Syukur alhamdulilah sudah masuk hari ke 5 berpuasa.
Dan aku pula baru masuk kerja hari ini.
Suka hati sahaja kan.
Eh tidak suka hati pun sebenarnya.
1st day puasa hari itu aku sudah mula bekerja pun.
Maklumlah mengajar student part time.
Mahu terlentok aku di office masa habis kelas petang itu.
Hari isnin aku ambil EL.
Sebabnya ada urusan di Menara Maybank.
Alhamdulilah pergi dengan hubby.
Penatkan puasa.
Sabar sahaja mencari tempat parking yang rata-rata mahal perhour.
Aku rasanya tidaklah lama sangat disitu nanti.
Alhamdulilah ALLAH permudahkan, dapat kami parking DBKL.
Parking syiling itu, so hubby ambil untuk 2 jam.
Tapinya jauh jugalah kena berjalan.
On the way balik setelah selesai urusan, hubby ajak pergi PUDU.
Ialah tengok dari luar cantik sahaja bangunan itu setelah di ubahsuai.
Erm ,tidak jauh kami berjalan pun.
Hubby ajak keluar, sebabnya bau didalam kawasan tempat menunggu itu macam 'hanyir'.
Tempat tertutup, dengan bermacam jenis orang. Semestinya bau pun bercampur-campur.
Hari Selasa pula, aku ambil cuti lagi.
Badan rasa tidak sedap sangat.
So banyak tidur sahaja di rumah.
Aku memang tiada selera makan semenjak berpuasa sekarang ini.
Alih-alih, berat aku sudah turun 5kg sekarang.
Ialah berbuka setakat minum air dan air lagi. Sebelum itu makan kurma.
Itu sahajalah.
Lewat-lewat malam sikit, aku pelan-pelan makan nasi.
Alhamdulilah masa bersahur, aku gagahkan juga makan nasi.
Tapi semuanya sikit-sikit sahaja.
Semoga ALLAH permudahkan urusan dan memberi aku kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa. amin amin amin.
2 comments:
salam Lin,
lamaaaaaaaaanya blog ni xleh buka....
nape Lin x sihat ke smp x lalu mkn nasi?
salam ramadan kak ina sayang,
itulah hari tu terpicit private. lepas tu lama tak tgk blog. itu yg x perasaan tu.
mungkin sebab penat sgt kak, itu yg sampai tak selera tu.
Post a Comment