Followers

Thursday, October 31, 2013

Doa ketika hujan turun


Tuesday, October 29, 2013

Good Quates

Surround yourself with good quotes. 
It helps to keep you motivated and content with your life
Cheers

credit to FB MYPLUSMiles

Monday, October 28, 2013

How to relax.


Friday, October 25, 2013

Happy Birthday Abah.

Alhamdulilah hari ini 25 October 2013 bersamaan hari Jumaat merupakan hari jadi abah yang ke 74 tahun. Semoga ALLAH panjangkan lagi umur abah. Di kurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Di tambahkan iman dan taqwa. Di rahmati dengan kasih sayang dan sentiasa di lindungi ALLAH swt. Amin.

Raya Aidilfitri 2013
Dari kiri, adik, abah, abang (anak angah) dan Intan (anak angah).
Dari depan kiri, emak, Haifa, kakak ipar dan angah.

Thursday, October 24, 2013

Batuk waktu malam.



Assalamualaikum.


Hari minggu lepas, rupanya kaklang bawa anak-anak saya tidur di kg. They came back to KL on Sunday afternoon. Memang tidak jangka pun begitu. Ingatkan kaklang balik hari sahaja. Anyway Thanks a bunch to kaklang juga sebab bagi ruang pada me and HC untuk berehat walaupun sehari. Main reasons kaklang bawa balik diaorang sebab hendak feeling kan happy abah dan emak di kg dengan cucu-cucu comel.
Memang mama ini tetap feeling sunyi sebab semua tiada di rumah. Harapkan baby Hafiy, tidaklah seriuh abang kakaknya. Serius, rasa macam lost, tidak tahu hendak buat apa. Terus terlintas di fikiran, agaknya bagaimana keadaannya suami isteri yang telah berkawin lama, tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Bagaimanakan kehidupan diaorang dirumah di kala berehat santai.
Malam minggu itu saya dan HC back to back menonton movie di KIX Astro until jam 3 pagi rasanya.

Alhamdulilah, ALLAH menduga hambanya dengan sakit. Sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil.

Saya memang kurang sihat since last week lagi. Tidaklah teruk mana pun. Cuma penat sebab tidak cukup rehat rasanya.
Saya sebenarnya adalah tidak suka minum air sejuk dan air batu. Memang saya begitu since lepas jadi emak. Kalau teringin sangat saya minumlah juga. Tapi pada kawan-kawan yang selalu lunch dengan saya, diaorang mesti tahu, saya cuma order air suam untuk di minum. Walaupun dengan cuaca yang panas terik tengahari itu. Tapinya, entah kenapa since balik Raya Haji baru-baru ini saya kerap minum air sejuk. Plus dengan makan pedasnya. Dan result nya, saya dapat gatal di tekak. Mild sahaja tidaklah teruk sangat.
Allah bagi tekak saya sangatlah manja di usia begini.
Since hari Sabtunya kalau tidak silap saya mula kena batuk. Memang saya pernah kena batuk malam ini sebelum ini. Biasanya mesti tidur terganggu dan tidak nyenyak.
In the end saya akan dizzy waktu paginya. Plus badan terus rasa macam seram sejuk aka demam. Maklumlah tidur tidak cukup.
Maka hari ini tadi terus saya tidak pergi kerja walaupun ada workshop EAC Documentation di UNITEN hari Rabu dan Khamis by my school. Insyallah saya akan hadir untuk hari Khamisnya.
Lewat petang tadi baru sempat jumpa Doc. Saya sudah pergi klinik pada tengaharinya dan saya terlewat sebab Doc sudah keluar untuk rehat for two hours. So jam 3 lebih saya pergi klinik yang sama sekali lagi.
Doc India yang baik dan friendly walaupun baru 1st time saya pergi klinik itu. Hendak jadi cerita, machine Card Red Alert di Klinik Mediviron depan rumah saya ini asyik rosak sahaja. Sekali pergi, katanya line rosak. Kali kedua pergi mesin rosak. Makanya perlu bayar cash lah dulu.
Saya terus rasa malas hendak kesitu lagi kalau hendak ke klinik. Terpaksa cari klinik lainlah yang jauh sikit dari rumah.
Doc bagi saya MC, ubat batuk, ubat kumur-kumur sebab tekak saya merah, antibiotik, ubat demam (stand by katanya) dan ubat sakit tekak. And she advised me, please drink lots of plain water.


Saturday, October 19, 2013

Cuti Hari Raya Aidiladha.


Assalamualaikum.
Di rumah tinggal saya, HC dan baby Hafiy sahaja hari ini. Baby Hafiy pun sudah tidur semula.
Pagi tadi kaklang bawa Haifa dan Qeqeem balik kg. Since kaklang beraya di rumah mentua di Klang hari itu, so kaklang balik beraya di kg pula hari ini. Mungkin kaklang balik hari rasanya. Tidak sempat pula bertanya panjang tadi.
Haziq pula memang tinggal di kg sejak Khamis lepas. Memang begitu keadaannya, kalau masa kami hendak balik ke KL. Mesti abah saja-saja pujuk cucu-cucunya untuk tinggal di kg. Entah tiba-tiba Haziq pula yang offer diri untuk tinggal di kg. Maka barang-barang Haziq yang memang sudah di kemas di bonet kereta terpaksa di bawa keluar semua. HC tinggalkan hp dia buat Haziq main games. Saya pula tinggalkan buku kosong with pen and pencil. Ialah, takut Haziq boring.

Picture Hari Raya with 7 months old baby Hafiy.

Abah call saya lewat petang Jumaat 11 Oct lepas. Masa itu saya masih di office. I'm in he middle of 'war' with exam papers. Dengan otak memang tengah fokus ke satu aim, iaitu habiskan kerja menanda. Bila abah tanya, bila hendak balik, saya terus blank. Tiada jawapan disitu. Entahlah fikir-fikir memang macam tidak boleh siap semua kerja petang itu. Serius, kalau paper calculation memang mudah untuk di tanda bagi kami lecturer engineering. Tapinya kalau paper theory. Fuh and peh, confirm terhegeh sikit. Maklumlah perlu membaca, cari key word then baru boleh bagi markah.
Tidak semua background engineering cenderung ke lembah management.
Alhamdulilah, macam tidak percaya sungguh. Dalam 6.30 petang itu juga saya mampu siap semuanya. Plus dengan key in markah di EMS. Rasa macam hendak berjimba riang selepas itu. Ialah minggu itu memang minggu yang memenatkan kaki, tangan dan otak sama. The most dramatic week sungguh. I'm so busy with marking plus with my personal works (syukur dengan rezekimu ya ALLAH)
Syukur pada ALLAH, berkat buat kerja sikit-sikit, akhirnya saya dapat siapkan juga semuanya. Sebelum minggu exam tiba, saya telah key in semua carry marks students dalam EMS. Manakala, mana-mana paper yang sudah di tanda, saya key in juga total marks. Maknanya sikit-sikit, lama-lama siap semuanya.
Tidak perlu tunggu di akhir semester, baru hendak tanda quiz, exercise, lab. report, assignment. Kalau student ada 5 orang sahaja boleh lah begitu. Tapi kalau student ada lebih 30 orang atau 70 orang untuk satu-satu subject. Ahah, macamana.
Memang di IUKL, student paling ramai ialah di Faculty Engineering.

Akhirnya kami decided balik kg pada hari Ahadnya. Hari Sabtu sebelumya pula, kami cuma duduk dirumah. HC hendak kami berehat.
Hari raya kali ini, kami sempat ke Seremban. Beraya di rumah makcik sepupu emak. Cik Nah dan Cik Manah ialah sepupu emak dari S'pore. Diaorang ada datang rumah sehari sebelum hari raya untuk berjumpa emak. Maklumlah emak ialah kakak sepupu diaorang yang paling tua.
So kami kesana untuk melawat Nenek Pon. Nenek Pon ialah adik pada arwah datuk botak iaitu ayah pada Cik Nah dan Cik Manah.
Alhamdulilah, kami merasa makan daging kambing korban paginya yang telah dimasak. Selesai di situ, kami terus ke rumah angah di Juasseh, beraya.
Sampai sana sudah lepas maghrib. Di situ kami makan mee sup, fresh dari tulang daging korban. Burp, kenyang sungguh raya kali ini. Masa hendak balik ke rumah, kami serempak dengan majlis Datok Hassan Malek, namun tidak singgah pun. Sebab perut sudah ketat sangat.
Kami balik ke KL hari Rabu lepas. Saya pula hanya bekerja pada hari Khamis sahaja. Hari Jumaatnya semalam, saya ambil MC, badan rasa tidak sihat. Maklumlah kerja di office sudah siap, saya mahu cuti dan cuti lagi.

Kali kedua beraya berenam selepas raya puasa hari itu.
(ulang baju raya puasa)

Serius, memang payah hendak ambil gambar dengan anak kecik..kan.


Saturday, October 12, 2013

100 Sunnah Rasulullah s.a.w.

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

4- Berdoa ketika pada waktu malam

5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

7- Berwuduk Sebelum Mandi َ

8- Baca Doa Selepas Wuduk

9- Jimat Penggunaan Air

10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat َ

11- Menjawab Seruan Azan

12- Banyak Bersugi ُ

13- Ke Masjid Awal ُ

14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

17- Sembahyang Berhadang

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib ْ

22- Sembahyang Dhuha

23-QiyamullaiL

24- Sembahyang Witir

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

28- Sembahyang Istikharah

29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

30- Mandi Hari Jumaat

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

34- Sembahyang Jenazah

35- Ziarah Kubur-kubur ْ

36- Sahur

37- Segera Berbuka Puasa ٍ

38- Menghidupkan Ramadhan

39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

42- Puasa Hari Arafah

43- Puasa Hari Asyura

44- Pilih Seorang Ketua

45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat َ

47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir ِ

48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

50- Baca Bismillah Ketika Makan

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

52- Minum Dalam Keadaan Duduk

53- Berkumur Dengan Susu

54- Tidak Mencela Makan

55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

58- Banyak Membaca Al-Quran

59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus ُ

60- Zikir Kepada ALLAH Setiap Ketika ْ

61- Bertasbih

62- Mendoakan Orang Yang Bersin ْ

63- Doa Untuk Pesakit

64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok ُ

66- Berdoa Ketika Hujan Turun

67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah ُ

68- Baca Zikir Dalam Majlis

69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

70- Berdoa Ketika Angin Bertiup ْ

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah ْ

73- Menyebarkan Salam

74- Menuntut Ilmu

75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

77- Aqiqahkan Anak

78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

79- Melawat Pesakit َ

80- Senyum

81- Ziarah-Menziarahi Kerana ALLAH

82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

83- Tutup Mulut Apabila Menguap

84- Sangka Baik Terhadap Manusia

85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah ِ

86- Sunnah Fitrah ُ

87- Menjaga Anak Yatim

88- Menjauhi Marah ُ

89- Menangis Kerana Takut Terhadap ALLAH

90-Bersedaqah Jariah

91- Membina Masjid ْ

92-Toleransi Ketika Berjualbeli

93- Menghilangkan Gangguan Jalan ٌ

94- Sadaqah

95- Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah

96- Membunuh Cicak َ

97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

98- Memberi Nafkah Keluarga

99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

100- Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit.

credit to muntah pelangi

Saturday, October 5, 2013

Inspiring Quote

"No matter what you or anyone else does, there will be someone who says that there's something bad about it. Whenever somebody comes up with a good idea, there's somebody else who has never had a good idea in his life who stands up and says, 'Oh, you can't do that...'" – Interview with Inc., 1995

By Bestselling author Tom Clancy which died at age 66 on 1st October 2013.

credit to Entrepreneur


Wednesday, October 2, 2013

Thumb biting.


Assalamualaikum.
I noticed that lately I'm back to my very old habit.
Menggigit ibu jari. Bukannya gigit kuku pun.
Sudah lama tinggalkan perangai ini.
Ironinya saya akan bersikap begitu ketika zaman study dulu.
Masa kepala sampai naik migrain kerana belajar.
Itulah kan.
Siapa yang suruh kan.
Dalam banyak-banyak kursus, bidang. Tapi yang itu juga yang hendak di cuba.
Memang setiap kali masa exam atau masa study, kalau saya sudah mula gigit ibu jari tangan.
Itu tandanya saya tengah susah hati, tengah cari solution dan tengah cuba memahami.
Bezanya, saya bukan menggigit kuku, tapinya saya gigit ibu jari sahaja.
Dan saya kini kembali seperti dulu.
Terlalu banyak sangat berfikir.
Berfikir di luar kotak.
Ya Allah, mudahkan perjalanan ilmu hambamu ini. Amin.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails