Followers

Friday, June 26, 2015

Update kisah puasa.

Picture part atas tu kiriman cousin di Spore. Katanya nama makanan mee celup. Adik aku pula jawab masa itu macam mee kicap jak. Apa-apalah kan. 
Akibat dari picture yang cousin tunjuk, aku buat mee ala hailam semalam. Dekat jam 7, godek-godek di dapur. Anak-anak suka, tapi HC komplen. Okey baba, next time will be improve lagi, inshaALLAH.

Sudah hari ke 9 kita berpuasa, alhamdulilah.
Semoga ALLAH beri kekuatan, kesabaran dan iman yang teguh buat kita semua dalam menjalan ibadah di bulan yang mulia ini, ameen.

Hari ini aku free, sebab kalau timetable mengajar aku sudah bertukar lagi semalam. Kelas yang ada hari ini aku sudah buat lecture Selasa lepas.
Di office aku ini sudah masuk minggu kedua lecture untuk semester June 2015.
Sudah jadi orang lama ini pun, masih dapat subejct baru. Maklumnya sebab ada lecturer berhenti, makanya loading subject tunggang langgang kejap. Yang berhenti 2 orang lecturers, yang masuknya tiada. Itu yang sadis sangat pada ramai juga lecturers yang loading tinggi termasuklah aku.

Setakat hari ini, aku cuma beli kuih dan topup lauk pauk untuk berbuka di canteen office sahaja. Macam tidak kuasa hendak merempuh ramai orang di pasar ramadhan. Ialah bila beli lauk di office, perut kita sudah biasa dengan makanan di situ. Katanya price foods di pasar ramadhan mahal, betul ke?.

Part sahur kami still makan nasi. Lauknya mana-mana yang lebih dari berbuka, simpan dalam peti ais. Bangun sahur panaskan lauk dalam microwave jak. Biasalah orang rajin kan.

Hari Sabtu nanti ini boleh penuhkan peti ais semula dengan barang basah. Aku dan HC memang pergi Pasar Borong Selangor itu je.
Maklumlah anak-anak aku walaupun masih kategori kecil, tapinya semuanya kuat makan. Alahai, masak sahaja apa pun mesti habis. Memang tidak banyak story, semuanya boleh.
Alhamdulilah, senang menjaga comel hensem cantik berempat ini.

Tahun ini pertama kalinya Haifa berpuasa dan cukup berpuasa penuh. Kental jiwa anak dara aku ini. Umur baru 5 tahun. Sejuk perut mama pregnantkan Haifa.
Jeles mama tengok perut Haifa slim jak. Mana ini entah bila mahu slim gituk.

Yang ini menu suka hati aku sahaja. Hirin hotdog, siat-siat sekeping roti, lepas itu siat juga kepingan cheese. Masuk dalam microwave jak. Letak sos tomato dan mayonis lepas siap.

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Farah nampak macam mee hailam...he he he...

Anonymous said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Ms Haslina said...

kan. lain tempat lain nama makanannya kan

Ms Haslina said...

Izz - TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails