Followers

Monday, June 23, 2008

berita harian online - Kenaikan gaji CEO TNB ditolak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan memutuskan untuk menolak cadangan kenaikan 100 peratus gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas cadangan kenaikan gaji berkenaan dikemukakan lembaga pengarah syarikat terbabit kepada Perbendaharaan baru-baru ini.
Malah, beliau berkata, bukan saja cadangan kenaikan gaji CEO yang ditolak, sebaliknya Perbendaharaan turut membuat keputusan yang sama terhadap semua pegawai tertinggi bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

"Cadangan untuk kenaikan itu dikemukakan kepada Perbendaharaan dan kita membuat keputusan tidak meluluskannya," katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Khas Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, mengikut laporan tahunan TNB, gaji Che Khalib sebagai CEO syarikat berkenaan ialah sebanyak RM1,107,280.00 setahun.

Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan tindakan Lembaga Pengarah TNB mengemukakan cadangan menaikkan 100 peratus gaji Che Khalib, yang disifatkan sebagai tidak wajar dilakukan terutama ketika semua pihak disaran berjimat-cermat.
Kesatuan Pekerja TNB turut tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan, terutama dalam keadaan ketika syarikat terbabit hanya menawarkan pelarasan dan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu sebelum ini berkata, kenaikan gaji Che Khalib adalah sesuatu yang wajar kerana ia berdasarkan kepada prestasinya.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, sebagai sebuah GLC, TNB memang mempunyai pakej imbuhan serta ganjaran yang bersandarkan prestasi dan kenaikan gaji Che Khalib itu diberikan kerana beliau berjaya menambah nilai dalam syarikat terbabit.

Weh weh.....tgk tu salary CEO TNB RM1,107,280.00 per year. Meaning RM92,273.33 per month, almost RM100,000.00. Pastu nak naik lagi 100%...meaning RM2,214,560.00 per year and RM184,546.66 per month. With the economy condition and situation in malaysia right now..it really not applicable for the salary rising...its to much..
But everybody knows that work loads for CEO like and maybe the increment is really suitable with his big affort to the company..maybe.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails