Lamanya hendak tunggu next post aku ini kan.
Maklumlah mak yong ini sudah sikit slow kalau buat perkara selain kerjanya sendiri.
Makanya masa yang ada cuma buat kerja yang penting sahajalah.
Dan blog cinta merah ini terkeluar dari list important gitu. huhu.
princess Cassandra
Mak yong and anak bujang kesayangan Haziq.
Kisahnya pada hari Ahad lepas.
Kami sekeluarga menghantar Auntie Nor dan cousin aku Daniel ke TBS untuk balik ke S'pore.
Memandangkan diaorang hanya datang semalam ke KL. Sebab itu is better naik bas sahaja. Mudah dan tidak memenatkan.
Masa itu baru jam 3 lebih petang. Lepas beli tiket untuk bas jam 7.30 malam, kami lepak di Food Court di situ dan kemudian di area bercermin. Nampak tasik yang sudah penuh di naiki air sebab masa itu memang hujan tengah lebat. Namun view memang santek.
Memang itulah 1st time aku pergi sana.
Wokeylah tempat makan memang banyak. Boleh pilih.
Harga nampaknya berpatutanlah.
Sambil tunggu bas boleh makan dan makan lagi.
Wi-Fi pun ada di sediakan.
Yang tidak seronoknya, di sebabkan kami parking kereta di bahagian bawah sekali.
So untuk turun kembali hanya ada 2 buah lif sahaja. Dan lif itu memang penuhlah kan.
Kalau untuk naik kiranya ada alternative escalator dan liflah.
Pelik sebab tiada escalator di sediakan untuk turun kembali ke bawah. Ada cuma tangga sahaja.
Bayangkan sah-sah memang orang baru turun dari bas. Mestilah bawa beg besar.
Mahu tidak lenguh tangan kalau bawa beg turun tangga dari tingkat 3 kalau tidak silap aku.
Awat tidak user friendly nie!!!
The rest kira oklah kan TBS ini.
2 comments:
salam Lin,
wah kemain hepi je muka sorang2 tu....tp princess cassandra tu muka masam la pulak
wah dh besar perut Lin ye....dh brp bulan eh?
salam kak ina.
hehehe. budak2 kan kak ada je moodynya.
da masuk 29 minggu@7 bulan+seminggu da kak. macam da x larat nak bawa perut.
Post a Comment