Followers

Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Kisah balik kg dan balik Spore attend wedding

 Masa hendak masuk Spore ikut 2nd link Tuas. 
Harap maklum untuk perjalanan yang sejengkal itu pun kami perlu tempuh selama 2 jam.

Diatas jambatan 2nd link Tuas. Tu sudah nampak imigresen Spore. 
Dari ada mentari, aku layan mentari terbenam di atas jambatan.

Assalamualaikum buat readers blog merah.

Entah tidak tahu kenapa penyakit M tu memang kuat sungguh lately ini. Hendak menulis pun M. Suh suh, berambus kamu dari sini wahai M.

Kisah family aku dengan highway plus sungguh dekat dalam masa sebulan baru-baru ini. Hahaha, asyik membayar toll sahaja kerjanya. Nak muntah di buatnya.
Agaknya macam itulah perasaan orang yang kerjanya outstation satu Malaya kan, Lalu toll, highway sana sini. Alahai tabik sungguh dekat orang macam tu. Kalau aku lah, memang tidak mampu dah. Syukur dengan kerja aku sekarang ini, alhamdulilah.

Minggu 1 - Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Kuala Lumpur
Kisahnya, pada 14 & 15 November hari itu, aku sefamily balik kg. Melawat emak dan abah as usual. Masa hari Ahadnya, sedang aku mahu kemas-kemas mahu balik KL, tetiba Haziq dan Haifa bagitau yang dia orang hendak tinggal di kg. Ok, budak-budak ni memang kena tanya berkali juga untuk confirmation kalau hendak tinggal di kg. Kang aku semua sudah sampai mana ntah, ada calling tetiba nangis hendak ikut balik KL. Sadis.
In the end tinggallah budak dua orang ni seminggu di kg. Tapinya princess Haifa nya, tiap-tiap malam call. Manja amat. Gaduh dengan Haziq pun nak call mak pak nya ngadu. Alahai anak perempuan sorang.

Minggu 2 - Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Kuala Lumpur
Maka minggu depannya 21 & 22 November, kami balik kg lagi. Untuk bawa anak-anak balik KL semula.

Minggu 3 - Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Johor Bahru - Kuala Lumpur
Dan pada 28 & 29 November pula. Awal pagi kami gerak dari KL untuk ke kg. Agenda ialah ambil emak. Kami gerak ke Gelang Patah dekat jam 3 @ 4 petang gitu. Lama sungguh tidak jalan jauh rasanya. Last dulu masa bulan April 2015, masa melawat arwah makcik Rosliah ,adik emak di Spore juga. Kami sampai GP sudah lewat malam. Sebab dari Pagoh rasanya hujan lebat dan sudah gelap malam. Aku memang minta HC pandu rilex-rilex sahaja.
Esoknya dalam jam 11, cousin Daniel sampai untuk bawa emak, Haziq dan Haifa masuk Spore. Kami pula lepas itu terus gerak untuk balik ke KL. Masa itu sudah jam 1 petang.

Minggu 4 - Kuala Lumpur - Johor Bahru - Singapore- Kuala Pilah - Kuala Lumpur
Dan pada 4 until 7 December aku bercuti lagi. Alhamdulilah, Allah permudahkan perjalanan kami pagi itu. Bertolak dari KL jam 8.30 pagi, sampai di GP dalam jam 12.30 tengahari.
Kali untuk attend wedding di Spore. Pengantin ialah cucu pada Pak Ngah, abang emak. Aku masuk Spore dengan along sahaja petang Jumaat itu. Ingat kan aku perlu naik bas sahaja untuk masuk Spore. Memandangkan semua cousin aku kerja. Malaslah hendak susahkan orang kan. Memang sudah prepare bagai kan untuk naik bas yang sudah berbelas tahun rasanya aku tidak naik bas ke Spore. Story naik bas pergi Spore ini ialah masa aku study di UTM JB dulu duluk. Lepas itu memang tidaknya naik bas kan.
Tetiba along beritahu cousin Sufiyan akan datang ambil, wah syukur. Serius, aku memang seram cemas kalau di suruh naik bas, maklumlah lama benar tidak berimpit-impit dalam bas. Takut fening pulak nanti.
HC, Hafiy & Haqeem tinggal di rumah rehat pakcik aku di Leisure Farm.
Kami keluar dari Spore pada pagi Isnin. Cousin Diana dan suami yang hantar kami.
Lepas lunch di GP, terus kami bertolak balik. Sampai di kg dalam jam 7 malam.
Jam 8 malam terus gerak balik KL. Hari Selasanya aku masih bercuti lagi, makanya berehatlah sepuasnya.
Penat 'sebulan' di atas highway memang belum habis lagi.

 Pagi Ahad itu, ini sahaja yang sempat kami berjalan. 
Pergi Limbang dan Yee Tee dekat rumah makcik aku.
Princess ni yang minta di ambil gambarnya dekat rusa tu.

Tengah tunggu makcik pakcik aku datang ambil kami pagi Sabtunya untuk pergi kenduri.
Emak pun dengan baju kurung baru.
Princess tu muka kelat sebab tak nak ambil gambar, kerjanya hendak main lari-lari dengan Haziq.
Aku dengan tudung Adjuma, 1st time beli brand ni.

Friday, June 19, 2015

Kisah renew passport di Hentian Kajang


Kenangan, ini passport international pertama aku. 
Aku memang pakai passport biru since baby lagi untuk masuk S'pore.
Passport color merah kena buat masa itu sebab aku hendak menunaikan umrah ikut emak abah pada tahun 2002. 

Assalamualaikum.

Kisah aku pergi renew passport pada 30 April 2015 - Khamis lepas.
Lawak ntah kan.
Esoknya sudah mahu gerak ke S'pore.
Barulah terhegeh-hegeh hendak renew kan.

Aku pergi seorang sahaja pagi itu.
Pergi part Hentian Kajang.
Lama sudah passport aku mati. Tahun 2011 rasanya.

Sebab sudah lama tidak buat passport, risau juga part color tudung.
Mesti kena pakai yang color gelap kan.
Serius aku tiada tudung color hitam.
Last fikir, aku pakai shawl hitam sahajalah.
Baik sahaja kan, pergi buat passport dengan pakaian macam pergi kerja.

Sebenarnya duration untuk satu pasport siap ialah dalam masa 1 jam sahaja.
Kisahnya di Hentian Kajang ini, selalu kena offline.
Masa aku sampai, dekat jam 8 pagi rasanya.
Pun sudah kena offline. Terus ambil nombor giliran.
Aku lupa pula berapa lama offline, tapinya memang lama gila.
Akunya dengan tidak sarapan, tabah tegak duduk menunggu.
Sambil-sambil itu memang sudah telan semua pills Shaklee untuk menahan perut.
Memang maveles pill sakti Shaklee tau!

Kali itu ok lah juga compare masa buatkan passport anak-anak pada hari Sabtu.
Kena beratur panjang, dekat 1 jam.
Bila dapat nombor giliran masa itu memang jarak 100 orang.

Rupanya kalau buat passport di hari bekerja memang kurang orang demand compare dengan buat passport di hari cuti.
Ialah mesti ramai orang suka berurusan di hari cuti.
Sebab itu penuh.

Adanya dinding-dinding kelabu itu sebab ada camera di situ. 
Sekarang ini tidak perlu bawa ambil gambar ukuran pasport di kedai gambar.
Patutkan susah hendak cari kedai gambar sekarang kan

Orang kurang padat hari itu compare kalau buat passport di hari cuti. 

RM 200 untuk 5 tahun. 
Alhamdulilah, murah kan. 

Kadar bayaran. 

Duration untuk setiap jenis permohonan passport.


Tuesday, September 9, 2014

My cousin wedding - Salmy Suhana & Bushra

Ada berzanji waktu malam kenduri. 
Hantaran masa nikah di masjid.
My cousins, Helmi dan sister nya Mardiana.

Masa saya ada final exam last 17 August, my cousin Salmi berkawin juga pada tarikh yang sama di Singapore.
Kitaorang sefamily di sini, ingat kenduri ialah pada hujung bulan August. Suddenly a week masa hendak wedding, tetiba another cousin bagitau tarikh 17 tu.
So semua orang tiadanya yang dapat attend, sebab semua orang passport sudah mati. Planning pun sudah lari.
Sedih memang sedihlah, sebab Salmi is our last cousin yang perempuan berkawin.The rest yang tinggal ialah lelaki sahaja yang belum berkawin plus my brothers yang dua orang itu.
Semoga ada rezeki kami untuk bertemu pengantin dan family lain nanti.


Picture pengantin berbaju kuning di rumah pihak lelaki pada hari Ahadnya. Semua family at my side. Baju merah ialah my uncle, adik emak. Yang pakai spek belakang, ialah Auntie Nor, adik emak juga.  
Mostly dalam picture ialah my cousin and their husband and wife. Yang kecik-kecik ialah anak Daniel yang pakai baju hitam. 
Baju merah di rumah pengantin perempuan.
Dan masa nikah di masjid.

Sweety Salmi with Helmi, Mardiana, Auntie Nor and Cik Sarah adik mak juga.
Pictures bawah - Salmi dengan parent, adik mak Cik Ros and husband Cik Zain.
Cousin Helmi and Hamim.
Tema family, color biru.

Pictures kenduri sebelah pengantin perempuan.

Pengantin, uncle Fuad yang memang rajinnnnnn.
TQ alls

Friday, April 25, 2014

My bunga-bunga Cinta

  Haziq and cousin Ezad (beg tali hijau right beside Haziq).
Ini masa registration day.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat pada semua kawan blogger. Hari ini saya story pasal anak-anak. Semua orang tengah feeling excited untuk pindah masuk condo, end of this month. Saya tahu diaorang tidak sabar hendak mandi kolam dan main playground everyday.
Saya dan HC pula tidak sabar untuk decorating our own small house. Deco plus tengah sibuk di rumah sekarang ini membahagi barang, perabot untuk di bawa masuk ke condo, mana yang hendak di bagi ke rumah kaklang dan akhir sekali untuk di hantar ke kg. Fuh.
Esok penyewa pindah keluar dari rumah condo.

Rambut Haziq memang panjang masa masuk sekolah awal January lepas. Masa gambar itu di ambil, jahitan luka di kepala Haziq masih belum di buka. Sebab itu kami biarkan rambut Haziq ala artis K-Pop pergi kesekolah.

Haifa Cassandra, the only princess in the house. 

Not including me as the QUEEN. huhu.
I'm realized that pregnant of Haifa only after 7 weeks she exist in stomach.
Actually I did not expect that I will get her after trying and trying to be pregnant again within that 2 years time.
Masa itu memang sudah give up. 
Kawan-kawan yang bercadang hendak mengandung, tetapi masih belum ada rezeki lagi. Saya nasihatkan, janganlah terlalu excited sangat-sangat. Yang penting perlu tenang. Pergilah bercuti bersama suami ke tempat yang di sukai, in sha ALLAH.

And 19 months after Haifa, Haqeem was born.
Haqeem dengan auntie Farah, my cousin.

Orang selalu tanya, mana satu kakak, mana satu adik kalau Haqeem berjalan berdua dengan Haifa. Sebab diaorang memang sama besar. Haqeem lahir dengan berat 3.5kg dan Haifa pula dengan berat 3.1kg. So Haifa, biasalah perempuan, kurus sahaja. Haqeem pula memang sentiasa berselera. Sama dengan baby Hafiy.

This is not the last one, in sha ALLAH. 
Hafiy also born as the same duration that I have Haqeem.

Rasa janggal juga bila saya tidak mengandung pada tahun ini. Hehehe. Bukan apa sudah 3 kali berturut-turut saya pregnant dalam masa terdekat. Since middle of 2009 saya pregnant, bersalin 2010. Pantang. Then start over the recycle again end of 2010, bersalin August 2011, berpantang. Again pregnant on July 2012, dapat Hafiy on Mac 2013.
The journey of 4 years time.

Sebenarnya saya dan HC tidak pernah planning untuk ada berapa orang anak. Semua yang ada adalah rezeki dan amanah Allah.

Saya bersalinkan Haziq di HUKM, KL. 
Haifa pula di Hospital Kuala Pilah, NS. 
Haqeem di Hospital Putrajaya. 
Dan Hafiy di Hospital Serdang.

Rasa sangat happy dan puas sebab ALLAH kurniakan anak seramai 4 orang.
Sekarang ini, planning saya ialah study smart dan habiskan my master dengan excellent. amin ya rabbal alamin.
Selepas itu barulah planning untuk tambah anak. Yang no 5, tapi itu semua hanya ALLAH yang tentukan. Kita sebagai manusia ini hanya mampu merancang.

Tuesday, August 27, 2013

My S'pore cousins. Pictures with WhatsApp.

Assalamualaikum. Alhamdulilah baru brunch. 1st time membeli makanan di kantin sebab sangatlah penat semalam. Lauk dan nasi pun semuanya habis di makan masa dinner. Hendak masak baru, tiada mood.
Memandangkan sudah ada WA group dengan cousins aka very close macam adik beradik. Kami memang online sentiasa masa cuti Raya lepas.
Iya, kami memang sangat sangat rapat sebab masa zaman-zaman cuti sekolah dulu, kami memang duduk the whole holiday di rumah arwah nenek bila balik sana.

Dillah, Diana and Salmi. 
Anak adik-adik emak.

Salmi, Dillah, Diana, Abang Yazip wife, Kak Nita and Daniel wife aka mama to Adelia. 

Rumah Daniel. 
Masa time raya hari itu, katanya tengah kusyuk menonton cerita horror Conjuring.
Yang tecik baju purple tu, 1st daughter Daniel, Adrina namanya. Rasanyalah.

Jom masak lauk Ayam Kalio. 
Cuba klik.


Masih kusyuk menonton lagi.

 Daniel 2nd daughter, Adelia.

Wednesday, June 3, 2009

Baru ada feel untuk menulis.

3 June 2009 - Rabu
Assalamualaikum,

Lebih seminggu aku tidak berblogging. Biasalah kan sibuk dengan hal peribadi gitu. Hendak menaip pun jadi tidak ada feel. Malam ini aku terasa hendak update blog CINTA MERAH ini dan juga aku ingin abadikan apa yang aku lakukan pertama kali dalam hidup aku di blog aku ini.

Kami selamat pulang dari S'pore pada malam Khamis lepas. Tidaklah penat sangat, sebab bukan aku yang drive pun. Tapi memang semua dalam kereta mengeluh juga. Selalunya kami bergerak ke S'pore dari Kuala Pilah. So dapatlah berehat sedikit sebab perjalanan tidak jauh lah juga. Tapi kali ini kami dalam emergency, so hendak atau tidak terpaksa juga bergerak kesana dari Kuala Lumpur. Kami tidak biasa begitu sebenarnya.
Memang abah sekereta sampai dulu di Gelang Patah tengah malam isnin itu. Kami sampai lewat sejam selepas abah.
Seperti biasa emak masih tinggal berada di sana, mungkin sampai akhir minggu ini.
Aku start kerja pula pada hari Jumaat. Itu pun aku 'ponteng' tidak ke makmal jalan raya seharian itu. Aku cuma duduk di office. Menyelesaikan apa yang patut.

Aku kena gastrik lagi. Rasanya lama juga aku tidak kena sakit ini. Start dari Sabtu kalau tidak silap aku asyik sakit perut sahaja. Hari Selasa dan hari ini aku MC. Mana larat hendak berdiri lama-lama. Macam mencucuk-cucuk begitu dalam perut ini. Aduhh..memang sampai sekarang ini perut aku masih tidak 'sihat'. Sungguh tidak selesa. Aku pun terfikir-fikir kenapa aku boleh kena gastrik?. Apa yang aku sudah makan?. Dua hari berturut-turut aku sendiri yang goreng sayur kacang buncis, aku sendiri juga yang beli sayur itu. Bila sudah sakit baru teringat yang aku sememangnya tidak boleh makan buncis ini. Doc pun pernah pesan dengan aku pasal hal ini. Tapi itu lah...sebagai manusia aku mudah lupa. Sedap apa layan goreng buncis kan.


26 May 2009 - Selasa


Kami selamat sampai ke rumah makcik dalam jam 2 am, pagi selasa itu. Semua orang sudah tidur dirumah makcik. Arwah nenek diletakkan di ruang tamu rumah di kelilingi dengan cucu-cucu dan anak-anaknya. Abah sampai-sampai terus membaca yassin dengan suara yang putus-putus begitu. Aku tahu abah amat sedih atas kehilangan arwah nenek. Emak cakap abah memang menangis bila dapat call berita pemergiaan nenek petang semalam itu. Lepas itu kakak juga emak bersama sekali membaca yassin.

Pagi selasa itu ramai saudara mara datang membaca yassin buat arwah nenek. Alhamdulilah. Dalam jam 9.30 pagi, orang yang bertugas untuk memandikan arwah telah sampai. Memang sebelum arwah dimandikan, ramai ahli keluarga mencium pipi dan memeluk arwah buat kali terakhir. Aku pula masih belum mampu mencium arwah walaupun dari sampai pagi tadinya. Aku terlalu lalu sedih.

Walaupun ini pertama kali aku melakukannya. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan Allah. Aku bersama sepupu-sepupu perempuan yang lain juga bersama dua makcik yang bertugas untuk memandikan arwah. Bagi aku sebagai cucu, sudah tugas aku untuk bersama-sama membersihkan arwah.
Memang aku tidak ramai sepupu di sebelah emak kerana dulu di S'pore, setiap keluarga hanya dihadkan mempunyai 2 orang anak. Sekiranya ada yang mempunyai anak ketiga, keluarga itu akan didenda. Sebab itu anak pakcik makcik aku hanya mempunyai 2 orang anak selain dari emak aku juga adik bungsu emak aku. Cuma kebelakangan ini, barulah di galakkan untuk mempunyai anak yang ramai.

Selepas arwah selamat dimandikan antara jirusan air terakhir ialah air dengan bungaan juga air 'kapur barus'. Kemudian kening arwah di celakkan oleh makcik yang bertugas itu. Juga disembur minyak wangi di seluruh arwah yang telah siap di kapankan. Begitu cantik,bersih dan suci sekali cara Islam memandikan umatnya yang akan mengadap penciptanya.

Memang semasa arwah dimandikan, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Semasa arwah dibawa masuk ke van jenazah, hujan sudah berkurangan. Alhamdulilah sampai kami di pusara aman, hujan sudah berenti.
Lainnya diS'pore, selepas semuanya selesai, tanah perkuburan di tutup dengan tanah menggunakan jentolak yang telah sedia ada di situ.
Beruntung arwah kerana pusaranya terletak berdekatan dengan arwah makcik dan arwah paklong aku.
Semoga arwah nenek di letakkan didalam golongan yang dirahmati Allah, amin ya rabbal alamin.

Thursday, April 23, 2009

Mohon sedekah kan Al Fatihah untuk makcik tersayang.

Gambar ini di ambil pada 11 october 2008. Masa bulan syawal, pertama kali makcik aku Fauziah binti Asyik di masukkan ke hospital kerana sakit....
Dalam jam 4pm tadi emak aku call dari sana. Makcik aku telah kembali ke pangkuan Allah swt.
Malam ini lepas habis kerja aku dan semua keluarga akan balik ke Singapore. Insyallah arwah akan dikebumikan pada hari ini juga.
Mohon sedekahkan al fatihah untuk makcik yang cukup aku sayangi. Terima kasih.

Tuesday, April 21, 2009

General Hospital - location Singapore

Dalam jam 7pm sabtu lepas, sedang 'syok' main games MCF, kakak aku call. Adik mak aku yang memang sedang sakit di masukkan ke ICU di General Hospital, Singapore. Selepas operation dalam lepas raya puasa tahun lepas, memang Bik Oja, bercuti sakit dari kerja dan dia dijaga oleh salah seorang makcik aku yang lain.

Kakak dan adik aku memang tidak boleh balik terus ke Singapore malam itu. Kemungkinan hari rabu atau khamis baru diaorang free dan ambil cuti. Aku pula, memandangkan hari itu hari sabtu bagi aku tidak ada masalah nya untuk menghantar emak ke sana malam itu juga. Ialah, kita tidak tahu apa akan terjadi nanti....lagi pun aku kecian dengan emak asyik menangis saja lepas makcik aku call dari hospital beritahu keadaan Bik Oja aku. Dalam petang hari ahad boleh balik ke KL semula. So aku berbincang dengan my sister and call semula abah untuk memberitahu rancangan aku itu..sebab apa-apa hal memang perlu persetujuan dari abah kerana abah pun bukan boleh balik sana lama-lama. Apabila semua sudah selesai, aku start packing baju untuk Haziq, aku dan En Hendra. Kami akan ke sana semalam sahaja. Lepas itu emak akan tinggal di sana dan insyallah nanti kakak aku akan ambil emak balik kg semula.

Jam 10.30pm, kami sampai di Kuala Pilah. Lepas isi kad putih untuk emak dan abah kami terus gerak kerumah abang ngah aku di Juasseh. Tepat jam 11.2opm kami bergerak dari Juasseh ke Gemas dan makan di Labis dalam jam 1am. Banyak betul roadblock malam itu. Ialah malam minggu kan. Dari situ kami teruskan perjalanan ke Segamat dan akhirnya masuk highway ke Gelang Patah dan berpagi ' tidur' disitu. Kami tidur dalam jam 3am lebih di Leisure Farm Gelang Patah.

Dinner di Labis. Dekat jam 1am.

Jangan tidak percaya, abang ngah aku tu layan 4 hours sahaja perjalanan dari Kuala Pilah ke Johor Bahru. Padahal kalau ikut jalan lama, sepatutnya perjalanan memakan masa dalam 5 jam begitu. Aku rasa macam naik flight pula hari itu...ialah kereta kalau sudah laju pasti nya 'terbang' sikit bila lepas lalu mana-mana jambatan. Faham-fahamlah jambatan negara kita ini...mesti tinggi sikit dari jalan raya.

Lepas breakfast di highway, kami terus masuk Singapore pagi ahad itu. Sempat juga abang ngah aku tukar duit sikit...tapi punya lah kecil nya duit kita. RM100 = SingD 40.30 sen sahaja. Aduhhh...sakit sahaja kan. Tapi aku nampak abang aku ada beberapa helai note SingD 50 dalam purse dia...mungkin dia sahaja tukar duit.

Masuk sahaja highway sudah nampak tol, kena bayar RM10.80 untuk melalui jambatan dan kalau pergi balik RM10.80 x 2 = RM21.60. Lepas checkpoint Malaysia terus lalu jambatan dan nampak laut terbentang luas kiri kanan jambatan. Pagi itu checkpoint clear sahaja, tidak banyak kereta. Lepas cop pasport seharus nya minta kad putih banyak-banyak dari situ untuk kegunaan lain kali. Memang dapat banyak pun..lagipun kad itu free sahaja.

On the way ke TUAS checkpoint.

Kerana kali ini kami masuk sana dengan kereta lain, kereta baru abah, so kena lah pergi parking kereta lepas cop pasport itu untuk pergi beli kad autopass yang baru. Memang satu kad autopass ini untuk kegunaan satu kereta sahaja selama 5 tahun. Satu kad itu berharga SingD 10. Dan satu kereta mendapat 10 hari free entry selama setahun start dari tarikh pembelian kad tersebut. Sabtu dan Ahad memang free entry pun, bermaksud tidak perlu membayar SingD 30 sekali masuk kalau masuk ke Singapore selain dari hari Sabtu dan Ahad. Juga jangan lupa kalau Malaysia ada tol, di sana pun ada tol......ermmmm. SingD 9 pergi dan balik.
Dalam masa 30 minit kami sudah sampai di rumah nenek aku di Chua Chu Kang.

Lepas melawat nenek dan parking kereta di tempat yang sepatutnya, kami bergerak naik MPV ISIS 7 seats pakcik aku. Sampai hospital, pergi lunch dulu. Lepas itu terus melawat makcik aku yang berada ditingkat 8 hospital.

Abang ngah aku sabar melayan Haziq di meja makan di kantin hospital.

Memang panas tengahari itu, layan benda sejuk-sejuk..sedappp.

Haziq layan kolam ikan ditepi kantin.

Memang sebelum pergi dekat katil Bik Oja aku, aku perlu bertenang dulu..sebab diaorang semua sudah pesan, jangan menangis depan Bik Oja...nanti dia bertambah sedih. Memang tidak lama aku berdiri depan makcik aku........aku sebak dan sedih.......memang menitik air mata aku. Lepas salam dan cium pipi dahi Bik Oja..aku terus ke tempat lain. Aku sedihhh...sampaikan aku tidak sanggup hendak ambil picture dia.

Memang ramai seramainya family sebelah emak aku berada di hospital. Nenek aku ada 5 adik beradik dan nenek adalah anak pertama. Manakala setiap nenek saudara dan nenek aku sendiri ada anak semua nya lebih dari 10 orang...kiranya berbelas-belas begitu. So memang berpuluh-puluh lah sepupu emak aku. Itu belum kira anak-anak sepupu aku.

Sebahagian family di Singapore. Habis semua sofa di situ kami buat tempat lepak.

Kejap-kejap aku salam cium tangan kalau ada sepupu emak, nenek saudara, family sebelah pakcik aku, family pakcik-pakcik aku sendiri, family sepupu-sepupu aku, sepupu-sepupu aku...sungguh-sungguh ramai. Lepas itu mereka bukan melawat dan terus balik, tapi melawat dan stay 2 - 3 jam gitu, sambil bertanya khabar sesama saudara mara.
Tapi aku gembira dan seronok berada dikeliling mereka..walaupun aku kurang kenal dengan anak-anak buah pakcik aku..tapi asal aku ini yang tua...confirm salam cium tangan. Kalau ada yang makcik, nenek yang datang pulak mesti hulur sahaja tangan depan aku...aku pun terus salam cium tangan sekali. Alhamdulilah memang kuat sungguh ikatan kekeluargaan sebelah emak aku ini.

Dan kitaorang stay kat situ berjam-jam until jam 5pm rasanya. Lepas pakcik aku hantar kitaorang pergi kekereta. Lepas jumpa semula nenek di rumah...kami bertolak balik ke Malaysia. Emak aku tinggal sana.

Kata Doc, makcik Fauziah aku ini hanya ada masa dalam sebulan lagi sahaja hayatnya. Semalamnya itu pun 2 botol darah telah dimasuk kan kebadan makcik. Masa aku melawat itu pun masih di masukkan oksigen melalui hidungnya. Makcik memang tidak mampu bercakap lagi kerana ada 3 ulser di tekak dia akibat dari rawatan yang di jalankan sebelum ini. Makcik aku ini merupakan adik perempuan bongsu emak aku. Umur dia masih belum masuk 50 tahun lagi. Sekarang ini kami di sini kena sentiasa bersiap sedia atas apa pun perkara yang ALLAH tentukan kan kelak.
Semoga ALLAH permudahkan segala-galanya...amin ya rabbal alamin. Aku kecian tengok penderitaan yang ditanggung nya.
Allah maha mengetahui segala-galanya.
ALLAHUAKBAR.

Thursday, November 6, 2008

Ooo uniknya uniknya uniknya singapura <----tiru cam iklan tv tu..

Hari tu masa masuk s'pore utk berhari raya pada bulan oct ari tu , aku lah yg driving masa tu tp bila da stand still kejap keta, aku sibuk amek gambar sana sini. Boleh tu, heheh sebenarnyer lepas aku terambil gambar kat checkpoint kastam s'pore. Lepas tu baru aku perasaan ada tulis warning kat situ x boleh ambil gambar dan juga bertelefon. Pastu cepat2 simpan kamera.heheh.. Sebab msa kami masuk tu belum peak hour orang balik kerja pada hari kamis petang tu, alhamdulilah urusan semuanyer lancar. Tapi biasalah bila roadtax kereta da renew baru, confirm aku kena turun kereta lepas cop pasport utk update card autopass.

Masa aku pi umah nenek (wajib tido rumh makcik yg mana nenek tinggal klu balik s'pore) ari tu, kat flat tu tgh sibuk2 cat mengecat. Tukang cat tu aku tgk semuanyer orang BAngLA. Dasat diaorang ni kan, mana2 ada jea diaorang kerja. Pakcik aku cakap, every 5 years flat akan di cat baru. Patut pun aku tgk umah lat s'pore ni lelawa jea catnyer, rupanyer selalu dicat semula. Naper lah rumah flat kerajaan kat malaysia tak buat gitu ek?.....

Erm, apa unik nyer makanan kat s'pore ni?. Klu x unik x akanlah ada rancangan uniknyer s'pore. Iyolah tu...den bukan x kisah pun unik atau tidak. Makanan yg pertama tu ialah MEE HOON GORENG MAMAK. Bukan takat mee hoon, ada mee goreng dan juga kew tiow goreng. Fav. aku semestinyer kew tiow goreng. Picture kew tiow tak dpat amek sebab, sesampai menda tu depan aku da syok sgt nak makan, da tak ingat nak ambil gambar pun. Kirenyer mee hoon lah paling kureng suka sebab tu sempat ambil gambar.
Pastu pic kedua tu ialah rojak s'pore, klu x silap aku rojak yg nie orang melayu buat. Tpi klu mamak style klu x silap aku, semua menda nyer warna merah. Tpi rojak mamak atau orang melayu sama2 sedap.
Picture yg no3 dan no4 tu ialah roti perancis di cicah dengan sup tulang daging kambing. Ini mmg fav. bagi saper2 pun yg minat kambing. Aku sampai la nie cannot terima menda tu, takat makan cicah dgn roti tu mmg aku ok jea..sedap. Tapi klu suh makan sum2 tulang tu dan ratah daging2 pada tulang tu, aku cannot terima sebab aku bkn peminat kambing.
Makanan mamak di s'pore mmg semua berwarna merah sebab diaorang letak pewarna merah yg dibenarkan. Tapi pada sapa2 yg pertama kali tgk makanan warna merah nie mesti terkejut nyer. Tp sebenarnyer, rasanyer amatlah sedap. Sama mcm kat sini gak. kedai mamak makanan dia semua nyer sedapkannnnnkannn.

Picture yg memula tu ialah Haziq dgn anak sepupu aku (tuan rumah makanan picture masa raya ari tu). Nama dia Haron dan lahir pada end of feb 08. Tapi tgk lah tu saiz badan cam nak sama ngan Haziq. Ialah hubby cousin aku ni tinggi dan besar orang nyer.
Bawah tu pulak picture nenek aku. Ktorang ramai2 pegi umah cousin aku tu masa raya ari tu. 4 orang tu cousins aku and also my sister. Cousin aku tu, yg sorang tu da kawin da nov 07 ari tu, yg sorang lg tu baru bertunang june 08 dan yg sorang lagi tu masih study. OIT DANIEL BILA NAK TGK LAGI BLOG KAKTEH NIE????...Yg kecik2 tu 3 cicit nenek aku yg paling baru.

Tuesday, March 4, 2008

orang lain buat hal satu kapal RIBUT



Mas Selamat Kastari, 45, is the terrorist who planned to crash a hijacked plane into Changi Airport in 2002. He is on the loose now, having escaped from detention yesterday.
A massive manhunt involving thousands of policemen and Gurkhas was launched yesterday to hunt him down. Mas Selamat is said to have fled the Internal Security Department’s Whitley Road Dentention Centre at 4.05pm yesterday.

Erm...Naper tetiba aku pi letak muka orang tu kat blog aku. Bukan aper..pasal dia lah aku x leh balik awal dari s'pore ke kuala pilah. Pasal dia gak tons of traffic jam kat s'pore check point arah masuk ke malaysia. Asal nyer aku nak balik kg dalam jam 6 petang gitu. Pastu makcik aku call dari area check point yg mereka sendiri da stuck around 4 hours kat check point yg asalnyer perjalanan hanya memakan masa kurang
30 minuttes. Jalan dari 3 lanes
shrink to 1 lane
..Ahhh....So ari sabtu tu aku kuar dari s'pore jam 12 malam utk
mengelakkan aku termasuk dalam kancah jemmm. Yang kecian nyer ialah pemandu lori..diaorang kena tunggu lagi lama...makan masa lebih 12 jam rasanyer...sebab kastam check detail sangat...habis semua di periksanyer.
Klu kereta pulak habis tempat simpan spare tyre pun kena buka.

Ada sedikit kepelikkan pasal camna that guy leh terlepas dari tempat itu. Aku bukan kisah pun citer psal dia. Tapi da kat umah nenek aku diaorang semua duk cerita pasal dia jea. So apa salah nyer aku citer kat sini pulak.

Gurkhas adalah security @ police yg jaga dia. Gurkhas ni pulak mmg terkenal dgn ketegasan dan kepatuhan undang2 nyer.
So camna MS ni leh terlepas pulak...pelik kan..
MS is said to have fled the Internal Security Department’s Whitley Road Dentention Centre ...
ISD ni sama cam ISA kat malaysia ni. Rasanyer x de lagi prisoner kat ISA kat malaysia ni yg pernah terlepas kan..so PELIK KAN 2X.
at 4.05pm yesterday....dan MS ni boleh terlepas waktu siang REMBANG...
pelik kan 3x
MS ni juga kakinyer tempang sebelah kiri dan di kata tidak bersenjata..so how he can ascaped just like that...pelik 4x.
Pada hari MS ni terlepas katanyer ada family dia nak dtg melawat..so on the way nak pi kat family dia tu..dia minta nak pi toilet..after 10 minutes dia x balik semula dari toilet..so diaorang pi check kat toilet dan find out MS ni da missing..

End of MS story.


Tuesday, February 5, 2008

Khabar my nenek from NUH..

Alhamdulilah nenek in a good condition when we arrived at NUH that 12pm saturday afternoon.But she looked unhappy because staying almost 2 weeks at the hospital.
Tercapai gak hasrat nenek to see my father,because this is the 1st time abah visited her.
Abah berpeluang suapkan makan tengahari nenek...kata makcik..ni kirenyer banyak gak nenek makan kerana abah yg suapkan.Klu tidak before ni mmg nenek kurang amat makan.Masa minum petang nenek sekali lagi abah suapkan makan 'kuih bakar' which is i bought at kuala pilah the night before.
Sedap kata nenek kuih tu..cukup santannyer..cukup rasanyer..
2.45 pm...a few of my family arrived including my mother..
4.30 pm...berangkat pulang ke malaysia...
kata makcik...hari isnin sekali lagi nenek doing head MRI scanning...klu semua x de aper2..insyallah hari rabu atau khamis nenek akan discharge.
but if the lump ---- darah beku akibat nenek pernah jatuh dulu --- masih akibatkan kesihatan nenek x ok...nenek akan stay kat NUH dan akan berpindah dari 4th floor to 5th floor...
  • Abah with my Haziq
  • Emak..katanyer da wendu sangat kat my Haziq..Cian emak..bawa kain baju utk 2 hari jea ari tu..but kena duk da dekat 2 minggu kat s'pore utk jaga nenek.
  • With my cousins.
  • Hujan + jammed kat Tuas 2nd link.





Monday, January 28, 2008

Nenek masih di S'pore NUH.

Ari sabtu hari tu..diaorang kat s'pore sms kakak aku.Cakap nenek akan wat MRI testing hari ini mungkin,sebab DOC masih belum puas hati dgn testing yg diorang wat atas nenek before ni.So lom tahu lagi lah apa resultnyer.

Doc2 ni still x leh accept yg nenek x de langsung sakit2 aper.Cuma sakit tua.Payah tul diorang ni..klu da x de sakit..naper leh di testing2 nenek aku..cian nenek.Nenek paling x suka kena duk spital lama2.

Friday, January 25, 2008

berlaku nyer pada 20 january - 27 january

Tak tahu kat mana nak dimulakan semua perkara da selamat berlaku sepanjang minggu nie.Panjang sangat cerita nyer.Dari hari Ahad hingga ke hari Ahad...pehhh..penat nyer.Sampai semalam
terpaksa anta kain baju
kat umah pi kedai utk dry cleaning abih RM 8.00...guna 2 tempat dry cleaning,lepas cuci kat washing mechine kat umah berkali2.Aduh.....
Dengan juga kerja kat office yg da melambak2..aduh aduh..ni sebelum sambung
kerja sempat gak update myredloves ni.So sinopsis nyer ---->
  • Adik bungsu accident kereta pada pagi hari ahad - 20 jan.So kenalah balik kg tghr ahad utk amek adik utk bawa balik kl.Ialah kereta da kemek @ teruk habis.Dan malam tu gak lepas isyak,kami balik kl semula.
  • Hari isnin, pi kerja cam biasa.Masih penat sebab psal kes ari ahad.Ngajar 3 jam.Sampai umah ptg tu da dekat jam 7 pm.Alhamdulilah En Hendra da masak nasi goreng dan terus makan malam.Pas wat semua kat umah dan baru nak duduk2 tgk tv,dpt call dr kaklang..nenek sakit dan nampak mcm tenat da.So terus lah prepare barang..balik s'pore malam tu jugak with emak + kaklang + eazad + family aku. Drive kereta all the way... pandan indah -> puchong -> kuala pilah -> gelang patah  =  tidor...The next pagi terus drive - > chua chu kang  -> clementi (nenek warded kat spital kat situ).
  • Sampai kg jam 1 am - khamis.Terus tido.Ari khamis still x keja.Penat sgt dgn badan sakit2 tul.
  • Sampai pandan indah jam 2 pm - khamis. Dan hari ni jumaat, aku masuk kerja.
  • Malam ni blk kg lagi.Esok nak wat sikit makan2 sebab birthday 3 orang anak buah aku.
  • Dan hari ahad akan kembali ke kl semula
Mmg penat sangat..activities pack sungguh.Tapi demi keluarga..kena berkorban apa sahaja.Klu bukan kita nak korbankan masa kita saper lagi nak wat kan gitu.Dan aku cukup puas sangat kerana dapat berbakti utk keluarga sendiri..wlu pun rm rm rm aku x byk..tapi aku sedekah kan kederat aku utk keluarga...ALHAMDULILAH..syukur pada ALLAH kerana memberi aku sihat dan mata yg mmg tahan ngantuk nyer.



dan tayar kereta NBM pancit ketika dlm jarak 200 meter nak sampai toll ke second link.


Tgh lunch time..dgn semua family yg hadir kat spital melawat nenek...da kul 3 pm masa tu rasanyer.Ya Allah panas tul kat s'pore masa nie.



S'pore General Hospital...nyaman je suasana kat situ.



Aku nak sambung wat kerja.Answer scheme utk assignment II structural analysis lom siap lagi,tapi student aku semua da submit kat meja aku.Selamat bekerja.
Choww..

p/s - masa aku balik tu,nenek still kat spital..nenek pesan "doakan nenek sihat yea"..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails