Followers

Friday, July 31, 2009

1st day kerja

Assalamualaikum.

Aku ada di office hari ini. Macam tidak percaya yang aku akan mula bekerja seperti biasa hari ini. Terima kasih ALLAH..alhamdulilah.
Sambutan di office macam aku baru balik dari 'berpantang' sahaja. Tidak sangka semua officemate 'sayang' dekat aku. Luv u all too...muah...

Ialahkan minggu ini memang masuk minggu ke 7 aku 'bercuti'. Lemah benar badan aku mengandung kali ini. Sampai warded aku di hospital kuala pilah 2 hari satu malam. Dimasukkan air lebih 10 botol mungkin 16 botol kalau tidak silap aku mengira. Syukur alhamdulilah, aku kurang muntah lepas discaj dari hospital. Tapi aku hendak atau tidak memang berulang alik ke emergency hospital untuk di masukkan air dalam 1 atau 2 botol juga untuk dapatkan cuti sakit selang 2 atau 3 hari sebab aku masih lemah lagi.

Hari ini aku masih belum kuat juga rasanya. Namun aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah. Bosan sungguh duduk dirumah. Hendak tengok tv pun bukannya boleh. Kepala asyik pusing sahaja..mabuk lagi. Hendak baca majalan pun tidak boleh...komputer lagilah. Alergik..
Hendak tidur sangat pun tidak boleh juga..sebab kalau tidur lama sangat waktu siang, mesti lepas bangun tidur itu aku selamat muntah lagi. Ermmm..

Wokeylah..kepala aku sudah tegang ini...minta berehat mengadap komputer.
Insyaallah sambung nanti.
Miss u all my blogger friends..

4 comments:

Ina Hashim said...

ala ciannya....berehat betul2 tauuu

Ms Haslina said...

okies...tima kasih...

A.H.A.D said...

ooo akak pregnant yer..congrats n take care..
baca tu cam teruk je kena warded..sian akak..

Ms Haslina said...

hai gee, a'ah gitulah. baru sehari dua ini alhamdulilah keadaan akak dah bertambah baik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails