Hari ini. (Jumaat 20 /3/ 2015)
Aku melihat
Bila hati dan kehidupan kita bahagia.
Walau apa sahaja badai ujian menimpa.
Duit tidak cukup.
Pakaian semua sudah nampak kurang cantik sebab asyik di pakai di cuci berkali-kali.
Pergi Imigresen Putrajaya, sampai 11.15 pagi
Ok nombor giliran sudah habis.
Sila datang esok.
Oh apakah
Esok mungkin perlu ke Hentian Kajang
Hari Jumaat depan sudah mahu berangkat
HC dukung Hafiy
Bila turun dari tingkat 3 di situ, selipar Hafiy tinggal sebelah sahaja.
Aku pegang tangan Haifa dan Haqeem
Haziq pula perlu pegang tangan aku sendiri
Maka kami berpegangan berempat orang
HC turun semula dari tingkat tiga
Maka selipar kuning Hafiy tinggal sebelah sahaja
Keluar dari building, sudah nampak dari jauh sebelah selipar kuning elok bersandar ditepi kereta belah longkang
Alhamdulilah
Masa mahu masuk dalam kereta nampak ada satu family keluar dari building yang sama
Happy happy selak selak pasport baru dapat
Ok
Ada rasa secalit macam jeles, eh iye ke!
Kisah selipar anak kecik tinggal sebelah adalah kisah biasa...kan
Tapi semuanya Allah bagi aku nampak ujian itu dalam bentuk biasa-biasa sahaja.
Allah tenangkan hati aku
Allah ajar aku menjadi seorang yang menerima seadanya
Ya ALLAH lindungilah aku dari belenggu hutang dan tekanan manusia
Ya ALLAH lindungilah aku dari belenggu hutang dan tekanan manusia
Ya ALLAH lindungilah aku dari belenggu hutang dan tekanan manusia
Ameen
Syukur atas nikmat yang KAU berikan pada kami sekelaurga Ya ALLAH
Alhamdulilah
2 comments:
like ^^
terima kasih dear
Post a Comment