Followers

Friday, April 30, 2010

Bad habits can age you by 12 years, study suggests

FILE - In this Tuesday, June 3, 2008 file photo, an employee takes
 a drag on a cigarette at Morgan's Place bar and restaurant in 
Harrisburg, Pa. Four  
AP – FILE - In this Tuesday, June 3, 2008 file photo, an employee takes a drag on a cigarette at Morgan's …
CHICAGO – Four common bad habits combined — smoking, drinking too much, inactivity and poor diet — can age you by 12 years, sobering new research suggests. The findings are from a study that tracked nearly 5,000 British adults for 20 years, and they highlight yet another reason to adopt a healthier lifestyle. Overall, 314 people studied had all four unhealthy behaviors. Among them, 91 died during the study, or 29 percent. Among the 387 healthiest people with none of the four habits, only 32 died, or about 8 percent.

The risky behaviors were: smoking tobacco; downing more than three alcoholic drinks per day for men and more than two daily for women; getting less than two hours of physical activity per week; and eating fruits and vegetables fewer than three times daily. These habits combined substantially increased the risk of death and made people who engaged in them seem 12 years older than people in the healthiest group, said lead researcher Elisabeth Kvaavik of the University of Oslo. The study appears in Monday's Archives of Internal Medicine.

The healthiest group included never-smokers and those who had quit; teetotalers, women who had fewer than two drinks daily and men who had fewer than three; those who got at least two hours of physical activity weekly; and those who ate fruits and vegetables at least three times daily. "You don't need to be extreme" to be in the healthy category, Kvaavik said. "These behaviors add up, so together it's quite good. It should be possible for most people to manage to do it." For example, one carrot, one apple and a glass of orange juice would suffice for the fruit and vegetable cutoffs in the study, Kvaavik said, noting that the amounts are pretty modest and less strict than many guidelines.

The U.S. government generally recommends at least 4 cups of fruits or vegetables daily for adults, depending on age and activity level; and about 2 1/2 hours of exercise weekly. Study participants were 4,886 British adults aged 18 and older, or 44 years old on average. They were randomly selected from participants in a separate nationwide British health survey. Study subjects were asked about various lifestyle habits only once, a potential limitation, but Kvaavik said those habits tend to be fairly stable in adulthood. Death certificates were checked for the next 20 years.

The most common causes of death included heart disease and cancer, both related to unhealthy lifestyles. Kvaavik said her results are applicable to other westernized nations including the United States. June Stevens, a University of North Carolina public health researcher, said the results are in line with previous studies that examined the combined effects of health-related habits on longevity. The findings don't mean that everyone who maintains a healthy lifestyle will live longer than those who don't, but it will increase the odds, Stevens said. On the Net: Archives: http://www.archinternmed.com

how to improve your blog rating - update sikit lagi

Visitors rating from 22 to 28 April 2010. Thank you to them too.

Aku ingin berkongsi bersama kepada yang sudi mengenai how to improve your blog rating
Kalau back to basic semestinya semua benda kita kena rajin dan displain supaya hasilnya nanti insyallah terbaik.
Aku tujukan pengkongsian pengalaman aku yang masih mentah dalam dunia blog ini kepada mereka sudi lah. Aku semenjak kebelakangan ini telah berubah ke lebih baik dan macam rajin selepas aku menjadi habis berpantang anak ke 2 baru-baru ini...alhamdulilah syukur pada ALLAH yang telah makbulkan doa aku selama ini.
Hatta banyak kelebihannya menjadi orang yang rajin ini.

Sejak aku membuat routines  untuk schedule posts memang terserlah sungguh kenaikan rating  aku dari sebelum-sebelum ini. Oleh itu jangan terburuk sangka dengan aku yang ingat kerja aku di office ialah update blog sahaja...hikhik. Selalunya memang aku buat semua itu dirumah sahaja. Lepas si comel Haifa tidur atau Haziq tidur sekali atau dengan hubby tidur juga. Hatta kadang-kadang tidak sempat juga update dirumah, maka aku update di office kalau ada waktu free <-----salah ini guna harta company...hikhik. Walaupun tidak banyak tapi  it is much better from previous. Walhal dulu sungguh amat lembap segalanya. Dan inilah hasilnya..alhamdulilah.
Rezeki dari ALLAH sungguh luas tiada bersempadan.

Ada five campigns running di blog aku. Thank you to Nuffnang.(klik pada gambar untuk gambaran jelas.)

Terima kasih pada mereka-mereka yang sudi membaca blog saya.
(klik pada gambar untuk gambaran jelas.)

Thursday, April 29, 2010

Kaedah penentuan harga menurut Islam

oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN
UTUSAN ONLINE

HARGA memainkan peranan penting dalam menentukan keuntungan kepada penjual. Semakin tinggi harga barang, maka semakin tinggi keuntungan yang diraih oleh entiti yang mengeluar, menjual dan memasarkan barangan tersebut.

Namun, ramai yang tidak memahami bahawa setiap kali mereka menaikkan harga barang, maka semakin meningkat bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.
Maknanya keuntungan yang berlipat-kali ganda akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain.
Islam amat menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan. Ia selaras dengan salah satu sifat Allah, iaitu Maha Adil. Sekiranya diperhatikan dan diselidiki secara mendalam terhadap hukum-hakam Allah, kita akan mendapati bahawa terdapat banyak nilai-nilai Islam yang dipaparkan secara tersurat dan tersirat.

Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belitkan, atau enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (An-Nisa': 135)

Sejajar dengan itu, Islam juga mengharamkan kezaliman. Bahkan, Allah menegah daripada cenderung atau menyokong perbuatan zalim walaupun ia dilakukan oleh orang lain.
Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (Hud: 113)

Dalam membicarakan kaedah penentuan harga, sebenarnya tiada dalil dari nas al-Quran dan hadis secara jelas yang khusus menyentuh tentangnya.
Namun, kita boleh menggunakan garis panduan umum berdasarkan prinsip menegakkan keadilan dan menolak kezaliman sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat-ayat sebelum ini.
Maka kaedah paling tepat dalam penetapan harga ialah jangan sampai menyebabkan ada pihak yang dizalimi.

Harga yang diletakkan kepada sesuatu barang yang ingin dikeluarkan jangan sampai menindas pengguna dan jangan mengabaikan hak penjual untuk mendapatkan keuntungan.
Sebaliknya, ia mestilah berada di pertengahan. Ini sejajar dengan sifat 'ibadurrahman (hamba Allah) yang bersifat pertengahan dalam melakukan perbelanjaan sebagaimana yang dicatatkan dalam al-Quran: Dan (hamba-hamba itu) apabila berbelanja tidak boros dan tidak kedekut, dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian. (al-Furqan : 67)
Penetapan harga juga perlu berdasarkan kualiti dan kuantiti sesuatu produk. Di sinilah pentingnya kejujuran dan ketelusan di pihak peniaga atau penjual.

Kadang-kadang ada di antara kita yang sanggup meniru atau menciplak produk lain sehingga seakan-akan sama.
Lalu diletakkan harga yang sama untuk mengabui pengguna.
Maka berlakulah suasana yang tidak harmoni di antara pihak penjual dan pembeli. Justeru, letakkanlah harga berdasarkan kualiti sebenar barangan tersebut.
Janganlah disebabkan keghairahan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda, kita sanggup menipu para pengguna.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188)

Namun begitu, kita perlu menyedari bahawa turun-naik harga berlaku akibat daktiviti permintaan dan penawaran di pasaran. Salah seorang ulama tersohor dalam bidang fiqh dan siasah syar'iyyah, Ibn Taimiah (1263-1328) mempunyai gagasan yang jelas tentang persoalan menetapkan harga.
Ibn Taimiah atau nama sebenarnya Taqiad-Din Abul Abbas Ahmad ibn Abd. al-Halim ibn Abd. as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani menekankan bahawa sesiapa sahaja termasuk kerajaan tidak boleh terlibat dalam mengaturkan harga.
Ia perlu diserahkan kepada proses normal yang bersandarkan aktiviti pasaran semasa.
Teori yang sama juga dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) melalui karyanya Wealth of Nation iaitu menyerahkan penentuan harga kepada pasaran bebas. Beliau mengkritik pihak kerajaan yang cuba masuk campur dalam proses penetapan harga.

Pada pandangan saya, kita perlu meraikan harga pasaran dalam menetapkan harga produk yang ingin dijual sekiranya produk-produk sama atau hampir sama spesifikasinya sudah wujud di pasaran.
Namun, kadang-kala pihak kerajaan juga perlu campur tangan dalam meletakkan harga. Contohnya harga siling sesuatu barangan keperluan harian untuk menyeimbangkan keperluan pengguna dan kehendak peniaga-peniaga.

Tanpa kawalan ini, maka peniaga yang tamak pastinya akan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan bebanan pengguna.
Namun begitu, penjual diharus menaikkan sedikit harga melebihi harga pasaran jika produk tersebut mempunyai nilai tambah (value added). Ini menyebabkan produk berkenaan mempunyai perbezaan dan keistimewaan berbanding dengan produk-produk yang sama di pasaran.

Sebagai contoh, harga sebuah rumah di sebuah lokasi adalah RM150,000. Namun, kerana pemilik rumah itu mahu menjualnya bersama dengan perabot beserta reka bentuk dan dekorasi yang sangat cantik, maka beliau diharuskan menjualnya dengan harga RM200,000 atau lebih.
Islam tidak mengehadkan nisbah untung yang boleh diambil oleh pihak penjual. Sebagai contoh, sekiranya rumah yang dibeli dengan harga RM50,000 pada 10 tahun dahulu, mungkin dapat dijual dengan harga RM1 juta pada masa sekarang.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan aplikasi tersebut diharuskan. Antaranya, pembangunan yang pesat di kawasan tersebut atau lokasi yang strategik seperti adanya pasar raya, pengangkutan awam, sekolah dan kemudahan hospital. Oleh itu, permintaan terhadap rumah di kawasan tersebut meningkat.
Rasulullah SAW pernah membenarkan peniaga meningkatkan keuntungan sehingga melebihi 100% dari harga asal.

Ini dapat dilihat melalui Hadis Urwah Al-Bariqi; Sesungguhnya Nabi SAW memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

Hadis ini jelas memaparkan bahawa Urwah al-Bariqi telah membeli dua ekor kambing tersebut dengan harga setengah dinar. Namun, beliau menjualnya pula dengan harga satu dinar iaitu 100 peratus nilai untung yang diambil. Rasulullah SAW telah mengiktiraf perbuatan tersebut dan mendoakan Urwah al-Bariqi.

Kesimpulannya, penetapan harga banyak bergantung kepada kejujuran dan ketelusan penjual di samping melihat harga pasaran semasa.
Maka janganlah kita terlalu tamak untuk mendapatkan keuntungan berlebihan sehingga sanggup untuk menaikkan harga barang secara melampau-lampau.

Brooch - myhandmade




Malam tadi sambil melayan movie The Day After Tomorrow di TV2. Aku sempat cuba membuat brooch ini. Semestinya myhandmade lah. Diameter ialah 3.5cm. Alhamdulilah bila sudah siap..tengok sungguh comel brooch ini. Lama fikir ialah masa untuk meletakkan adunan warna beads. Pening untuk campur color-color ini. Kena pilih yang betul-betul senada seirama. Last aku pilih sahaja combination oren and yellow. So lovely rasanya.

Endo Termos

Alhamdulilah dapat barang free tu semalam. Tapi tidaklah free bagai sebenarnya. Hubby redeem barang dari bonuslink. Ok lah kan bila point sudah sedikit banyak, maka perlulah diguna pakai...kan. Tapi cepat sungguh barang ini sampai. Baru redeem tidak sampai seminggu yang lalu rasanya. Terus dapat sudah. Besar termos dalam 1.2 liter.

Wednesday, April 28, 2010

Myopia di kalangan kanak-kanak

ARKIB : 25/04/2010
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my


ILUSTRASI menunjukkan bagaimana myopia berlaku pada individu yang memiliki bebola mata lebih panjang.
SEKITAR 20 tahun lalu, fenomena kanak-kanak memakai cermin mata bukanlah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Hanya dua sebab utama yang dikaitkan dengan golongan ini ketika itu, satu disebabkan faktor keturunan dan satu lagi kanak-kanak mungkin 'ulat buku.'

Namun kini, situasinya berubah. Tidak kira di mana-mana, semakin ramai kanak-kanak yang terpaksa memakai cermin mata. Malah ada yang seawal usia enam atau tujuh tahun mula mengadu kabur penglihatan terutama untuk pandangan jauh.
Keadaan ini dinamakan myopia (rabun jauh). Biasanya ia disedari oleh guru yang mengajar kanak-kanak tadi apabila mendapati mereka seakan mengecilkan dan menggosok-gosok mata setiap kali memandang ke arah papan hitam.

Prof. Brien Holden dari Carl Zeiss Vision Institute berkata, myopia berlaku kepada 1.6 bilion penduduk seluruh dunia dan angkanya meningkat dengan pantas setiap tahun terutama melibatkan golongan kanak-kanak.
"Pada tahun 2020, dijangkakan jumlahnya akan meningkat hingga 2.5 bilion. Jadi apakah penyelesaiannya?" soal beliau ketika ditemui pada pelancaran kanta Myovision di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di Malaysia sahaja katanya, daripada jumlah 12.5 juta penduduk yang mengalami myopia, 7 juta adalah mereka yang berusia di bawah 16 tahun.
"Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun sahaja berjumlah 2.1 juta orang. Ini merupakan satu angka yang tinggi dan membimbangkan," katanya.
Menurut beliau, mata kanak-kanak membesar dari lahir dan mencapai saiz yang stabil pada satu ketika. Daripada memiliki pandangan sempit ketika lahir, mata akan membesar dan berkembang antara tahun pertama atau kedua untuk menghasilkan pandangan normal.
Ketika mata sedang berkembang, ia bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran.
Ketika ini ibu bapa patut berjaga-jaga dan memastikan anak melalui pengalaman visual yang seimbang.

Apakah myopia?
Ketika kecil, kita mungkin sering disuruh makan lobak merah untuk mendapatkan penglihatan yang baik.
Namun, tahukah anda seberapa banyak pun lobak merah yang anda makan tidak membantu menghalang daripada seseorang itu menghidap myopia.
"Myopia adalah keadaan yang berlaku pada mata, bukan penyakit," kata Prof. Holden.
Secara asasnya, ia berlaku apabila bebola mata terlalu panjang atau sistem lensa pada mata terlalu kuat. Dalam dua-dua keadaan, imej objek dipantul di depan retina, yang mana kawasan sensitif visual terletak di belakang mata menyebabkan imej kelihatan tidak jelas.
Individu dengan myopia boleh melihat objek dekat dengan jelas namun kabur pada pandangan jauh.
Terdapat pelbagai bentuk myopia bergantung pada peringkat umur mana ia berlaku.
l Peratusan kecil (satu hingga dua peratus) kanak-kanak dilahirkan dengan myopia, dikenali sebagai Myopia Kongenital.
l Youth Onset Myopia, paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur antara enam hingga 16 tahun. Ia berbeza di setiap negara antara 10 peratus hingga 80 peratus.
l Adult Onset Myopia, terbahagi kepada dua iaitu awal dan lewat. Berlaku pada jumlah yang kecil di dalam sesuatu negara, antara lima hingga lapan peratus.

Punca
Satu kajian yang dijalankan menunjukkan myopia berpunca daripada kombinasi semula jadi dan persekitaran.
"Faktor keturunan memainkan peranan utama. Jika ibu dan bapa penghidap myopia, maka kemungkinan anak mendapat myopia adalah tinggi iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus," kata Prof. Holden.
Buktinya kata beliau, keadaan myopia di kalangan masyarakat Jepun, China dan Korea lebih tinggi berbanding di kalangan masyarakat Eropah, Amerika Syarikat atau Afrika.
Bagi seorang ibu atau bapa yang mengalami masalah ini pula, kemungkinan mendapat myopia sekitar 20 hingga 25 peratus.

Namun myopia juga berlaku bukan disebabkan keturunan iaitu kurang 10 peratus.
Keadaan persekitaran turut mempengaruhi keadaan ini. Kurang aktiviti luar paling mendedahkan individu kepada myopia.
"Menonton televisyen dengan kerap tidak semestinya menyebabkan myopia. Pastikan anda tahu jarak yang selamat, namun yang paling penting, aktiviti luar membantu anda mengelak daripada masalah kesihatan," katanya lagi.
Jelas beliau, peningkatan masalah myopia di kalangan penduduk Asia terutama di bandar banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada kerja visual dekat.
Sebagai contoh, kajian menunjukkan terdapat perangkaan yang tinggi masalah myopia di kalangan kanak-kanak di Shanghai, Seoul dan Osaka berbanding di kawasan pedalaman.

Antara faktor penyumbang myopia:
belajar
paras kerja visual dekat (membaca)
jarak kerja dekat (penggunaan komputer)
waktu menonton televisyen
tempoh penggunaan komputer
pencahayaan
persekitaran rumah dan tempat belajar/ berkerja
masa terlibat dengan aktiviti dalam dan luar rumah

Rawatan konvensional
Kaedah yang banyak digunakan untuk memperbaiki myopia adalah penggunaan cermin mata kanta tradisional.
Penggunaan kanta negatif memperbaiki pandangan dengan meletakkan imej tepat pada retina, membolehkan individu dengan masalah ini mampu melihat dengan jelas.
Bagaimanapun, ia tidak melambatkan keadaan myopia di kalangan kanak-kanak.
Kanta lekap turut digunakan oleh individu yang mengalami myopia, kebanyakannya dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

Perbaiki myopia
"Anda tidak boleh merubah genetik mendapat myopia. Namun terdapat langkah yang mampu meminimumkan perkembangannya," kata beliau.
Dengan kanta teknologi Vision CRC positif, imej akan dipantul tepat ( atau hampir tepat) pada bahagian retina.
Berbanding kaedah lama penggunaan kanta negatif, imej akan dipantulkan pada bahagian belakang saraf periferal retina.

Cara mengurangkan myopia di kalangan kanak-kanak:
Periksa mata seawal usia enam atau tujuh tahun. Penggunaan kanta yang betul mampu menghalang perkembangan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk.
Galakkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti luar.
Seperti pemeriksaan gigi, bawa anak berjumpa pakar optometri setiap enam bulan sekali bagi memeriksa tahap kesihatan mata mereka (andai mempunyai masalah mata).
Jangan biarkan anak terlalu dekat ketika melakukan kerja penumpuan penglihatan. Mereka sepatutnya membaca tidak kurang daripada 30 sentimeter dan sekiranya menonton televisyen, jarak minimum adalah tiga meter. Andai melakukan aktiviti tumpuan penglihatan dekat, rehat selama dua minit setiap setengah jam. Ambil masa untuk lihat pandangan jauh (luar tingkap atau pemandangan hijau).
Pencahayaan baik perlu untuk semua aktiviti.
Lakukan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Aktiviti yang baik antaranya bermain bola sepak, tenis, olahraga dan sebagainya.

Kaedah alternatif memperbaiki myopia:
Kanta progresif kanak-kanak
Boleh mengurangkan perkembangan myopia, namun kesannya kecil dan tidak konsisten.
Ortokeratologi
Penggunaan kanta lekap keras untuk meratakan bentuk kornea ketika tidur. Ia memerlukan penjagaan yang teliti dari segi kebersihan.
Ubat titis farmakeutikal
Beberapa kajian menunjukkan penggunaan ubat titis Atropine dan Perenzipine mampu membantu mengurangkan perkembangan myopia. Kesan jangka panjang penggunaan ubat ini belum dikenal pasti.
Pembedahan refraktif LasikLasik adalah prosedur surgikal yang mengubah bentuk kornea bagi memperbaiki myopia. Ia hanya dilakukan kepada orang dewasa selepas keadaan myopia stabil.

Panduan memilih dan menjaga cermin mata:

Boleh memilih bingkai mengikut fesyen semasa, tetapi harus bersandarkan keselesaan si pemakai.
Bingkai plastik sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tahan lasak.
Cuci kanta dengan pembersih khas atau sabun biasa dan lap sehingga kering.
Simpan di dalam bekas khas atau tempat selamat ketika tidak memakainya.

Police seize blogger's computers over iPhone prototype

Reuters - Tuesday, April 27
 
A counterfeit Apple iPhone, which sold for RMB450 ($66), is shown at a mall selling electronics in the southern Chinese city of Shenzhen in Guangdong province July 30, 2009 file photo. REUTERS/Stringer

SAN FRANCISCO - Police broke into a blogger's home in search of photographs of a prototype Apple iPhone and other material, launching a felony investigation, gadget site Gizmodo and prosecutors said on Monday.

Gawker Media-owned gizmodo.com, a popular consumer gadgets site, said last week it paid $5,000 for a prototype next-generation iPhone purportedly left in a Silicon Valley bar by one of Apple's engineers.
Stephen Wagstaffe, spokesman for the San Mateo County District Attorney's office, confirmed Friday's raid and said Apple had contacted his office to report the crime. But he did not elaborate on investigation details.

"The allegation was that there was a reasonable cause that a felony theft had occurred," he said. "This is the beginning of the investigation."
Apple, which was not available for comment, is expected to unveil the next-generation iPhone this summer.
Trumpeted as a major scoop, Gizmodo's bloggers said they returned the device to Apple after an official request came from Cupertino, but not before taking it apart and reporting on the device's details.

But one of the blog's editors, Jason Chen, said police seized four computers and two servers, an iPad, and other devices from his home last Friday.
According to a search warrant posted on gizmodo.com, the computers may contain photographs of Apple's "prototype 4G iPhone," as well as email pertaining to its purchase, call records, and research on Gray Powell, the Apple engineer who purportedly misplaced the device.
In a letter to the police also published on gizmodo.com, Gawker's Chief Operating Officer and legal counsel Gaby Darbyshire asserted the search and seizure was illegal under California law, because Chen works as a journalist for the publication, protecting him from such action.

macam ROCK gitu...aduhai


Boleh tidak, payah-payah aku piuh wire tu untuk bagi cantik loop dan jump ring aku. Sampai sakit jari-jari aku. Lagi susah payah beli online loose materials.
Boleh sorang kakak di office aku cakap gelang ini bagi dia tidak terima pakai sebab nampak macam ROCK gitu...aduhai tidak faham aku. Kalau tidak mahu beli...aku ok jea. Tiada paksaan...tapi iye ke gelang yang banyak-banyak aku buat itu nampak macam 'kasar' dan 'rock' gitu. Tiada keayuan ke pakai gelang gini? Aku tengok ramai je orang pakai...elok bagai cun jea.....ermmmmm

Office story mory.

Office aku kini sudah ada roundabout. Punyalah besar bulatannya.

Pagi semalam di hadapan stesen LRT Sg. Besi...arah ke Seri Kembangan.

Alhamdulilah aku keluar awal pagi semalam. Sampai office jam 7.30am. Jem dari jalan MRR2 lagi kerana air naik.

Rupanya ada paip bocor. Punyalah banyak air. Siap tutup 2 lorong jalan.

Semalam pagi awal gitu aku sampai office. Asalnya ada kelas jam 8am, tapi aku buat baik. Aku mulakan kelas pada jam 8.30am until 11am. Tapi yang bikin aku geram juga ialah, still budak-budak ini datang lewat. Sudah-sudah, baru ada 5 orang pun aku mulakan juga lecture pagi itu. Sebelum itu sempat aku breakfast seperti biasa. Tapi tidak sempat habis dan perut sudah kenyang, aku mula bergerak kekelas.

Macam ada kelainan kelas aku kali ini. Hatta ada 2 orang sahaja students perempuan. Mereka kembar seiras. Malangnya baru sekali sahaja mereka datang kelas aku yang baru dibuat sebanyak 3 kali. Oleh itu aku hanya mengajar 25 orang pelajar LELAKI selama 2 jam setengah. Aduhai...
Dari tingkatan 4, masuk Univ, dan kini mengajar pula. Semuanya lelaki lelaki dan lelaki sahaja. Ermmm...bosan sudah aku dibuatnya.
Untung dalam office ramai officemate perempuan...barulah syok!!!!!
Dalam office aku ini ada pelbagai background lecturers. Di sumbat semuanya di bawah satu bumbung. 
Ada civil engineering, architecture, surveying, electrical, building technology dan construction management. Tapi yang ramai ialah department aku lah, iaitu civil eng. Namun begitu, tiada sempadan pun...kami enjoy duduk dalam cubical kecil sebelah menyebelah bercampur-campur bidang. 

Aku bersyukur setelah 2 tahun lebih dulu kalau tidak silap aku asalnya memang tiada langsung kawan rapat di office masa itu kerana aku tidak boleh masuk dengan group yang ada. Masa itu aku memang sendirian sentiasa. Sebelum itu lagi pula aku memang happy berkawan dengan 2 orang officemate selama 3 tahun lebih rasanya. 
Akhirnya setelah berpindah kebangunan baru yang diduduki sekarang, ternyata hidup aku lebih ceria dan seronok menjalankan kerja. Kawan-kawan sekeliling memang happening always.
15 Mac 2010 yang lalu genap 9 tahun aku bekerja di sini...alhamdulilah. Luv u all accept 2, 3 orang yang aku tidak berminat untuk berkawan...POYO diaorang tuu..


Tuesday, April 27, 2010

Allah rahsiakan bila kiamat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
UTUSAN ONLINE---23/04/2010

Mukadimah
Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.

Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.

Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah.
Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempatnya sebagai pembalasan apa yang telah mereka kerjakan dahulu.

Firman Allah SWT: Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar. Ibn Abbas berkata: Iaitu hari kiamat. Ibn Kathir berkata: Disebut dengan perkataan Tammah kerana ia meliputi segala yang menakutkan lagi menyeramkan.

Firman Allah SWT: Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya. Al-Maraghi berkata: Pada hari itu manusia melihat perbuatannya termaktub dalam buku catatan amalannya yang hampir dilupakan tetapi dia segera mengingati kembali apa yang dilakukan dahulu.

Firman Allah SWT: Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. Syed Qutb berkata: Neraka kelihatan jelas kepada setiap mata yang membawa makna dan bunyi yang kasar dan keras dan menonjol pemandangan neraka di hadapan setiap mata.
Ketika itu manusia akan menerima balasan dan akibat yang berbeza-beza. Dan ketika itu lahirlah tujuan dan matlamat pentadbiran dan perencanaan Allah yang mewujudkan kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya), adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya). Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya neraka jahanamlah tempat kediamannya.
Al-Maraghi berkata: Orang yang sombong, melampaui batas dan mengutamakan kelazatan dunia serta nafsu syahwatnya daripada akhirat, maka nerakalah tempat tinggalnya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.

Syed Qutb berkata: Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang seri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yang melampau dan kepada perbuatan maksiat.
Ia menjadi punca segala bala bencana dan kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab mengikut hawa nafsu.
Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit mengikut hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.

Perasaan takut kepada Allah SWT merupakan dinding yang teguh untuk mencegah segala keinginan nafsu yang kuat tetapi semua dinding yang lain jarang dapat mencegah gelojak hawa nafsu kerana itulah kedua-duanya dikumpulkan dalam satu ayat.

Yang bercakap di sini ialah Allah pencipta manusia. Kerana itu Dialah yang mengetahui tentang penyakit jiwa dan ubatnya. Begitu juga Maha Mengetahui dengan segala lorong dan likunya.
Dialah Maha Mengetahui di mana tersembunyinya keinginan nafsu dan apakah pula ubatnya dan bagaimana mengusir dan memburu hawa nafsu itu dari tempat-tempat persembunyiannya.

Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Begitu juga persoalan berlegar kepada orang yang telah mati, bila akan dibangkitkan? Ibn Kathir berkata: Pengetahuan tentangnya tidak diberikan kepadamu.

Firman Allah SWT: Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
Diriwayatkan oleh Aishah r.anha bahawa Rasulullah SAW sering menyebut hari kiamat dan hal itu selalu ditanya sehinggalah ayat ini diturunkan.
Al-Maraghi berkata: Kamu jangan bersedih hati dalam menangani masalah ini serta jangan memaksa diri kamu untuk mengetahui rahsia-rahsianya dan ingin mengetahui sesuatu yang disembunyikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
Ibn Kathir berkata: Barang siapa yang takut kepada Allah SWT dan takut kepada ancaman-Nya, maka dia akan mengikutimu. Oleh yang demikian, dia sangat beruntung dan memperoleh kegembiraan. Kegagalan dan kerugian hanya untuk orang yang mendustakan dan melakukan penentangan.

Firman Allah SWT: (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
Al-Maraghi berkata: Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan yang sama seperti kenyataan di atas: Aku akan mengunjungi kamu pada waktu petang atau pagi. Atau sebaliknya, ungkapan ini bermaksud mereka akan memendekkan masa kunjungannya dan sangkaan mereka hanya akan tinggal sepanjang waktu petang atau pagi.

Penutup
Syed Qutb berkata: Selesailah sudah kehidupan dunia yang selalu membuat penghuni-penghuninya berperang dan bertarung satu sama lain kerana merebut kenikmatannya. Dunia yang selalu membuat mereka mengutamakan kenikmatannya dan mengabaikan usaha mereka mendapat habuan di akhirat.
Dunia yang selalu membuat mereka sanggup melakukan untuknya segala jenayah, maksiat dan kezaliman, dan dunia yang selalu membuat mereka dihanyut nafsu dan hidup kerana nafsu.
Terlipatlah sudah kehidupan dunia ini dalam hati pencintanya hingga dirasakan mereka seolah-olah kehidupan itu hanya berlangsung selama satu petang atau satu pagi sahaja. Inilah kehidupan dunia yang singkat.
Adakah kerana kehidupan pagi dan petang, mereka sanggup mengorbankan kehidupan akhirat yang kekal?
Adakah kerana kepuasan hawa nafsu yang fana, mereka sanggup meninggalkan kediaman syurga yang kekal di akhirat? Tidakkah ini suatu kebodohan yang paling besar?

D.I.Y 1 bahagian frame kayu pintu RM36

Itu adalah sarang anai-anai yang telah lamaaaaaaaa mati.

Telah selamat dipasang frame pintu yang baru.

Siap dipahat (guna screwdriver dan hammer) untuk pasangkan menda steel itu.

Tombol baru

Lubang tombol...tempat lock itu telah dipasang.

Sudah siap

Harga 1 bahagian frame kayu pintu RM36. Harga tombol lupa dah...hikhik. Terima kasih pada my hubby yang buat semua itu sendiri yea. Gergaji sendiri, pahat guna screwdriver jea. Anai-anai itu memang sudah lama berkg di pintu bilik aku itu. Since aku bujang lagi. Tapi lately ini akibat terlalu dimakan oleh anai-anai..rosak tidak boleh repair frame pintu tersebut. Alhamdulilah hubby cuma beli tombol baru and frame baru. Yang lain dia pasang sendiri...cayalah bang!!!!!!!!!..
Biasalah rumah aku duduk ini entah dibuat atas tanah apa ntah. Mesti ada anai-anailah asalnya itu..ermmmm
Pemberitahuan..rumah aku terletak di Pandan Indah, Ampang.
;))

Bracelet using Czech Pressed Glass Beads - my handmade - RM 15 only

Monday, April 26, 2010

Wire jewelry order online


Gembira tidak terhinggalah kan bila barang-barang idaman telah selamat tiba pagi Sabtu lepas. Sungguh teruja melihat starter pack box berisi Czech Pressed Glass Beads harga RM46.60. Tapi hari Sabtu itu tidak sempat membuat apa-apa project pun. Cuma cuba buat ini satu project bracelet dan telah mengambil masa selama masa 2 jam 30 minit tapi tinggal lagi suku sahaja lagi yang perlu weaving. Mungkin perlu masa dalam 1 jam lagi untuk siap sepenuhnya. Masih hold lagi project itu until now. Sakit sungguh-sungguh jari aku menganyam wire.
Hari Ahad pula hanya sempat membuat tambah tolak bracelets yang sedia ada dengan Czech Pressed Glass Beads dan hasilnya sungguh comel. Lepas lunch pula siap satu bracelet dengan menggunakan Handmade Semi-Lampwork Glass Bead berwarna hitam. Lovely sekali. Pictures lain kali letak lah.

Aduhai pagi-pagi lagi mata aku sudah macam pulut kuning itu

Aduhai pagi-pagi lagi mata aku sudah macam pulut kuning itu. Cuma belum ditambah lagi dengan telur rebus dan sambal bagai. Asalnya seperti biasa, kurang tidurlah. Semalam memang hari yang memenatkan. Tidak ada duduk berehatnya aku walaupun namanya hari cuti. Dari jam 4 lebih keluar rumah kami sekeluarga dan pulang hingga jam 9 malam. Penat sungguh kaki dan badan juga tangan sekali. Tidak duduk-duduk pun. Itu ini seterika baju kerja sebanyak 5 helai baju kurung dan tudungnya sekali juga layan mengemas baju untuk di masukkan kedalam almari sekali. Lenguh kaki berdiri. Masih tidak cukup kalsium lagi rupanya tulang-tulang aku ini.

Maka jam 10.30 pm semua orang sudah tidur. Pemaisuri kecil bangun semula dekat jam 2 am, minta di layan bermain-main. Tidak sampai hati, aku melayan juga Haifa until 3 am baru dia tertidur sambil menyusu. Aku pula terkelip-kelip sampai jam 4 am. Bangun semula jam 6 am lebih.
Hendak atau tidak terpaksa juga minum kopi O breakfast tadi. Sekarang ini gagahkan diri reviews nota untuk mengajar jam 12 until 3pm nanti.
Aduhai...berkorban apa sahaja....

8 Must-try Malaysian Dishes

Thursday Apr 15 16:12pm -Yahoo Malaysia -Travel
Malaysia, one of the major attractions of tourism in South East Asia, is home to fabulous street eats and equally tasty restaurants. With various influences from Malay and Chinese traditions, spicy Indian and Nonya dishes, Malaysia offers much to savour in all of its 13 different states and many more cities. The culinary scene is bustling with choices, fueled by this diversity of the country’s multicultural heritage. Here, we share with you the local favorites from three popular foodie stops in the region – Malacca, Penang and Ipoh Perak.
Ikan Bakar
Nasi Kandar
Penang Char Kway Teow
Penang Laksa
Nasi Lemak
Chicken Rice

Ayam Buah Keluak

 
Photo Credits - Pinoy Food

Nonya Cuisine is also a must try in Malacca, where you can find mouthwatering food combining Chinese ingredients with Malay herbs and spices. The Malaccan version of Nonya Cuisine favor the use of coconut milk, and is therefore richer in taste. Ayam Buah Keluak is a popular Nonya dish, which is chicken stewed with black nuts. Don’t be put off by the murky, ink-like gravy! The sauce is rich and creamy, and mixes very well with the kepayang nuts and chicken meat.

Ipoh Hor Fun

  
Photo Credits - avlxyz 

When in Ipoh, be sure to try out their famed Ipoh Hor Fun. There are two variations of the dish itself. The soupy version comes served with a clear chicken and prawn browth, topped with shredded chicken meat and spring onions. The other version is a fried version, boldly flavored and enhanced with a splash of dark gravy.

About the Author
Nikolas Tjhin is the editor for Unearthing Asia, a travel zine focusing on Lifestyle, Culture and Attractions all over Asia.

p/s actually there is a lot and plenty malaysian food much delicious than showing above and been review by the authors.

Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

25 April, 2010 22:36 PM

HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan "tsunami politik" bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.

Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.

Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.

Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.

Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.

BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi.

Sunday, April 25, 2010

How to post a video to blog from YouTube?

Embedding a YouTube Video

To embed a video from YouTube, just copy the code from the "Embed" box on the video's YouTube page. You can find the "Embed" box in the "About This Video" box when you're watching the video. You can also get the code from the "Embed HTML" box on the "Edit Video" page if the video belongs to your YouTube account.
To embed a YouTube video within a blog post, first click "Edit HTML" from within the post editor. Next, paste the video's code into the body of your post. That's it!

Set Up One-Click Video Sharing

If you post YouTube videos to your blog regularly, sharing directly from YouTube is even easier and you'll only have to set it up once.
  1. Click the "Share" button on the YouTube video's page
  2. Scroll down and click "Setup your blog for video posting."
  3. Click "Add a Blog/Site"
  4. Choose "Blogger" as your Blog Service and fill in your Google Account login information.
  5. Choose which blogs you'd like to add to your YouTube account. You can choose more than one.
  6. From now on, when you click "Share", you'll be given the option to post YouTube videos directly to your blogs!
Click to HELP at your dashboard for more information.

Pemaisuri kecil Haifa Cassandra




Alhamdulilah pemaisuri kecil Haifa Cassandra semakin sihat membesar. 28 April depan nanti genap umurnya 3 bulan. Macam biasa Haifa kuat minum susu dan memang tidak banyak masalah pun. Walaupun Haifa kerap menyebabkan kami terpaksa tidur selewat 3am, tapi tidak mengapalah. Itu sudah menjadi kewajipan kami. Aku bersyukur kerana apabila Haifa dilahirkan, memang nampak rezeki kami sekeluarga bertambah..walaupun tidak banyak..tapi alhamdulilah. Juga walaupun kami kurang tidur, namun semua itu ada hikmahnya...kan.

Setakat ini Haifa memang sudah pandai diajak bermain...main lawan-lawan cakap. Macam-macam bunyi sudah keluar dari mulut Haifa....tapi dalam nada perlahan sahaja. Entah apa cakap Haifa, memang tidak fahamlah.  Tapi memang macam tengah berbual sahaja dibuatnya. Bila menangis pula, aduhai nyaring sungguh suaranya. Paling pandai lagi ialah tersenyum...meleret sahaja senyum anak dara ini.
Kalau di letakkan dalam posisi meniarap, memang kuat sudah leher Haifa tegak mengalihkan kepalanya kekiri dan kekanan. Masa Haziq dulu, dekat 2 bulan sudah pandai meniarap sendiri.
Waktu mandi pula, kakinya memang kuat menendang-nendang. Lagipun memang dari dalam perut lagi Haifa sudah training tendang-tendang ini.

Syukur alhamdulilah dengan kurnian Allah..amin



Saturday, April 24, 2010

Yang pasti aku cuba kurangkan pengambilan GULA

Motif gambar ialah untuk tunjukkan pipi aku yang kurang tembam..ahak.

Gelang hijau...suka gitu..

Picture aku hari khamis lepas. Sorrylah kegelapan sikit. Ambil guna handphone sahaja. Syukur tidak terhingga sangat bila lihat ada perubahan pada diri aku. Ialahkan, aku kini sedang-sedang pelahan-lahan untuk turunkan berat badan. Hendak pergi tempat slimming slimming itu aku tidak mampu...dan kalau ada duit pun tidak mungkin rasanya buang ribu-ribu semata-mata untuk kuruskan badan. Hatta juga kalau membeli korset yang mahal-mahal itu pun aku tidak berminat. Memang semestinya kurus...kan. Tapi bagi akulah...buang duit juga. Sudahlah duit bukan datang bergolek-golek. Aku usaha untuk rezeki aku itu.
Kalau minum slimming tea pula, masalahnya aku tidak sesuai pula.

Akhirnya aku cuba cara biasa pelahan-lahan. Iaitu sapu cream yang aku beli itu dan ubah cara pemakanan juga aku kurangkan waktu tidur aku. Itu cara akulah mungkin pada orang lain lainlah caranya. Memang ada perubahannya. Yang jelas ialah muka aku itu..ketembaman sudah hilang. Suka sangat hasilnya itu. Kalau waktu tidur pula aku kini selepas beranak dua ini, memang sudah biasa bangun seawal 5.30 am atau 6 am. Walaupun aku tidur selewat jam 2 am. Syukur alhamdulilah..mata kurang mengantuk sepanjang hari walaupun tidur aku sudah kurang.

Tapi untuk elak aku bertambah mengantuk, aku tidak langsung makan lunch. Sebab kalau aku makan nasi tengahari itu, memang mata aku macam pulut panggang lepas itu..ngantuk bangat. Sebelum itu paginya aku makan breakfast mee hoon goreng dan minum air limau panas. Untuk lunch aku makan roti dan minum air milo + susu tepung.
Selalunya before 8 pm, kami sefamily sudah selesai makan dinner. Makan malam selalunya cuma satu lauk + sayur dan nasi. Yang pasti aku cuba kurangkan pengambilan GULA. Banyakkan minum air suam.
Kalau hari sabtu dan ahad semuanya terbabas juga dari segi makanan. Tapi aku still cuba juga tahan pelan-pelan.


Penting lagilah, aku langsung tidak makan nasi lemak, roti canai dan teh tarik atau air yang berunsurkan susu manis since lepas habis berpantang. Memang banyak dugaannya..tapi hendak buat macam mana kan...demi untuk mencapai cita-cita...kan.

Yang paling seronok semestinya pagi semalam, aku cuba sehelai seluar yang pernah aku pakai masa bujang dahulu. Walhal masa sudah ada Haziq memang aku langsung tidak muat untuk memakai seluar itu. Hatta pagi semalam, aku mencuba........terkejut juga bila aku boleh pakai sudah. Tapi still kena usaha lagi part itu dan ini..haruslah kan.
Aku cukup gembira dengan apa yang aku lakukan sekarang ini. Tiada rasa paksaan pun dalam hati.

Mahu lempar jauh kisah lalu



LAN (kiri) bersama tiga pemuzik yang mengiringi setiap persembahannya kini iaitu (dari kiri) Ku, Daud dan Bakri.


BEGITU pantas masa berlalu dan kini hampir setahun anak muda berbakat besar ini meladeni kehidupan seni sebagai penyanyi solo.
Dalam tempoh itu jugalah, dia cuba membina kembali namanya dengan jenama baru iaitu Azlan & The Typewriter.

Sebaik sahaja mengambil keputusan untuk bergerak secara solo, ramai yang mula menilik nasibnya apakah dia mampu mengecapi kegemilangan yang sama seperti ketika bersama bekas kumpulannya, Meet Uncle Hussain (MUH).

Namun, bagi Nor Azlan Rosle atau lebih dikenali sebagai Lan, dia sedar bahawa perjalanan seninya selepas meletakkan jawatan sebagai vokalis MUH, kehidupannya terumbang-ambing.
Dia bagai hilang arah dalam menakhodai bahtera di lautan seni yang tidak selalunya tenang seperti yang disangka.
Malah, dia sedar juga akan bayangan MUH masih lagi melekat pada dirinya dan begitu juga dengan peminatnya yang masih lagi melabelkannya sebagai vokalis kumpulan indie ternama itu.
Tetapi bagi Lan, memasuki usia tujuh bulan selepas menjenamakan dirinya sebagai Azlan & The Typewriter, dia sudah nampak akan perubahan yang berlaku.

Kerana itu dia bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan kepada dirinya selepas melalui episod 'duka' yang hampir meranapkan karier seninya.
"Saya harus akui kini jadual seni saya semakin padat dengan pelbagai undangan persembahan yang perlu saya penuhi.
"Jika dulu, bukan sembarangan persembahan boleh saya ambil tetapi kini semuanya berubah.
"Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin murah. Bukan itu sahaja, sedikit demi sedikit imej lama saya mula terhakis dan baru kini orang mula nampak saya sebagai Azlan & The Typewriter," luah Lan penuh jujur sewaktu ditemui pada sesi fotografi yang berlangsung Taman KLCC, di ibu negara lewat petang Isnin lalu.

Bagi Lan yang semakin berisi ini, dia sedar apabila keluar dari MUH, dia perlu berdikari dan merencana agenda seninya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Proses pembelajaran
Tetapi, semua itu kata Lan, adalah proses pembelajaran untuk membina semula namanya di samping memperkenalkan muzik yang baru kepada masyarakat.
Berpeluang duduk dan menghabiskan masa bersama anak kelahiran Kangar, Perlis ini mendengar celotehnya sudah cukup menampakkan kematangannya.
Malah, dia sendiri akui sepanjang hampir setahun ini dia sudah melalui pelbagai pengalaman yang telah meningkatkan sifat kendiri bukan sahaja sebagai seorang anak seni tetapi juga individu.

Pernah dihambat dengan pelbagai kontroversi dan cerita kurang enak tentang dirinya yang bertebaran di segenap maya, Lan menganggap semua itu sebagai azimat untuknya maju ke depan.
"Memang bukan apa yang kita lakukan akan digemari oleh semua orang dan begitu juga dengan saya.
"Bukannya saya tidak pernah dikritik oleh peminat yang merasakan kuasa saya sebagai penyanyi dan muzik yang saya bawakan sekarang ini tidak begitu kuat.
"Saya menerima semua itu seadanya dan menganggapnya sebagai pembakar semangat untuk saya melakukan yang terbaik.
"Juga, saya akan pastikan mereka akan suka dengan apa yang saya lakukan sekali gus menangkis segala persepsi mereka terhadap saya," ujarnya yang mendapat reaksi pelbagai terhadap single pertamanya, Kelibat Si Penyair.

Lagu buat Siti Nurhaliza
Sambil tersenyum, Lan memberitahu peluang berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu Ke-24, Januari lalu merupakan pencapaian terbaiknya sepanjang menjadi anak seni sejak tahun 2004.
Betapa tidak, bukan mudah untuk artis baru sepertinya diberi peluang membuat persembahan bersama penyanyi tersohor itu dan apabila momen datang kepadanya, ia bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.
"Saya memang kagum dengan Siti dari segi bakat dan juga keperibadiannya dan tidak malu saya katakan dia adalah idola saya.
"Dia memang tidak pernah gagal memberikan persembahan yang baik dan bayangkan ketika itu, saya yang paling berdebar kerana bimbang akan mengecewakan dia.
"Saya cukup menghormatinya dan saya memang menunggu peluang untuk bekerjasama lagi dengannya. Malah, saya sendiri ada menyimpan sebuah lagu yang saya cipta khusus untuknya," ujarnya dalam nada bersungguh.

Tidak menaruh harapan
Dalam masa yang sama, Lan turut diminta mengulas tentang dua pencalonan yang diteriman untuk Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang akan berlangsung pada 2 Mei ini.
Tahun ini, Lan dicalonkan untuk Artis Baru Terbaik dan Lagu Rock Terbaik untuk lagu Kelibat Si Penyair.
Sejujurnya, Lan tidak mahu meletakkan harapan tinggi tahun ini, malah dia sendiri yakin dia tidak akan berpeluang merangkul sebarang trofi.
Ini kerana kata Lan, saingannya dalam dua kategori itu terlalu kuat dan bukan calang-calang nama yang bertanding.
Untuk Artis Baru Terbaik, Lan akan berdepan dengan empat calon lain iaitu Bunkface, Prema Yin, Tomok dan Yuna.
Mungkin ada yang terlupa, Lan bersama MUH pernah memenangi kategori ini tahun lalu dan kali ini, sekali lagi Lan tercalon tetapi atas tiket solo.

Manakala kategori Lagu Rock Terbaik pula, Kelibat Si Penyair bersaing hebat dengan lagu Situasi (Bunkface), Bencinta (Faizal Tahir), Mencari Konklusi (Hujan) dan Drama King (MUH & Black).
"Untuk Artis Baru Terbaik, saya memang yakin ia akan menjadi milik Yuna yang saya sifatkan seorang penyanyi dan komposer yang berbakat besar.
"Keunikan Yuna adalah dia membawa muzik dan bakatnya ke depan terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri.
"Itu memang amat jarang kita lihat dalam senario muzik masa kini dan bagi saya, kalau dia mahu menjadi seorang yang demanding sekali pun, dia memang berhak berbuat demikian kerana dia jujur," ujarnya yang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan November ini bersama tunangnya, Normala Hassan.

Friday, April 23, 2010

Semakan Semula Tarif Mel Domestik Tidak Bebankan Rakyat

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Semakan semula tarif mel domestik berkuatkuasa Julai depan tidak akan membebankan rakyat malah akan membela nasib lebih 15,000 kakitangan Pos Malaysia, termasuk posmen dan kerani pos.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ini kerana 90 peratus pengguna utama perkhidmatan pos dengan jumlah 1.2 bilion item mel setahun ialah pelanggan korporat, selebihnya adalah orang ramai.

"(Penstrukturan) ini dilakukan sebab tarif mel tidak pernah dikaji sejak 1992," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mel Rakyat sempena semakan kadar tarif mel domestik Pos Malaysia Berhad di Pejabat Pos Kuala Kubu Baru di sini.

Kabinet pada awal bulan ini bersetuju semakan semula dilakukan berhubung tarif dan harga setem surat standard kurang 20g daripada 30 sen kepada 60 sen bermula Julai ini.

Ini bagi membolehkan penstrukturan semula gaji dan elaun kakitangan Pos Malaysia terutama posmen dan kerani pos dapat dilakukan dengan hasrat meningkatkan produktiviti pekerja industri komunikasi itu.

Rais berkata semakan tarif mel domestik yang akan menjimatkan subsidi RM76 juta setahun diberikan Pos Malaysia kepada pelanggan korporatnya akan membolehkan gaji dan elaun kakitangan terlibat dinaikkan di antara RM100-RM300.

"Ini usaha kerajaan menjaga kebajikan pihak terbabit," kata Menteri itu.

Beliau berkata bagi memastikan semakan tarif itu tidak membebankan rakyat, Pos Malaysia memperkenalkan aerogram (surat berlipat) "Mel Rakyat" -- perkhidmatan pos dengan kadar 30 sen ke serata negara bagi item mel kurang 20g.

Aerogram Mel Rakyat boleh dibeli di mana-mana pejabat Pos tanpa memerlukan setem sebelum pengguna boleh menghantar aerogram itu menggunakan peti pos biasa dengan tarif sama sebelum semakan tarif mel domestik itu dilakukan.

Terowong Jepun Tarikan Tersirat Kunak

Oleh Nashir Mansor

KUNAK (Sabah), 15 April (Bernama) -- "Di mana terletak Kunak?" Demikianlah pertanyaan yang kerap diajukan kepada Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto, setiap kali dia menyebut nama daerah itu kepada orang luar.
Melalui pengalaman itu, beliau menyimpulkan bahawa masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan meskipun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Orang luar, lebih-lebih lagi pelancong mengenali Semporna kerana pulau-pulau peranginannya, Sandakan dengan Orang Utannya, Lahad Datu melalui Lembah Danum dan Hutan Simpan Tabin manakala Tawau kerana makanan lautnya.
Mungkin Kunak kurang dikenali kerana ia belum dikaitkan dengan sebarang tarikan meskipun daerah yang terletak antara Semporna dan Lahad Datu ini sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri.

Malah masih ramai menyangka Gua Madai yang terkenal dengan pengeluaran sarang burung serta memiliki nilai sejarah purba terletak dalam daerah Lahad Datu sedangkan ia sebenarnya berada dalam kawasan Kunak.

TEROWONG JEPUN
Oleh kerana Kunak tidak menonjol, pentadbir daerah ini menganjurkan aktiviti bagi memperkenalkan apa yang ada di Kunak kepada masyarakat luar iaitu Karnival Kunak 2010 pada 17 dan 18 April, anjuran bersama Pemadam dan Jabatan Penerangan.

"Kita di daerah ini telah memikirkan tentang apa potensi sektor ekonomi, sosio-budaya dan pelancongan yang terdapat di Kunak yang boleh ditonjolkan. Kita dapati potensi itu memang ada.

"Salah satu daya tarikan tersendiri yang terdapat di Kunak dan belum dikenali masyarakat tempatan sendiri ialah kewujudan terowong Jepun yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua," katanya kepada Bernama di sini.

Susilo berkata terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby, kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

LORI 10 TAYAR BOLEH LALU
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Banyak perkara berkaitan terowong Jepun ini yang bergaris pusat empat meter masih menjadi misteri termasuk di mana terowong berkenaan bermula dan di mana pula ia berakhir.
Sehingga hari ini tiada sebarang rekod mengenai terowong ini.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi.

Mengikut orang-orang tua di kawasan berkenaan, beberapa pihak telah cuba masuk dan meneroka terowong ini untuk membongkar rahsianya namun semuanya gagal kerana kekurangan udara dalam terowong ini.
"Anehnya setiap tahun, ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Jadi bagi kita, terowong Jepun ini boleh dijadikan produk pelancongan sejarah," kata Susilo.

TEROWONG DITONJOLKAN
Walaupun tapak terowong Jepun berkenaan belum dibangunkan namun perkara itu telah dikemukakan ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah untuk diberi perhatian supaya potensinya dapat ditonjolkan.
Menurut Susilo, memandangkan kawasan berkenaan terletak dalam kawasan tanah persendirian, pendekatan membangunkannya, jika dipersetujui semua pihak ialah secara usahasama dengan pemilik tanah manakala hasilnya boleh dibahagi antara syarikat dan kerajaan.

"Gambar-gambar berkaitan terowong Jepun ini kita akan pamerkan sempena Karnival Kunak 2010 ini," katanya.
Susilo berkata selain terowong Jepun, bakal dipamerkan ialah gambar berkaitan tapak pengeluaran pinggan mangkuk purba yang terletak di sebuah ladang di Tingkayu. Tapak ini yang wujud 25,000 tahun lepas dipercayai menghasilkan peralatan dapur seperti periuk dan pinggan dan dianggap tercanggih pada zaman itu.

Potensi Gua Madai sebagai produk pelancongan inap desa seperti yang pernah dicadangkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun juga akan ditonjolkan pada karnival berkenaan.

PELBAGAI TARIKAN
Katanya Gua Madai bukan sahaja dianggap antara pengeluar sarang burung utama di Sabah tetapi juga mempunyai nilai sejarah purba kerana dikatakan penempatan awal manusia pernah wujud di kawasan ini.

Kunak juga kata Susilo memiliki produk pelancongan berasaskan alam sekitar seperti Air Terjun Madai setinggi 40 meter di kawasan Hutan Simpan Madai Baturong, kira-kira 15 kilometer dari pekan.
Keunikan kolam lumpur lava gunung api yang terletak di Ladang Binuang, bergaris pusat lima meter, yang didapati semakin membesar juga dianggap sebagai tarikan untuk pengunjung.
Lumpur lava ini yang kaya dengan mineral dipercayai ada kegunaan dalam merawat badan dan pengunjung boleh mendengar bunyi gelembung setiap kali gelembung lumpur berwarna kelabu melonjak ke permukaan.

Tidak ketinggalan untuk disaksikan pengunjung ialah tasik semulajadi yang dinamakan Tasik Impian serta kawasan tanaman kelapa sawit tertua di Borneo seluas dua hektar. Ia ditanam pada tahun 1957.
Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.

Menurut Susilo sempena karnival berkenaan, selain pameran dan jualan keluaran industri kecil dan kilang tempatan Kunak, persembahan kebudayaan dari segi pakaian, tarian dan makanaan pelbagai kaum di Kunak seperti Bajau, Suluk, Kadazandusun, Bugis, Jawa, Cocos dan Timor akan turut diadakan.
Seramai 5,000 hingga 10,000 orang dari daerah sekitar Kunak dijangka berkunjung ke karnival berkenaan.

So bila kita sesama orang melayu ini boleh downkan perasaan kita gitu-gitu sahaja.

the magazine

the free give (the charm) 

Seronoknya masa aku sampai dirumah pada hari Rabu baru ini. Magazine yang aku beli online telah selamat sampai dirumah bersama dengan free gift comel. Hatta aku belum dapat membuat satu pun projek dalam majalah itu setakat ini. Oh aku begitu teruja membelek-belek majalah ini. Banyak tips dan step by step projects. Lagipun kerana memang materials untuk wire jewelry aku sudah susut. Sekarang-sekarang ini aku sedang menunggu order online aku untuk aneka bead dan juga material lain untuk aku meneruskan project kecil-kecil aku ini. Memang tidak sabar sabar rasanya untuk menunggu barang-barang itu tiba ditangan ini.

Aku sebenarnya terkilan baru-baru ini bila ada seorang member bercakap agaknya sampai bila aku boleh bertahan dengan apa yang aku buat sekarang ini. Gaya percakapannya seperti aku ini satu masa nanti pasti akan quit buat benda-benda ini. Ialahkan lagi aku tengah mencuba untuk belajar dan belajar lagi mengenai wire jewelry ini. Dan kalau ada rezeki ingin juga aku berniaga hasil kerjatangan aku itu. So bila kita sesama orang melayu ini boleh downkan perasaan kita gitu-gitu sahaja. Aku rasa sedih. Tapi itu fikir-fikir itu juga sebenarnya boleh membuat aku jadi lebih 'kuat' untuk teruskan apa yang aku buat sekarang ini.

Itu belum lagi masa mula-mula aku ingin tahu dimanakah aku boleh mendapatkan loose materials untuk membuat gelang. Masa itu aku cubalah hint sikit sahaja pada member yang sama-sama study di UTM dulu. Ialah aku tengok dia sedang giat juga business gelang ini. Sudahlah aku bertanya di Facebook masa itu, dia jawab hendak tidak hendak sahaja. In the end aku tanya lagi dimana aku boleh cari barang-barang itu. Dia cuma jawab DIJALAN TAR. See, tidak ikhlas..kan. Jalan Tar itu besar, nama kedai satu pun dia tidak bagi. So aku pun malas bertanya lagi. Kecik lagi sekali hati aku dibuatnya. Sesama melayu pun hendak kedekut ilmu. Dia lupa ke yang rezeki ini ALLAH yang beri, kenapa hendak takut, takut aku ambil customer dia ke?. Alahai tolonglah....jangan think negative lah.
Alhamdulilah ALLAH bukakan aku lebih banyak jalan untuk belajar dan mendapat barang-barang yang aku inginkan. Lebih lagi, aku ada seorang guru perempuan Melayu yang cukup berpengalaman lagi dalam bidang ini yang sentiasa sudi untuk membantu sekiranya aku ada masalah.

Aku still penat. Hari Isnin lepas, aku ada kelas dari tengahari sampai kepetang. Manakala hari Selasa pula aku menghadiri Seminar bertajuk Achieving Better Value in Contraction Industry Through Value Managemant & Life Cycle Costing - Enhance Assets and Cost Optimization di PICC Putrajaya seharian disana. Hari Rabu pun masih ada lecture di Structure Laboratory. Letih sungguh kaki aku ini berdiri sahaja.
Memang ramai sungguh participants yang hadir. Kalau tidak silap aku semuanya dekat hendak 600 orang. Penuh Hall A hari itu. Aku pergi bersama dua orang lagi officemate yang semestinya kakak-kakak pada aku. Aku untung dapat masuk group dia orang ini, sebabnya ada lagi 5 orang officemates aku tidak dapat pergi ke seminar tersebut kerana tempat sudah penuh. Ada hikmahnya berkawan dengan orang lama ini. Dan aku gembira menjadi a part of the team.

Opening and keynote address by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Welcoming address by Tan Sri Dato' Ir Jamilus Hussein



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails