Followers

Friday, October 19, 2012

Salam Jumaat.

Sandra 2 tahun 8 bulan. Qeqeem 1 tahun 2 bulan.
Haziq (tiada dalam gambar) 5 tahun 4 bulan.
Baby (becoming) 19 weeks.

Alhamdulilah sudah hari Jumaat. Esok cuti. syiok kan. Semalam aku MC. Penat. Ialah setelah bertungkus dan lumus menanda kertas exam. Aku perlukan rehat.

Alhamdulilah aku masih dapat kekalkan menyiapkan kerja dalam masa due date yang di tetapkan. Syukur pada ALLAH. Dari zaman bujang trang tang tang sehingga aku menjadi mama (insyallah) anak akan masuk 4 orang. Aku masih di beri kekuatan oleh ALLAH swt untuk menjalankan tugasan di office. Ialah walaupun umur sudah melebih 36 tahun. Syukur sangat-sangat. Kadang-kadang ada sahaja rasa malas dalam hati untuk melambat-lambatkan kerja. Konon-konon hendak guna alasan sebab pregnant. Tapi sebab sudah sebati dalam diri, tugasan mesti di siapkan juga.

Since minggu lepas and minggu ini, dekat hendak hari-hari aku muntah pagi. Itu belum lagi petang-petang rembang perut aku mesti sudah angin-angin nan. Memang ubat gastrik sudah jadi kawan karib sangat dah. Aku memang suka makan ubat cecair berbanding pill. Sebab Gaviscon itu cepat memberi kelegaan. Tapi aku memang begitu kalau pregnant. So aku cubalah mana yang terbaek supaya angin tidak jadi tsunami. Dan Doc pun memang beritahu yang ubat ini tidak mendatangkan mudarat pada ibu mengandung.

Dan lagi entahlah, mungkin sebab faktor umur (hehe). Aku mudah letih sangat sekarang ini. Ke sebab berat sudah naik. Erm entahlah. Yang pasti semenjak minggu lepas until minggu ini aku fav. sesangat ialah baring dan tidur. Syiok.

p/s Ada soalan 'bodoh' sikit dari aku.
Orang perempuan yang sudah berkawin dan belum mempunyai anak, sesuai ke duk pulun minum/makan jamu?.

Buah durian yang sungguh menjadi-jadi kali ini di kg. Ada 3 pokok semuanya.
Alhamdulilah. Sungguh tidak sabar hendak tunggu buah masak.

Breakfast pagi tadi. Bekal dari rumah.
Ayam masak merah seketul and Nasi by kaklang.
Goreng tempe dan ubi kentang by me.

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

seronok family awak makin berkembang.. ^_^

tumpang happy.. tcrare tau`

Ms Haslina said...

tima kasih eina.

harapan yang sama untuk family eina juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails