sebab lama berdiri dalam kelas masa lecture. Semalam pula siap tidur nyenyak habis in between kelas break 3pm to 4 pm.

Makanya harian di office sangatlah padat. Mana hendak selit waktu fikir pasal assignment.
Tapinya salah sendiri juga lah kan. Siapa suruh buat last minutes, diri sendiri juga yang weng weng. Huhu.

Sebab itu saya selalu tanam dalam diri sendiri. Apa tujuan saya sambung study?. Kenapa perlu saya ambil extra subjects di office?.
Semuanya ada sebabnya, kerana itu kenapa saya perlu stress. Saya tidak anggap semua itu sebagai bebanan pada hidup saya. Itu tanggungjawab saya.
Allah sentiasa berada dengan orang-orang yang tabah dengan ujian atas urusan di dunia ini.


Saya tidak suka stress. Semua perkara hendak buat satu masa. Sebab itu saya suka buat kerja yang mana penting dahulu. 
But bottom of the line, saya macam terfikir yang saya ini jenis orang yang suka buat kerja last minutes. Walaupun kerja sudah di beri tahu awal-awal lagi. Adushh. Memang perlu ubah perangai negative begitu.

Seminar akhir untuk semester May 2014 ini ialah pada 20 July - Ahad. 
Examination untuk semester 3 ini ialah pada 16 dan 17 August 2014.
Maknanya lepas itu semester ini akan berakhir. 3 more semester to go. Seronok bangat bila fikir-fikir ke depan, pada waktu yang sama pada tahun 2015, in sha ALLAH akan menjadi semester akhir saya study di OUM. 
Ada planning ke hendak terus sambung Phd lepas itu.....huhuhu.

Wasalam.






Thursday, May 15, 2014

Visiting students dan OUM 3rd semester.

Assalamualaikum.

Saya baru mula bekerja hari ini.
Phuhhuhh.
Activity hari Jumaat di mulakan dengan breakfast KFC. Cadangan pagi itu hendak makan pagi di mana-mana sempat. Layan roti canai ke. Nasi Lemak sambal kerang ke. Namun perancangan parent yang ada anak-anak kecil ini memang selalunya tidak boleh di pakai sangat. Huhu.
Emak bapak sudah bangun awal. Tapinya kerenah yang umur 1 tahun, 3 tahun (on August 2014) dan 4 tahun memang unpredictable.
Lepas seorang-seorang lagi yang sudah cantik lepas mandi, tapi perlu cuci lagi sebab be*ak. Paling last sekali ialah Hafiy, kami sudah masuk dalam kereta. Sudahnya pergi cuci di toilet sebelah swimming pool.
Pagi itu, kami sampai di Seremban 2 dekat jam 10 pagi. Terus beli KFC, makan dalam kereta. Masa saya visit student IT di consultant di situ. HC bawa anak-anak pergi tengok MYDIN MALL. Memang dekat situ juga. Wow very the big.
Settle semua terus balik kg.

Huhu, 1st time saya pergi Rembau pada petang Jumaat lepas. 1st time juga lalu Bukit Miku. Laluan alternative kalau jalan Kuala Pilah ke Bukit Putus jem teruk.
Jalan Bukit Miku ini, rasanya tidak sesuai kalau di lalui pada waktu malam kerana keadaannya yang sunyi. Jalan juga adalah berbukit.

Hari Sabtu dan Ahad hanya di habiskan di rumah emak abah di kg.
Ya ALLAH, punyalah panas masa ini di Kuala Pilah. Rasa macam hendak tidur hotel sahaja waktu malam, hendak tidur ber aircond, hehehe.
Hari Sabtunya, seharian saya dan HC mengemas barang-barang kami di rumah kg. Wow susun-susun, rupanya penuh juga rumah di buatnya.
Meja makan di letakkan di area makan. Pinggan mangkuk, tong gas kosong juga mixer di letakkan di bahagian dapur yang memang sudah siap dengan tabletop.
Satu katil bujang di letakkan dalam satu bilik bersama satu almari baju.
Meja study di letakkan di satu bilik lain. Penuh sungguh barang-barang komputer HC. Maklumlah, kerja HC dulu ialah repair komputer.
Diruang tamu, memang ada kerusi rotan satu set. Yang itu abah yang letakkan.
Bersama dengan tv kabinet. Kami letak TV sony comel yang di bawa balik dari KL juga. Walau tanpa aerial, tetap TV1 dan TV2 dapat siaran dengan terang. hehe.

Hari Isnin 1st time juga pergi ke pekan Pantai, tidak jauh dari Ampangan, Seremban.
Ikut arah ke Jelebu kalau dari Highway Lekas. Saya melawat student di yang bekerja dengan contractor/consultant dari Shah Alam. Tempat training mereka berdua ialah di Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.
Habis di situ kami ke JJ Seremban 2. Lunch McDonald. Lepas itu tunggu student datang untuk lead kami ke site di Sendayan.
Kemudian terus balik ke KL.
Alhamdulilah, selesai semuanya.

Malamnya kami ambil Haziq.
Alahai kecian Haziq, seminggu lebih tidur di rumah kaklang. Pergi sekolah pun memang dari situ. Hari itu pun sempat beberapa hari sahaja, Haziq tidur di rumah Vista ini. Memang teruja sungguh Haziq dapat balik rumah sendiri. Sempat semua mandi pool pagi Selasa itu, sebelum kami keluar rumah.

Op lupa hendak story, semester 3 saya di OUM akan bermula pada Ahad ini.
Macam tidak percaya kan, saya sudah melangkah ke semester baru.
Tapinya, result exam semester 2 masih belum keluar lagi. Semoga ALLAH memberi yang terbaek untuk saya dan juga kawan sekelas, amin ya rabal alamin.
Saya mendaftar dan bayar fees pada 4 May lepas di OUM.
Buku teks yang dapat masa registration hari itu masih belum sempat di tengok. Buku-buku itu ada sahaja atas rak di dalam bilik. Sibuk sangat since pindah rumah ini.

Kisah pendek duduk di Vista.
Macam biasa cuaca tengah malam adalah sangat sejuk. Aircond di ruang tamu dan bilik tidur hanya di on kan semasa hendak tidur dalam masa kurang 3 jam rasanya. The rest, cuma guna kipas sahaja.
Waktu siang kalau belah tengahari dan bawa kepetang memang panas sungguh.
Best part waktu malam atau pagi ialah melepak sekejap di tingkap dan menghirup udara segar. Sangat nyaman sekali.

Wednesday, March 26, 2014

Demam, OUM dan Hafiy sudah 1 tahun.

Assalamualaikum.

Panjang waktu berdiam diri, rupanya sudah masuk minggu terakhir bulan Mac.
Awal bulan baru ini, sibuk dengan menanda kertas peperiksaan akhir student. Everything done smoothly, alhamdulilah.

Masuk minggu ke dua, baby Hafiy kena demam panas. Batuk dan selsema pada ada sama. On off demam Haify, tapi hanya waktu malam until pagi. Saya dan HC memang tidur macam tidak tidur selama itu. Masuk hari Khamis pula, saya demam. Campur dengan batuk teruk dan selsema. Ada 2 ke 3 hari saya muntah teruk sebab gastrik.
Ya ALLAH, semoga sakit hambamu ini dapat menjadi kafarah atas dosa-dosa yang lalu, amin.

Masa minggu itu juga, Haifa dan Haqeem pun demam sama, tapi tidak seteruk baby Haify. Hari Ahad itu, HC, anak-anak, adik (minta tolong drivekan kereta) dan emak sama, pergi ke emergency Hospital Putrajaya. Ialah sebab demam sudah dekat seminggu, Doc klinik suruh check darah takut kena denggi.
Alhamdulilah semua orang di jauhkan dari denggi. Hafiy kena sedut gas sebab teruk dengan kahak dan selsema.
Saya masa itu tinggal di rumah seorang diri sahaja.

Masuk minggu kedua, baby Hafiy sudah beransur sihat, walaupun masih ada demam ringan sekarang ini. Namun tidak seteruk hari itu.
Haqeem yang demam teruk pada minggu lepas. Mula-mula Haqeem ok, tidak demam. Kemudian tiba-tiba sahaja Haqeem demam teruk. Panas tiba-tiba. Memang HC masukkan ubat bontot. Kasihan Haqeem. Kalau masa Haqeem tidak demam pun, dia tidak aktif sangat.

Hari Isnin baru ini, kami ke emergency Hospital Putrajaya lagi. Daftar jam 5 petang, jumpa Doc jam 8.30 malam.
Saya tahu, Doc dulukan kanak-kanak yang memang tengah high fever. Masa kami ke Hospital itu, Haqeem sudah di masukkan ubat bontot semasa pergi ke klinik. Doc klinik yang bagi refer letter untuk bawa Haqeem ke Hospital.
Darah Haqeem diambil sekali lagi. Malam itu Haqeem di masukkan air dalam 1/2 botol dan juga di X-Ray di dada. Masa pergi ke bilik X-Ray, saya di iringi staff hospital. Saya dukung Haqeem dan staff pegangkan air yang di drip pada Haqeem.
Masa berjalan itu lah staff itu bercerita yang PM sudah buat PC mengenai MH 370 pada jam 10 malam. Sah katanya flight berada di Lautan Hindi. Ya ALLAH, memang sedih dan sebak rasanya, bergenang air mata. Saya cakap dengan staff itu, mungkin ini musibah / ujian yang ALLAH turunkan pada kita rakyat Malaysia supaya kita kembali ke jalan yang benar semula. Staff itu mengiyakan cakap saya itu.

Alhamdulilah Haqeem tiada asma.
Habis air di masukkan, masa itu sudah jam 11.30 malam. Doc pakar kanak-kanak pun sudah selesai check Haqeem. Kami di benarkan pulang.

Memang keadaan di emergency penuh dengan kanak-kanak demam. Kasihan sungguh. Ramai datang bawa anak dengan balutan kain tuala sahaja, ada yang balut dengan kain pelikat. Ada yang basahkan tuala, lap pada anak, sementara menunggu giliran.

Saya mula bekerja hari Isnin baru ini. Batuk masih ada,tapi sudah berkurangan.
Haqeem semenjak balik dari Hospital, alhamdulilah sudah tidak ada demam lagi. Cuma seriuslay, badan Haqeem susut sungguh.

Dalam musibah / ujian yang Allah bagi pada kami, syukur Haziq dan HC sihat. Haziq tetap pergi sekolah agama belah pagi dan sekolah kebangsaan sebelah petang seperti biasa. Cuma masa jerebu tebal itu, Haziq tidak ke sekolah. Risau tengok cuaca teruk sangat.

Happy birthday to Muhammad Hafiy pada 13 / 3 / 2014 lepas. Alhamdulilah comel bam bam sudah 1 tahun. Pity Hafiy birthday dalam demam teruk.

Emak balik kg semalam. Dekat 3 minggu emak di KL, sebab dua kali adik-adik emak dari Singapore datang ke KL sebab ada kenduri kawin.
Abah datang KL dengan Angah. Emak pun memang sudah kena demam teruk juga.
Semalam petang masa otw balik kekg, emak warded di Senawang Specialist. Semoga ALLAH sihatkan kesihatan emak, amin.

Saya terpaksa ponteng seminar 4 kelas di OUM. Sebab masa itu memang sudah tidak larat.
Kelas di OUM sudah habis 23 Mac baru ini. Sekarang ialah journey untuk ke Final Examination pada 17/4 dan 20/4 nanti.

Friday, February 28, 2014

Semester Dua di OUM.

1st time anak-anak datang sekolah mama masa registration day.

Assalamualaikum,

Ya Allah rindunya teramat hendak menulis. Namun hendak buat macamana kan. Masa itu emas. Makanya saya terpaksa menggunakan masa itu sebaik-baiknya. 

Sungguh terasa yang saya tidak mampu membahagi masa untuk menulis di sini. Kekangan workload di office dan juga tanggungjawab di rumah memang sudah cukup membuat hari saya padat dan akhirnya waktu senggang yang ada, saya gunakan untuk berehat. 
Feeling sayang dan rindu sangat-sangat pada HC dan juga anak-anak, Haziq, Haifa, Haqeem dan baby Hafiy. 
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas kebaikan HC menjaga anak-anak semasa saya tiada di rumah pada hari Sabtu dan juga hari Ahad. Serius, saya sendiri tidak dapat menjaga comel empat orang sama seperti HC menjaga mereka.

Alhamdulilah 5 January lepas, saya telah mendaftar untuk semester 2 di OUM. Masa itu result peperiksaan belum keluar lagi. Mode perasaan adalah cemas.
Seminar pertama bermula pada 19 January 2014. Masa itu result tetap belum keluar lagi. Akhirnya pada 24 January bersamaan hari Jumaat, alhamdulilah keputusan peperiksaan officially keluar.
Perasaan : Syukur pada ALLAH. Yang penting saya lulus. Untuk scorer itu tidaklah juga. Namun saya bangga dengan diri sendiri. Walaupun dengan jadual yang boleh di katakan padat. Saya mampu juga dengan izin dari yang ESA. Alhamdulilah.
Kini, sudah melepasi seminar 3. Lagi 2 seminar yang perlu di attend sebelum Final Examination pada pertengahan April 2014 nanti.
Mode sekarang ialah menyiapkan dua assignment untuk dua subjects. Due date untuk uploading file assignment ialah pada 9 February, jam 12 am di myVLE OUM.

Tidak pasti ada ikan atau tidak pun.

Semester ini, untuk subject Quality Management, lecturer berbesar hari membantu students untuk mendapat markah yang lebih baik dengan mengadakan individual presentation beside of the doing assignment only. Alhamdulilah juga, lecturer berpuas hati dengan presentation slide juga content dari saya pada seminar 9 February lepas.

Kisah di office. Students sedang menduduki peperiksaan untuk Semester September 2013. Alhamdulilah, barulah ada ruang untuk bernafas dengan lebih baik. Kelas pada hari Sabtu pun sudah selesai. Wow, seronok dapat bersantai riang di rumah pada hari cuti.
Planning ialah siapkan assignments master. Baca report final project student dan bagi mark sekali.

Semoga ALLAH permudahkan urusan hambanya ini. Amin amin amin.

Wasalam

Feeling Wonderful 
Haslina

Tuesday, January 21, 2014

Bilalah hendak ada masa yang indah untuk menulis dan MyBrain15.

Assalamualaikum.

Sudah masuk pukul 6.15 petang. Sepatutnya saya sudah boleh balik pun.Tapi ada sahaja kerja yang hendak atau mahu di buat. Maknanya bila ada masa free, saya perlu selesaikan certain things. Kalau terus terbiarkan sahaja, akhirnya mesti semua jadi serabut.
Memang tidak seronok sebenarnya, sebab saya bukan jenis orang yang mempunyai jadual harian. Bila sudah banyak perkara, beginilah jadinya. Biru hijau kuning.
Rasanya saya memang perlu ada JADUAL. Sebab sudah terang bersuluh, saya sudah tidak mampu menggapai pelangi dengan keadaan saya sekarang.

Kalau di fikirkan, masa ini memang syiok terus balik rumah. Namun sudah lama sangat blog saya ini tidak ber update. Banyak sangat kisah-kisah pelangi indah yang belum di post lagi ke dalam blog.
Dari story family Singapore datang ke KL pada cuti Krismas lepas.
Haziq luka di kepala dan di jahit di ICU Hospital Serdang.
Membeli persiapan persekolahan Haziq.
Haziq mula bersekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama.
Saya mendaftar kembali di semester baru OUM dan kuliah pertama telah pun bermula pada 19 January lepas.
Aduhai, bilalah ada masa yang indah untuk menulis.

Lately memang tiap-tiap hari adalah meletihkan. Adakah sebab berat badan saya yang sudah berlebihan dan itu membuat saya cepat letih ??
Rasa macam hendak ambil cuti panjang. Tapi apa kan daya, saya ada tanggungjawab yang perlu di galas.
Saya seorang isteri dan mother.
Saya juga ada seorang pensyarah.
Saya lagi adalah seorang pelajar Master separuh masa.
Saya tambah galasan di bahu ini sebagai seorang peniaga kecil-kecilan.
Hidup kita ini tidak pernah lari juga dari menjadi seorang anak, kakak, adik, anak buah, sepupu, sahabat dan banyak lagi.

Saya faham mengapa emak dan abah, sentiasa bertanya bila hendak balik kg?
Namun saya ini adalah satu yang keperluan menuntut saya berada di IUKL pada setiap hari Sabtu dan alternate 2 weeks pada hari Ahad di OUM.

Hanya pada Allah saya berserah untuk di beri kekuatan menyelitkan masa untuk dapat pulang ke kg, amin.
Alhamdulilah, rezeki dari Allah ke atas semua yang saya dan keluarga nikmati.

Semalam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah sudah boleh di ambil. Walaupun saya bercuti semalam, memang tidak sempat hendak ke sekolah pada waktu yang di tetapkan.
Hari ini, rupanya kaklang sudah ambilkan duit itu untuk Haziq sama masa kaklang ambilkan duit untuk Ezad petang tadi di sekolah.

Semalam saya bercuti. Perkataan terbaik ialah sebab Penat.

Macam biasa pada hari Sabtu saya bekerja, mengajar student diploma partime untuk masa 4 jam.
Hari Ahad pula ada kuliah Master dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang.
Serius rasa macam hendak menangis, sebab otak saya sangat penat.

Buat masa ini saya tengah settle kan proses permohonan MyBrain15. Tadi baru sempat bagi segala salinan sijil untuk di sahkan pada adik. Adik bekerja di JPJ Putrajaya. So minta tolong boss adik untuk sahkan sijil. In sha Allah malam ini dapat balik salinan itu.
Esok pula hendak ke OUM Shah Alam Learning Center. Saya perlu dapatkan sain coordinator program pada borang MyBrain15. Esok itu saya sebagai passenger sahaja. Saya tumpang kereta Jofina. Kawan kelas OUM.

MyBrain15 ialah bantuan pembayaran yuran dari kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Master dan PhD.
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai pendidikan dan berkelulusan tinggi.
Untuk peringkat Master, MyBrain15 akan memberi bayaran terus fees kepada IPTA atau IPTS sebanyak RM 10,000 dan RM1500 untuk thesis.
Semoga Allah mempermudahkan urusan saya ini, amin amin amin.

Yang bahagia sentiasa.
Haslina


Thursday, December 26, 2013

Update kerja saya dan jadual imunisasi anak umur 18 bulan kebawah.

Berkali-kali ambil gambar untuk dapatkan gambar yang sesuai. Dengan Haifa yang tersepit di hujung, baby Hafiy pula tidak boleh duduk diam.

Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan blogger. Harapan semoga sentiasa di lindungi Allah dan di beri kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalankan tugasan harian, amin.

Aduhai, lama sungguh saya holiday kan blog cinta saya ini. Lama itu, tidaklah kan. Tapi bagi blogger yang update blog hari-hari mesti terasa lama kalau lebih seminggu blog tidak ada story baru. Huhu, entahlah since habis exam hari itu. Rasa macam banyak sangat kerja lain yang perlu di selesaikan dengan kadar segera tanpa tangguhan. In the end blog updating menjadi yang paling last saya buat. Iaitu hari ini baru hendak menulis.

Normal condition, selalunya lepas final examination, kita mesti bergumbira. Kononnya untuk release kan tension study. Namun sebagai orang bekerja, rasanya feeling dulu-dulu itu tidak boleh di guna pakai lagi kan. So the next day nya, hari Khamis saya sudah mula bekerja semula.
Exam paper saya ialah mula jam 9 pagi untuk hari Selasa dan Rabunya. Dan ia memakan masa 3 jam. Serius sangat, bila study subject management ini, saya rasa masa 3 jam itu sungguhlah tidak mencukupi untuk menjawab dan memikirkan solution untuk case study pada soalan. Tapi boleh ke exam menjadi 4 jam?.

Feeling exam kali ini adalah sangat-sangat berbeza. Sebelum ini kalau exam mesti calculation dan design sahaja. Maknanya semua adalah fact berbentuk nombor, formula dan menggunakan buku standard. Memang otak kena kerja kuat untuk mengingat dan semestinya kena fahamlah konsep kan.Yup, saya dapat migraine masa belajar zaman Reinforced Concrete Design.
Namun di level sekarang ini, application dan commonsense adalah yang utama. Syukur alhamdulilah, terasa ringan burden saya kali ini. Sampai senyum-senyum ketika jawab exam, bukan apa, ketenangan adalah penting ketika menjawab soalan dan mencari idea. Kalau terus stress sahaja, confirm boleh blank!!!.

Dan hari berikut Khamisnya, Jumaatnya dan Sabtunya saya ada lecture (penat sangat). Hari Sabtu, samapi sudah tidak nampak matahari barulah kami sampai di rumah. Banyak urusan sungguh hari itu. Op lupa, hari Jumaat malamnya, kaklang bawa Haziq dan Haifa balik kg. Malam minggu itu diaorang sudah balik KL semula.
Hari Ahadnya pula, keluar untuk sebab ada urusan yang perlu diselesaikan di KL. Tapi keluar dalam lepas Zohor, sama juga sampai rumah lepas itu memang sudah malam. Tegar sahaja saya dan HC membawa Haifa, Qeqeem dan baby Hafiy bersama-sama. Haziq memang tidur rumah kaklang since balik dari kg.

Hari Isnin, saya bekerja seperti biasa. Alhamdulilah students tengah semester break selama seminggu. Dapatlah berehat, tapinya tetap ada kerja-kerja lain yang perlu di siapkan. Teaching File, Final Examination Question, Update Notes dan Test Question. Banyaknya kan, larat ke buat agaknya.

Hari Selasa saya ambil MC sebab kami sekeluarga berada di ICU Hospital Serdang until jam 2.30 pagi. In sha ALLAH story next post. Kepala Haziq kena jahit sebab luka ketika bermain dengan cousin di rumah kaklang pada malam Isnin itu. Alhamdulilah Haziq ok. Nanti story ya.

Picture yang lain pula. 
Berusaha mencari gambar yang cantik.

Picture lepas habis exam pada hari Rabunya di OUM Wangsa Maju.
Ceria gitu. 
Registration for next semester will start on 5th January 2014. 

Sahaja mecari jadual imunisasi ini. Sebabnya, macam lama pula gap Hafiy untuk lawatan ke klinik. Asyik terlupa sahaja hendak check appointment date dalam buku klinik Hafiy. Tapi zaman sekarang kan sudah canggih, klinik kesihatan akan update kan tarikh appointment terus ke handphone parent. So in sha ALLAH tidak akan lupalah. 
Ok, next lawatan klinik Hafiy ialah pada bulan March 2014 nanti lah masa umur setahun.

Thursday, December 5, 2013

Progress of my study.



Assalamualaikum.

Alahai since habis siapkan assignment hari itu, jari-jari ini rupanya masih belum puas guna tool di Words. Hendak juga lagi menekan buat chart, diagram bagai. 
Updated progress master saya. Sekarang ini memang waktu untuk ulangkaji sebenarnya. Tapi masih belum sentuh sangat notes yang ada. Rasa macam baru sahaja release burden dari  buat assignment hari itu. 
Memang banyak sebenarnya yang saya pelajari lepas siap assignment hari tu. Clear brief mengenai certain topic dalam subject yang saya belajar sekarang ini. Plus bila saya buat case study untuk subject Management, serius banyak story pasal Proton yang baru saya tahu.
Sesungguhnya menambah ilmu itu amatlah di tuntut dalam Islam. Besar sungguh impactnya atas pekerjaan yang kita buat.

Ini gambar classmates saya yang perempuan sahaja and with our Project Management lecturer, Mr John on our last class.
Classmates, kak Aishah, Jofina, Liza and Hafizah.

Untuk belajar kali ini, saya rasa sangat happy walaupun sebenar ia adalah penat. Saya sangat suka kelas saya ini, sebab classmates adalah very supportive. Semua orang support each other. Dalam kelas ini memang 1 Malaysia. Tapi yang perempuan semuanya melayu. Dan saya the only cikgu dalam kelas. Yang lain semua memang kerja di field masing-masing. Ini jugalah pertama kalinya saya ada course mates perempuan yang ramai dan rapat. 

Masa zaman study diploma dan juga degree di UTM, kelas saya di penuhi dengan lelaki dan lelaki lagi. Perempuan yang ada cuma kurang dari 7 orang gitu. Mereka pula buat geng masing-masing. And always myself tidaklah di fan kan oleh mereka pun. In the end, either saya kawan dengan lelaki or saya tiada kawan langsung. Maksud saya di sini, ialah kawan untuk study bersama. Memang kisah lampau itu adalah tidak menceriakan. Kawan yang saya baik masa study dulu ialah mereka yang sama kursus dengan saya tapi berlainan kelas. So setakat pergi bersuka ria di JB itu, bolehlah dengan diaorang. Tapi bila part hendak study, kenalah sendirian.

Ok. Kita tinggalkan zaman gelap dulu itu.
Mari kita melihat perancangan masa hadapan kepada yang lebih baik, in sha ALLAH.

Wasalam





Saturday, September 21, 2013

1st seminar di OUM, esok.

Assalamualaikum.
Hi friends. Happy weekend dan selamat berehat.
Untuk mommies semua, mesti seronok kerana hari ini dapat luangkan masa masak with barakah best dishes ever untuk anak-anak dan suami tersayang kan.



In sha allah esok will be my first seminar di OUM. It going to be 6 hours seminar. 3+3 with two different subject and only 30 minutes break between its.
Perasaan sekarang ini, ialah berkobar-kobar. Alhamdulilah saya sempat study juga. Cuba juga untuk study ikut the barakah time, iaitu 4am to 6am. Tapi nampaknya saya masih belum mampu. Ialah dengan masih terbangun around sekali dua kerana bancuhkan susu baby Hafiy membuat saya teruskan tidur sahaja until pagi. Mungkin saya belum ada feel lagi dengan bangun pada waktu begitu. Moga ALLAH swt permudahkah planning saya itu selepas ini. amin.
Apa yang saya buat sekarang ialah study waktu malam sahaja. Oh tidak pun selepas anak-anak tidur. Sebab saya masih belum boleh tune my sleeping routines.
Kalau ada feels hendak study, saya terus ambil buku, pen dan buku kecil. Dengan anak-anak tetap playing around dan duduk sama sebelah saya sekali. Itu tidak menggangu pun. Saya ingin cuba sentiasa berfikiran positive untuk study dan family.
Kadang-kadang lepas waktu kerja pun sempat study sikit sebelum balik rumah, itupun kalau tidak penat.
Buat masa permulaan ini saya cuma study around 30 minit ke 1 jam lebih sahaja.

Ini adalah study di office lepas 5.30. 

Bila emak dan abah ucap Selamat Belajar pada saya through phone baru-baru ini, lagi bertambah semangat saya. Plus juga dengan HC yang bagi saya peluang untuk study lagi. Bagi saya tanpa restu mereka, siapalah saya ini jadinya.

 Picture hari ini.
Ambil gambar untuk picture kad matric.

Masa saya sibuk mencari kasut kerja baru-baru ini.
HC dan anak-anak playing taking picture di JJ Taman Equine.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails