Followers

Wednesday, July 13, 2011

Story 36 1/2 weeks.


Alhamdulilah, baju baby sudah siap di beli, di basuh dan juga di lipat.
;))
Dalam bekas ini, ada baju lama warisan abang kakak baby dan juga ada beberapa baju baru.
Almost all preparation untuk baby sudah selesai.
Lega sungguh rasa di hati.

Semalam aku mula check di klinik swasta.
Penat rasanya hendak ke klinik kerajaan setelah kandungan masuk 9 bulan.
Aku pilih klinik dekat dengan rumah sahaja.

Memandangkan aku rasa posisi perut aku macam sudah turun sikit.
Makanya aku prefer di periksa oleh Doc compare dari nurse.
Sungguh teruja sekali bila Doc beritahu yang kepala baby sudah masuk ke posisi untuk bersalin.
Doc kata itu adalah normal untuk kandungan 9 bulan keatas.
Kiranya kepala baby sudah masuk 1/5.
Ada balance lagi 4/5 untuk fully bersedia untuk bersalin.
Lagi, uri dalam posisi normal. Air pun kata Doc cukup.
Insyallah baby mungkin sama saiz dengan kakak Haifa 3.11kg atau mungkin lebih.

Agaknya beginilah position baby aku - ehsan baby center.

Cuma yang membuat aku risau ialah tekanan darah aku adalah rendah.
Sebab itu aku selalu pening semenjak seminggu dua ini.
Next week, insyallah aku hendak buat pemeriksaan Hb aku lagi.
Risau weh.
Sebenarnya Hb 10 g/dL adalah yang minimum sekali. Lepas itu kiranya sudah tidak ok.
Dulu masa Haifa, Hb terakhir aku pada minggu ke 39 ialah 9.7 g/dL.
Akibat dari itu, masa proses sakit bersalin, aku kena pakai mask oksigen.
Bukan sebab aku sesak nafas, tapi adalah untuk salurkan oksigen ke baby.
Doc nasihat aku hari-hari makan bayam merah. Itu yang tercepat dalam usaha naikkan Hb aku semula.
Itu yang malam tadi aku makan sup bayam.

Satu perkara lagi, berat aku tidak naik mengikut sepatutnya.
Doc siap tegur aku, sebab berat aku kiranya ringanlah tu.
Setelah 5 minggu (9/6/2011) dari check up yang last hari itu berat aku cuma naik 0.9 kg until semalam (12/7/2011)
Hatta sebenarnya berat aku itu perlu naik sebanyak 2.5 kg untuk jangkamasa itu.
Sedih je kan.
Kalau tidak silap aku, berat aku keseluruhan cuma naik mungkin 8 kg atau 9 kg atau 10 kg atau 11 kg setakat ini.
;((

9 comments:

mamaarifakeemaisy said...

SERONOKNYA...TAK LAMA JE LAGI KAN...BERTAMBH MERIAH FAMILY NANTI..^_^

HUU~ HB RENDAH YEK, DGR RAMAI JUGK MMBER BLOGGER YNG PEKNEN N HB RENDAH..PROBLM JGK TU KAN..HUU~ ESOK EINA CHECKUP, HOPE BAIK2 SAJE..

TAKE CARE~

mrsboan said...

alhamdulillah..semoga semuanya berjalan lancar...amin

Ms Haslina said...

iena - mmg sungguh teruja menanti anak no3 ni.
itulah, setiap kali pregnant mmg begitu.
mmg keturunan Hb rendah ;))
tq eina.

mrsboan - amin. terima kasih.

Unknown said...

uhuhuhu! baju baby lama, ieda dah asing kan last week, nak basuh, yg baru tak beli lagi, beli pon tak byk kot.. heheheh :)

Ms Haslina said...

mmg gitulah ieda. x yah membazir beli baju baru. yang ada itu kita guna semula.
;))

Eliss said...

tak sabar jugak nak mengandung balik. Ya Allah, cepatlah proses naik rumah baru.ameeen :)

Ms Haslina said...

eliss - amin amin amin. semoga di permudahkan proses urusan rumah dan di samping itu cepat2 Nuha dapat adik.
;))

Sumijelly said...

ishk....... sama yek kita..

sumi dah 36 minggu....

tp akan bersalin secara bedah pd 1.08 ni..

selamat la kan segalanya untuk kita berdua..hik3

Sumijelly.com

Ms Haslina said...

sumi - itulah bila baca blog sumi. rasa2 kita ni sama minggunya.
so mmg conpem sama.

ooo, bedah yea.
tak pe dear, moga semuanyer selamat utk kita. amin.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails