Payung warna-warni sebagai hiasan
Assalamualaikum,
Salam Ramadan pada semua kawan-kawan blogger. Semoga sihat hari ini dalam menjalankan ibadah puasa. ameen.
Saja hendak tunjuk pictures masa pergi Floria hari itu. Masa ini ialah pada hari Sabtu. Maknanya hari Ahad esoknya ialah hari terakhir Floria.
Kan hari Sabtu itu, anak-anak semua kaklang bawa balik kg. Makanya selepas menghantar ke rumah kaklang dan setelah selesai urusan petang itu, saya mencadangkan pada HC untuk ke Floria.
Kami sampai di sana dekat jam 5 lebih, masa matahari tengah terik juga lah.
Round pun tidak lama, sebelum maghrib kami sudah keluar dari Putrajaya.
Since sudah perlu membayar untuk masuk ke Floria, saya sebagai pengunjung tegar Floria setiap tahun, nampak macam sudah lain objective Floria kali ini. Kiranya lainlah dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau tidak memang penuh bunga-bunga segar cantik keseluruhannya.
Tapi kali ini, theme Floria memang berbezalah. Macam ada contest yang telah di jalankan, dan semua project peserta di tunjukkan di di situ. Yang saya perasan ia adalah pertandingan peringkat polyteknik dan sekolah.
Tempat jualan bunga dan baja memang ada macam dulu-dulu, sama.
Dan lagi di sebabkan cuaca memang panas, sudah nampak macam pesta makan dan minum sahaja. Orang semua asyik beli air sahaja.
Serius memang lain sungguh kali ini.
Asyik gambar saya dan Hafiy sahaja, HC langsung tidak mahu bergambar
Hafiy
Hafiy lagi, jadi model
Selamat berpuasa semua
Ikhlas dari miss Haslina
3 comments:
Bestnya blh pegi..kita teringin nk pegi tgk payung terapung tu..hihi..
Salam Ramadhan akak...
Akma tak sempat nk pegi pun tahun ni...so x bertambah lea orkid di rumah...heheheh
kaori - in sha ALLAH, ada rezeki tahun depan leh datang tgk
akma - salam ramadan,
akak pun pg saja nak isi masa lapang, x de beli ape2 pun.
wow, bestnya rajin bela bunga. hobi yg bagus.
Post a Comment