Followers

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Order dinner di rumah.

Nasi Goreng USA 

Nasi Arab Iran

Ada satu malam yang indah dan penat sebab balik dari kerja. Saya ajak HC order makanan sahaja. Kami kan duduk services apartment. So kedai makan di bawah itu memang boleh order dari phone sahaja. Asalkan makanannya lebih dari price RM5. So call dan order, kemudian mereka delivery ke depan pintu rumah dan bayar.
Memang feeling sangat bahagia dan seronok duduk di Apartment Vista Impiana.

Tuesday, September 30, 2014

Saya suka makan daging kambing.

Mix salad and kambing. 

Nyum nyum sangat

Assalamualaikum. 
Aloha guys. 
Alahai seronoknya lately ini, alhamdulilah sudah ada stok kambing/lamb frozen dalam peti ais di rumah. Hari Ahadnya kami beli di Giant. Dalam 7 - 8 keping rasanya. Price RM32.  Kalau frozen mutton lebih murah sikit harganya. Frozen mutton ini berbau sikit. Sebab masa saya dan HC tengah memilih kambing, ada pasangan makcik pakcik ini tengah pilih daging mutton. Terus saya tanya, apa beza daging mutton dan lamb ini. Jawab makcik itu, kalau mutton ini, ok juga. Cuma perlu perah asam limau masa bersihkan untuk elak bau kambing. Makcik tu kata dia hendak masak kuzi kambing.
Kalau lamb, memang tidak perlu basuh dengan limau pun.

HC yang peram dengan bahan-bahan biasa sahaja, jintan manis, jintan putih, serbuk kari, garam dan ketumbar. Lepas itu masak guna kuali non stik. Tutup kuali, perlahankan api. Biar daging masak hingga lembut.
Malam tadi kami makan lamb dengan salad campur bermayonis. Allahuakbar, nyaman sangat rasanya. Hanya Hafiy dan Haqeem peneman makan kami. 
Di bawah ini, saya copy paste khasiat daging kambing. Sebagai orang melayu, kita banyak sangat di momokkan dengan cerita orang tua-tua mengenai daging kambing. Katanya penyebab darah tinggi, sakit jantung, alahai. Mungkin ini penyebab ramai orang melayu kurang makan kambing.

Kelebihan Makan Daging Kambing
======================
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Mencantikkan Kulit
============
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.



Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

KOMPOSISI KHASIAT

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.


Thursday, September 25, 2014

Layan pictures lauk di rumah dan ice blended.

Ice blended milo.
HC rajin layan anak-anak buatkan minuman sedap ini. 

1st time masak kari sotong. nyum nyum. 

Sambal tempe, kacang and petai by HC.

Monday, June 17, 2013

Moist Chocolate Cake for Haziq birthday.

As salam kepada mama-mama vogue yang sedang bekerja di rumah mahupun di office. Moga urusan kita semua pada hari ini sentiasa di permudahkan oleh ALLAH swt. amin amin amin.

Pinggan kertas kartun fav. Haziq.

Haziq susun sendiri extra candles.

Hari ini, saya hendak continue pictures cake birthday Haziq malam tadi. Tiada jemput sesiapa pun. Call Acu sahaja datang rumah. Siap pesan Acu suruh belikan air coke sebotol. heh heh.
Seharian pagi di hari Ahad itu saya di dapur. Fuh 1st time membaking kembali setelah lama sungguh ' bercuti'. Mahu dekat setahun. Maklumlah masa itu kan sudah jadi mak yong kembali, makanya 'retired' lah dari membaking until selesai pantang dan masuk kerja semula.


Rajin dan gigih saya untuk membaking adalah kerana birthday Haziq. Walaupun memang penat sahaja lah kan. Since anak masuk 4 orang ini. Lain benar penatnya.
Tapi syukur dalam penat itu ALLAH sentiasa bagi saya dan HC kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab kami. Alhamdulilah.

The cake tersangatlah kecoklatan. 
Memang lemak. Sesuai untuk penggemar coklat.
(^,^)

Ada cream coklat ditengah kek.

Yup saya memang a little bit gelabah untuk baking semalam itu. Ialah baru hendak warming up semula kan. Siap testing dulu panaskan oven. Maklumlah cuti lama kan.
Laginya member-member yang pernah order dengan saya di office ada juga yang duk tanya pada saya bila hendak baking lagi. Saya cakap, saya masih belum start over again lagi.
Op akhirnya, saya telah bermula kembali. Start beli barang-barang ialah pada hari Sabtunya. Aura masuk kedai bakery Hot Oven dekat dengan rumah, memang syiok. Total out dekat 3 jam +++ preparation plus dengan selesai membakar sebiji kek saiz 8 inci dan 4 biji cakes comel guna foil sahaja.

Small birthday celebration.

Walaupun penat, tapi hati sangat puas bila Haziq cakap 'sedapnya kek mama buat ini'.
HC komen kek saya ini sungguh coklat, kalau makan banyak-banyak cepat muak. Huhu, saya memang tahu pun kek ini penuh dengan rasa coklat sebab saya lebihan coklat pada cream coklat dan ganache.

Juadah sampingan, ayam di goreng oleh HC guna tepung salut.

Wednesday, June 5, 2013

Stesen Minyak Petron.

De ayam.

De kedai.

As salam.
Hari wordless wednesday kembali.
Hoping anda tetap maintain anggun dan happy happy sentiasa.
Happy working yea.

Mesti semua pernah isi minyak di Stesen Minyak Petron yang dulunya ialah Esso. Yang baru rebranding itu. Jangan lupa ya sertai contest 450 yang masih berjalan lagi. Semudah cuma isi minyak RM40 dengan leretan kad Smiles sekali.
Semalam saya EL belah petang. Ada urusan.
Cuma saya dan HC juga baby Hafiy sahaja. Yang lain tinggalkan di rumah Kaklang. Minta jasa baik maid Kaklang jagakan.

Selesai urusan sudah jam 6pm. Alhamdulilah jalan tidak jem sangat walaupun time orang balik kerja gitu. On the way itu, saya beritahu HC yang saya macam laparlah.
Ialah tidak makan lunch kan. Cuma makan mee hoon sedikit gitu. Tapinya saya lost hendak fikir untuk makan apa. Tekak macam teringin hendak makan KFC, tapi masih fikir-fikir lagi. Cadangan lain hendak masak sambal sardin dan goreng sayur sahaja untuk dinner nanti.
Terus fikir lagi, malaslah beli KFC dengan harapan ada pasar malam dekat rumah Kaklang.

Saya cuma seorang ke pasar malam sebab sudah gerimis mengundang masa itu. Serius banyaknya makanan di jual di area depan Masjid BK5. Ikut nafsu lapar semua hendak di beli kan. Tapi saya langkah pelan-pelan, tanpa ada perancangan untuk beli makanan yang mana satu.
Direct fikir, beli apam balik plus lagi beli montot ayam bakar. Hehe semenjak kahwin orang Sabah ini memang saya sudah termasuk dalam golongan pemakan tegar montot ayam.

Serius 1st time makan semestinya di Tawau, kg HC. Memang sedap di tambah dengan cicahnya yang memang lagi sedap. Di KL saya dan HC pernah makan di kedai makan in between Maybank/CIMB rasanya dan Mydin. Di situ montot di goreng sahaja, tapi sedap.
Satu lagi saya dan HC makan di kedai makan di Pandan Jaya. Kedai jual lauk pauk makanan tengahari. Opposite kedai perabot dan berdekatan dengan Maybank. Yang ini di goreng berlada. Fuh sedap dan memang perlu di ulang tayang makan lagi.

Berbalik story ayam. Last last lepas ambil anak-anak terus ke pam minyak. Isi minyak RM50 dan beli ayam goreng yang berharga RM1 satu ketul. Saya beli RM10 bersamaan 10 ketul. Rezeki masa itu ayam pula baru di masak. Penuh dua tangan membawa bekas kertas berisi ayam ke kaunter pembayaran.
Yang tidak boleh blah iya lah, tengoklah full pictures ayam goreng yang belum di makan di bawah. Banyak, penuh satu bekas. Di ulang, RM10 sahaja. Alhamdulilah.

Di Kedai Threats ini juga terdapat banyak makanan lain yang sedia di makan di situ juga kalau mahu sebab ada kerusi meja di sediakan. Memang selesalah.
Ada nasi lemak, mee hoon, mee goreng dan nasi ambang. Yang itu semuanya berbungkus dan selalu di hantar waktu pagi dan petang.
Ada lagi nasi ayam yang murah dengan pilihan rasa ayam. Iaitu madu, black pepper, percik dansatu lagi yang saya sudah lupa. Tapi yang paling best ialah black pepper.
Lagi lagi ada banyak jenis kek-kek dalam tupperware empat segi kecik itu.
Fav. kami sekeluarga ialah nasi ayam black pepper. Selalu beli ayam seekor terus sebab ayam jenis kecik sahaja. Laginya coffee sejuk dan juga ayam goreng singgit.

Qeqeem with Haifa.

Haziq with Haifa again.


Monday, May 27, 2013

Kelantan Fried Chicken.

Kelantan Chicken Chop.
Rasa sos lada hitamnya memang ketat/kuat.

As salamualaikum.
Alhamdulilah bertemu lagi di hari Monday (blues) :D.
Hari ini saya ingin berkongsi KFC ala Malaysia style. Tagline 'Resepi Orang Kita, Rasa Macam Dia..'. Kedai ini memang pernah masuk JJCM di TV3 dalam tahun lepas/2012 rasanya. Masa zaman pengacara Iqram dulu tu.
Tapi lepas itu saya cuba pergi ke situ. Asal datang memang ramai orang sahaja. So acap kali memang tertangguhlah untuk merasa keenakkan ayam goreng ini. Semalam alang-alang sudah lalu di situ. HC pelawa makan/tapau KFC ini. Memandangkan rumah saya pun tidak jauh dari situ.
Sampai di sana, cuma ada 2 orang customers sahaja. Terkejut juga. But saya think positive, mungkin orang ramai balik bercuti, kan school holiday. Saya order Set B - 2 ketul ayam with wedges - Price RM6 untuk Haziq dan Haifa. Masuk dalam kereta, HC cadangkan order pula Set C - Kelantan Chicken Chop - Price RM 5.
Anak-anak memang sudah makan dalam kereta masa otw balik. Terus tanya Haziq yang memang peminat ayam goreng. Ermmm memang sedap.
Sampai di rumah barulah saya dan HC mencuba pula. Serius uols, memang sedap dan berbaloi hingga menjilat jari. Harga murah dan yang penting produk orang Islam kita. Jom kawan-kawan sokong orang kita berniaga.
Next time kalau tidak pun dalam minggu ini mungkin saya hendak mencuba set lain pula.

Raja Ayam Goreng Malaysia
Kelantan Fried Chicken
26, Jalan Putra Permai 1B,
Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor. (berdekatan Mc Donald)
H/P 019-3575154

Close up. 

Menu.

Ais blended pisang + susu by Mr HC.

Friday, May 10, 2013

JJCM pekan Kuala Pilah. Rojak dan Mee Goreng kerang.

Rojak kuih di Nasi Ayam Mama.

Assalam.
Alhamdulilah hari Jumaat datang lagi. Ini hari Jumaat terakhir saya berjimba bercuti. Next Monday saya akan  mula bekerja setelah habis cuti 60 hari.

Hari ini saya hendak story pasal kedai makan. Balik mengundi hari itu, tekak ini teringin sangat hendak makan rojak. Mengada melebih pula. :D
Makanya di hari mengundi itu, habis memangkah. Saya dan HC ke pekan. Sanggup hari itu saya tidak makan apa-apa pung. Sekadar minum milo kosong sahaja pagi tidak pagi itu. Entahlah beberapa hari itu, memang saya kurang berselera untuk makan. Sebab itu mencadang untuk makan di luar sahaja pada HC. Masa itu hujan lebat sungguh. Dekat jam 5 petang rasanya. Kami terus ke rojak famos di pasar KP iaitu rojak Ibrahim. Sampai sana, berpayung saya dan HC. Masuk ke kedai, fuh orang ramai sungguh. Erm nampaknya memang ramai yang balik kg sempena mengundi sekali jalan dengan makan rojak kegemaran ramai. Tempat makan di situ tidak besar sangat. Selalunya memang saya bungkus sahaja kalau teringin hendak makan rojak ini.

Rojak Mee dan Rojak Kuih Ibrahim - pic sumber internet.

Hampa, terus ajak HC ke kedai makan di area Pilah Perdana, dekat Jalan Bukit. Disitu pun ada rojak. ok juga sedapnya. Lagipun sudah lama kedai ini di buka, kalau tidak silap lebih 10 tahun. Tapi tidak boleh lawan rojak Ibrahim yang sudah bertapak sebelum saya lahir, mungkin.

Sampai di kedai Nasi Ayam Mama ini, orang tidaklah ramai. Maklumlah tengah hujan lebat. Saya terus minta HC orderkan rojak. Ada rojak ayam dan rojak kuih.
Sudah lebih lima tahun rasanya tidak makan rojak ini. Rasa-rasa, erm masih sama seperti dulu. Time hujan pula tu, makan panas-panas.
Lepas itu HC order pula mee goreng kerang. Masih sama rasanya.

Mee Goreng kerang with chef (topi merah) 

Nama kedai makan.

Sedikit kepelikan sayalah. Kedai Nasi Ayam Mama ini berkongsi dengan satu kedai lain. Kalau saya tengok muka owner kedai nampak sama. Memang saya perasan kakak dua orang itu memang adik beradik. Tapi diaorang sudah berpisah kedai nampaknya.
Pelik lagi menu diaorang tetap sama. Its up to customer hendak order makan di kedai yang mana. Rasa tetap sama pada sayalah.
Rezeki ALLAH bagi masing-masing kan.


Saturday, March 30, 2013

Nasi Kerabu RM 5.

Thumb up by HC

Salam Saturday.
Selamat bercuti pada yang bekerja :D.
Hari saya hari ini adalah sama seperti hari semalam dan semalamnya lagi. Rutin harian yang sama. Susukan baby Hafiy, mandi air panas, ikat bengkung di perut, makan and ulang lagi semuanya.

Dalam tengahari tadi HC with Haifa menghantar emak ke KL specific ke Hotel Flamingo di Ampang. Haziq pula ikut Kaklang balik rumahnya sebab mahu main dengan cousin nya. Saya pula tinggal di rumah dengan baby Hafiy and Qeqeem walaupun berkali HC tanya hendak ikut atau tidak. I said, nope.

Motifnya emak ke KL ialah mahu berjumpa Cik Sara sefamily and Cik Rose with Cik Zain. Last emak jumpa adik-adiknya ialah pada Hari Raya Haji tahun lepas. Diaorang naik dari S'pore pagi semalam. Cik Mat driving dari sana. Makanya emak telah menjoinkan diri di MPV itu dan mengikut rombongan berjalan dan makan dan berjalan lagi. Serius family belah emak memang suka makan sodap kalau ke sini.

Saja hendak tunjuk Nasi Biru ini yang meme menjadi sebutan officemate hok Kelate. Saya meme tidak pernah pergi stall tempat jualannya sebelum ini. Kurang berminat hendak ambil tahu sangat. Sebab memang jenis saya, kalau tempat makan yang orang asyik masyik perkatakan kesedapannya. Saya memang surrender. Semestinya orang ramai di situ. Dan perlu beratur panjang-panjang. Saya memang tidak minat to join the crowd.

Satu hari yang rilex di office saya sahaja mahu berbual dan saya buat pertanyaan pada kawe Kelate saya.
Sedap ke Nasi Kerabu tu. Ialah korang-korang duk ulang-ulang kesana.
Dia jawab. Meme sedap.

Confirm sedaplah agaknya kalau sudah cop baek dari orang senegeri kan. Dia beritahu lagi yang stall jualan adalah berdekatan dengan area rumah saya.
Hah. Den tidak tahu pulok.
Setahu saya, memang selalu dengar and lihat diaorang makan nasi kerabu. Pergi beli Nasi Kerabu hok yang ini. Kisahnya sampai ke jalan rumah saya rupanya. Boleh tahan juga penangan nasi ini kan.
I.m not a fan of Nasi Kerabu pun sangat. Tapi saya suka Nasi Kerabu lauk daging salai.

Nasi Kerabu color biru ini memang bagi saya adalah dalam portion yang besar. Mengah di buatnya kalau makan seorang. Ada telo masin plus keropok sekali.

Maka di hari tidak busy di office, sekali itu saya join juga diaorang pergi memborong nasi dan kuih muih Kelate. Itupun sebab ada ruang kosong dalam kereta. Ikutlah saya.
Serius kuih muih banyak jenis juga di situ. Ada lompat tikam, ada kuih akok, ada laksa, laksam. Nasi Kerabu ialah berlaukkan ayam percik sahaja. Tiada daging salai.

Memang hari-hari stall ini open. Start dari tengahari rasanya.
Location tidak jauh dari Giant Taman Equine. Ada simpang empat di situ. Masuk ke jalan arah ke Lestari Putra and Puncak Jalil. Masa naik bukit itu, ada simpang pertama itu belok kiri. Terus nampak stall ini belah kiri.

Thursday, October 20, 2011

Donut


Kan family dari kg datang KL baru-baru ini. Motif utama abah ialah melawat cucu kesayangannya Haqeem dan juga Haifa.
Haziq dan anak kakak sudah besar (baru 4 tahun). Kerjanya main sahaja.
So dengan yang kecik sahajalah abah rajin layan diaorang.

Semua tidur di rumah kakak. Hatta rumah aku berjarak dekat makan berulang alik sahaja kami sefamily hari Sabtu Ahad itu.
Emak memang semestinya bawa lauk dan nasi juga kalau datang kerumah anak-anak.
Macam biasa menu emak mesti rendang kerisik daging dan rendang ayam N9.
Tambah juga dengan masak lemak ketam.
Mantap.
Malamnya kami belanja sate Kajang dan juga Donuts Big Apple.
Namun aku bukan peminat donut ini. Sahaja beli yang set 12 biji. Price RM25. Pening kepala hendak pilih yang mana. Sebab baru kali kedua sahaja makan menda ini.
Tapi memang suprise yang topping cheese adalah paling sedap bagi akulah, namanya Say Cheese.
Malam itu juga semuanya licin.
Ialah ramai orang kan.
Happy.

Saturday, September 24, 2011

Makan lagi jom

Domino Pizza. 
Prefer pizza ini sebab picture iklan dan rupa actual pizza sama je. 
Rasa pun sedap.

Dim Sum, makanan mengidam satu masa dulu.
Restoran Abdullah Chan Bangi

p/s pictures makan masa pregnant hari tu.
bulan June 2011

Tapai bekas moden. 
Raya hari tu. 
Sekadar tukang ambil gambar.

Friday, July 22, 2011

Dinner lepas balik dari JJ

Baju tidur mesti hendak sama ;))

Satay sempoi, garing gitu. Sebenarnya aku memang suka satay simple. Rasa kg gitu.

My mee kungfu. Sedap, tapi makan sikit sahaja. Perut sudah kekurangan ruang.

 Nasi goreng. Baba mithali tengah suapkan Haifa yang main-main.

 Haziq mesti order plain water, sejuk.

Friday, July 8, 2011

Itik Panggang di Abdullah Chan

Sungguh sudah lama makan di sini hari itu.

Restoran Abdullan Chan di Bangi.
No 30, 
Jalan Medan Pusat 2c, 
Pusat Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi.

Berdekatan PKNS Bangi.
Masa itu ialah tajuk makan luar sempena birthday Haziq.
Sudah-sudah aku macam teringin hendak makan itik panggang dan juga dim sum.
Maka pilihlah makan di situ.
Silap pilih masa malam itu, kebetulan masa itu ialah father's day.
Sungguh full house malam itu.
Dim Sumnya bagi aku yang memang tidak ada pengalaman makan yang jenis lembap dan basah.
Oklah, sedap.
Haziq dan Haifa pun suka.
Malam itu kami order 3 lauk.
Aku cuma meratah lauk sahaja, sebab sudah kenyang makan di rumah.
;))
Basicly itik rasanya sedap, cuma masa di hidang itu, ia sudah sejuk.
;((
Udang pun besar-besar sungguh.
Oklah.
Total up makan malam itu ialah almost RM70 untuk kami 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Itik panggang with oyster sauce

baby kailan oyster sauce 

butter prawn

Saturday, July 2, 2011

Dinner simple

Ini bukan breakfast.
Tapi ialah makan makan kami berdua hari itu.
Kenapa kami, sebab nasi goreng ini sedikit pedas.
Itu yang budak-budak tak nak makan.
Hubby kalau masak nasi goreng mesti SODAP.
;))
Nasi goreng sempoi sahaja.
Lauknya telor mata sebiji.
Dan juga timunan dan salad.
Burp.
Alhamdulilah.

Yang penting, ikan bilisnya garing gitu.

Sedapnya salad nie.

Friday, July 1, 2011

Kek Lapis Hadeeja

Hari Sabtu lepas, aku sampai akhirnya ke kedai kek lapis Deja Moss di Ukay Perdana.
Biasalah kan tetiba aku teringin sangat gitu hendak makan kek lapis.
Hendaknya pula yang betul-betul Sarawak punya.
;))

Maka search lah di internet dan terjumpa kedai ini di Facebook.
Aku beli 2 jenis kek, yang color hijau dan coklat. Namanya aku tidak ingatlah pula.
Cadangnya macam ingin rasa yang ada cheese. Tapi sudah habis pula.

Harganya RM30 sebiji.
Oklah, ada tester di situ, so bolehlah rasa semua jenis kek lapis yang ada.

Masa hubby call no 017 yang ada di FB, rasanya memang Deja Moss yang angkat hp itu. Suaranya serak-serak basah kan.
Kami cuma hendak confirmkan yang kedai itu buka pada hari Sabtu.
Terujalah aku juga masa on the way ke sana. Kononnya boleh ambil gambar dengan artis. Minat tau dengan suara dia yang memang best.

Sampai di sana, erm dia tiada. Orang lain yang jaga kedai itu.
Nanti aku upload picture kedai dia.
Ada menu makanan Sarawak yang boleh di makan di situ juga kalau berminat.
Apa tu, mee kolok...

Anyway aku puas hati sebab tercapai keinginan di hati makan kek lapis.
;))

Business Hours: 10am - 10pm Tuesday till Sunday Monday Cuti.
HP - 017 3895975

Address

Kek Masam Manis (color hijau) - yang paling laris katanya

Kotak cantik

Thursday, April 7, 2011

Ayam En kenny

set aku 

Jumaat sebelum dapat gaji hari itu, aku mengikut opismate pergi Alamanda. Diaorang bertiga katanya mahu shopping baju sikit. Aku ini as usual tukang ikut sahaja, itupun kalau aku sudah boring duduk di opis. Sebelum masuk ke Parkson yang tengah sale masa itu, kami makan lunch dulu di en kenny ini.
Ya Allah punyalah ramai orang siap kena beratur lagi. Faham-fahamlah masa itu orang gomen baru dapat gaji, maka penuhlah dalam kedai itu dengan mereka-mereka. Aku cakap ini berdasarkan tag-tag nama yang duk terang bergantung di leher diaorang.
;))
Kalau diikutkan lagi sebenarnya aku bukanlah peminat makanan barat ini di tambah masa pregnant begini. Lagipun portion nya besar bagi akulah, memang aku confirm tidak habis nanti. Aku ini memang dasar kalau makan, confirm tidak boleh sumbat banyak-banyak. Tapi peliknya badan memang di kategorikan dalam saiz bulat gitu.
Kalau asalnya aku makan dengan hubby mestinya dialah yang tolong habiskan.
Kekadang kecian tengok dia, sendat perut sebab kena habiskan portion anak beranak.

Seperti yang di jangka-jangkakan, aku memang tidak habis pun part ayam tu. Sudah naik padat perut mak buyung ini dalam percubaan untuk habiskan portion ayam.
I'm failed SIN.
;((

garlic bread

Aku memang sukaaaaaa garlic bread. Walaupun asalnya aku ini tidak makan bawang putih ori itu.
Masa aku  tengah syok makan siap cecah bagai sekali dengan mashed potato.
Sadisnyakan, walaupun aku cuma sempat capai satu sahaja bread. Yang lainnya telah selamat jatuh ke lantai. Ialah meja kecik sangat, kawan aku itu besarlah pula.
Disenggolnya pinggan itu, habis 2 keping bread terjun.
Sedih je kan.
Then boleh bagi alasan bukan dia penyebabnya.
Aku tidak suka.
;((

Wednesday, April 6, 2011

Sup daging bawah pokok.

the soup

seronok dan amat sedap di makan dengan nasi lemak bungkus

Citer ini sudah lama gitu. Tapi tetap masih boleh di kongsi bersama gitu. Tengahari Jumaat itu, aku dengan officemates pergi makan di kedai sup bawah pokok namanyalah. La nie pokok itu sudah tiadalah. Yang ada cuma deretan kedai baru yang lebih teratur. Namun ampun gitu, amat panas sungguh kalau makan di situ. Aku rasa siapa-siapa yang kerja di area Uniten, Putrajaya dan kawasan sewaktu dengannya mesti tahu tempat glemer ini.

Aku ini memang baru 2 kali pergi sana sepanjang bertahun-tahun kerja di sini. Dan memang pertama kalinya juga aku order sup daging dan nasi lemak.
Serius gitu, dagingnya memang lembut. Daging pun banyak. Kuahnya pula jangan main-main tau, PEDAS ye. Tapi simpul-simpul memang puji gitulah.
Walaupun rasa janggal, tapi sodap pula makan nasi lemak with sup ini. Mengena sahaja gitu.
Yang aku suka nasi lemak ini ialah sambalnya banyak ikan bilis. Sambal pun mantap.
Namun bungkusannya kecik sahaja. Lazimnya orang mesti makan 2 bungkus nasi lemak with satu mangkuk sup.
Kalau tidak silap aku, kedai ini open mula dari tengahari gitu. So jangan datang awal-awal sangat ye.

my Longchamp

saiz medium gitu

Rasanya beg ini memang sudah lama berada di pasaran ori atau pun tidak ori. Tapinya aku tidak pernah peduli pun untuk beli atau pun minat. Lagipun aku bukan kaki beg.
Hatta beg sedia ada sudah koyak, maka aku layan 2 beg ini. Satu color oren dan satu lagi saiz besar sikit dari yang ini color dark green.
Okies, aku suka. Sebab beg ini amat ringan.
Bagus sebab bahu aku tidak sakit.
;))

Aku macam ada cadangan untuk berkongsi beg jenis gini tapi color lain atau pun saiz lain dengan kawan-kawan blogger yang lain. Namun aku tengah fikir-fikir apa jenis pop kuiz@contest yang aku hendak buat.
Erm.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails