Followers

Tuesday, March 2, 2021

Mengajar subject management for engineering students.

Ni pictures breakfast tahun lepas 😅. Memang suka makan juadah macam ni. Ayam grill, hubby yang buatlah. Campur timun, telor rebus, tomato, chili flake dan cili sos. Serius memang boleh kenyang lama.

Baru lepas habis assess report project student master. Student program Master in Business Administration (MBA) major Project Management (PM). Alhamdulilah is done. Berkali aku tenung assessment form dan juga report student dalam desktop. Aduhai berat mata memandang berat lagi bahu memikul, cam gitulah. Kejap bangun kejap duduk kat kerusi depan meja komputer. Mencari mood bukan tugas mudah. Akhirnya selesai juga. Itupun lepas selesai buat satu post di FB. Haha, suka hati je kan.

Jam 2.45pm tadi ni ada final exam online untuk student Degree Mechanical Engineering & Technology in Automotive. Dalam 2 jam duration exam online ni. Ini adalah 1st semester aku di arah oleh department untuk ajar subject ini, subject Engineering Management, Safety & Economics. Masa dapat syllabus subject ini memang aku perasaan engineering management untuk student mechanical dan automotive berbeza dengan management untuk student civil engineering. Sebab apa aku tahu, sebab aku juga yang ajar subject Construction Project Management untuk student civil eng.

Aku ni sebenarnya mengajar banyak program dari berlainan fakulty sebab background academic aku. Seronok juga sebab student aku merata-rata ada.

Aku dulu belajar Diploma & Degree Civil Eng kemudian Master of Project Management (MPM) dan inshALLAH dengan izin dari NYA, satu hari nanti aku akan bergelar Doctor of Phylosophy, ameen ya rabb. Bidang Phd inshaALLAH Mangement of Technology (Construction Safety)..inshaALLAH. I'm still in the phd journey. MPM ni ada yang MBA major PM, yang ni memang dari fakulty business. Dulu tu aku belajar MPM dari fakulty engineering dan technology kalau tak silap nama faulty aku tu. Maklumlah study partime kan. Pergi kelas balik kelas on Sunday. Tidaklah tengok selidik sangat fakulty mana, yang penting tahu kelas kat mana dengan timetable, hihihi. MPM ni memang alligned dengan content dalam PMBOK Guide. So pendapat aku adalah beza MBA (PM) dengan MPM ni.

Balik pasal cerita management mechanical tak sama dengan civil walaupun both field adalah engineering. Barulah terjawab kepeningan aku masa belajar subject OB@Organization Behavior masa study master dulu. Kiranya engineering management yang aku ajar untuk student mech sama dengan management yg aku belajar masa subject OB tu. Dan untuk tambahkuat lagi cerita, lecturer OB aku masa tu ialah phd holder dan profesional engineer (Ir) dalam bidang Mechanical. Terus terang aku memang pening masa belajar OB tu sebab, ada several term yang berbeza yang di gunakan. Padahal sebelum itu aku kenal definasi yang berbeza bila belajar construction management atau construction project management. Hahaha mau tambah kepeningan kan. Masa aku study master dulu, majority lecturer aku ialah dengan background mechanical engineering. Yang ajar subject safety dan subject contract lecturer yang ada background civil engineering. 

Maka nota management untuk student mechanical & automotive adalah moreless sama dengan nota OB aku dulu. Tapi di kekalutan mengajar untuk subject baru, maka aku buat nota sendiri based dari buku teks rujukan. Seronok gak balajar management ni, macam belajar hati ke hati pulak. Untuk part safety, aku kena fokus on FACTORIES & MACHINERY ACT 1967. (FMA 1967) compare dari OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH. ACT 1994. (OSHA 1994). Untuk economic, aku perasaan moreless sama je dari yang aku pernah ajar dan belajar. Itu kisah management derang.

Sebab tu dulu masa aku pernah ada peluang ajar student program Bachelor of Technology Construction Management (BTCM). Aku mesti bagi derang faham masa mula-mula kelas. Cara mengajar satu-satu subject itu adalah berbeza bergantung dengan academic background lecturer tu sendiri. Tapi bila derang tahu aku dari background engineering memanglah derang cuak. Technology dan Engineering semestinya dari bidang belajar yang berlainan. Technology graduate tak boleh jadi engineer. Tapi engineering graduate boleh jadi technologist. So boleh nampak hierarchy nya macam mana kan. 

Walaubagaimana pun I just love my jobs. Engineering/Construction/Project Management subject sana sini. Lain kali aku nak tulis lagi pasal management untuk engineering ni. Aku rasa otak aku berkembang banyak dengan management ni. 😎

Picture November 2020. Baru balik dari beli barang dapur di Giant.  

Ni pun pictures breakfast tahun lepas 😅. 
Ada salad, telor rebus, tomato, roti wholemeal dan cili sos. 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails