Followers

Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Breakfast hari Ahad

Lempeng makan dengan sambal ikan bilis.
Ya ALLAH sedapnya. 

Tambah telor mata, nyum nyum

Ahad lepas, kami di rumah ala ala brunch gitu. Anak-anak pula memang fav habis kalau makan lempeng. Semuanya sudah biasa makan lempeng kalau uwan buat di kg. So senang sahajakan, saya masak pagi itu. Nasi goreng campak-campak dan lempeng sampai tepung habis.

Wednesday, December 4, 2013

Burger time.

Burger special with cheese

Assalamualaikum.

Pagi-pagi mari ceriakan diri dengan food berlemak. Sedap.
Fuh, since 'stress' during doing the assignment yang last minutes hari itu. Dan juga plus sakit kepala sebab tidak cukup tidur. All of that really changing my mood. Tidaklah semua, cuma part makan sahaja yang dapat impact nya. Selera saya terus swing hendak makan western, specifi nya ialah burger, narrow down lagi hendak yang goreng/masak sendiri dirumah plus yang di letakkan dengan cheese. Ya Allah yummy nya sangat.
Terima kasih pada HC yang prepared semua itu. Macam hendak tidur sahaja lepas makan burger ini di atas kesedapan dan kelemakkannya.

1st time masak dirumah memang guna roti burger. Masa itu kami sesama menonton movie berdua di malam minggu. Anak-anak pula memang sudah di paksa rela untuk tidur oleh HC.  Malam-malam kan, so macam lapar semula gitu. Burger masa itu tinggal sekeping sahaja. And HC gunakan roti gardenia sahaja. Dan saya suka pula makan begitu.
So 2nd round, menu burger lagi. Tapi dengan roti gardenia pula. Serius sangat sedap.

Double cheese burger

Monday, September 9, 2013

Kerepek pisang raja, goreng sendiri.


Assalamualaikum. Apa khabar semua. Harapan semua kawan-kawan berada dalam keadaan sihat walafiat dan gembira hendaknya.
Alhamdulilah, burp saya sudah selamat makan tengahari hari ini. As usual makan di meja sahaja dengan bekalan nasi putih dan lauk sambal goreng yang emak bekalkan dari kg malam tadi.

Kisah Sabtu lepas. Malamnya saya kekurangan idea hendak buat apa di rumah. Kaklang bawa balik Haziq, Haifa dan Qeqeem ke kg pada paginya. Serius bila anak-anak tiada, rasa macam tidak seronok pula.
Hafiy pula ada demam on off dari hari Jumaatnya. So HC masa itu sama tertidur dengan baby Hafiy.
Sebenar sebab tengok FB adik ipar. Terliur ada gambar kerepek pisang yang diaorang goreng sendiri. Makanya saya pun Q&A cara pembuatannya dengan adik ipar. Kebetulan sungguh ada pisang raja yang masih muda di rumah. Kan minggu sebelumnya saya balik ke kg. Itu yang emak bawakan hasil tanaman di kg. So terus gigih cuba 1st trial. Menjadi. Alhamdulilah. 
Terus hiris seadanya guna pisau biasa sahaja. In the end dapatlah satu periuk kecik hasilnya. Tidak perlu tabur garam pung. Sebab pisang raja ini sudah sedap di makan begitu.
Ish I'm so impressed with myself. hehe.
Malam tadi itu emak bawakan lagi pisang raja yang muda. Wow, saya hendak goreng kerepek lagi lah malam ini. Untuk anak-anak rasa pula.

 
Emak yang bawakan untuk kami sefamily.
Malam tadi sudah habis di makan. 

Dinner malam minggu. 
Cooked by HC.

Monday, August 5, 2013

JPJ Cawangan Bangi, Varnish free samples and Juadah berbuka.

Boleh juga guna kad debit untuk renew roadtax di kiosk yang di sediakan.

Assalamualaikum kepada semua. Adakah masih bekerja lagi hari ini?. Ataupun sudah berada riang di kg halaman.
Saya insyallah adalah hari last bekerja. Esok akan mula bercuti. Bestkan cuma ambil satu hari sahaja cuti iaitu hari Selasa. Hari Rabunya pula adalah cuti ehsan dari company. Syiok.
Perancangannya saya akan masuk berkerja semula pada hari Isnin 12 August. Erm tidak cuti lama-lama pung, lagipun kg saya tidak jauh.

Pagi tadi ada kelas Lab dari jam 9 pagi until 11 pagi. Tapinya saya ngelat, huhu. Mula-mula duduk di sofa Lab bersama student berbual-bual sambil tunggu student lain datang. Terkeluarlah story hari raya sekali. Student story yang dia hanya beraya di bandar sahaja sebab family semua asal Shah Alam sahaja. Tapinya best part ialah, tahun ini katanya beramai-ramai akan menyanyam ketupat daun kelapa dan masak lemang sekali. Fuh barulah terasa kemeriahan beraya walaupun tidak balik ke kg.

Cerita pasal ngelat, lepas saya serah 'tugas' pada Mr NASA, technician Material Lab yang rajin dan baik hati. Saya terus ke Klinik Gigi. Huhu.
Alhamdulilah tidak lama memang sudah sampai di sana. Tidak sampai satu jam gigi saya sudah selamat di tampal. Mood happy, sebab boleh kunyah daging lembu, ayam, kerbau dengan gembira nanti.
Pembayaran RM1 untuk pendaftaran dan RM2 selepas berjumpa Doc. Boleh cek di sini Waktu Operasi untuk tahu Jadual terkini Klinik Gigi Seri Kembangan. Tidak lupa minta ubat tahan sakit free. Dapat 4 biji. Habis di situ saya terus balik ke office.

Orang ramai seh.
Saya tengah beratur.

Mood tidak sabar hendak bercerita.
Saya ingin berkongsi kisah hari Khamis lepas. Yang saya pergi berurusan dengan di tiga tempat yang berbeza itu.
Mula-mula saya ke Pos Laju Center untuk pos parcel customer. Alhamdulilah, orang ramai hanya untuk mengambil barang sahaja. Yang untuk pos barang adalah 2, 3 orang sahaja. Makanya proses adalah sekejap sahaja.
Lepas itu lalalalala saya ke JPJ Cawangan Bangi. Location ialah di Syeksen 7. Ianya berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas dan Shell. Dan di belakang kedai tayar. Dan juga berdekatan dengan main road. Alahai JPJ ini dekat area Restoran Sup Keting.

Cawangan Bangi.
Lot 139 Jalan 7/7C,
Seksyen 7, 
43650 Bandar Baru Bangi,
Telefon - 0389258386
klik sini JPJ Portal.

Saya parking kereta di Shell berhampiran. Orang memang ramai masa itu. Mula-mula cemas juga sebab ramai juga orang sampai duduk di luar JPJ. Masuk-masuk terus pergi join orang beratur. Dalam hati fikir, redha sahaja kalau kena tunggu lama. Tengok kaunter ada banyak juga.
Alhamdulilah, untuk hidupkan roadtax memang di sediakan kaunter khas. So tidak perlu ambil nombor. Perlu bawa original geran kereta dan duit. Dan semestinya perkhidmatan adalah cepat dan mesra. Saya tidak lama di situ. Credit pada JPJ Bangi.
Orang ramai masa itu sebab sistem baru JPJ di Pejabat Pos tengah ada masalah. So kita semua kenalah pergi ke JPJ sendiri. Hendak hidupkan lesen memandu pun kena ke JPJ. Tapinya di pintu masuk JPJ memang ada notis tulis sistem sedang bermasalah.
Dan dengar cerita di radio, orang ramai sangat beli kereta baru sempena hendak berhari raya ini. Makanya ramailah orang berpusu-pusu untuk mendaftar kereta sebelum balik beraya.

Lepas itu saya ke Celcom Kajang. Urusan ialah perkara berulang. Sudah dua atau tiga kali saya ke situ adalah untuk menukar sim card saya yang rosak. Tapi tidaklah dalam masa terdekat. Kiranya selama saya menggunakan no yang saya guna sekarang. Rasanya since tahun 2001.
Orang adalah tiada di situ. Makanya perkhidmatan adalah super. Untuk urusan ini tiada pembayaran perlu di buat. FOC sahaja.

My roadtax.

Pictures juadah berbuka lepas. Dan air banana shakes yang HC selalu buatkan bila waktu berbuka. Bahan-bahannya ialah pisang, susu full cream dan ais batu. Blender sahaja dan kemudian sedia di minum.

Free samples vanish saya dan HC sudah sampal. 
Ada dua peks untuk setiap seorang.

Serius saya teruja dengan lukisan Haifa.
Katanya itu adalah baba@HC.

Cooked with barakah by Mr HC.

Thursday, August 1, 2013

Jadual Operasi Klinik Pergigian Seri Kembangan dan Juadah mudah di bulan Ramadhan.

Sambal ikan bilis campur tempe goreng dan Masak Santan@Masak Lodeh.
Ini juga adalah menu untuk berbuka hari ini.

Hari ini dari pagi suka suki lepas tumb print, saya telah keluar dari office. Ada tiga urusan yang perlu di selesaikan hari ini iaitu di Bangi dan Kajang. Alhamdulilah ALLAH permudahkan semuanya. TQ ALLAH. Hari ini jugalah saya free sebab tiada lecture. Barulah boleh bernafas panjang sikit kan. Kerana urusan selesai awal, saya singgah di Mydin berdepanan dengan tempat saya pergi tadi. Geram juga kalau tidak ke Mydin sebab masa pusing-pusing dengan kereta untuk cari tempat yang di tuju itu saya ternampak Mydin. Maka wajib pergi kan gitu.
Selesai itu terus balik ke office.
Dalam jam satu lebih berkobar lagi ke Klinik Gigi Seri Kembangan. Niat di hati hendak tampal gigi or tengoklah apa opinion Dr. Sampai-sampai memanglah tiada orang di situ. Tapi bila tengok jadual perkhidmatan baru, saya tidak dapat check gigi rasanya. Redha sahajalah.

Untuk pesakit luar seperti saya yang tiada membuat temujanji, hari yang layak saya datang ialah 
Isnin - 8 pagi hingga 1 petang.
Selasa - 2 petang hingga 5 petang.
Khamis - 8 pagi hingga 1 petang.

Untuk pesakit kanak-kanak.
Rabu - 2 petang hingga 5 petang.
Jumaat - 8 pagi hingga 12 tengahari.
Dan masa-masa yang lain ialah untuk pesakit yang mempunya temujanji. Masa rehat ialah 1 petang hingga 2 petang. Manakala untuk hari Jumaat ialah 12.15 hingga 2.45 petang.

Oat kosong campur dengan kurma dan roti gardenia.

Huhu. Rasanya minggu pertama puasa sahaja saya tetap maintain makan oat. Lepas itu sudah di lupai. Green tea pun entah kemana pergi nya juga. Campuran oat itu memang kegemaran anak-anak juga. Selalunya saya yang kena makan roti dan kurma itu. Diaorang cuma hendak oat sahaja.
Tapi serius, sangat lemak dan sedap makan oat dengan kurma dan roti gardenia. Boleh sahaja kan. 

Telor dadar, Sup Sayur campur dan Sambal Sardin.

Ini adalah juadah biasa dan fav. ever saya dan HC juga anak-anak. Lauk yang mudah di sediakan. Selalunya lauk ini di masak apabila time 'malas' dan time peti ais sudah kosong.

Saturday, July 20, 2013

Nasi Beriani Pakistan dan Kari Kambing with resepi.

Cooked with barakah and love by HC.

Nasi Beriani Pakistan.

Bahan-bahan:  
5 cawan beras basmathi.
1kg ayam, daging atau kambing dengan tulang lagi sedap. 


 4 kuntum bunga lawang.
2 inci kayu manis. 8 buah pelaga.
10 bunga cengkih.
1 sudu besar serbuk ketumbar.
1 sudu besar jintan manis.
1 sudu besar jintan putih.
1 sudu kecil serbuk kunyit.

3 biji bawang besar yang di potong dadu.
5-6 buah tomato yang masak bersaiz besar dan di potong dadu.
2 labu@biji besar bawang putih yang di tumbuk.
3 inci halia di tumbuk.

(Yang ini HC tidak buat)
1 1/2 cawan yoghurt.
2 bay leave.
Minyak olive.

4 biji telur yang di rebus, kupas dan kelar.
4 biji kentang kecil yang di kupas dan di rebus.
1/2 cawan susu (option)
Saffron dan pewarna kuning.

Hiasan. Bawang goreng. Daun ketumbar di hiris. 4 biji cili hidup di potong 1 inci. Daun mint. Badam dan kismis.

Penyedian Ayam.

Serbuk Jintan Manis dan Jintan Putih.


Peram ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang di kisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.



Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.
Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api. 
Bawang besar dan tomato yang di potong dadu.

Penyediaan Nasi:

Basuh, rendam selama 20 minit dan di tos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, biah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyedian Beriani:

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Telor di rebus.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus.
Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. 
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. 
Sudukan susu dan titis pewarna kuning. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. 



Resepi.
Kari Kambing.

HC suka masak kari a little bit kering dan pekat begini.

Bahan-bahannya.
1/2 kg daging kambing.
4 biji kentang, kupas dan belah 4.
2 biji tomato, belah setiap satu.
1 keping asam gelugor.
250 liter santan.
2 camca besar cili boh.
3 camca besar rempah kari daging baba's
1 camca besar serbuk ketumbar. 
 Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya.

Bahan kisar halus.
6 biji bawang merah.
3 ulas bawang putih.
2 inci halia.
1 sudu kecil serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup.

Bahan Tumis.
3 biji bawang putih, hiris.
2 ulas bawang putih, hiris.
3 tangkai daun kari.
1 batang kayu manis.
1 kuntuk bunga lawang.
6 kuntum bunga cengkih.
3 biji buah pelaga.

Cara memasak.
Daging kambing, di potong sedang. Cuci dan gaul dengan tepung gandum, perap 15 minit. Cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari, serbuk ketumbar dengan bahan kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili bih dan tumis hingga garing. Tambah rempah dan bahan kisar. Goreng garing hingga terbit minyak.
Masukkan daging kambing, daun ketumbar, gaul rata dan biar kecut. Tuang santan dan biar mendidih. Masak hingga empuk, masukkan kentang. Tambah air jika perlu. Masak hingga kentang empuk.
Masukkan asam gelugor, garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil di kacau.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan matikan api.

Tuesday, July 16, 2013

Karipap Kentang campur Ayam.


As salam, alhamdulilah sudah masuk  Ramadan ke-7. Semoga Ibadah kita di bulan ini di berkati dan di terima ALLAH hendaknya, insyallah. amin amin amin.

Bila cerita masak sendiri dirumah, rasanya semua orang mesti boleh masak. Masak maggi pun masak juga kan.
Tinggalnya hendak pilih menu dan masakan apa sahaja plus semangat kena kuat juga. Semangat ini selalunya akan datang juga bila kita fikirkan untuk sediakan juadah untuk anak-anak atau pun orang yang kita sayangi. Insyallah malas-malas pun mesti jadi rajin. So alasan tidak tahu memasak bukanlah yang terbaek sebenarnya buat masa sekarang ini.
Sebabnya klik sahaja di mana-mana dalam internet, semua resepi ada. Pilih sahaja hendak yang mana. Siap dengan step by step plus ada yang dengan gambar sekali.
Jadinya silalah pilih alasan lain kalau anda tidak suka memasak.

Dua orang pembantu peribadi saya yang sangt rajin.
kalau buat sorang-sorang memang lenguh tangan.

Hari Ahad lepas memang terfikir hendak buat kuih. Rasa hendak buat yang manis-manis gitu. Paling senang hendak buat yang kukus sahaja. Sadly bila tengok resepi best, mostly barang-barangnya tidak cukup sahaja di rumah. Hendak keluar membeli bahan lain, erm.Yang ada guna santan pula macam best juga, ish nanti berebut santan pula dengan HC yang hendak masak Kari Daging petangnya. Maka saya beralah part santan itu. Fikir-fikir, saya tukar menu. Saya buat karipap.
Alhamdulilah barang semua ada. Namun resepi saya ini adalah resepi sempoi sahaja. Asal jadi karipapnya, ok sahaja. Op, ini merupakan kali kedua saya membuat karipap. Hehehe. Kali pertamanya ialah semasa mengandungkan Haifa 3 tahun lepas, refer sini untuk story Karipap kentang+ayam.

Akibat sudah lama tidak membuat, makanya kesilapan saya ialah terletak air panas terlebih pada adunan. Makanya adunan jadi lembik. Saya terpaksa topup dengan minyak untuk elakkan adunan tidak melekat pada tangan. Tapi hasilnya kulit karipap adalah tidak rangup. Op tidak mengapa, next time saya akan alert part letak air ini.
Anyway karipap semua itu sudah selamat di makan. Alhamdulilah. I'm happy.

Bahan-bahan dan isi kentang yang siap di masak.

Bahannya.
Untuk Inti -
Ubi kentang 3 biji. potong dadu dan goreng hingga lembut.
Bawang putih 4 ulas di tumbuk lumat. 
Ayam dipotong kecik-kecik dan goreng.
4 sudu besar kari Babas.
Garam.

Cara memasak -
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan garam.
Masukkan ayam dan ubi kentang dan akhir sekali masukkan rempah kari.
Kacau rata.


Untuk kulit karipap - 
Tepung Gandum 3 cawan. 
Air panas atau air suam.
Minyak dalam 4 sudu besar.
Garam.
Gula.

Saya dapat dalam 33 biji karipap semuanya.

Saturday, July 13, 2013

Ayam Grill Kabshah with resepi.


Resepi
Ayam 1/2 ekor. Potong sedang-sedang.
4 ulas Bawang Putih.( kisar )
1/4 sudu kecil Garam.
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
2 Inci Halia ( kisar )

(dari arah jam) Serbuk Ketumbar, Serbuk Jintan Putih, Serbuk Jintan Manis dan Garam.

Cara-Cara Membuatnya ;-

Bersihkan ayam yang telah di potong- potong tadi terlebih dahulu, kemudian keringkan airnya.
selepas itu masukkan semua bahan perapan tadi bersama bawang putih & halia yang telah dikisar halus tadi......
kemudian gaulkan semua perapan tadi sehingga sebati...
selepas itu perap kan semua bahan tadi lebih kurang 1 jam sebelum di panggang...

Selamat Mencuba......

by Mr HC - TQ Sayang. 

Bau serbuk jintan putih itu sebijik macam bau makanan di kedai mamak. hehe.
Nama masakan ayam ini memang HC yang letak sebab katanya macam bau ayam masak kabshah.


Guna Non Stick Pan sahaja. 
Saya ada brand SUPOR sahaja.

Credit resepi asal from Azie Kitchen.

Thursday, July 11, 2013

Ayam Masak Pedas with resepi. Berbuka hari pertama ramadhan.

Ayam Masak Pedas.

As salam, alhamdulilah selamat berbuka puasa pada hari pertama semalam. Dan selamat menjalankan ibadah puasa pada hari ke dua hari ini. Semoga puasa kita semua diterima ALLAH. amin amin amin.

Biasalah semua orang rasanya mesti kongsi resepi pada waktu berbuka kan. Hehe, saya pun hendak join gambar lauk yang di masak oleh HC iaitu Ayam Masak Pedas dan Ayam Grill Kabshah. Boleh refer resepi Ayam Grill Kabshah di sini Ayam grill kabshah.
Haifa dan Qeqeem memang suka makan ayam grill itu. Haziq pula suka makan ayam masak pedas. Tugas saya cuma goreng sayur campur sahaja.

Ayam Grill Kabshah.

Kan saya sudah beritahu hari itu, tidak perlu pun ada pan untuk grill yang ada lekuk-lekuk itu. Mahal pun iyea. Setakat dengan non stick pan pun sebenarnya sudah boleh buat ayam grill ala-ala ayam golek gitu. Boleh sahajalah kan, daripada tiada gitu. Rempah ratusnya, saya belum tanyakan lagi dengan cik abang sayang. Tapi tahulah HC memang perap ayam itu sebelum di masak. Masak pun tidaklah lama sangat. Yang penting tekan-tekan sikit di semua bahagian masa memasak.


Picture taken masa jam 6 lebih. 

Story anak kesayangan saya ini. 
Alhamdulilah Haziq yang baru masuk umur 6 tahun ini sudah selamat berpuasa penuh semalam. Ini kiranya tahun pertama Haziq mula berpuasa. Di tadikanya kata Haziq ramai juga yang berpuasa. So kalau time makan memang semua yang tidak berpuasa akan makan di dapur sahaja. Compare waktu biasa memang makan di kawasan belajar.
Memang Haziq bangun sama bersahur bersama saya dan HC. Tapinya manja, makannya bersuapkan dari HC. Sebenarnya Haziq tidaklah lembik sangat macam dalam gambar itu. Sahaja Haziq buat muka gitu masa itu. Haziq ok seperti biasa, bermain-main. 
Saya memang salute dengan Haziq sebab 1st time puasa and dapat buat puasa penuh. Alhamdulilah. Mama doakan Haziq dapat buat puasa penuh 30 hari. Amin amin amin.

p/s 
Saya dulu pun masa umur macam itu, memang baru takat puasa 1/2 hari.
Tidak pasti, mungkin HC memang mula puasa penuh seawal umur itu. Sebab itu HC memang sudah warning dengan saya supaya jangan bagi Haziq buka puasa separuh hari.

Resepi Ayam Masak Pedas
Oleh - Azie Kitchen.
Ayam 1/2 ekor.
150 gm Cili kisar @ Cili boh.
*5 Ulas Bawang merah.
*3 Ulas Bawang putih.
*2 Inci Halia.
*5 sudu besar Sos cili.
(* bahan Kisar )
1 biji Bawang besar Dihiris
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 Biji limau Kasturi
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak
Ayam diperap dengan garam,kunyit & limau kasturi. ( goreng & asingkan )
Tumiskan bahan-bahan yg telah dikisar hingga nak bau. 
Kemudian Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. 
Masukkan sos cili & bawang besar
kemudian masukkan garam & gula
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi..
Bila ayam goreng & bahan yg di tumis tadi dah sebati 
Boleh matikan api .
Ayam masak pedas sudah sedia untuk dihidangkan,....

Tuesday, July 9, 2013

Kew Tiow Goreng Mamak Sempoi with resepi, Ayam Grill Kabshah dan Nasi Beriani Pakistan.


As salam, alhamdulilah pagi ini ALLAH turunkan hujan lebat gitu. Cuaca pun berkabus gitu.
Ini adalah story hari cuti lepas. Masak memasak ialah oleh HC. Saya serius, cuti hari masak sungguh. Ialah tugas saya setakat goreng sayur campur sahaja.

Hari Jumaat malamnya HC masak Nasi Beriani Pakistan itu. Saya pula rasanya makan sedikit sahaja. Maklumlah di office petangnya ada makan-makan. So balik rumah lepas itu, memang masih full perut gitu.
Makanya pagi Sabtu itu memang sudah aim hendak makan beriani untuk breakfast. Huhu.
Mula-mula panaskan nasi. Lepas itu saya goreng sayur campur.
Nasi Beriani Pakistan ini memang sudah di masak bersama ayam dan juga telur rebus. Sebab itu saya cuma tambah sayur sahaja. Lepas itu tidak lupa saya minum air teh hijau dengan perahan lemon.



Hari Ahadnya pula, kami breakfast nasi goreng sahaja. HC juga yang gorengkan. Lepas itu terus siap-siap pergi ke Jaya Jusco Taman Equine. Ialah patutnnya hari Sabtu sudah boleh HC menderma darah, sebab di laman web Jadual Kempen Pusat Darah Negara menulis waktu operasi ialah until 8 pm. Sebab itu kami keluar rumah dalam lepas asar. Sekali sampai di sana around lebih sikit jam 5pm. Dan kaunter di situ telah di tutup. Pulak kan. sedangkan di banner di situ pun tulis di tutup pada jam 8pm. 
Kepada mereka yang berkenaan, lain kali tulis biar terang dan jelas.Hormatilah pihak pengguna yang memang berniat murni untuk menderma darah.
Sebab itu dengan rendah diri, HC dan kami anak beranak ke JJ lagi pada pagi Ahadnya untuk tunaikan niat HC.


Balik dari JJ, sudah petang juga lah. Makanya perut memang minta di isi. Hendak makan di JJ, erm rasa macam tidak menepati citarasa sahaja makanan dalam situ. Hendak menapau di mana-mana kedai, erm rasa malas pula, sebab banyak barang basah dalam peti ais. Rugi kalau tidak masak kan.
Dan, akhirnya kami terus balik ke rumah sahaja.
Sampai rumah, saya sendiri minta HC gorengkan Kew Tiow Goreng Mamak. Hehehe, HC memang kalau masak memang cepat dan semestinya sedap.
Tidak sangka pula HC buat sekali ayam grill Kabshah. HC guna non stick pan sahaja. Serius adalah sangat sedap. So saya memang tidak dinner pun malamnya. Full sungguh perut ini. Alhamdulilah.


Resepi Kew Tiow Goreng Mamak sempoi.
Sebungkus Kew Tiow 450 gram.
Udang 7 ekor.
Taugeh dalam segenggam.
3 sudu besar minyak untuk memasak.
Telor 2 biji.
Kicap masin.
1 sudu kecil serbuk kari.

Cara memasak.
Panaskan minyak.
Tumis serbuk kari.
Masukkan udang sehingga masak cantik.
Masukkan telor dan kacau.
Setelah telor setengah masak, masukkan kew tiow.
Kacau dan masukkan kicap.
Masukkan taugeh.
Sedia di makan.


Friday, June 21, 2013

Cabonara Cendawan dan Paprik Sotong with resepi.


As salam.
Jumaat come again. Selamat bercuti dan berhujung minggu.
Jom tengok masakan mudah dari saya. Ialahkan, mana tahu teringin memasak di hari cuti ini nanti. Air tangan isteri/mama mesti yang terbaek kan. ^,^

Ish lama juga tidak makan fast food gini gitu. Maklumlah habis berpantang dulu kan. Masa shopping di JJ lepas, sempat saya suggest pada HC untuk beli Cabonara Cendawan instant dari Prego. Alahai yang dalam tin itu sahaja. Memandangkan di rumah pun masih ada lebih linguine pasta (refer picture bawah sekali.).
Suka hati sahajakan, hendak guna pasta yang mana satu vs dengan yang mana satu.

Mulanya malam itu saya dan HC sudah macam malas hendak makan nasi. Mahu beli makanan di luar, aduhai  I know both of us memang sudah tahap bosan untuk makan makanan bergoreng order dari kedai. Mesti ada rasa yang kureng. Kalau tidak, mana yang macam terlebih minyak. Mahal, tapi rasa tidak berbaloi.
Makanya HC tersayang ambil keputusan layan cabonara malam itu. Cuma ada tambah udang sahaja. Suka hati sahaja hendak siapkan hidangan dengan tekak sendiri dan juga ikut apa sahaja yang ada dalam peti ais. Udang itu pula jangan lupa di goreng dulu yea.
Kalau ada cheese mesti lagi sedapkan.
Haziq dan Haifa pun memang suka banyak sama. Qeqeem sudah tidur masa itu, maka terlepas untuk makan sekali.

Mudah sahaja sediakan sajian ini. Ringkas dan padat. 
Cuma sediakan pasta yang telah di rebus.
Panaskan prego dalam periuk yang lain.
Selesai then terus campurkan dengan pasta dan makanan tambahan lain.
Kemudian sudah boleh di makan. Dan semestinya mengenyangkan.


Jenis Prego yang lain.
p/s yang herba tu, kuat betul rasa herb nya.

Memasak Paprik pun adalah mudah sebenarnya. Dan ia tidak memakan masa yang lama pun. Saya merupakan penggemar tegar lauk paprik. Asalan mula-mula makan paprik ialah semasa study di JB dulu. Setelah kenal paprik, mahu hari-hari duk ulang sahaja. Akhirnya secara tidak sengaja saya google resepi simple juadah ini di internet. Aduhai, sonang bona rupo nyo.

Resepi Paprik Sotong.
Bahan-bahannya.
Halia - hiris.
Bawang Merah + Putih. - hiris.
Cili boh 2 ke 3 sudu besar.
Garam.
Sos Ikan 1 sudu besar.
Sotong di potong.
Kicap tiram 1 ke 2 sudu.
Kicap cair masin.
Daun limau purut.
Cili padi 4 biji - hiris.
Kacang panjang.

Cara masak.
Tumis bawang, halia. Naik bau masukkan cili boh.
Cantik color dan naik bau lagi, masukkan sotong. Api perlahan.
Masukkan sedikit air pada yang suka berkuah.
Cantik sotong sudah lembut, boleh masukkan kacang panjang, dan bahan-bahan lain.
Tunggu menggelegak, dan boleh tutup.

Pasta Type.
Suka pasta yang part lebar-lebar sebab cepat kenyang kalau makan.

Monday, June 3, 2013

Lauk daging dan sayur campur.

As salam and good morning to sweetties semua out there.
How your weekend?. Harap semua orang happy-happy dengan family di rumah atau kemana sahaja tempat menarik ketika bercuti.

Teringin berkongsi lunch saya di rumah semalam. Kebetulan HC beli daging semasa ke Pasar Borong Selangor, maka tugas isteri adalah memasak lah. Cadangan hendak masak kari daging, lepas itu santan pula tiada di rumah. Hendak keluar, erm malas dan penat sebenarnya. So tukar menu ke daging goreng kunyit. Aduhai bawang Holand pula tiada. Makanya saya goreng sayur campur dulu then lepak. Lepas itu fikir-fikir, apa kata tukar sahaja guna bawang merah yang saiz besar sahajalah. So on lah memasak kembali.
HC ini tidak berapa pandai membeli daging. Maklumlah orang tepi laut ini. Dagingnya ada urat-urat gitu. Bila makan, kurang lembutlah. Tapinya HC beritahu memang dia suka makan daging yang ada urat gitu.
Saya masak lauk ini bubuh cili padi dan bawang merah sahaja. Daging itu lumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan sos tiram. Then goreng dulu daging, kemudian baru menumis. Settle.
Dagingnya saya goreng kurang lembut sebab angkat cepat. Maklumlah excited hendak masak. Makanya dua orang di rumah ini semalam, terpaksa kerja kuat sikit ketika mengunyah. Kata HC, macam hendak tercabut rahang di buatnya. Huhu.

HC minta letak cili padi banyak. 
Lepas itu, time makan sudah tidak boleh bercakap. 
Pedas :D tapi mengancam tau.

Sayur adalah kegemaran saya dan HC.

Monday, January 14, 2013

Aku suka makan Scramble egg.

Memang kesukaan aku makan begini. 

Assalamualaikum.
Monday again.
Blues, nope lah.
Aku tidak blue hari ini.
Aku all BROWN.
Bergaya riang dengan skirt pregnant yang ke dua.
Satu warna hitam dan kedua warna coklat.
Amat suka sangat.
La la la.

Kisah minum petang aka lunch malas terlajak.
Memandangkan kami sudah lunch nasi lemak lewat hari Ahad itu, makanya part lunch semua buat tidak tahu sahaja. Nasi memang sudah ada dalam periuk. Part lauk, tiada.
Qeqeem pula tidur masa itu.
Dua orang lagi tiada di rumah mungkin sampai malam rasanya. Haziq dan Haifa pergi berjalan dengan kaklang.
Sambil menonton Nona, aku goreng scramble egg dan hotdog jumbo satu.
Aku goreng sekali popia otak otak.
Layan dengan air soya.
Dan dan aku selesai di dapur, Hubby turun dari atas.
Makanya makanlah berdua kami petang itu. Op bertiga plus baby dalam perut.
Kenyanglah jugakan.
Malamnya pula makan luar.
Gara-gara terliur tengok hidangan western dalam JJM tengaharinya.
Aku makan lamb chop. Fuh berpeluh-peluh mak yong dibuatnya.
Hubby pula makan nasi goreng USA dengan Qeqeem.
Selesai makan, balik rumah. Pasang aircond....mak hangat.
Dekat jam 10 malam kaklang sampai hantar Haziq and Haifa.

Minum petang aka lunch malas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails