Followers

Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Thursday, September 27, 2018

Jalan-jalan masa cuti sekolah


Masa ini ialah setelah berpenat penat pergi berjalan seharian di KL. Tengah tunggu order sate samuri di RnR awan besar. Kisah di sini, lama amat kena tunggu order sebab RnR sebelah satu lagi tengah tutup untuk maintenance. Musim cuti sekolah August tu, maka orang adalah ramai amat amat. 

Dan aku minta hubby orderkan Abc dan Lai Chi Kang untuk hilangkan dahaga petang tu. Disebabkan Abc nya adalah satu, hubby perlu suapkan anak anak. Kalau tidak, mahu terbalik mangkuk Abc tu. 
Budak budak ni suka makan Abc kosong sahaja. Tak mahu bubuh kacang segala.

Oh Tugu negara. 
Bawa anak 1st time datang sini.  
Feeling patrotik juga masa ni sebab lawatan ialah pada bulan kemerdekaan gitu.


Lepas beli tiket di Muzium Negara, terus makan ais dulu. Memang tengah panas berdenting masa ini, tengahari. Tiket ini harganya RM4 untuk orang dewasa sahaja. Kanak kanak adalah free. Aku beli tiket untuk masuk muzium utama, muzium orang asli dan muzium melayu rasanya namanya.

Untuk makluman di muzium negara ialah tiada ATM machine. So kalau ada planning hendak ke muzium silalah siapkan duit cash yang berpatutan, mungkin untuk beli cenderahati, untuk makan-makan.

Wednesday, September 26, 2018

Story kerja di office, yang tidak pernah sudahnya..kan

Assalamualaikum.

Sudah dekat hendak sampai ke penghujung September. Yang di tunggu tunggu ialah hari Jumaat ini. Maklumlah hari gaji. 

Hari ini 1st time aku mula minum nescafe. Memang sudah lama berenti dengan nescafe ni. Lama bertahan, akhirnya hari ini aku bancuh nescafe, tapi kurang kaw, biasa biasa sahaja. Asal lepas rasa tekak dengan pahit nescafe. Syukran

Baru ini tadi aku habis update slides untuk nota kelas traffic & highway. Siapkan tutorial question dengan answer scheme sekali. Kalau buat kerja bagus habiskan terus. Nanti sampai masa untuk tanda kertas tutorial, mesti syiok sebab jawapan sudah ada. 
Banyak kadang aku ini memang penat untuk berfikir. Ialah, bagi seorang yang mempunyai background engineering, tapinya bermasterkan project management. Memang banyak perkara perlu aku ambil tahu, wajib baca dan baca lagi.
Hari Isnin baru ini aku ada kelas construction management untuk student diploma. Ok, lecture pasal osh. Content dengan topik compensation dan juga ergonomik hazard.
Hari Selasa ada lab structure dengan student degree civil. Kelas adalah di penuhi oleh student Arab, student China dan seorang gegirl India Malaysian. Aku semestinya story dengan student India, nama Yogaa, kisah aku juga yang tersepit in between lelaki yang ramai masa aku study diploma di UTM JB dahulu kala. Kisah perempuan yang sedikit amat masa aku study dulu. Aku bagi semangat sikit pada Yogaa. Hihi.
Esok kelas traffic and highway. Content esok ialah pavement design dan pavement distress.  Kelas management of large construction sudah habis untuk semester ini. Yahuu
So kisahnya begitulah otak ni di bahagi antara lab structure, jalan raya, large constraction dan juga construction mgt. Ia adalah 4 subjects yang berbeza. 
As orang engineering, walaupun major on mgt, mesti juga back to basic. Allahu. Yes otak saya tired. Tapi bak kata orang kan...this is  what we call passion.



Penat tunggu nombor giliran di panggil, kita ambil gambar dulu. Pictures di Ikea ialah pada April 18. Masa ini ialah mission mencari kabinet dapur. Alhamdulilah syukur pada ALLAH bagi rezeki pada kami sekeluarga. 
Kakak Haifa tengah pujuk Haify untuk sama sama bergambar.


Hahaha dan haha lagi. Punyalah lama aku ini tak pergi education fair. Akhirnya August baru ini aku kerja full day di KLCC. Dari jam 9.30 pagi until 7 pm. Feeling adalah seronok. Sebab dapat jumpa kawan kawan Fakulty lain. Maklumlah opis aku ini kawasannya besar, bukan boleh jumpa semua orang pun kalau pergi kerja. So, ia adalah hari yang best. Hubby dan anak anak pula seharian di rumah mak mentua pada hari tu. Dari kerja hari Sabtu ini, dapatlah aku satu hari cuti replacement.


Mak pakai sportshoes sebab nak kena jalan jauh kan, dari tepi jalan ke KLCC masa hari kejadian bekerja.

Wednesday, March 26, 2014

Demam, OUM dan Hafiy sudah 1 tahun.

Assalamualaikum.

Panjang waktu berdiam diri, rupanya sudah masuk minggu terakhir bulan Mac.
Awal bulan baru ini, sibuk dengan menanda kertas peperiksaan akhir student. Everything done smoothly, alhamdulilah.

Masuk minggu ke dua, baby Hafiy kena demam panas. Batuk dan selsema pada ada sama. On off demam Haify, tapi hanya waktu malam until pagi. Saya dan HC memang tidur macam tidak tidur selama itu. Masuk hari Khamis pula, saya demam. Campur dengan batuk teruk dan selsema. Ada 2 ke 3 hari saya muntah teruk sebab gastrik.
Ya ALLAH, semoga sakit hambamu ini dapat menjadi kafarah atas dosa-dosa yang lalu, amin.

Masa minggu itu juga, Haifa dan Haqeem pun demam sama, tapi tidak seteruk baby Haify. Hari Ahad itu, HC, anak-anak, adik (minta tolong drivekan kereta) dan emak sama, pergi ke emergency Hospital Putrajaya. Ialah sebab demam sudah dekat seminggu, Doc klinik suruh check darah takut kena denggi.
Alhamdulilah semua orang di jauhkan dari denggi. Hafiy kena sedut gas sebab teruk dengan kahak dan selsema.
Saya masa itu tinggal di rumah seorang diri sahaja.

Masuk minggu kedua, baby Hafiy sudah beransur sihat, walaupun masih ada demam ringan sekarang ini. Namun tidak seteruk hari itu.
Haqeem yang demam teruk pada minggu lepas. Mula-mula Haqeem ok, tidak demam. Kemudian tiba-tiba sahaja Haqeem demam teruk. Panas tiba-tiba. Memang HC masukkan ubat bontot. Kasihan Haqeem. Kalau masa Haqeem tidak demam pun, dia tidak aktif sangat.

Hari Isnin baru ini, kami ke emergency Hospital Putrajaya lagi. Daftar jam 5 petang, jumpa Doc jam 8.30 malam.
Saya tahu, Doc dulukan kanak-kanak yang memang tengah high fever. Masa kami ke Hospital itu, Haqeem sudah di masukkan ubat bontot semasa pergi ke klinik. Doc klinik yang bagi refer letter untuk bawa Haqeem ke Hospital.
Darah Haqeem diambil sekali lagi. Malam itu Haqeem di masukkan air dalam 1/2 botol dan juga di X-Ray di dada. Masa pergi ke bilik X-Ray, saya di iringi staff hospital. Saya dukung Haqeem dan staff pegangkan air yang di drip pada Haqeem.
Masa berjalan itu lah staff itu bercerita yang PM sudah buat PC mengenai MH 370 pada jam 10 malam. Sah katanya flight berada di Lautan Hindi. Ya ALLAH, memang sedih dan sebak rasanya, bergenang air mata. Saya cakap dengan staff itu, mungkin ini musibah / ujian yang ALLAH turunkan pada kita rakyat Malaysia supaya kita kembali ke jalan yang benar semula. Staff itu mengiyakan cakap saya itu.

Alhamdulilah Haqeem tiada asma.
Habis air di masukkan, masa itu sudah jam 11.30 malam. Doc pakar kanak-kanak pun sudah selesai check Haqeem. Kami di benarkan pulang.

Memang keadaan di emergency penuh dengan kanak-kanak demam. Kasihan sungguh. Ramai datang bawa anak dengan balutan kain tuala sahaja, ada yang balut dengan kain pelikat. Ada yang basahkan tuala, lap pada anak, sementara menunggu giliran.

Saya mula bekerja hari Isnin baru ini. Batuk masih ada,tapi sudah berkurangan.
Haqeem semenjak balik dari Hospital, alhamdulilah sudah tidak ada demam lagi. Cuma seriuslay, badan Haqeem susut sungguh.

Dalam musibah / ujian yang Allah bagi pada kami, syukur Haziq dan HC sihat. Haziq tetap pergi sekolah agama belah pagi dan sekolah kebangsaan sebelah petang seperti biasa. Cuma masa jerebu tebal itu, Haziq tidak ke sekolah. Risau tengok cuaca teruk sangat.

Happy birthday to Muhammad Hafiy pada 13 / 3 / 2014 lepas. Alhamdulilah comel bam bam sudah 1 tahun. Pity Hafiy birthday dalam demam teruk.

Emak balik kg semalam. Dekat 3 minggu emak di KL, sebab dua kali adik-adik emak dari Singapore datang ke KL sebab ada kenduri kawin.
Abah datang KL dengan Angah. Emak pun memang sudah kena demam teruk juga.
Semalam petang masa otw balik kekg, emak warded di Senawang Specialist. Semoga ALLAH sihatkan kesihatan emak, amin.

Saya terpaksa ponteng seminar 4 kelas di OUM. Sebab masa itu memang sudah tidak larat.
Kelas di OUM sudah habis 23 Mac baru ini. Sekarang ialah journey untuk ke Final Examination pada 17/4 dan 20/4 nanti.

Thursday, December 26, 2013

Update kerja saya dan jadual imunisasi anak umur 18 bulan kebawah.

Berkali-kali ambil gambar untuk dapatkan gambar yang sesuai. Dengan Haifa yang tersepit di hujung, baby Hafiy pula tidak boleh duduk diam.

Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan blogger. Harapan semoga sentiasa di lindungi Allah dan di beri kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalankan tugasan harian, amin.

Aduhai, lama sungguh saya holiday kan blog cinta saya ini. Lama itu, tidaklah kan. Tapi bagi blogger yang update blog hari-hari mesti terasa lama kalau lebih seminggu blog tidak ada story baru. Huhu, entahlah since habis exam hari itu. Rasa macam banyak sangat kerja lain yang perlu di selesaikan dengan kadar segera tanpa tangguhan. In the end blog updating menjadi yang paling last saya buat. Iaitu hari ini baru hendak menulis.

Normal condition, selalunya lepas final examination, kita mesti bergumbira. Kononnya untuk release kan tension study. Namun sebagai orang bekerja, rasanya feeling dulu-dulu itu tidak boleh di guna pakai lagi kan. So the next day nya, hari Khamis saya sudah mula bekerja semula.
Exam paper saya ialah mula jam 9 pagi untuk hari Selasa dan Rabunya. Dan ia memakan masa 3 jam. Serius sangat, bila study subject management ini, saya rasa masa 3 jam itu sungguhlah tidak mencukupi untuk menjawab dan memikirkan solution untuk case study pada soalan. Tapi boleh ke exam menjadi 4 jam?.

Feeling exam kali ini adalah sangat-sangat berbeza. Sebelum ini kalau exam mesti calculation dan design sahaja. Maknanya semua adalah fact berbentuk nombor, formula dan menggunakan buku standard. Memang otak kena kerja kuat untuk mengingat dan semestinya kena fahamlah konsep kan.Yup, saya dapat migraine masa belajar zaman Reinforced Concrete Design.
Namun di level sekarang ini, application dan commonsense adalah yang utama. Syukur alhamdulilah, terasa ringan burden saya kali ini. Sampai senyum-senyum ketika jawab exam, bukan apa, ketenangan adalah penting ketika menjawab soalan dan mencari idea. Kalau terus stress sahaja, confirm boleh blank!!!.

Dan hari berikut Khamisnya, Jumaatnya dan Sabtunya saya ada lecture (penat sangat). Hari Sabtu, samapi sudah tidak nampak matahari barulah kami sampai di rumah. Banyak urusan sungguh hari itu. Op lupa, hari Jumaat malamnya, kaklang bawa Haziq dan Haifa balik kg. Malam minggu itu diaorang sudah balik KL semula.
Hari Ahadnya pula, keluar untuk sebab ada urusan yang perlu diselesaikan di KL. Tapi keluar dalam lepas Zohor, sama juga sampai rumah lepas itu memang sudah malam. Tegar sahaja saya dan HC membawa Haifa, Qeqeem dan baby Hafiy bersama-sama. Haziq memang tidur rumah kaklang since balik dari kg.

Hari Isnin, saya bekerja seperti biasa. Alhamdulilah students tengah semester break selama seminggu. Dapatlah berehat, tapinya tetap ada kerja-kerja lain yang perlu di siapkan. Teaching File, Final Examination Question, Update Notes dan Test Question. Banyaknya kan, larat ke buat agaknya.

Hari Selasa saya ambil MC sebab kami sekeluarga berada di ICU Hospital Serdang until jam 2.30 pagi. In sha ALLAH story next post. Kepala Haziq kena jahit sebab luka ketika bermain dengan cousin di rumah kaklang pada malam Isnin itu. Alhamdulilah Haziq ok. Nanti story ya.

Picture yang lain pula. 
Berusaha mencari gambar yang cantik.

Picture lepas habis exam pada hari Rabunya di OUM Wangsa Maju.
Ceria gitu. 
Registration for next semester will start on 5th January 2014. 

Sahaja mecari jadual imunisasi ini. Sebabnya, macam lama pula gap Hafiy untuk lawatan ke klinik. Asyik terlupa sahaja hendak check appointment date dalam buku klinik Hafiy. Tapi zaman sekarang kan sudah canggih, klinik kesihatan akan update kan tarikh appointment terus ke handphone parent. So in sha ALLAH tidak akan lupalah. 
Ok, next lawatan klinik Hafiy ialah pada bulan March 2014 nanti lah masa umur setahun.

Saturday, September 21, 2013

1st seminar di OUM, esok.

Assalamualaikum.
Hi friends. Happy weekend dan selamat berehat.
Untuk mommies semua, mesti seronok kerana hari ini dapat luangkan masa masak with barakah best dishes ever untuk anak-anak dan suami tersayang kan.



In sha allah esok will be my first seminar di OUM. It going to be 6 hours seminar. 3+3 with two different subject and only 30 minutes break between its.
Perasaan sekarang ini, ialah berkobar-kobar. Alhamdulilah saya sempat study juga. Cuba juga untuk study ikut the barakah time, iaitu 4am to 6am. Tapi nampaknya saya masih belum mampu. Ialah dengan masih terbangun around sekali dua kerana bancuhkan susu baby Hafiy membuat saya teruskan tidur sahaja until pagi. Mungkin saya belum ada feel lagi dengan bangun pada waktu begitu. Moga ALLAH swt permudahkah planning saya itu selepas ini. amin.
Apa yang saya buat sekarang ialah study waktu malam sahaja. Oh tidak pun selepas anak-anak tidur. Sebab saya masih belum boleh tune my sleeping routines.
Kalau ada feels hendak study, saya terus ambil buku, pen dan buku kecil. Dengan anak-anak tetap playing around dan duduk sama sebelah saya sekali. Itu tidak menggangu pun. Saya ingin cuba sentiasa berfikiran positive untuk study dan family.
Kadang-kadang lepas waktu kerja pun sempat study sikit sebelum balik rumah, itupun kalau tidak penat.
Buat masa permulaan ini saya cuma study around 30 minit ke 1 jam lebih sahaja.

Ini adalah study di office lepas 5.30. 

Bila emak dan abah ucap Selamat Belajar pada saya through phone baru-baru ini, lagi bertambah semangat saya. Plus juga dengan HC yang bagi saya peluang untuk study lagi. Bagi saya tanpa restu mereka, siapalah saya ini jadinya.

 Picture hari ini.
Ambil gambar untuk picture kad matric.

Masa saya sibuk mencari kasut kerja baru-baru ini.
HC dan anak-anak playing taking picture di JJ Taman Equine.

Tuesday, August 27, 2013

My S'pore cousins. Pictures with WhatsApp.

Assalamualaikum. Alhamdulilah baru brunch. 1st time membeli makanan di kantin sebab sangatlah penat semalam. Lauk dan nasi pun semuanya habis di makan masa dinner. Hendak masak baru, tiada mood.
Memandangkan sudah ada WA group dengan cousins aka very close macam adik beradik. Kami memang online sentiasa masa cuti Raya lepas.
Iya, kami memang sangat sangat rapat sebab masa zaman-zaman cuti sekolah dulu, kami memang duduk the whole holiday di rumah arwah nenek bila balik sana.

Dillah, Diana and Salmi. 
Anak adik-adik emak.

Salmi, Dillah, Diana, Abang Yazip wife, Kak Nita and Daniel wife aka mama to Adelia. 

Rumah Daniel. 
Masa time raya hari itu, katanya tengah kusyuk menonton cerita horror Conjuring.
Yang tecik baju purple tu, 1st daughter Daniel, Adrina namanya. Rasanyalah.

Jom masak lauk Ayam Kalio. 
Cuba klik.


Masih kusyuk menonton lagi.

 Daniel 2nd daughter, Adelia.

Thursday, July 4, 2013

Handmade Brooch by me and ke Hospital Putrajaya.


As salam to prens out there. Hoping urusan hari ini adalah lebih baik dari semalam. Insha Allah.

Keinginan saya untuk berkongsi pictures latest brooch which is handmade by me. Sebenarnya, kedua-dua brooch adalah order dari officemate. Saya ini memang kategori rajinlah juga kalau ada order dari kawan-kawan. Walau macam mana pun, saya mesti cuba usahakan. Maklumlah permintaan orang kan.
Tapinya yang sedih sikit ialah bila sudah order tapi baut tidak tahu. Saya tidaklah sedih sangat, tapi rasa macam fikir ' orang jenis gini pun ada kan'.

Brooch hijau itulah, penat saya email orangnya. Tiada reply langsung. Walaupun lepas itu saya terserempak dengan dia di area office, saya malas hendak ingatkan dia tentang order dia itu. Sebab bagi saya, email saya sudah hantar with pictures sekali, tapi tiada layanan. In the end saya sedekahkan sahaja pada officemate saya. Sorrylah, saya memang jenis gitu, kalau sudah dua ke tiga kali bagi hint tapinya tiada respon, makanya di situlah the end urusniaga yang tidak berjaya itu.
Sebenarnya itu adalah sikap tidak bagus untuk berniaga, sepatutnya saya perlu pergi bilik dia or jumpa dia. Ialah manusia kan, kita tidak tahu mungkin dia ada masalah atau ke bizi an lain masa itu.
Op mungkin, saya perlu buat sekali lagi brooch itu, and saya perlu direct to she her. Itu baru langkah bijak.
I will nanti.
Alhamdulilah brooch pink itu sudah selamat sampai pada tuannya. Price cuma RM15 sahaja.

Pagi ini memang satu hari saya tiada kelas, tapi sebenarnya saya ada kelas tutorial. Tapinya lagi saya sudah buat advanced bagi soalan tutorial semalam petang semasa kelas lecture. So students ramai-ramai gembira kelas tiada dan ada yang terus siapkan soalan itu semalam juga, sebab ada yang akan balik kg sebab katanya tiada kelas lagi untuk minggu ini. Okies.


Pagi ini saya kena pulun habiskan preparation untuk kelas pagi esok. Aduhai subject ini dulu-duluan nya adalah milik saya, tapi sudah banyak kali bertukar tangan. Then ianya telah kembali semula kepada saya akhirnya. Makanya with the updated slide presentation, saya rasa saya perlu study semula lecture untuk esok ini.

Insha Allah, tengahari nanti hendak ke Hospital Putrajaya. Mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan kakak ipar saya ini yea. Dia ada operation hari ini. Sakit apa, lain kali saya story, Insha Allah.
Saya hendak temankan anak buah saya di hospital while ibu dia on operation. Tidak pasti Angah saya datang or tidak ke KL hari ini.

Pictures handmade ini sudah upload dulu. 
Sahaja tunjukkan lagi.


Saturday, June 8, 2013

Pintu wira tidak boleh buka lagi.

As salam.
Hoping pagi cuti ini uols lebih ceria sebab boleh pergi outing bersama family sambil happy happy kan.
Pagi-pagi sudah hujan rahmat dari ALLAH. Syukur.

Terus letak semua dalam bonet. 
Sebab asyik berlari sahaja kerjanya.

Story kereta wira saya ini sudah berulang kali untuk kali ke 3 nya. Sekali itu masa saya di office, second time bawa di bengkel Mail ini juga di Dengkil. Dan this is the third time, kami ke bengkel yang sama juga.
Sebenarnya kejadian adalah tidak sama, walaupun yang rosak tetap pintu yang tidak boleh di buka. Itu yang saya fahamlah.
Boleh baca kisah kali pertama itu di sini Bolehlah pula pintu tidak boleh dibuka.
Kali kedua, HC hantar kereta untuk di repair di bahagian enjin, maka tukar sekali one set barang baru di bahagian pintu, price dalam RM100 ++ rasanya.

So yang kali ke 3 ini, punyalah lama simpan dan tidak pergi repair. Rasanya mahu dekat 3 bulan lebih. Lagi pun masa itu saya tengah sarat pregnant. HC pula memang sibuk. Dia layankan sahaja turun kereta dari belah penumpang. Hehe, buat muka rilex sahaja HC. Pergi mana-mana dengan pintu tidak boleh buka.


Masa kejadian di bengkel ialah semasa saya masih cuti berpantang tapi sudah habis berpantang;ah, Mail tanya berapa lama kereta ini tidak boleh di buka pintu. Sebabnya dia macam sudah give up untuk cuba bukakan pintu wira ini. Habis segala screwdriver kecik besar panjang pendek di cubanya. Namun gagal.
Saya risau juga ini. Doa moga di permudahkan.

Akhirnya selepas menghempas pulas di terik mentari tengahari itu. Pintu dapat open. Alhamdulilah. Tima kasih Mail.
Bill ialah RM80++, tukar barang ori tapi 2nd hand.

Saya tanya Mail,
Lepas ini boleh rosak lagi ke?
Penat dah nie.
Mail jawab.
Dah tak de dah lagi nie.

Kesimpulannya, tiga kejadian pintu adalah dari kerosakan yang berbeza.
Harapan saya tinggi untuk pintu sentiasa baik.

Mail tengah gigih usaha untuk bukakan pintu.

Penutup pintu dan cermin pintu.

Sudah barai lepas pintu boleh di buka.

Monday, April 30, 2012

My story minggu lepas.

Hidung aku masih berair lagi.
Alhamdulilah tidak seteruk masa 1st day pada Selasa lepas.
Kisahnya hari Selasa itu pula aku pergi klinik lagi berdekatan rumah. Bawa Qeqeem sekali. Kami pergi berdua sahaja.
1st time hari itu Qeqeem di masukkan ubat montot. Erm, rasanya tidaklah panas pun aku rasa badan Qeqeem.
Tapi lepas Doc cek suhu, terus dia suruh nurse ambil ubat.
Aku lepas itu terus minta MC pada Doc. Ialah memang aku perlu rehat. Laginya sungguh tidak sampai hati tinggalkan Qeqeem di rumah.
Dirumah ada kaklang with baby and emak sahaja. Haifa ada dengan hubby.

Emak pun tengah tidak sihat dan demam.
Hubby ada hal masa itu
Menjelanng hari Rabunya, alhamdulilah aku sudah sedikit sihat. Tapi aku mohon EL pada boss, aku hendak sambung jaga Qeqeem.

Pada permulaan hari Isnin sebelumnya tekak aku memang rasa sedikit perit. There semestinya, hari Selasanya aku sudah mula batuk. Biasanya memang begitukan.

Perit di tekak, kemudian mesti selsema kemudiannya di tambah juga dengan batuk sekali.
Aku perasaan lagi kalau mula minum ubat batuk. Kahak mesti appear selepas itu ketika batuk.
Aku cepat-cepat makan ubat kerongkong yang Doc bagi. Plus makan ubat batuk sekali.
Hatta ubat selsema aku cuma makan sebiji sahaja walaupun di tulis pada sarung plastic ubat perlu makan dua biji.
Ah aku memang begitu semenjak jadi mama. Aku suka hati kurangkan ubat dari sukatan sebenar.

Point nya mudah sahaja.
Aku tidak suka terlalu banyak UBAT dalam badan aku.
Di samping itu, aku juga cuba minum air asam jawa segelas. Aku bancuh sesudu teh asam jawa tanpa biji ADABI bersama dengan satu cawan air suam.
Kiranya satu hari aku minum satu cawan.
Mudah, murah dan berkesan. Laginya semestinya tanpa gula tambahan.
Alhamdulilah ia membantu.

Sekarang ini kalau aku rasa sakit kepala sangat, barulah makan sebiji ubat muscle yang Doc bagi hari itu. Masa itu aku pergi klinik sebab terasa ngilu di area bahu kanan kalau kena air shower. Kemudian sebab penat sangat. Dan sudah tidak tahan lagi, sakit sudah naik ke telinga dan terus ke kepala.
Itu yang Doc bagi aku ubat bengkak, ubat sapu dan ubat muscle.
Dan, aku cuma makan ubat mucle.
Doc cakap aku stress.

Serius, aku juga hubby memang penat berlebihan lalety ini.
Di rumah disamping dengan Qeqeem yang masih ada sedikit batuk berkahak dan selsema. Kemudian demam campak. Sudah baik dan masih batuk berkahak dan selsema.
Seperti biasa, aku tidak suka bagi anak-anak juga makan ubat sangat.
Sorry lah.

Almost 3 weeks rasanya tidur kami tidak sedap selena berulit mimpi gitu.
Semestinya Qeqeem cranky kerana tidak selesa dengan keadaan batuknya.
Haifa pula, kalau terlalu banyak bermain dan makan coklat berlebihan. Ada masanya Haifa akan muntah, menangis sekali.
Makanya sekejap kami lena, Qeqeem nangis hendak susu. Makanya bancuh susu yang sudah siap-siap letak dalam bilik.
Baru lena lagi, Haifa pula terbangun dan menangis siap muntah. Haifa memang takut kalau dia muntah.
Perlu tukarkan baju, lap muntah di lantai.
Pujuk-pujuk supaya tidur semula. Tup tap sudah 1 jam miss waktu tidur.
Lena tidak lena, Qeqeem menangis lagi, mahu susu lagi.
Tukarkan pamper sekali.
Nangis lagi, kenalah tepuk-tepuk supaya tidur.
Resultnya, kepala aku and hubby jadi weng weng.
Alhamdulilah Haziq tidur lena since masuk sekolah sekarang ini.

Aku meredhai kaklang and baby ada di rumah sekarang ini. Plus dengan emak yang tidak sihat.
Aku dan hubby cuba mana yang mampu untuk semua itu.
Di samping menjaga 5 anak-anak comel yang bermacaman kerenah.

Di tambah lagi dengan side business kami yang alhamdulilah.
Serius bisnes membakar aku semuanya tengah stop sekarang ini. Ada beberapa order memang terpaksa di tolak dan di tangguhkan.
Alhamdulilah anak kaklang, kaklang yang dalam pantang, baby dan hubby tidak di jangkitan virus demam selsema dan batuk setakat ini.
Haziq ada sedikit batuk dan selsema.
Haifa ada batuk sikit.

Aku berdoa supaya emak dan Qeqeem cepat sembuh.
Dan semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik pada aku dan hubby.
amin amin amin.





Thursday, March 1, 2012

emak dan abah -update

Salam Khamis. Alhamdulilah.
Aku masih seperti semalam. Tiada perubahan. Menanda kertas cover kuning. Dengan percubaan demi percubaan menenangkan diri dan perasaan. Walaupun kepala aku serabut. Kalau aku tewas, aku layan baca FB. Baca isihati luahan kawan-kawan. Macam-macam, seronok. Erm, aku senyum sendiri.
Bagi diri aku pengosongan akal fikiran amat penting dalam membuat keputusan, sebabnya dari itu barulah datang keadilan semasa memberi markah.

Bersahaja.
Aku mahu kongsi gambar emak dan abah tersayang. Yup aku letak diatas meja kerja aku di office.

Sebelah PC skrin tebal DELL aku, walaupun miss boss sudah offer suruh aku tukar flat skrin.
Hatta aku diam, tiada jawapan. Kemudian sebelum miss boss pergi aku cuma memberi senyuman sahaja pada miss boss aku yang muda belia itu.

Memang dari mulanya gambar emak dan abah ini di ambil dan telah di cuci, aku telah menciloknya dari album simpanan abah. Album yang bersusun banyak-banyak hasilan melancong ke luar negara kemas bersimpan di office abah. Termasuk juga ada gambar emak dan abah duduk membelakangi Taj Mahal juga Tembok Besar Cina. Ada juga gambar di jalan terowong gelap di Syria.

Sebab itu aku sebut ayat mencilok. Semua album tersembunyi begitu sahaja. Macam rahsia gitu. Oh tidak, cuma abah terlalu menjaga barang-barangnya.
Like father like daughter. Kuat berahsia.

Picture atas meja aku ini bertarikh 30.12.2003. Taken di Sapporo Jepun.
Ingat emak cerita, hari-hari makanan mesti ada kaki tangan ketam. Saiznya besar pula tu. Tapinya, ketamnya sendiri memang emak tidak pernah tahu dan nampak macamana besarnya.

Since dari itu frame gambar ini sentiasa di sisi.
Insyallah emak akan berumur 67 tahun pada 20 May ini dan abah akan berumur 73 tahun pada 25 Oct nanti.
Sebenarnya aku rindukan emak dan abah. 

p/s aku tengok orang lain mesti letak gambar family dan anak-anak atas meja. tapi tidak pada aku.
yup aku ada sebab sendiri atas alasan aku itu.

Thursday, December 8, 2011

Ole-ole London.

Salam pagi Khamis yang mendung.
Boleh sahaja, baru gerimis mengundang, polis traffic sudah start motor dan tinggalkan traffic light simpang empat begitu sahaja.
Alhamdulilah kereta tidak banyak seperti pagi semalam.

Alhamdulilah ini semua untuk aku.

Lagipun memang itu sahaja yang aku hendak.
Dua keychains. Satu FM. Satu lagi pengasah pensil. Comel.
Laginya aku dapat coklat juga ole-ole Qatar Air.
Beg comel Qatar itu kaklang dapat 4 biji sebab campur dengan transit pergi dan balik.
Anyway storynya my sister balik Malaysia awal dari yang di jangkakan.
Dia tidak sihat akibat dari early pregnancy.
Aku pun terkejut bila dia call aku petang Jumaat lepas.
Rupanya kaklang sudah berada di rumahnya.
Sebab itu sibuk sikitlah aku cooking lauk yang dia request hari Ahad lepas.
Kaklang memang ada email, beritahu yang barang-barang di London amatlah mahal.
Aku pesan kembali, kalau betul-betul hendak barulah beli.
In the end, aku pun tidak pasti kaklang beli apa lagi.
Hendak ajak berbual pun tidak sampai hati sebab dia tidak sihat.

Sudahlah Ahad lepas aku bakar kek coklat.
Ditambah lagi dengan coklatan yang kaklang bagi.
Fuhhhh so coklat factory sungguh kalau kaklang membeli coklatan.
Ole-ole Qatar.

Untuk hiasan dinding di rumah kg.



Thursday, November 17, 2011

Hantar my sis ke airport Isnin lepas.

Salam hari Khamis.

Alhamdulilah kaklang sudah selamat sampai ke London hari Isnin.
Katanya jarak waktu ialah 8 jam kebelakang dari waktu di Malaysia.
Kaklang pun memang sudah call emak dari sana.
Alhamdulilah lagi tempat kerjanya dekat sahaja dari hotel. So walking walking sahaja.
Emak kata lagi kaklang sound ceria sungguh masa bercakap itu.
Mesti emak risau sebab kaklang masih dalam 'mabuk' mengandung.

Tapi itulah tawaran ke sana oleh company tempat dia bekerja semestinya tidak mampu di tolak.
Itu satu peluang kata kaklang.
Siapa lagi hendak bagi peluang begitu.

Makanya hari Isnin itu flight kaklang adalah pada jam 9 malam.
Seawal dekat jam 6 petang kami semua sudah berada di sana.
Memang kaklang sudah booking pun teksi untuk ke airport.
Namunnya semua hendak ke KLIA menghantar, makanya cancel bookinglah
Kaklang memang begitu, dari dulu lagi. Sikap dia tidak suka menyusahkan keluarga sendiri.
Apa-apa hal dia lebih suka berdikari sendiri.
Sebab semua orang sudah lama benar tidak ke sana.
So jom kita.

p/s
Apa ek hendak minta kaklang belikan.
Aku ini memang tidak pandai 'order order' ini.
Tapi aku memang suka key chain.

Comel je kan. 
Haifa tolong abah aku tarik beg kaklang.

Emak si comel berbaju merah dan berselipar kuning.
Dengan my mother, Haziq, baby Haqeem dan anak kaklang Ezad.

My sister tengah check in.
Beg ada 2 sahaja.
Yang besar itu kosong sahaja.
Kata kaklang itu untuk masukkan barang pesanan orang.

Tukar dari MAS ke QATAR Airline tapi still Business Class.
Harga tiket more less than MAS.
KL DOHA and DOHA LONDON. 

Bye my sis.
Semoga di permudahkan perjalanan pergi dan balik serta urusan di sana. 
Amin amin amin.

De screen.
QR 0625.

Kagum kejap tengok kapalterbang MAS.

Thursday, November 3, 2011

Selamat bercuti lagi.

Esok aku sudah mula bercuti.
Rasanya ramai orang pun mula bercuti.
Kenapa cuti lagi, sebab Malaysia ini kan memang banyak sangat cuti public holiday.

Ceh ceh, macam seronok pula bila tidak perlu pergi kerja dan boleh seronok-seronok kan.

Cadang hendak balik kg sebelah pagi. Kg aku di Kuala Pilah nun.
Namun apa kan daya, hubby ada hal.
Makanya aku bagitau hubby, yang penting kita tetap balik sebelah siang juga.
Aku takut waktu malam jalan jem.
Itu sahajalah.
Hendak balik ke Tawau kg hubby tersayang, insyallah ada rezeki lebih dan ada cuti banyak kami mesti balik kesana.
Kami sudah berlima.
Kali kedua nampaknya kami dapat beraya sekeluarga tahun ini.

Insyallah kami akan berada di kg until Monday gitu.
Wow 4 hari cuti. Syiok.

Makanya disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.
Selamat balik ke kg dan kembali juga ke KL.

Picture tutup muka.
Adegan di kedai mamak masa di Johor.

Saturday, October 29, 2011

Rezeki My sister.

Hari ini aku mahu story pasal kakak aku.
One and only sister yang aku ada.
Yang lain adik beradik aku ialah lelaki.
Umur kakak aku ini masuk 37 tahun.
Beza 2 tahun dengan aku.

Kisahnya.
Kaklang aku sudah selamat berenti kerja di Petronas.
Kalau tidak silap akulah. Sudah lebih 5 tahun kaklang bekerja di situ.
Masuk bulan Oct hari itu, kaklang mula bekerja di tempat baru di PJ.
Nama company lupa hendak tanya.
;))
Cerita lagi kaklang memang hobi kalau bekerja mesti dengan international company.
Rasanya Petronas sahaja satu-satunya company di Malaysia yang pernah kaklang bekerja.
Maklumlah lulusan luar negara.
Bagi aku memang kaklang layak dengan atas kerja keras dia semasa study dulu.
Kaklang memang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengalaman dalam bidang kerjanya.
Sebab itu bagi aku dia memang layak.

Alhamdulilah rezeki Allah genap aku habis berpantang hari itu. Emak khabarkan berita gembira.
Kaklang pregnant anak no 2. Kandungan masa itu baru masuk 2 bulan gitu.

Sambung story, kaklang akan ke London bekerja di sana selama sebulan.
Company yang hantarlah.
Makluman memang begitu kalau kaklang bekerja di tempat kerja lamanya. Mesti ada outstation ke oversea.
Insyallah kaklang akan pergi sana pertengahan bulan Nov ini.
Seronoknya dengar dari mulut kaklang ialah dia dapat naik MAS Airlines business class untuk penerbangan ke London.

Aku pun bukan tahu benar pasal class ini.
So tengok laman web Mas kejap maka hasilnya baru aku ketahuan.
Ada First Class yang paling mahal, then Golden Club/Business Class dan akhirnya Economy Class.

 Dalam kapalterbang - google MAS

Tempat menunggu di KLIA untuk Business Class.

Kalau tidak silap masa aku ke Umrah dulu aku naik Economy class lah tu.
;))

Lepas kaklang beritahu pasal harga tiket memanglah aku terkejut.
Harga tiket untuk perjalanan dia ke London ialah RM25'000.

Rezeki kaklang lagi.
Kawan-kawan yang pergi dulu ke London dari dia naik Qatar Air.
Maka ada terjeles sikit diaorang dengan kakak aku ini.
;((
Story lagi dan lagi.
Belanja yang di beri oleh pihak company pun ada juga sekali.

Namun harga tiket adalah lebih banyak berbanding duit belanja.
Convert duit sana mesti kurang lagi lah amount nya.
Kata mereka-mereka yang pernah bekerja di sana, duit itu tidak akan habis punya. Mesti berlebih.
;))
Alhamdulilah.
Sudah berlist juga kiriman kawan-kawan kaklang sempena dia kesana.

Aku pula, entah. Tidak ada perancangan untuk beli apa.
Mungkin terpulang pada kaklang sahaja.
Selama ini pun mesti tidak termiss ole-ole untuk semua family dari kaklang.

Aku doakan kaklang selamat pergi dan balik.
Juga semoga kndungan dan mummynya sentiasa sihat.
Amin amin amin.

Saturday, October 1, 2011

Tidak sihat...

Kalau rajin boleh baca mengenai info cirit birit di post sebelum ini yang aku dapat dari hasil google tadi.

Akhirnya satu rumah semuanya sudah kena sakit perut (berangin), muntah dan cirit birit. Di tambah juga dengan deman dan sakit kepala (aku dan hubby sahaja)
Alhamdulilah baby Haqeem tidak berjangkit sama.

Memula aku yang kena pada hari Ahad lepas. Dua hari sakit amat dalam perut sebab angin banyak sangat.
Tengahari itu aku start muntah makanan malamnya. Then aku muntah lagi waktu malam rasanya. Dan kali ketiga muntah ialah jam 3 pagi.
Done lepas itu memang tiada muntah lagi.
Malam itu memang aku sudah makan ubat gastrik.Tapi nampaknya tidaklah berkesan sangat.
Selera makan memang out 2 - 3 hari itu.
Alhamdulilah bila sudah tidak muntah lagi.
Perut pun elok dari hari Selasa kalau tidak silap aku.
Namun masih ada angin sikit-sikit. Sorry to said, pooh pooh sudah tidak cair mula hari ke lima dari hari sakit pada hari Ahad lepas.
Kiranya sakit teruk betul dalam 2 -3 hari. Melepet tidur sahaja.

Masuk hari Selasa Haziq pula kena sama seperti aku. Namun dari malam Isnin Haziq sudah mula muntah. Petang itu Haziq mula deman then kami ke klinik.Alhamdulilah Haziq cuma kena sehari dua begitu.
Mula dalam 1 pagi Jumaat Haifa pula muntah dengan demam sekali. Kami keklinik tengahari Jumaat.
Semalam petang hubby pula kena, mula dengan muntah sedikit. Then demam, perut berangin dan sakit kepala.
Hari ini Sabtu, alhamdulilah Haziq dan Haifa sudah tidak deman dan muntah. Cuma baru mula pooh pooh cair.
Hubby pula hari ini yang tidak sihat sangat.

Doc yang check semalam pun beritahu, selalunya begitulah. Satu family kemungkinan boleh berjangkit satu penyakit yang sama.

Tuesday, November 23, 2010

Klinik Gigi Arasu


Semalam aku cuti. Temankan hubby pergi klinik gigi. Memang tiada buat appointment pun. Masa pergi klinik pertama. Ada ramai gak orang. Tanya di kaunter, beritahu ada 2 orang Doc on duty, tapi orang ramailah pula. Malas hendak menunggu. So kami pergi ke klinik yang lain pula. Alhamdulilah tiada orang. Waima terus buat registration.

Sebenarnya masa hari Ahad sebelumnya, kami sudah buat survey. Kalau tidak silap ada 5 buah klinik gigi di Pandan Indah ini. Dan cuma satu sahaja yang buka until 4pm on Sunday iaitu klinik yang aku pergi ini Klinik Arasu.

Sebab tiada orang, maka hubby terus masuk jumpa Doc. Tetap sebelum itu perlu tunggu Doc datang dalam kurang 20 minit tidak silap aku.
Dan sepanjang aku berada di klinik, memang tiada orang pun. Bagus..hikhik.
Hubby cabut sebatang gigi geraham. Dan tampal 2 gigi geraham juga. Sekarang ini kalau tampal gigi guna simen putih.
Dulu-dulu akunya gigi di tampal dengan simen hitam. Cuma ada gigi depan aku dulu itu ditampal dengan simen puith.

Waima bila tiba masa membayar. Jangan terkejut, total out bil ialah RM 310.
RM 110 untuk cabut gigi dan ubat.
RM 200 untuk tampal 2 gigi guna simen putih

 The bill

Mahalkan, tapi yang penting hubby sudah tidak menanggung sakit gigi lagi. Kalau tidak jenuh pipinya di tampal dengan koyok sebab menahan sakit gigi.
Alhamdulilah Allah bagi rezeki lebih pada kami.

p/s hatta aku baca news semalam. di malaysia ini jenis hutang kad kredit tertinggi ialah bil hospital swasta. ialahkan, semua orang hendak masuk hospital swasta, selesa, tapi bayar bil guna kad kredit. bila part hendak bayar di kad kredit sudah tidak mampu.
lainlah kalau company tempat bekerja atau insuran yang tanggung pembayaran bil hospital.

kesimpulannya, kalau tidak mampu, pergilah hospital kerajaan.
lagipun hospital kerajaan sekarang sudah tidak macam dulu lagi.
aku ini dua kali bersalin di hospital kerajaan.
aku recommended lah, terutama hospital kuala pilah.
;))

Thursday, November 11, 2010

Present for hubby

Alhamdulilah, ada rezeki lebih ALLAH bagi pada aku. Aku bagi hadiah ini buat hubby sempena birthday hubby baru-baru ini. Memang hubby hendak bayar. Tapi apa salahnya aku buat hubby happy. Selama hari ini sudah cukup hubby gembirakan hidup aku.
Terima kasih ya bang.

Memang tempat kerja aku ini ada buat scheme potongan gaji untuk beli telefon XIMAX ini. Alhamdulilah.

Brand - QUTE 3G keluaran XIMAX
Harga -  RM 680

Wednesday, November 10, 2010

Makan-makan masa birthday hubby hari itu.

Punyalah baru sempat upload pictures makan masa birthday hubby baru-baru ini. Jangan marah yea, hubby yang masak mee dan ikan siakap itu.
;))
Kami sahaja sefamily sambut dirumah makan-makan dan potong kek.

Tapi tidaklah habis semuanya di makan. Sambung makan keesokkan harinya. Kek pula makan masa berhari-hari baru habis. Sebab itu memang beli kek paling kecik.
Malam itu cuma makan mee sikit, kek sikit dan pecal sikit.
Ikan pula terus simpan dalam peti ais.
Tidak larat ooo makan banyak-banyak.

Birthday father yang masak ni, mee goreng mamak 

Lagi dari hubby juga, ikan siakap masak masam manis 

Pecal ever. Aku cuma goreng tempe dan tahu ;))

Sate, bukan sate samuri tau. Aku beli di Sg Ramal jea. Sate ini harga 70 sen sebatang. Sate sedap sebab ala sate kg, tapi kuahnya kureng rasanya.

 Pecal with sate..lovely

Tuesday, November 9, 2010

SCR5 - color black

Malam Jumaat lepas kami ke Jusco Maluri. Seperti perancangan yang asyik tertangguh dari hari Sabtu sebelumnya, hasrat di hati adalah untuk membeli stroller untuk Haifa. Ialah sebelum ini Haifa sentiasa dekat dengan hubby sebab di sling sahaja kalau keluar. Maka sudah tiba waktunya Haifa ada stroller pula. Pening juga kepala hendak pilih stroller. Ialahkan, banyak perkara hendak di fikirkan. Saiz stroller semestinya, harga juga perlu dikira-kira sama.
Keluasan bonet kereta pun perlu sesuai dengan saiz stroller. 
Sekarang ini memang ada dua strollerlah termasuk Haziq punya sekali.
Setelah di fikir-fikir, maka kami setuju belikan Haifa stroller Sweet Cerry ini. Siap boleh tidur sekali dengan selesa. Umur sehingga 4 tahun. Haziq siap boleh berdiri ditempat letak kaki di belakang, sambil kami menolak stroller. Ok gak.
Lagi, seat stroller ini boleh diangkat dan di pusingkan ke arah belakang. So kalau Haifa tengah tidur, bolehlah dialihkan kearah aku yang sedang menolak stroller. 
Haifa dengan kereta baru.
Abang Haziq berdiri di belakang.

Haifa sudah tidur..nyenyak gitu.

Mesti ada sahaja mainan yang hendak di suruh beli 
kalau shopping barang dapur di Tesco.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails