Followers

Showing posts with label Sekolah Haziq. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Haziq. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

Kelas untuk student sudah bermula..

Allahuakbar, kenapalah tidak pernah ada kesempatan hendak update blog.

Minggu ini sudah masuk minggu kedua kuliah untuk semester baru di opis aku. Ok lah, mungkin memang rezeki aku dapat workload sikit kali ini. Syukur pada ALLAH sgt.

Memang start aku amek master dulu, workload memang mencanak-canak sungguh. Akibatnya, master thesis aku tertangguh. Sedih jugalah sebab aku terpaksa extend semester kerana master thesis masih zero.
Dan alhamdulilah aku sudah submit chapter 1 pada minggu pertama Nov baru ini. Tapi belum ada feedback dari supervisor.

Kisah hari Ahad, hubby semak result exam Haziq secara online. Benar, perjalanan Haziq masih jauh. Lagipun Haziq masih sekolah rendah sahaja pun. Namun aku gembira, bergenang air mata. Tidak sangka Haziq usaha sungguh untuk exam nya. Syukur alhamdulilah Haziq dapat no 2/36 untuk peperiksaan akhir tahunnya darjah 3.

Continue nanti insha ALLAH.





Tuesday, January 19, 2016

Harga baju tadika kemas dan baju sekolah anak-anak 2016



Kisah belanja barang sekolah anak-anak. Tahun 2016 ini kami membeli untuk 3 orang sudah. Sebelumnya hanya Haziq seorang sahaja. Memang lewat membeli belah kami. Maklumlah cuti sekolah baru-baru ini leka sungguh bercuti sakan.
Lepas mendaftar Haifa dan Haqeem pada 1 January 2016, kami balik ke kg. Pada hari Sabtunya kami ke Batu Kikir untuk membeli keperluan mana yang ada lah. Alhamdulilah baju di situ boleh tahan murahnya dan juga masih berquality. 
Di situ kami membeli - 
  1. Baju kurung tadika kemas cotton Haifa RM sepasang RM 20.90 x 2 = RM 41.80
  2. Baju kurung putih cotton Haifa RM 9.90
  3. Singlet Haifa RM 6.90
  4. Baju kemeja tadika kemas cotton Haqeem sehelai RM 16.90 x 2 = RM 33.80
  5. Seluar panjang tadika kemas Haqeem RM 16.90
  6. Seluar panjang Haziq RM 19.90
  7. Baju sekolah kain licin Haziq RM 15.90
TOTAL RM 145.10

Sebelum itu kami membeli kasut sekolah di Giant
  1. Kasut Diadora Haziq RM 39
  2. Kasut seperti gambar di bawah sepasang Haifa dan Haqeem, RM3.60 harga promosi x 4 = RM 14.40
TOTAL RM 53.40



Kedai M&M Store

  1. Membeli stokin (3 pasang satu plastic) RM 9 x 3 = RM 27
  2. Track Suit RM 10 x 2 pasang = RM 10
  3. Tshirt putih RM 6 x 2 pasang = RM 12
TOTAL RM 49

Kedai Hari-Hari
  1. Baju Melayu kain licin Haqeem sepasang RM 31.90
  2. Samping biru Haqeem RM 8.90
  3. Singlet Haifa RM6.90
Total RM 47.70

Fees Haifa dan Haqeem total RM 360

Makluman kami memang tiada membeli beg sekolah baru pun. Haziq masih pakai beg tahun lepas. Haifa dan Haqeem pakai beg sekolah BEN 10 kaklang bagi, turun dari Ezad.

Total out semuanya ialah RM 655.20
Kami shopping barang sekolah anak-anak ialah dalam bulan January ini. 
Planning on February, inshaALLAH belikan Haziq sepasang baju sekolah lagi dan juga mungkin beg sekolah baru juga. Bagi aku kedai M&M Store dan juga kedai biasa sahaja di kg aku menawarkan harga yang berpatutan. Mungkin beza harga until RM10. 
Mungkin ada kedai lain yang tawa harga lebih murah. Tapi bagi aku itu sahaja yang termampu untuk survey serba sedikit. 


Beg BEN 10 

Wednesday, January 14, 2015

Don't give up


InshaAllah hari ini saya mula ambil duty ambil Haziq balik dari sekolah. Sebelum ini memang HC yang ambil. Memandangkan kami telah berpindah ke Bukit Jalil pada tahun lepas lagi, Makanya sekolah Haziq memang sudah terkeluar dari area rumah kami duduk sekarang. Transport pun tiada. Pergi sekolah memang HC yang hantarkan.
Kami cuba untuk bertahan, sebab suka dengan cikgu sekolah Haziq yang bagus. Ialah Haziq dari kosong dan mendapat keputusan kurang baik pada peperiksaan pertengahan tahun. Terus menggapai bintang keputusan untuk akhir tahun, Haziq lompat banyak kelas untuk masuk ke tahun dua. Dulu Haziq kelas nombor 6/8. Tahun 2 sekarang Haziq kelas 2/8. Mak pak mana tak happy bila anak cemerlang.

Tapi malam tadi HC macam sudah proposed, kita perlu tukarkan sekolah Haziq ke sekolah bukit jalil. Sekolah rendah agama dan sekolah kebangsaan.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails