Followers

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Transformers Dark of the Moon

Sehari dua lepas, aku menonton movie Transformers 3. Macam biasa menonton sefamily di rumah sahaja.


Adegan permulaan ialah flashback tahun 60s. Era Presiden Kennedy.
Kerana pada zaman itu manusia pertama kalinya menjejak kaki ke permukaan bulan dengan spaceflight Apollo 11.
Apa yang buat aku terfikir sangat masa itu ialah berapa lamakah sebenarnya duration perjalanan antara bumi ke bulan?.

Sebabnya America kiranya dalam movie itulah mengambil langkah drastik untuk ke bulan secepat mungkin. Mereka takut Russian terlebih dahulu sampai ke sana.
Reasonnya ialah boleh gitu spacecraft yang bawa Sentinel Prime terhempas di atas bulan. Dia merupakan ketua kepada Optimus Prime pada masa itu.
Zaman peperangan antara Autobots dan Decepticons.

Sentinel Prime di reka mengikut features Sean Connery. Aku suka ;))

Jawapan pada soalan aku tadi ialah 4 hari sahaja.
Pada masa itulah, info dari google spaceflight Apollo 11 berlepas dari bumi pada 16 July 1969 dan tiba di bulan pada 20 July 1969.
Aku sebenarnya tidak boleh fikir pun bagaimana dan berapa lama untuk terbang ke bulan. Ialah bukan semua orang boleh kesana kan.

Di panjangkan cerita lagi, rupanya memang Russian tidak sempat sampai ke bulan sebelum America. Namun sebenarnya mereka terlebih dahulu mendapat/mengambil gambar apa yang berlaku di bulan semasa crashing berlaku.

America America, kenapalah tidak suruh satelit bagai ambilkan gambar dulu sementara tunggu Apollo 11 sampai.
;))
Maka dan makanya Russian lebih tahu the whole story dari America mengenai kisah sepenuhnya kejadian di bulan itu.

Aku bagi 5/5 pada movie ini. Memang tidak mampu berpaling kalau menonton. Setiap adegan amat mencemaskan.

Anyway info mengenai budget filem ini menelan belanja 195 million dollar. Tapi box office nya ialah 1,118,632,81 billion dollar.
Fuh sungguh kan.
Cuma terfikir berapa agaknya gaji orang-orang yang bekerja dalam filem ini terutama yang animator diaorang. Sebab filem ini memang bagus.
Terimbau sungguh kenangan zaman menonton cartoonnya dulu.

"transformers wa lilis ly ai" 

Saturday, September 17, 2011

Hantu Bonceng - wajib tengok tau!!!


Semalam aku layan movie nie. Ialah kutipan tiket masuk RM8 juta gitu.
Tidak tahulah la nie sudah masuk baper lagilah kan.

Serius bagitau, citer ini memang wajib tengok tau.
Sakit perut aku asyik bergelak ketawa sahaja.
Memang ironinya lawak Zizan memang 'wa cakap lu' adalah lawak baru aku dengarlah. Bukan lawak yang sedia ada sekarang ini.
Tabik juga pada Ahmad Idham dengan citer arahannya ini. Tahniah bro.
Lagi ditambah baek oleh pelakon pembantu yang baju hijau tu sebagai rakan baik zizan. Namanya Taiyuddin Bakar. Memang gandingan serasi oleh mereka dalam movie ini.


Sinopsis aku copy dari laman web enciknakal. tq weh.
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang. Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Lakonan Jue Aziz macam biasa mesti berkesan punya.
Aku tengok dia nie memang sesuai sahaja kalau berlakon citer rempit camni. Patutlah pengarah2 suka ambil dia berlakon. Lakonan mesti mantap.
Jue berlakon sebagai nurse dalam movie ini. Nape nurse?. Sebabnya mat rempit si zizan itu asyik masuk hospital sahaja. Ialah asyik berlumba sahaja kerjanya. So mesti ada accidentlah kan.
Doktor dalam citer ini ialah si zahid AF tu.
Oklah, dia memang lawak jugakan.
Ada lagi pelakon lain ialah Juliana Evan,Cat Farish, Eizlan Yusoff, Dottie dan salah seorang girl dalam group music cat farish.

cute je kan diaorang pakai baju sama gitu

Tuesday, June 28, 2011

Karak de movie


Malam minggu lepas tengok movie ini.
Erm, tidak mahu kupas panjang-panjang pasal ini.
Mula-mula kononnya tutup matalah.
Takut jadi takut.
Lelama, balik-balik 'hantu' itu sahaja.
Makanya tengok sahajalah.
Memang perlu puji usaha Yusry dalam menaik tarafkan lagi filem Malaysia.
Thumb up gitu.

Ironinya bagi personal view aku.
Nape mesti Yusry hendak buat adegan yang macam 'longgar'.
Sayang duit buang sahaja.

Contohnya semasa Along Eyzendy pergi toilet.
Di ikutkan, mana ada budak pakai baju sekolah main malam-malam sorang diri.
Logiknya tidak ada.
Then awat buat macam perkara logik.
Laginya Kilafairy itu, awat kenapa asyik tergedik sahaja. Penat aku tengok dia ini.
Lakonan Sheira dan Shahir bagi aku oklah. Memang boleh di puji.
Ada satu part itu. Part berpeluk.
Sheira beriya-iya peluk Shahir, namun aku perasaan tangan mamat itu tidak balas pun pelukkan dia. Erm...

Lakonan Pak Malam memang tidak payah di sangkal. Dia orang lama. Sure baik-baik sahaja.

Ini adalah view jujur dari aku.
Ibu mengandung yang semestinya EMO lebih over dari orang lain.
;))

Thursday, June 2, 2011

KONGSI de movie jom.


Yup, malam lepas-lepas tengok citer ini. Movie ini bagi akulah, adalah kategori GANAS spesis nampak LAWAK.
;))
Tagline 'lu langsi lu mati'.
Sorry to say, LANGSI tu apa maknanya ye?. Aku tak faham.

Apa yang aku faham setelah aku habis menonton. Itu pun terganggu gak perjalanan tontonan aku sebab duk pilih bawang sambil makan mee hoon goreng yang hubby belikan. Lepas itu pi basuh garfu bagai, tambah milo ais semula untuk minum.
Lama gak kat dapur masa itu.

Citer ini pasal kongsi gelap, arahan Farid Kamil. Taiko besarnya ialah Pak Pie tu, yang biasa berlakon citer anak mami tu. Anak dia pelakon Azad as a Mikhail@Abang Long gengster lah juga kononnya, tapi asik di pandang rendah oleh mak dan isterinya.
Lawak je.
Gengster dalam citer ini kira-kira macam 1 Malaysia. Ada semua bangsa. Combine sama-sama.

Shaheizy Sam as a Tumulak, pelakon utama. Dia cakap guna dialek Thailand Kelate Siam kot gitu. Ntah aku pun bukan faham pun. Dia ini ialah pembunuh upahan rasanya. Tapi dia asalnya tidak tahu guna senjata. So dia belasah sahaja pasang sniper

Skrip movie - "My name is Tumulak. I come from Thailand. Kawe ni Legend kat KL ni."
Lawak le juga bila Sam ni cakap gitu.

Bront Palarae ada gak dalam citer ini. Namanya Kimpedu, berlakon sebagai ketua gangster di kg laman Sam itu.

Dalam movie ini ada gak pelakon Fizo Omar, Norliana Samsudin and Putri Mardiana as a police inspector.

Bagi akulah, personalnyer pendapat. Citer ini biasa-biasa sahaja. Macam cerita gangster ala-ala Malaysia yang lain.
Awat itu-itu sahaja pelakon Cina India yang ada untuk citer movie.
Rasanya ramai lagi pelakon yang boleh tahan popular untuk di jadikan gangster cina india. Rugi sungguh diaorang nie.


Part paling best ialah bila acara kejar-mengejar kereta antara 3 kereta polis dan kereta Tumulak. Memang aku rasa tidak pernah filem Malaysia ini buat scene macam itu. Dasyat weh, kemek-kemek kereta Wira polis 2 biji langgar-langgar dengan kereta Tumulak itu.
Memang wajib tengok tau scene itu.
;))

Tuesday, May 24, 2011

Papadom Saadom

Aku jatuh cinta bila tengok scene mula-mula cerita. Saat En. Saadom dan isteri sama-sama membina empayar perniagaan mereka. Terliur gak tengok papadom besar gitu. Macam time time itu juga hendak pi makan nasi kandar dengan papadom.
;))


Then bila sudah semua sudah stabil, family sudah kaya. Saadom terpaksa korbankan masa happy hour bersama family.
Dia lebihkan semuanya untuk memperkukuhkan apa yang dia telah ada.
Namun isteri akhirnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa hanya dia sahaja perlu buat itu dan ini untuk anak tunggalnya Miasara.
I dont like her, gedik sungguh.

Ok fine. Aku suka part itu semua.
Hatta bila isteri Saadom passed away kerana accident. That it, cerita menjadi bosan dan semakin boooooooooosan.
Ntahlah.

Tuesday, December 14, 2010

The Voyage of the Dawn Treader - ALAMANDA

Hari Jumaat lepas, aku tertengok wayang. Masa break tengahari. Selama-lama aku bekerja ini tidak pernah zaman aku buat kerja gitu.
Alasannya pendek sahaja. Niat aku temankan member yang juga seorang single mother yang aku anggap as a sister to me. Lately ini dia asyik stress terlampau dengan workload dia, so kena release lah kan. Sudah-sudah anak-anak dia boleh pergi tengok movie ini dengan ayah diaorang. Maka stress sikit lagi kakak aku ini.
Kalau simpan dalam hati..kot kot boleh jadi sakit jantung.
Maka aku join dia di ALAMANDA. 1st time menonton di situ.
Movie jam 12.30 until 2.30pm gitu.
Price RM 11.
Panggung hanya 1/2 full. Ialah time break hari bekerja, maka semua yang tengok memang muka orang bekerja sahaja.

Movienya, erm oklah..menarik untuk cerita genre fantasy. Lagi pun harap maklum, aku ini bukanlah minat sangat hendak tengok mana-mana latest movie gitu.
Ada siapa-siapa ingat, apakah weapon Edmund dalam cerita itu sebelum ini? Aku bukan ingat juga. hehehe.

Tidak seronoknya, bila habis movie. Exit dari panggung jauh dari pasaraya. So kena berjalan dan berjalan lagi. Tak user freindly gitu.

The poster - The Voyage of the Dawn Treader

Baru tahu juga waima narnia pun ada novel sendiri. Huhuhu. So searh di internet makan aku jumpa ini. Wah banyak lagilah siri-siri movie ini kan. Novel ini di tulis oleh Lewis between 1949 and 1954, dan gambar di ilusi oleh Pauline Baynes.

1. The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950)
2. Prince Caspian: The Return to Narnia (1951)
3. The Voyage of the Dawn Treader (1952)
4. The Silver Chair (1953)
5. The Horse and His Boy (1954)
6. The Magician's Nephew (1955)
7. The Last Battle (1956)

The books

p/s hubby kecik hati sebab aku pi tengok movie tanpa dia.
;(( 

Friday, December 10, 2010

movie Mantra

Bestnya hari Jumaat...kan. Esok cuti gitu. Untung siapa yang kerja until hari Jumaat. Boleh holiday 2 hari...kan.

Hari ini sahaja aku free gitu. Hari lain memang kelas dan kelas sahaja. Tapi yang tidak syok sebab petang nanti ada meeting. Bosan betul.

Malam tadi kelakar je kan, aku masak dinner jam 11.30 malam. Sebabnya dari jam 7.30pm aku sudah masuk tidur. I'm so tired.
Tapi sebelum itu semua orang sudah dinner awal di kedai mamak dekat rumah. Aku order roti naan and ayam tandoori. Itu pun makan kongsi-kongsi. Hubby makan mee mamak dan Haziq makan roti canai, tapi tidak habis juga. In the end hubby yang tolong habiskan semua makanan.

Aku masak paprik sotong malam tadi itu. Lepas itu layan movie Mantra. Entah tidak pernah tahu movie ini pun. So tengok sahajalah.
Then habis tengok movie, lipat kain. Boleh gitu..kan. Maka kami tidur pada jam 3am.

Wednesday, July 14, 2010

The A-Team vs Predators


Yup, aku menonton movie ini bersama hubby last Saturday. Dalam keghairahan kerana 1st time pergi Pavillion. Dalam kepadatan orang di GSC Pavillion itu, kami redah juga.
Yang menjadi kurang menarik ialah menonton tanpa pop corn dimulut untuk dikunyah.
Juga tanpa air coke untuk menaikkan lagi kandungan gula dalam darah aku.
Macam tidak kena...kan. Masuk tengok movie dalam panggung dengan tangan yang kosong.
Hendak atau tidak aku layan sahajalah gula hack dan fisherman friend silih berganti.
Hubby pula layan telan air liur...mungkin.
Sempat lagi juga aku muntah sekali di toilet bersih wangi dalam GSC. Aku kan kalau batuk sekali memang parah sekarang ini.

Back to the movie. Erm. aku dan hubby kan duduk seat 3 rows dari depan. Sudah itu sahaja tempat yang ada masa kami pilih/beli tiket.
Faham-faham sahajalah bagaimana keadaannya. Dengan jalan cerita yang tembak sana sini juga dengan predator yang lari sana sini. Dengan juga adegan movie sekarang ini bukan main kejamnya.

Mula-mula itu berpinar mata juga untuk menguasai keadaan. Rasa macam nampak bintang- bintang walhal masa itu baru masuk jam 2 petang..mana ada bintang bangun tidur waktu itu.
Kemudian pelan-pelan kami cuba walaupun macam tidak boleh cuba untuk layan story diam-diam.
Dengan penambahan cerita condition situation kerusi yang empuk dan lebar. Dan kecondongan kerusi kebelakang sedikit ketara..sampai aku rasa macam hendak tidur. Memang sudah designnya begitu.
Boleh masa tengok movie itu aku rasa macam tengah tengok movie di rumah sahaja.

Ceritanya bagi aku hatta layak di panggil so so sahaja.
Sebijik macam cerita predator yang dulu-dulu.
Jadi halimunan ketika memburu, membunuh dengan kejam dan kemudian buat bunyi graaaarrrr.
For me nothing special...sorry to said lah.
Orang lain....aku tidak tahulah. Tapi masa beratur itu, aku memang dengar-dengar juga yang mereka mereka akan pilih movie ini as their third choice kalau 2 filem yang tengah hot masa itu sold out on the time giliran mereka sampai untuk membeli tiket. 
See!!!!

Aaaaaaa, aku suka citer The A- Team ini. Best..kelakar dan memang menjiwai sungguh. Ini memang aku rekomen gitu. Tapi terkejut juga bila bukan Mr. T yang berlakon. Bila sudah menonton, aku suka pelakon yang menjadi Mr T tu. Juga sebab ada Liam Nelson berlakon.
Cerita memang moving fast. Sentiasa hot.
Aku menonton dirumah sahaja cerita ini.

Sunday, June 20, 2010

The Back-up Plan de movie


Hari itu sempat layan movie ini. Dirumah sahajalah kan. Harap maklum, kalau kami yang ada anak-anak masih kecil ini, tidak digalakkan ke panggung untuk menonton. Bukan apa, sungguh tidak sampai hati untuk meninggalkan sicomel berdua itu.

Bagi aku cerita ini, level komedi cerita ini ringan sahaja. Tapi memang kelakarlah. Ada part yang memang aku ketawa kuat gitu...lawak.

Asalnya J.Lo cuba untuk mengandung menggunakan kaedah masukkan benih ke tut. Dia ingin pregnant tanpa bantuan lelaki. Dia mahu jadi single mother. Secara tidak sengaja dia berjumpa dengan Alex yang akhirnya mereka jatuh cinta. Movie terus berjalan dengan mengisahkan bagaimana pasangan yang baru jatuh cinta tetapi Alex pula terpaksa menjadi bakal bapa dan bakal suami bidan terjun begitu cepat sekali. Dia terpaksa melayan kerenah J.Lo yang mabuk pregnant dan kerenah luar jangkaan perempuan prenant.

Ishhh..memang terimbau kembali sungguh kenangan masa aku pregnant tahun lepas. Sana sini dengan muntahnya. Kalu diikutkan time tidur memang adalah masa yang sukar kerana terpaksa mencari posisi tidur yang selesa dengan keadaan perut yang boyot.
Baru aku tahu ada bantal khas untuk orang pregnant bila aku tengok movie ini yang di pakai oleh J.Lo.....wah wah wah cam best je bantal itu.
Bila agaknya bila rasa guna bantal ni?hikhikhik

Thursday, June 3, 2010

Movies update

Memandangkan all my loose materials sudah habis untuk membuat gelang. Maka rutin dirumah telah berubah. Kami sekeluarga lebih kepada aku dan hubby lah berpeluang menonton movies. Dirumah sahajalahkan. Sungguh seronok sekali sebab sudah lama tidak menonton-nonton ini..kan.

Insyallah hujung minggu ini barangan baru akan sampai sebab aku telah selamat membuat order online pada hari Isnin lepas. Oh sungguh tidak kesabaran untuk melihat batu-batuan yang cantik mantik itu.


Mixed Gemstones

Cadang-cadangan memang mahu menonton filem ini di panggung. Ialahkan hari itu kan dapat 2 tiket movie free masa di DiGi party. Konon-kononnya mahu gunalah. Sebenarnya hendak bawa Haziq menonton movie 3D lah kan. Tapi-tapinya, fikir semula. Haziq mungkin belum boleh faham apa itu 3D movie. Lagipun masa tengok movie Shrek ini malam tadi pun, Haziq kejap-kejap pergi main. Lepas itu baru kembali duduk menonton.
So memang belum masanya lagi Haziq untuk di bawa ke panggung.

Aku hendak komen sikit cerita Shrek ini.
Sungguh itulah hakikat kehidupan orang yang telah berkawin, apabila masa bersama berdua-duan sudah tidak ada lagi. Apa yang ada ialah kehidupan harian yang rutinnya ialah anak, kerja dan anak kembali.
Pada mereka yang tidak sabar seperti Shrek terus mengambil apa sahaja peluang yang ada untuk cuba LARI dari kehidupan berkeluarga. Tapi belum sampai sehari dia sudah merindui isteri dan anak-anak di kehidupan barunya itu.
Lihatlah, bila semua ada didepan mata, kita tidak menghargainya. Hatta apabila kononnya hendak bersendirian, terus-terus merindui hingga menitik air mata sekali.
Memang aku cukup teruja menonton cerita itu.
Ia memberi kesedaran dan membuat kita lebih menjaga hubungan kekeluargaan dengan ikhlas dan gembira.


Movie Prince of Persia and The Wolfman ini pun seronok juga. Memang ini antara filem-filem yang aku suka. Penuh dengan aksi. Tapi jalan cerita biasa-biasa sahajalah. Tiada yang menarik. Cukup sekadar mengisi masa lapang yang terluang.

Thursday, April 15, 2010

Ninja Assassin the movie.


Movie ini aku menonton masa dalam pantang hari itu rasanya. Sudah lama. Mostly jalan cerita memang ganas, cantas sana sini menggunakan pedang. Tiada moral of the story pun. Cuma part lawan lawan dan lawan memang beautiful...lawa...kemas.

Sinopsis -
The story centers on Raizo (played by impossibly pretty Korean pop star Rain), a defector from a brutal Spartan-esque school of ninja badassery, where he trained to be an assassin from childhood. It would seem that, after mastering the skills to fight an adversary blindfolded, will his body to heal its own wounds, and take down multiple attackers with what looks like a knife on the end of a wallet chain, Raizo realized that the sensei who ran his school was just using him for his own evil ends -- namely, profit. Meanwhile, intrepid Interpol investigator Mika (Naomie Harris) starts sniffing around the clandestine ninja association's track record and unwittingly makes herself a target. So, naturally, because he shares her desire to bring the organization down (and maybe because she reminds him of the weirdly compassionate girl who once trained with him to be a hired killer), he rescues her from vivisection and the two team up.

Saturday, April 10, 2010

The Young Victoria movie.


Menonton movie ini malam tadi. Amat menyukai jalan ceritanya.. Queen Victoria dan Prince Albert mempunyai 9 orang anak. Prince Albert mati pada usia 42 tahun.


Sinopsis movie -
Apart from having the longest reign in British history (63 years), Queen Victoria also holds two other distinctions. She was, apart from our current Queen, the oldest ever British monarch, living to the age of 81. And she was also the youngest ever British (as opposed to English or Scottish) monarch, coming to the throne as a girl of eighteen. And yet whenever television or the cinema make a programme or film about her, they seem far more interested in the older Victoria than they do in the young girl; the version of Victoria with which modern audiences will probably be most familiar is Judi Dench in "Mrs Brown". "The Young Victoria" tries to redress the balance by showing us the events surrounding her accession and the early years of her reign. It has the rare distinction of being produced by a former Royal, Sarah Duchess of York, whose daughter Princess Beatrice makes a brief appearance as an extra.

There are three main strands to the plot. The first concerns the intrigues of Victoria's mother, the Duchess of Kent, a highly unpopular figure even with her own daughter, largely because of the influence of her adviser Sir John Conroy, who was widely rumoured to be her lover. (According to one unfounded rumour he, and not the late Duke of Kent, was Victoria's natural father). The second strand concerns the growing romance between Victoria and her German cousin Prince Albert, and the attempts of King Leopold of Belgium, who was uncle to both of them, to influence this romance. (Leopold's hope was to increase the prestige of the House of Saxe-Coburg, to which both he and Albert belonged). The third concerns one of the strangest episodes in British political history, the Bedchamber Crisis of 1839, when supporters of the Tory Party (which had traditionally supported a strong monarchy) rioted because the young Queen was perceived to favour the Whig Party and their leader Lord Melbourne, even though the Whigs had historically supported a quasi-republican system of government, with the monarch reduced to a figurehead.

Scriptwriter Julian Fellowes is known for his Conservative views, and at times I wondered if this may have coloured his treatment of political themes, as he seems to lean to the side of the Tories, the predecessors of the modern Conservative party. Their leader Robert Peel is shown as statesmanlike and dignified, whereas Melbourne, for all his dash and charm, is shown as devious and uninterested in social reform. There may be some truth is these characterisations, but Fellowes glosses over the fact that only a few years earlier the Tories had opposed the Reform Act, which ended the corrupt electoral system of rotten boroughs, and that they had benefited from William IV's unconstitutional dismissal of a Whig administration.

Lessons in dynastic and constitutional history do not always transfer well to the cinema screen, and this one contains its share of inaccuracies. Prince Albert, for example, was not injured in Edward Oxford's attempt on Victoria's life, and Melbourne (in his late fifties at the time of Victoria's accession) was not as youthful as he is portrayed here by Paul Bettany. King William IV certainly disliked the Duchess of Kent (who was his sister-in-law), but I doubt if he would have gone so far as to bawl abuse at her during a state banquet, as he is shown doing here. I also failed to understand the significance of the scene in which the Duchess and Conroy try to force Victoria to sign a "Regency Order"; the Duchess's constitutional position was made clear by the Regency Act 1830, which provided that she would become Regent if her daughter was still under eighteen at the time of her accession. No piece of paper signed by Victoria could have altered the provisions of the Act.

There are also occasional infelicities. In one early scene we see Victoria and Albert playing chess while comparing themselves to pawns being moved around a chessboard, a metaphor so hackneyed that the whole scene should have come complete with a "Danger! Major cliché ahead!" warning. Yet in spite of scenes like this, I came to enjoy the film. There were some good performances, especially from Miranda Richardson as the scheming Duchess and Mark Strong as the obnoxious Conroy. It is visually very attractive, being shot in sumptuous style we have come to associate with British historical drama. Jim Broadbent gives an amusing turn as King William, although he does occasionally succumb to the temptation of going over the top. (Although not as disastrously over the top as he was in "Moulin Rouge").

The main reason for the film's success, however, is the performances of Emily Blunt and Rupert Friend as the two young lovers Victoria and Albert. Blunt is probably more attractive than Victoria was in real life, but in her delightful portrayal the Queen is no longer the old lady of the popular imagination, the black-clad Widow of Windsor who was perpetually not amused, but a determined, strong-minded and loving young woman. Her love for Albert, and their happy family life together, was one of the main reasons why the monarchy succeeded in reestablishing itself in the affections of the British people. (With the exception of George III, Victoria's Hanoverian ancestors had been notoriously lacking in the matrimonial virtues). Blunt and Friend make "The Young Victoria" a touching romance and a gripping human drama as well as an exploration of a key period in British history.

Wednesday, March 31, 2010

My Name Is Khan movie.

Pertama kali tengok iklan movie ini di Astro, aku terus macam 'jatuh cinta' gitu. Entahlah, gazet yang ditunjukkan nampak macam best. Mungkin cerita ini best...kot. Balik sahaja ke KL terus aku minta hubby download kan cerita ini. Lagi pula aku ingat cerita ini guna bahasa omputih..tapi rupanya guna bahasa hindustan juga.
Sinopsis movie -
Rizvan Khan (Shah Rukh Khan) suffering from what Dustin Hoffman experienced in Rainman – autism or more specifically Asperger Syndrome. He is intelligent enough to comprehend situations but too innocent to understand people. After the death of his mother in India, he shifts to US with his brother (Jimmy Sheirgill) and sister-in-law (Sonya Jehan).
Rizvan marries Mandira (Kajol), a divorcee with a kid. Post 9/11 attacks.As a Muslims are abused and attacked randomly in US. A tragedy alienates the couple as Rizvan sets on a journey that he believes would reunite him with Mandira.

Setelah anak tirinya meninggal dunia akibat dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya yang marah dengan orang beragama Islam, SK meneruskan niatnya untuk bertemu presiden USA. Hasratnya hanya untuk memberitahu pada presiden bahawa -
' my name is khan. i'm not a terrorist.' 
 Akhirnya memang dia dapat berjumpa dengan presiden


Yang aku bengang sungguh dan berkali-kali ialah walaupun terang-terang menunjukkan dia itu Islam dalam cerita itu dan sememangnya dia seorang Islam. 1st time juga aku tengok scene SK ini solat..oklah. Tapi boleh juga dia still tunjukkan budaya orang bollywood Ini yang mengamalkan kawin campur tanpa menukar agama. Didalam filem itu SK telah berkawin dengan Kajol yang beragama hindu.
Apa ke halnya juga diaorang ini?. Tak takut azab ALLAH ke?

Tetiba aku malas hendak nak ulas lagi pasal movie ini..macam bengang pula...chow

Saturday, March 27, 2010

Maut Movie.


Malam tadi aku layan cerita ini. Cerita sudah lama dah. Sudah setahun lebih cerita ini di tayangkan..baru aku terhegeh-hegeh hendak menonton. Macam biasa aku menonton tanpa ingat pun jalan cerita nya macam mana. Tapi layan sahajalah kan. Sudah tiada apa-apa cerita menarik di tv. Aku tiada pilihan...hikhik.

Sinopsis cerita -
Part 1:
A university student named Su is on the way home when she notices one other person travelling alone on her bus, a strange girl all on her own. Later, the same girl calls on her at her home, introducing herself as Fadilah. Su lets her stay the night because she says she has been robbed. The next day, the mysterious girl vanishes and news of a missing person resembling her appears on television. Will Su get to the bottom of the ghostly presence?

Part 2:
A successful air stewardess named Farah lives recklessly with her Caucasian boyfriend Duke, indulging in all manner of sins. They soon marry but cracks in their relationship appear when Duke is caught with another woman at their wedding party itself. When Farah falls into a coma, visions of hell torment her on account of her wayward ways. However, can she repent in time to save her marriage and herself?

Part 3:
An angry young man named JJ has long lost his faith, sporting tattoos and makeup as part of his gothic black metal lifestyle. However, the mysterious appearance of a holy man shakes him up. One day, he crashes his car together with his motley crew of head-banging friends on the way home from an illegal concert, injuring himself seriously. Can he redeem himself before it is too late?

Tapi lah kan...aduhai cerita ini memang 'bebas' sungguh. Terkejut juga tengok cerita melayu mempunyai jalan cerita macam itu. Itu lah sebenarnya realiti kehidupan orang sekarang. Memang ada kebenarannya. Disamping itu bila di tunjukkan scenes bagaimana Farah 'di seksa' semasa dia koma 3 hari..sungguh membuat kita tersedar dari pada terus melanggar perintah ALLAH.  Untung Farah diberi peluang untuk kembali bertaubat.

Dalam scenes Jamil pula ditunjuk bahawa mayat nya tidak diterima bumi. Tanah kuburnya mendap walaupun setiap kali sudah di tambah tanah lagi. ALLAH MAHA BESAR. Jamil seorang pengikut black metal yang badannya bertatu. Dia mati kerana kemalangan bersama kawan-kawannya yang memandu ketika mabuk. Jamil pula tidak sempat bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR DAN DIREDHAI PADA KITA SEMUA HAMBANYA...AMIN.

Thursday, March 25, 2010

Alice in Wonderland 2010.



Movie download pertama aku tonton apabila berada dirumah KL ialah ALICE IN WONDERLAND. Walaupun pada mulanya hubby mengajak menonton movie Christmas Carol. Memang melayan juga pada mulanya cerita itu, tapi disebabkan aku tidak langsung mengetahui jalan cerita Christmas Carol tersebut maka aku minta hubby tukar ke cerita Alice. Sebab aku rasa cerita Alice mungkin lebih menarik...nama pun wonderland.
Malangnya jalan cerita Alice bagi akulah biasa-biasa sahaja bagi aku lah. Ini membuatkan aku jadi cepat bosan melayan jalan cerita yang begitu-begitu . Watak yang ada memang menarik. Semuanya comel dan wonderland sekali. Hendak atau tidak aku layan juga cerita itu sampai habis berdua. Sedangkan Haziq telah selamat tidur dipertengahan cerita didepan tv.
Mungkin cerita ini tidak sesuai untuk orang dewasa....kot. Atau lebih sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Entahlah..

Thursday, November 19, 2009

The Ugly Truth and Cloudy with a Chance of Meatball movie.

Synopsis: The battle of the sexes heats up in Columbia Pictures' comedy The Ugly Truth. Abby Richter (Katherine Heigl) is a romantically challenged morning show producer whose search for Mr. Perfect has left her hopelessly single. She's in for a rude awakening when her bosses team her with Mike Chadway (Gerard Butler), a hardcore TV personality who promises to spill the ugly truth on what makes men and women tick.

Malam selasa lepas aku dan En Hendra menonton movie ini. Sebenarnya macam tiada mood hendak menonton cerita komedi romantik. Tapi sudah-sudah movie itu sedia ada di download oleh En Hendra...so apa salah nya tengok sahajalah.

Memula rasa macam bosan...tapi lama-lama aku pula yang ketawa paling kuat...hahahahaha. Cerita ini memang lawak sungguh. Sepanjang movie aku asyik ketawa sahaja...lastly jadi lapar pula. Aku pause sekejap cerita itu. Rajin pula aku menggoreng keropok juga fries sekali. Aduhai best sahaja...makan...menonton.



Dan malam minggu lalu menonton cartoon movie CLOUDY with a CHANCE of MEATBALL. Masa menonton cerita ini memang sudah lewat malam. Perut mak buyung masa itu ala-ala sudah lapar semula. Tapi aku cuba tahan kan juga sebab lepas menonton boleh terus tidur kan. Sudahlah pula cerita ini suka-suka tunjuk makanan itu ini. Dengan burgernya...hotdog...ice cream bagai dan macam-macam lagi.
Aduhaiiiiiii......terliur aku di buatnya..walaupun cerita kartun...lawak sahaja kan.

Boleh sahaja di rekanya mesin yang boleh mengeluarkan apa sahaja makanan hanya dengan satu bekas air putih...macam-macam sungguh.

Synopsis: In 2009, Columbia Pictures' and Sony Pictures Animation's "Cloudy with a Chance of Meatballs" will be the most delicious event since macaroni met cheese. Inspired by the beloved children's book, the film focuses on a town where food falls from the sky like rain. Bill Hader will voice Flint Lockwood, a young inventor who dreams of creating something that will improve everyone's life. Anna Faris takes on the role of Sam Sparks, a weathergirl covering the phenomenon who hides her intelligence behind a perky exterior. James Caan plays Tim Lockwood, Flint's technophobic father. Andy Samberg plays Brent, the town bully who has plagued Flint since childhood. Bruce Campbell plays Mayor Shelbourne, who figures out that Flint's invention can put the town, and more importantly himself, on the map. Mr. T plays the by-the-rules town cop Earl Devereaux, and Tracy Morgan takes on the role of Earl's rule-breaking son, Cal.

Friday, November 6, 2009

Jennifer's Body da movie and Lion King I & II.

Ermmm...boring sungguh movie ini. Memang semata-mata guna nama Megan Fox untuk lariskan filem. Penat aku menunggu cerita ini..bilalah hendak ending. Jalan cerita pun boring. Aku bukan peminat perempuan ini pun. Aku tengok di rumah dengan En Hendra. Exsploitasi sahaja.

Sebelum itu kami menonton movie ini. Aku tengok cerita ini pada tahun 1994 di cinema lagi bersama adik bongsu dan kakak aku. Lama sungguh kan. Memang aku suka cerita ini..di tambah dengan soundtrack dia memang best.

Movie yang ini macam slow sikit. Entahlah. Tapi aku layan jugalah sampai habis bersama En Hendra and Haziq. Bagi aku cerita ini kurang sesuai untuk Haziq sebab dia boleh tertidur masa menonton. Sebab jalan cerita Lion King ini tiada unsur-unsur lawak untuk budak bawah umur 3 tahun...iyea kea??

Thursday, October 29, 2009

UP movie.


A young Carl Fredrickson meets a young adventure spirited girl named Ellie. They both dream of going to a Lost Land in South America. 70 years later, Ellie has died. Carl remembers the promise he made to her. Then, when he inadvertently hits a construction worker, he is forced to go to a retirement home. But before they can take him, he and his house fly away. However he has a stowaway aboard. An 8 year old boy named Russell, whose trying to get an assisting the elderly badge. Together, they embark in an adventure, where they encounter talking dogs, an evil villain and a rare bird named Kevin.

Hari cuti lepas kami sekeluarga menonton kartun ini...semestinya di rumah sahaja. Malas sungguh hendak keluar kemana-mana pun. Pada mulanya aku ingat cerita ini mungkin membosankan. Ialah kan..tengoklah gambar diatas itu...orang tua..budak...belon..rumah kena terbang..ermmm. Tapi setelah menonton aku rasa cerita ini ada mesej gitu.

Carl pada mula nya tidak mempedulikan keadaan sekeliling rumahnya atau siapa-siapa pun. Selepas kematian isterinya dia lebih berfikir untuk menunaikan hasrat isterinya untuk ke South Amerika.

Pada ketika pegawai rumah orang tua datang untuk mengambil dia...Carl telah bersedia untuk menerbangkan rumah nya. Beribu-ribu belon telah siap diikat dan rumahnya selamat diterbangkan. Pengembaraan Carl bermula..dan kebetulan seorang budak lelaki berada di anjung rumahnya semasa rumah diterbangkan.

Di akhir pengembaraan nya Carl telah menjadi seorang yang cukup penyayang kepada seorang budak lelaki, seekor anjing juga pada seekor burung hutan.

Bagi aku lah kan...story ini memang sesuai jadi koleksi Haziq yang memang hari-hari agenda utama nya ialah menonton dvd kartun.

Sudah-sudah aku ini memang hafal dah jalan cerita kartun-kartun dalam koleksi Haziq.

Toy Story 1 & 2
Monsters Ins.
Ice Age 1,2 & 3
Cars

Chicken Little
Animation cartoons

Itu sahaja yang aku ingat...ada banyak lagi.

Friday, October 16, 2009

Setem.

In 1847, Lord Arthur Barring asks a watchmaker to invent a postal stamp. However, an Indian governor laughs because there are some mistakes on the stamp. Lord Arthur Barring got angry and decided to throw away the stamp. 160 years later, Barring’s grandchild, Charles Barring IV, produces the stamp at a press conference, now worth millions of ringgit. Scheming Joe (Afdlin Shauki) and Sid (Rashidi Ishak) want to steal the stamp. However, they are not alone.

Dan aku menonton cerita ini dengan memakan masa 2 hari untuk habiskan the whole movie. Ish ish bukan jalan ceritanya panjang, tapi biasalahkan sekarang ini aku mesti tidur awal..seawal 9 pm atau sebelum jam 10 pm. So manalah dapat hendak habiskan movie itu sampai habis..kan. Walaupun En Hendra and Haziq belum tidur tetapi mereka tetap ikut-ikut aku masuk tidur awal.
Sehati sejiwa sungguh...

Balik ke jalan cerita setem, bagi aku gandingan Rashidi dengan Afdlin kiranya serasilah. Dan juga semua pelakon-pelakon dalam movie itu. Tapi kalau Kabir Bhatia story semestinya menggunakan muka-muka yang sama sahaja. Itu itu sahaja orangnya. Aku rasa sudah tiba En Pengarah itu cuba menukarkan pula ke muka-muka baru..bagi peluang pelakon-pelakon lain pula mencuba nasib bekerja di bawah dia. Bosan juga bila melihat balik-balik muka Que Haidar...balik-balik muka Vanidah Imran dan ada lagi lah muka-muka itu sahaja.
Ermmm...rasanya muka baru bagi filem kali ini ialah Isma Yussof yang berlakon sebagai pendatang haram dari Indonesia.
Lagi juga aku suka benar dengan lakonan Indi Nadarajah sebagai Mani iaitu bekas banduan yang baru keluar dari penjara tetapi sudah merancang mencuri Setem untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah. Dia bergandingan dengan Sathia.

Memang gelak kuat aku masa menonton cerita ini. Banyak aksi lawak sana sini dalam filem ini.
Cuma rasanya ada beberapa adegan yang macam bodoh gitu. Macam tidak kena langsung...seperti adegan Afdlin di tembak. Punyalah banyak kali tembakan di lepas kan. Tapi satu pun tidak kena pada dia. Padahal masa itu dia di kurung dalam bonet kereta dan ditembak di dalam jarak dekat sekali...ish ish..kureng sungguh kan...

Tapi apa-apa hal pun rasanya tidak salah meluangkan masa menonton filem tempatan ini. Di samping menyokong industri, bagi aku filem ini memang boleh membuat orang ketawa...macam aku ketawa...hik hik.

Wednesday, October 14, 2009

Tidur dan movie merupakan agenda utama..

Mee hoon goreng cooked by me for breakfast on saturday morning.

Instant curry puff for breakfast on sunday morning.

Tea time 'keropok' on sunday.

Erm sabtu dan ahad baru-baru ini memang fully duduk di rumah sahaja. Alhamdulilah aku mampu dan larat masakkan breakfast and lunch for my En Hendra. Aku suka melihat dia makan bertambah-tambah dengan masakan aku yang tidak seberapa itu. Tengahari itu di sebabkan aku mahukan masakan yang simple dan mudah sahaja so aku cuma masak daging masak lada hitam, sosej ayam dan ubi kentang masak sambal dan goreng sayur sawi putih.

Memang tidak boleh buat apa-apa langsung aku ini bila habis sahaja breakfast aku terus pergi baring di katil. Dunno lah, im feel so tired...hendak berbaring dan terlelap dalam sejam gitu. Itu baru prepared dan masak sendiri mee hoon goreng...aku sudah begitu penat. Bangun-bangun itu terus pula prepared for lunch...and terus makan lepas habis masak semua itu. Lelepak sekejap, aku terlelap lagi. Aduhaiiii...

Petang itu aku dan Haziq menonton movie trailer 9 iaitu sebuah computer animated film. Dan aku suka cerita-cerita komputer animasi begitu.
Sinopsis movie -

“When 9 (Wood) first comes to life, he finds himself in a post-apocalyptic world. All humans are gone, and it is only by chance that he discovers a small community of others like him taking refuge from fearsome machines that roam the earth intent on their extinction. Despite being the neophyte of the group, 9 convinces the others that hiding will do them no good. They must take the offensive if they are to survive, and they must discover why the machines want to destroy them in the first place. As they’ll soon come to learn, the very future of civilization may depend on them.”


Petang ahad pula aku with Haziq semestinya lah menonton teaser 3D animated trailer title Coraline. Movie ini pun memang best. Jalan cerita yang suspen dan menyeronokkan membuat kan aku tidak bergerak langsung ketika menonton. Masa tengok movie inilah aku break sekejap untuk menggoreng keropok. Best kan sesambil menonton sesambil menguyah sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails