Sweet princess dengan present dari atok
Hello Kitty.
Hari Ahad lepas kaklang bawa Haziq dan Haifa balik kg.
Diaorang balik hari sahaja.
Kaklang balik kg dengan maid dia sekali.
Juga total out 3 kanak-kanak dan 1 baby.
Makanya aku dan Hubby tinggal bertiga sahaja dari tengahari itu hingga ke malamnya.
Qeqeem pun banyak tidur sahaja.
Memang rutin Qeqeem bangun pagi, minum susu. Then menjelang dekat tengahari tidur.
Nanti petang petangan tidur lagi.
Bagus.
Masa aku call abah hari Jumaatnya, abah ada di bank.
Aku tanya abah buat apa?.
Abah cakap hendak ambil hadiah budak-budak.
Erm.
So bila diaorang balik dari kg, barulah aku tahu.
Hadiah itu ialah untuk Haifa.
Beg Hello Kitty dan Tabung Tin Hello Kitty.
Aku tengok ada cop Hong Leong Bank.
Aku pun check out lah apa kisah Hello Kitty ini.
Erm, tidak faham mencari menda yang kita tahu di laman web tu.
No comments:
Post a Comment