Followers

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

Kisah sikit-sikit Hari Raya 2016

Hari Raya tahun ini memang lain dari yang lain. Aku start balik kg pada pagi raya kedua. Kami sefamily berhari raya di KL dulu bersama mak mentua.

Macam kelam kabut sikit kali ini. Makanya picture comel kami berenam adalah tiada. Huhuhu.

Aku sendiri kiranya hebat gitu, langsung tidak ada ambil cuti raya. Aku bekerja until hari Selasanya.

Anak-anak cuma ada kasut raya sahaja. Semuanya pakai kasut converse. Kan trend sekarang kasut tu saiz kecik. Aduhai comel bangat. Hafiy yang 3 tahun pun dapat sepasang sama.

Makanya sebab tidak sempat dan tiada masa, kami semua pakai baju raya seadanya sahaja.

Kami di kg selama 4 hari untuk hari Ahad.

Puas dapat makan asam pedas dan masak lemak udang air tangan kakak ipar aku. Terbaik.



Friday, July 24, 2015

Throw backs hari raya pertama 2015

Picture ini masa malam raya. 
Haifa testing baju raya yang baru beli siangnya.

Adus, post aku lately ini memang entah kemana. 
Hari-hari tengok sepi baca blog aku sendiri.
Maklumlah semester baru bermula pada minggu pertama bulan ramadhan lepas. Sudahnya dengan kredit workloads mengajar sudah cecah 19 kredit. Adus lagi. 
Kelas sudah menjadi 6 subjects. Sebiji pula subject baru!!!
Tidak pernah zaman, aku mengajar Kejuruteraan Alam Sekitar.
Memandangkan lecturers sudah tidak kecukupan. Aku tetiba jadi antara selected lecturers yang mendapat workload macam-macam bunga api hari raya.
Status mak ialah redha. ALLAH bagi kita rezeki lebih, ambillah. Jangan banyak kisah.
Nanti tiap akhir bulan dapatlah aku buat extra claims. Alhamdulilah.

Raya pertama. Masa ini semua sudah lepak depan tv. 
Salam dan acara makan-makan sudah selesai. 
Macam biasa, sudah berkali-kali takes.

Kisah raya aku sama sahaja macam tahun sebelum lepas
Balik kg, tiap-tiap malam mesti kena keluar beli barang dapur yang memang asyik ada minta di tambah.

Kali ini kami balik awal sikit sebab hendak bersama emak abah merasa berbuka puasa bersama.
Hendak buat macamanakan, ramadan kali ini 2 kali Ahad aku ada kelas master.
Sudahnya memang tidak sempat hendak balik kg.

Aku start cuti hari Selasanya. 
Siang dah masuk petang baru bertolak balik Pilah. Bestkan, masa itu hendak balik, masa itu juga hendak kemas baju segala bagai.

Alhamdulilah kg dokek. 
Sampai rumah dalam jam 5pm rasanya. Jalan pun clear. Cuma tidak puas hati dengan lori-lori yang drive laju-laju dari arah Pilah ke Bukit Putus.
Aku tengok pun seram.

Kami duduk kg until Isnin depannya. 
Kiranya ambil cuti 3 hari sahaja.
Hari Khamis sebelum raya itu, company bagi festive leave sehari.
Selasa 21 July, aku sudah mula bekerja.

Tahun ini berpuasa terasa penat amat. 
Ialah hari-hari kelas. 
Kering tekak bagi lecture.
Lepas itu hari-hari duk pulun ais batu. 
Tak tahu jadi apa dah aku ni. 
Padahal sebelum ini memang aku pantangnya minuman berais.



Kali ini langsung out tidak membeli apa-apa untuk persiapan hari raya. 
Mahu HC mahupun aku. penat.
Macam baju Hafiy warna kuning, kaklang bagi baju Ariq tahun lepas punya. Ok lah. Ariq umur 3 tahun.
Haqeem pula pakai baju melayu Haziq yang lepas-lepas. Cuba-cuba bajunya terlondeh kena lipat lagi, kasihan pula aku tengok Haqeem gitu. Sudah badannya kurus, nampaknya baju pinjam. Ada dalam 3 helai rasanya baju melayu untuk Haqeem. 2 helai Haziq punya, satu lagi kaklang bagi.
Sudah-sudah malam raya, kami beli baju melayu baru untuk Haqeem di Giant.

Baju melayu Haziq beli di pekan Pilah je. Haifa pun sama, sepasang baju kurung moden color kuning dan sepasang baju kurung cotton jalur pink.
Part selipar dan kasut raya, langsung tidak sempat hendak membeli untuk budak-budak.
Maklumlah shopping di Pilah je kan. Pilihan adalah seadanya.

Aku dah HC, macam biasa pakai apa yang ada.
Rasanya dekat 5 tahun juga kami berdua sudah tidak membeli baju untuk sambut hari raya.
Tidak mengapalah, yang penting untuk anak-anak ada yang baru.
Aku pakai baju kurung arwah bik Oja (adik emak). Baju ini aku dapat lepas bibik meninggal masa awal tahun 2010. Alfatihah untuk arwah makcik Fauziah. Semoga rohnya dalam rahmat ALLAH, diletakkan dalam golongan orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya, ameen.
Tapinya baju ini jarang aku pakai. Sebab itu masih nampak baru.
HC pula pakai baju melayu kuning yang di beli sebelum kami nikah. Lagi lama kan. Nikah tahun 2006. Fuh lama seh.
Pun sama macam aku, baju itu jarang di pakai. HC ada banyak helai juga selections baju melayu.

Gigih berbaju raya petang hari raya pertama. 
Sementara hendak pergi beraya di rumah pak teh di serting hilir.

Wednesday, August 14, 2013

Happy Birthday.


Alhamdulilah, hari ini 14 August 2013, birthday anak kesayangan saya ini. Qeqeem yang comel, ala-ala anak cino mukanya. Kalau pakai songkok, muka macam mualaf sungguh.
Serius mesti hendak beritahu juga, pipi Qeqeem memang the best, tembam dengan kulit yang mulus. 
Hik hik, agak-agak apa rahsia mama Qeqeem masa mengandung dulu yea.  
Mula-mula mama minta maaf pada Qeqeem sebab belum sempat habis bermanja dan masih manja sangat-sangat lagi sekarang ini, tetiba Qeqeem sudah jadi abang pada baby Hafiy. Op. 
Sesungguhnya rezeki itu adalah dari ALLAH.

Mama tetap sentiasa doakan ustaz Muhammad Haqeem supaya menjadi anak yang soleh, beriman, sihat dan baik. Amin.
Sentiasa kekal dalam ingatan kenangan bersalinkan baby Haqeem (1) dan bersalinkan baby Haqeem (2)

Puasa Enam Umpama Berpuasa Seumur Hidup. Jom baca artikel ini.

Monday, August 12, 2013

Di rumah sahaja.

Assalamualaikum dan Hai hai pada semua.
Mesti ramai agaknya yang sudah mula bekerja hari ini kan. Saya ucapkan Selamat bekerja dengan tekun, hati itu janganlah gundah gulana sangat. Lagipun Syawal masih berbaki 25 hari gitu.

Saya dan keluarga selamat sampai ke rumah pada Sabtu tengah malam, kiranya dekat jam 1 pagi Ahadnya. Kisah jem di kg sebab ada kemalangan pada petangnya. Tapi tidak mengapalah, bukan teruk sangat pun jem kami malam itu. Memang kereta bergerak perlahan. Nanti hendak storylah pasal accident ini.

Saya planning mula bekerja pada hari ini sebenarnya. Huhu, boleh sahaja macam 'malas' pula pagi tadinya. Masih seronok lepak-lepak, ulit-ulit dengan baby Hafiy atas katil. Makanya kita tambah cuti lagi satu hari. Sebenarnya ambil cuti satu hari sahaja, iaitu Selasa sebelum raya.

Petang tadi kami sempat ke Pasar Borong Selangor. Sebelum itu kami ke JJ dulu, untuk HC pos barang customer. Boleh sahaja komputer di Pejabat Pos offline, makanya tidak boleh berurusan.
Weh, mengadanya. Hari itu di Kuala Pilah pun berlaku offline,tapinya ok sahaja kerani bertugas guna cara manual.
Memang patut pergi pasar pun. Maklumlah semua sudah kosong dalam peti ais. Jalan pun clear sahaja tadi. Saya minta HC belikan ikan and telor juga. Fuh how I miss telor dadar in this moment. Minta jauhkan sekejap ayam, daging bagai. Hehehe.
Malam ini cadangan ialah sup sayur dan tauhu. Dan tidak lupa ialah telor dadar. Plus dengan lauk sambal goreng yang terbang jauh from S'pore. Alhamdulilah.


OTW balik dari pasar, sempat singgah beli durian tepi jalan. Anak-anak yang memang sudah lama minta belikan, since puasa lagi. So beli RM10 untuk 3 biji durian comel.

Pictures raya-raya semuanya masih dalam HP dan Camera. Insyallah nanti-nanti baru upload.
Pada yang masih di kg, selamat riang gembira berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.

Cuba baca artikel ini Anti sosial pada pagi Syawal. 
Betul rasanya kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails