Followers

Monday, September 19, 2011

Bilik hospital putrajaya

Gambar bilik paling ramai pesakit yang aku duduk masa warded hari tu. Bilik berempat.
Bilik air pun ada sekali. Ok lah bagi aku yang bersalin di hospital kerajaan. Patut pun orang ramai suka hendak masuk sini sebab tempatnya selesa.
Bilik-bilik lain yang ada ialah bilik berdua dan bilik seorang.
Kalau tidak silap, bilik yang aku duduk ini ialah RM80 sehari.
Aircond lagi.
Yang aku stress sikitlah, aircond tu asyik di off kan sahaja. Kononnya sejuk.
Ialahkan, bagi aku yang belum bersalin masa itu. Memanglah berbadan panas je.
Hatta berkongsi bilik dengan yang sudah bersalin, confirm diaorang tidak boleh sejuk bagai kan.
In the end balik balik nurse offkan aircond.
Erm.

Macam biasa bila pregnant, tangan semestinya jadi tempat tumpuan sentiasa untuk di cucuk sana sini. Aku kena cucuk untuk ambil darah masa ini. Doc syiok saja cucuk bahagian sisi tangan. Padahal aku sudah minta untuk di cucuk di tempat lain.

Tempat 'persinggahan' aku. Huhuhu. Ada bantal merah mcdonald buat peneman tidur. Tapi sebenarnya aku kurang tidur pun.
Kerja aku time boring ialah baca readers digest.

7 comments:

mamalieyna said...

masa eina kt hosp sg buluh dulu pun bilik camni..selesa, dah takde lah plak off2 aircond..sedap je tido..hee~

next maybe ke Serdang je kot, Putrajaya kena book kan..in case kalau book still penuh time nak bersalin, kata orang diorang pass to Serdang jugak..herm..

Matjoe said...

mmg nak tido lena kene tidor kt umah, kt hospital jgn harap laa.

haslina said...

eina - oo ye kea. spital sg buluh pun spital baru kan.
insyallah semoga dipermudahkan nanti perjalanan eina utk bersalin.amin.


bang matjoe - semestinya. saya pun mmg x 'suka' masuk spital.

gee ryder said...

nampak baru jer hosp putrajaya tu...

haslina said...

gee - mmg masih baru nampaknyer. ala2 spital swasta gitu keadaannya.

mrsboan said...

anak ke2 n ke3 saya bersalin kat hospital ni la...anak ke2 bil RM8 sbb 2 katil...yg ke3 4 katil RM6 hinggit...ekeke..tp cam dgn GL la...tak dpt 1 katil punya...penuh..semoga semuanya selamat ye...

haslina said...

mrs boan - ooo 2 kali lah pengalaman bersalin di situ ek.
untung org gomen ni ek ada GL.
;))
alhamdulilah semua sudah selamat.

bill saya tu rm 4 lebih rasanya.
3D2N
+induce pill+induce air.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails