Followers

Tuesday, April 30, 2013

My story bersalinkan Muhammad Hafiy - 2

Keadaan di Wad Transit. 
Ada 10 katil. Semuanya full.
Baby Hafiy baru lepas di mandikan.

Pada mommies fully di tanggung expenses bersalin oleh company sendiri atau suami yang mungkin terasa hati selepas membaca post ini mohon maaf di pohon.

Ramai mommies yang awal-awal sudah booking hendak bersalin di hospital swasta bila tahu diri telah pregnant. Tidak pun mesti mahu Doc yang memang sudah selesa untuk menyambut baby nanti. Mesti happy bila dapat memilih begitu. Semestinya semua parents mesti hendak yang terbaik
Tapinya hakikatnya tidak semua mommies dapat rasa nikmat ber aircond lepas bersalin di hospital. Ataupun nyaman berehat di bilik sendiri di hospital bersama suami setelah bersalin. Allah sudah qun fa ya qun semuanya yang terbaik untuk umat-umatnya. Walaupun pahit DIA tahu itu memang untuk kita.
Siapalah kita untuk menolak mahupun untuk berasa hati untuk tidak menerimanya. Setiap yang hadir itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Belajar meredhainya, insyallah pasti ada manis akhirnya.

Allah Swt menguji manusia dengan perantara pelbagai kesulitan dan kepelikan. Allah Swt berfirman,Dan sungguh Kami akan berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Qs. Al-Baqarah [2]:155)

Bagi saya yang azalinya memang company tidak menanggung sebarang expenses berkaitan pregnancy. Semua perlu perbelanjaan sendiri.Maka saya dengan rela hati dan tidak langsung berkecil hati dengan suami untuk bersalin di hospital kerajaan. Saya pernah bersalin di HUKM,Hospital Kuala Pilah dan Hospital Putrajaya.
Di mana-mana pun boleh. Saya redha dan tidak cerewet. Walaupun sebenarnya saya adalah seorang perempuan yang tersangatlah cerewat ;D. Part bersalin saya tolak tepi perangai saya itu.
Hikmahnya selama pregnant dan bersalinkan anak-anak, saya tidak pernah hadapi masalah. Semuanya di permudahkan oleh DIA. Alhamdulilah.
Sebab itu pada mulanya saya merancang hendak bersalin di kg. Hospital kerajaan jugalah. Namun hasrat itu tidak kesampaian. Dihujung minggu ke 39 dan selanjutnya saya rasa sudah tidak larat untuk ambil long journey. Maka, akhirnya saya memilih untuk bersalin di Hospital Serdang. Iaitu hospital yang paling dekat dengan rumah saya.

Hospital Serdang memang hospital 100% kerajaan. Semestinya wad Kelas 3 hanya mempunyai kipas sahaja. No aircond. Katil pun setakat ada tabir sahaja. Situation adalah sama macam di Hospital Kuala Pilah di kg saya. Setakat pelawat datang melihat orang sebelah katil, sure dengan kita sekali akan ada pelawat. No privacy. Itu memang kita perlu terima sebab keadaan wad memang begitu.
Masa bulan Mac lepas, masa saya bersalin memanglah tengah musim panas ya ALLAH. Sungguh tidak boleh saya bayangkan dari rumah lagi yang saya akan bermalam di hospital dalam keadaan cuaca panas dan hanya bertemankan kipas dan lagi dengan privasi yang terhad habis. Padahal di rumah punya selesa beraircond sahaja. Hati memang ada meronta untuk minta duduk di bilik. At list ada aircond kan. Alhamdulilah aku jenis tidak di manjakan sangat. So fikir-fikir, duit itu banyak lagi yang boleh di gunakan nanti. Buat apa saya mengada-ngada habiskan duit hanya untuk satu malam, hanya untuk memenuhi nafsu keselesaan saya. Saya perlu berkorban. Itu memang niat saya dalam hati.

Dijadikan story di hospital. Wad 3 pun memang full pada hari saya bersalin.  Masa di tolak dari labor room ke situ. Kepala sudah terbayang, tidur malam nanti dengan bertemankan kipas. Aduh panasnya. Akhir saya dijadikan patient di Wad Transit sahaja.
Namun kuasa TUHAN, tiada siapa yang tahu. Kebaikkan saya yang kecil manalah yang saya pernah buat agaknya hingga DIA beri balasan begini.
Wad itu di lengkapi aircond. No kipas. Syukur syukur dan syukur. Sejuk dan nyaman sungguh compare dengan Wad Kelas 3 sebenar di sebelah bilik itu yang hanya bertemankan kipas.
Masa saya pergi ambil kain gantian itu saya nampak Wad kelas 3 dengan kipas di siling.
Walaupun keadaan katil di wad transit ialah tanpa tabir. Lagi dengan tiada nurse menjaga. Nurse semestinya sibuk di Wad biasa. Nurse cuma datang ke Wad Transit pada waktu checking sahaja.

Malam itu saya langsung tidak dapat tidur. Memang biasa semua anak-anak jenis tidak mahu tidur malam kalau di hospital. Kecuali Qeqeem. Yang lain memang asyik berjaga dan mahu menyusu. Sebagai mama ini, saya redha. Kerja saya malam itu until ke pagi hening ialah menyusukan Haify dan mengunyah biskut. Lapar kan.
Tapi esoknya sampai sahaja di rumah, terus naik tidur atas katil. Memang sudah lalok rasanya sebab lebih 30 jam tidak tidur.
Walaupun saya tiada jahit, tapinya tetap penakut hendak bergerak. Sepanjang dari masuk wad saya memang duduk sahaja di katil sambil menyusu dan tukar lampin. Tengok orang lain rilex sahaja, gerak sana sini.

Dalam jam 4 pagi, Doc on duty datang ke wad. Dia minta semua dalam wad itu pergi ke wad sebelah/wad 5 untuk buat pemeriksaan kedua dan akhir di bahagian jahitan.
Di sebabkan ramai sangat patient. Katil penuh, terpaksalah pagi bening Doc datang check patient. So sorang-sorang mama pergi ke bilik sebelah. Jauh jugalah walking distance bagi orang yang baru bersalin ini. Walupun tiada jahitam tetap perlu di lakukan procedure cek jahitan. Stress plus ngilu ngeri di buatnya, rasa macam hendak lari sahaja balik rumah masa itu.
Alhamdulilah Doc perempuan ini baik orangnya. Namanya saya lupa hendak tengok pula. Bayangkan kita tengah jalan pelan-pelan untuk ambil kain ganti sebab kain yang di pakai sudah kena darah. Doc ini ok sahaja tolong ambilkan kain ganti itu bagi pada saya. So tidak perlu saya jalan jauh-jauh lagi. Terima kasih Doc. Maklumlah duduk wad transit, kain baju pink kalau sudah habis, lambat benar hendak di letak yang baru lagi.

Esoknya waktu lunch tengah di bagi, masa itulah kami semua di benarkan discharge dari hospital. Itupun selepas 3 orang Doc Pakar buat rondaan.
Seronok kan. Ada hikmahnya masuk hospital yang memang tumpuan ramai ini. Boleh keluar wad cepat. Inilah pertama kali saya discharge lepas bersalin waktu tengahari. Maveles.

Part nurse bertugas di wad, bagi saya ok lah. Layanan adalah seperti biasa, tiada keistimewaan pun. Terpulang pada diri masing-masing hendak menjalankan tugas mereka dengan cara bagaimana. Saya tidak berminat hendak komen banyak pasal itu. Tapinya waktu siangnya memang ramai nurse pelatih. So meriahlah keadaannya. Hendak minta tolong itu dan ini , diaorang baik sahaja.

Hafiy - Yang memuliakan

HC cuma datang seorang diri sahaja tengahari itu. Penat sungguh menahan mata masa itu. Anak-anak tinggal di rumah Kaklang dengan maid Kaklang. Masa balik itu sempat juga HC tapau lauk dari kantin di Hospital. Peh memang meriah lauk pauk di situ.
Alhamdulilah bill cuma RM 23 dengan bersalin normal, wad kelas 3, tidur satu malam. Ini juga bil paling murah yang saya pernah dapat untuk bersalin.
Lagipun mulut saya memang selalu berkata, yang penting di permudahkan bersalin dan baby selamat. Part wad berapa saya memang tidak kisah pung. Kata-kata itu ibarat doa kan.
Murah sesungguhnya rezeki my Muhammad Hafiy.

Bill.

18 comments:

Unknown said...

tahniah..comelnya baby =)

salam kenal..ila follow sini yer

Ms Haslina said...

sama ila. tima kasih.
:D

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah.. bersalin di mana pun, sakitnya tetap sama kan :-)

Eina pun dua2 bersalin kt spital government je, janji kita tidak cerewet, dan belajar terima apa adanya.. pasti kita rasa s3nang.. :-)

Eina ni lega sket sbb usband government, so kelas 2 pastinya lah, nasib la ada je bilik time bersalin dl..

Teringin nk tambah lg ni, si abng pun dh meminta nak adik girl, tp heheh.. blm ada rezki drNya..

Ms Haslina said...

betul tu eina. sakit tu tetap begitu.

alhamdulilah suami eina keja gomen. ada privilage kan.

semoga eina dan suami dapat rezeki baby girl lepas ini. amin.
:D

mama_ka0ri said...

salam kenal..

tahniah baby baru..

saya dulu pon bersalin hospital kerajaan jugak..ketiga2 anak bersalin normal di hospital kerajaan dan wad 3 sahaja..takde layanan best dari nurse..hehe..

anyway, saya follow blog ni yer..
jemput singgah blog saya..:)

Ms Haslina said...

salam kenal kembali dear :D

sama2.
gitulah klu hospital kerajaan kan. anyway ada juga pembantu hospital dan nurse yang baik kan.



MamaAliya said...

saya pun bersalin di hospital kerajaan.Hospital Selayang.servis dan layanan pun baik.

Ms Haslina said...

mamaAliya,

alhamdulilah, hospital kerajaan sekarang ini mmg terbaek.

maidatul said...

Wah da abis pantang akak ek...seronok leh duk rehat kat rumah lagi sebelum masuk keje...

Selamat bercuti akak bsama anak2.
;)

Ms Haslina said...

tima kasih Akma.
alhamdulilah da habis 44 hari. tengah biasakan diri dengan tanggungjawab 4 orang anak.
:D

Eliss said...

saya satu lagi kena cser jugak nanti. hubby company bg 2K ajer cover, balancenya memang byr sendiri. bengkok jugak kaki nak topup 6K tu tp memang dh standby awal2.tggu spital shah alam siap la kot, bleh beranak gomen :p

Ms Haslina said...

czer lagi yea. awal2 da tahu kan. bolehlah bersedia dr segi mental dan $ kan.
alhamdulilah sudah ada 2K

p/s jom beranak GOMEN.

Ina Hashim said...

lin,

akak x penah ada experience bersalin hospital gomen, sbb sama ada company hubby or company akak yg tanggung...selalunya dgr cerita dari mulut orang aje....yg akak perasa, bersalin hospital gomen ni mommynye lebih berdikari dan kuat...tapi klu swasta nih lebih manja....semuanya main tekan button mintak nurse datang nak minta itu ini.....huhu

Ms Haslina said...

hehehe. betul tu kak. saya ada experience duk hospital swasta kalau sakit yg bukan pregnant. kan company tanggung.sungguh privasi dan rilex.

Rosilawati Wahid said...

Salam ukhwah...

Akak masih mencari hospital nak bersalin, dah masuk 38 minggu masih tak buat keputusan lagi samada ke KPMC Puchong atau hospital Serdang. Tadi call Hospital Serdang bertanyakan siapa yg akan sambut baby, doc perempuan/lelaki atau nurse. Rasanya akak tak kisah kalaupun nurse yg akan sambut baby, tapi janganlah turn doc lelaki.. jadinya sampai sekarang masih dilema lagi...

Anyway.. tahniah atas kelahiran cahayamata.. semoga menjadi anak soleh.

Ms Haslina said...

Salam perkenalan kak Sheila dear.
amin. terima kasih kak.

Yg terbaek cari yg mana dekat dgn rumah kak.
Kalau saya memang jenis klu contraction kuat mmg tanda hendak brsalin. Allah permudahkan utk saya. so saya mesti cari hospital yg dekat dgn rumah.

kalau akak jenis hendak bersalin, then ada ruang between pecah air ketuban and hendak bersalin. tak salah rasanya pergi KPMC.

QA's ~ mamapapa said...

salam kenal..jmput follow kmbali :)

Ms Haslina said...

salam kenal kembalo QA, terima kasih sudi datang blog saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails