Followers

Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Pictures Hari Raya Aidiladha.


Assalamualaikum.
Salam Jumaat pada kawan-kawan semua.



Kebizian sentiasa melanda. Sekarang ini tugasan ialah menanda kerta exam yang bertimbunan. Whuaaa, report lab student masih belum habis di tanda lagi. Esok kena kerja sebab jaga exam. Hari Ahad pula ada kelas master. Allahuakbar.

Saya titipkan pictures Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kami beraya di kg saya as usual. Moga ALLAH memberi lebih rezeki next time supaya kami anak beranak dapat beraya di Tawau, ameen.

Update
Kami bertolak dari KL untuk balik ke kg pada pagi Sabtu - 4 Oct. Cadangan untuk balik ke kg pada hari Jumaat malamnya di batalkan sebab saya sendiri sampai rumah pada jam 7 malam.
So pagi-pagi Sabtu barulah hendak kemas barang semua. Anak-anak balik kg dengan baju tidur sahaja. Kami breakfast di highway lepas tol Sg Besi, lepas itu terus masuk LEKAS dari tol Kajang.
Sampai kg, terus tolong emak mesin kelapa. Ntah berapa biji pun tak tahu. Sebab hendak pakai santan untuk rendang daging and ayam.
Kisahnya, semua orang serunder hendak mesin kelapa. Emak memang boleh mesin, ish saya tak bagi. HC pula tengah potong daging. Eboy baru terkena mata mesin, so jari ada luka sikit. Tengah fobia.
Makanya saya yang sudah bertahun-tahun retired ini, kena turun padanglah. Bismillah....
Siap suruh Haziq ambilkan gambar, huhu.







Saturday, October 19, 2013

Cuti Hari Raya Aidiladha.


Assalamualaikum.
Di rumah tinggal saya, HC dan baby Hafiy sahaja hari ini. Baby Hafiy pun sudah tidur semula.
Pagi tadi kaklang bawa Haifa dan Qeqeem balik kg. Since kaklang beraya di rumah mentua di Klang hari itu, so kaklang balik beraya di kg pula hari ini. Mungkin kaklang balik hari rasanya. Tidak sempat pula bertanya panjang tadi.
Haziq pula memang tinggal di kg sejak Khamis lepas. Memang begitu keadaannya, kalau masa kami hendak balik ke KL. Mesti abah saja-saja pujuk cucu-cucunya untuk tinggal di kg. Entah tiba-tiba Haziq pula yang offer diri untuk tinggal di kg. Maka barang-barang Haziq yang memang sudah di kemas di bonet kereta terpaksa di bawa keluar semua. HC tinggalkan hp dia buat Haziq main games. Saya pula tinggalkan buku kosong with pen and pencil. Ialah, takut Haziq boring.

Picture Hari Raya with 7 months old baby Hafiy.

Abah call saya lewat petang Jumaat 11 Oct lepas. Masa itu saya masih di office. I'm in he middle of 'war' with exam papers. Dengan otak memang tengah fokus ke satu aim, iaitu habiskan kerja menanda. Bila abah tanya, bila hendak balik, saya terus blank. Tiada jawapan disitu. Entahlah fikir-fikir memang macam tidak boleh siap semua kerja petang itu. Serius, kalau paper calculation memang mudah untuk di tanda bagi kami lecturer engineering. Tapinya kalau paper theory. Fuh and peh, confirm terhegeh sikit. Maklumlah perlu membaca, cari key word then baru boleh bagi markah.
Tidak semua background engineering cenderung ke lembah management.
Alhamdulilah, macam tidak percaya sungguh. Dalam 6.30 petang itu juga saya mampu siap semuanya. Plus dengan key in markah di EMS. Rasa macam hendak berjimba riang selepas itu. Ialah minggu itu memang minggu yang memenatkan kaki, tangan dan otak sama. The most dramatic week sungguh. I'm so busy with marking plus with my personal works (syukur dengan rezekimu ya ALLAH)
Syukur pada ALLAH, berkat buat kerja sikit-sikit, akhirnya saya dapat siapkan juga semuanya. Sebelum minggu exam tiba, saya telah key in semua carry marks students dalam EMS. Manakala, mana-mana paper yang sudah di tanda, saya key in juga total marks. Maknanya sikit-sikit, lama-lama siap semuanya.
Tidak perlu tunggu di akhir semester, baru hendak tanda quiz, exercise, lab. report, assignment. Kalau student ada 5 orang sahaja boleh lah begitu. Tapi kalau student ada lebih 30 orang atau 70 orang untuk satu-satu subject. Ahah, macamana.
Memang di IUKL, student paling ramai ialah di Faculty Engineering.

Akhirnya kami decided balik kg pada hari Ahadnya. Hari Sabtu sebelumya pula, kami cuma duduk dirumah. HC hendak kami berehat.
Hari raya kali ini, kami sempat ke Seremban. Beraya di rumah makcik sepupu emak. Cik Nah dan Cik Manah ialah sepupu emak dari S'pore. Diaorang ada datang rumah sehari sebelum hari raya untuk berjumpa emak. Maklumlah emak ialah kakak sepupu diaorang yang paling tua.
So kami kesana untuk melawat Nenek Pon. Nenek Pon ialah adik pada arwah datuk botak iaitu ayah pada Cik Nah dan Cik Manah.
Alhamdulilah, kami merasa makan daging kambing korban paginya yang telah dimasak. Selesai di situ, kami terus ke rumah angah di Juasseh, beraya.
Sampai sana sudah lepas maghrib. Di situ kami makan mee sup, fresh dari tulang daging korban. Burp, kenyang sungguh raya kali ini. Masa hendak balik ke rumah, kami serempak dengan majlis Datok Hassan Malek, namun tidak singgah pun. Sebab perut sudah ketat sangat.
Kami balik ke KL hari Rabu lepas. Saya pula hanya bekerja pada hari Khamis sahaja. Hari Jumaatnya semalam, saya ambil MC, badan rasa tidak sihat. Maklumlah kerja di office sudah siap, saya mahu cuti dan cuti lagi.

Kali kedua beraya berenam selepas raya puasa hari itu.
(ulang baju raya puasa)

Serius, memang payah hendak ambil gambar dengan anak kecik..kan.


Friday, November 2, 2012

Aidiladha 2012.

Me and Hubby on petang Hari Raya Aidil Adha di Gelang Patah.
Gigih memakai baju raya (lama) journey dari Kuala Pilah.
Abah di belakang with kereta baru.

Salam Jumaat, alhamdulilah.

Tengahari Raya itu juga kami sudah bergerak. Kiranya raya macam tidak raya sebab semua sibuk buat preparation. Kaklang sefamily sampai pagi itu juga dari Klang (rumah mentua). Kalau tidak silap aku dalam lepas Zuhur kami semua selamat gerak. Ada tiga kereta.
Kereta satu - Abah, Emak, baby Ariq, Ngah dan Kak Nora. Juga muatan penuh di bonet bersama juadah raya.
Kereta dua - Kaklang, Adik bersama 3 orang kanak-kanak riang. Siap tempat duduk belakang Jazzy di rebahkan dan bentang- bentangan untuk tidur diaorang. Bonet tiada, tapi barang sikit sahaja.
Kereta tiga - Me, Hubby, Qeqeem, Haifa dan anak dara dan bujang Ngah. Bonet padat.

Alhamdulilah lagi journey smooth sahaja. Kereta pun tidak banyak sangat. Yang tidak syiok ialah kereta kami paling kerap tertinggal di belakang. Maklumlah kereta penuh dengan orang dan barang-barang.
Aku selamat balik dari Gelang Patah dan Kuala Pilah pada malam Isnin lepas. Kiranya hari Selasa sudah berada di rumahlah. Memandangkan anak-anak tidak sihat. Selsema, batuk dan sedikit demam, aku ambil EL pada hari Selasanya. Hari Rabu pula aku bawa diaorang pergi klinik. Aku minta MC untuk jaga sayang-sayang aku itu semua.
Syukur alhamdulilah mak yong ini sihat walafiat.

Asal pregnant mesti 'mengidam' hendak makan tahu bakar.
With princess.

Me again with princess.
Location Mydin berdekatan Legoland.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails