Followers

Wednesday, December 31, 2014

Alhamdulilah, saya sudah ada customer Shaklee


Syukur alhamdulilah.
Bulan Dec yang berakhir hari ini, saya akhirnya sudah ada customer.
Bulan ini kan promo berganda dari Shaklee. Saya dapat order 2 botol Vita E dan 3 botol untuk SR Vita-C.
Juga 2 botol untuk Zinc Complex.
Untuk saya pula ialah SR Vita C, Vita E dan juga 2 botol Chewable Vita C untuk anak-anak. 
Memang suka sungguh Haifa, Hafiy dan Haqeem makan Chew Vita C.
Hanya Haqeem seorang sahaja yang suka makan sebiji Omega Guard.

SELAMAT TINGGAL 2014!!!



Sunday, December 28, 2014

Chewable Vita-C Plus

Only RM 37.50 with 90 tablets

Bila mamanya telan vitamin, anak-anak pun hendak sama juga. Saya belikan anak vitamin yang ini. Alhamdulilah budak-budak suka. Dia orang suka tanya, kalau makan vitamin ini dapat apa?. Saya terangkan lah. Baik untuk tulang, gigi dan supaya tidak mudah dapat sakit.

Kebaikan chewable vita C
Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
Merawat jangkitan saluran kencing. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Saturday, December 27, 2014

Pray for Pantai Timur



Friday, December 26, 2014

Haziq and Haqeem

Hari ini saya kerja.
Pada hal office memang lengang.
Hikhik.
Saya memang suka kerja waktu orang ramai cuti.
Aman untuk buat kerja, kan.
Tapi time orang kerja, saya suka ambil cuti..whuaa

Haqeem and abang Haziq
Haqeem suka ambil gambar dengan buat muka begitu
Haziq katanya tengah tunjuk lubang kat tepi tu

Picture di KFC hari itu.
Ramai orang cakap muka dua beradik ini sama.
Haqeem 3 years old and Haziq 7 years old.


Wednesday, December 24, 2014

Barang free, Hafiy dan coklat Beryl's

 
Hehe, Kan saya suka barangan free. 
Alhamdulilah minggu lepas rasanya sampai tuala wanita free dari kotex. 
Ada sekeping sahaja dari 3 jenis pad. Ok lah kan.

Pictures Hafiy semalam petang. 
Kami makan KFC di highway. Umur sudah masuk 1 tahun 9 bulan.

Coklatan, beli di kilang Beryl's Serdang. 
Cuma RM6 untuk setiap pack.



Tuesday, December 23, 2014

Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum.
Pada yang ingin mencuba untuk hamil. 
Boleh mencuba set ini dari Shaklee. 
Kita merancang, semestinya ALLAH penentu segalanya.
Usaha itu penting dalam mengejar cita-cita dan keinginan. 
Selebihnya bertawakal pada NYA.



Set Kesuburan Shaklee

Vita E Complex RM 149 with 120 capsules
Zinc Complex RM 33.75 with 120 tablets
GLA Complex RM 91.25 with 60 capsules
ESP (Soy Protein Isolate Powder) RM 150 with 850 gram 







Tuesday, December 16, 2014

Exam time


Hari Khamis dan Jumaat nanti, inshaAllah saya akan sitting for final examination di OUM KL. Ada dua paper as usual. Hari Rabu esok baru hendak mula cuti. Masuk office semula next monday.
Alhamdulilah markah assignment sudah keluar pada Rabu lepas. Sungguh terharu, sebab peningkatan pada markah sebelum-sebelum ini. Berkat usaha lebih saya kali ini. Juga tidak lupa doa dari emak abah. Juga terutama my HC tersayang atas keikhlasan menjaga anak-anak. Terima kasih keraza izinkan saya sambung belajar.
Semoga di permudahkan urusan untuk stuyd ini ya ALLAH, ameen.

Monday, December 15, 2014

Coklat, Assignment master OUM, family S'pore & Emak.

Assalamualaikum.
Alahai tak tahu kenapa lately ini, saya penat sangat.
Sebabnya ialah banyak sangat urgent things yang perlu di siapkan. Alhamdulilah sebab kebanyakkanya telah selamat selesai.

Di belanja kan coklat oleh my cousin. 
Ialahkan duit Sing tukar duit RM, kan banyak. 
Beli pula coklat nya di One Utama.  

2 minggu lalu, hari-hari mesti kena bagi masa juga untuk siapkan assignment master untuk subject project cost analysis and appraisal. Sepanjang hari Sabtu memang saya di depan laptop. Aduh sakit juga pinggang.
On 30/12, Sunday attended last seminar kelas master and submit hardcopy assignment.
On the same day juga, iaitu hari Ahad petangnya, kami sefamily ke Swiss Residence di Pudu untuk berjumpa emak dan family adik mak@cik sara yang baru sampai dari kg. Cik Sara dari Singapore tidur di kg semalam, dan kemudian bawa emak sekali ke KL. Petang itu juga kami sefamily dan 2 orang cousin berjalan kaki ke Time Square dari hotel. Planning saya ialah bawa anak-anak jalan. Tapinya, rupanya anak-anak saya memang bukan jenis yang suka berjalan di tempat orang yang memang ramai sangat. Tidak lama juga kami di situ. Terus jalan kaki balik semula. Sempat juga singgah minum di kedai mamak. Malamnya saya memang terlelap juga di hotel.
Bangun-bangun terus cakap dekat HC, jom balik rumah. Padahal, pakcik bising juga. Insist us to stay or terus overnight di hotel. Tapi kami balik juga, Saya sangat-sangat exhausted.

Haziq masa di One Utama. 
Mak and Hafiy masa di uptown the mines.

Sekarang ini Haziq and Haqeem ada di kg. Hari Jumaat lepas, emak balik kg dah. Adik yang hantar emak balik. So masa emak di rumah dari Selasa until Jumaat itu, sempat bawa emak pergi uptown. HC beli selipar and seluar jeans. Ok lah seluar jeans price RM50. Saya dan emak beli tudung. Op saya beli juga cover plastic hp Lenovo saya. Haziq dan Hafiy comel beli selipar. Comel bangat selipar pertama Hafiy. Niat hati mahu pusing-pusing lagi, tapi hujan sudah turun. Antara yang best ialah, sotong goreng tepung, price RM8. Ya ALLAH sedap sungguh.

To be continue....




Wednesday, December 3, 2014

It's Our 8 Years Anniversary, Alhamdulilah




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails