Followers

Showing posts with label sharing knowledge. Show all posts
Showing posts with label sharing knowledge. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Discussion invitation by Nestle.


Hari Isnin baru ini, punch out jam 5pm. Rushing balik rumah. 
Mandi manda dan buat apa yang patut. HC dan anak-anak sudah di rumah. Saya siap belikan dinner siap-siap. Ialahkan saya akan di beri refreshment nanti. So kena prepare awallah makanan untuk HC dan anak-anak.
Alhamdulilah sempat sampai di SS2 PJ seperti yang dirancang. Discussion bermula lewat sikit from 7.30pm until 9pm. Ada 7 participants malam itu. Semuanya adalah working mothers & a wife. Seriusly sangatlah enjoy.
Masa saya di situ, HC bawa anak-anak pergi IKEA. Maka berseronoklah diaorang di sana dengan baju tidur masing-masing. 
Sebab mula-mula ingatkan, diaorang boleh tunggu di lobby tempat itu, rupanya tidak. Ok lah, masa on the way balik, memang nampak muka happy anak-anak sebab habis explore semua tempat di IKEA yang sudah berwajah baru.

Kan memang hobi saya suka joins club susu itu dan ini. Maklumlah anak-anak ada 3 orang yang masih minum susu. 
Seronok apa bila dapat free susu sample. Paling best yang pernah dapat ialah susu Wyeth S26 Gold 900gram stok untuk 1.5 months@12 kotak. Alhamdulilah itu memang janji Allah pada hambanya yang berusaha.

Lagipun kalau tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagu yang sedap kan. Saya dapat call dari consultant Nestle pada 2 minggu yang lalu rasanya. As soon saya agreed, terus they send confirmation email pada saya. Kemudian tidak lama dari itu, ada sms invitation untuk saya reconfirm lagi. Dan mereka send address by sms.

Antara kawan-kawan baru malam itu. 
Sembang meriah sungguh masa makan itu.

Surat by email
And the token yang terus dapat as soon discussion habis pada jam 9pm

Saturday, November 1, 2014

Bahagia hidup bila mengikut kemampuan sendiri.


Bahagia hidup bila bersederhana. - credit to MohdZulkifli.com

Jangan Sampai Dunia Jadi Beban

Kalau pakai kereta yang biasa-biasa walaupun kita sebenarnya mampu beli kereta yang lebih mahal, kalau tercalar sedikit sebanyak, taklah sampai TERCALAR HATI kita melihatnya. Taklah sampai hilang kewarasan kita.
Bagi saya, kekayaan bukan sekadar apa yang kita pamerkan, tapi kekayaan juga ialah apa yang kita rasa dalam hati. Jangan sampai ‘dunia’ tu jadi bebanan kepada kita. Kalau pakai kereta mahal, tercalar sedikit sebanyak tak terasa apa-apa, itu maksudnya kita benar-benar mampu. Tapi kalau terpaksa bergolok gadai untuk pakai kereta besar, tercalar sikit pun dah hilang akal, lebih sayang kereta berbanding anak, maksudnya kereta tu bukan level kita lagi. Walaupun orang nampak kita kaya, tapi hakikatnya ia satu bebanan kepada kita.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2014/07/bahagia-hidup-bila-bersederhana.html#ixzz3HpWuTFIx

Thursday, October 30, 2014

spending money


Tuesday, October 28, 2014

JPJ Bangi.

JPJ ialah bersebelahan bengkel kereta Continental tu. 
Kalau dari jalan besar akan nampak pam minyak Petronas.

Assalamulaikum.
Project hari ini ialah hidupkan roadtax kereta wira. Hehe. Sudah bertangguh selama seminggu rasanya. Siap hidupkan insuran di Etiqa ialah pada 20/10 Monday lepas.

Misi bermula pada jam 9.15 pagi dari office. Then terus ke JPJ di Bangi. Location berdekatan OUM Bangi. Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke situ. Pertama kali ialah pada bulan August 2013
Seperti biasa saya akan parking kereta di pam minyak Shell. Kemudian berjalan kaki melintas jalan ke JPJ.

 Geran baru.

Waktu urusan JPJ. Waktu rehat off.

Orang memang nampak ramai di dalam JPJ. Saya terus ke kaunter untuk ambil nombor giliran. Alhamdulilah satu kaunter sahaja saya perlu pergi untuk urusan kali ini. Tukar geran baru dan hidupkan roadtax. Maklumlah kereta Wira saya sudah berumur dekat 15 tahun. Patut pun geran kereta sudah tiada tempat untuk print info tarikh tempoh roadtax. Tiada bayaran di kenakan untuk penukaran geran baru.
Alhamdulilah, proses adalah pantas sungguh. Nombor saya ialah 2063, nombor yang sedang berurusan ialan 2061. Sedang saya cari tempat duduk, nombor 2032 sudah di panggil. Kejap lagi terus nombor saya pula.
Urusan tertangguh sebab, saya perlu fotostat IC. Terus keluar dari JPJ dan selang 2 ke 3 kedai ada sebuah kedai fotostat. Charge sehelai ialan 50 sen.
Then kembali ke JPJ. Bagi pada pegawai di kaunter, tup tup tip tip siap. Peh cekap sungguh cik pegawai itu buat kerja. Dia sempat pesan, kalau hendak berurusan sila datang hari Selasa, Rabu and Khamis. Sebab hari Isnin dan Jumaat selalunya orang sangatlah ramai, siap ada yang bergaduh bagai. Fuh..

Saya Shaklee distributor. 
Jom order dengan saya.



Thursday, October 9, 2014

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.


Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 


Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.


Syarat-syaratnya:

1. Wajib follow blog Ibuhana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.


Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join







Friday, October 3, 2014

Dream

12.24am. Thursday's Morning 

Ya tidur adalah satu nikmat dunia.Dalam tidur Allah bagi nikmat bermimpi.Ada yang sweet dream,ada yang nightmare.Tapi dalam realiti kehidupan,'mimpi indah' kalau mahu digenggam ialah dengan tidur yang dikurangkan waktunya.Ya Allah,kurniakan hamba-hambamu kekuatan untuk menahan dugaan mata yang mudah mengantuk.ameen.



Wednesday, October 1, 2014

Moga hari ini adalah lebih baik dari semalam, ameen.


Tuesday, September 30, 2014

Saya suka makan daging kambing.

Mix salad and kambing. 

Nyum nyum sangat

Assalamualaikum. 
Aloha guys. 
Alahai seronoknya lately ini, alhamdulilah sudah ada stok kambing/lamb frozen dalam peti ais di rumah. Hari Ahadnya kami beli di Giant. Dalam 7 - 8 keping rasanya. Price RM32.  Kalau frozen mutton lebih murah sikit harganya. Frozen mutton ini berbau sikit. Sebab masa saya dan HC tengah memilih kambing, ada pasangan makcik pakcik ini tengah pilih daging mutton. Terus saya tanya, apa beza daging mutton dan lamb ini. Jawab makcik itu, kalau mutton ini, ok juga. Cuma perlu perah asam limau masa bersihkan untuk elak bau kambing. Makcik tu kata dia hendak masak kuzi kambing.
Kalau lamb, memang tidak perlu basuh dengan limau pun.

HC yang peram dengan bahan-bahan biasa sahaja, jintan manis, jintan putih, serbuk kari, garam dan ketumbar. Lepas itu masak guna kuali non stik. Tutup kuali, perlahankan api. Biar daging masak hingga lembut.
Malam tadi kami makan lamb dengan salad campur bermayonis. Allahuakbar, nyaman sangat rasanya. Hanya Hafiy dan Haqeem peneman makan kami. 
Di bawah ini, saya copy paste khasiat daging kambing. Sebagai orang melayu, kita banyak sangat di momokkan dengan cerita orang tua-tua mengenai daging kambing. Katanya penyebab darah tinggi, sakit jantung, alahai. Mungkin ini penyebab ramai orang melayu kurang makan kambing.

Kelebihan Makan Daging Kambing
======================
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Mencantikkan Kulit
============
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.



Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

KOMPOSISI KHASIAT

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.


Thursday, September 25, 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Wednesday, September 24, 2014

Anger does not solve anything - FB Dr Maznah



RENUNGAN DIHUJUNG MINGGU

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak
sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu
menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan
tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan
terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji
itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan
akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai
dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan
sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu
orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu
mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

credit to FB Datuk Dr. Maznah Hamid

Monday, September 22, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Wednesday, September 17, 2014

Hijab tutorial : Bawal batik paisley by azie fazieda


Assalamualaikum dan selamat bekerja semua.

Hari ini saya hendak sharing pasal tudung bawal yang wide gitu. Sebabnya, confirm semua orang pernah ada tudung-tudung bawal yang saiz lebar yang pernah pakai masa zaman sebelum shawl dulu.
Saya sendiri memang ada beberapa helai tudung bawal licin yang lebar dan masih cantik lagi.Yang penting kita sudah boleh berjimat. Sebab apa jimat pulak kan?. Maknanya instead beli dan beli lagi shawl yang lip lap, apa salahnya kita recycle tudung sedia ada yang masih cantik itu.

So tips video ini membuat kita tetap CUN walaupun tidak memakai shawl. Yang penting tutup dada dan labuh juga di bahagian belakang.

Wasalam.
Credit to aziefazieda

Monday, September 15, 2014

Mencari Kekuatan Diri


MENCARI KEKUATAN DIRI
Sebenarnya banyak tekanan yang akan kita lalui selagi kita bergelar manusia. Banyak ranjau yang perlu kita redah dan banyak masalah yang kita perlu selesaikan. Sebagai insan dimuka bumi ini kita tidak boleh lari dari semua itu. Masa yang kita ada memang tidak mencukupi.
Menangani setiap masalah menuntut kemahiran, ketelitian dan kesabaran. Justeru disaat kita merasa amat tertekan dengan setiap masalah yang dihadapi kita perlu melihat kekuatan diri.
Kita perlu kuat untuk meneruskan hidup. Kita perlu kekuatan bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi kekuatan jiwa. Mental dan rohani perlu kukuh untuk menagani anasir anasir yang boleh memesongkan kita landasan hidup.
Mungkin suatu masa kita merasakan orang disekeliling kita tidak memahami masalah kita. Kita seolah olah dipersalahkan. Kita terasa disisihkan dan kita terasa lemah.
Sesungguhnya perjalanan ini sebenarnya penuh dengan keindahan yang mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Mungkin disebalik itu juga ia mengajar erti kesetiaan dan kasih sayang.
Semoga ketenangan hakiki itu dikurniakan pada kita semua dalam menempuhi hari hari yang mendatang. Kita percaya bahawa sang suria yang indah tetap menemani perjalanan hidup kita ini yang hanya sementara ini.

Wednesday, September 10, 2014

Tonik Motivatsi



TONIK MOTIVASI

Orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mudah luntur semangat hanya kerana diperkatakan oleh orang lain. Jika mereka gagal dalam suatu pertandingan , mereka anggap dirinya telah berjaya kerana berani menampilkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Mereka tahu, kegagalan adalah suatu rempah kejayaan. Dirinya menghargai kecaman orang lain kerana ini akan menurunkan ego dan kebongkakan diri. Di samping itu, percakapan orang lain yang pedih dan pedas akan menyemarakkan semangatnnay untuk membuktikan keunggulan diri pada masa depan.

Apakah reaksi kita terhadap teguran dan kritikan orang lain adalah penting. Jika kita bersikap proaktif, kritikan menjadi suatu yang membina. Kita sedia menilai setiap kekurangan diri dan membasmikan racun diri.

Sebaliknya, jika kita bersikap reaktif, kita akan cenderung melawan dan membidas setiap kecaman dengan alasan yang tersendiri.

Fitnah dan kecaman orang lain adalah suatu tonik motivasi diri untuk individu yang berdaya maju. Yang penting , kita hidupkan kualiti proaktif dan sentiasa berpegang pada kebaikan.

Jika kita gagal mempertahankan komitmen dan tanggung-jawab kita hanya kerana sebilangan orang cuba membangkang dan melawan, kita tidak akan berjaya memperjuangkan kejayaan yang lebih raksasa kelak.

Hidup bagaikan rumput. Biarpun kita pernah dipijak hina oleh orang lain, tetapi daya hidup akan mendorong kita untuk bangun semula. Rumput yang dipijak tidak akan mati dan mereka tetap mempertahankan hak untuk hidup dan membesar.

Tidak ada sesuatu kejayaan yang dikatakan baik secara keseluruhan. Pasti ada aspek yang tercuai atau tidak terlaksana.

Jika diri kita mahu menjadi seorang yang penting kepada masyarakat dan berjaya dalam hidup, kita hendaklah sedia menerima teguran dan kecaman dari orang lain.

Kuasa hidup juga sejajar dengan kuasa kecaman yang anda terima. Semakin banyak kesakitan yang anda rasai, semakin tinggilah semangat anda untuk menegakkan kebenaran.

Seperti kata pepatah, cara membalas dendam yang paling mulia ialah dengan membuktikan kejayaan dan keunggulan anda.


Tuesday, September 9, 2014

S-26 Promise Gold - Free 1.5 months stock.


Sampai rumah terus buka kotak - Hafiy teruja tengok kotak susu banyak-banyak.

Alhamdulilah.

Syukur pada ALLAH atas rezeki yang di limpahkan pada kami sekeluarga baru-baru ini.
Dalam pertengahan bulan August baru ini, saya dapat sms. SMS biasa dari Wyeth sebab saya memang rajin mendaftar sebagai ahli untuk semua jenis susu. Maklumlah, saya ada 3 orang anak yang masih minum susu. Takat 1kg susu memang bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Botol susu Hafiy, Haifa dan Haqeem.

Mula-mula baca SMS malam itu, memang tidak ada buat apa-apalah.
Hari esoknya saya baca sms itu sekali lagi.
Antara kandungannya ialah, "reply this sms and get 1.5 months stock for first 300" 
So mencubalah tapi sebenarnya tidaklah faham sangat, yang saya faham mungkin dapat free susu S-26 untuk satu kotak sahaja.
Diaorang ini memang pantas, dalam masa terdekat saya dapat call dari Wyeth, congrats sebab antara 300 peserta pertama. 
Ingatkan diaorang hendak minta address rumah untuk send susu sekotak itu. Rupanya saya dapat susu free untuk satu carton which is 12 kotak x 600g.
Esoknya ada call lagi, untuk confirmkan tarikh untuk mengambil susu.

Susu ini di redeem dalam masa seminggu sahaja, kalau tidak silap dari 22 August until 23 August. Saya redeem pada hari pertama yang boleh redeem. Semangat gitu.
Tempat ambil pun tidak jauh dari rumah, iaitu di area Bandar Sunway.

Ya ALLAH, syukur sangat. Allah mendengar hambanya yang memohon rezeki yang lebih untuk anak-anak.

Dulu masa Haziq, memang minum susu Wyeth sampai umurnya 3 tahun. Lepas ada Haifa kami tukar ke Dutch Lady. Alhamdulilah semua anak-anak serasa dengan Dutch Lady.

Susu free ini untuk Haqeem dan Hafiy sahaja. Haifa masih dengan Dutch Lady flavor madu. Haifa memang tidak suka susu S-26 tu.


Minta ambil picture dengan pekerja di situ, siap beritahu yang saya ada blog.

Haqeem and Hafiy masih belum puas tengok susu banyak-banyak.
Saya ambil peluang ambil gambar kenangan dengan kotak-kotak susu yang akan di redeem oleh parents lain.

Tempat redeem susu. 
Dikawasan kilang.
Senang hendak cari tempat ini.


Thursday, September 4, 2014

Menang headphone di blog Mialiana dan Pos Laju Balakong.



Assalamualaikum.
Mahu kongsi hadiah yang saya menang dari blog Mialiana. Memang sudah lama juga macam teringin hendak ada headphone sendiri. Namun macam tiada kesempatan untuk membeli. Alhamdulilah.
Saya masuk contest Soal Selidik 4 : Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini? di blog Mia pada 3 August 2014 lepas. Alhamdulilah saya antara pemenang bertuah yang di umumkan pada 11 August nya - Pengumuman Pemenang Soal Selidik 4


Memandangkan rumah saya tiada orang pada waktu siang, makanya saya perlu pickup hadiah itu di Pos Laju Balakong, saya pertama kali pergi ke tempat baru ini. Buildingnya terletak di kawasan kilang. Landmark di tepi jalan raya ialah Stesen Minyak Petronas. Then terus sahaja dari situ dan belok ke kiri pada simpang ke tiga. Terus lagi hingga ke hujung jalan.
Paling senang juga, follow sahaja papan tanda WH Floral.
Rating adalah bagus, pekerja semuanya friendly. Dan paling penting customer adalah tidak ramai, maka semua urusan adalah pantas.
Saya suka.

Wasalam

Address
  • No 5, Jalan Perusahaan 3, Taman Perindustrian Selesa Jaya, Balakong.
  • Seri Kembangan
Phone03-8964 4181


Tuesday, June 24, 2014

Free samples Dumex Mamil 600 gram


Assalamualaikum,

Hendak update sikit sahaja. Sharing dengan mama-mama yang ada anak minum susu. Jom redeem susu free dari Dumex.

Caranya mudah sahaja. Pergi ke laman web Try Mamil for 7 days - Free sample
Check waktu dan location untuk redeem susu di tempat anda.
Cuma perlu bawa plastic susu yang telah kosong yang anak anda minum sekarang. Tidak kisah brand apa pun asalkan lebih dari 500 gram.


Saya redeem susu di Tesco Puchong pada Sabtu lepas. Masa itu kami bawa dua plastic kosong susu dutch lady. Di situ kami di minta request confirmation code melalui sms. So satu guna hp saya dan satu lagi guna hp suami. Sebab itu saya dapat redeem 2 kotak susu tepung Dumex.

Selamat me redeem.

Saturday, October 12, 2013

100 Sunnah Rasulullah s.a.w.

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

4- Berdoa ketika pada waktu malam

5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

7- Berwuduk Sebelum Mandi َ

8- Baca Doa Selepas Wuduk

9- Jimat Penggunaan Air

10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat َ

11- Menjawab Seruan Azan

12- Banyak Bersugi ُ

13- Ke Masjid Awal ُ

14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

17- Sembahyang Berhadang

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib ْ

22- Sembahyang Dhuha

23-QiyamullaiL

24- Sembahyang Witir

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

28- Sembahyang Istikharah

29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

30- Mandi Hari Jumaat

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

34- Sembahyang Jenazah

35- Ziarah Kubur-kubur ْ

36- Sahur

37- Segera Berbuka Puasa ٍ

38- Menghidupkan Ramadhan

39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

42- Puasa Hari Arafah

43- Puasa Hari Asyura

44- Pilih Seorang Ketua

45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat َ

47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir ِ

48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

50- Baca Bismillah Ketika Makan

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

52- Minum Dalam Keadaan Duduk

53- Berkumur Dengan Susu

54- Tidak Mencela Makan

55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

58- Banyak Membaca Al-Quran

59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus ُ

60- Zikir Kepada ALLAH Setiap Ketika ْ

61- Bertasbih

62- Mendoakan Orang Yang Bersin ْ

63- Doa Untuk Pesakit

64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok ُ

66- Berdoa Ketika Hujan Turun

67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah ُ

68- Baca Zikir Dalam Majlis

69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

70- Berdoa Ketika Angin Bertiup ْ

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah ْ

73- Menyebarkan Salam

74- Menuntut Ilmu

75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

77- Aqiqahkan Anak

78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

79- Melawat Pesakit َ

80- Senyum

81- Ziarah-Menziarahi Kerana ALLAH

82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

83- Tutup Mulut Apabila Menguap

84- Sangka Baik Terhadap Manusia

85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah ِ

86- Sunnah Fitrah ُ

87- Menjaga Anak Yatim

88- Menjauhi Marah ُ

89- Menangis Kerana Takut Terhadap ALLAH

90-Bersedaqah Jariah

91- Membina Masjid ْ

92-Toleransi Ketika Berjualbeli

93- Menghilangkan Gangguan Jalan ٌ

94- Sadaqah

95- Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah

96- Membunuh Cicak َ

97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

98- Memberi Nafkah Keluarga

99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

100- Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit.

credit to muntah pelangi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails