Followers

Monday, October 22, 2012

Sepupu S'pore.

Mak Yong (5 bulan) with princess and cousin Suffian Harris.

Semalam pagi aku jumpa adik depan Mydin dekat rumah. Bawa Haifa sekalilah. Rupanya ada sepupu aku dari S'pore sekali. Dia dengan 3 orang kawan dia sekali. Biasalah diaorang kalau datang KL semata hendak ke Sepang sahaja.
Lama gak aku tidak jumpa sepupu yang memang kawan main-main masa kecik dan sekolah rendah ini. Semestinya aku memang rapat dengan sepupu di S'pore banding dengan di sebelah abah. Ialah kan kalau sudah-sudah umur diaorang semuanya dekat sebaya emak abah, macamana hendak fren fren kan.

Alhamdulilah hari ini walaupun masuk office lambat. Rezeki murah, syukur pada ALLAH. Masa pergi Pos Mini tadi, dapat gak sampul oren saiz besar banyak gak. Ialah sudah lama tidak ke sana. Malu lah hendak minta-minta. Lagipun pos parcel sekadar 4 bungkusan sahaja. Anyway terima kasih Naseem.


Masuk-masuk office pula dapat one slice kek secret recipe dan juga air tin mango (arab mari). Students Arab belanja satu office sebab diaorang sudah habis presentation Thesis. Kiranya menghargai lecturer lah.

2 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

5 bulan pun masih selim leh pakai suar jeans lagik

wah air Mango Arab...mesti sedappppssss macam kat Mekah/Madinah punya tu kan?

Ms Haslina said...

huhu kak ina nie. mana ada slimnya. gumuk da tu.

a'ah airnya pekat manis. minum sikit je kak. tekak mak yong tak leh terima.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails