Followers

Thursday, September 10, 2015

Baju kurung baru


Aku today
Setelah bertahun-tahun tidak menempah baju kurung sebab tailor fav emak di kg, dua-dua sudah bersara.
Hendak mencari tailor yang seadanya pun susah kan
Sorry to say, aku memang bukan jenis hendak tempah baju kurung dengan bayaran sampai berpuluh ringgit
Aku memang mencari tailor untuk price RM50 ke bawah

Paling last aku tempah baju ialah pada tahun 2011 rasanya
Utamanya ialah mahu tunjuk baju kurung baru
Hahaha
Mestilah semangat kan pakai baju baru
Kain pasang memang banyak di rumah
Makanya kain baju kurung ini kiranya kain fesyen lama
Yang penting ada baju untuk di pakai kan
Kira ok lah untuk hantar baju kurung untuk di jahit pada tailor yang baru kenal ini
Upahnya ialah RM35 untuk baju kurung dan baju kurung pahang
Sayangnya baju kurung pahang ini ngam-ngam sahaja di badan
Mungkin sebab guna kain cotton kot
So cadangan baju pahang itu mahu bagi pada kaklang sahaja nanti
Next time mahu hantar tempahan lagi
Rumah tailor ini ialah di Nilai
Support business orang kita kan


Aku semalam
Dalam jam 1pm, aku ke OUM KL
Untuk bayar yuran paling last extend untuk thesis sahaja
Yuran RM220 sahaja
Masa ini aku baru sudah bayar yuran, terus minta HC ambilkan gambar
Kenangan kan, tamat sudah 2 tahun aku study di sini
Cuma tinggal thesis sahaja, moga dapat habiskan juga Master pada bulan Dec 2015 ini nanti
Ameen

Saturday, September 5, 2015

Sempoi sangat

Oh aku...

Aku memang sempoi sangat-sangat
Memang kalau di bandingkan dengan orang lain di opis aku lah

Tapinya aku CUKUP BAHAGIA begini
Hati aku tidak STRESS sebab perlu fikir hendak beli jubah baru atau shawl lip lap terbaru
Ataupun hendak fikir beli selipar pergi tandas yang paling glamour
Syukur aku kehadrat Ilahi sebab ALLAH bagi hati aku tidak seperti mereka

Aku suka pakai tudung bawal sebab ianya simple
Laginya aku RIMAS sangat kalau ada menda yang duk belit kepala aku dengan leher aku
Sudahlah shawl ada yang jarang
Perlu pulak pakai inner tutup leher
Alahai berlapis-lapis

Kan ada yang mudah
Lagi pun tudung bawal kan panjang
Menutup bahagian yang sepatutnya di tutup

Dulu masa mula-mula kawin
HC bising dengan penampilan aku
Aku hendak buat macam mana lagi
Azalinya aku begitu

Bagi aku kalau pergi kerja, yang penting penampilan adalah kemas
Yang paling penting tudung tidak singkat
Pakaian tidak ikut susuk badan

Lagipun banyak cara berpakaian yang bersifat muslimah
So kalau duit itu memang sudah bersepah sangat
Carilah penampilan yang bersesuaian
Tidak menambahkan lagi dosa yang sedia ada

Berubahlah




Friday, September 4, 2015

Beli radio baru (2nd) kereta Persona



22 April lepas temankan HC pergi jumpa kawan kelab Persona.
Orangnya pun HC tidak kenal
Cuma kenal dari sebagai ahli kelab Persona sahaja
Area nya dekat dengan office aku.

Kisahnya radio kereta aku ini tidak boleh off
Maknanya setiap kali aku off kan enjin kereta, parking.
Sebenarnya radio kereta aku masih on.
Akibatnya bateri kereta berkali-kali terus kong
Tukar bateri kereta baru, beberapa hari terus kong
Kereta tidak boleh start
Tukar bateri kereta lagi
Jadi semula kejadian yang sama
Alhamdulilah dapat juga tukar bateri baru dekat 2 ke 3 kali rasanya
Last-last cina di kedai bateri beritahu HC, suruh check radio kereta
Sebab selalunya itu penyebabnya

Confucius juga masa mula-mula kejadian
Tidak akanlah radio kereta aku memang sudah rosak
Pada hal baru kereta baru guna 3 tahun lebih  sahaja
Fikir-fikir semula, redha sahajalah

Kisahnya terbongkar lepas HC tukar sendiri radio kereta
HC jumpa duit syiling 5 sen
Ok
Baru tahu kan
Siapa lagi yang paling bijak kalau dan paling comel dalam rumah aku
Hafiylah orangnya yang memang kerjanya masukkan duit syiling ke lubang mana yang boleh masuk di dalam kereta
Anak oooo anak

Price radio yang di beli itu aku tidak ingat sudah
Alhamdulilah until today masih bagus
Lagipun adik yang jual tu beritahu, dia pakai radio tu sekejap sahaj
Sebab dia tukar radio kereta ke yang lebih canggih

Wednesday, September 2, 2015

Pictures lagi kisah balik makan nasi lemak di Bukit Putus

Sibuk tengok jalan baru, kalau ada bunyi motor atau kereta yang kuat amat
Ialahkan kenderaan tengah meneran@menekan minyak untuk panjat bukit 

HC tengah bahagikan nasi lemak
Ada 5 bungkus sahaja 
Rambut Haifa tu kerinting, itu yang nampak serabut di tiup angin Bukit Putus

Tengah makan, HC ambilkan gambar 

3 anak lelaki saya
Semua makan sendiri kecuali Hafiy
Haqeem memang baru belajar makan sendiri
Haqeem tidak mahu bersila, sebab pakai seluar pendek
Sejuk kot bila kakinya kena pada batu 

Layan tengok jalan baru

Ini masa baru sampai
Haqeem memang bersemangat 

Save Nature Save Earth with Hafiy

Tuesday, September 1, 2015

Cuti Merdeka

Hi
Assalamualaikum dunia!

Selamat menyambut hari kemerdekaan pada kita semua rakyat Malaysia semalam.
Harapan aku semoga negara kita kembali aman damai, ekonomi pun lebih terancang dan semoga mendapat pemimpin yang lebih tahu nilai sebenar menjadi seorang ketua.


Kisah cuti 3 hari aku cuma di rumah sahaja.
Enjoys dengan anak-anak
Puas tidoq, puas tengok tv, semuanya maveles.

Hari Sabtunya kami ke Nilai
Pertama kalinya setelah 6 tahun rasanya, aku pergi menempah baju 
Aku tempah baju kurung sehelai dan baju kurung pahang sehelai
Tailor ini HC terjumpa iklannya di FB
Siap nanti dia akan call aku beritahu
Tapi memang dia ada tanya, baju nanti hendak pos atau datang sendiri
Uish, aku cakap, kami akan datang sendiri ambil
Bukan jauh pun Bukit Jalil ke Nilai

Lepas itu kami makan lunch di Nasi Ayam Gemas
HC dan aku juga suka makan di situ sebab portion ayam adalah sangat banyak
Puas hati mamam
Kami order 4 set nasi ayam dan aku kononnya nak try mee kari
Half mee kari sahaja aku makan, tidak menahan untuk makan nasi ayam jugak
So mee kari separuh lagi tu aku bungkus
Sudah 3 kali kami makan nasi ayam ini
Setiap kalinya ialah ketika lapar
Makanya tiada kesempatan lah untuk ambil gambar kan

Hari Ahad dan Isninnya kami di rumah sahaja
Hendak bawa anak-anak mandi pool dekat rumah pun tiada mood
Orang lain sampai bawa anak-anak tidor hotel semata untuk mandi kolam
Aku ini sudah ada depan mata pun buat tidak tahu je kan

Petang Isnin itu memang ada Pasar Malam di Bukit Serdang
Kira tidak jauh dari rumah jugalah
Mula-mula aku yang ajak HC pergi keluar
Sebab barang makan semua sudah habis di rumah
Tapi sebab berhari sudah bermalasan di rumah
Akhirnya aku sendiri yang tak nak keluar pulak
Padahal planningnya adalah dari aku
Aku suruh Haziq dan Haifa temankan HC
Budak-budak memang sudah tidak suka ikut kalau takat pergi beli barang sekarang ini
Kerjanya hendak main komputer sahaja
Aku tahu HC bengang
Memang dari mula kenal suami aku ini sampailah sekarang, kalau hendak pergi mana-mana mesti aku kena pergi sama
Last sekali Haifa seorang sahaja yang kena ikut
Masam sahaja muka princess bila kena paksa gitu

Tapinya bila sudah balik dari keluar
Seronok pula Haifa bercerita, ialahkan, HC ikutkan sahaja apa princess seorang ini mau beli





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails