Followers

Wednesday, June 3, 2009

Baru ada feel untuk menulis.

3 June 2009 - Rabu
Assalamualaikum,

Lebih seminggu aku tidak berblogging. Biasalah kan sibuk dengan hal peribadi gitu. Hendak menaip pun jadi tidak ada feel. Malam ini aku terasa hendak update blog CINTA MERAH ini dan juga aku ingin abadikan apa yang aku lakukan pertama kali dalam hidup aku di blog aku ini.

Kami selamat pulang dari S'pore pada malam Khamis lepas. Tidaklah penat sangat, sebab bukan aku yang drive pun. Tapi memang semua dalam kereta mengeluh juga. Selalunya kami bergerak ke S'pore dari Kuala Pilah. So dapatlah berehat sedikit sebab perjalanan tidak jauh lah juga. Tapi kali ini kami dalam emergency, so hendak atau tidak terpaksa juga bergerak kesana dari Kuala Lumpur. Kami tidak biasa begitu sebenarnya.
Memang abah sekereta sampai dulu di Gelang Patah tengah malam isnin itu. Kami sampai lewat sejam selepas abah.
Seperti biasa emak masih tinggal berada di sana, mungkin sampai akhir minggu ini.
Aku start kerja pula pada hari Jumaat. Itu pun aku 'ponteng' tidak ke makmal jalan raya seharian itu. Aku cuma duduk di office. Menyelesaikan apa yang patut.

Aku kena gastrik lagi. Rasanya lama juga aku tidak kena sakit ini. Start dari Sabtu kalau tidak silap aku asyik sakit perut sahaja. Hari Selasa dan hari ini aku MC. Mana larat hendak berdiri lama-lama. Macam mencucuk-cucuk begitu dalam perut ini. Aduhh..memang sampai sekarang ini perut aku masih tidak 'sihat'. Sungguh tidak selesa. Aku pun terfikir-fikir kenapa aku boleh kena gastrik?. Apa yang aku sudah makan?. Dua hari berturut-turut aku sendiri yang goreng sayur kacang buncis, aku sendiri juga yang beli sayur itu. Bila sudah sakit baru teringat yang aku sememangnya tidak boleh makan buncis ini. Doc pun pernah pesan dengan aku pasal hal ini. Tapi itu lah...sebagai manusia aku mudah lupa. Sedap apa layan goreng buncis kan.


26 May 2009 - Selasa


Kami selamat sampai ke rumah makcik dalam jam 2 am, pagi selasa itu. Semua orang sudah tidur dirumah makcik. Arwah nenek diletakkan di ruang tamu rumah di kelilingi dengan cucu-cucu dan anak-anaknya. Abah sampai-sampai terus membaca yassin dengan suara yang putus-putus begitu. Aku tahu abah amat sedih atas kehilangan arwah nenek. Emak cakap abah memang menangis bila dapat call berita pemergiaan nenek petang semalam itu. Lepas itu kakak juga emak bersama sekali membaca yassin.

Pagi selasa itu ramai saudara mara datang membaca yassin buat arwah nenek. Alhamdulilah. Dalam jam 9.30 pagi, orang yang bertugas untuk memandikan arwah telah sampai. Memang sebelum arwah dimandikan, ramai ahli keluarga mencium pipi dan memeluk arwah buat kali terakhir. Aku pula masih belum mampu mencium arwah walaupun dari sampai pagi tadinya. Aku terlalu lalu sedih.

Walaupun ini pertama kali aku melakukannya. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan Allah. Aku bersama sepupu-sepupu perempuan yang lain juga bersama dua makcik yang bertugas untuk memandikan arwah. Bagi aku sebagai cucu, sudah tugas aku untuk bersama-sama membersihkan arwah.
Memang aku tidak ramai sepupu di sebelah emak kerana dulu di S'pore, setiap keluarga hanya dihadkan mempunyai 2 orang anak. Sekiranya ada yang mempunyai anak ketiga, keluarga itu akan didenda. Sebab itu anak pakcik makcik aku hanya mempunyai 2 orang anak selain dari emak aku juga adik bungsu emak aku. Cuma kebelakangan ini, barulah di galakkan untuk mempunyai anak yang ramai.

Selepas arwah selamat dimandikan antara jirusan air terakhir ialah air dengan bungaan juga air 'kapur barus'. Kemudian kening arwah di celakkan oleh makcik yang bertugas itu. Juga disembur minyak wangi di seluruh arwah yang telah siap di kapankan. Begitu cantik,bersih dan suci sekali cara Islam memandikan umatnya yang akan mengadap penciptanya.

Memang semasa arwah dimandikan, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Semasa arwah dibawa masuk ke van jenazah, hujan sudah berkurangan. Alhamdulilah sampai kami di pusara aman, hujan sudah berenti.
Lainnya diS'pore, selepas semuanya selesai, tanah perkuburan di tutup dengan tanah menggunakan jentolak yang telah sedia ada di situ.
Beruntung arwah kerana pusaranya terletak berdekatan dengan arwah makcik dan arwah paklong aku.
Semoga arwah nenek di letakkan didalam golongan yang dirahmati Allah, amin ya rabbal alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails