Followers

Showing posts with label my car. Show all posts
Showing posts with label my car. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Full Settlement Alhamdulilah.



Assalamualaikum kawan-kawan semua. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. InshaALLAH.

Alhamdulilah. Pada hari Rabu dan Khamis semalam, loan saya di dua Bank sudah tamat. Saya buat full settlement. Terima kasih pada abah.
Duit adalah dari abah. Abah ialah seorang businessman @ contractor. Bukan saya seorang yang dapat duit dari abah. Kaklang pun dapat juga. Alhamdulilah, kaklang sudah sain SnP untuk rumah barunya. Mesti seronok dapat rumah yang lebih besar kan.
To be fair, infact semua adik beradik saya yang 6 orang pun memang abah sudah bagi macam-macam sudah. Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga. Terima kasih ALLAH.

Kerana gaji saya sudah constraint, Sebab itu saya perlu settlekan dua loans dari 3 loans yang saya ada sekarang. Sekarang loan saya cuma tinggal loan rumah yang saya duduk sekarang.
InshaALLAH kalau sudah rezeki saya dan keluarga, kami bercadang untuk membeli apartment kedua. Apartment yang besar sedikit dari yang kami duduk sekarang.

Langkah sekarang ialah tunggu cek settle dan saya terus hantar email pada dua-dua bank untuk dapat kan release letter. Kalau hendak tunggu document settlement dari bank memang akan makan masa paling cepat ialah 3 minggu. Saya perlu selesaikan cepat release letter sebab memang sudah bayar booking fee pada agent untuk apartment yang hendak di beli. Dengan release letter than baru saya boleh proceed untuk apply loan rumah.
Semoga ALLAH permudahkan urusan kami sekeluarga, ameen.
Mohon doa dari kawan-kawan juga yea. Terima kasih.

 1st time tulis cek sendiri di bank. 
Memang menggelabah sungguh. 
Siap silap isi. Bukan apa, tulisan di atas cek tidak boleh ditulis macam bertindih.




Wednesday, June 4, 2014

IKEA, kereta WIRA dan kenduri.

Op, sudah selamat di conteng oleh anak-anak.

Assalamualaikum.

Wah, wah, wah sudah masuk hari Rabu rupanya.
Alahai tidak sampai hati jugak tinggalkan blog lama-lama sendiri.
Maklumlah keadaan office dengan students tengah bercuti sekarang ini. Sunyi. Kantin sunyi, parking lot kosong. Kalau tidak berebut-rebut cikgu dan anak murid untuk parking kereta masing-masing.
Akhirnya cikgu pun sama juga ikut-ikut cuti. Akibat lain lagi sudahnya semua perkara turut cuti sama.

Kisah minggu lepas, saya bercuti 2 hari, iaitu Rabu dan Khamis.
Hari Rabu kami ke IKEA. Punyalah macam tiada kerja asyik berulang alik ke IKEA, akhirnya untuk kali ke 3 itulah baru ada stock untuk sarung sofa klippan dengan color yang di idaman gitu. Fuh, untungnya dari rumah ke IKEA cuma guna satu jalan/highway yang sama. Sebab itu tidak terasa sangat dengan keasyikan berulang ke sinun.
Masa stok sudah habis hari itu, reply customer service, mungkin makan masa 2 minggu untuk re-stok semula.
Tapinya HC terajin check di online, rupanya beberapa hari lepas itu stok sudah ada. Syiok.

Planning beli satu color sahaja.
Tapinya bila sampai sana, huhuhu kami terbeli 2 color. Satu bercorak dan satu lagi color grey. Sebelum ini guna color merah. Bayangkan 3 tahun lebih layan color merah jea.
Cadangan asal ialah untuk membeli color hijau. Tapinya, color hijau adalah sangat maveles bila di internet. Bila tengok dengan mata sendiri, op sangat jelek.
Oleh itu sila jangan mudah sangat tertipu dengan picture cantik molek di internet.




Hari itu juga kami buat kad IKEA FAMILY. Percuma sahaja. Daftar di mana-mana komputer di IKEA. Kemudian terus dapat kad sementara. Once point sudah genap 200, terus dapat kad permanent.




Hari Khamis pula, kami ke Klang.
Sebabnya ialah untuk menghantar kereta WIRA ke bengkel. Kenapa jauh sangat kan?.
Padahal, di area rumah sekarang ini memang melambak kedai repair kereta.
Kerananya ialah disitulah price yang murah yang HC dapat untuk tukar gearbox AUTO 1.5.
Masa pergi ke sana saya drive Persona dengan Haziq. HC pula drive WIRA dengan Haifa, Haqeem dan Hafiy.

Hari Sabtunya, kami ke Klang lagi.
Pergi kenduri kawin adik ipar perempuan kaklang. Sampai sana dalam 1 tengahari, cuaca memang panas sungguh hari itu. Memang baru tahu, yang orang Kedah kalau kenduri memang meriah sangat dengan kuih muih. Mak mentua kaklang memang orang Kedah, dapat menantu pun orang Kedah katanya.
Emak, abah, angah sefamily pun datang dari Kuala Pilah masa itu.

Selepas seronok-seronok minggu lepas itu, hari Ahadnya saya ada kelas Master.
Ya ALLAH, punyalah 'malas' hendak pergi kelas pagi Ahad itu, rasa hendak ponteng sahaja huhuhu. Start kelas ialah jam 8.30 pagi.
Memang tidak boleh bayang sungguh hendak belajar until 3 pm hari itu.
Namun syukur dan alhamdulilah, saya pergi juga akhirnya.
Semangat gitu. Terima Kasih ALLAH.

Pengantin baru dan pengantin lama. 

Hidangan istimewa. Kambing golek. 
Ada 4 ekor semuanya. 

Saya yang comel.

Thursday, November 14, 2013

Gear kereta.

Assalamualaikum.

Pagi Isnin lepas saya lewat ke office. Dalam jam 10 paginya pula, saya ke Pos Laju. Yang berdekatan kawan kilang. Di kiri dan kanannya ialah pusat servis Proton dan Toyota.

Tempat kejadian.


Poslaju Bandar Baru Bangi

No. 24 &26, Jalan P10/16
Taman Industri Selaman
43650 Bandar Baru Bangi
03-892 55208 / 5226
03-892 55215


Masa driving pergi sana memang seronok dapat mendengar kongsian Ustaz di IKIM FM mengenai kaitan 10 Muharam dengan kisah Nabi-Nabi kita.
Oleh kerana teruja sangat, walaupun sudah matikan enjin kereta semasa parking di depan Pos Laju, radio still on lagi.
Cuaca sudahlah panas waktu itu. Kejap sahaja sambung dengar radio, terus tarik kunci kereta dan menuju ke Pos Laju.
Bila selesai urusan, saya masuk kereta dan cuba hidupkan enjin kereta. Tetiba macam sudah lock, cuma boleh hidupkan lampu di skrin sahaja. Tapi hendak enjin tidak boleh start. Cuba buat lagi, dan tidak boleh. Memang mula sudah sedih, terbayang macam-macam. Ya Allah kenapalah kereta ini. Moga tidak lah yang teruk-teruk berlaku.


Mula-mula call HC. Beritahu situation. Kemudian, cuba whatsapp dengan lecturer yang ajar automotive, Engku Amirul. In the end dia suruh, tanya-tanya pada technician Proton berdekatan.
Kebetulan ada dua orang technician Proton di bengkel belakang. Saya cuma bertanya pada mereka melalui pagar Pos Laju sahaja.
Kalau bateri problem, adalah tidak mungkin. Sebab bateri baru tukar around April 2013. Seorang technician di situ suruh saya cuba main kan gear dulu. Tolak pelan-pelan dari depan ke belakang. Tapi me insist minta technician itu pergi ke kereta saya.
Ok, rupanya saya tidak masukkan habis gear P. Sebab itu jadi macam lock, enjin tidak boleh di hidupkan. Technician itu tolak sikit sahaja gear ke P. Then terus hidup enjin. Memang tidak sempat ucap terima kasih sebab technician itu laju sahaja keluar dari kereta menuju ke bengkel semula. Allah sahaja yang dapat budi mereka.
Lepas itu terus call HC. Rupanya HC pun memang hendak call saya lepas search di internet, mungkin problem ialah gear tidak di letak pada P.
HC story, dulu dia pun pernah mengalami situation itu dengan kereta Wira saya di kg. Adik yang drive malam sebelumnya. Masa parking adik letak gear pada N. Berpeluh HC hendak start kereta paginya.
Sama macam saya yang memang berpeluh juga di tengahari itu.

Moral of the story, kalau teruja sangat mendengar radio pung, masa parking itu silalah buat betul-betul. Agar perkara yang tidak di ingini berlaku.


Saturday, June 8, 2013

Pintu wira tidak boleh buka lagi.

As salam.
Hoping pagi cuti ini uols lebih ceria sebab boleh pergi outing bersama family sambil happy happy kan.
Pagi-pagi sudah hujan rahmat dari ALLAH. Syukur.

Terus letak semua dalam bonet. 
Sebab asyik berlari sahaja kerjanya.

Story kereta wira saya ini sudah berulang kali untuk kali ke 3 nya. Sekali itu masa saya di office, second time bawa di bengkel Mail ini juga di Dengkil. Dan this is the third time, kami ke bengkel yang sama juga.
Sebenarnya kejadian adalah tidak sama, walaupun yang rosak tetap pintu yang tidak boleh di buka. Itu yang saya fahamlah.
Boleh baca kisah kali pertama itu di sini Bolehlah pula pintu tidak boleh dibuka.
Kali kedua, HC hantar kereta untuk di repair di bahagian enjin, maka tukar sekali one set barang baru di bahagian pintu, price dalam RM100 ++ rasanya.

So yang kali ke 3 ini, punyalah lama simpan dan tidak pergi repair. Rasanya mahu dekat 3 bulan lebih. Lagi pun masa itu saya tengah sarat pregnant. HC pula memang sibuk. Dia layankan sahaja turun kereta dari belah penumpang. Hehe, buat muka rilex sahaja HC. Pergi mana-mana dengan pintu tidak boleh buka.


Masa kejadian di bengkel ialah semasa saya masih cuti berpantang tapi sudah habis berpantang;ah, Mail tanya berapa lama kereta ini tidak boleh di buka pintu. Sebabnya dia macam sudah give up untuk cuba bukakan pintu wira ini. Habis segala screwdriver kecik besar panjang pendek di cubanya. Namun gagal.
Saya risau juga ini. Doa moga di permudahkan.

Akhirnya selepas menghempas pulas di terik mentari tengahari itu. Pintu dapat open. Alhamdulilah. Tima kasih Mail.
Bill ialah RM80++, tukar barang ori tapi 2nd hand.

Saya tanya Mail,
Lepas ini boleh rosak lagi ke?
Penat dah nie.
Mail jawab.
Dah tak de dah lagi nie.

Kesimpulannya, tiga kejadian pintu adalah dari kerosakan yang berbeza.
Harapan saya tinggi untuk pintu sentiasa baik.

Mail tengah gigih usaha untuk bukakan pintu.

Penutup pintu dan cermin pintu.

Sudah barai lepas pintu boleh di buka.

Saturday, April 27, 2013

Bateri kereta kong.

Story sama sahaja kan untuk semua orang selalunya. Ironinya bila part hujung bulan, part gaji mau masuk. Time-time itu lah ada sahaj duit perlu di gunakan lebih. Hehe.
Jangan mengeluh, dugaan TUHAN bila-bila sahaja boleh datang kan. Redha sahaja. Kalau ALLAH tidak menguji, maknanya ALLAH tidak sayang kita kan.

Hari Khamis lepas bateri kereta saya kong. Istilah manisnya, sudah sampai hayatnya. Syukur semuanya di rumah sahaja. Makanya berehat dululah kereta itu sehari dua. Bulan April memang bulan kereta itu pakai duit. Baru juga tukar minyak hitam dalam pertengahan bulannya. Plus tukar break pad sekali.
Op, bateri kereta baru dapat tukar hari ini sebab HC sibuk pergi survey harga dulu.
Price RM245 adalah paling rendah. Trade in bateri lama, dapatlah RM230.

Alhamdulilah sebenarnya lagi. Kereta itu juga menang tinted percuma masa bulan Feb hari itu. Syukur lagi pada ALLAH. Ialah kereta itu memang belum bertinted. Harap tinted masa beli itu sahaja. Menang di mana. Menang di FB sahaja dari Mekapkereta Sejuk. Saya menang Cool Black Tint. Kiranya menang hadiah no 3 dari 4 hadiah. Ramai juga yang menang. Alhamdulilah. Moga dimurahkan lagi rezeki Mekapkereta Sejuk. Cuma perlu keluar duit RM50 untuk buka tinted sedia ada. Sebenarnya HC yang masuk contest itu pung, bukan saya.


Syukur ke hadrat ilahi. Hari ini bonus masuk with gaji sekali. Insyallah kami hendak balik ke kg hari ini. Hendak ambil kesayangan saya, Qeqeem bam bam.
Aduh, apa yang hendak di beritahu pada emak dan abah nanti untuk bawa Qeqeem balik KL. Ya ALLAH permudahkan urusan kami ini. amin amin amin.

Wednesday, April 20, 2011

distributor and throttle body

Harap maklumankan, kan aku bagitau hari tu yang kereta WIRA 1.5A kesayangan aku masuk bengkel. Dan aku telah memandu Honda Jazzy baru kakak aku yang logo H nya color merah selepas itu untuk kemudahan pergi kerja.
So total out dari Selasa lepas until hari ini insyallah last day aku meminjam.
Tq kaklang.

Jumaat lepas memang kereta aku sudah selamat di ambil dari bengkel. Bengkel ini ialah bengkel kawan adik aku. Ia terletak di Dengkil. Memang aku lebih prefer hantar kereta ke orang Melayu. Siapa lagi hendak bantu bangsa sendirikan.

distributor

Masa hari Jumaat itu, mekanik cuma tukar distributor plus plug cable sahaja PRICE RM475 termasuk upah. Kereta aku ini masalahnya ialah pagi-pagi ataupun kalau lama parking mesti mati sekali dua lepas start engine. Kiranya masalah ini berlaku dalam 2 minggu lalu rasanya. Memula biar sahajalah dulu.
Kemudian di tambah lagi masalah engine kereta mati di kala ia berenti di traffic light atau lawak kecian pada hubby kena masa tengah bayar toll.

throtle body

So malam tadi hantar sekali kereta ke bengkel lagi dan terus tukar throtle sekali with plug cable PRICE RM350 termasuk upah. Tukar terus masa itu juga then kereta boleh terus bawa balik.
Maka setakat malam tadi dan pagi ini kata hubby kereta adalah condition yang baik..syukur alhamdulilah.

Sedikit informasi mengenai sparepart yang telah di tukar.

Throttle
Wikipedia
A throttle is the mechanism by which the flow of a fluid is managed by constriction or obstruction. An engine's power can be increased or decreased by the restriction of inlet gases (i.e., by the use of a throttle), but usually decreased. The term throttle has come to refer, informally and incorrectly, to any mechanism by which the power or speed of an engine is regulated. What is often termed a throttle (in an aviation context) is more correctly called a thrust lever. For a steam engine, the steam valve that sets the engine speed/power is often known as a regulator.

Distributor

Wikipedia
A distributor is a device in the ignition system of an internal combustion engine that routes high voltage from the ignition coil to the spark plugs in the correct firing order. The first reliable battery operated ignition was developed by Dayton Engineering Laboratories Co. (Delco) and introduced in the 1910 Cadillac. This ignition was developed by Charles Kettering and was considered a wonder in its day.

Thursday, November 4, 2010

NS60L - GP - ATLAS battery

Alhamdulilah, bila gaji sudah dapat, bateri kereta minta di tukar.
Iyalah, cuba dia buat perangai masa hujung bulan, siapalah hendak bagi duit..kan.

Makanya pagi tadi, aku kelambatan amat amat pergi ke office. Mana ada kedai bateri buka jam 7.30am, makanya perlu tunggu lama lagilah.
Hubby sayang jump startkan kereta then pergi beli bateri di kedai yang selalu repair kereta di situ.
There, harga bateri naik lagi ke?
Harganya RM 180


Friday, July 2, 2010

Air cond kereta WIRA ku

Barang itu adalah didalam benda ini. Air cond kereta. 
Sedang dibuka oleh mekanik.

Teruk benar dah rupanya.

Benda ini terletak di tempat letak kaki penumpang depan. Kiranya buka tempat dashboard dulu. Then benda ini ada di belakangnya.

Bekas telah di buka.

Harga dalam RM400 lebih.
Jenis kereta WIRA 1.5A


Friday, March 27, 2009

my NAX tgh berehat..

See the picture above...hik hik..kereta yg kucintai da masuk bengkel. ..whhuuuaaa. Terasa kehilangan sungguh sebab da lama keta ni berbakti dgn aku. Perkara ni berlaku pada hari rabu lepas. Memang going to be a long long time kereta aku akan berada di bengkel. Kerana aper ek..kerana kerosakan enjin..camna enjin leh rosak...kerana ermmm. Susah dan panjang sangat citernyer..cukup aku katakan bahawa aku menerima dgn redha atas ujian ALLAH pada aku. La niea aku drive keta ehsan dari my father...keta picisan abah utk pi wat kerja. Abah pulak drive keta yg lain. Tapi seriously aku mmg cukup hati2 drive keta nie...ialah aku kena jaga kepercayaan yg abah bagi kat aku. Tima kasih pada abah sebab sampai aku da jadi emak orang ni..masih berkorban utk anak2. Semoga ALLAH murahkan dan meredhai semua urusan abah..AMIN..

Monday, May 26, 2008

Hari sabtu hari tu..

Hhhaaa...hehe...alhamdulilah semester da habis da minggu lepas...so aku leh lelepak lah.Ari ni td baru aku habiskan kelas terakhir utk semester nie.Kalut sungguh semester pendek ni.Banyak sangat kena cancel kelas..pastu ngan cuti umum lagi.Tak tentu arah silibus aku kena habiskan.
Sungguh aku tak suka semester pendek ni...membuat orang jadi hau biru.Dah tu nie..sah2 melambak2 kertas nak kena tanda.Tapi syukurrrr...student aku tak ramai la nie.
Pastu masa2 terluang leh lah...happy hours jea..

Ari sabtu hari tu balik kg lah.Amek keta NAX aku tu.Alhamdulilah cuma kena 100 hinggit jea kerosakkan kat enjin keta....ganti barang jea.

Disebabkan ke JEM an yg amat melampau di highway masa kau balik tengahari tu..sampai seremban je aku suh En Hendra exit tol situ jea.Selalunyer ktorang exit tol senawang klu nak balik kg.MUAK aku tgk sana sini KETA jea.Tension tulllllll!!!!!!Bayang kan lah siang2 buta..JEM...tak de gerak la tu..pelannnnn jea gerak sikit2.Aku dengar kat radio RMKL..kata nyer ada accident dekat2 hentian RnR nilai..tu lah pasal jalan jem..
Pastu Haziq pulak..aduhhhh..asik merengek jea.Rimas dia..duk dalam keta lelama.Kejap main kat tempat kaki keta..kejap main picit2 buttons kat dashboard keta..kejap2 nak tukar gear keta.Xleh duk diam langsung...sama cam masa dalam perut aku dulu..Haziq mmg lasak tul..Cian si kenit tu..last2 sampai kena cubit da..
Alhamdulilah ktorang da lunch kat KL ari tu..klu tidak..aduhh ALLAH sajae yg tahu..Dengan lapar nyer..dengan jem nyer..Mahu ada orang bertukar jadi rimau dibuat nyer..


si kecik yg dapat duk sekejap...so..dapat lah aku amek gambar..

Dan sampai jea kat ULU BENDUL..leh ktorang berenti utk minum petang.Tapi bukan makan kuih pun,...diaorang makan NASI AYAM dan aku makan MEE BANDUNG.....punyalah mahal nyer makan...total out rm17...gila...mahal tul..padahal semua orang minum air teh jea
.Pastu aku teringat pasal Taman Ular Sawa yg baru buka tu..so aku ajak En Hendra pi taman tu.Konon2 utk ilangkan tension dgn JAMMING kat highway td tu..
Nampak jea pintu gerbang tu..aku pun cam seronok jea....tp rhupa nyer punyalah tinggi nak mendaki nak naik pi tgk ular2 tu.BERPOLUH2 den...tinggi amek..
Tapi as soon dapat tgk ular yg agak aku dalam 9 ekor kot...ok lah jugak...buat suka2 jea.
Aku tgk semua orang yg naik pi tgk ular tu..kuyup2 baju..mcm pi daki gunung jea...ahak...


Haziq dapat jea turun dari keta..duk laju jea jalan sana sini..syok jea si kenit ni..En Hendra tgh bancuh susu..ialah siap2 nak pi masuk taman ular sawa tu..

Muka tension jea bila da sampai kat atas nun..kat sangkar ular pertama..En Hendra with Haziq and adik bongsu nyer Fauzi..

Yg kelakar nyer lah...bila balik umah tu..aku citer kat abah pasal pi tgk ular..pastu abah leh kata "x do kojo weh...orang kg mana ada pi tgk2 ular nie...kat kg pun melambak2 ular"...kedu den..

Friday, May 23, 2008

Citer semalam..


















Semalam aku EL...keta NAX ada problem..so la nie keta tu ada kat workshop kat Pilah..Dan aku pi keja ari nie naik keta tuuu..kat atas tu..keta NBM..abah bg pinjam malam td..En Mohamed mmg best..everything utk anak semuanyer dijaga..thank you abah..
panjang gak citer pasal keta aku nie..nanti lah citer..ialah siap ada keta KIA SORENTO yg berenti tepi jalan tolong ktorang..orang tu melayu lah..semoGA allah balas budi baik orang tu..amin
citer2 nanti ek..
Dan hari ni...nun kat pic atas tu..cousin aku FarahDillah datang dr singapore dgn hubby dia En Iskandar..sajer kata nyer..cuti2..Diorang tido hotel..ialah masih ada aura pengantin baru tu..Klu x de aper2 hal...malam nie pi jumpa diorang..

Monday, May 5, 2008

boring nyer...aku duk umah ari ni..

Erm hari ini....aku mencadang kan diri utk MC.Bukan aper...im so tired.Td petang pun aku da khatam citer Three Kingdom yg En Hendra burn kan kat dvd..so tgk kat tv lah citer tu. Hari Jumaat ari tu cecadang x nak ambil cuti.Tapi di sebabkan aku dan Haziq balik kg dulu pada siang hari Khamis tu..so cuti lah aku pada hari Jumaat.Petang jumaat tu aku pi KL semula dengan emak and Haziw sebab emak ada nak jumpa orang kat Bangi petang tu.

Pastu selesai kat bangi pi umah aku kat pandan indah...ambil En Hendra.Pastu terus pi ambil kakak aku pulak kat Bandar Kinrara di puchong.Fuhhhh...penuh gilos kereta malam tu.Duduk depan Haziq ngan car seatnyer.Kar belakang aku, emak, kakak and son,Eazad.Pastu keta abang ipar pulak ada problem gak...
Asalnyer kakak aku kena tumpang keta aku sebab...keta akak aku masuk bengkel.Da dekat 6 bulan da.Bukan pasal accident pung.Tapi pasal keta honda 1.6 akak aku tu stering nyer belah kiri.Dulu keta tu abah aku belikan utk akak masa dia study kat US.So baru nak tukar stering kanan lah pulak.Dan macam2 barang keta tu masih pending...itu yg buat keta tu lama betul kat bengkel di kuala pilah.Cian akak aku x de keta sekarang nie.So dia pi keja naik putra lrt je, suami dia hantar.Untung je putra lrt tu ada station kat dalam klcc...sebab akak aku kerja ngan petronas.Senang gak dia pi kerja.

Pastu abah bagi lagi satu keta honda 2.0 utk akak pakai masa memula keta 1.6 tu masuk bengkel.But adik aku yg bungsu dgn baik nyer telah mengaccidentkan keta honda 2.0 tu.Dan akhirnyer dua2 keta honda ada dalam bengkel sekarang ni.Penin kepala abah...ialah..bukan penin pasal duit.Tapi abah penin pasal akak x de keta pi keja..penin pasal spare part kereta2 honda tu..payah tul nak cari.Honda 2.0 tu keta jepun...tulisan dalam keta tu semua nyer bahasa jepun.Abah beli keta tu dulu kat NAZA...Keta honda 1.6 tu pulak keta beli kat US..sama gak masalah nyer..spare part problem gak..Cian abah..

Lea..panjang pulak citer keta honda.Aku pun pernah gak pakai keta honda 2.0 tu..Dalam setahun lebih gitu aku pakai.Saja nak rasa drive honda...
So minggu baru ni..ramai lah jugak orang kat umah di kg.Abah n emak happy je..cucu2 yg kecik ni ada kat rumah.
Hari jumaat tu emak masak lemak cili api udang + kacang panjang..Hari sabtu pulak lauk lemak cili api ikan keli + daun pucuk gelugur...sedap tullll..Dan hari ahad lauk kari daging...pehhh...amat lazat...

Aku hingatkan petang AHAD baru ni...jalan jem lah.Tpi pelik je...highway ok jea.Ialah selalunyer klu ada cuti am..mmg jalan raya jem je kan..
Masa nak anta akak kau balik tu, kami singgah kat JJ taman equin..nak cari kasut Larrie En Hendra...da rezeki kan..kasut tu ada..Puas tul cari kasut tu...asik2 habis stok lah...klu ada pun last pair...pstu da tak cantik pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails