Followers
Tuesday, August 25, 2015
Makan nasi lemak duduk atas batu
Assalamualaikum dunia!!!
Alhamdulilah hari ini ada kelapangan untuk update blog
Hari-hari sibuk kan
Picture Sabtu lepas.
Cadangan memang hendak balik kg pada Jumaat malam
Tapinya serius aku memang penat
Kerja di office tak sudah-sudah
Makanya tiada kesimpulan untuk balik atau tidak ke kg
Padahal anak-anak semua nya bising mau balik kg
Siap nyanyi lagu balik kg ooooo balik kg
Sadis sungguh lah pulak
Pagi sudah masuk tengahari Sabtunya, aku beritahu HC, jom lah balik kg
Makanya dengan tidak breakfastnya
Budak-budak minum susu
Makan roti sapu jem
Haziq breakfast maggi
Serius, foods sudah kosong di rumah
Malam sebelumnya memang HC ajak pergi pasar borong Selangor
Alahai, mak fenatttt
OTW di highway, singgah beli nasi lemak
Plan nya mahu makan di kg
Tetiba HC cadang, jom makan di batu di Bukit Putus, jalan lama
Masa itu sudah jam 2 petang rasanya
Mahu tidak kelaparan masing-masing
Hari Ahad petang rembang kami balik KL
Tidur semalam sahaja di kg dengan niat menengok emak dan abah
Alhamdulilah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wahhh seronok ni, sesekali makan nasi lemak duduk atas batu...
Nostalgia tuh makan nasi lemak atas batu kat Jalan Lama Bukit Putus...
salam,
feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com
ig @norazlinaidris
salam perkenalan
Farah - yup so seronok
Amanda - a'ah kan, sekali sekala
Norazlina - salam kembali, tq visit. inshaALLAH akan visit kembali.tq
Post a Comment