Followers

Saturday, July 20, 2013

Nasi Beriani Pakistan dan Kari Kambing with resepi.

Cooked with barakah and love by HC.

Nasi Beriani Pakistan.

Bahan-bahan:  
5 cawan beras basmathi.
1kg ayam, daging atau kambing dengan tulang lagi sedap. 


 4 kuntum bunga lawang.
2 inci kayu manis. 8 buah pelaga.
10 bunga cengkih.
1 sudu besar serbuk ketumbar.
1 sudu besar jintan manis.
1 sudu besar jintan putih.
1 sudu kecil serbuk kunyit.

3 biji bawang besar yang di potong dadu.
5-6 buah tomato yang masak bersaiz besar dan di potong dadu.
2 labu@biji besar bawang putih yang di tumbuk.
3 inci halia di tumbuk.

(Yang ini HC tidak buat)
1 1/2 cawan yoghurt.
2 bay leave.
Minyak olive.

4 biji telur yang di rebus, kupas dan kelar.
4 biji kentang kecil yang di kupas dan di rebus.
1/2 cawan susu (option)
Saffron dan pewarna kuning.

Hiasan. Bawang goreng. Daun ketumbar di hiris. 4 biji cili hidup di potong 1 inci. Daun mint. Badam dan kismis.

Penyedian Ayam.

Serbuk Jintan Manis dan Jintan Putih.


Peram ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang di kisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.



Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.
Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api. 
Bawang besar dan tomato yang di potong dadu.

Penyediaan Nasi:

Basuh, rendam selama 20 minit dan di tos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, biah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyedian Beriani:

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Telor di rebus.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus.
Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. 
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. 
Sudukan susu dan titis pewarna kuning. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. 



Resepi.
Kari Kambing.

HC suka masak kari a little bit kering dan pekat begini.

Bahan-bahannya.
1/2 kg daging kambing.
4 biji kentang, kupas dan belah 4.
2 biji tomato, belah setiap satu.
1 keping asam gelugor.
250 liter santan.
2 camca besar cili boh.
3 camca besar rempah kari daging baba's
1 camca besar serbuk ketumbar. 
 Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya.

Bahan kisar halus.
6 biji bawang merah.
3 ulas bawang putih.
2 inci halia.
1 sudu kecil serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup.

Bahan Tumis.
3 biji bawang putih, hiris.
2 ulas bawang putih, hiris.
3 tangkai daun kari.
1 batang kayu manis.
1 kuntuk bunga lawang.
6 kuntum bunga cengkih.
3 biji buah pelaga.

Cara memasak.
Daging kambing, di potong sedang. Cuci dan gaul dengan tepung gandum, perap 15 minit. Cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari, serbuk ketumbar dengan bahan kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili bih dan tumis hingga garing. Tambah rempah dan bahan kisar. Goreng garing hingga terbit minyak.
Masukkan daging kambing, daun ketumbar, gaul rata dan biar kecut. Tuang santan dan biar mendidih. Masak hingga empuk, masukkan kentang. Tambah air jika perlu. Masak hingga kentang empuk.
Masukkan asam gelugor, garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil di kacau.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan matikan api.

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Waaah lengkap beresepi... tq forsharing, mana tau suatu hari nk cuba, boleh rujuk sini :-)

Ms Haslina said...

hehehe, silakan eina.
sharing is caring.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails